Sabtu, 1 Mei 2010

EZAM, HUTANG AKU DENGAN KAU DAH SELESAI OK

Ezam senator - Nazree Yunus komen


Saturday, 01 May 2010

Kata Nazree Yunus - apa sebenarnya jasa Ezam pada Najib? Adakah ini berkaitan dengan tuduhan liwat No 2.

Ezam Senator - Apa 'Jasa' kepada Najib?

Ramai yang menghubungi saya bertanya berkaitan pandangan tentang perlantikan Ezam Mohd Nor sebagai Senator. Sebagai sahabat, saya ucapkan tahniah kepada beliau. Semoga agenda Integriti dan Anti Rasuah mampu dibawa dengan baik termasuk mengambil tindakan terhadap Pak Menteri UMNO/BN yang korup. Ini saya tunggu keberanian Ezam jika dia benar mahu membawa agenda ini.

Namun persoalannya, apakah 'jasa' besar Ezam terhadap Najib? Apakah ini ada kaitan dengan tuduhan liwat kedua yang melibatkan Anwar Ibrahim? Ezam dan Najib ada jawapannya. Jarang sekali seseorang dilantik menjadi Senator tanpa ada jasa baiknya. Ada juga kalangan pembesar PR dan UMNO yang juga bersetuju bahawa 'jasa' besar Ezam kepada Najib itu adalah mungkin termasuk dalam kes tuduhan fitnah liwat kedua ini.

Pelantikan Ezam ke jawatan Senator Dewan Negara ini tidak mengejutkan saya kerana sejak tahun lepas 2009 bahkan di permulaan kemasukan Ezam menyertai UMNO pada Mei 2008 juga, saya telah pun diberikan signal berkaitan peluang Ezam ini yang akan diberikan oleh Najib Tun Razak. Rupanya perkara besar yang dinyatakan oleh orang kuat Ezam kepada saya tatkala memberi kata dua kepada saya agar tidak menyertai PKR adalah berkenaan perlantikan Senator Ezam. Mereka mahu saya membantu Ezam dalam UMNO. Saya menolak tawaran itu. Ada lagi beberapa jawatan lain Ezam yang akan bakal menyusul kemudian selepas dilantik Senator. Inilah mungkin harga yang dibayar oleh Perdana Menteri Najib kepada Ezam.

Namun bagi saya, secara prinsipnya jawatan bukanlah yang pertama. Perjuangan berasaskan prinsip itu adalah keutamaannya. Kita harus berada di landasan kebenaran berasaskan fakta dan petunjuk Al-Quran As-Sunnah. Sebab itu saya menolak sanggahan pihak terbabit yang mahu agar saya tidak menyertai PKR/PR. Saya mengambil keputusan untuk tidak sama sekali bersama Ezam Mohd Nor di dalam UMNO/BN kerana saya tidak melihat besarnya nilai integriti melalui landasan itu. Jika yang kita cari adalah persoalan integriti, amanah dan tanggungjawab, maka itu ada pada Pakatan Rakyat & PKR.

Ayuh anak muda kita gembleng tenaga, kita bina kerajaan beramanah dan berkebajikan untuk rakyat!/umno-reform2

POLITIK DALAM MASJID

Friday, April 30, 2010

Boleh BerPolitik Dalam Masjid? Apa fatwa Qardawi?

Oleh zaminc

"
http://www.hizbi.net

Assalamu'alaikum,

Saya catatkan fatwa Yusof Qardawi dari buku "Fatwa Masa Kini" muka surat 335-343.
Ianya agak panjang- harap sabar sikit. Banyak nas2 yang Qardawi bentangkan:




Masjid Dan Politik

Soalan:
Kami berselisih pendapat dalam satu persoalan penting. Ada yang bersetuju
dan ada yang membangkang. Masing-masing tidak dapat menerima pendapat orang
lain.

Kami bersetuju untuk merujuk kepada pihak tuan (yakni Yusof Qardawi), kerana
persoalan ini penting, terutamanya pada masa kini.

Persoalannya ialah: Adakah harus menggunakan masjid untuk tujuan politik? Apakah dalil keharusannya, jika hukumnya harus? Atau dalil pengharamannya, jika ia ditegah?
Semoga Allah Taala memnberi taufik dan manafaat ilmu tuan kepada umat Islam.

Jawapan Yusof Qardawi:

Masjid: Pusat Dakwah dan Pemerintahan di Zaman Nabi (s.a.w.)
Masjid di zaman Rasulullah (s.a.w.) merupakan pusat kegiatan Jamaah
Muslimin. Ia bukan setakat tempat beribadat dan sembahyang bahkan sebagai tempat beribadat, markaz ilmu, kelab sastera, parlimen, tempat perkenalan, tempat berkumpulnya rombongan-rombongan yang dating dari seluruh pelusuk Semenanjung Tanah Arab, tempat Rasulullah (s.a.w.) membuat pertemuan dengan mereka dan tempat Rasulullah (s.a.w.) menyampaikan khutbah dan tunjuk ajarnya tentang seluruh kehidupan sama ada urusan keagamaan, kemasyarakatan dan pentadbiran.

Di dalam kehidupan Rasulullah (s.a.w.) tidak ada pemisahan di antara urusan agama (mengikut istilah orang sekarang) dan politik. Baginda tidak mempunyai satu tempat yang lain bagi politik dan permasalahannya selain daripada masjid. Masjid di zaman Rasulullah (s.a.w.) adalah markaz dakwah dan politik.

Masjid Di Zaman Kegemilangan dan Zaman Kemuduran.
Begitu juga di zaman Khulafa Ar Rashidin selepas Rasulullah (s.a.w). Masjid
dijadikan sebagai tempat pelbagai aktiviti sama ada aktiviti politik dan
sebagainya.

Abu Bakar as-Siddiiq menyampaikan ucapan dasarnya yang pertama di masjid. Disinilah beliau menerangkan program politik atau strategi pemerintahannya. Beliau berkata: “Wahai manusia! Aku dilantik memerintah kamu. Aku bukanlah orang yang paling layak dari kalangan kamu. Jika kamu melihat aku berada di atas jalan yang benar, bantulah aku. Jika aku menyeleweng, perbetulkanlah aku.”

Umar bin al-khattab juga menyampaikan ucapan dasarnya di masjid, beliau berkata: “Wahai manusia! Sesiapa yang melihat aku menyeleweng, perbetulkan aku!” Lalu seoang makmum berkata: “Demi Allah, jika kami melihat kamu menyeleweng, kami akan memperbetulkannya dengan mata pedang kami!” Umar menjawab: “Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang menjadikan di kalangan rakyat Umar, mereka yang akan membetulkan penyelewengan Umar dengan mata pedangnya.”

Masjid terus berfungsi di zaman sebaik-baik umat ini dan di zaman
kegemilangannya. Tetapi ketika luputnya bintang tamadun Islam dan umat Islam menjadi mundur dalam segenap bidang kehidupan, fungsi masjid turut berubah. Masjid hanya dijadikan tempat menunaikan sembahyang sahaja. Khutbah yang diucapkan mati tidak bertenaga. Kerana ia bukan menyampaikan khutbah tetapi membaca khutbah. Tajuknya hanya berligar di sekitar zuhud di dunia, mengingati kematian, fitnah kubur, dan azab akhirat.

Oleh kerana itu sewaktu ruh kebangkitan Islam mula meresapi tubuh umat ini, kita dapati sebahagian daripada khatib bercakap tentang permasalahan umat Islam, mengkritik suasana penyelewengan kehidupan umat, khususnya kezaliman pemerintah, kebisuan ulama dan kedinginan cendikiawan. Oleh itu kita dapati, setengah orang berkata: Khatib itu bercakap tentang politik…!

Politik Yang Diterima dan Politik Yang Ditolak.
Saya tidak faham, kenapa ketika disebut kalimah ‘politik’, seolah-olah ia
merupakan satu kehinaan atau jenayah?! Sedangkan ilmu politik adalah satu cabang ilmu yang paling mulia dan orang yang berkecimpung dalam bidang politik adalah mereka yang memikul satu tugas yang paling mulia.

Yang peliknya lagi ialah sebahagian ahli politik sendiri yang bertanya: ”Adakah harus menggunakan masjid untuk tujuan politik?” Sedangkan mereka bergelumang dalam politik daripada hujung rambut ke hujung kaki.
Politik itu sendiri bukanlah perkara mungkar dan kotor, apabila ia mengikut
garisan-garisan yang telah ditetapkan oleh prinsip-prinsip Islam dan berada
di dalam lengkaran hukum dan nilai-nilainya.

Politik yang ditolak ialah politik ‘Micheavelli’ yang menyatakan matlamat
menghalalkan cara, tidak beriltizam dengan akhlak serta nilai-nilai kebaikan
dan mengenepikan halal dan haram.

Manakala politik dengan maksud mentadbir urusan seluruh manusia dengan
menjaga kepentingan mereka dan menghilangkan keburukan serta menegakkan keadilan di kalangan mereka, makia ia adalah selari dengan agama, bahkan ia adalah sebahagian daripada agama kita, kerana Islam itu adalah aqidah, ibadah, akhlak dan sistem hidup yang lengkap.

Risalah masjid sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam yang sebenar tidak dapat digambarkan bahawa ianya boleh dipisahkan daripada politik dengan pengertiannya yang di atas.

Masjid diwujudkan untuk menangani seluruh permasalahan umat Islam dan setiap yang memberi kebaikan dalam urusan agama dan dunia mereka. Melalui masjidlah manusia mempelajari kebenaran, kebaikan, kelebihan di dalam seluruh kehidupan mereka, samada dari segi kerohanian, kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik.

Hal ini dikenali sebagai ‘an-nasiihah’, salah satu kewajiban Islam yang
diketahui, di mana Nabi (s.a.w.) menjadikankannya sebagai seluruh agama
sebagaiaman di dalam sabdanya yang bermaksud; “Ad-Deen itu adalah nasihat…”
Sahabat bertanya: “Untuk siapa wahai Rasulullah?” Sabdanya: “Bagi Allah,
Rasul, Kitab dan Imam Muslimin serta umat Islam seluruhnya.”

Ia juga termasuk dalam konteks berwasiat dengan kebenaran dan berpesan
dengan kesabaran yang dijadikan oleh al-Quran sebagai syarat untuk mendapat keselamatan daripada kerugian di dunia dan akhirat.

Firman Allah bermaksud *( Al-Asr: 1-3): “Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”

Ia juga tergolong daripada amar-makruf dan nahi mungkar yang dijadikan oleh Allah Taala sebagai sebab utama kepada kebaikan umat ini. Firman Allah (s.w.t.):

Maksudnya: “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang
dilahirkan bagi (faedah) umat manusia (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji).” (Ali-Imran: 110).

Allah Taala juga menjadikannya salah satu daripada sifat asasi mukminin dan mukminat.

Firman Allah (s.w.t.):
Maksudnya: “ Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan,
sesetengahnya menjadi penolong bagi sesetengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberikan zakat serta ta’at kepada Allah dan Rasulnya. Mereka itulah akan diberikan rahmat oleh Allah.”

Di dalam ayat di atas, Allah (s.w.t.) mendahulukan kefardhuan amar makruf
dan nahi mungkar daipada kefarduan solat dan zakat, sedangkan kedua-duanya merupakan rukun Islam. Ini menunjukkan kepentingan kefardhuan amar-makruf nahi mungkar.

Allah juga memberitakan kepada kita tentang laknat yang menimpa orang yang meninggalkan kewajipan ini di kalangan umat-umat yang terdahulu. FirmanNya:

Maksudnya: “Orang-orang kafir Yahudi dari bani Israel telah dilaknat (di
dalam kitab-kitan Zabur dan Injil) melalui lidah nabi Daud dan nabi Isa bin
Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka menderhaka dan menceroboh.
Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri)n dari perbuatan
mungkar (derhaka dan ceroboh) yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka lakukan.”

Melalui nasihat, berpesan dengan kebenaran dan amar makruf nahi mungkar, masjid berperanan di dalam memberi pengarahan terhadap urusan pentadbiran umat, memberi kesedaran kepada mereka tentang permasalahan hidup mati mereka dan mendedahkan kepada mereka tentang tipu daya musuh.

Semenjak dahulu lagi masjid berperanan meniupkan semangat jihad fi
sabilillah dan semangat menentang musuh yang menceroboh.

Intifadhah yang diberkati, yang berlaku sekarang di bumi ambiyak ‘Palestin’
bermula dari masjid. Seruan pertamanya bergema dari menara azan. Pada
permulaannya kebangkitan ini dinamakan sebagai kebangnkitan masjid.

Begitu juga jihad di Afghanistan dan lain lain tempat lagi, masjid mempunyai
peranannya yang tidak dapat dinafikan.

Saya masih ingat pada tahun 1956 sewaktu permusuhan tiga serangkai ke atas Mesir, saya dijemput oleh Kementerian Wakaf yang menjadi menterinya pada masa itu ialah Syeikh Ahmad al-Baaquri untuk menyampaikan khutbah Jumaat di salah sebuah masjid terbesar di Bandar kaherah untuk menguatkan semangat orang ramai. Walaupiun ketika itu saya tidak dibenarkan berkhutbah, mengajar dan setiap aktiviti yang memberi pengaruh kepada umum., tetapi keadaan darurat ketika itu memaksa mereka meminta pertolongan saya.

Kementerian wakaf dan ha ehwal masjid menyeru para khatibnya dari masa ke semasa supaya menyentuh dalam khutbah mereka tajuk-tajuk yang boleh menolong negara mencapai matlamatnya dan melaksanakan polisinya. Seperti bersederhana dalam melakukan penggunaan, menentang keganasan, memerangi pelampau, seruan ke arah kesatuan bangsa, kempen membasmi dadah…semuanya itu adalah dari lubuk politik.

Jadi apakah yang dimaksudkan dengan ‘tujuan-tujuan politik’ sebagaimana yang terdapat di dalam pertanyaan di atas?

Difahami daripada soalan seumpama ini ialah politik pembangkang yang
menentang kerajaan. Pada pendapat saya, politik yang berbentuk begini tidaklah ditegah secara mutlak dan tidak juga diharuskan secara mutlak.

Yang ditegah ialah menyebut nama-nama orang tertentu dan pendetailan secara terperinci untuk mencerca, menjatuhkan maruah dan memaki hamun. Perkara seumpama ini tidak harus dilakukan di atas mimbar dan tidak harus juga mimbar dipergunakan untuk tujuan memburukkan nama orang dan untuk tujuan fanatik kepartian.

Tetapi mimbar boleh digunakan untuk menyebut segala perkara yang melanggar syariat, walaupun ia merupakan polisi kerajaan. Masjid didirikan untuk meneguhkan syariat Allah bukan untuk meyokong polisi mana-mana kerajaan.

Ketika kerajaan bercanggah dengan syariat Allah, maka masjid mesti berada di saf syariat, bukan di saf kerajaan.

Tidak harus sama sekali masjid ditegah daripada haknya yang tradisi, logik
dan bersejarah ini; iaitu hak memberi kesedaran dan peringatan kepada umat daripada taghut-taghut yang tidak melaksanakan syariat Allah dan
meghukumkannya mengikut hawa nafsu mereka atau tuan-tuan mereka yang sedikitpun tidak mempunyai kekuatan ketika berhadapan dxengan kekuatan Allah (s.w.t..)

Di sesetengah negara Islam, kerajaan mengeluarkan enakmen berhubung hukum kekeluargaan yang bercanggah dengan syariat Islam, lalu ulama bangkit menentangnya dan mengkritik di masjid-masjid, kerana media massa yang lain dikuasai oleh kerejaan. Tindakan kerajaan tersebut terhadap ulama-uama yang berani ialah hukum bunuh dan bakar! Perkara ini secara tepatnya berlaku di Somalia.

Pemerintah menggunakan masjid sebagai trompet untuk mengembar-gemburkan polisinya. Apabila mereka mahu berdamai dengan Israel, maka mereka mengatakan bahwa perdamaian adalah satu kebaikan berdasarkan firman Allah (s.w.t):

Maksudnya: “Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakallah kepada Allah.” (Al-Anfaal: 61)

Ketika hubungan mereka dengan Israel menjadi tegang, maka mereka mengatakan bahawa bangsa Yahudi adalah musuh yang paling ketat kepada orang-orang yang beriman. Perdamaian dengan mereka adalah haram dan khianat.

Demikianlah apa yang terjadi. Masjid tidak lagi menjadi lidah yang benar
bagi risalah Islam, bahkjan ia menjadi agensi dakyah kepada polisi kerajaan. Keadaan ini menyebabkan masjid hilang fungsi dan pengaruhnya di dalam masyarakat dan dalam waktu yang sama ia juga menjatuhkan kemuliaan ulama dan pendakwah kepada jalan Allah.

Kita memohon kepada Allah (s.w.t.) agar memberikan keselamatan kepada agama dan dunia kita./Utara Online

Sesiapa Tak Setuju Dengan Hukum Dan Syariat Allah Sila Keluar Dari Bumi Allah

Oleh: Tok Janggut

Penulis setuju dengan titah Sultan Selangor bahawa sesiapa yang tak setuju dengan undang-undang Negeri Selangor, jangan datang ke Selangor. TAPI persoalanya ialah, undang-undang yang bagaimana? Adakah yang hanya berkait kononya "tidak boleh guna masjid untuk cakap politik saja?" Bagaimana jika yang datang ke Selangor untuk berzina, minum arak, berjudi, makan rasuah, tipu harta rakyat dan berbagai lagi itu dibolehkan?

Ingatlah, ini bumi dan seisinya kepunyaan Allah, milik Allah dan hak Allah yang mutlak. Allah telah berfirman dalam kitabnya yang suci, bahawa barangsiapa yang tidak mahu tunduk, tidak mahu akur dan cuba mengambilalih kuasa dan hak Allah, sila keluar dari bumi Allah ini dan rekaciptalah satu bumi lain mengikut kehendak kamu, dan disana kamu boleh berseronok sakan tanpa siapa boleh larang, mampukah?

Adalah suatu yang mengaibkan dan menghinakan apabila hukuman yang berkaitan dengan hak Allah seperti minum arak diambilalih oleh manusia yang juga peminum arak. Kini sesiapun sudah boleh minum arak, nak berzina, nak berjudi, nak membunuh secara terang-terangan kerana mahkamah tidak boleh buat apa. Si pesalah boleh mengadap Sultan untuk memohon ampun dari dikenakan tindakan undang-undang. Kenyataan Menteri Agama dan beberapa orang pemimpin UMNO/APCO bahawa sesiapa pun tidak boleh mempertikaikan keputusan Sultan seolah memberi amaran dan menghina bukan saja kepada rakyat bahkan seolah-olah ditujukan kepada Allah dan Rasul juga. Atau dengan kata lain "Allah dan Rasul jangan nak pertikai keputusan Sultan mengampunkan peminum arak itu, itu hak dan kuasa Sultan", lebihkurang begitulah. Kenyataan Mufti Perak pula seolah-olah bersetuju dengan keputusan Sultan itu dengan memberi alasan bahawa enam rotan bukanya hukum hudud.

Sepatutnya beliau menasihatkan Sultan yang kononya Ketua Agama supaya meminta Mahkamah Syariah menghukum dengan 80 rotan seperti yang diperintah oleh Allah, bukanya bersetuju hukuman 6 rotan dibatalkan dengan alasan enam rotan bukanya termasuk dalam hudud.

Mudah sungguh si Mufti ni mencari alasan untuk melarikan diri semata-mata kerana takut dengan Sultan lebih dari takutkan Allah.

Jadi sekiranya perintah Sultan mengatasi segala-galanya, yang wajib dipatuhi, mesti ikut, tak boleh bantah dan derhaka sehinggakan mengatasi taat dan patuh pada perintah Allah dan Rasul, maka elok sajalah pada sesiapa yang hidupnya bergelumang dengan maksiat, kezaliman, penindasan, penipuan dan berbagai kemungkaran lagi, keluar saja dari bumi ALLAH ini dengan segera. Kerana dengan ketiadaan golongan sebegini, barulah orang yang beriman hidup aman dan tenteram.

Jika ada golongan sesat mencadangkan agar di tarik taraf kerakyatan pada sesiapa yang derhaka pada Sultan, maka elok jugalah ditarik taraf "manusia nya" dari golongan yang derhaka pada Allah dan Rasul, samada keluar dari bumi Allah atau berdoa pada Allah supaya ditukar atau dijadikan setaraf dengan makhluk di rimba atau di zoo.

Amaran Allah bahawa Yahudi adalah bangsa yang dilaknat, yang jahat dan penipu, tiba-tiba UMNO pula berkawan dan menjemput mereka datang ke Malaysia bahkan turut mempromosi Negara Yahudi itu di MITI. Kini UMNO adalah sebahagian dari Yahudi. UMNO juga adalah cawangan Yahudi di Malaysia. Insyaallah, di akhirat kelak puak UMNO akan Allah bangkitkan dan dikumpulkan bersama puak Yahudi ini dan dicampakan ke dalam neraka yang sama dengan Yahudi kerana sebagai balasan berkawan dan berbaik-baik dengan Yahudi semasa di dunia sehinggkan sanggup menghina dan mengenepikan syariat Allah dan menghina ulama semata-mata untuk menjaga hati Yahudi dan berlutut dengan Yahudi.

Kita lihat saja strategi UMNO di setiap kempen pilihanraya samada PRU atau PRK. Apa yang dilakukan oleh UMNO tak ubah seperti apa yang dilakukan oleh Dajjal dan Yahudi. Rasuah, ugutan, keganasan, penipuan dan provokasi mereka tidak ada bezanya dengan perangai Yahudi setiap kali berdepan dengan umat Islam di seluruh dunia.

Inikah golongan yang dipertahankan dan di bela oleh Sultan dan Mufti serta orang Melayu yang bermaruah dan beragama? Patutlah ramai umat islam jahil dan menentang syariat Allah yang berkait dengan hudud, qisas dan sebagainya kerana perkara ini termasuk dalam bab politik (pemerintahan) dan perkara ini jugalah yang menjadi larangan kuat UMNO dari disampaikan di dalam masjid dan surau. Jika mereka tidak mampu menghalangnya (negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat), UMNO akan menggunakan istana untuk menghalangnya. Tetapi jika nak berjudi, nak minum arak, nak berzina, makan rasuah, nak menipu atau nak hina syariat Allah dan Sunnah nabi, UMNO tak peduli, buatlah, asalkan kamu sokong UMNO/APCO. Inilah antara kejayaan Yahudi sejak berkawan dengan UMNO. Berbanggalah wahai Mufti dan orang Melayu dengan UMNO/APCO. Wallahualam./Tranungkite

WAH !! INI CERITA KARUT NI!!

SPR Ilhamkan Kemenangan Majoriti 1,725 BN

Percaya atau tidak itulah hakikatnya, mungkin ia hanya satu mistik dan telahan semata-mata. Namun, terbukti kemenangan majoriti 1,725 calon BN itu kemungkinan besar diilhamkan oleh puak-pauk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu sendiri. Buktinya, cuba lihat pada tarikh "Hari Pencalonan" pilihanraya kecil Hulu Selangor baru-baru ini. SPR menetapkan hari Sabtu (17 April 2010). Manakala tarikh "Hari Pembuangan Undi" pula ditetapkan pada hari Ahad (25 April 2010).

Jika dilihat sekali lalu mungkin ramai yang tidak perasan akan perkara ini. Mungkin inilah dia bukti jelas bahawa kemenangan BN dengan majoriti 1,725 itu diambil daripada tarikh "17 April" dan "25 April" maknanya nombor yang terjadi ialah 1+7+2+5 = 1,725. Sama ada ia secara kebetulan atau pun kenyataan, segalanya telah terjawab kini. Malah, kemenangan calon BN itu sah sebanyak 1,725. Apakah ini semua satu petanda yang SPR telah memainkan peranan untuk mengilhamkan kemenangan BN itu.

[Segala teori ini hanyalah "mistik" semata-mata. Namun, ia mungkin juga ada kebenarannya. Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui. Samalah seperti "Teori RAHMAN" yang seringkali diwar-warkan suatu ketika dulu. Teori yang menyatakan nama-nama Perdana Menteri Malaysia bermula dan R=Tunku Abd Rahman, A=Abdul Razak, H= Hussein Onn, M=Mahathir, A= Abdullah Badawi dan N=Najib menjadi RAHMAN. Namun ada juga yang terlupa bahawa nama Tunku Abd Rahman itu hujungnya ialah AL-HAJ, maknanya "A" yang berikutnya ialah Anwar Ibrahim. Nantikan semua ini berlaku biarpun ia sekadar teori semata-mata. Inilah yang amat ditakuti oleh puak-puak UMNO].

Sumber: Pahangdaily

GEJALA BUANG BAYI, KELUARGA JUGA YANG DIPERSALAHKAN

Thursday, April 29, 2010

SAMPAI bila kerajaan hendak menuding jari ke arah ibu bapa atau keluarga apabila gejala maksiat termasuk bertambahnya gejala membuang bayi di negara ini menular? Berbagai komen yang dikeluarkan oleh menteri berkaitan isu ini namun tidak seorang pun berani menyebut tentang betapa hukum Islam atau peraturan Islam mampu mengawal atau mencegah gejala keji ini. Menteri berugama Islam ini hanya bercakap senada dengan percakapan pemimpin yang bukan Islam. Cuba baca kenyataan salah seorang menteri dan senator berkenaan di sini.

Menteri ini menuding jari ke arah institusi kekeluargaan kununnya gagal mendidik anak. Memang benar, didikan dari ibu bapa itu penting semenjak awal lagi tetapi akhirnya undang-undang yang tepat juga penting. Umpama kita diajar, dilatih serta diuji oleh pihak JPJ sebelum kita dibenarkan memandu kenderaan. Apakah selepas kita lulus dengan cemerlang, maka kita dibenarkan terus memandu kenderaan tanpa ada undang-undang yang ditetapkan oleh JPJ atau Polis? Undang-undang mesti ada kerana bukan semua yang dilatih itu akan mempraktikkan semua yang diajar semasa mengikuti ujian di JPJ. Ibu bapa berkewajipan untuk mendidik anak-anak mengikut cara Islam, tetapi jika undang-undang negara tidak mengikut cara Islam bagaimana kita mahu membendung segala masalah di kemudian hari? Kaedah Islam wajib diguna pakai oleh keluarga di dalam mendidik anak-anak begitu juga dengan kerajaan yang memerintah. Jika ini tidak dapat diselarikan, usahlah mengharap masalah ini akan selesai.

Oleh yang demikian, jangan pula menteri berfikir mereka lebih pintar dan cerdik dari Allah yang mencipta manusia di muka bumi ini. Kelihatan melucukan, ternampak bodoh pula apabila seorang Senator mencadangkan hukuman `kasi' ke atas lelaki yang mengakibatkan gejala buang bayi ini. Mengapa terlalu dungu pemikiran seorang Senator yang sepatutnya mesti cerdik di dalam mengemukakan cadangan. Di mana beliau perolehi sumber hukum sedemikian? Adakah dari kepala otak dia sendiri? Kita jangan mengambil idea atau buah fikiran dari pemikir yang bukan Islam di dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan umat Islam. Kita punyai Tuhan yakni Allah yang telah mengajar kita dari segala perkara yang besar hinggakan kepada perkara yang paling kecil hatta cara-cara batuk dan menguap.

Gejala maksiat yang semakin berleluasa sekarang ini adalah kerana kita mengabaikan ajaran Islam samada di pihak institusi kekeluargaan dan lebih-lebih lagi di pihak kerajaan yang memerintah. Jangan pula nanti kita lebih mengambil kitab yang dikeluarkan oleh APCO sebagai rujukan kita untuk mengatasi masalah ini daripada mengambil kitab suci Al-Quran. Jika ini berlaku, maka saham juga dapat kepada mereka yang memilih pemimpin yang menolak Al-Quran./mandor.blogspot

Jumaat, 30 April 2010

RASUAH DI HULU SELANGOR - BERATUS PENGUNDI AKAN BUAT LAPORAN POLIS?

Election fraud: Hundreds of voters to file police report

Dijangka beratus2 penduduk Hulu selangor akan buat laporan
polis esok kerana tidak puas hati dan berlaku penipuan.

Antara laporan2 polis bakal dibuat ialah :

1) Diberi duit untuk mengundi BN
2) Nama dikeluarkan dari senarai undi.
3) Ada pihak lain telah membuang undi.
4) Dan banyak lagi .....

Laporan polis ini dijangkan akan dibuat di Ibu pejabat polis
daerah Kuala Kubu Baru.

Berita lanjut :
http://www.freemalaysiatoday.com/fmt-english/news/general/5016-election-fraud-hundreds-of-voters-to-file-police-report

GELARAN BARU UNTUK EZAM SESUMPAH?

Siapa tak kenal Ezam Mohd Nor, ahli Umno yang keluar parti untuk menjadi Ketua Pemuda PKR yang kemudiannya menikam Anwar dari belakang untuk kembali sujud pada Umno setelah disumbat dalam ISA. Cerita keluar masuk beliau sudah lali kita baca. Malah kita juga begitu muak dengan kisah kotak-kotak sulitnya tentang kes rasuah beberapa Menteri BN yang sampai ke hari ini sudah hilang entah ke mana.

Beliau yang digelarkan “Ezam Kotak” pernah mencuba nasib bertanding di kerusi Parlimen Shah Alam atas tiket PKR pada tahun 1999. Namun percubaannya itu gagal. Tetapi selepas menyertai semula Umno, beliau sering dijadikan kuda tunggangan BN untuk melanyak Anwar dipentas biru karat yang satu ketika dahulu pernah dimaki hamunnya. Mengunakan nada suara yang seakan Anwar ceramah beliau menjadi modal untuk BN menyerang Pakatan. Namun, Pakatan kenal siapa Ezam. Perjuangan pendeknya bersama Umno yang baru nak mencecah dua tahun akhirnya dibayar dengan ganjaran jawatan Senator.

Melalui pintu belakang pejabat Najib, budak suruhan BN ini dilantik ke Dewan Negara bagi membakar kehangatan Parlimen yang kini tidak pernah sepi dari hiruk pikuk wakil-wakil rakyat yang bersabung sepanjang musim perbahasan. Nampaknya peluang Ezam untuk kembali bertanding Pilihanraya cerah dan tidak mustahil BN akan mempertaruhkan beliau dalam PRU-13 bagi kerusi Shah Alam atau kawasan lain. Saya tidak nafikan semangat mudanya begitu berguna kepada BN untuk menarik ahli-ahli PKR untuk kembali menyokong BN. Beliau jugalah antara orang-orang yang begitu giat menarik ahli-ahli dan pimpinan PKR untuk tinggalkan parti itu.

Ular dalam sangkar atau dalam semak, sama sahaja…tapi Ezam lebih dahsyat lagi. Jika beliau boleh khianati Tok Gurunya-Anwar…siapalah Najib yang kini menjadi tokey yang jaga periuk nasinya. Jangan terkejut jika Najib selepas ini juga akan meletakan Ezam sebagai calon untuk mencabar kerusi Ketua Pemuda Umno yang disandang Khairy sekarang….siapa tahu, semua ini berlaku kerana Najib begitu suka memelihara orang-orang yang pernah rapat dengan Anwar sebelum ini. Tanyalah Zahrain dan Zulkifli, dah berapa banyak seluar dalam yang mereka kongsi dengan Najib demi untuk menunjukan bahawa mereka kita sudah menjadi pembenci Anwar…. Apa pun jua, kepada Ezam… selamat menajdi ‘Senator Kotak’ ./Herman Samsudeen

Umno cuba heret istana untuk runtuhkan kerajaan PR

Anak Sengat

Hari ini Sultan Selangor dilaporkan membuat kenyataan umum yang difahami ditujukan kepada Tuan Guru Nik Aziz (TGNA). Kenyataan itu berikutan kenyataan TGNA yang menyatakan bahawa tindakan melarang bercakap soal politik di masjid sebagai mengarut dan ketinggalan zaman.

Sekali lagi istana dilihat diheret untuk membicarakan soal orang politik. Suasana itu sangat bahaya kerana ternyata bagaimana Umno berjaya mengheret institusi istana Perak hingga kerajaan Pakatan Rakyat Perak jatuh. Bermula dengan isu pemecatan serta merta Pengarah yang terpaksa ditarik balik oleh DS Nizar hinggalah kemuncaknya perkenan istana tanpa melalui DUN yang meruntuhkan kerajaan Pakatan. (di Kedah juga usaha itu terus berlangsung) .

Keadaan itu tak berhenti setakat itu. Tindakan DS Nizar yang tidak bersedia untuk melepaskan jawatan dimanipulasi oleh Umno terutama ungkapan "Derhaka". Kesannya Kerajaan Pakatan Rakyat dilihat berkonfrantasi dengan istana terutama DS Nizar . Kalangan masyarakat melayu dilihat terpengaruh dengan propaganda tersebut apatah lagi dengan peranan yang dimainkan mufti Umno -Harusani Zakaria.

Kerajaan Selangor terutama PAS nampaknya sekali lagi mahu dilagakan dengan institusi Istana. Ia mungkin usaha terbaru Umno merampas Selangor yang dilihat agak kukuh setelah beberapa insiden yang dicipta termasuk usaha mengheret pimpinan Selangor ke mahkamah melalui SPRM gagal. ( SPRM adalah jalan pertama umNO meruntuhkna kerajaan Perak).

TGNA telah menjelaskan kenyataan beliau bukanlah respon kepada kenyataan Sultan Selangor. Ia adalah kejayaan manipulasi wartawan dan lidah rasmi umNO. Umum mengetahui bahawa TGNA bukanlah seorang pemimpin yang suka membicarakan soal politik kepartian di masjid.

Prinsip itu diamalkan sejak dulu hingga kini. Malah dalam ceramah umum pun jarang menyentuh politik kepartian secara langsung melainkan di beberapa keadaan. Ceramahnya lebih kepada nasihat dan pimpinan agar beragama. Bezanya ialah kefahaman agama antara umNO dan PAS . PAS memahami kesyumulan Islam manakala Umno yang mewarisi sekular menolak politik Islam.

TGNA juga dilihat seorang yang sangat menghormati institusi istana. Kemelut dengan istana di awal pemerintahan PAS di Kelantan ditangani dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan. Ketika semua negeri di Malaysia membentangkan undang undang berkaitan menghapus imuniti raja raja, Kelantan adalah negeri yang paling akhir melaksanakannya. Itu pun setelah beberapa tahun kemudian.

Situasi terbaru ini adalah hasil salah faham terhadap istilah pilitik dalam Islam. TGNA maksudkan politik ialah membicarakan apa sahaja soal pemerintahan dan kehidupan, umNO memahamkannya sebagai politik kepartian. Siapakah yang menyalah fahamkan pengertian tersebut kepada Sultan.

Apakah penjelasan TGNA juga di sampaikan kepada sultan? Titah yang melarang TGNA secara umum ke Selangor adalah seiring dengan apa yang dilakukan oleh Khir Toyo semasa rejimnya menguasai Selangor. Satu tindakan penjelasan kepada Sultan perlu dilakukan oleh kerajaan Selangor terutama PAS Selangor.

Dalam masa yang sama dilaporkan TPM akan mengadap Sultan Selangor memohon agar Sekolah Menengah Agama Rakyat di Selangor didaftarkan sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan juga dilihat sebagai satu lagi strategi Umno menghadapi Kerajaan Selangor melalui institusi istana.

PAS yang memegang tanggungjawab exco agama melalui Pesuruhjayanya diletakkan dalam keadaan serba salah. Sultan pastinya dijangka memperkenankan permohonan TPM sedangkan Kerajaan Selangor tentunya tidak bersetuju. Kerajaan Selangor akan dilihat dan dipersepsikan sebagai menyanggah istana.

Sasaran kerja Umno adalah melayu yang sangat menghormati institusi istana. Namun harus diingat, melayu kini adalah melayu baru.... Sayang istana ialah dengan menasihatkannnya bukan dengan menyembahnya. /Harakahdaily

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian blog ini dan blog ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

JANGAN MARAH TAN SRI, NANTI KENA JUAL......

KPN sedia arah anggota polis undur
Apr 29, 10


Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan membidas kritikan pelbagai pihak berhubung kematian remaja berusia 14 tahun - Aminulrasyid Amzah dan berkata beliau sedia mengarahkan anggotanya supaya tidak lagi mengawal jika itu kehendak rakyat.

"Biarlah apa yang nak dikatakan oleh ahli politik, tapi saya ingin tahu sama ada anda mahu kami menguatkuasakan undang-udnang atau tidak.

"Kalau tak nak, saya akan beritahu orang saya supaya tidak lagi menahan kereta yang dipandu dengan cara mencurigakan atau mengambil tindakan terhadap pelumba haram yang bermaharajalela di jalan raya," katanya dalam laporan The Star online.

Musa mengulas kenyataaan pelbagai pihak berhubung kematian Aminulrasyid, apabila polis melepaskan empat tembakan ke arah kereta yang dipandu remaja itu kerana didakwa cuba berundur dan merempuh ke arah polis.

Kejadian itu berlaku di Seksyen 11, Shah Alam apabila Aminulrasyid dikatakan memecut dan melanggar beberapa lampu isyarat merah tanpa berhenti meskipun diarahkan berbuat demikian.


Menurut Musa, beliau tidak mahu membuat seberang spekulasi mengenai perkara itu dan meminta orang ramai agar tidak terburu-buru membuat kesimpulan tentang kejadian.

Beliau juga mengulangi jaminannya bahawa tiada apa yang akan disembunyikan berhubung kes itu.

"Saya tak berat sebelah, jangan buat spekualsi. Seperti yang saya kata sebelum ini, kami tak akan menyembunyikan apa-apa dan kami akan berlaku adil dalam siasatan kami. Oleh itu, tunggulah hasilnya nanti," katanya dalam laporan Bernama.

Ditanya tentang keadaan yang membolehkan polis menggunakan senjata api, beliau berkata: "Orang saya tahu bahawa mereka hanya boleh menggunakan senjata api untuk mempertahankan diri, itu sudah menjadi peraturan dalam tugas kami".

Musa berkata sesebuah kenderaan itu sama bahayanya dengan pistol, pisau atau tukul.

"Kenderaan boleh digunakan sebagai senjata...senjata bukan bermakna pistol, pisau atau parang saja. Kalau seseorang itu enggan berhenti dan cuba merempuh pegawai yang cuba menahannya, ia (kenderaan) boleh dianggap sebagai senjata kerana ia boleh membahayakan nyawa pegawai penguatkuasa," kata beliau.

Sebelum ditembak, mengikut polis Aminulrasyid mengundur kereta dan cuba merempuh pegawai polis untuk cuba melepaskan diri daripada sekatan jalan raya berhampiran rumahnya.

Musa juga menasihati orang ramai supaya berhenti apabila diminta berbuat demikian oleh polis atau pegawai penguatkuasa dan jangan cuba melarikan diri kerana perbuatan demikian boleh menimbulkan rasa curiga.

"Dalam keadaan gelap itu, siapapun tak akan dapt pastikan sama ada pemandunya adalah seorang remaja atau orang dewasa.

"Setakat itu saja yang boleh saya komen tentang isu ini kerana ia sedang disiasat. Oleh itu, jangan buat sebarang spekulasi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri acara menderma darah oleh anggota polis di Pusat Darah Negara bersempena sambutan Hari Polis di Kuala Lumpur hari ini./Malaysiakini

Khamis, 29 April 2010

Raja Sesumpah, raja kotak dan kini `Senator Kotak'

Thursday, April 29, 2010

Malunya saya kalau saya ini seorang manusia bermaruah. Tapi manusia bernama Ezam Mat Nor adalah seorang manusia yang tidak bermaruah. Sebab itu dia tidak malu menerima tawaran jawatan Senator dari parti yang pernah beliau keji dan nista.

Lebih menghairankan adalah :

"Apa jasa Ezam Soros pada negara untuk melayakkan beliau dilantik Senator”?

Adakah Ezam Soros seorang yang pernah berjuang di perbatasan sehingga berjaya menyelamatkan negara dari ditakluk musuh? Adakah Ezam Soros seorang teknokrat yang mengharumkan nama negara dengan kebolehan dan keupayaan beliau? Adakah beliau seorang yang mempunyai ilmu dan pengalaman luas dalam pentadbiran dan politik negara.

Pengalaman Ezam dalam politik negara tidak lain adalah mengutuk dan menista UMNO sewaktu Ezam Soros berada dalam PKR dahulu. Tidak lain dari itu. Jawatan Senator diberikan kepada orang yang tidak bermaruah seperti Ezam Soros.

Ezam juga masih belum menjawab cabaran Raja Petra Kamaruddin. Yakni Ezam telah mendapat Rm20 juta dari Soros atas nama kempen membebaskan Anwar Ibrahim. Atas sebab itulah saya memanggil beliau “Ezam Soros”. Seeloknya Ezam membersihkan nama beliau dari cabaran terbuka Raja Petra ini kepada beliau memandangkan Raja Petra bercadang untuk mendedahkan bukti kalau Ezam terus berdiam diri.

JASA EZAM ADALAH MEMBELI PEMIMPIN DAN WAKIL RAKYAT PKR?

Mengikut maklumat yang saya dapat dari dalaman UMNO, itulah jasa sebenar Ezam Soros. Kerja-kerja perginya orang seperti Halili Rahmat dan beberapa pimpinan PKR termasuk di Perak yang menyebabkan jatuh kerajaan PR di Perak adalah hasil kerja tangan Ezam Soros.

Untungnya jadi Ezam. Sudahlah berjuta duit Soros dia dapat. Sekarang dapat pulak tawaran Senator dari parti dia maki dulu. Cuba bayang bagaimana Ezam dapat beli bangle di kawasan yang mahal di Shah Alam di waktu Ezam masih Ketua Pemuda PKR dahulu? Mana dia dapat duit. Saya sendiri pun terkial-kial nak bayar duit rumah dalam keadaan ada kerja tetap, tapi Ezam dapat beli rumah Banglo mahal dalam keadaan tiada kerja.

Saya antara yang menjadi peminat Ezam dan mempercayai cakap Ezam bahawa UMNO ini korup, sudah tidak dapat dibersihkan lagi, jahat dan sebagainya.

Tapi depan mata saya Ezam Soros telah berbohong kepada saya. Oleh sebab itu saya SUMPAH Ezam Soros kerana berbohong kepada saya dahulu.

Saya telah meminta kawan saya yang berada di Mekah untuk berdoa di hadapan Kaabah bagi pihak saya supaya Allah SWT mengutuk dan menurunkan bala kepada manusia bernama Ezam Mat Nor ini di atas pembohongan dan pengkhianatan beliau kepada kami penyokong-penyokong Pakatan Rakyat.

Tindakan Ezam Soros ini amat buruk kepada generasi masa hadapan. KAlau tidak diambil tindakan, ia akan membenarkan tindakan khianat dan pembohongan atas dasar kepentingan pribadi dan keduniaan.

Fakta adalah sehingga hari ini Ezam Soros TIADA BUKTI apa-apa penyelewengan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim. Ezam tiada bukti bahawa Anwar telah bertindak zalim atau menyeleweng walau sedikit pun. Ertinya kemasukan Ezam Soros ke dalam UMNO tiada sebab musabab yang kukuh dan jauh sekali atas dasar syariat Islam.

Jangan takut wahai Ezam, kalau kamu tidak bersalah nescaya Allah SWT tidak akan menurunkan bala ke atas kamu. Saya lakukan ini supaya perangai Ezam ini tidak diikuti oleh generasi masa depan.

Wallahualam bissawab

Tulang Besi
Sumber: Malaysiawaves

Blogger: "Tunjukkan pada saya, siapa yang masuk Umno itu ikhlas?" - Ucapan Ezam

ANAK MELAYU DITEMBAK, DAP BANGUN MEMBELA

DAP Mahu Hantar Memorandum, Prosedur Tembak Perlu Kajian

SHAH ALAM 28 APR: Pimpinan DAP akan menghantar satu memorandum kepada polis bagi mengkaji garis panduan berkaitan prosedur melepaskan tembakan, kata Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.

Beliau berkata, kajian itu penting supaya tragedi melibatkan remaja berusia 15 tahun Aminulrashid Amzah yang mati ditembak polis, tidak berulang kepada insan lain.

Gobind berkata demikian ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di Seksyen 9 ketika menemani saksi utama memberi keterangan.

"Polis perlu adakan siasatan dalaman atau kaji semula garis panduan. Bila boleh tembak, bila perlu tembak, bagaimana prosedur sebenar. Ini akan dibangkitkan dalam masa terdekat," katanya.

Beliau berkata, DAP memandang berat isu berkenaan berikutan ia bukan pertama kali menjadi pertikaian umum.

"Kami dalam DAP akan menghantar memorandum kepada ketua polis negara supaya perkara ini dikaji dan diselesaikan. Kita tidak hendak perkara macam ini berlaku lagi," katanya.

Tegas Gobind, garis panduan prosedur menembak penting bagi menjamin keselamatan orang awam.

"Kita perlu ada garis panduan yang lebih jelas, yang lebih mendalam. Kajian perlu dibuat dan perlu ada peruntukan khusus bila masanya polis boleh mengunakan senjata api. Kalau digunakan, apakah skop?

"Saya mahu tegaskan, kita menghormati dan faham kerja polis sampai nyawa pun terancam. Isunya bila perlu guna senjata api atau soal peraturan sedia ada mencukupi untuk memastikan tragedi ini tidak berulang," katanya./TVSelangor

PUAS BERSUMPAH, KINI ANGKAT SUMPAH


Ezam Mohd Nor antara empat dilantik senator
Apr 28, 10


Bekas ketua pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd Nor adalah antara empat orang yang akan dilantik sebagai Senator. Menurut The Star Online, mereka yang lain termasuk timbalan presiden MIC Datuk G Palanivel, pengerusi eksekutif firma Rahim and Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan ketua Wanita Umno Pagoh, Noriah Mahat.
Mereka akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan presiden Senat, Tan Sri Abu Zahar Ujang di Dewan Negara, Isnin depan.

Ezam (kiri) juga adalah bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang terkenal kerana pernah mengakui mempunyai enam kotak yang dikatakan mengandungi dokumen mengenai salah laku pemimpin kerajaan.

Dia bagaimanapun kemudian menafikan perkara itu sebaliknya mendakwa kotak itu suatu pembohongan dan dijaja sebagai modal politik sejak 1999 selepas Anwar dipecat daripada Umno dan kerajaan.

Selepas meninggalkan PKR dan menyertai Umno, Ezam berkata dia bukan saja dikutuk kerana meninggalkan perjuangan mereka tetapi juga digelar ahli parti itu sebagai "Ezam Kotak".

Sementara itu, bagi timbalan presiden MIC, Datuk G Palanivel, ura-ura yang beliau akan dilantik sebagai senator bukan lagi rahsia.

Perlantikannya itu dikatakan sebagai menghargai pengorbanannya yang tidak dicalonkan pada pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor tetapi sebaliknya menyokong calon kompromi, P Kamalanathan.

Selain dilantik sebagai senator, Palanivel juga dijangka akan diberikan jawatan sebagai timbalan menteri./Malaysiakini

ZAID SAMAN SPR DAN UTUSAN?

Zaid fail petisyen cabar pilihan raya
Regina Lee
Apr 28, 10


Calon PKR yang tewas, Datuk Zaid Ibrahim akan memfailkan petisyen pilihan raya supaya keputusan kerusi parlimen Hulu Selangor, Ahad lalu diisytiharkan sebagai tidak sah dan terbatal.

NONEBeliau mendakwa, keputusan itu dibuat selepas mendapati jentera dan kepemimpinan BN mengamalkan rasuah melalui pelbagai janji yang dibuat untuk meraih undi rakyat.

“Dalam keadaan seperti, kami akan memfailkan petisyen pilihan raya sebaik sahaja pasukan perundangan saya bersedia,” katanya pada sidang media di rumhanya.

Dakwanya lagi, pilihan raya kecil itu juga dicemari pembelian undi dan pemindahan pengundi.

Zaid juga berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana didakwa gagal mengendalikan pilihan raya kecil itu dengan adil.

“Mana-mana pengundi di Hulu Selangor yang ingin menawarkan sebarang maklumat yang relevan boleh berbuat demikian di mana-mana pejabat PKR, DAP atau PAS.”

Zaid juga memberitahu beliau akan menyaman akhbar bahasa Melayu, milik Umno - Utusan Malaysia yang melabelkannya sebagai kaki botol.

“Saya bukan kaki botol. Apa yang saya minum adalah tidak lebih daripada apa yang diminum oleh (Dr) Mahathir (Mohamad) dan pemimpin Umno lain,” katanya.

“Suruhanjaya Pilihan Raya sepatutnya tidak membenarkan kempen berniat jahat dan palsu berkenaan.”

Katanya lagi, SPR telah mengabaikan tanggungjawab mereka bagi menjalankan pilihan raya yang adil dan bebas.

"Mereka (SPR) membenarkan ugutan, maklumat palsu dan juga kempen secara tidak adil dan tidak dibenarkan oleh jentera BN. Tiada usaha bagi menghalang mereka," katanya.

Menurut Zaid, beliau jelas bahawa SPR berpihak kepada BN dan mahukan parti itu menang.

SPR juga katanya mesti menjalankan pilihan raya yang setanding dengan peraturan antarabangsa.

Sehubungan itu, Zaid mahu pemantau antarabangsa menghadiri pilihan raya kecil Sibu dan semua pilihan raya di negara ini pada masa hadapan.

"Saya cabar PM (Datuk Seri Najib Razak) jika beliau sebegitu popular seperti yang didakwanya, mengapa beliau takut untuk bertanding pada pilihan raya yang bebas dan adil dengan pembangkang?"

Zaid juga berkata pasukan antarabangsa penyokong Pakatan akan ditubuhkan di London pada Julai ini yang bertujuan mendapatkan sokongan supaya mendesak pilihan raya bebas dan adil dapat dijalankan di negara ini./Malaysiakini

Rabu, 28 April 2010

KEMPEN DI ALAF BARU, DI MANA KELEMAHAN KITA?

Oleh: WFAUZDIN NS

Pakatan Rakyat boleh dikatakan sentiasa menjuarai setiap program ceramah mereka. Tidak pernah Bn terutamanya Umno yang dapat mengatasi sambutan dan kehadiran orang ramai di dalam ceramah anjuran PR. Paling terkini, di Hulu Selangor baru-baru ini program ceramah dari PR jauh lebih hebat dari Bn walaupun PM sendiri yang turun bersama mantan PM. Dalam bab ini, kita sentiasa menang.

Namun demikian, apakah kita masih merasakan program ceramah adalah faktor utama akan memberi kemenangan akhirnya? Jika di era 70 an dan 80 an mungkin ada benarnya, tetapi di zaman sekarang mungkin kita boleh kaji semula. Jika dilihat berdasarkan pengalaman, kehadiran orang ramai di dalam ceramah PR terutamanya sewaktu kempen pilihanraya kebanyakannya adalah datangnya dari luar kawasan mengundi. Oleh yang demikian, kesannya tidak begitu memberangsangkan untuk menarik pengundi-pengundi menyokong kita.

Tidakkah kita boleh berfikir kaedah lain yang lebih berkesan? Kempen dari rumah ke rumah yang WAJIB diketuai oleh pemimpin besar sekurang-kurangnya MP atau Adun dari PR perlu turun bersama sepanjang tempoh berkempen. Setiap kumpulan mesti diketuai oleh pemimpin besar ini agar setiap kempen atau hujah boleh diberikan dengan betul dan tepat. Ada kemungkinan sebelum ini terdapat jentera kempen yang hanya diwakili oleh pimpinan bawahan tidak mampu untuk menerangkan isu-isu besar atau melawan hujah-hujah yang mungkin dikemukakan oleh pengundi. Pemimpin-pemimpin besar di dalam PR tidak lagi boleh hadir berkempen di bawah-bawah khemah untuk memberikan ceramah sahaja. Mereka perlu turun setiap hari menemui pengundi-pengundi yang dikenalpasti pendokong tegar Umno/Bn.

PR juga mesti aktif di dalam mengadakan aktiviti masyarakat. Aktiviti seperti bersukan, perkhelahan, hiburan yang tidak melalaikan dan banyak lagi aktiviti yang boleh mendekatkan kita kepada golongan yang tertutup minda ini. Kebanyakan mereka jahil untuk menilai perjuangan kita kerana mereka sering disajikan dengan laporan dari media haprak seperti TV3 suku dan Utusan Meloya itu. Pendekatan berjanji sewaktu pilihanraya juga tidak releven untuk kita sebagai pejuang rakyat. Kita tidak perlu berjanji seperti yang puak-puak mereka itu lakukan. PR mesti lakukan kerja tidak mengira masa. Jangan menanti rakyat yang susah mengadu pada kita, sebaliknya kita mesti mencari di segenap pelusuk kawasan rakyat yang memerlukan bantuan kita.

Aktiviti memakmurkan tempat ibadat juga amat penting. Bukan bertujuan untuk berpolitik secara kepartian di dalam masjid tetapi kita mesti tunjukkan betapa kita tidak pernah memisahkan agama dan politik. Bagi negeri-negeri yang kita kuasai, peranan pimpinan negeri penting untuk tidak terlalu mengawal atau mengetatkan peraturan sehinggakan pimpinan kita sendiri tidak boleh bercakap di dalam masjid hanya kerana tiada tauliah. Berapa orangkah selama ini dari pimpinan kita yang mengajar ajaran sesat di dalam masjid? Pelik dan ajaib, di dalam Negeri Selangor yang kita perintah, Tuan Guru Nik Aziz tidak boleh bercakap di dalam masjid. Hairan dan pelik, YB Khalid Samad pun dipersoalkan apabila memberi khutbah atau berucap di dalam masjid? Bijakkah kita berbuat demikian? Yang pentingnya, adakah mereka itu ingin menyesatkan umat? Cuba kita lihat Imam atau Khatib di negeri-negeri yang mereka kuasai, kita naik jemu dan bosan dengan cerita 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, dan banyak lagi tajuk-tajuk khutbah mereka. Tiada kena mengena dengan politikkah itu?

Mudah-mudahan kita lebih sedar bahawa kita bukan lagi parti di zaman 70 dan 80 an lagi. Kita berada di alaf baru yang memerlukan pendekatan baru. Jika kita masih lagi bergantung kepada cara lama, tidak hairan satu masa nanti kita akan ketandusan penyokong sedikit demi sedikit. Kita mesti berbeza sekarang kerana kita telah memegang beberapa negeri. Jika mahu mentadbir secara `lurus' pun biarlah bertempat. /wfauzdin.blogspot.com

ANWAR PUJI SOKONGAN LUAR BIASA PKR, PAS DAN DAP

BN tidak belajar kesilapan lalu

SHAH ALAM - Kemenangan undi majoriti tipis menunjukkan Barisan Nasional (BN) tidak pernah belajar daripada kesilapan lalu.

Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini kerana jumlah pelaburan yang dikeluarkan BN tidak berbaloi dengan jumlah undi majoriti diperoleh.

“Sekurang-kurangnya BN menghabiskan lebih RM100 juta untuk mendapatkan majoriti di Hulu Selangor yang mana jumlahnya lebih kurang RM65,000 setiap orang,” katanya.

Menurutnya, perkara itu merupakan bukti ‘pembunuhan’ karakter, perkauman, rasuah dan keganasan yang digunakan oleh BN bagi membantu mereka memenangi pilihan raya kecil.

“Rakyat tidak boleh diperbodohkan dengan sebarang taktik kotor dan penyalahgunaan kuasa kerana mereka tidak akan tertipu,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata, negara menghadapi cabaran politik kotor yang masih lagi tidak dapat diselesaikan sehingga kini.

“Selain daripada puluhan menteri berkempen setiap hari, polis turut mengamalkan sikap :double standard: terhadap penyokong PR malah ada yang mendakwa dihalang polis untuk memasuki pusat pengundian bagi menunaikan tanggungjawab,” katanya.

Ketua Pembangkang itu berkata, walaupun kalah di Hulu Selangor, PR akan terus berusaha dengan memberi kesedaran kepada rakyat khususnya di Selangor termasuk ke kawasan Felda.

"Kita akan meningkatkan sokongan rakyat di Hulu Selangor dan banyak yang perlu kita lakukan agar sasaran menarik pengundi di kawasan pedalaman dan Felda tercapai,” katanya.

Anwar berkata, beliau bersyukur atas sokongan luar biasa yang telah ditunjukkan petugas DAP, Pas dan PKR sendiri.

“Komitmen mereka diperlukan untuk mengubah kepada yang lebih baik,” katanya./Sinar

BN MESTI JAUHI PERKASA - MCA

MCA: Kenyataan Ibrahim Ali berunsur hasutan
Apr 27, 10


MCA menyelar presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali kerana mengeluarkan kenyataan yang didakwanya berunsur "perkauman menebal" yang telah menyinggung perasaan kaum Cina.

Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu berkata kenyataan ahli Parlimen Pasir Mas itu, yang menggesa kerajaan menangguhkan kelulusan peruntukan dan projek kepada kaum Cina - yang Ibrahim anggap sebagai "tidak berterima kasih" dan "tidak menghargai" - amat dikesali.

"Kenyataan itu juga berunsur hasutan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ibrahim membuat kenyataan itu semalam berikutan keputusan pilihan raya kecil bagi parlimen Hulu Selangor Ahad lalu, yang menunjukkan sokongan kaum Cina terhadap BN semakin berkurangan.

Bagaimanapun, Gan menegaskan satu daripada sebab utama BN kehilangan keyakinan kaum Cina adalan berpunca daripada kerjasama sebenar atau tanggapan terhadap kerjasama erat pemimpin BN dengan organisasi "perkauman menebal".

Beliau juga mendakwa kenyataan berunsur perkauman oleh beberapa pemimpin BN yang dilaporkan secara meluas oleh media, turut memberi kesan dalam pilihan raya kecil itu.

Gan berkata jika BN mahu mendapatkan lebih banyak sokongan daripada pengundi bukan Melayu, ia perlu terlebih dahulu menjauhkan diri dengan pertubuhan seperti PERKASA yang cenderung meluahkan kenyataan berunsur perkauman.

Jika tidak, katanya, BN menghadapi risiko kehilangan sokongan pengundi bukan Melayu dalam pilihan raya umum k-13 akan datang.

"Saya bangga menjadi wakil rakyat yang datang dengan tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat. Sebarang kenyataan supaya rakyat berterima kasih dan menghargai merupakan pencabulan terhadap amanah dan keyakinan yang diberikan rakyat.

"Mana-mana ahli politik yang membuat kenyataan berunsur perkauman dalam komuniti mereka sendiri akhirnya akan diketepikan oleh rakyat. Saya pasti jika Ibrahim Ali bertanding sebagai calon di kawasan bukan Melayu, beliau tidak akan mampu dapat 10 peratus pun daripada undi," katanya.

- Bernama

Selasa, 27 April 2010

TEWAS ADALAH `KEMENANGAN' BESAR BUAT DATO' ZAID

Inilah fitnah golongan Syaitan dan Iblis, apalah erti kemenangan mereka di sisi Allah?

Oleh: WFAUZDIN NS

MASIH lagi saya ingin berbicara tentang Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor yang telah pun dimenangi oleh calon dari Bn itu. Bukan bertujuan untuk mencari sebab musabab PR tewas kerana semua sudah maklum kenapa Bn itu menang. Saya cuma ingin mengulas sedikit tentang calon PR dari PKR yang dikatakan tewas itu.

Sepanjang kempen PRK itu berjalan, bukan sedikit tohmahan dan cercaan yang menimpa Dato' Zaid. Sebelum ini kita telah menyaksikan bagaimana DS Anwar dicerca dan diaibkan secara terbuka termasuk menerusi media ke merata pelusuk alam sewaktu beliau bertanding kerusi Parlimen Permatang Pauh. Walau bagaimanapun, DS Anwar berjaya memalukan puak yang disokong oleh Apco itu dengan kemenangan besar. Adakah sewaktu itu rasuah politik dan peranan media pencacai tidak wujud? Ianya tetap wujud selagi puak itu bernyawa, namun kehebatan dan aura DS Anwar teramat kuat sehinggakan tidak mampu untuk mereka menggunakan cara iblis dan syaitan untuk mempengaruhi pengundi di Permatang Pauh ketika itu.

Begitu juga yang terjadi kepada Dato' Zaid di Hulu Selangor. Insan yang jujur tanpa sedikit pun hipokrit ini mendapat cercaan dan penghinaan dari puak mereka. Teramat sedih sekali kerana ramai yang termakan dengan umpan dan cara mereka yang jahat itu. Lebih malang dan menyedihkan lagi, orang-orang Melayu yang berugama Islam turut bersekongkol menyokong puak-puak yang mengaib dan mencerca insan yang ingin kembali ke pangkal jalan ini. Mereka lupa kepada agama semata-mata untuk mengisi perut mereka dan kehidupan duniawi mereka. Maka, kemenangan mereka berikan kepada calon dari MIC ini.

Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang. Apakah yang lebih bermakna dan berharga dari menerima hidayah dan pertunjuk dari Yang Maha Kuasa jika dibandingkan dengan jawatan Menteri atau pun Wakil Rakyat? Dato' Zaid sanggup meninggalkan kerusi empuk Menteri dan bersama dengan satu wadah yang bukan boleh menjanjikan kesenangan buatnya malahan mungkin menjanjikan risiko besar buat pemimpin sepertinya. Siapakah yang menggerakkan hati Dato' Zaid memilih wadah yang penuh ranjau ini jika bukan Yang Maha Pengasih? Allah telah menunjukkan kepada Dato' Zaid jalan untuk kembali berubah menjadi seorang insan yang mulia.

Siapa boleh menjamin jika Dato' Zaid masih berada di dalam parti yang menyanjung Apco itu beliau boleh berubah walaupun sedikit? Tetapi kini Dato' Zaid mengaku telah berubah dan insaf. Biarpun mereka masih mempertikaikan keinsafan Dato' Zaid, namun yang berkuasa dan mengetahui hanyalah Allah SWT. Kita sebagai manusia wajib berbaik sangka terhadap sesiapa jua yang ingin melakukan hijrah dari yang buruk kepada yang baik dan kita haruslah berdoa untuk kesejahteraannya. Hanya Syaitan dan Iblis sahaja yang teramat marah dan dukacita jika ada insan yang ingin insaf dari melakukan perbuatan mungkar.

Dato' Zaid sebenarnya telah diberi kemenangan oleh Allah SWT apabila beliau berjaya menewaskan godaan dunia yang selama ini menghanyutkan beliau. Kekalahan di dalam PRK baru-baru ini hanyalah proses pembersihan jiwa dan dugaan buat Dato' Zaid. Apakah Dato' Zaid mampu mengharungi dugaan itu? Apalah ertinya kemenangan di dunia ini sedangkan hati dan jiwa masih terpalit dengan maksiat dan dikelilingi dengan rasuah? /wfauzdin.blogspot.com

WAHAI SPRM, RASUAH BOLEH KE TIDAK MASA KEMPEN PILIHANRAYA?

Najib Terpaksa Dimasukkan Semula Tadika KEMAS

Sumber: Tranungkite

Oleh: profesor

"Kata Najib ketika berucap dalam satu perhimpunan dengan masyarakat Cina ,sekiranya menang ,esoknya hari Isnin kerajaan akan keluarkan surat ,yang didengari dan dilihat oleh rakyat 1Malaysia Kalau ini bukan bermaksud membeli undi dan rasuah ,eloklah dicadangkan supaya Najib dimasukkan semula ke kelas Tadika KEMAS atau Tadika PERMATA. Elok benar sekiranya Najib memulakan semula pembelajaran dalam semua aspek ,3M Membaca ,Mengira dan Menulis.

Mengikut pengakuan Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya Barisan Nasional (BN) terbabit dengan perbuatan membeli undi untuk memenangi pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Hulu Selangor semalam.

Perdana Menteri berkata perlaksanaan projek-projek yang diumumkan di Hulu Selangor baru-baru ini adalah bagi menangani pelbagai yang dihadapi penduduk tempatan yang sudah berlarutan sekian lama.

"Kami tidak beli undi, tapi kami selesaikan masalah orang ramai. Ia adalah masalah sebenar yang tidak ditangani sejak sekian lama, ia adalah masalah besar yang dihadapi penduduk.

"Bukannya BN ke sana sini dan beritahu ”tengok sini, kami beri yang itu, kami beri yang ini”, tidak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Hijau Malaysia 2010 di sini.Turut hadir ialah mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang juga penasihat Landskap Malaysia, bersama isterinya Tun Jeanne Abdullah yang merupakan pengerusi Landskap Malaysia.SILA KLIK

Catatan

Kalau itulah pengertiannya , maka memang benarlah kata ramai kebanyakan rakyat 1Malaysia , iaitu Najib ini sudah melampau, sampai tidak kenal mana satu perlakuan rasuah. Hatinya sudah mati. Imannya sudah hancur. Moralnya benar- benar rosak. Jiwanya kosong. Akhlaknya musnah. Hinggakan amat mustahil untuk membetulkannya sekarang ini , kecuali takdir qada dan qadar Allah yang memberikannya Hidayah.

Kata Najib ketika berucap dalam satu perhimpunan dengan masyarakat Cina , “sekiranya menang , esoknya hari Isnin kerajaan akan keluarkan surat” , yang didengari dan dilihat oleh rakyat 1Malaysia , yang membawa maksud kiranya BN menang dalam PRK Hulu Selangor , hari Isnin kerajaan BN akan keluarkan surat kelulusan bajet bagi tujuan pembaikian sekolah berkenaan.

Ini belum termasuk dengan pelbagai lagi tawaran sepanjang kempen PRK itu.

Adakah ini bukan bermaksud terang – terang perbuatan dan perlakuan rasuah dan membeli undi. Mungkin kita boleh rujuk kepada SPRM untuk mentafsirkannya secara jelas.

Kalau ini bukan bermaksud membeli undi dan rasuah , eloklah dicadangkan supaya Najib dimasukkan semula ke kelas Tadika KEMAS atau Tadika PERMATA.

Elok benar sekiranya Najib memulakan semula pembelajaran dalam semua aspek , 3M – Membaca , Mengira dan Menulis.

Kemudian setelah lulus , Najib perlu memasuki Tahap 1 , tahun 1 hingga 3 , sebelum dimasukkan ke Tahap 2 , tahun 4 hingga 6. Hanya setelah lulus barulah dibenarkan ke Sekolah Menengah.

Untuk ke sekolah berasrama penuh Najib perlu skor dalam UPSR. Hanya sekiranya keputusan UPSR Najib mendapat 5A , beliau layak memohon ke SBP. Walaubagaimanapun ia tertakluk kepada syarat – syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran.

Begitu bodoh , dungu dan lembab Najib dalam membuat tafsiran rasuah dan beli undi. Kesian kat rakyat 1Malaysia mempunyai PM yang begitu naïf.

PESANAN YB FUZIAH SALLEH UNTUK PENDOKONG PR

BN Halal Cara Demi Kemenangan, Pakatan Rakyat Dukung Maruah Perjuangan

HULU SELANGOR 26 APR: Pakatan Rakyat tidak akan menari dengan rentak sumbang Barisan Nasional yang menghalalkan cara untuk memenangi pilihan raya, sebaliknya terus berpegang teguh kepada prinsip perjuangan.

Sekalipun kekalahan calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim pahit untuk ditelan tapi demi perjuangan bermaruah, tiang keadilan dan kebenaran perlu ditegak, dipasak kukuh dalam sanubari setiap pejuang rakyat.

Demikian pesanan Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pusat, Fuziah Salleh kepada semua penyokong Pakatan Rakyat supaya tidak luntur semangat juang semata-mata gagal menerima hakikat kekalahan ini.

Persaingan sengit pertandingan dua penjuru antara Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat berlanjutan hingga ke saat akhir kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Sekalipun kemenangan berpihak kepada P Kamalanathan, namun Umno BN terpaksa menggunakan taktik kotor dengan menyerang Pakatan Rakyat dari segenap penjuru tanpa mempeduli sempadan kemanusiaan.

Malah Umno BN juga tidak menghormati pengundi melalui tindakannya merendah-rendahkan martabat rakyat apabila menabur wang dan janji yang belum tentu dipatuhi lantaran mabuk dengan kemenangan kecil ini.

"Memang ada rasa sedih dan kecewa kerana kita ini manusia. Mungkin sehari dua kita berasa sedih tapi kita akan bangkit dan lawan tetap lawan. Malah, perjuangan ini lebih bermaruah jauh lebih penting dari keputusan," katanya.

Apapun, Fuziah Salleh yakin kekalahan ini ada rahmatnya.

"Kalah menang adat perjuangan. Kadang-kadang, kalau selalu menang, kita lupa tingginya langit. Mungkin kita perlu lihat ke dalam diri supaya terus kekal tabah dalam perjuangan," katanya lagi.

Kekalahan ini sama sekali tidak akan melemah semangat pendukung Pakatan Rakyat walaupun kesuraman sedikit sebanyak dirasai tetapi beliau yakin rakyat akan bangkit dan mara dengan lebih bersemangat lagi.

"Perjuangan ini berpaksikan keadilan dan kebenaran. Kalau BN terdesak dan buat apa saja, adakah kita akan buat perkara sama? Tentu sekali tidak, tapi kita berterus pegang kepada prinsip keadilan, berpaksikan kebenaran," katanya./TVSelangor

Isnin, 26 April 2010

INI SUARA `MELAYU' YANG PALING BUSUK DI DUNIA

Gerakan Perkasa mahu kerajaan menahan semua bentuk peruntukan dan projek-projek pembangunan yang diluluskan kepada masyarakat Cina Hulu Selangor kerana enggan menyokong Barisan Nasional.

Presiden Datuk Ibrahim Ali berkata meskipun BN menang dalam pilihanraya semalam, tetapi pengundi Cina meninggalkan gagasan itu dan menyokong Pakatan Rakyat.

"Kerajaan perlu menangguhkan semua peruntukan dan projek-projek yang telah diluluskan untuk masyarakat Cina," kata Ibrahim dalam satu kenyataan mengulas keputusan Pilihanraya Kecil Hulu Selangor.

Ibrahim, yang mendakwa dirinya Ahli Parlimen Bebas, juga menuntut kerajaan menolak sebarang tuntutan dari parti komponen BN seperti MCA dan Gerakan, kerana masyarakat Cina tidak mensyukuri nikmat yang diberikan kerajaan BN pimpinan Umno.

"Mereka tidak mensyukuri usaha kerajaan BN, meskipun kerajaan BN terpaksa melukakan perasaan orang Melayu dan Orang Asal," tegasnya./TVSelangor

UNDI TERHADAP PR MENINGKAT JUGA SATU KEJAYAAN

Hulu Selangor tidak jejas komitmen Pakatan Rakyat 'ke Putrajaya'
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 26 April: Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa (gambar) menyeru seluruh pendukung Pakatan Rakyat supaya menjadikan keputusan pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, semalam untuk meningkatkan semangat dan istiqamah di dalam perjuangan menuju 'ke Putrajaya'.

“Keputusan pilihan raya itu memberi ruang kepada kita untuk terus meningkatkan komitmen dan istiqamah memantapkan perjuangan Pakatan Rakyat sama ada dalam pilihan raya kecil selepas ini atau pilihan raya umum akan datang,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bachok ketika dihubungi pagi ini.

Tambahnya, keputusan itu tidak sekali-kali menjejaskan matlamat perjuangan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pemerintahan negara daripada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum nanti.

Menurutnya, hasrat `ke Putrajaya’ hendaklah menjadi fokus utama para pendukung Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

Selaku Pengarah Pilihan raya PAS pada pilihan raya kecil itu, beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada para petugas parti dan Pakatan Rakyat dari seluruh negara yang bertungkus lumus bekerja bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Datuk Zaid Ibrahim.

PAS, ujarnya, menerima keputusan pilihan raya itu dengan hati terbuka dalam konteks demokrasi.

“Kita tidak anggap ia sebagai kekalahan tetapi tak menang saja,” ujarnya seloroh berdasarkan undi majoriti di ketiga-tiga Dun dalam Parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya umum lalu.

Pilihan raya umum lalu menyaksikan Pakatan Rakyat memperolehi 20,108 undi di Dun Hulu Bernam, Batang Kali dan Kuala Kubu Baru berbanding BN berjumlah 26,264 sementara 23,177 undi bagi kerusi parlimen sementara BN pula 22,979 undi.

Pada pilihan raya kecil semalam, Datuk Zaid Ibrahim yang mewakili Pakatan Rakyat daripada PKR mendapat 23,272 undi sementara calon MIC (BN), P Kamalanathan memperoleh 24,997 undi.

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Hulu Selangor, Nurhisham Ahmad Dahalan pada pukul 9.20 malam di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Kuala Kubu Bahru.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan penyandangnya daripada PKR, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada 25 Mac lalu.

Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham menewaskan calon BN, Datuk G Palanivel dengan majoriti 198 undi.

Berdasarkan keputusan pilihan raya kecil semalam, Pakatan Rakyat berjaya menambah sebanyak 95 undi berbanding pilihan raya umum 2008 sementara BN meningkat 2,018 undi.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan 48,935 daripada 64,500 pengundi atau 75.87 peratus keluar membuang undi manakala 47,845 pengundi daripada 63,593 atau 75.24 peratus keluar mengundi pada pilihan raya umum lalu./Harakahdaily

FELDA PERLU DIBERI TUMPUAN SELEPAS INI - ANWAR

Anwar: BN belanja RM65,000 bagi setiap pengundi
Apr 26, 10


Barisan Nasional (BN) didakwa membelanjakan lebih RM100 juta bagi menjamin kejayaan mereka merampas semula kerusi parlimen Hulu Selangor, malam semalam.

Dalam satu kenyataan hari ini, ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata meskipun membelanjakan RM65,000 bagi setiap pengundi, di samping kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya menjamin pemilihan yang bersih dan adil, ugutan polis serta usaha menghalang pengundi menjalankan tanggungjawab mereka, BN hanya mampu menang dengan majoriti yang tidak memberangsangkan.

"Ini bermakna BN gagal mempelajari apa-apa sejak pilihan raya umum 2008. Serangan peribadi, isu perkauman, rasuah dan paksaan mungkin boleh membantu untuk menang di satu atau dua kerusi, tetapi rakyat Malaysia, tidak akan terpedaya,” katanya.

Walaupun PKR ditumbangkan malam semalam, namun Anwar berkata pembangkang berjaya meningkatkan sokongan popularnya di Hulu Selangor.

" Kita tahu kita perlu berusaha lebih gigih untuk mendekati penyokong khususnya di kawasan terpencil dan pedalaman, khususnya di kalangan peneroka Felda,” katanya.

Timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali melahirkan sentimen yang hampir sama dan berpendapat pencapaian parti itu dianggap membanggakan di sebalik asakan padu daripada jentera BN.

"Kami gagal menembusi kubu-kubu kuat, khususnya di penempatan Felda tetapi keputusan pilihan raya itu satu tamparan kepada BN yang begitu angkuh bahawa mereka boleh menang dengan majoriti lebih 3,000 undi,” katanya dalam satu kenyataan.

"Kami an
ggap ia petanda bahawa polisi dan program Pakatan di terima rakyat, selepas dua tahun mengambil alih dan memberikan manfaat kepada mereka,” katanya.

Syed Husin berkata majoriti 1,725 undi yang diperolehi oleh BN jauh meleset daripada majoriti 6000 undi yang dimenanginya di ketiga-tiga kerusi dewan undangan negeri di parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya umum 2008.

"Tiada apa untuk Najib raikan," katanya./Malaysiakini

MARI KITA SELAMATKAN PENGHUNI FELDA INI

Oleh: WFAUZDIN NS

SETUJU atau tidak, kita mungkin terpaksa akui betapa kita masih belum berkesan di dalam menarik sokongan di kalangan pengundi-pengundi Melayu terutamanya di Felda. Tidak keterlaluan jika kita andaikan bahawa penduduk-penduduk di Felda ini seperti terkongkong pemikiran mereka umpama berada di dalam dunia yang asing. Mereka tidak boleh disalahkan seratus peratus sekiranya mereka gagal memahami agenda perjuangan PR.

Kita masih bernasib baik kerana pengundi-pengundi di felda ini tidak menggunakan kaedah mengundi pos sebagaimana warga tentera atau Polis walaupun kebebasan berpolitik seperti dikawal. Mereka seolah-olah tidak bebas atau takut untuk mengundi PR sebagaimana yang berlaku di dalam tentera dan Polis. Mereka mengundi seperti kita semua juga, tetapi mengapa kita lihat begitu sukar untuk mereka memilih kita sedangkan mereka sedar kehidupan mereka tidak sesempurna mana.

Adakah kita tidak melakukan sesuatu untuk meyakinkan mereka bahawa kita mampu mengubah nasib mereka? Atau, mungkin kita telah lakukan untuk kebaikan masa depan mereka cumanya kita terlewat untuk bertindak? Cukupkah apa yang telah kita lakukan di dalam perancangan dan aktiviti kita untuk mendekati dan merakyatkan penghuni felda ini?

Itu semua mungkin akan difikirkan oleh pimpinan kita di dalam merumus segala masalah dan faktor-faktor mengapa golongan ini seolah-olah tidak berani mendampingi perjuangan kita. Masa belum terlambat lagi untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Semua penghuni di felda amat memerlukan kehadiran kita untuk membantu mereka agar lebih terbuka mindanya menerima perubahan. Kita tidak boleh biarkan mereka sentiasa diperkotak-katikkan oleh Umno/Bn. Mereka orang Melayu yang perlu dibebaskan dari kongkongan Umno/Bn.

Tamatnya pilihanraya di Hulu Selangor ini tidak bererti tamatnya riwayat atau pengaruh Apco. Selagi Umno/Bn masih wujud, selagi itulah kita wajib berjuang. Bebaskan negara ini dari pengaruh mereka agar keadilan dapat terus dinikmati bersama. Teruskan usaha kita bersama, jangan menuding jari kepada sesiapa sebaliknya merenung kembali apa yang kurang kita lakukan khususnya kepada penghuni-penghuni felda ini. InsyaAllah, suatu hari nanti golongan ini akan lebih terbuka minda mereka dan akan lahirlah peneroka felda yang bijaksana./wfauzdin.blogspot

TAHNIAH SPR DAN PENGARAH JAIS - SAWIT AKAN MENJADI EMAS

Sunday, April 25, 2010

TAHNIAH kepada SPR dan bukannya kepada Bn yang memenangi kerusi Parlimen Hulu Selangor siang tadi. Tahniah kepada badan yang mengendalikan pilihanraya di negara ini yang mana terlalu cekap dan profesional serta teramatlah telusnya. Mengapa SPR patut dipuji melangit? Ini adalah kerana SPR adalah badan yang teralu bersih; buktinya:

Tiada seorang pun yang berdaftar sebagai pengundi di Hulu Selangor tidak dapat mengundi. Kisah beberapa orang yang datang untuk mengundi, tetapi tidak boleh mengundi kerana mereka dikatakan telah mengundi menandakan SPR profesional. Begitu juga dengan kisah yang diberitakan ini:-

"Tiga pengundi membuat laporan polis apabila mereka mendapati nama mereka ditanda Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai sudah mengundi sedangkan mereka belum berbuat demikian. Ini berlaku ketika mereka mahu membuang undi pusat pengundian undi di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Serendah 3. Di Ampang Pecah, wujud lima saluran mengundi sedangkan dalam Akta Pilihanraya, hanya 4 saluran sahaja. Dan di sana juga, Pekerja PKR dilaporkan telah menangkap dua orang pegawai SPR yang berligar dan menasihatkan pengundi mengundi MIC."

Perpindahan tempat mengundi beberapa ratus pengundi tanpa pengetahuan pengundi itu sendiri menandakan SPR telus, rajin buat kerja walaupun tanpa disuruh. Oleh yang demikian, di masa akan datang kita tidak perlu lagi bersusah payah untuk meminta atau mengisi borang perpindahan tempat mengundi kerana SPR akan lakukan untuk kita kerana SPR lebih arif di mana kita berada untuk mengundi.

Pujian melangit juga patut diberi kepada SPR kerana pantas bertindak memilih kawasan Hulu Selangor sebagai kawasan utamanya untuk melaksanakan perpindahan alamat tempat mengundi. Kerja tersebut dilakukan disaat Hulu Selangor menghadapi PRK adalah kebetulan sahaja. SPR tiada niat lain.

Banyak lagi perkara yang SPR tunjukkan betapa badan ini teramat cekap, profesional dan rajin. Maka, wajarlah tahniah diberi kepada SPR kali ini. Tahniah yang sama patut juga diberi kepada Pengarah JAIS kerana telah memainkan peranan besar untuk mengasingkan agama dan politik. Masjid hanya boleh bercerita pasal Sembayang, nikah serta mempelajari darihal bab Haid dan Nifas sahaja. Bak kata Mufti Perak Harussani, zaman Nabi tiada parti politik (teringat seperti kata Mahafiraun, zaman Nabi tiada pisau cukur, pasal itu Nabi simpan janggut).

Tidak lupa tahniah buat orang-orang Melayu Hulu Selangor terutamanya orang-orang Felda kerana terbukti orang Melayu memang bijak pandai. Yakinlah, selepas ini buah sawit akan menjadi buah emas. /mandor.blogspot

TUNTUT PILIHANRAYA YANG BEBAS DAN BERSIH - ZAID IBRAHIM

Pakatan tenangkan penyokong di Hulu S'gor
Jimadie Shah Othman
Apr 25, 10


Walaupun tewas dalam pilihan raya kecil parlimen Selangor, Pakatan cuba menenangkan penyokongnya dengan mengadakan perhimpunan di Stadium Mini Kuala Kubu Bahru malam ini.

Bagaimanapun majlis yang bermula pada jam 9 malam tadi hanya dihadiri oleh 200 penyokong tegar mereka.

Sebelum itu, lebih 1,000 penyokong PKR berkumpul di padang stadium berkenaan ketika mengikuti perkembangan proses pengiraan undi.

Majlis tersebut dihadiri ramai tokoh utama Pakatan hadir, termasuk calon PKR Datuk Zaid Ibrahim, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, tokoh DAP Lim Kit Siang, dua naib presiden PKR Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah, ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin serta pengarah pilihan raya PKR Fuziah Salleh.

Ucapan pemimpin- pemimpin tersebut diselangseli dengan laungan 'takbir', 'lawan tetap lawan', 'reformasi' dan 'hidup rakyat' oleh penyokong yang hadir.

Wajah pemimpim Pakatan itu jelas kelihatan sugul dan sedih. Malah Zaid sendiri kelihatan sebak, ketika pengarah strategik PKR Tian Chua memberi ucapan.

Manakala anak gadis Zaid - yang turut hadir bersama ibunya - turut kelihtan menangis di pentas sambil ditenangkan oleh seorang pemimpin Wanita PKR.

Sementara itu, Zaid dalam ucapannya berkata: "Kita tewas kerana membeli undi itu halal dalam negara ini".

Dalam nada yang keadaan tenang dan kelihatan reda, Zaid mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membelanjakan lebih RM40 juta dalam pilihan raya kali ini.

"Membeli undi di tengah malam itu halal, membeli undi di tengahari itu halal," katanya.

Beliau berkata, politik Machiavelli yang diajar oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selama 23 tahun, telah terhenti sebentar.

Zaid turut memuji pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang disifatkannya cuba memberikan kebebasan dan reformasi yang menyebabkan keputusan pilihan raya 2008 memihak kepada rakyat.

"Walaupun terhad tetapi dia mencuba," katanya sambil meminta penyokongnya terus menuntut pilihan raya yang bebas dan bersih "kerana kerja kuat sahaja tidak mencukupi."/Malaysiakini