Khamis, 18 Disember 2014

DULU CERITA ITU FITNAH, SEKARANG TIDAK LAGI KERANA BERBEZA PENDAPAT?

JIKA dulu kita sama2 pertahankan sesiapa yg difitnah terutamanya fitnah berat seperti zina/liwat.  Macam2 nas dan dalil kita berikan kpd musuh2 kita yg menjaja fitnah itu.

Apabila berlaku sedikit krisis dan perbezaan pendapat sesama kita, bgaimana boleh kita tolak semula nas dan dalil2 yg pernah kita ucapkan dulu?  Kita pula jaja fitnah zina/liwat ini bahkan menyatakan kepercayaan pula kpd fitnah2 tersebut hanya kerana sekarang kita sudah berbeza pendapat? 

Apakah hukum boleh berubah sertamerta bila kita tidak lagi mahu menyokong si polan dan si polan?  Ertinya, selama ini kita tidak beriman dgn nas dan dalil2 tersebut tetapi mempertahankannya waktu itu atas dasar kita sokong dia.  Bila kita tidak lagi menyokong, kita kembali jahil sama seperti mereka yg jahil melakukan fitnah tersebut.  Kita mulai percaya kepada fitnah2 tersebut.

Bagi aku, sejauh mana pun aku berbeza pendapat dgn mana2 rakan, aku tetap tolak fitnah zina/liwat ke atas Anwar mahu pun ke atas Tok Pa.  Aku pertahankannya bukan kerana aku sokong Anwar atau Tok Pa, tetapi kerana hukum yg mengajar aku begitu.  Takkan bila aku berbeza pendapat dgn beberapa ahli atau pmimpin PAS, maka aku pun mula percaya kpd fitnah ke atas Tok Pa utk menjatuhkan imej PAS.  Itu dinamakan politik balas dendam.

Sedarlah, kita sama2 mempunyai pmimpin yg sering menjadi mangsa fitnah musuh.  Janganlah kerana kita berbeza pendapat kita sanggup menanggung dosa besar jauh.  Sekafir2 pemimpin DAP pun mereka tidak jadi begitu bila berpolitik.

Rabu, 17 Disember 2014

MEMBENARKAN UMNO TERUS BERKUASA BERERTI KITA MELAMBAT-LAMBATKAN PERLAKSANAAN HUDUD

ISU Hudud kembali disuarakan oleh DAP.  Hakikatnya DAP memang sejak dahulu tidak pernah bersetuju dengan Hudud dan kita orang-orang Islam terutamanya dari PR sudah lama sedar akan perkara ini.  Maka, tidaklah memeranjatkan jika DAP ulang semula pendiriannya.  

Apakah kita perlu gundah gulana?  Hudud bukan perjuangan PAS semata-mata tetapi itu adalah hak umat Islam sejagat.  Di negara kita ini, sesiapa yang mengaku berugama Islam tidak kira di pihak mana ideologi politik mereka wajib menyokong Hudud.  Menolak Hudud secara mutlak dan total hukumnya Kafir.  

Bagaimana mahu laksanakan Hudud?  Aku teringat kata-kata YB Hanipa Maidin (AJK PAS Pusat) bahawa sekiranya beliau diberi pilihan samada Putrajaya atau Hudud, pasti beliau memilih Putrajaya.  Apakah Hanipa menolak Hudud secara total atau Hanipa menghina hukum Hudud?  Tentu tidak.  Beliau memilih pendekatan untuk mara ke Putrajaya terlebih dahulu kerana Hudud mustahil boleh dilaksanakan sepenuhnya tanpa kuasa di Putrajaya.  Ertinya, wajib ke Putrajaya.  Solat itu wajib, mahu solat perlu kepada pakaian menutup aurat.  Ertinya, berusaha mencari pakaian itu hukumnya wajib juga.  Itu satu pendekatan yang dipilih oleh Hanipa.

Mungkinkah ada pendekatan lain tanpa ke Putrajaya kita boleh laksanakan Hudud?  Jika ada, silakan kita pilih pendekatan itu.  Ertikata lain, berbeza pendekatan itu adalah hikmah di dalam Islam untuk melaksanakan cita-cita Islam.  Siapa yang mempunyai pendekatan yang terbaik, yang lebih licin, teratur dan pantas untuk merealisasikan hukum Hudud itu, maka itulah orang yang bijaksana.  Sesiapa yang mempunyai pendekatan yang jauh, kurang teratur dan penuh dengan ranjau untuk melaksanakan Hudud, mereka tidak salah tetapi kurang bijak berbanding yang tadi.

Aku samasekali membantah DAP jika DAP menentang perlaksanaannya, tetapi aku boleh saja terima sekadar DAP tidak bersetuju kecuali yang Islam di dalam DAP menolak juga Hudud maka hukumnya tetap Kafir.  Apakah kerana DAP tidak bersetuju maka kita harus hentikan usaha untuk melaksanakannya?  Tidak mungkin.  Kewajipan kita mesti diteruskan tetapi alangkah bijaknya jika kita berjaya tunjukkan kepada DAP bahawa Islam itu Syumul, bukan Hudud sahaja.  Jika di dalam aspek lain yang mudah dilaksanakan pun kita gagal tunjukkan pada DAP, mana mungkin DAP lebih yakin dengan Hudud?

Pendapat peribadi aku, apakah salah jika kita usahakan dulu tuntutan Islam yang lebih universal dan majmuk yang dipersetujui semua sementara kita terus menyediakan persediaan ke arah perlaksanaan Hudud?  Maknanya, lakukan tuntutan Islam yang lain di dalam masa yang sama Hudud terus dipersiapkan.  Jangan tinggalkan Hudud hanya kerana kita ingin mengamalkan tuntutan Islam yang lain.  

DAP mungkin akan terima Hudud di satu ketika nanti apabila kita berjaya buktikan bahawa Islam itu Syumul dan banyak perkara yang boleh menguntungkan semua serta memberi keadilan kepada semua manusia tanpa mengira kaum dan agama.  Sehubungan itu, jangan kita mudah melatah dengan karenah lama DAP ini.  Adakah kita sanggup membenarkan Umno terus berkuasa hanya kerana DAP berbeza sikap dengan kita tentang Hudud?  Membenarkan Umno terus berkuasa bererti kita membantu melambat-lambatkan Hukum Hudud ini dari dilaksanakan.


Selasa, 16 Disember 2014

MASALAH KITA BESAR SANGAT SEKARANG NI, DAP SUDAH TIDAK MAHU HUDUD, BEB !!!

RASUAH dosa besar dlm Islam.
DAP menentang rasuah.
Akta zalim seperti Akta ISA atau Akta Hasutan termasuk AUKU tidak sejajar dgn Islam.
DAP menentang kesemua itu.
Kemusnahan alam sekitar seperti projek Lynas juga amat dilarang oleh Islam.
DAP menentang Lynas.
Fitnah umpama membunuh menurut Islam dan berdosa besar.
DAP menentang perbuatan fitnah.
Islam anjurkan sistem pendidikan dan ekonomi yg terbaik utk rakyat.
DAP sokong kedua2nya.
Membunuh orang yg tidak berdosa seperti kes Memali berdosa besar di sisi Islam.
DAP sejak dulu mahu kes Memali disiasat dan dibentangkan Kertas Putih di Parlimen.
Membenteras kemiskinan di kalangan rakyat adalah tuntutan Islam.
DAP juga mahu kadar kemiskinan dikurangkan.
Meningkatkan kualiti dan kelengkapan pertahanan negara juga tuntutan Islam.
DAP konsisten menggesa ianya dipertingkatkan demi pertahanan negara.
Mencuri dan merampas tanah rakyat atau hak rakyat berdosa besar di sisi Islam.
DAP menyokong menentang perbuatan ini.
Dan....
banyak lagi tuntutan Islam yg paling utama disokong oleh DAP bahkan dibantu oleh DAP untuk bersama kita perjuangkan.
DAP cuma kata tidak mahu Hudud. Itu pun jadi masalah buat kita? Jika dia sokong sekalipun ianya tetap tidak akan dapat dilaksanakan selagi rejim Apco ini memerintah. Takkan sebab DAP tak sokong Hudud kita hentam DAP lebih dari kita hentam amno sedangkan berpuluh tahun amno jadi kerajaan, pernah dia berniat mahu laksana Hudud?

Ahad, 14 Disember 2014

"SAYA TIDAK MINTA ANUGERAH, JIKA DIBERI SAYA MENJUNJUNG KASIH - KATA ANWAR DI KUANTAN MALAM TADI

MALAM tadi sekali lagi bumi Pahang dikunjungi oleh tokoh reformasi, Sdr Anwar Ibrahim.  Mengapa aku sebut 'Saudara"?  Bukan disebabkan pingatnya ditarik balik oleh istana Selangor, bahkan beliau ada lapan lagi pingat yang langsung tidak menjejaskan gelaran Dato' Seri.  Aku sebut 'Saudara' sebab bagi aku Anwar terkenal dan hebat bukan kerana sebarang anugerah.

Sejak dulu insan bernama Anwar ini memang terkenal.  Gelaran "Pak Syeikh" dan gelaran "Brother" selain gelaran "Saudara" memang sinonim dengan tokog reformasi ini.  Sehubungan itu, aku cuba biasakan diri untuk menyebut nama Anwar sebagai Saudara Anwar.

Di Pahang, sebelum beliau berkunjung di Beserah, Kuantan malam tadi, beliau telah pun berkunjung di Maran.  Ertikata lain, Sdr Anwar tidak memilih untuk kerap berkunjung di negeri-negeri yang kita telah kuasai saja.  Samada ramai orang hadir atau tidak di negeri bawah rejim Bn ini, Sdr Anwar tetap hadir kerana dia yakin rakyat kini perlukan maklumat sebenar darihal isu-isu yang melibatkan kepentingan rakyat di negara ini.

Malam tadi, selain dari membicarakan tentang isu rasuah, hak bersuara buat Mahasiswa, isu kepentingan Islam dan kedaulatan Raja, paling aku tertarik apabila Sdr Anwar dengan tegas menyatakan bahawa rakyat di negara ini tiada pilihan lain kecuali untuk terus komited bersama PR.  Beliau juga sebut, kekuatan PR adalah terletak di antara tiga parti iaitu PKR, PAS dan DAP.  Tiada parti boleh menewaskan Umno/Bn jika bersendirian, maka Sdr Anwar tetap yakin PR akan terus bersatu menentang rejim sekarang.


Sdr Anwar juga lantang menyebut, beliau akan terus mendokong perjuangan rakyat menegakkan keadilan dan menentang kezaliman biarpun habis luruh segala pingat dan gelaran yang ada padanya.  "Mati nanti, saya tetap bernama Anwar, tanpa gelaran hebat itu". Itu ucapan Sdr Anwar yang disambut dengan tepukan orang ramai yang hadir.  "Saya tidak pernah minta anugerah, tetapi jika diberi saya menjunjung kasih dan jika ditarik pun saya tetap menjunjung kasih".  

"Saya sudah tidak fikirkan apa yang akan terjadi kepada saya samada terus dipenjarakan atau tidak, kerana saya yakin rakyat yang bangkit dan berjuang bukan kerana susuk tubuh saya tetapi mereka bangkit untuk menentukan hala tuju masa hadapan anak-anak dan cucu mereka".   

Sabtu, 13 Disember 2014

ANWAR, RAFIZI, NURUL IZZAH DI BESERAH MALAM INI (SABTU 13/12/14)

 
 
SEKALI lagi Sdr Anwar Ibrahim akan berkunjung ke bumi Tok Gajah.  Baru-baru ini di Maran, kali ini di Kuantan pula.  Malam ini Sabtu (13/12/2014) jam 08.30 bertempat di Dataran Rakyat, berhadapan Poliklinik Beserah, Kuantan Sdr Anwar Ibrahim akan tampil bersama YB Rafizi Ramli, YB Nurul Izzah dan beberapa pimpinan PR yang lain.

Tentunya selain dari isu kes fitnah Liwat II, isu 1 MDB, GST, penurunan nilai mata wang negara juga bakal dikupas oleh para penceramah.  

Hadirlah beramai-ramai dan hebahkan.  InsyaAllah, saya akan mempengerusikan program malam ini.

Khamis, 11 Disember 2014

TEGURAN CHEGU BARD JIKA KITA TIDAK SETUJU, PERLUKAH DESAK DIA KELUAR PARTI?

MENGAPA perlu desak Chegu Bard keluar parti hanya kerana dia membuat sidang media yang dia rasa parti perlu selesaikan?  Jika kita rasa apa yang beliau sebut itu tidak betul, apa salahnya kita perbetulkan?  Aku pun tidak semua setuju apa yang Chegu Bard sebut, tapi amat melampau cara nak tangani masalah kekeliruan ini dengan mendesak beliau keluar parti.

Kita mahu ahli parti kita vokal dan sensitif dengan kelemahan parti, cumanya perlu ada adab dan hikmah.  Mungkin silap Chegu Bard hanyalah dari segi pendekatannya.  Itu saja.  Takkan kerana itu dia didesak untuk keluar parti.  Apakah kita suka melihat parti ini memiliki ahli-ahli yang 'Wala" mebabi buta?  Kita juga tidak mahu ada pemimpin atau ahli yang mengkritik parti secara terbuka.  Sebab itu, aku juga pernah mengkritik Azmin Ali bila dia buat teguran dan kritik terbuka kepada Presiden Parti selepas PRU 13 yang lalu,  Tapi, aku tidaklah sampai desak Azmin keluar parti.

Kebijaksanaan itu penting.  Kita mahu cari dan dapatkan lebih ramai ahli bukan mengurangkan ahli hanya dengan isu remeh iaitu berbeza pandangan atau pendekatan.  Tegurlah Azmin, tegurlah Chegu Bard atau sesiapa saja asalkan tidak menggunakan cara mudah iaitu desak keluar parti.

Rabu, 3 Disember 2014

PENYANJUNG ULAMAK KERJANYA MEMBURUKKAN ORANG LAIN?

PALING aku kelakar ada macai JebUG (Jebon UG) yang kelihatan lebih bodoh daripada macai amno sekarang ini.  Dulu mereka sanjung Anwar sebab mereka sebenarnya tahu Anwar banyak bantu parti mereka dapat Kerusi dan aku pun ingin nyatakan parti mereka pun banyak bantu parti aku dapat Kerusi.  Ertinya, saling membantu tetapi apabila berlaku krisis MB Selangor baru-baru ini macai JebUG ini mula serlahkan wajah mereka.

Mengambil kesempatan di atas kecuaian pimpinan mereka menangani krisis MB Selangor, mereka kini mula mengatur langkah untuk memburukkan Anwar.  Mereka tahu Anwar tidak pernah sentuh pun pemimpin mereka sejak dari krisis MB Selangor bahkan Anwar sentiasa komen yang positif terhadap parti mereka berbanding dengan pemimpin mereka yang secara terbuka aibkan Presiden parti sekutu mereka sendiri.  Tidak pelik kalau Presiden parti aku diaibkan kerana pemimpin mereka tergamak aibkan dua Adun mereka dengan gelaran yang buruk kita dengar.

Kini, JebUG mendakwa mengapa Anwar tidak saman Anifah Aman yang mendakwa Anwar tawarkan RM 100 Juta kepadanya untuk melompat parti?  Nampak sangat bodohnya macai JebUG ini, kelihatan mereka tidak langsung tahu perkembangan.  Sebab itu aku selalu sebut yang memakai kopiah dan sering hadir usrah bukan boleh menjamin menjadi pemikir yang baik.  Mereka dapat ilmu agama, tetapi membuat tuduhan sedemikian rupa menunjukkan apa faedahnya ilmu yang mereka dapat?

Aku mahu usrah puak macai JebUG ini.  Isu Anwar yang hangpa dok sebut tu, sebenarnya yang dinyatakan oleh Anifah Aman itu merupakan keterangan beliau di dalam mahkamah di dalam kes saman Anwar terhadapnya.  Anwar menyaman Anifah kerana Anifah mendakwa Anwar mengupah RM100 Juta kepadanya untuk melompat parti.  Ertinya, Anwar sudah saman Anifah lama dah.  Anifah cuma ulangi sekali lagi dakwaannya itu sewaktu beri keterangan.  Takkan Anwar mahu saman atas isu yang sama yang sedang dibicarakan?  Jangan jadi bodoh sangat macai JebUG, malulah sikit dengan macai amno.  Macai amno pun tidak sentuh isu tersebut sebab mereka tahu memang Anwar telah saman Anifah lama dah.

Akibat terlalu mahu burukkan Anwar, macai JebUG ini tampilkan wajah mereka yang sebenar.  Rupa-rupanya mereka tidak tahu satu apa pun.  Janji mereka boleh burukkan Anwar agar mereka dilihat sebagai penyanjung Ulamak.  Penyanjung Ulamak itu kerjanya memburukkan orang lainkah?  Kesihan UG.

Isnin, 1 Disember 2014

WAHAI BLOGGERS, TIDAK MALUKAH KAMU DI 'BANGANG'KAN DI KHALAYAK RAMAI?

MUNGKIN sudah sampai tahapnya Najib hilang sabar kepada para pencacai yang diupah sebagai Blogger parti keris telanjang tidak bersarung itu.  Semenjak dua penggal PRU kebelakangan ini, ternyata blogger-blogger upahan ini hanya makan gaji buta.  Langsung tidak membantu parti warisan penjajah ini.

Paling menyakitkan jiwa raga Najib adalah, sudahlah tidak membantu tetapi 'menumbuk' dan 'menerajang' pemimpin sendiri.  Ertinya ramai Blogger hentam pimpinan sendiri dari menghentam pemimpin Pembangkang.  Makan gaji dari siapa?  Siapa bayar?  Memang anda bangang, itu luahan emosi Najib kepada para pencacai Blogger upahan ini.

Sebenarnya mahu salahkan Blogger upahan itu pun tidak boleh juga.  Bukan mereka tidak mahu untuk menyerang Pembangkang atau pimpinan mereka, tapi apa modal untuk menyerang pimpinan Pembangkang?  Mahu serang Anwar?  Sudah berapa kurun mereka asyik 'taji' Anwar?  Apa kesannya?  Adakah sokongan kepada Ketua umum PKR itu semakin merosot?  Apakah PR semakin terjejas?  Jelas, tujuh Kerusi Parlimen Bn telah berjaya dirampas di dalam PRU 13 yang lalu.  Sejumlah 53% rakyat negara ini menyokong PR, ertinya projek menfitnah Anwar gagal samasekali.  Pemimpin PAS, Hj Mustafa Ali juga difitnah dengan isu yang mengaibkan, namun apakah rakyat percaya kepada cerita lucah lagi?

Jika Blogger upahan ini mahu mencari isu lain seperti isu penyelewengan, rasuah dan sebagainya, sampai berjangut rasanya mereka tidak jumpa.  Mana ada pimpinandi dalam PR yang terlibat di dalam kes jijik itu?  Mana dia MB/KM dari PR yang boleh dikaitkan dengan penyelewengan?  Tiada.  Adun-adun dari PR pun tiada.  Maka, tiada jalan lain kecuali cipta isu seks dan peribadi untuk dijadikan modal dengan harapan Najib pasti seronok dengan kerja bodoh mereka itu.  Malangnya, Najib sedar rakyat tidak bodoh mahu disuapkan dengan cerita lucah.  Sebab itulah Najib 'bangang'kan balik Bloggers yang memang sedia bangang itu.

Sehubungan itu, ayuh Bloggers pro Bn, kembali kita ke pangkal jalan.  Sampai bila kamu mahu makan gaji haram hasil fitnah?  Takkan kamu sanggup masuk Neraka hanya kerana mahu jaga Najib dan pandanya itu?


Sabtu, 29 November 2014

APABILA USTAZAH KEJI ULAMAK DAN ARTIS YANG MAHU BERUBAH, ITULAH "PELACUR" TAHAP DEWA

HIMPUNAN Agong parti keris telanjang semakin rosak apabila budaya mengampu semakin mewarnai parti peninggalan penjajah ini.  Bayangkan jika Presiden yang dulunya menjerit ke hulu ke hilir kononnya mahu lakukan transformasi di antara lain ingin hapuskan Akta Hasutan, tiba-tiba di pentas PWTC dua tiga hari lalu Presiden ini menjerit lagi tapi dengan nada bertentangan.  Akta Hasutan akan dipertahankan demi "Melayu' kononnya.  

Maka, berdiri semua burung-burung belatuk sambil menyeringai dan bertepuk tangan tanda mereka setuju dan sanggup diperbodohkan lagi.  Muka pemimpin-pemimpin yang lain yang berada di atas pentas PWTC semua senyum kelat, wajah berbaur suka, duka, malu bila melihat murahnya harga maruah bangsa "anak kecil main api".  Itu lah nasib bani Melayu apabila terlalu kerap makan pil "BR1M".  Hati jadi gelap, otak semakin bebal.  Mudah saja ditipu oleh pemimpin mereka.



Bertambah malang lagi apabila ada Ustazah  dan Ustaz di dalam bangunan PWTC, mereka semua tidak mampu berbuat apa-apa.  Mereka lebih asyik dengan gaya dan fesyen mereka, perasan merekalah contoh ulamak transformasi yang boleh mengikut zaman dan rentak.  Masuk kandang babi kena juga tutup aurat tetapi pakai baju berkulit babi, begitulah lebih kurang mereka berfikir.


Mana lebih baik, artis yang cuba mencontohi ustazah atau ustazah yang cuba mencontohi artis?  Marsitah ada jawapan.  Marsitah penuh gaya mengutuk ulamak yang kini menjadi ikon anak muda.  Marsitah mengeji artis yang cuba berjinak-jinak dengan dunia dakwah.  Mengapa?  Marsitah sebenarnya tidak pernah kenal cermin dan tidak mencermin dirinya sendiri.  Inilah orang agama yang jual agama untuk mencari makan dan mereka ini "pelacur' tahap dewa.

Khamis, 27 November 2014

NAJIB TEGAS PERTAHAN AKTA HASUTAN, PR JUGA BERSUBAHAT MENJAYAKAN AKTA INI?

TV3 SUKU di dalam siaran Buletin Utamanya menyiarkan ucapan Najib di hadapan perwakilan Umno di PWTC.  Meneran suara Najib dengan muka merahnya memberi jaminan Akta Hasutan akan tetap dipertahankan.  Maka, bagai dapat durian runtuh semua burung kakak tua bangun dan bertempik sorak sambil menepuk tangan.  Itu dia....Bani Melayu begitu seronok menyokong akta zalim.  

Apabila terang-terang Najib dan Umno ingin terus mempertahankan Akta Hasutan yang suatu ketika Najib berjanji akan memansuhkan akta ini demi "transformasi' kononnya.  Tapi, semenjak bila pemimpin Umno tidak menipu?  Apabila Najib terang-terangan ingin mempertahankan akta zalim ini, sewajarnya yang mengaku pejuang Islam lupakan saja hajat dan cita-cita ingin 'menjentik' gereja bersama Umno.

Sepatutnya apabila Umno tegas untuk mempertahankan Akta hasutan ini, maka pimpinan PR harus lebih tegas lagi menentangnya.  Bagaimana untuk kita menentang kezaliman jika sesama kita pun masih tidak mengenali musuh sebenar?  Senjata dihalakan sesama kita dan semakin hebat sejak kebelakangan ini.  Tuding menuding sesama kita, pimpinan kita ego tidak mahu mengaku silap dan bertaut kembali.

Akibatnya, Umno semakin berani.  Dulu mereka berjanji untuk hapuskan Akta Hasutan itu adalah kerana melihat kekuatan kita yang semakin menekan mereka.  Kini, mereka kembali semula untuk mempertahankan akta tersebut.  Mengapa?  Sebab mereka sudah melihat kita tidak lagi sekuat dulu.  

Ertinya, jika kezaliman terus berleluasa angkara akta ini nanti, sikit sebanyak kita juga sebagai penyumbangnya kerana kita terus berpecah.


PIMPINAN UTAMA PR MESTI SELESAIKAN SEGERA KRISIS YANG ADA

KRISIS di dalam PR nampaknya masih belum benar-benar seperti sediakala.  Jika kita lihat di dalam media sosial terutamanya di FB, yang paling rancak bertikam lidah adalah di antara para penyokong PKR dan PAS.  DAP kurang menyerlah, mungkin di dalam media sosial berbahasa Cina agak rancak kot.  Tidak kurang juga ejen-ejen amno/bn termasuk SB pun mengambil kesempatan.

Ada yang kata ianya berpunca dari Kajang Move.  Aku tidak nampak itu puncanya.  Kajang Move sudah selesai dengan baik ditangani penuh bijak oleh pimpinan PKR terutamanya.  Perlantikan MB berjalan dengan baik walaupun Azizah bukan orangnya.  Tiada aktiviti berguling di jalanraya depan Istana seperti di Perak dulu.  MB baru pun telah buat kerja dari hari pertama lagi dan setakat ini satu demi satu objektif Kajang Move dapat diperlihatkan.  

Krisis berlaku bukan kerana Kajang Move, tetapi ada rakan di dalam PR yang tidak bijak menangani krisis ini.  Memang setiap strategi politik akan ada risiko, Kajang Move adalah strategi politik.  Apabila ianya dinamakan strategi tidak semua boleh hadam untuk apa ianya dilakukan.  Malang sekali, yang tidak hadam itu termasuk dari pimpinan.  Bagaimana mahu hadam dengan masak jika tidak libatkan diri sepenuh jiwa dan raga?

Baiklah, yang sudah berlalu biarlah berlalu.  Sekarang bagaimana untuk pulihkan kembali hubungan mesra sesama PR?  Jangan hanya minta para penyokong di FB saja hentikan perbalahan.  Tidak akan berhenti perbalahan selagi pimpinan tidak menunjukkan minat untuk berbaik. 

Pimpinan PKR, DAP dan PAS mesti menunjukkan mereka benar-benar telah melupakan krisis ini.  Jika mereka boleh tunjukkan, percayalah, kami di alam maya akan menyokong sepenuhnya usaha itu.  Mungkin yang tidak mahu krisis ini selesai hanyalah JebUG (Jebon UG), itu saja.

Rabu, 26 November 2014

AZMIN PRO UMNO BILA BERI KERETA PADA KETUA PEMBANGKANG SELANGOR?

KETUA Pembangkang (Umno) di Selangor dapat elaun RM 3,000 dan berbagai elaun lagi.  Ketua Pembangkang ini juga dapat sebiji kereta resmi Camry.  Adakah ini menunjukkan Azmin pro Umno?  

Itulah suara-suara sumbang beberapa pihak yang sengaja mahu cari salah MB baru ini.  Azmin masuk longkang, parit, melawat merata kampong pun jadi isu buat mereka.  Sekarang, Azmin memberikan kereta resmi buat Ketua Pembangkang pun jadi satu masalah.  Bukankah perkara itu telah lama dilakukan di Pulau Pinang sebuah lagi negeri di bawah DAP?   Waktu itu tidak pula jadi masalah kerana KM nya bukan Azmin.   Hanya Kelantan saja rasanya yang belum berbuat demikian.  Jika belum, harap negeri di bawah PAS ini turut berbuat demikian.  Bukankah kita di dalam PR mahu tunjukkan kita boleh berlaku adil jika kita berkuasa?

Tahniah buat MB Selangor.  Satu tamparan buat negeri-negeri di bawah Umno/Bn.  Azmin harus lebih aktif mendampingi rakyat dan terus bekerja untuk rakyat.  Jangan jadikan Selangor sebuah syarikat yang hanya kerjanya mencari untung dan mengumpul duit.




Isnin, 24 November 2014

MENGAPA PKR DASARNYA TIDAK ISLAM SEPERTI PAS?

SETIAP soalan perlu kepada jawapan.  Maka aku jawab;

Jika PKR juga dasarnya seperti PAS, maka apa perlunya ada dua parti yg dasarnya sama?  Bukankah ianya akan menguntungkan musuh?

Sekarang aku ingin bertanya pula;

MENGAPA KAUM CINA DAN INDIA DI DALAM KELAB HIMPUNAN PENYOKONG PAS TIDAK MENJADI AHLI PAS DAN LAYAK BERTANDING ATAU MENGUNDI DI DALAM MUKTAMAR PAS?

Maka, aku terima jawapan yg diberi adalah, mereka terdiri dari Non Muslim dan dasar PAS setiap ahli mesti terdiri dari berugama Islam.

Oleh yang demikian, aku pun berkata:  Jika itu alasannya, maka jika PKR pun dasarnya sama seperti PAS maka hampir separuh dari ahli2 PKR sekarang ini tidak boleh menjadi ahli PKR kerana mereka juga Non Muslim. 

Dia bertanya lagi, mengapa orang-orang Islam di dalam PKR tidak mahu sertai PAS?

Aku menjawab; Untuk menegakkan Islam dan berjuang ke jalannya tidak wajib sertai PAS tetapi cukup dengan menyokong, membantu dan mengundi PAS.  Masih ramai di luar sana yang tidak berparti tetapi mereka tetap menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. 

Hikmahnya PKR ini wujud adalah sebagai strategi politik dan alternatif kpd rakyat terutamanya yang Non Muslim yg tidak suka kpd Bn, tetapi merasa tidak sesuai dgn perjuangan DAP dan tidak boleh sertai PAS, mereka boleh bersama kami di dalam PKR asalkan kita tidak menolak semua unsur2 kebaikan yg diperjuangkan bersama.

Sejarah pernah membuktikan PAS tidak pernah boleh pergi jauh bila berjuang bersendirian, kecuali di Kelantan, (itu pun masyarakat Non Muslim di sana hanya berapa peratus sahaja)  tanpa sokongan rakyat Non Muslim.  Namun, bila wujud gabungan yg di dalamnya ada DAP dan KEADILAN, terbukti PAS semakin kuat dan Non Muslim mula yakin dengan PAS.  Tidakkah strategi ini membantu perjuangan PAS?

Tahukah anda, sewaktu PRU 13 yg lalu, sekiranya kesemua Kerusi PAS di Dun2 di setiap negeri di Semenanjung ini dapat kepada PAS, maka MB di majoriti negeri adalah dari PAS.  Ertinya, Pakatan yg ada ini cukup membantu PAS cuma perlu kepada kerja kuat PAS dan dibantu oleh rakan2 di dalam Pakatan tidak mustahil PAS akan lebih menguasai di beberapa negeri. 

Bayangkan jika kesemua ahli PKR yang berugama Islam berada di dalam PAS, dan satu kumpulan lagi adalah Bn, DAP atau satu parti camporan Non Muslim yg lain, adakah PAS mempunyai kelebihan seperti sekarang?  Justeru itu, wujudnya PKR umpama tangga bagi membantu PAS mencapai impiannya.  Maka, jangan dikerat2 atau ditoreh2 tangga yg ada.

Ahad, 23 November 2014

ISU WANG PAMPASAN PEGAWAI-PEGAWAI TSKI, BUKAN SALAH EXCO PAS SAHAJA

BENARKAH mantam MB Selangor TS Khalid Ibrahim (TSKI) telah membelanjakan sejumlah lebih kurang RM 2.6 Juta hanya untuk membayar pampasan kepada bekas-bekas pegawainya?  Adakah bekas pegawai-pegawainya itu dibuang atau meletakkan jawatan?

Jika dibuang atau ditamatkan perkhidmatan, tentu ada prosedur atau garis panduan di dalam memberikan pampasan kepada mereka.  Apakah sejumlah RM2.6 Juta itu mematuhi prosedur pembayaran?  Seandainya pula rekod menunjukkan mereka tidak dibuang tetapi meletakkan jawatan apabila MB Selangor juga meletakkan jawatan, adakah ada peruntukan mana-mana yang membolehkan mereka dibayar pampasan?  Jika ada, benarkah sejumlah itu perlu dibayar?

Setahu kita, dan bekas Exco PAS sendiri iaitu Dr Halimah Ali sering memberitahu TSKI ini seorang yang kedekut hatta untuk membelanjakan satu ringgit.  Jika benar, ertinya sejumlah wang RM 2.6 Juta itu dianggap sedikit sebenarnya untuk diagihkan seramai lebih kurang 8 orang pegawainya.  Boleh dikatakan hampir kesemuanya kecuali seorang mendapat ratusan ribu ringgit sebagai pampasan.

Terbaru, bekas Exco di zaman TSKI iaitu Ir Iskandar Samad yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor dan kini Exco di bawah MB baru, Azmin Ali telah menyatakan bahawa jangan libatkan Exco-Exco terdahulu dalam isu ini.  Beliau akui tahu tentangnya tetapi tidak tahu tentang agihan dan jumlah yang dibayar.  Ertikata lain, Exco-Exco telah dimaklumkan tetapi kesemua mereka tidak tahu berapa jumlah yang diberi kepada pegawai-pegawai berkenaan.  Adakah mereka juga menjadi "pak angguk" di hadapan TSKI?

Ini bukan salah Exco PAS sahaja kerana semua parti PKR dan DAP masing-masing ada Exco dan mesti bertanggungjawab atas isu ini.  Tentu sukar mahu percaya TSKI yang kedekut dan yang disanjung oleh Haji Hadi dan Majlis Syura itu boleh melakukan sesuatu yang bertentangan.  Oleh itu, aku menyokong agar siasatan mesti dibuat segera agar ianya tidak menjadi kudis kepada pentadbiran yang baru. 


Jumaat, 21 November 2014

SOKONG AZIZAH BUKAN SATU ARAHAN?

BENARKAH Surat Akuan Sumpah yang ditandatangani oleh 13 Adun dari PKR untuk menyokong Wan Azizah sebagai MB Selangor dulu merupakan satu "arahan' dari parti?  Apakah juga Akuan Sumpah dari 15 Adun DAP untuk menyokong Wan Azizah juga merupakan satu 'arahan' dari DAP?  Manakala dua lagi Adun dari PAS yang turut sama menyokong Azizah hanyalah secara sekarela?

Aku timbulkan isu ini kerana ada dakwaan bahawa beberapa Adun telah melanggar "arahan" parti apabila menarik balik Akuan Sumpah kepada Azizah dan menyokong Azmin.  Aku dari awal lagi yakin apa yang berlaku adalah Mesyuarat MPP dan Biro Politik PKR sendiri buat keputusan untuk hanya mencalonkan Azizah sebagai MB Selangor.  Di dalam mesyuarat tersebut, Azmin juga turut hadir dan mungkin lebih faham samada pencalonan Azizah itu dibuat secara "paksa" dan sokongan juga di"paksa" kepada semua Adun PKR.  Ertikata lain, semua yang hadir di dalam mesyuarat berkenaan tentu tahu samada menyokong Azizah itu merupakan satu arahan parti atau sekadar parti membuat keputusan mencalonkan beliau tanpa mengarahkan mana-mana Adun untuk menyokong atau tidak.

Tentu Minit Mesyuarat ada rekod samada ianya merupakan satu arahan atau tidak.  Aku lebih berpegang kepada pendapat bahawa 13 Adun PKR itu menyokong Azizah dan menandatangani Aku Sumpah itu atas dasar bersetuju dan bersolidariti dengan pencalonan oleh parti.  Mereka hanya mahu tunjukkan bahawa PKR termasuk semua Adun sebulat suara menyokong Azizah, iaitu Presiden mereka untuk menjadi MB Selangor.  Ertikata lain, aku percaya tiada arahan resmi dari parti untuk menyokong Azizah.

Tentang sokongan kesemua Adun DAP juga begitu di mana aku yakin tiada arahan resmi dari PR agar kesemua Adun PR mesti menyokong Azizah dan menandatangani Akuan Sumpah.  Apa yang terjadi adalah sokongan jitu atas dasar bekerjasama untuk memberikan sokongan.  Sebab itu lah PAS waktu itu masih tidak membuat sebarang keputusan kerana tiada arahan resmi dari PR untuk menyokong Azizah.  Dua Adun PAS yang menyokong Azizah dan menandatangani Akuan Sumpah itu hanya bertindak secara peribadi sejajar dengan konsep Tahalluf Siyasi yang diperjuangkan oleh PAS iaitu mengutamakan rakan sendiri dari calon Bebas.

Jika tidak berlaku arahan, maka tidak benarlah dakwaan bahawa Dr Xavier dan beberapa Adun itu telah melanggar arahan, jika benar cerita itu.  Khabarnya ada lima Adun yang beralih sokongan kepada Azmin, tetapi setakat hari ini aku hanya dapat melihat satu bukti berkaitan Dr Xavier.  Bukti yang ditunjukkan dan kini hangat dibahaskan di dalam FB dan blog adalah surat yang kononnya ditandatangani oleh Dr Xavier itu, betul atau palsu?  Terdapat bukti yang dipamirkan di media sosial bahawa adanya keraguan terhadap tandatangan Dr Xavier.  
 
Dua tandatangan yang berbeza

Aku tidak mahu ulas mana satu tandatangan Dr Xavier yang betul dan palsu.  Aku cuma ingin katakan andainya memang benar Dr Xavier dan beberapa Adun PKR itu mengalih sokongan dari Azizah kepada Azmin, adakah itu melanggar arahan parti?  Jika tiada arahan ertinya Dr Xavier dan beberapa Adun itu tidak bersalah.  

Oleh itu, sebelum pergi lebih jauh, kena buktikan dulu bahawa terdapat "arahan" sokong Azizah samada secara bertulis mahupun di dalam Minit Mesyuarat.  Jika benar ada, maka wajarlah tindakan diambil kepada yang melanggar asrahan parti walaupun aku tidak setuju dengan kaedah paksaan untuk menyokong seseorang.  Harap-harap tidak begitu.

Selasa, 18 November 2014

BERI PELUANG KEPADA AZMIN, TIDAK PERLU PANDANG NEGATIF

SEJAK awal lagi aku pernah sebut, aku bukanlah penyokong tegar Azmin Ali terutamanya sewaktu di dalam pemilihan parti baru-baru ini.  Sudah menjadi amalan biasa, setiap kali ada pemilihan tentulah calon-calon yang bertanding akan mempunyai penyokong masing-masing dan aku percaya jika Anwar bertanding sebagai Presiden pun satu hari nanti, pasti ada ahli-ahli yang menyokong calon lain selain dari Anwar.

Azmin berjaya mendapat mandat parti
 Apabila pemilihan di dalam parti selesai meskipun terdapat beberapa isu yang masih belum selesai terutamanya berkaitan beberapa laporan terhadap calon-calon yang bertanding, parti setakat ini mengiktiraf Azmin adalah pemenang jawatan Timbalan Presiden, manakala TSKI pula dipecat atas sebab disiplin yang beliau sendiri gagal membela dirinya.  Kita jangan lupa, aduan yang dikemukakan kepada JPP dan Jawatankuasa Displin parti bukan saja terhadap Azmin, tetapi terdapat juga aduan terhadap TSKI.  Soal pemilihan ini pun aku telah tulis sebelum ini bahawa JPP dan Jawatankuasa wajib menyiasatnya secara adil dan berani dan umumkan secara terbuka hasil siasatan samada ada kes atau tidak.  Selagi tidak diumum, selagi itulah persepsi tetap bermain dan ini menjejaskan imej parti.


Begitu juga, apabila parti mencalonkan Azizah, Presiden PKR sebagai calon MB Selangor dan turut disokong oleh rakan kita DAP, maka sebagai ahli aku rasa wajar beri sokongan kepada calon pilihan parti bukan calon pilihan Anwar.  Sepanjang tempoh krisis MB Selangor, tentunya sebagai ahli kita komited untuk menentukan Azizah diterima sebagai MB Selangor.  Kita sokong Azizah bukan kerana Anwar atau Azizah secara peribadi tetapi kerana itu keputusan parti.  Kita sedar tidak semua yang setuju dengan Azizah sebagai calon MB Selangor, tetapi itu keputusan parti secara konsensus.

Takdir menentukan bukan Azizah sebagai MB Selangor.  Ini di luar bidangkuasa parti.  Sikap tanggungjawab parti yang tidak terperangkap dengan percaturan untuk melagakan parti dengan pihak Istana, maka parti bertindak bijak dengan akur terhadap pilihan Tuanku.  Azizah dan Anwar serta pimpinan faham benar perangkap ini, maka parti membuat keputusan memberi mandat sepenuhnya kepada Azmin.   Tidak mungkin Anwar dan para penyokong parti akan berguling-guling di jalanraya seperti beberapa lebai di Perak dahulu sewaktu ingin mempertahankan Nizar.  Parti bertindak bijak mengalah dengan Istana kerana Azmin juga salah seorang pemimpin besar di dalam parti.  Azmin adalah Timbalan Presiden PKR dan beliau juga adalah Pengerusi PKR Negeri Selangor.  


Sekali lagi, suka atau tidak, setuju atau tidak, sebagai ahli parti aku akur dengan keputusan parti secara jemaah ini.  Bukan kehendak Azmin, bukan kehendak Anwar atau Azizah, tetapi itu kehendak parti yang berikan mandat setelah Istana mahukan Azmin sebagai MB Selangor.  Ada yang mendakwa Azmin telah melobi untuk jawatan ini, namun bagi aku tidak perlu kita memperlekehkan kuasa Tuanku.  Jika Tuanku tidak terima Azmin, lobi lah sekuat mana pun.  Jika benar Azmin punyai kuasa atau pengaruh besar untuk melobi, aku rasa selepas PRU 13 yang lalu TSKI bukan lagi MB Selangor.  Lojiknya tentulah Azmin.  Terdapat juga cerita bahawa lebih kurang 5 Adun yang menyokong Azizah awalnya telah mengubah sokongan terhadap Azmin dan ini menyebabkan Tuanku memilih Azmin.  Namun cerita tinggal cerita.  Setakat ini tiada seorang pun boleh membuktikannya dan Tuanku juga tidak pernah menyatakan sedemikian.  



Azmin kini adalah MB Selangor.  Samada dia mampu setanding dengan TSKI atau lebih dari beliau, biarlah masa menentukannya.  Rakyat Selangor sebenarnya tidak memilih siapa MB Selangor atau dari parti mana asalkan rakyat terbela di Selangor.  Jika Azmin gagal memenuhi impian mereka, bukan bererti itu hanya kegagalan Azmin seorang tetapi itu adalah juga kegagalan parti.  Jika Azmin berjaya menarik perhatian dan sokongan rakyat Selangor, itu juga akan membantu menaikkan imej parti.  Ertikata lain, selaku MB tidak boleh lari dari membawa imej parti.  Sebab itulah TSKI sering ditegur oleh Anwar sejak awal beliau menyambung tugas sebagai MB Selangor dulu.  Anwar mahu TSKI menjadi MB yang baik, komited dan berdisplin bukan sahaja sebagai pentadbir negeri tetapi juga sebagai pemimpin di dalam parti.  TSKI gagal sebagai pemimpin parti atau menjadi ahli parti yang komited.

Setakat ini, Alhamdulillah, Azmin cuba menjiwai sebagai seorang pentadbir dan ahli politik yang baik.  Maka, peluang ini harus kita berikan kepada Azmin untuk buktikan bahawa untuk menjadi MB yang baik tidak perlu kita lupakan parti kita yang menaikkan kita.  Komited terhadap tanggungjawab kepada rakyat dan negeri, komitmen juga perlu kuat kepada parti.  

Aku lihat ada banyak juga yang mempersendakan Azmin yang kerap turun ke padang merentasi sawah, belukar, longkang dan sebagainya.  Memang itu bukan tugas resmi atau tugas harian beliau sebagai MB.  Tetapi sebagai amaran atau sindiran kepada kakitangan majlis bandaran dan juga kepada Exco-Exco yang berkaitan, maka tindakan Azmin itu patut kita lihat secara positif.  Aku pun tidak setuju cara Azmin itu dikekalkan berterusan kerana ini akan menjatuhkan imej pegawai-pegawai bawahannya yang seolah-olah tidak tahu bekerja.  Azmin perlu mulakan di peringkat awal, selepas itu azmin harus memantau prestasi para Exconya dan pegawai-pegawai yang berkenaan agar terus bekerja demi rakyat.

Berilah peluang kepada Azmin untuk menunjukkan prestasinya samada Selangor boleh dibangunkan sejajar dengan dasar Pakatan Rakyat.  Jika Azmin gagal, maka gagallah parti dan lebih kita bimbang pihak Istana akan dituduh sebagai salah memilih calon.  Semoga ini tidak berlaku demi rakyat Selangor.

Isnin, 17 November 2014

HUDUD - DULU SALAHKAN UMNO, KINI TUDING JARI PADA DAP DAN PKR

GAGAL laksanakan hukum Hudud, mahu salahkan DAP dan PKR?  Bukankah suatu ketika di bawah kerajaan PAS Terengganu hukum Hudud telah diwartakan malahan katanya telahpun diperkenankan oleh Sultan Terengganu.  Waktu itu MB Terengganu bukan pemimpin PasMa kerana PasMa belum wujud lagi waktu itu.  MB Terengganu waktu itu Tuan Presiden PAS sendiri.

Mengapa Hudud gagal dilaksanakan?  Aku tahu jawapannya sebab itu aku tidak sedikit pun salahkan PAS apabila Hudud tidak dapat dilaksanakan ketika itu bahkan ketika ini pun tidak dapat dilaksanakan di Kelantan walaupun Kelantan berpuluh tahun di perintah oleh Mursyidul Am PAS sendiri.  Bukan salah Hj Hadi mahu pun Tok Guru Nik Aziz.  Kita sebenarnya tahu sebab apa tidak dapat dilaksanakan, tetapi apabila ada sedikit krisis sesama kita di dalam PR, kita alih telunjuk kita yang selama ini menuduh kerajaan Pusat yang menghalang Hukum Hudud dari dilaksanakan, kita kini menuding kepada PKR dan DAP pula.  Umno/Bn sudah tidak bersalah lagi dalam soal ini.  Lihat betapa teruknya kita berkawan.

Aku masih ingat betapa PAS di Terengganu begitu bersungguh-sungguh mahu laksanakan hukum Hudud.  Siapa yang halang waktu itu?  Bukankah pemimpin Umno waktu itu bahkan Kerajaan Pusat juga turut menyatakan Kerajaan Pusat tidak akan bekerjasama sedikit pun dengan Kerajaan PAS Terengganu jika hudud dilaksanakan.  Kita sedar, banyak jabatan dan ejensi yang ada hubungkait dengan perlaksanaan hukum Hudud ini di bawah Kerajaan Pusat.  Contohnya pihak berkuasa seperti Polis, Warden Penjara, Kehakiman dan sebagainya semua itu di bawah Kerajaan Pusat.  Mustahil Hudud dapat dilaksanakan tanpa kerjasama Kerajaan Pusat, bahkan Perlembagaan pun ada halangannya.  Tetapi, mengapa sekarang ada "Ostat" yang menjaja ke hulu ke hilir mendakwa PKR dan DAP menghalang dan menentang Hudud?

Jika benar DAP atau PKR menentang Hudud, bagaimana selepas Kerajaan PAS Terengganu hilang kuasa di negeri itu, DAP dan PKR terus bekerjasama dengan PAS?  Lojiknya DAP dan PKR akan tinggalkan PAS sebab mereka tahu PAS tetap mahu kepada Hudud hingga sekarang.  Tetapi tidak berlaku demikian.  Jika ada seorang dua pimpinan di dalam DAP atau PAS yang memberi ulasan tentang Hudud seolah-olah menggambarkan menentang Hudud, itu bukan suara mutlak atau keputusan mutlak PKR dan DAP.  Jika DAP tolak Hudud sekalipun, DAP tidak pernah menentang secara keras bila PAS di Terengganu atau Kelantan ingin laksanakannya.  Mereka yang secara jelas gunakan kuasa dan undang-undang untuk menghalang Hudud itu adalah rejim Umno/Bn sekarang, bukan DAP atau PKR.  

Anwar pernah ulas tentang Hudud.  Anwar memang ada sebut Hudud bukan ajenda utama di dalam PR.  Manifesto PR yang dipersetujui tidak pernah letak Hudud sebagai agenda utama dan manifesto ini turut ditandatangani oleh Presiden PAS.  Adakah ini bererti Presiden PAS juga terlibat menentang Hudud?  Apa yang Anwar sebut, bukan waktu ini Hudud sesuai dilaksanakan selagi sistem kehakiman negara yang penuh dengan ketidakadilan, amalan rasuah yang berleluasa dan kehidupan rakyat yang masih tertekan.  Bahkan lebih penting, Putarajaya bukan milik PR maka sukar buat kita mahu sampaikan penerangan berkaitan Hudud ini kepada masyarakat Islam dan bukan Islam.  Sebab itu, Anwar tidak pernah halang usaha Kerajaan PAS Kelantan sekarang bekerjasama dengan Kerajaan Pusat di dalam melengkapkan beberapa perkara untuk merealisasikan Hudud di Kelantan.  Ertinya, Hudud perlu kepada kajian dan persedian yang rapi sebelum dilaksanakan.  

Malangnya, bila PAS gagal laksanakan Hudud atas sebab-sebab yang mereka sendiri tahu, terdapat beberapa pimpinan mereka yang menuding jari kepada DAP dan PKR atas kegagalan itu.  Di mana konsisten kita terhadap musuh yang kita kenali selama ini?  Apakah kemelut yang berlaku akhir-akhir ini di atara PKR, DAP dan PAS telah membutakan mata kita terhadap kezaliman musuh selama ini?

Sabtu, 15 November 2014

PINGGIR HUKUM HUDUD - TULISAN AMIN ISKANDAR PATUT DITOLAK

TERPANGGIL untuk mengulas satu artikel yang aku petik dari Web Tranungkite di sini http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=19074 , yang mana artikel tersebut dikatakan ditulis oleh Sdr Amin Iskandar.  Beliau mempertikaikan kaedah Kerajaan PAS Kelantan di dalam usaha untuk meningkatkan hukum dan syiar Islam di negeri Serambi Mekah tersebut.

Aku sendiri akui memang banyak perkara kebajikan yang dituntut oleh Islam yang masih belum atau sedang diusahakan di negeri Kelantan.  Namun, tulisan Amin Iskandar yang seolah-olah cuba untuk mencari alasan agar melupakan hukum Hudud yang dicita-citakan di negeri tersebut amat mendukacitakan.  Aku samasekali tidak percaya bahawa Kerajaan PAS Kelantan mempolitikkan hukum tersebut, sebaliknya bagi aku meskipun ada perkara utama yang lain patut ditumpukan oleh Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Yaakob, tetapi hukum Hudud tetap menjadi impian kita dilaksanakan bukan saja di Kelantan bahkan di negara ini.

Oleh itu, aku menolak samasekali pendapat dan tulisan Amin Iskandar.  Memang tidak wajar sebuah kerajaan negeri mengutamakan bentuk hukuman semata-mata untuk menegakkan hukum Islam tanpa ada usaha memberi penekanan kepada kebajikan serta pembangunan insan terlebih dahulu.  Bak kata Anwar Ibrahim, bagaimana mungkin kita boleh merealisasikan hukum Hudud di dalam suasana negara yang masih belum dibersihkan dari dosa-dosa besar yang lain seperti amalan rasuah, kezaliman dan ketidakadilan di dalam sistem kehakiman.  Anwar bimbang jika hukum Hudud berjalan di dalam suasana seperti yang ada sekarang, hukum tersebut tidak akan mencapai objektifnya bukan kerana kelemahan hukum tersebut tetapi kaedah kita menyediakan persediaan ke arah perlaksanaan hukum Allah itu.  Maka ramai yang mendakwa kononnya Anwar turut menolak hukum Hudud sedangkan mereka tidak mendengar sendiri apa yang Anwar nyatakan tentang hukum ini.

Pendapat aku, di dalam masa kerajaan negeri Kelantan sedang menyediakan kaedah perlaksanaan hukum tersebut, kerajaan negeri jangan abaikan kebajikan rakyat.  Kerajaan negeri juga mesti peka terhadap keperluan masyarakat terutamanya di luar bandar yang juga menjadi kewajipan kepada pemerintah.  Kerajaan negeri juga perlu sensitif dengan isu-isu ketidakadilan dan kezaliman terutamanya yang melibatkan kerajaan Pusat.  Harus diingat, Hukum Hudud perlu mendapat sokongan dan kerjasama dari Kerajaan Pusat dan apakah lojik kita boleh mendapat kerjasama dari sebuah kerajaan yang penuh dengan rasuah serta kezaliman?  Maka, bersihkan unsur-unsur ini terlebih dahulu di dalam masa yang sama teruskan usaha dan tingkatkan pengetahuan kepada seluruh rakyat betapa Hukum Islam ini amat baik dan adil untuk semua.

Tulisan Amin Iskandar terlalu gopoh untuk menolak perlaksanaan Hukum Hudud dengan hanya membawa contoh kecil iaitu tindakan Kerajaan Negeri yang akan mengambil tindakan terhadap mereka yang tidak Solat Jumaat.  Tindakan kerajaan negeri ini amat tepat sekali, tetapi alangkah lebih berkesannya jika di dalam waktu yang sama kita juga pantas bertindak mengatasi permasalahan rakyat.  Jika tidak, Islam hanya akan dilihat seperti wujud untuk menghukum bukan untuk memberi kesejahteraan kepada manusia.  Maka akan lahirlah orang yang berfikiran seperti Amin Iskandar ini.

Semoga Allah meringankan tugas kerajaan negeri di samping memberikan pertunjuk kepada pemimpin kerajaan negeri agar hukum Islam dapat dilaksanakan di sebuah negeri yang rakyatnya juga menikmati kesejahteraan dan kebajikan yang dijanjikan oleh Islam.

Khamis, 13 November 2014

LAWAN JEBON UG (JebUG) HABIS-HABISAN !!

PARTI keris telanjang bernama amno itu akan sentiasa bergembira apabila JebUG (Jebun UG) setiap hari menghentam rakan-rakan dalam PasMa, kononnya PasMa ini menentang Ulamak.  Sampai hari ini JebUG tidak mampu bawa bukti dan hujah PasMa melawan Ulamak, bahkan PasMa pula yang dapat buktikan mereka menyanjung Majlis Syura yang bersetuju di dalam Muktamar bahawa perlu perkuatkan Pakatan.

Ertinya, PasMa menyanjung keputusan Muktamar yang direstui oleh Majlis Syura.  Secara tidak langsung PasMa menyanjung Ulamak.  Hujah pihak JebUG yang menuduh PasMa lawan Ulamak itu mana?  Aku tertunggu-tunggu juga mana satu ucapan atau kenyataan pimpinan PasMa yang boleh dikatakan melawan Ulamak jauh sekali mahu sebut PasMa itu 'haram' atau 'sesat' melawan Islam.  

Semua JebUG dari golongan lebai jumud ini sebenarnya tahu PasMa adalah satu-satunya pertubuhan yang tidak samasekali menentang parti mereka sendiri jauh sekali mahu melawan Tuang Presideng.  JebUG sedar, PasMa tidak seteruk itu tetapi mereka amat bimbang bahawa kewujudan PasMa hanya semata-mata mahu menjadi benteng parti Islam ini dibawa masuk ke dalam kelambu amno.  Bukankah JebUG kepingin sangat ingin bersama amno.  Semua tahu ini, semua tahu kisah JebUG mahu jentik gereja jika dapat bersama amno.  Jika sesiapa yang tidak tahu, sila tanya Dr Zuhdi.

Usah berlindung dengan nama Ulamak.  Ulamak adalah imej yang amat mulia kerana Ulamak itu pewaris Nabi.  Masakan pewaris Nabi mahu bersama amno yang terkenal dengan kezaliman itu?  Mustahil.  Sebab itu aku tetap mengatakan parti Islam ini mesti dipelihara dengan kesucian dasarnya iaitu Al-Quran, Hadith, Ijmak dan Ulamak serta Qias.  Jangan biarkan JebUG musnahkan parti ini dan mempengaruhi Tuang Presideng dengan strategi bodoh untuk bersama amno.

Aku memang bukan ahli parti mereka jauh sekali untuk sertai PasMa.  Tapi aku tetap sayangkan parti Islam ini dan juga sayang kepada PasMa yang ingin melindungi parti ini.  Musuh aku amno dan ejen mereka iaitu JebUG.  Aku akan tentang JebUG macam aku tentang amno. 


Selasa, 11 November 2014

10 SEBAB AKU SOKONG PASMA DAN TIADA SEBAB MAHU SOKONG "TASKI"

APABILA aku banyak memuji PasMa di dalam blog dan FB aku, ada pihak yang menuduh aku mencampuri urusan PAS.  Ternyata mereka jauh tersasar kerana bagi aku PAS tetap aku sokong sepenuh hati sejak berpuluh tahun dulu bahkan sebelum aku sertai KEADILAN lagi aku amat menyenangi perjuangan PAS.  

Mana mungkin aku mahu rosakkan PAS dengan hanya menyokong PasMa?  Tidak masuk akal samasekali.  Aku sokong PasMa atas beberapa prinsip dan faktor;

1.  PasMa adalah pertubuhan NGO yang sah dan berdaftar.
2.  PasMa dipimpin oleh ahli PAS yang juga orang lama dan terkenal di dalam PAS.
3. PasMa komited menentang Umno/Bn dan menentang sesiapa atau pihak dari PR yang ingin bersubahat dengan parti zalim ini.
4. PasMa mendukung komitmen PAS di dalam Muktamarnya yang mahu mantapkan kerjasama dengan PR.
5.  PasMa bukan parti politik yang boleh dicop sebagai parti dalam parti, sama juga dengan SAMM atau Jingga 13 iaitu pertubuhan yang dipimpin oleh ahli-ahli KEADILAN tetapi bukan dari sayap parti namun komited menentang Umno/Bn.
6. Pemimpin PasMa tidak pernah dipecat mahupun dibuktikan berlawanan dengan dasar Islam sebagai dasar perjuangan PAS.
7.  Dasar dan prinsip perjuangan PasMa tidak melanggar mana-mana prinsip di dalam PAS mahupun PR.
8.  Hubungan pemimpin PasMa dengan pemimpin PR amat baik di samping mereka juga tetap menjunjung dasar dan prinsip PAS.
9.  Sikap tegas dan berani serta terbuka pemimpin PasMa di dalam mengkritik mana-mana pihak hatta pimpinan parti mereka sendiri merupakan satu cara yang diwajibkan di dalam Islam, iaitu menegur mana yang salah dan bersedia pula untuk ditegur.
10. Objektif PasMa yang mahu menjadi benteng seandainya ada pihak-pihak di dalam PAS yang bercita-cita untuk sebantal dengan Umno iaitu golongan "JebUG" (Jebon UG) yang semakin ketara sekarang ini.  

Berbeza dengan mereka yang menyokong TSKI dulu.  TSKI ketika itu telah dipecat, bukan ahli KEADILAN lagi, tetapi tetap disokong penuh oleh beberapa Adun di Selangor.  Kononnya sokongan itu untuk selamatkan Selangor dari Umno/Bn atau untuk mengelakkan dari berlakunya pembubaran Dun.  Awalnya memang lojik, tetapi apabila 30 Adun setuju menyokong Azizah, ertinya tiada lagi majoriti selain dari PR di Dun Selangor, maka alasan untuk terus menyokong TSKI itu sudah tidak releven.  Jika mahu disebut bijak, jauh lebih bijak mereka yang menyokong PasMa kerana pemimpin PasMa bukan Bebas tetapi ahli PAS.  Bebas mereka sokong tidak salah, menyokong ahli sendiri satu salah besar?  Us Nasa yang terang-terang menjadi "batman" Najib ke hulu ke hilir mereka tutup mata, tetapi PasMa mereka intip setiap hari?

Sehubungan itu, salahkah aku sokong PasMa yang mana pemimpin mereka ahli PAS?  Apakah aku tidak salah jika aku menyokong TSKI yang tiada parti dan katanya bakal menubuhkan NGO baru bernama TASKI?  Jadi, jangan hipokrit kerana sikap itu tidak menggambarkan ciri-ciri Islam.  Cukup-cukuplah berdendam.  Jangan kerana terlalu kepingin untuk bersama Umno maka sanggup aniaya rakan seperjuangan sendiri.

Ahad, 9 November 2014

PASMA TIDAK SESAT , JIKA SESAT SUDAH LAMA DISINGKIRKAN DARI PARTI

PASMA itu sesat?  Bercanggah dengan syariat atau bercanggah dengan Presideng?  Jika PasMa itu sesat dan bercanggah dengan Islam, ertinya PasMa itu sama dengan Sister In Islam (SIS) seperti yang didakwa oleh puak jumud pro UG.

Baiklah, jika PasMa itu sesat, mengapa ahli-ahli PasMa tidak dipecat dari parti?  Bukankah di dalam Perlembagaan Parti itu menyebut ahli-ahli parti mesti berugama Islam yang ajarannya mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah?  Jika ahli-ahli PasMa itu disahkan sesat, maka lojiknya mereka telahpun dipecat.

Mengapa tidak pecat juga?  Sebenarnya itu menunjukkan bahawa PasMa bukan sesat.  Cuma dipropagandakan di dalam media pro UG bahawa PasMa itu sesat.  Menakutkan ahli-ahli yang jumud itu agar tidak terpengaruh dengan PasMa yang sekarang ini begitu aktif menegur Presideng dan Ulamak yang jumud.  PasMa bukan mahu jawatan Presideng, tetapi mereka mahu Presideng mereka peka sedikit tentang perjuangan politik yang memerlukan hikmah dan kebijaksanaan.  Dasar Islam wajib dipegang tetapi hikmah juga wajib dijaga.  

Islam itu indah kerana akhlaknya.  PasMa wujud ketika akhlak dan kebijaksanaan pimpinan berada di tahap paling memalukan.  Tidak pernah berlaku pimpinan sedemikian.  Pimpinan terus membiarkan parti berpecah tanpa usaha untuk memperbaikinya.  Menambahkan lagi memang ada.  Bila parti semakin berpecah, dituding jari kepada parti rakan-rakan pula.  Jelas sangat tidak bijaknya pemimpin seperti ini.  Sebab itu PasMa lahir.  Mungkin ada hikmahnya dari Allah kerana amat malang sekali parti sebaik ini menjadi hina dan kotor angkara pimpinan yang sering khianat dan menipu rakan sendiri.

PasMa tidak sesat.  PasMa hanya berlawan arus dengan puak yang gila mahu bersama parti keris telanjang itu.  PasMa mungkin akan menjadi parti politik sekiranya cita-cita mereka untuk berada di dalam kelambu amno tercapai.  Buat masa ini, eloklah PasMa wujud seperti sekarang agar parti Islam ini boleh diselamatkan.


Sabtu, 8 November 2014

ANWAR SOLAT JUMAAT DI MASJID PUTRAJAYA, MAMAK KUTTY JUGA ADA?

TERTANGGUHNYA keputusan kes DS Anwar Ibrahim membuatkan rakyat semakin meragui sistem kehakiman negara ini.  Kes yang pada awalnya dijangka hanya mengambil masa dua hari bermula 28 Okt/29 Okt 2014, namun berjalan sehingga ke petang semalam.  

Kedua-dua pihak, Pendakwa dan Pembela telah diberi peluang secukupnya untuk membentangkan hujah dan fakta masing-masing samada Anwar wajar dipenjara atau dibebaskan.  Hujah pihak Pendakwa semakin bercelaru dan kadangkala menggelikan hati kita.  Hujah pihak Pembela terbukti mematikan langkah pihak Pendakwa.  



Petang semalam kita meramalkan Hakim akan buat keputusan Anwar bebas.  Namun tidak berlaku sedemikian malahan kes ini semakin berpanjangan sehingga kita tidak tahu dengan tepat bila keputusan akan diumumkan.  Berbeza sewaktu sebelum Langkah Kajang, sebelum penamaan calon PRK Dun Kajang di mana sepantas kilat Hakim buat keputusan walaupun di luar waktu pejabat.  Itu yang buat kita pelik bin ajaib.

Apa pun, kita akan sabar menanti keputusan akan datang.  InsyaAllah, bila kita maklum tarikh untuk dibuat keputusan maka kita akan gerakkan semaksima mungkin para penyokong kita untuk menyambut pembebasan Anwar, InsyaAllah.



Ingin dikongsi sedikit, sewaktu Anwar bersama para penyokongnya Solat Jumaat di Masjid Putrajaya semalam, tiba-tiba dikatakan ternampak kelibat Mahdey Kutty yang duduk di hadapan sedikit dari Saf yang diduduki oleh Anwar.  Selesai Solat, Mahdey Kutty sepantas kilat ghaib entah ke mana. Begitulah biasanya, yang bersalah akan malu untuk bertemu atau berpandangan mata dengan orang yang dizaliminya.

Kakitangan kerajaan yang bersolat di masjid tersebut kelihatan amat teruja dapat bertemu dan bersalaman dengan Anwar.  Doa kita agar Anwar terus memimpin negara ini untuk melawan ketidakadilan dan kezaliman.


Jumaat, 7 November 2014

YAKINLAH, ANWAR BEBAS PETANG INI

PETANG ini (Jumaat 07/11/14) jam 03.00 petang, kemungkinan besar nasib Anwar Ibrahim akan diketahui.  Mahkamah Kehakiman Putrajaya akan menjadi saksi bahawa rakyat akan menolak fitnah jahat terhadap tokoh reformasi ini dan satu tamparan buat Saiful di mana rakyat akan memberi isyarat bahawa tidak cukup dengan fitnah kamu boleh menyelamatkan rejim yang zalim.


Petang semalam ramai yang menjangkakan keputusan akan dibacakan oleh Hakim, maka ramai yang sangup berhujan menanti hingga ke Maghrib.  Malangnya, keputusan belum dapat diumumkan dan Anwar keluar dari mahkamah terus mengimami Solat Maghrib bersama para penyokongnya yang setia di situ.

Aku yakin, mereka yang hadir petang semalam akan terus setia menunggu petang ini manakala yang datang dari jauh akan terus hadir petang ini walaupun terpaksa berulang alik selama beberapa hari.  Bukan sedikit belanja yang mereka perlu keluarkan demi untuk melihat keadilan buat Anwar tertegak.  



Sehubungan itu, marilah kita beramai-ramai ke Putrajaya esok untuk Solat bersama Anwar di Masjid Besi, Putrajaya seterusnya berarak ke Mahkamah Kehakiman.  Di sana kita akan berkumpul dan bersedia untuk menjulang tokoh reformasi ini sebaik sahaja beliau dibebaskan.

Sumber:  Sebahagian Foto kredit buat Blogger Omakkau.blogspot

Rabu, 5 November 2014

MENGAPA MASIH TIDAK HABIS MENGHENTAM AZMIN?

AZMIN sudah pun ditabalkan menjadi MB Selangor.  Azmin dipilih oleh Sultan dan direstu juga oleh partinya dan rakan-rakan di dalam PR di Selangor.  Apa yang masih tidak puas hati lagi?  

Adakah kerana kita gagal mempertahankan TSKI sebagai MB atau gagal mempertahankan TSKI dari dipecat oleh parti maka kita harus serang Azmin sekarang?  Apakah kerana kita terlalu taksub juga kepada TSKI atau Azizah, maka kita merancang untuk mengganggu Azmin yang baru saja diuji sebagai MB yang baru?  Adilkah kita?



TSKI tidak dizalimi.  Beliau terlalu lama telah diberi peluang sehingga ke saat-saat akhir beliau masih gagal menjawab kepada parti.  TSKI seorang yang bagus mentadbir tetapi bukan seorang pengikut parti yang berdisiplin.  Ramai yang mahu beliau terus mentadbir Selangor tetapi kita juga mahu beliau menjadi seorang pengikut parti yang setia bukan kepada Anwar atau Azizah, tetapi kepada partinya sendiri dan PR.  Ini yang gagal dilakukan oleh TSKI.  Maka, wajarlah beliau tidak diteruskan sebagai MB di bawah Kerajaan PR Selangor.

Kita mahu MB yang tahu menghargai parti yang mendokongnya.  Tidak salah berbakti kepada parti kerana parti juga akan berbakti kepada rakyat.  Parti tidak mahu curi duit rakyat, parti hanya mahu MB itu menghormati partinya sendiri dan dasar-dasar yang ditetapkan oleh PR.  Itu sahaja.  Apakah Azmin mampu lakukannya?  Belum tahu.  Aku melihat setakat ini Azmin cuba ke arah itu.  Azmin cuba lari jauh dari cara TSKI.  Namun, jangan lupa Azmin masih terhutang dengan isu Lebuhraya KIDEX dan Perjanjian Air.  Masih belum selesai, bukan tidak selesai.  

Azmin jangan lupa, selain dari soal disiplin dan komitmen TSKI terhadap parti, beliau juga kurang disenangi di dalam menangani isu KIDEX dan Perjanjian Air dengan Pusat.  Ini juga sering dirungutkan oleh Anwar sebelum ini.  Kejayaan Azmin hanya boleh diukur jika berjaya tangani kedua-dua isu besar ini.  Terpulanglah kepada kebijaksanaan Azmin untuk menanganinya.

Rakyat pasti menilai keupayaan Azmin yang setakat ini bolehlah dianggap positif.  Aku harap Azmin mampu menjadi MB yang baik dan cemerlang.  Kita beri peluang kepadanya dan tegurlah beliau jika ada langkah sumbang yang dilakukannya.  

Selasa, 4 November 2014

PEGUAM YAKIN ANWAR BEBAS

PUTRAJAYA 3 NOV: Peguam yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes Fitnah II yakin Ketua Umum KEADILAN itu tidak bersalah sekaligus keputusan Mahkamah Persekutuan akan memihak kepada anak guamnya itu.

Ram Karpal Singh berkata, mengikut kepada hujah dan undang-undang tiada sebab Anwar dijatuhkan hukuman.


“Kalau kita lihat kepada hujah-hujah dan undang-undang, kes ini memang memihak kepada pihak pembelaan.‎

“Itu pendirian saya yang masih memegang kepada sistem perundangan yang ada‎,” ujarnya.

Ram menjelaskan, tidak ada bukti baru yang didedah pihak pendakwa sebaliknya mereka membangkitkan bukti lama tetapi dihujah dengan cara baru.

“Perkara lama dan sudah dibangkitkan sebelum ini, esok pihak pendakwa akan menghabiskan hujah mereka dan selepas itu kita (pembela) akan memulakan hujah.

“Keputusan akan dibuat pada hari lain dan mungkin mahkamah akan mengambil masa untuk membuat keputusan terbaik, mereka akan meneliti keseluruhan hujah-hujah yang dikemukakan,” jelas beliau seperti dilaporHarakah Daily.
‎Sementara itu, Ahli Parlimen Kapar, G Manivanan turut berpendapat, hujah yang dikemukakan pihak pendakwa, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tidak kukuh.
“‎Dengan mengikuti hujah Shafee, saya tak yakin bahawa Anwar boleh dijatuhkan hukuman sebab hujah terlalu terbuka dan belum dijawab sepenuhnya,” katanya.
Mahkamah ditangguhkan pada jam 1 tengah hari tadi akan bersambung pagi esok dengan pihak pendakwa menyambung semula hujah mereka sebelum pihak pembela mengambil giliran pada sebelah petang.‎/KD

Jumaat, 31 Oktober 2014

KEPELIKAN TERUS BERLAKU DALAM MAHKAMAH, ISNIN INI KITA BERKUMPUL

HARI ke empat hari ini perbicaraan kes rayuan Fitnah Liwat II ke atas DS Anwar Ibrahim.  Ada isu lama dan tak kurang juga ada cerita baru yang telah dibongkar di dalam mahkamah sepanjang perbicaraan.  


Aku tertarik dengan kisah seluar dalam Sepol.  Ceritanya seperti yang diulas oleh peguam dari PAS, YB Hanipa Maidin adalah kisah umpama "seluar dalam A" dan "seluar dalam B".  Seluar dalam A adalah seluar dalam yang dipakai oleh Sepol sewaktu kononnya beliau diliwat oleh seorang insan tua bernama Anwar.  Seluar dalam B pula adalah seluar dalam yang dipakai oleh Sepol sewaktu beliau membuat laporan Polis mengaku dirinya diliwat secara paksa oleh Anwar dua hari selepas kejadian kononnya berlaku.  

Kita jangan lupa, Sepol ada menceritakan dalam mahkamah seluar dalam beliau ada tertinggal di rumah tunangnya.  Seluar dalam itu adalah seluar dalam A yang katanya telah dibasuh oleh ibu tunangnya.  Kelakar tak, ada insan yang sanggup suruh ibu tunang (bukan bini) untuk basuh seluar dalam?  Kelakar tak, Sepol sanggup simpan bukti DNA dalam bontotnya selama dua hari tanpa dicuci bontot, tahan untuk buang air besar, tak cuci bontot walaupun mandi hadas besar untuk Solat, tetapi boleh buang kesan DNA pada seluar dalamnya?  Seluar dalam A itu dicuci maka hilanglah kesan bukti.  Mengapa dicuci jika Sepol memang berniat untuk simpan bukti?  Dalam bontot susah payah dia simpan, seluar dalam tidak mahu simpan?  Pelik, kan?

Pelik lagi ajaib, dikatakan bukti DNA (sperma) boleh ditemui pula pada seluar dalam B iaitu seluar dalam yang dipakai oleh Sepol sewaktu membuat laporan Polis dua hari selepas kejadian.  Kelakar, seluar dalam yang dipakai sewaktu diliwat tiada kesan sperma, tetapi seluar dalam yang tidak dipakai sewaktu kejadian liwat boleh ada kesan sperma.  Itulah di antara keajaiban yang berlaku dalam setiap kes yang menimpa Anwar.

Jika dalam kes fitnah Liwat I dulu, pertuduhan dipinda 3 kali kerana tarikh kejadian tidak tepat. Anwar dituduh meliwat Azizan Abu Bakar di dalam kondo yang waktu itu belum pun siap dibina. Maka, tarikh kejadian di dalam pertuduhan itu dipinda.  Kali ini isu seluar dalam pula menjadi pelik.  Itu belum dikira beberapa cerita lain.  Cerita jumpa Najib kononnya untuk mohon biasiswa walaupun waktu itu Sepol telah berhenti belajar.  Cerita bagaimana begitu mudahnya sepol dapat jumpa Najib di rumahnya tanpa ada temujanji seperti kelaziman orang biasa.  Kena rogol atau liwat, mengadu pada PM?  Pelik, bukan?

Apa pun kita harap rakyat celik mata tentang fitnah jahat dan jijik ini.  Hari ke empat hari ini, kehadiran Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu benar-benar menunjukkan tidak semua pimpinan PR yang hilang fokus melawan kezaliman.  YB Kamarudin Jaafar juga hadir hari ini.  Sebelum ini, YB Khalid Samad, Hanipa, Saari Sungip, Suhaizan Kayat (Ketua Pemuda PAS), Salahuddin Ayob, Mahfuz Omar, Mujahid dan beberapa yang lain telah hadir.  Terima kasih kepada mereka kerana sedar ini bukan isu Anwar tetapi ini simbol kezaliman oleh rejim.

Jangan lupa, penuhi dataran Mahkamah Kehakiman Putrajaya pada hari Isnin ini nanti.  Takdir bakal menentukan "Rakyat Hakim Negara" .


Khamis, 30 Oktober 2014

JUMAAT PENENTU ANWAR, AYUH RAIKAN KEMENANGAN !!

TAHNIAH kepada rakan-rakan yang terus komited melawan kezaliman.  Dua hari yang lalu, Anwar tidak keseorangan di Mahkamah Istana Kehakiman Putrajaya.  Majoriti anak-anak muda dari berbagai lapisan turun bersolidariti buat tokoh reformasi ini yang dibicarakan di dalam kes fitnah Liwat II.

Waktu bekerja dua hari yang lalu dengan cuaca di sebelah petang dua hari berturut-turut hujan agak lebat, mereka tidak berganjak.  Semalam hari kedua kehadiran meningkat berganda dari hari pertama kerana ramai yang menjangkakan keputusan dibacakan semalam.  Difahamkan keputusan akan dibacakan oleh Hakim pada Jumaat ini.

Bersama Adun Semambu, YB Lee Chean Chung
Sehubungan itu, tentukan Jumaat ini kita akan merayakan kemenangan menewaskan fitnah jijik kotor dari dubur Sepol.  Anwar akan bebas Jumaat ini, itu keyakinan aku,  Puas mahu mencari di mana dan apakah sebab yang kuat untuk penjarakan Anwar sekali lagi.  

Ada kawan-kawan yang telah hilang punca sehingga sanggup mendoakan Anwar masuk ke Sg Buluh. Simpati juga dengan kawan-kawan seperti ini yang mudah patah hati, mudah dibeli jiwa dan raga mereka dan lupa kepada asas perjuangan, jauh sekali dengan akhlak Islam.  Mengapa jadi begitu? Sebabnya kerana taksub kepada pemimpin mereka. 

Tawan Putrajaya dengan bendera PR
Ketua Ulamak Sedunia, Dr Yusof Qardhawi terbaru menyatakan rakyat Malaysia harus bangkit melawan fitnah ke atas Anwar.  Aku tidak pasti pemimpin-pemimpin di bawah Ulamak terkenal ini Wala' atau tidak kepada "bos' mereka atau hanya mereka sahaja yang perlu di"Wala'kan?  Itu kata-kata Syeikh Yusof Qardhawi bukan kata-kata Presiden PasMa.

Sembang dengan otai2 reformis 
Apa pun, aku sudah tidak hairan lagi siapa mahu datang atau tidak.  Aku yakin, kalau aku datang seorang diri pun aku akan dapat pahala.  

Isnin, 27 Oktober 2014

MARI TURUN PADA 28/29 OKT INI - JANGAN JADIKAN KELEMAHAN ANWAR UNTUK HALALKAN KEZALIMAN

PEDULI apa aku siapa yang tidak mahu datang ke Mahkamah Kehakiman Putrajaya pada 28 dan 29 Okt ini nanti.  Aku tak peduli berapa kerat yang mahu bersusah bersama tokoh reformasi yang telah menghabiskan usianya untuk menjadikan PR sekuat ini sekarang.  



Aku cuma akan kenang wajah sesiapa terutamanya para pimpinan PR yang mahu bersama rakyat yang lain pada hari tersebut.  Aku pasti akan ingat sampai bila-bila mereka yang tidak lagi peduli dengan Anwar.  Bagi aku, seburuk mana pun Anwar hakikatnya beliau lah satu-satunya insan yang banyak membantu kita meruntuhkan kekuatan Umno/Bn sehinggakan rejim ini hanya tinggal 47% saja kekuatan hasil daripada bantuan semua jentera kerajaan yang telah mereka salahguna kuasa.

Ciptalah sebanyak mana pun alasan dan hujah kamu, pastinya kita kenal hati budi masing-masing. Kita akan kenal siapa kawan yang ikhlas bersama kita selepas ini.  Anwar masuk penjara, tentu ada yang seronok selain dari rejim.  Anwar bebas, mungkin mereka ini tidak seronok sama juga seperti rejim yang sudah pastinya turut merasa susah hati.

Aku tetap akan turun nanti biarpun terpaksa menumpang sesiapa.   Aku tidak akan menjadikan kelemahan yang ada pada Anwar selama ini untuk aku menghalalkan kezaliman berlaku.  

Ahad, 26 Oktober 2014

ANWAR DI MARAN MALAM TADI, TAYANGAN SKRIN BOLA TIDAK JEJASKAN SAMBUTAN

SEKITAR Stesyen Bas Maran gelap gelita, tandas dikunci termasuk madrasah juga.  Tidak seperti lazimnya hanya kerana malam tadi Anwar datang berceramah di perkarangan Pejabat Cabang KEADILAN Maran yang bertentangan dengan stesyen bas tersebut.



Di tengah-tengah bandar Maran beberapa meter sahaja dari tapak ceramah, ada skrin gergasi disediakan bagi menayangkan perlawanan bola sepak Separuh Akhir 2 di antara JDT menentang Felda Utd.  Ini semua mulanya merisaukan aku kerana tentunya program ceramah Anwar pada waktu yang sama tidak akan mendapat sambutan, apatah lagi Maran memang terkenal kubu Umno terkuat di Pahang.  Tiada satu pun Kerusi dun di Parlimen Maran diwakili oleh PR.  Kuatnya Umno di Maran. Aku merasakan jika kehadiran mencecah 500 orang pun kira sudah cukup bertuah.



Alhamdulillah, program malam tadi di luar jangkaan.  Dianggarkan sekitar dua ribu orang yang hadir yang kebanyakannya lebih suka berada di dalam tempat duduk di stesyen bas yang kebetulan bertentangan dengan pentas ceramah.  Meskipun gelap di situ, namun rasanya orang-orang Maran memang selesa berada di kawasan gelap.  Maklumlah, masih ramai yang takut menunjukkan wajah mereka.   Apa yang penting mereka hadir juga untuk mendengar amanat dari Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim sebelum beliau ditentukan samada bebas atau tidak dari pertuduhan liwat II pada 28 dan 29 Okt ini nanti.



Paling menarik Adun dari DAP dan Pas juga turut hadir.  Adun DAP dari Mentakab, YB Tengku Zulpuri yang juga Ketua Pembangkang Dun Pahang berucap agak bersemangat dari biasa.  Mewakili PAS adalah Adun Semantan, YB Syed Hamid.  Meskipun sebelum ini diberitakan PAS agak liat untuk turut serta dalam program ini, namun aku yakin tidak semua pemimpin dan Adun PAS serta para penyokong mereka jumud.  Mereka tahu musuh mereka yang sebenar Umno/Bn kerana parti inilah yang banyak menyusahkan rakyat dan banyak menzalimi rakyat dan PAS sendiri kerap kali menjadi mangsa rejim tersebut.  Amat bodoh sekali jika kerana sesuatu isu, maka PAS ingin menjauhkan diri dari PKR apatah lagi di Pahang hubungan PKR dengan PAS tiada yang kontroversi.

Masakan kerana suara dua tiga orang jumud di Terengganu atau di Pahang yang ingin membalas dendam kepada PKR maka mereka bersama dengan Umno untuk memusuhi PKR?  Mungkin PKR ada buat silap, tetapi adakah PAS tidak pernah silap selama ini?

Atas sebab itulah maka Adun Semantan, YB Syed Hamid beranikan diri untuk hadir dan berada di pentas utama.  Aku harap YB ini tidak di'barua'kan atau dianggap "Anwarisme".  Aku sedar ada yang mahu lihat program malam tadi gagal kerana mereka ingin tunjukkan bahawa PKR tidak akan mampu berdikari tanpa mereka.  Alhamdulillah, ramai ahli-ahli PAS dan penyokong-penyokong PAS yang hadir kerana tidak semua bodoh-bodoh belaka.  Harus diakui bukan semua di dalam PAS ingin bermusuh dengan DAP ataui PKR.  Bukan semua mempunyai fikiran seperti dua tiga orang itu. Terima kasih kepada mereka yang hadir.

Anwar berucap lebih kurang satu jam selepas YB Rafizi berucap.  Rafizi banyak menerangkan tentang mengapa rakyat perlu bangkit menentang rejim yang zalim ini.  Aku harap selepas ini di dalam program Anwar seterusnya di Melaka dan Johor, akan ada pimpinan utama yang lain khususnya dari PKR tampil di pentas bersama Anwar.  Mereka perlu tunjukkan mereka adalah pimpinan pelapis sekiranya Anwar terpaksa merengkok di dalam penjara.  Jangan terlalu banyak berehat di kawasan masing-masing sahaja.  

Tahniah Cabang Maran, tahniah PKR Pahang.