Sabtu, 29 September 2012

ISU BAJET - NAJIB SERANG ANWAR, SEKALI LAGI ANWAR CABAR NAJIB MASUK GELANGGANG

Oleh:  WFAUZDIN NS

NAJIB sekali lagi diminta untuk berani selaku anak jantan, selaku PM yang bermaruah untuk tampil berdepan dan berdebat dengan Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim.  Cabaran ini dibuat oleh Ketua Pembangkang sendiri apabila melihat 'hebat'nya Najib menyerang Pembangkang bahkan menyerang peribadi DS Anwar sendiri sewaktu beliau membentangkan bajet "gula-gula" petang semalam di Parlimen.

Alangkah bertuahnya jika kita punyai PM seperti ini
Anwar ketika ditemubual sejurus selepas pembentangan Bajet 2013 oleh Najib berkata,"Berdebat dengan saya. Jika anda bersedia untuk menyerang pembangkang dan pemimpin pembangkang, mengapa anda tidak boleh melibatkan diri dalam perdebatan? (Terjemahan melalui Malaysian Insider).  

Sebenarnya kita naik jemu untuk memperkatakan soal debat ini kerana kita tahu Najib tidak akan ada sedikitpun keberanian di dalam hal ini.  Beliau tidak seperti beberapa pemimpin Bn yang lain, terutamanya dari pemimpin Cina MCA dan Gerakan, jauh sekali berani seperti pemimpin DAP.  Pemimpin MCA, sekalipun semua rakyat tahu beliau mempunyai rekod moral yang teruk tetapi namanya terukir sebagai pemimpin dari komponen Bn yang berani berhujah dengan Pembangkang.  Begitu juga dengan pemimpin Gerakan.  Pemimpin Umno patut malu dan perlu belajar dari pemimpin Cina ini.

Malangnya kita memiliki PM yang takut berbahas secara terbuka
MCA dan Gerakan selalu tidak sehaluan dengan DAP.  Namun mereka ini pantang bila dicabar berdebat atas apa jua isu yang melibatkan dasar atau kepentingan parti yang mereka wakili.  Telah beberapa kali kita menyaksikan Chua Soi Lek dan Koh Tsu Koon berdebat dengan Lim Guan Eng.  Di dalam Umno, pemimpin mereka menyorok tidak mahu bersoal jawab dengan pemimpin dari PR.  Najib hanya berani berkokok di hadapan kamera TV berseorangan.  Ini kelakuan aneh yang ada pada Presiden Umno yang ahli-ahli Umno sendiri ramai yang merasa pelik dengan sikap melarikan diri Najib ini.

Debat ini penting, bukan soal kita mahu memilih pemidato atau pemenang debat.  Jika Najib kerap menggunakan media kerajaan untuk memburuk-burukkan dasar PR bahkan sehingga memburuk-burukkan peribadi DS Anwar, sedangkan PR dan DS Anwar tidak boleh menjawab menggunakan media yang sama, maka ini menunjukkan Najib tidak bertanggungjawab.  Sebab itu kita mahu Najib dan DS Anwar ke hadapan agar rakyat boleh menilai apakah yang Najib laungkan tentang keburukan PR itu benar atau memang Najib ingin memperbodohkan rakyat?

Negara lain yang maju adalah kerana pemimpin mereka berani untuk berdepan dengan rakyat dan berani untuk mempertahankan dasar mereka di pentas perdebatan.  Rakyat di negara mereka terbuka minda kerana mereka tidak ditipu oleh media kerajaan yang memerintah.  Malangnya di negara kita, pemimpin negara mempunyai jiwa yang teramat kecil.  Mereka suka rakyat terus buta dengan isu-isu semasa kerana rakyat yang buta memudahkan mereka mengheret rakyat ke mana jua./wfauzdin.blogspot.com

Jumaat, 28 September 2012

PARLIMEN NIBONG TEBAL DIWAKILI OLEH PENYELARAS SAMM?

Oleh:  WFAUZDIN NS

AKU rasa ramalan aku hasil dari risikan teman2 mengesahkan bahawa Penyelaras SAMM, Chegu Bard bakal diletakkan sebagai calon di Parlimen Nibong Tebal, P.Pinang.  Ini satu berita baik kerana sudah lama kita mengharapkan anak muda ini berada di dalam Parlimen.

Chegu Bard pun bukan asing di Nibong Tebal kerana keluarga atau waris beliau ramai di sana iaitu di sebelah isterinya, bahkan beliau pernah aktif di Nibong Tebal sehingga pernah ditangkap.  Khabarnya, penyokong-penyokong beliau sudah lama membuat kerja di kawasan tersebut dan baru-baru ini Himpunan SAMM Kebangsaan pun telah diadakan di situ dengan program jamuan hari raya.

Bagaimana pula dengan kawasan beliau di Rembau?  Dengar khabarnya sebagai persediaan untuk beliau bertanding di Nibong Tebal, beliau telah menghantar surat perletakan jawatannya selaku Ketua Cabang Rembau.  Itu belum dapat aku pastikan kesahihannya.  Tapi semua maklum, kerusi Parlimen Rembau yang ditandingi oleh Chegu Bard pada PRU yang lalu hanya sekadar dipinjamkan sementara oleh PAS kerana ingin menunaikan hajat Chegu Bard ketika itu yang mahu berdepan dengan KJ, Ketua Pemuda Umno.  Keputusan akhirnya menunjukkan Chegu Bard tewas dalam satu keputusan yang kontroversi di mana dikatakan KJ sudah tewas sebelum datangnya bantuan undi pos.

Di Nibong Tebal, difahamkan kehadiran Chegu Bard disambut baik oleh masyarakat di sana.  Walaupun dikatakan terdapat usaha-usaha tertentu untuk membawa Timbalan Ketua Menteri P.Pinang untuk bertanding di kerusi tersebut, tetapi ramai yang berpendapat kerusi tersebut wajar diserahkan kepada Chegu Bard kerana beliau lah yang banyak membantu KEADILAN Nibong Tebal menggerakkan jentera di situ setelah Wakil Rakyat dari KEADILAN, YB Tan Tee Beng melompat keluar dari parti.

Apa pun, jika benar beliau akan dicalonkan di situ kita mendoakan agar beliau berjaya melangkah kaki ke Parlimen samada selaku MP Kerajaan mahu pun MP Pembangkang.

DILEMA PARLIMEN INDERA MAHKOTA - CALON BARU ATAU LAMA?

Oleh:  WFAUZDIN NS

PILIHANRAYA semakin hampir, maka sudah tentunya setiap jentera parti di dalam PR telah bersiap sedia.  Dikhabarkan senarai nama calon pun sudah hampir selesai, begitu juga dengan pembahagian kerusi di antara PR.

Dato' Fauzi - Penuh pengalaman dan berpengaruh di Indera Mahkota, bertanding atau tidak?
Seperti biasa, gendang tentang siapakah calon mula sedikit sebanyak kedengaran.  Semuanya berebut-rebut untuk menawarkan diri menentang Umno/Bn.  Satu sikap yang boleh dipandang positif kerana sememangnya menjadi kewajipan ahli-ahli parti untuk menjatuhkan lawan iaitu Umno/Bn.  Siapakah yang bakal diberi kepercayaan untuk memikul tanggungjawab sebagai 'Leader' menjatuhkan Umno/Bn nanti, itu semua bakal ditentukan oleh pucuk pimpinan parti.  Siapa pun bakal terpilih sebagai calon, kita bersedia untuk bersama membantunya menjatuhkan musuh kita Umno/Bn.

YB Azan Ismail - Bertanding di Terengganu ?
Di Pahang, salah satu kawasan tumpuan adalah di Parlimen Indera Mahkota.  Pada PRU ke 12 yang lalu, KEADILAN telah memenangi kawasan ini yang diwakili oleh calonnya Azan Ismail, Pengerusi KEADILAN Terengganu sekarang.  Tetapi ramai yang menyebut untuk PRU ke 13 nanti, YB Azan berkemungkinan besar akan diletakkan di Terengganu.  Mereka menjangkakan sedemikian kerana semenjak PRU ke 12 yang lalu, dan setelah YB Azan dilantik sebagai Pengerusi KEADILAN Terengganu beliau dilihat amat jarang melawat ke kawasannya di Indera Mahkota. 

Lee Chean Chung (Timb Ketua Cabang Indera Mahkota)
 Anak muda yang berbakat tetapi terlalu awal untuk ke Parlimen?

Walaupun ada yang agak kurang senang di saat-saat akhir menjelang PRU, YB Azan muncul di kawasannya, elok kita tenangkan fikiran dengan memfokuskan kepada kemenangan PR secara umumnya.   Elok juga diperhalusi seperti apa yang pernah Pengerusi KEADILAN Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman tegaskan kepada media sebelum ini berkaitan Ahli Parlimen Indera Mahkota ini.  Beliau menganggap YB Azan selaku Pengerusi KEADILAN Terengganu sememangnya wajar diberi hak untuk bertanding sekali lagi.  Selaku Pengerusi KEADILAN Negeri Terenganu, sudah tentu beliau patut diberi pilihan untuk bertanding di mana-mana kerusi di Terengganu yang diperuntukkan kepada KEADILAN. 

Soal samada beliau mahu terus bertempur di negeri yang dijagainya sendiri atau keluar dari kawasan negeri yang ditadbirnya selaku Pengerusi parti, itu tidak timbul kerana kita yakin kewibawaan YB Azan selaku Ahli Parlimen yang sudah mempunyai pengalaman akan membantu beliau memahami situasi yang ada.  Beliau tentu memikirkan juga harapan rakyat di Terengganu yang mahu beliau berada bersama mereka di negeri yang beliau pimpin.  

Jika beliau memilih untuk kembali ke kawasan yang sudah begitu lama ditinggalkan iaitu di Indera Mahkota, beliau tentu sudah berfikir semasak-masaknya bahawa rakyat di Indera Mahkota bersedia untuk berkenalan semula dengannya.  Namun, bak kata Pengerusi KEADILAN Pahang, kesemuanya itu terletak di tangan pimpinan Pusat yang bakal menentukan calon di Indera Mahkota.  Apa yang penting, rakyat tidak sabar lagi untuk menumbangkan Umno/Bn di seluruh negeri ini./wfauzdin.blogspot.com

Khamis, 27 September 2012

APA YANG PERLU DIPELAJARI DARI KISAH DR MANSOR?

Oleh:  WFAUZDIN NS

KITA sepatutnya tidak merasa susah hati dengan apa yang diperkatakan (jika betul) oleh Timbalan Ketua Menteri P.Pinang, Dr Mansor terhadap KM P.Pinang, Lim Guan Eng di dalam satu mesyuarat KEADILAN Negeri yang dua tiga hari ini yang menjadi santapan media haprak.  Apa yang menggusarkan adalah begitu lemah tahap keselamatan di dalam mengendalikan mesyuarat parti.

Biarlah media sebut, samada benar atau tidak Dr Mansor berkata bermacam-macam terhadap Lim Guan Eng, hakikatnya sesiapa yang berada di dalam saf kepimpinan parti tahu bahawa di dalam apa jua mesyuarat sesama kita, akan berlaku bermacam-macam keadaan dan perbincangan.  Semuanya hanya kerana mahu cadangan atau pandangan mereka diterima di dalam mesyuarat.  Tidakkah apa yang berlaku kepada Dr Mansor itu tidak berlaku kepada mana-mana parti di dalam mesyuarat mereka?

Bukan satu masalah besar jika benar Dr Mansor ada berkata kepada Lim Guan Eng seperti yang dihebohkan itu.  Karpal Singh, Pengerusi DAP sendiri secara terbuka pernah menghentam DS Anwar.  Bukan tidak pernah pemimpin DAP menghentam pemimpin PAS atau PKR.  Akhirnya, rakyat menilai adakah semua itu menjadikan PR tidak lagi boleh bekerjasama?  Ternyata tidak.  Apabila suatu ketika Karpal Singh mengkritik DS Anwar selaku Ketua Pembangkang sehingga meminta DS Anwar bertaubat, adakah selepas itu PR berpecah?  Jawapannya tidak, bahkan sehingga kini PR semakin kuat.  Jadi, apa sangat lah dengan apa yang berlaku kepada Dr Mansor.

Di dalam PR, terlalu banyak kejadian pemimpin dari PAS, PKR dan DAP mengkritik di antara satu sama lain, tetapi apabila berdepan dengan isu rakyat PR tetap ketepikan perbalahan atau perbezaan pendapat itu.  Itulah hebatnya PR.  Cuma, adalah lebih baik pimpinan PR berfikiran lebih bijak sedikit bagi mengurangkan `peluru' yang dimiliki oleh musuh.  

Paling serius yang mesti kita fikirkan adalah bagaimana sesuatu mesyuarat boleh dirakamkan dan dibawa keluar?  Bayangkan, jika itu mesyuarat strategi parti, tidakkah amat merbahaya kepada parti?  Ini yang perlu dipandang serius oleh pimpinan PR.  Carilah kaedah atau cara untuk mengurangkan risiko dari terbocornya rahsia dan maklumat parti./wfauzdin.blogspot.com

Rabu, 26 September 2012

US NASHA JANGAN KASI PAS HILANG SEMUA KERANA HANYA SATU BENDA

Oleh:  WFAUZDIN NS

TIADA yang pelik apabila berlaku pertikaman lidah di antara bekas Timbalan Presiden PAS, Us Nasha dengan KM P.Pinang dari DAP, Lim Guan Eng berkaitan Hukum Hudud.  Berpuluh tahun dulu lagi PAS memang sedar bahawa DAP menolak hukum Hudud, begitu juga sebaliknya DAP tahu benar bahawa PAS tidak akan sekali-kali meninggalkan Hukum Hudud di dalam dasar parti dan perjuangannya.

Habis, mengapa menjadi kalut sangat?  DAP ada pemimpin, PAS pun ada pemimpin, bahkan Pakatan Rakyat juga ada kepimpinannya.  Apa keputusan kepimpinan masing-masing?   Semua tahu bahawa Pakatan Rakyat yang telah dipersetujui bersama oleh semua pemimpin dari PAS, PKR dan DAP bahawa Pakatan Rakyat akan mengutamakan terlebih dahulu perjuangan yang selari dengan agama masing-masing seperti penghapusan rasuah, hak asasi, kebebasan media, kebebasan kehakiman, mutu pendidikan dan beberapa perkara lagi yang termaktub di dalam Buku Jingga itu. 

Apabila kesemuanya ini diperjuangkan dan diletakkan di dalam Buku Jingga sebagai perkara yang akan dilaksanakan jika PR memerintah, adakah kesemuanya itu bertentangan dengan hukum Islam atau menjadi kewajipan di dalam Islam untuk dilaksanakan?  Adakah di dalam Buku Jingga tidak disebut soal Hudud, maka kita boleh anggap perjuangan hukum Hudud bakal berakhir?  Jika itu sebagai andaian, maka banyak lagi yang tidak kita sebut dalam Buku Jingga yang mempunyai banyak kebaikan, adakah pasti ianya tidak akan dilaksanakan?

Lim Guan Eng hanya menyebut Hukum Hudud bukan agenda di dalam PR.  Tetapi apabila PAS sendiri menetapkan slogan Negara Berkebajikan, DAP amat bersetuju sekali.  Apakah sokongan DAP terhadap Negara Berkebajikan PAS itu tidak menggembirakan kita?  Di dalam banyak-banyak hukum di dalam Islam ini, hanya hukum Hudud sahaja yang DAP tidak setuju.  Itu pun menjadi masalahkah?  Tidakkah bodohnya kita, hanya kerana satu hukum ini sahaja yang DAP tidak setuju maka kita berbalah sehinggakan mungkin akan kehilangan rakan dalam perjuangan, sekaligus akan menghancurkan cita-cita kita untuk melaksanakan beribu-ribu lagi hukum yang wajib kita laksanakan?  Kita mahu hukum Hudud, tetapi kita bukan sahaja gagal mahu laksanakannya malahan kita gagal semua hukum yang lain yang wajib kita tegakkan.

Jika kita tidak memerintah negara, mustahil kita dapat hapuskan rasuah, penyelewengan, kurangkan perjudian, tingkatkan mutu pendidikan, membantu rakyat yang miskin dan banyak lagi perkara yang juga menjadi kewajipan kita untuk ditegakkan selain hukum Hudud.  Apabila kita berbalah hanya dengan satu isu hukum ini sahaja, kita bakal memberikan ruang kepada pihak musuh yang pastinya akan terus melakukan berbagai kezaliman dan kemungkaran.  Apakah kita sanggup melihat ini semua?

Sepatutnya kita merasa bertuah kerana DAP hanya menentang hukum Hudud sahaja sedangkan lain-lain ibadah kita DAP menyokong penuh bahkan DAP di P.Pinang banyak membantu meningkatkan Syiar Islam di negeri tersebut berbanding di zaman Bn.  Di sinilah kita akan diuji kebijaksanaan untuk mendahulukan yang mana lebih baik kerana tiada jaminan bahawa DAP akan kekal selama-lamanya akan menentang hukum Hudud.   Terbaru, kajian menunjukkan hampir 50 % kaum Cina bersetuju dengan Hukum Hudud, tidakkah ini memberikan gambaran bahawa perjuangan PAS semakin berjaya?

Buat Us Nasha, lebih baik serahkan kepada kebijaksanaan pimpinan di dalam PAS menangani isu ini.  Beliau hanya boleh bersuara atau menegur jika terbukti PAS sanggup membuang hukum Hudud dari dasar atau perjuangannya.  Selagi PAS komited dengan perjuangan yang asal, tidak perlulah Us Nasha ambil hati sangat dengan kata-kata DAP itu.  Biarlah isu ini ditangani dengan penuh hikmah dan bijaksana.  Di dalam 10 menu yang PAS sediakan untuk DAP makan, jika DAP hanya sudi makan sembilan daripadanya, itu sudah cukup baik bagi PAS dan satu menu lagi itu simpanlah dulu jangan dibuang.  Tiba masanya, menu yang satu lagi itu mungkin boleh dinikmati bersama./wfauzdin.blogspot.com

Selasa, 25 September 2012

MENGAPA PUAK BANGSAT ITU MARAH SANGAT ANWAR NAIK JET? AKU BARU TAHU RAHSIANYA.....

Oleh:  WFAUZDIN NS

PUAK-PUAK bangsat tu sekarang ini meroyan pula bila dapat tahu DS Anwar dapat menaiki jet khas baru-baru ini.  Walhal bukan sekali ini DS Anwar diberi sanjungan sedemikian rupa, bahkan sewaktu beliau baru menjalani pembedahan di German dulu pun beliau dapat menaiki pesawat khas dari kerajaan Arab Saudi.  Adakah ini bermakna kerajaan Arab Saudi mahu sesuatu dari DS Anwar?

Kita kena yakin bahawa rezeki dari Allah.  Orang yang sentiasa berbuat baik, pasti ramai yang suka dan bersedia untuk membantu.  Tidak sama dengan orang yang zalim.  Orang yang zalim jika mahu sesuatu mereka akan curi, rampas atau paksa orang lain untuk dirinya.  Tidak pelik jika Bik Mama guna jet khas untuk ke luar negara guna duit rakyat hanya untuk bercuti, shopping dan uruskan majlis pertunangan anaknya di sebuah negara komunis.  

Kita masih ingat, MB Kelantan Tok Guru Nik Aziz juga mereka sanggup tuduh lakukan rasuah apabila ada yang berbesar hati menaja beliau ke Mekah.  Jika Tok Guru Nik Aziz pun puak bangsat dan celaka ini boleh fitnah, pelik apanya DS Anwar diftnah?

Sebenarnya puak bangsat ini pening kepala mahu memikirkan bagaimana caranya mereka boleh simbah cat kepada jet khas itu nanti.  Itu saja masalah mereka, bukan pasal mereka ada bukti bahawa DS Anwar guna duit rakyat, rasuah, atau jet khas itu kepunyaan Yahudi.  Itulah sebenarnya wajah puak bangsat yang sentiasa dengki dan iri hati.  Waktu DS Anwar naik Land Rover redah hutan dan bukit bukau berkempen waktu Pilihanraya Negeri di Sarawak dulu, manakala Muhyiddin dan Najib guna pesawat kerajaan untuk berkempen, tidak pula menjadi isu.  Waktu DS Anwar terpaksa naik motosikal untuk ke lokasi ceramah di Pekan, Pahang akibat sekatan jalanraya, tidak juga jadi isu.  Mengapa tidak dipersoalkan siapa yang taja membawa DS Anwar menaiki motosikal?

Kita ingin mengajar puak-puak bangsat ini.  Tidak susah jika mahu sangat simbah cat pada jet khas yang dinaiki oleh DS Anwar tu.  Gunakanlah pihak bomba, masukkan cat banyak-banyak dalam tangki bomba tersebut dan pancutkan ke dinding jet khas tersebut sewaktu jet itu berada di udara.  Hahahaha....betul-betul bangsat dan kelakar puak-puak pandi kutti ni./wfauzdin.blogspot.com

Ahad, 23 September 2012

BERKUNJUNG KE PEKAN, PAHANG MALAM INI


Oleh:  WFAUZDIN NS

BUATLAH sekadar yang termampu.  Boleh menulis, kita menulis, boleh memanjat pokok kita panjat pokok untuk pacakkan bendera.  Boleh memimpin, pimpinlah dengan baik.  Jika ada rezeki berlebihan, menyumbanglah untuk perjuangan.  Semua ada peranan sebenarnya.

Jika kita boleh bercakap sedikit sebanyak sekadar yang kita tahu, ayuh, kita bercakap di mana saja samada di rumah, di kedai kopi atau di pejabat.  Perang sekarang perang maklumat, siapa yang kuasai banyak maklumat dan sampaikan kesemua maklumat itu kepada yang lain maka peluang untuk berjaya amat cerah.

Malam ini (23/9/12) aku dijemput untuk berceramah di Markas PAS, Mengkasar, Pekan bagi membicarakan sedikit sebanyak tentang bekas-bekas tentera dan warga tentera.  Mengapa tentera perlu melakukan perubahan kepada tampuk pemerintahan, itu yang penting.  Bukan mengajak mereka menumbangkan kerajaan kerana kerajaan mesti sentiasa wujud selagi ada rakyat.  Tentera mesti difahamkan tentang perbezaan ini.

InsyaAllah, aku cuba huraikan setakat kemampuan aku malam ini.  Kepada rakan-rakan, termasuk wara tentera dan bekas tentera juga pasukan keselamatan yang lain, marilah malam ini kita raikan demokrasi dengan penuh tanggungjawab./wfauzdin.blogspot.com