Sabtu, 17 Julai 2010

AYOH PAKATAN RAKYAT, HALANG NAJIB DARI TERUS MENZALIMI RAKYAT

Oleh: WFAUZDIN NS

AKHIRNYA, rakyat tiada pilihan lain lagi. Mereka kini mengharapkan Pakatan Rakyat (PR) untuk membela nasib mereka setelah ramai di antara mereka tertipu kununnya Umno akan berubah di bawah Najib. Kezaliman pemimpin negara sewaktu di era Tun Mahathir, diwarisi pula oleh Pak Lah yang menggunakan Islam Hadharinya untuk menipu rakyat, kini terus diwarisi pula oleh Najib dengan `Rakyat Didahulukan'. Kesemua mereka itu telah berjaya menipu rakyat dengan slogan yang manis umpama gula.

Di zaman Pak Lah, kenaikan harga Petrol dan Diesel menyebabkan beliau `jatuh tersungkur' dari kerusi PM, bahkan kehilangan 5 buah negeri di dalam Pilihanraya Umum ke 12. Pewarisnya Najib tampil dengan pengakuan kununnya Umno akan berubah dan `Rakyat Didahulukan'. Saya tidak mahu ulas tentang `Pencapaian Diutamakan' kerana mana ada pencapaian di zaman Najib?

Kenaikan harga petrol, diesel, gula dan gas serentak diumumkan di tengah malam benar-benar menyakitkan hati rakyat. Paling menyakitkan lagi apabila Najib memberi alasan bahawa kenaikan itu adalah untuk kebaikan rakyat. Kununnya apa jua yang Najib lakukan semuanya untuk kebaikan rakyat termasuk kerjasama dengan Apco. Mungkin juga lesen judi sukan yang ingin beliau luluskan nanti adalah juga untuk kebaikan rakyat.

Malang sungguh, sedih sungguh apabila ada lagi orang-orang Melayu terutamanya yang hidup susah merempat yang menyokong Umno. Berapa banyak lagi yang mereka ingin lihat kerajaan ditunjangi oleh Umno ini menghisap darah mereka baru mereka mahu sedar? Kenaikan harga petrol, diesel, gula dan gas yang diumumkan oleh Najib itu itu masih tidak boleh menjadikan otak mereka cerdik untuk berfikir. Mereka mudah terpedaya dengan cerita bahawa di negara lain harga keperluan tersebut jauh lebih tinggi. Samalah juga apabila seorang ayah amat berpuas hati apabila anaknya belajar di sekolah rendah dengan mendapat kedudukan No. 20 di dalam kelas, kerana baginya anaknya lebih baik dari anak orang lain yang mendapat kedudukan No. 30.

Bayangkan jika harga petrol/diesel sudah naik, apakah harga barang tidak mendapat sebarang kesan? Jika harga gula juga naik begitu banyak, adakah harga makanan lain tidak mendapat kesannya? Ini pun mereka tidak boleh fikir lagi? Harga pasaran minyak di dunia naik atau turun kita bukan bertambah senang tetapi semakin susah. Kita merasakan seolah-olah negara kita sama seperti Thailand yang langsung tiada sumber minyak.

Pakatan Rakyat nampaknya tidak lagi boleh berdiam diri dengan kezaliman ini. Nasib rakyat mestilah dibela walau dengan apa cara sekali pun. Rancanglah sesuatu agar Najib sedar dari keegoannya dan rakyat akan tahu wajah Umno yang dikatakan telah berubah itu. /wfauzdin.blogspot.com

DSAI egen Yahuid,agen Amerika, gila kuasa tapi akhirnya harga minyak yang naik..


Oleh: notan

"Assalamualaikum..,,


Sejak 1998 atau mungkin lebih awal, DSAI di war warkan sebagai agen yahudi, agen Amerika dan seorang yang gila kuasa sehingga sanggup membuat fitnah yang mengakibatkan kebencian orang orang cina dan india kepada melayu( yang disebut sebagai orang Islam).

Gambaran kepada semua yang diberikan kepada DSAI memperlihatkan seolah olah negara berada dalam huru hara dan rakyat berada dalam suasana tertekan akibat perbuatan DSAI. Tetapi apa yang sebenarnya berlaku tidak langsung menunjukkan akibat perbuatan DSAI. Terbaru, rakyat menerima tekanan lagi dek penangan saman ekor yang pernah diakui oleh kerajaan tidak akan diblacklistkan dan kenaikan mendadak dan menakutkan minyak serta gula di mana selepas ini bakal disusuli dengan kenaikan harga pengguna yang cukup untuk memberi bebanan yang berat kepada rakyat.

Sementara momokan agen yahyudi, Amerika dan gila kuasa yang diberikan kepada DSAI tidak menampakkan sebarang kesan kepada rakyat selain dari bukti bukti penindasan kerajaan UMNO kepada DSAI secara individu menerusi kes liwat yang dilalui oleh DSAI. Namun apabila ada yang cuba mempertahankan kebenaran kepada tuduhan terhadap DSAI , ada pula yang tampil mendakwa orang yang mempertahankan kebenaran itu sebagai taksub kepada individu yang bernama DSAI.Sebenarnya pembelaan kepada DSAI bukan sekadar suka suka atau bukan juga kerana amat teruja kepada DSAI tetapi dasar pembelaan adalah kebenaran dan kebenaran ini bukan dibuat atau sengaja direka semata mata kerana taksub kepada DSAI.

Sejak tahun 1998 lagi bukti bukti kebenaran sudah didedahkan dan bagi orang orang yang berakal dan berfikir semua yang didedahkan ini diakui sebagai kebenaran yang perlu dipertahankan. Tidak cukup menuduh DSAI sebagai agen yahudi semata mata kerana DSAI kenal dengan beberapa tokoh yahudi yang konstraversial dan tidak cukup menuduh DSAI sebagai agen Amerika semata mata kerana hubungan baik DSAI dengan bekas naib presiden Amerika. Bukti bukti yang lebih konkrit harus didedahkan sebagaimana RPK mendedahkan bukti bukti pembunuhan Altantuya, sebelum DSAI boleh dilebelkan sebagai agen yahudi dan Amerika.

Perkara ini sudah lama dijustifikasikan oleh DSAI tetapi bagi setengah orang justifikasi dari DSAI tidak diterima sebaliknya lapuran lapuran dari media perdana dan blog pro UMNO terus dijadikan sandaran kepada dakwaan DSAI sebagai agen yahudi dan Amerika.Apabila diminta untuk memperincikan tindak tanduk DSAI yang mungkin tidak dilapurkan di mana mana, muncullah tuduhan taksub kepada DSAI walaupun berkali kali ditegaskan bahawa permintaan ini adalah atas dasar kebenaran yang menjadi asas kepada perjuangan yang Islamik. Akhirnya DSAI terus dituduh sedemikian rupa malah ditokok tambah sebagai membuat fitnah sedangkan fitnah yang didakwa dibuat oleh DSAI itu mempunyai asas dan bukti yang jelas sehingga ada diantara buktinya disebut di parlimen.

Kesan kepada fitnah DSAI ini pula kini ditanggung oleh rakyat. Seorang yang gila kuasa dan pernah berjanji untuk menurunkan harga minyak serta menyediakan pasarana perubatan kepada rakyat tidak menyebabkan apa apa kesusahan kepada rakyat sebaliknya orang yang menjadi dalang kepada semua tuduhan sudah dan sedang menyiksa rakyat. Apa lagi yang mahu disebar dan disedarkan sedangkan yang menanggung akibat ialah rakyat?/Tranungkite

GEMPAR !! SELAMA INI ARAH KIBLAT DI INDONESIA SALAH ?

Kiblat Indonesia arah Kenya, Somalia

JAKARTA - Umat Islam di Indonesia semalam diberitahu Majlis Ulama Indonesia (MUI) bahawa selama ini mereka mengerjakan solat bukan menghadap Mekah tetapi ke arah Kenya dan Somalia.

Keadaan itu berlaku kerana pada Mac lalu, MUI meminta penganut Islam di negara itu menghadap arah Barat semasa mengerjakan solat.

"Namun keputusan itu menyebabkan semua masjid sebenarnya menghadap ke arah Somalia atau Kenya, dan kami memutuskan umat Islam perlu mengubah sedikit kedudukan betul ke arah Barat Laut," kata Ketua MUI, Cholil Ridwan.

"Perubahan kecil itu tidak memerlukan kita untuk mengubah kedudukan bangunan masjid tetapi jemaah hanya perlu mengubah sedikit arah kiblat ketika mengerjakan solat," katanya.

Ridwan berkata, masyarakat Islam tidak perlu berasa bimbang kerana telah silap menghadap kiblat.

"Semua solat yang dilakukan masih didengar oleh Allah," katanya.

Namun, ketua pertubuhan Nahdatul Ulama, Said Agil Siradj memberitahu sebuah akhbar tempatan, kekeliruan yang dilakukan oleh MUI itu merupakan satu pengajaran buat penduduk Islam.

Sebelum ini, MUI membuat fatwa terlalu cepat dan pernah mengeluarkan fatwa kontroversi seperti pengharaman merokok. - Reuters

UMUM KENAIKAN HARGA - MENGAPA SELEPAS SIDANG PARLIMEN ?

Kesal pengumuman selepas sidang Parlimen

SHAH ALAM - Pakatan Rak yat kesal pengumuman kenaikan harga minyak, gula dan gas cecair (LPG) dibuat tanpa melalui persidangan Dewan Rakyat di Parlimen.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, ia adalah satu penghinaan kepada institusi Parlimen yang baru berakhir semalam.

“Seharusnya isu ini dibahaskan terlebih dahulu sebelum berakhirnya persidangan Dewan Rakyat. Namun, agenda ini jelas melihatkan Barisan Nasional gentar untuk berhadapan dengan pembangkang sekiranya di bahaskan.

“Tindakan ini jelas membebankan rakyat dan me-nunjukkan kerajaan kini mengalami masalah kewangan yang kritikal sehingga terpaksa ‘merompak’ subsidi daripada rakyat,” katanya ketika dihubungi :Sinar Harian,: semalam.

Pada 27 Mei lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dilaporkan berkata, Malaysia akan muflis pada 2019 jika kerajaan tidak memotong subsidi dan bergantung kepada pinjaman.

Katanya, hutang Malaysia akan meningkat kepada 100 peratus daripada GDP pada 2019 daripada 54 peratus sekarang jika subsidi tidak dipotong./Sinar

TUDUHAN SESAT TERHADAP PAS BUKAN MERUJUK AKIDAH - SHAFIE AFDAL

‘Pas sesat’ bukan rujuk akidah: Mohd Shafie

JERLUN - Kenyataan ‘Pas parti ajaran sesat’ yang diungkapkan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal baru-baru ini bukan merujuk kepada akidah pengikut Pas di seluruh negara sebaliknya hala tuju perjuangan parti yang terpesong dari landasan sebenar.

Mohd Shafie berkata, perkataan sesat yang digunakannya sebelum ini merujuk kepada objektif perjuangan Pas yang kononnya berpaksikan agama Islam tetapi kini parti itu sanggup mengenepikan perjuangan agama semata-mata memenuhi kepentingan politik peribadi.

”Kini semua orang dapat lihat Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat sanggup berpelukan bersama Penasihat DAP, Lim Kit Siang semata-mata demi kepentingan politik mereka,” katanya pada sidang media di Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jerlun, di Wisma Jerlun di sini semalam.

Menurutnya, beliau tidak akan tunduk dengan tekanan segelintir pemimpin Pas yang memintanya menarik balik kenyataan ‘Pas parti ajaran sesat’.

“Tiada sebab untuk saya berbuat demikian. Saya sudah jelaskan maksud sebenar di sebalik kenyataan saya dan berharap perkara ini difahami jelas oleh pemimpin Pas,” katanya./Sinar

ORANG FELDA MESTI SUKA BERITA INI KAN?

Oleh: Mandor

CANTIK !! Inilah yang kita tunggu-tunggu selama ini. Harga petrol, diesel, gula dan gas naik. Najib dah umum malam tadi sebagai `bonus' sambut Ramadhan dan Syawal.

Pemimpin PR apa macam? Mahu lihat sahaja kah? Pemimpin PKR, DAP dan PAS ada apa-apa komen tak? Atau kita pedulikan itu semua, jom kita pakat ramai-ramai `berjabat salam' dengan Umno demi perpaduan Melayu. Apa macam?

Peneroka Felda yang baru-baru ni komen kat TV menggelar Pembangkang pengkhianat kerana menuduh Felda Bankrap, sedangkan mereka kata Felda amat baik di bawah Najib kerana ada di antara mereka mendapat RM 1 ribu setiap bulan, tentu gembira dengan pengumuman Najib ini. Ye lah, seribu tu banyak jumlahnya. Apa nak dihairankan dengan kenaikan 5 sen petrol, 25 sen gula dan semua tu. Peneroka semua kaya-kaya belaka.

Gaji Polis pun dah naik, tak lama lagi tentera naik gaji pulak. Ada beza ke selepas kenaikan barang-barang yang diumumkan oleh Najib tu? Kesihan juga bila difikirkan rakyat kat negara kita ini. Sampai bila agaknya berhenti diperbodohkan...../mandor.blogspot.com

KENAIKAN HARGA - AYUH, JOM PROTES


Harakahdaily


KUALA LUMPUR, 16 Julai: PAS menyeru semua jentera penerangannya menaikkan kain rentang di pelusuk kampung sebagai tanda protes kenaikan harga barangan mengejut tengah malam tadi.

Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata, tindakan itu juga bagi menyedarkan rakyat betapa 'prihatinya' pemimpin Umno kepada rakyat.

" Slogan “Terima kasih kepada kerajaan BN yang menaikkan harga minyak dan gula, “Bahagianya Rakyat Tanpamu BN” hendaklah dinaikkan untuk menanamkan kesedaran sivik dan politik di negara ini," katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu beliau turut menyeru kerajaan Umno BN agar menyerahkan kuasa secara terhormat kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir negara dengan lebih baik.

Pakatan Rakayat di beberapa negeri yang dikuasai katanya, telah menunjukkan kebolehan menjaga rakyat dengan lebih baik berbanding kerajaan Umno.

"Contohnya Kedah yang terpaksa memikul bebanan hutang dan pembaziran di zaman Umno 52 tahun hampir RM3 bilion, masih mampu urus tadbir dengan baik, begitu juga dengan Kelantan yang berjaya mentadbir selama 20 tahun.

"Ketika Kerajaan BN yang hampir lumpuh dari segi kewangan untuk mentadbir negara, tiba-tiba kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor mencari berbagai idea untuk mengagihkan kekayaan negeri kepada rakyat seperti percuma, tusyen percuma, skim Kifalah, Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), manaka BN pula merancang bagaimana hendak naik tarif air, tol, eletrik," katanya lagi.

Semalam, kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 5 sen menjadikan harga petrol Ron 95 RM1.85 sen dan gula sebanyak 25 sen menjadi RM 1.90 sen.

Menurut Idris lagi, Pas merasa pelik dengan pengumuman dibuat Najib, sedangkan beliau dengan rasa bangga sebelum ini menyatakan pertumbuhan ekonomi sebanyak 10.1 peratus dalam suku pertama 2010, pencapain terbaik dalam dekad ini.

"Sepatutnya sebagai kerajaan, ia perlu memikirkan bagaimana hendak menyenangkan rakyat di bawah jagaan mereka, sebaliknya kerajaan hari ini membebankan rakyat.

"Nampaknya kerajaan BN kontang idea untuk membaiki taraf hidup rakyat, yang mereka fikir naik harga barang dan sama ekor," katanya.

Tambahnya perkara ini dapat dielak jika kerajaan pada hari ini mengatasi masalah rasuah dan kroni./Harakahdaily

Jumaat, 16 Julai 2010

Anwar: 'Penjimatan' gula hampir sama bayaran APCO

Jul 16, 10


Kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula adalah tidak bertanggungjawab kerana tidak ada tindakan proaktif untuk menyediakan mekanisme bantuan kepada golongan yang paling terkesan dengan kenaikan ini, sebelum pengumuman dibuat, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Di mana letaknya maruah seorang perdana menteri yang mengambil wang rakyat atas nama penstrukturan subsidi dan digunakan untuk membayar perunding asing seperti APCO sehingga mencecah RM77 juta setahun semata-mata untuk menaikkan imej beliau.

"Sedangkan bayaran kepada APCO itu hampir sama jumlahnya dengan anggaran penjimatan subsidi gula sebanyak RM126 juta (seperti diumumkan PEMANDU)," kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

M
alah, kesan berganda daripada kenaikan harga tersebut akan memberi tekanan kepada golongan berpendapatan rendah di bawah RM2,000 sebulan, yang mana 75 peratus adalah bumiputra yang kononnya dibela oleh BN, kata Anwar yang juga ketua umum PKR dalam satu kenyataan hari ini.

"Walaupun Dewan Rakyat telah bersidang sejak 7 Jun 2010, pengumuman kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula langsung tidak dibincangkan di Dewan yang mulia itu.

"Pengumuman ini membuktikan perdana menteri dan kabinetnya tidak menghormati kedudukan Dewan Rakyat sebagai sidang tertinggi yang mewakili rakyat Malaysia.

"Dato' Sri Najib sedar ahli parlimen baik dari Pakatan Rakyat mahupun dari BN, tidak akan menyokong beliau kerana tindakan menaikkan harga tanpa menyediakan bantuan lain kepada rakyat adalah kebijakan yang tidak prihatin terhadap rakyat keseluruhannya," tegas Anwar dalam satu kenyataan hari ini.

Kenaikan harga barangan berkenaan diumumkan oleh perdana menteri dalam satu kenyataan malam tadi, yang menurutnya merupakan langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat mulai hari ini.

Mulai hari ini, petrol RON 95 dan diesel naik 5 sen. RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal.

Manakala harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram.


Menurut Anwar, kerajaan persekutuan telah mengumumkan rancangan pemotongan subsidi ini sejak 2008 lagi atas alasan untuk menstrukturkan semula pemberian subsidi agar ia lebih memihak kepada golongan yang memerlukan.

"Sehingga kini, rakyat masih tertunggu-tunggu mekanisme bantuan tersebut. Pada masa yang sama, kenaikan demi kenaikan diumumkan.

"Kenaikan harga gula sebanyak 28 peratus ejak awal tahun ini (kenaikan 20 sen pada 1 Januari 2010, diikuti kenaikan 20 sen berikutnya pada 16 Julai 2010) sudah tentu akan mempunyai kesan kepada harga makanan," tambahnya.

Malah, tegas Anwar, sasaran penjimatan RM750 juta yang diumumkan pejabat perdana menteri adalah sedikit berbanding dengan keborosan dan pembaziran yang berlaku akibat kelalaian BN.


"Semalam, Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri telah mencecah RM3.8 bilion pada 2009 dan dijangka mengatasi peruntukan RM3.9 billion bagi 2010. Ini termasuklah perbelanjaan sekretariat mantan perdana menteri dan sekretariat Permata yang dinaungi oleh isteri perdana penteri.

"Malah, penjimatan RM750 juta itu tidak setanding dengan kerugian yang ditanggung rakyat apabila konglomerat milik rakyat iaitu Sime Darby mengalami kerugian sebanyak RM946 juta dan menerima pula pampasan dari kerajaan berjumlah RM700 juta.

"Membebankan rakyat atas alasan mengurangkan defisit dan menggunakan penjimatan untuk menampung keborosan kerajaan seperti ini perlu dihentikan segera," tambahnya.

Pun begitu, katanya, beliau tidak menolak bulat-bulat kaedah penstrukturan semula subsidi untuk memastikan lebih banyak bantuan sampai terus kepada golongan 75 peratus di bawah pendapatan isi rumah RM2,000 sebulan.

"Penjimatan dari pengurangan subsidi sepatutnya disalurkan terus kepada golongan ini melalui mekanisme-mekanisme yang perlu diumumkan serentak dengan kenaikan harga.


"Saya menuntut supaya perdana menteri mengumumkan secepat mungkin bagaimanakah penjimatan RM750 juta ini akan dibelanjakan untuk rakyat.

"Nasihat saya supaya penjimatan ini disalurkan dalam bentuk kenaikan peruntukan untuk institusi pengajian tinggi, pelaburan baru dalam bidang pendidikan dan bantuan kebajikan terus kepada golongan berpendapatan di bawah RM2,000 agar penjimatan itu sampai terus kepada rakyat," tegas Anwar lagi.

Sebelum ini pun, tambahnya, kerajaan telah menggunakan alasan mengurangkan defisit apabila menaikkan harga minyak dan keperluan asas.

Bagaimanapun, tegas Anwar, tindakan itu sedikit pun tidak membantu menyelesaikan masalah defisit negara, malah ia makin meningkat.

"Bagi tahun 2008, di kemuncak kenaikan harga minyak, defisit negara melonjak kepada 4.8 peratus berbanding 3.2 peratus bagi tahun sebelum itu.

"Keadaan ini berlaku kerana kerajaan tidak berdisiplin dan tidak ada iltizam politik untuk menyalurkan penjimatan dari pemotongan subsidi ke sektor-sektor yang benar-benar memerlukan, sedangkan pembaziran dan kerugian terus berlaku," tegasnya.


Sebab itulah, kata Anwar, beliau telah menegaskan berkali-kali bahawa ubat yang paling mujarab untuk memulihkan ekonomi lahnegara adalah reformasi ekonomi yang menyeluruh, bukannya tertumpu kepada golongan lemah semata-mata.

Perdana menteri, tegasnya, tidak boleh meminta rakyat mengubah cara hidup, sedangkan kroni-kroni, ahli politik, golongan elit dan berkepentingan terus menikmati subsidi korporat seperti subsidi gas kepada penjana bebas yang menelan belanja RM18.9 billion setiap tahun, 25 kali ganda lebih besar dari penjimatan akibat potongan subsidi yang diumumkan semalam.

Berikutan itu, Anwar menggariskan empat langkah segera yang perlu diambil oleh perdana menteri untuk meyakinkan rakyat bahawa pengorbanan mereka menanggung harga yang lebih tinggi untuk mengekang defisit adalah berbaloi:

1. Mengumumkan penambahbaikan drastik kepada kaedah dan sistem perolehan yang diamalkan kerajaan agar lebih telus dan mendapatkan nilai terbaik untuk rakyat;

2. Menstrukturkan semula pemberian subsidi gas kepada IPP agar penjimatan ini dapat disalurkan kepada rakyat;

3. Mengawalselia prestasi syarikat berkaitan kerajaan dan agensi yang dipertanggungjawabkan menjaga dana awam bagi mengelakkan kerugian berbillion ringgit yang ditanggung rakyat; dan yang terpenting;

4. Membuktikan keikhlasan dalam perang menentang rasuah dengan menghentikan campur tangan politik di dalam SPRM dan Jabatan Peguam Negara.

"Rakyat akan ternanti-nanti tindakan susulan perdana menteri jika benar BN ikhlas dalam menangani kekusutan ekonomi negara.

"Jika tidak, pengumuman kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula semalam hanyalah sambungan kepada rentetan penindasan rakyat berpendapatan rendah demi golongan elit dan kroni," tegas Anwar./Malaysiakini

4 ADUN TERENGGANU `MEMALUKAN' MUHYIDDIN ?

Empat ADUN pulau mesyuarat Umno Setiu

Jul 16, 10


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini melahirkan rasa kecewa dengan persidangan perwakilan Umno Bahagian Setiu yang dipulaukan oleh beberapa wakil rakyat di kawasan itu.

Mereka adalah ADUN Jabi, Ramlan Ali; ADUN Permaisuri, Abd Halim Jusoh; ADUN Langkap, Asha'ari Idris dan ADUN Batu Rakit, Khazan Che Mat.

"Empat wakil rakyat tak hadir, saya pun dukacita jugalah, saya tak sebelahi mana-mana pihak dalam soal politik, tapi sebagai timbalan presiden saya rasa agak kecewa.

"Mungkin ada masalah tertentu, mungkin ada hubungkait dengan jawatan dan pimpinan. Apa yang saya nak tekankan, apa saja isu dan permasalahan yang timbul antara kita, mesti kita selesaikan dengan bijaksana," katanya kepada Bernama.

Turut hadir, ahli parlimen Setiu, Datuk Mohd Jidin Shafie yang juga ketua Umno bahagian Setiu dan ketua Umno bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh.

Timbalan Presiden Umno itu juga mengingatkan ahli Umno supaya menyelesaikan segera permasalahan atau pergeseran yang berlaku sesama mereka dalam usaha mengembalikan semula kekuatan dan keyakinan rakyat terhadap parti itu.

Katanya, perpaduan dalam parti itu perlu segera diperkukuhkan kerana ia menyumbang bagi mengukuhkan kedudukan parti dalam menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.

"Kalau ada isu dan rasa tak puas hati, tersinggung atau dipinggirkan, apa saja perasaan dan sentimen yang merenggangkan hubungan dan memberi impak kepada usaha memperkukuhkan parti, hal sebegini perlu diselesaikan secepat mungkin.

"Saya sebut ini bukan saja untuk Setiu, malah juga di tempat-tempat lain," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Setiu.

Dalam masa yang sama, kata beliau, anggota Umno sendiri perlu ikhlas dengan niat sebenar untuk menjadi anggota parti itu sama ada benar-benar ingin berjuang kepada parti atau sebaliknya.

"Sepatutnya jadi anggota Umno kita serah apa yang ada pada kita, jiwa dan raga demi untuk perjuang nasib Orang Melayu dan Islam di negara kita. Kita ada pilihan, tak ada orang marah kalau tak jadi anggota Umno," katanya.

Katanya menjadi kewajipan dan tanggungjawab semua pihak sama ada di peringkat pimpinan dan akar umbi untuk mengekalkan hubungan baik dan mencari jalan penyelesaian bagi setiap masalah yang timbul.

"Bermuhasabahlah kita, dengan mengambil langkah yang bijaksana untuk selesaikan masalah kita. Lagi cepat selesai, lagi baik kerana tanggungjawab kita nak bela dan beri perhatian nasib bangsa kita dan dalam masa sama kita tidak abai tanggungjawab untuk pimpin masyarakat lain kerana kita jadi kerajaan," katanya.

Muhyiddin berkata Umno perlu bangkit semula dalam situasi mencabar terutama selepas keputusan mengejutkan pada Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu.

Katanya, usaha perlu dilipat ganda untuk menebus balik negeri-negeri yang terlepas ke tangan pembangkang dan mengembalikan kedudukan dua pertiga Barisan Nasional di parlimen.

"Senario hari ini, kita bukan lagi menghadapi cabaran tetapi ancaman dan kedudukan kita boleh tergugat kalau kita tak jaga.

"Pokoknya, usaha yang boleh kita lakukan untuk kukuhkan parti, jika kuat, rakyat lebih yakin dengan kita, mana yang duduk di tepi-tepi, mereka akan kembali yakin kepada kita, pimpinan dengan semangat baru, mereka akan kembali sokong kita," katanya./Malaysiakini

KENAIKAN HARGA BARANG - DS ANWAR ULAS

KENYATAAN AKHBAR

16 Julai 2010

KENAIKAN HARGA: TIDAK PRIHATIN DAN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

Walaupun Dewan Rakyat telah bersidang sejak 7 Jun 2010, pengumuman kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula langsung tidak dibincangkan di Dewan yang mulia itu. Pengumuman ini membuktikan Perdana Menteri dan kabinetnya tidak menghormati kedudukan Dewan Rakyat sebagai sidang tertinggi yang mewakili rakyat Malaysia. Dato’ Sri Najib sedar ahli parlimen baik dari Pakatan Rakyat mahupun dari Barisan Nasional tidak akan menyokong beliau kerana tindakan menaikkan harga tanpa menyediakan bantuan lain kepada rakyat adalah kebijakan yang tidak prihatin terhadap rakyat keseluruhannya.

Hakikatnya, kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula ini adalah tidak bertanggungjawab kerana tidak ada tindakan proaktif untuk menyediakan mekanisme bantuan kepada golongan yang paling terkesan dengan kenaikan ini, sebelum pengumuman dibuat. Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan rancangan pemotongan subsidi ini sejak tahun 2008 lagi atas alasan untuk menstrukturkan semula pemberian subsidi agar ia lebih memihak kepada golongan yang memerlukan. Sehingga kini, rakyat masih tertunggu-tunggu mekanisme bantuan tersebut. Pada masa yang sama, kenaikan demi kenaikan diumumkan.

Kenaikan harga gula sebanyak 28% sejak awal tahun ini (kenaikan 20 sen pada 1 Januari 2010, diikuti kenaikan 20 sen berikutnya pada 16 Julai 2010) sudah tentu akan mempunyai kesan kepada harga makanan. Kesan berganda daripada kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula ini akan memberi tekanan kepada golongan berpendapatan rendah di bawah RM2,000 sebulan, yang mana 75% adalah Bumiputra yang kononnya dibela oleh Barisan Nasional.

Sasaran penjimatan sebanyak RM750 juta yang diumumkan Pejabat Perdana Menteri adalah sedikit berbanding dengan keborosan dan pembaziran yang berlaku akibat kelalaian Barisan Nasional. Semalam, Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri telah mencecah RM3.8 billion pada tahun 2009 dan dijangka mengatasi peruntukan RM3.9 billion bagi tahun 2010. Ini termasuklah perbelanjaan Sekretariat Mantan Perdana Menteri dan Sekretariat Permata yang dinaungi oleh isteri Perdana Menteri.

Malah, penjimatan RM750 juta itu tidak setanding dengan kerugian yang ditanggung rakyat apabila konglomerat milik rakyat iaitu Sime Darby mengalami kerugian sebanyak RM946 juta dan menerima pula pampasan dari kerajaan berjumlah RM700 juta.

Membebankan rakyat atas alasan mengurangkan defisit dan menggunakan penjimatan untuk menampung keborosan kerajaan seperti ini perlu dihentikan segera. Di mana letaknya maruah seorang Perdana Menteri yang mengambil wang rakyat atas nama penstrukturan subsidi dan digunakan untuk membayar perunding asing seperti APCO sehingga mencecah RM77 juta setahun semata-mata untuk menaikkan imej beliau, sedangkan bayaran kepada APCO itu hampir sama jumlahnya dengan anggaran penjimatan subsidi gula sebanyak RM126 juta (seperti diumumkan PEMANDU).

Pun begitu, saya tidak menolak bulat-bulat kaedah penstrukturan semula subsidi untuk memastikan lebih banyak bantuan sampai terus kepada golongan 75% di bawah pendapatan isi rumah RM2,000 sebulan. Penjimatan dari pengurangan subsidi sepatutnya disalurkan terus kepada golongan ini melalui mekanisme-mekanisme yang perlu diumumkan serentak dengan kenaikan harga.

Saya menuntut supaya Perdana Menteri mengumumkan secepat mungkin bagaimanakah penjimatan RM750 juta ini akan dibelanjakan untuk rakyat. Nasihat saya supaya penjimatan ini disalurkan dalam bentuk kenaikan peruntukan untuk institusi pengajian tinggi, pelaburan baru dalam bidang pendidikan dan bantuan kebajikan terus kepada golongan berpendapatan di bawah RM2,000 agar penjimatan itu sampai terus kepada rakyat.

Sebelum ini pun, kerajaan telah menggunakan alasan mengurangkan defisit apabila menaikkan harga minyak dan keperluan asas. Tindakan ini sedikit pun tidak membantu menyelesaikan masalah defisit negara, malah ia makin meningkat. Bagi tahun 2008, di kemuncak kenaikan harga minyak, defisit negara melonjak kepada 4.8% berbanding 3.2% bagi tahun sebelum itu. Keadaan ini berlaku kerana kerajaan tidak berdisiplin dan tidak ada iltizam politik untuk menyalurkan penjimatan dari pemotongan subsidi ke sektor-sektor yang benar-benar memerlukan, sedangkan pembaziran dan kerugian terus berlaku.

Sebab itu, saya telah menegaskan berkali-kali bahawa ubat yang paling mujarab untuk memulihkan ekonomi negara adalah reformasi ekonomi yang menyeluruh, bukannya tertumpu kepada golongan lemah semata-mata.

Perdana Menteri tidak boleh meminta rakyat mengubah cara hidup, sedangkan kroni-kroni, ahli politik, golongan elit dan berkepentingan terus menikmati subsidi korporat seperti subsidi gas kepada penjana bebas yang menelan belanja RM18.9 billion setiap tahun, 25 kali ganda lebih besar dari penjimatan akibat potongan subsidi yang diumumkan semalam.

Oleh itu, saya menggariskan empat langkah segera yang perlu diambil oleh Perdana Menteri untuk meyakinkan rakyat bahawa pengorbanan mereka menanggung harga yang lebih tinggi untuk mengekang defisit adalah berbaloi:

1. Mengumumkan penambahbaikan drastik kepada kaedah dan sistem perolehan yang diamalkan kerajaan agar lebih telus dan mendapatkan nilai terbaik untuk rakyat;

2. Menstrukturkan semula pemberian subsidi gas kepada IPP agar penjimatan ini dapat disalurkan kepada rakyat;

3. Mengawalselia prestasi syarikat berkaitan kerajaan dan agensi yang dipertanggungjawabkan menjaga dana awam bagi mengelakkan kerugian berbillion ringgit yang ditanggung rakyat; dan yang terpenting

4. Membuktikan keikhlasan dalam perang menentang rasuah dengan menghentikan campur tangan politik di dalam SPRM dan Jabatan Peguam Negara.

Rakyat akan ternanti-nanti tindakan susulan Perdana Menteri jika benar Barisan Nasional ikhlas dalam menangani kekusutan ekonomi negara. Jika tidak, pengumuman kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula semalam hanyalah sambungan kepada rentetan penindasan rakyat berpendapatan rendah demi golongan elit dan kroni.

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

Ketua Pembangkang Malaysia


* Diterima melalui email.

ISU PASIR - JAWAPAN MUHYIDDIN JAWAPAN `BUSUK HATI'

Oleh: WFAUZDIN NS

ISU kecurian pasir di Selangor nampaknya melekakan kita sehingga tidak kita sedari Najib mengumumkan `bonus' sempena menyambut Ramadhan dan Syawal berupa kenaikan harga petrol, diesel, gula dan gas. Saya sudah ulas isu kenaikan harga barang ini di dalam tulisan saya sebelum ini. Mudah saya katakan, kita kena bersyukur kerana mempunyai PM yang bijak mengurus ekonomi dan rakyat semakin senang sekarang.

Kali ini saya ingin ulas sedikit isu pasir di Selangor. Setelah isu ini diperdebatkan oleh banyak pihak termasuk dari rakan-rakan di dalam PR sendiri, maka Kerajaan Negeri Selangor pantas bertindak. Di antaranya Kerajaan Negeri menawarkan habuan kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat tentang kecurian pasir ini. Di samping itu, aspek kawalan dan pengawasan diperketatkan. Usaha terakhir Kerajaan Negeri Selangor adalah memohon kerjasama dengan Kerajaan Pusat bagi membenteras pencuri-pencuri pasir berkenaan. Surat rasmi telahpun dimajukan ke pihak berkuasa di Kerajaan Pusat sehingga ke peringkat TPM.

Ini merupakan satu bukti betapa Kerajaan Negeri Selangor begitu komited untuk membenteras kegiatan tidak bertanggungjawab ini. Paling menyedihkan, apa komen TPM Muhyiddin Yasin tentang permohonan Kerajaan Negeri Selangor tersebut? Beliau menjawab seperti bukan seorang TPM, bahkan jawapannya seperti bersikap dendam dan busuk hati. Katanya, itu bidangkuasa Kerajaan Negeri Selangor dan mengapa pula Kerajaan Pusat mahu ambil alih? Kita mahu tanya pemimpin No. 2 Umno ini, bila pula Tan Sri Khalid minta Kerajaan Pusat ambil alih? Beliau cuma mohon kerjasama, tidak bolehkah untuk bekerjasama demi kebaikan rakyat?

Jika Muhyiddin selama ini menganggap isu pasir adalah bidangkuasa Kerajaan Negeri dan Pusat tidak mahu campur, mengapa Najib dan juga Muhyiddin melalak bercerita pasal pasir di Selangor? Serahkan sahaja kepada Selangor. Tujuan Kerajaan Negeri memohon kerjasama dari Kerajaan Pusat adalah untuk membenteras jenayah curi pasir. Masakan untuk membenteras jenayah pun Kerajaan Pusat mahu lepas tangan? Mengapa begitu sombong TPM kita ini? Inikah rupanya pemimpin yang memekik hari-hari mahu bekerjasama dengan PAS demi perpaduan Melayu kununnya?

Kita semua tahu, semua sekolah adalah di bawah Kementerian Muhyiddin. Baru-baru ini Ketua Polis Kuala Lumpur pernah menyebut ada 10 buah sekolah di KL sahaja mempunyai rekod jenayah dan pihak Polis akan mengawasi dan memantaunya. Tidakkah ini bermakna pihak Polis telah memberikan kerjasama kepada Kementerian di bawah Muhyiddin? Adakah ini bermakna pihak Polis mencampuri hal ehwal Kementerian beliau? Mengapa Muhyiddin tidak mahu Pusat bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor bagi mengatasi masalah jenayah curi pasir ini? Mengapa perlu ada dendam dan hasad sedemikian rupa?

Jika semua rakyat di negara ini atau semua MB/KM di semua negeri di Malaysia ini mempunyai perangai `busuk' seperti Muhyiddin ini, negara ini akan musnah dan hancur. Seandainya kita melihat satu kejadian jenayah, tetapi kita berdiam diri hanya kerana kita menganggap itu tugas pihak keselamatan bukan tugas kita, apa akan jadi pada masyarakat di negara ini? Inilah yang berlaku di Selangor. Muhyiddin tanpa rasa bertanggungjawab sebagai TPM mudah menyebut, itu bidang kuasa Kerajaan Negeri, maka biarkan mereka selesaikan sendiri. Sedangkan, beliau sendiri mengakui belum lagi melihat surat permohonan dari Kerajaan Negeri Selangor itu. Beliau belum tahu apakah bentuk bantuan yang ingin diminta oleh Kerajaan Negeri Selangor, awal-awal lagi beliau sudah menolak. Ya, niat beliau mungkin tidak mahu isu tersebut selesai kerana mudah baginya untuk menyerang Kerajaan Negeri Selangor di bawah PR tu.

Mudah-mudahan pemimpin seperti ini tidak kekal lama di negara kita. Sikap beliau itu jangan kita contohi terutamanya oleh budak-budak sekolah walaupun Muhyiddin selaku Menteri mereka. Inilah yang dikatakan `ego, sombong dan takbur' ./wfauzdin.blogspot.com

DI TENGAH MALAM NAJIB BUAT KERJA INI

Oleh: WFAUZDIN NS

DI TENGAH malam dalam diam Najib buat kerja. Seluruh Malaysia dikejutkan dengan pengumuman PM yang selama ini orang-orang Umno percaya beliau mendahulukan rakyat. Tetapi disaat kita sedang memasang mimpi indah, Najib mengumumkan satu berita yang mungkin menjadi penyebab kejatuhan beliau. Malaysiakini melaporkan berita dengan tajuk `5 Dalam 1, Harga Petrol, Diesel, Gula dan Gas Naik'

Kenaikan barang-barang utama tersebut berkuatkuasa tengah malam tadi. Selalunya yang buat kerja di tengah-tengah malam ini adalah perompak dan penyamun termasuk perompak wang dan titik peluh rakyat. Rakyat di dahulukan. Petrol RON 95 dan Diesel naik 5 sen. Tiada lagi subsidi bagi RON 97. Difahamkan juga RON 97 turut naik 5 sen dan mungkin ada pelarasan kemudian nanti. Gula yang semenjak kebelakangan ini menjadi masalah buat rakyat untuk mendapatkannya, kini bertimpa masalah lagi dengan kenaikan sehingga hampir mencapai RM 2 sekilo. Kenaikan 25 sen ini menjadikan harga gula sekarang adalah RM 1.90 sekilo. Gas LPG pula naik sebanyak 10 sen sekilogram.

Harga baru yang diumumkan oleh PM kesayangan Umno ini adalah seperti berikut:

Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
Diesel - RM1.75 seliter.
Gula - RM1.70 sekilogram
Gas LPG - RM1.85 sekilogram

Berikut adalah harga baru gas:

Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)

Rakyat didahulukan. Jadi, tidak sukar untuk kita memahami mengapa semenjak seminggu dua ini pemimpin-pemimpin Umno dan media-media pencacai mereka begitu menghentam pemimpin Pembangkang terutamanya DS Anwar. Kununnya minta maaf dengan Zionis Israel, alat kepada CIA Amerika dan berbagai lagi. PAS juga turut dilabelkan sebagai parti ajaran sesat. Isu kecurian pasir di Selangor dijadikan satu isu seolah-olah boleh membuatkan seluruh rakyat Malaysia kebuluran dengan hanya memakan pasir. Umno Selangor jadi bebal sehingga lupa kecurian pasir di Selangor telah berakar umbi semenjak 30 tahun lalu dan ketika itu Umno mentadbir negeri tersebut. MB Selangor Tan Sri Khalid kini melakukan berbagai usaha untuk mencuci `najis-najis' yang Umno tinggalkan itu. Rakyat didahulukan.

Patut pun dari semalam saya yang tinggal di Kuantan tercari-cari gula di merata kedai dan market namun hampa. Rupa-rupanya mereka telah `terbau' akan pengumuman menarik dari Najib. Di sebalik kita diperlihatkan salah seorang manusia terkaya di Asia adalah Raja Gula, Najib mengumumkan kenaikan harga gula. Tepat dengan waktunya, tidak lama lagi kita akan menyambut puasa dan hari raya. Kenaikan harga gula, petrol, diesel dan gas yang diumumkan malam tadi amat baik untuk rakyat bagi menyambut Ramadhan dan Syawal. Rakyat didahulukan.

Pengangkutan untuk menghantar gula dan gas pasti menggunakan petrol atau diesel. Petrol dan diesel naik, gula dan gas naik, maka kita boleh jangkakan harga barang-barang keperluan selepas ini. Inilah kebijaksanaan PM kita yang amat disayangi oleh orang-orang Melayu Umno sekarang. Saya tidak percaya jika Apco yang mengatur semua ini, dan jika ada yang percaya saya tidak pula membantah.

Tahniah buat Najib dan kabinet `Rakyat Didahulukan'. Syabas kepada kerajaan `1 Malaysia'. Inilah berita atau bonus terbaik menyambut Ramadhan dan Syawal buat seluruh rakyat Malaysia. Mungkin orang-orang Felda yang baru-baru ini tersengeh lebar setelah mendapat bonus, akan bertambah lebar ke telinga sengihnya dengan pengumuman Najib. Rakyat didahulukan./wfauzdin.blogspot.com

ADA SATU PERKARA YANG UMNO BELUM BUAT KEPADA ANWAR

Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 15 Julai: Populariti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin bakal memaksa beliau menghadapi pelbagai cabaran yang lebih dahsyat, termasuk ancaman bunuh.

Bagi Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, pemimpin tertentu Umno sanggup berbuat demikian memandangkan mereka sejak 12 tahun yang lalu beberapa kali sanggup memfitnah Anwar sebagai agen asing.

"Saya tidak fikir Umno akan berhenti selepas 12 tahun menyerang Anwar, saya yakin pelbagai serangan yang lebih dasyat lagi mungkin akan menjerut leher Anwar.

"Ada satu perkara hujung pada itu yang Umno masih tidak buat, dia belum tamatkan riwayat Anwar saja," ujar beliau petang tadi pada satu wawancara di lobi Parlimen.

Sebelum pada itu, beliau berkata, Anwar pernah difitnah sebagai agen Libya sewaktu menjadi pemimpin mahasiswa kerana usahanya meniupkan ledakan kesedaran Islam mendapat perhatian dunia, termasuk Libya.

Katanya lagi, Anwar sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri pernah difitnah sebagai pengkhianat serta mengamalkan homoseksual dengan beberapa individu.

Bertitik tolak pada sangkaan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, Anwar akhirnya terpenjara enam tahun.

Selepas dibebaskan, beliau berkata, Anwar difitnah lagi sebagai ejen Yahudi pula kerana beberapa peribadi tertentu yang berbangsa Yahudi berminat dengan usaha Anwar menentang rasuah dan meniupkan reformasi dalam negara.

Menuduh Anwar sebagai 'ejen Israel' baru-baru ini, tambahnya lagi sudah cukup lengkap untuk pihak tertentu membunuh Anwar sebagaimana yang pernah terjadi di beberapa negara umat Islam sedunia.

Dalam pada itu, beliau mempersoal keuntungan yang Umno nikmati dengan melakukan 'pembunuhan karektor' ke atas Anwar.

"12 tahun dia dan PKR menjadi beg tinju Anwar, apakah Umno tidak belajar itu semua," soal beliau dalam nada yang kesal.

Menurut beliau, 'pembunuhan karektor' yang menimpa Anwar itu kadang-kadang menguntungkan Ketua Umum PKR itu serta Pakatan Rakyat sendiri.

"Serangan yang bertali arus ini adakah memberi kesan pada Anwar, saya fikir tidak," tegas beliau sambil menyuarakan rasa yakin bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dijangka berlangsung tidak lama lagi.

Dari segi lain, dakwanya lagi, Umno seakan masih menghantui pemimpin tertentu dalam kerajaan menjelang pilihan raya umum depan.

"Di sebalik mereka (kerajaan) telah fitnah dia, mereka telah penjara dia, tahan dia (di bawah ISA), dan sekarang ini dituduh pula agen CIA-Yahudi, nampaknya Anwar ini masih menakutkan beberapa pemimpin Umno.

"Mereka bimbang dan panik dengan populariti yang ada pada Anwar," ujar beliau lagi.

Pun begitu, beliau menyuarakan rasa yakin bahawa rakyat tidak terpengaruh oleh dakyah-dakyah tidak beretika yang dicipta oleh Umno.

Ini kerana, beliau berkata, rakyat kian rasional dan tidak boleh menerima dakwaan tanpa asas seperti yang ditiupkan Umno dalam media-media arus perdana belakangan ini.

"Untuk menjadi seorang 'ejen asing', seseorang itu dilatih tidak kurang 10 tahun, tetapi Anwar lebih hebat kerana lepas 'tapisan keselamatan', dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri dan pernah memangku jawatan Tun Dr. Mahathir Mohamad (Perdana Menteri).

"Mustahil satu watak ini boleh menjadi pelbagai ejen beberapa negara asing," kata beliau sambil menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pada satu temuramah lain, tidak menolak kemungkinan bahawa Umno bakal mengaitkan Anwar dengan kes pembunuhan gadis Mongolia, Altantuyaa Shaariibuu kelak.

"Tak lama lagi, Anwar mungkin akan dituduh agen Mongolia atau pernah jadi tukang gaji Altantuya, ini kerana sebelum ini pun terlalu banyak dakwaan Umno menggelikan hati saya," beliau berseloroh di lobi Parlimen.

Ini kerana, beliau berkata, kabinet Najib terpaksa berbuat demikian demi mengalih tumpuan rakyat dari terus mengikuti perbicaraan kes kapal selam Scorpene yang kini sedang memberi keterangan di Direction Centrale de la Police (DNIF), Nanterre Prefecture, Perancis, semalam.

"Polis Perancis yang sebut nama Najib, nama Rosmah Mansor (isteri Perdana Menteri) waktu siasat Bala, saksi utama skandal Scorpene, saksi utama kes bunuh gadis Mongolia," beliau menambah sambil tidak menolak kemungkinan yang dibangkitkan oleh Saifuddin sebelum ini./Harakahdaily

KISAH PASIR DENGAN ENJIN PESAWAT

Ramai yang terkejut dengan sikap prihatin puak-puak UMNO BN dengan isu kecurian pasir di negeri Selangor sekarang ini. Nampaknya mereka begitu prihatin dan mengambil berat soal-soal kecurian dan kehilangan harta kerajaan. Sekali pandang kita nampak macam puak-puak UMNO BN ni sudah insaf dan ingin kembali ke pangkal jalan.

Namun, bila diselidik betul-betul ternyata apa yang mereka lakukan ini hanyalah retorik politik semata-mata sebenarnya. Mereka hanya berdemo dan mengadakan perarakan akibat isu kecurian pasir di negeri itu sahaja. Sebaliknya mereka menikus dalam isu kehilangan dan kecurian barangan lain.

Misalnya dalam isu kecurian enjin pesawat pejuang F5 milik Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dulu. Apakah puak-puak ini bangkit membela dan mendesak kerajaan ketika itu?. Mereka mendiamkan diri dan tidak rela untuk tampil membuat perhimpunan atau memprotes kerana kes itu menyebabkan kerajaan UMNO BN yang mereka sokong. Makanya, ia dihalalkan dan didiamkan begitu sahaja tanpa ada apa-apa tindakan lansung oleh "jagoan kampung" ini.

Namun, anehnya mereka begitu berselera untuk membuat protes apabila ia melibatkan kerajaan yang diterajui oleh parti pembangkang. Bukankah ini menunjukkan mereka itu bersikap hipokrit sebenarnya dalam usaha menjatuhkan imej Pakatan Rakyat. Itulah motif utama mereka sejak pembangkang berjaya mengambil alih kuasa di Negeri Selangor elepas Pilihanraya Umum ke-12 lalu.

[Elok benar Kerajaan Negeri Selangor menutup pintu pagar bangunan SUK itu, jika tidak sudah pasti "banjingan dan beruk" (memetik kata Khairy Jamaluddin kepada orang yang buat demonstrasi) akan melompat masuk dan berkeliaran dalam kawasan larangan. Hipokrit dan dengki itulah penyakit yang melanda puak-puak UMNO BN di Selangor sekarang ini. Mereka fobia melihat banyak projek yang selama ini menjadi milik mereka kini tidak lagi. Jika dulu mereka adalah perompak dan penjenayah yang bertindak demikian, kini mereka salahkan kerajaan negeri tidak pandai memerintah dan sebagainya. Walhal, di zaman Khir Toyo dulu apa yang berlaku lebih mengejut kerana Khir Toyo sendiri yang merompak pasir-pasir tersebut sebenarnya. Biarlah mereka gila meroyan dengan senario yang berlaku ini. Lama kelamaan sudah pasti mereka semua tidak tahan dan akhirnya mendiamkan diri].

Sumber: Pahang Daily

RAKYAT DIDAHULUKAN - JOM MINUM TEH TARIK

Harga teh tarik naik 1.25 sen?

Jul 16, 10

Harga bagi teh tarik - minuman paling popular di Malaysia, sepatutnya hanya naik 1.25 sen segelas berikutan pengurangan subsidi harga gula sebanyak 25 sen.

Harga baru teh tarik itu mengambil kira kesan pengurangan subsidi minyak dan pelarasan harga semasa iaitu RM1.0155.

"Ini adalah anggaran sahaja - perubahan harga mungkin berbeza berdasarkan faktor lain," kata kenyataan mengenai rasionalisasi subsidi Jabatan Perdana Menteri.

Kenyataan itu berkata kesan pengurangan subsidi terhadap teh tarik ialah RM0.0030, manakala untuk barangan lain ia lebih rendah, seperti RM0.0024 untuk sekeping roti canai, RM0.0060 untuk beras, RM0.0630 untuk daging dan RM0.0105 untuk mi goreng.

Kerajaan hari ini mengumumkan subsidi untuk petrol, diesel, petroleum gas cecair (LPG) dan gula akan dikurangkan sebagai langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat berkuatkuasa esok.

Subsidi untuk petrol RON 95 dan diesel akan dikurangkan sebanyak lima sen seliter dan LPG dikurangkan sebanyak 10 sen sekilogram. Ini bermakna harga bagi petrol RON 95 ialah RM1.85 seliter manakala LPG akan dijual pada harga RM1.85 sekilogram.

Untuk gula, pelarasan harga ialah sebanyak 25 sen sekilogram.

Kenyataan itu turut memberi perbandingan harga minyak di rantau ini yang menunjukkan harga petrol di Malaysia adalah paling murah, iaitu RM1.85 untuk RON95 berbanding Thailand (RM4.12), Indonesia (RM2.48) dan Filipina (RM6.60).

Harga baru gula di Malaysia iaitu RM1.90 juga adalah jauh lebih murah dari Thailand RM2.60, Indonesia (RM3.68) dan Filipina (RM3.46).

Harga gula yang murah di Malaysia itu telah menyumbang kepada peningkatan masalah penyeludupan. Pihak berkuasa merampas lebih 200 metrik tan gula dalam 109 tangkapan berhubung kes penyeludupan pada 2009, dan pada 2008, dianggarkan RM628 juta minyak diesel subsidi untuk nelayan, dinikmati rakyat asing.

-- Bernama

UMNO TERDUDUK, CNN POTONG STIM !!

Oleh: Mandor

CNN betul-betul potong stim. Baru je Najib dan Muhyiddin serta Rais Yatim nak merasa seronok tengok Anwar kena keji dan dihentam oleh rakan-rakan di dalam PR pasal Anwar dikatakan `membayar' CNN untuk menaikkan imejnya, tiba-tiba CNN nafikan pula. Sudahlah dinafikan, CNN menyindir pemimpin Umno yang percaya kepada `Blogger' murahan yang menyebarkan cerita lucu itu.

Apa `standard' pemimpin negara kita? Blogger yang ditolak oleh dunia luar pun masih mahu dijadikan rujukan. Nampak sangat tidak cerdiknya mereka. Patut pun bila Anwar cabar mahu berdebat, seorang pun tidak berani ke depan. Mereka berani ke depan hanyalah di depan media yang mereka kuasai sahaja. Peliknya, masih ada lagi Melayu yang tertipu dengan pemimpin sebegini. Sudahlah hidup susah, kena tipu pula.

Anwar tidak perlu CNN untuk tonjolkan diri. Semasa beliau di dalam penjara dulu pun, pengaruh beliau sudah ada di merata dunia. Bukan seperti seorang `First Lady' tu yang terhegeh-hegeh nak promote dirinya sehingga sanggup guna duit rakyat nak bayar iklan muka depan di sebuah akhbar luar negara.

Pengaruh dan kewibawaan tidak boleh dijual beli. Orang boleh menilai sendiri. Tuan Guru Nik Aziz yang boleh dikatakan tidak pun dipanggil oleh CNN seperti Anwar tetap mempunyai pengaruh di merata dunia juga. Presiden Iran, yang sentiasa dijauhi oleh media barat itu pun tetap disegani oleh kawan dan lawan. Najib ? Usahkan dunia luar, MCA dan MIC malahan ahli Umno sendiri pun banyak kali langgar arahan atau nasihat dia.

Sekali lagi Anwar menang dari segi moralnya. Umno terduduk dengan pendedahan oleh CNN. Sebab itulah Umno mahu sangat hendak berbaik dengan PAS agar mereka boleh mengajak PAS untuk memusuhi Anwar, PKR dan DAP. Bila hajat mereka tercapai, PAS pun akan dibiarkan hidup bersendirian. Itulah Umno, dulu, kini dan selamanya..../mandor.blogspot.com

Khamis, 15 Julai 2010

BENGAP SUNGGUH YB ZUL KULIM INI

Oleh: WFAUZDIN NS

PASAL arak YB Zul Kulim menulis di sini. Seperti biasa beliau menghentam PAS dengan kebodohannya yang terlampau semenjak berada di sebelah sana. Al maklumlah orang `gila talak' dengan PAS, maka berceritalah dia melebihi suara Majlis Syura Dewan Ulamak PAS. Malas saya nak salin semula apa yang dia sebut pasal arak, anda boleh baca sendiri apa yang dia perkatakan, cuma jangan ketawakan kebodohan dia cukuplah.

Kali ini saya harap dia tidak menipu dalam tulisannya atas sebab strategi seperti yang beliau pernah sebut banyak kali beliau menjadi penipu besar sewaktu berada di dalam PAS dan PKR. Saya ringkaskan sikit apa yang beliau katakan tentang arak. Saya nak sentuh 3 perkara ini saja yang beliau sebutkan PAS akan lakukan jika memerintah Pusat.

1. kita tidak boleh lagi menuntut kilang arak dalam negara ini ditutup kerana kilang itu mengeluarkan arak untuk kegunaan bukan Islam; jadi perjuangan kita selama ini nak menutup kilang arak salah lah rupanya bagi Pak Janggoat-Pak Janggoat ini. Padanlah kilang Carlsberg masih tertegak dibumi Shah Alam;
- Kilang arak terbesar di Shah Alam tu, siapa yang keluarkan lesennya sekarang? YB Zul tidak tahukah atau sudah jadi bingung semenjak dapat duduk sebelah Najib? Kerajaan Selangor kah yang berkuasa atas lesen kilang itu?
2. kita tidak boleh mendesak penerbangan Malaysia membatalkan penjualan arak dalam penerbangan kerana ianya hanya untuk bukan Islam;
- Dalam pesawat penerbangan, arak tidak akan dijual jika PAS memerintah kerana pesawat itu adalah pengangkutan awam.
3. kita tidak boleh menghalang 7-11, K-Mart atau lain-lain kedai serbanika daripada menjual arak kerana ianya dijual untuk bukan Islam;
- Kedai-kedai begini tidak akan dibenarkan menjual arak kerana kedai-kedai ini dikunjungi oleh berbagai ugama termasuk Umat Islam. Di Kelantan, tiada arak dijual di kedai-kedai seperti yang YB Zul tulis itu. Arak hanyak terdapat di kedai minum khas untuk bukan Islam di penempatan mereka sahaja dan dijual secara amat terhad.

Jelas pada kita, walaupun agak lama juga YB Zul ini duduk di dalam PAS dahulu, namun beliau masih tidak faham perjuangan PAS. Memang wajar lah PAS tidak mencalonkan beliau sebagai calon jika inilah pemahamannya terhadap dasar PAS. YB Zul cuba mengada-adakan cerita itu ini jika PAS memerintah Pusat berpandukan pemikirannya yang jahil itu.

Masalahnya, YB Zul ini tidak pernah berani berdebat dengan mana-mana pemimpin dari PAS berkaitan isu agama ini. Usahkan berdebat dengan Mursyidul Am PAS, dengan YB Khalid Samad pun YB Zul kecut untuk berdebat. Itulah jadinya bila hati sudah gelap..../wfauzdin.blogspot.com

`MAT PENYAPU' KEPADA `MAT PASIR' DI SELANGOR

Oleh: WFAUZDIN NS

BERNAMA menyiarkan kebimbangan mantan MB Selangor Khir Toyo tentang isu pasir di Selangor. Apabila isu ini tidak mampu mereka hujahkan di dalam Dun Selangor secara fakta, maka seperti biasa media lah akhirnya akan membantu pemimpin Umno ini. Tujuannya agar rakyat tahu betapa isu pasir adalah masalah utama bagi Umno di Selangor yang sebelum ini isu kandang babi.

Jika dahulu Khir Toyo dikenali sebagai `Mat Penyapu' kerana pernah menganugerahkan penyapu kepada pegawai kerajaan negeri sewaktu pemerintahannya, kini beralih gelaran pula kepada `Mat Pasir'. Nasib baik sewaktu isu kandang babi dulu, tidak sempat dianugerahkan gelaran. Jika tidak, beliau mungkin akan di gelar `Mat..........'?

Beliau amat bimbang muka bumi Selangor sekarang berlubang-lubang akibat pasir banyak sangat dikorek kununnya. Jika gigi yang banyak berlubang-lubang mungkin Doktor Gigi ini boleh merawatnya, tetapi kini muka bumi yang berlubang-lubang. Ada yang berseloroh menyebut, memang banyak `lubang' yang telah disediakan di bumi Selangor untuk `menimbus' beberapa pemimpin Umno di Selangor di dalam Pilihanraya Umum akan datang. Mungkin itulah yang menjadi kegusarannya.


Fakta jelas, hasil pendapatan dari korek pasir ini jauh lebih besar dari era kepimpinan Khir Toyo, prosedurnya jauh lebih baik dan telus. Ketelusan ini boleh dibuktikan apabila MB Selangor Tan Sri Khalid sendiri minta SPRM datang membuat siasatan jika ada yang tidak betul di dalam prosedur atau apa jua di dalam projek korek pasir ini. Jika berlaku juga pencurian pasir, maka itu bukan bidang tugas Kerajaan Negeri sahaja dan pihak berwajib perlu membantu menanganinya. Bahkan, terbaru MB Selangor sendiri telah mengutuskan surat kepada KDN melaporkan beberapa aktiviti yang tidak sihat yang di luar bidangkuasa Kerajaan Negeri untuk disiasat dan diambil tindakan. Begitu seriusnya Kerajaan Negeri di dalam isu ini.

Khir Toyo menyebut jika terlalu banyak kawasan pasir yang dikorek, ini akan menjejaskan masa depan rakyat Selangor. Katanya, kawasan-kawasan tersebut mungkin boleh dibangunkan untuk pertanian. Di era pemerintahan Khir Toyo dulu, berapa banyak kawasan pasir ini yang telah beliau bangunkan? Mana dia yang dikatakan Selangor akan mempunyai kawasan seperti 'Disney Land'? Bukankah rombongan lawatan sambil kerja (melancung?) ke Disney Land telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri di mana isteri dan keluarga beliau juga turut bersama? Mana hasil kerjanya? Tiadakah tanah pasir yang boleh beliau bangunkan untuk `Disney Land' Selangor?

Kepada Khir Toyo kita mahu beritahu, jangan bimbang dengan isu pasir di Selangor. Rakyat Selangor tidak akan makan pasir selagi PR memerintah. Lepas ini agaknya isu apa pula hendak dimainkan oleh pemimpin Umno Selangor. Biarlah Khir Toyo terus bercakap sebelum kita ketahui hasil siasatan SPRM terhadap rumah banglo berjuta kepunyaannya itu. Kisah wang tabung BALKIS pula bagaimana agaknya? Siapa agaknya yang memakai jam ratusan ribu `hadiah' seseorang kepada beliau dulu. /wfauzdin.blogspot.com

IBRAHIM ALI SUDAH `BERAK' MERATA-RATA....

Presiden PERKASA, Ibrahim Ali menuding jari terhadap MerdekaReview, yang dikatakannya laman internet yang menyiarkan kecaman dan bahasa-bahasa yang biadap, kurang ajar, serta tuduhan yang macam-macam.

"...kalau kita buka dalam blog, twitter ke, portal ke... Saya boleh tunjuk bukti, dalam website MerdekaReview, bukan main lagi kecaman-kecaman, bahasa-bahasa yang biadap, kurang ajar, samseng...menuduh macam-macam. Tapi kita tidak mengambil reaksi yang emosi. Kita hanya memberi reaksi kalau ada perkara-perkara yang kita anggap bertentangan dengan dasar kebangsaan negara atau perlembagaan negara," katanya dalam satu sidang media di lobi parlimen, hari ini.

Bagaimanapun, Ibrahim Ali (gambar kiri) tidak mengulas lanjut mana-mana tulisan dalam MerdekaReview yang dituduh itu.

Sebelum ini, MerdekaReview menterjemah dan menyiarkan beberapa kenyataan media Pemuda MCA yang menyelar PERKASA, berikutan laporan Suara PERKASA yang mahu Ketua Pemuda MCA ditahan di bawah ISA (Akta Keselamatan Negeri). Lantaran daripada itu, beberapa orang pemimpin PERKASA telah membuat laporan polis terhadap Pemuda MCA, atas tuduhan menghasut.

Ibrahim Ali turut membidas pemimpin pembangkang yang kononnya mengambil kesempatan dalam isu "PERKASA Cina", yang dicadangkan oleh Naib Presiden MCA, Donald Lim sebelum ini. Beliau melihat kenyataan pembangkang sebagai "gimik" politik untuk melaga-lagakan pimpinan dalam negara dan kerajaan berhubung dengan isu yang dibangkitkannya.

Ahli parlimen Pasir Mas ini juga mengecam media internet, termasuk Malaysian Insider dan Malaysiakini, malah akhbar Star yang dikatakan mempunyai agenda masing-masing untuk melaga-lagakan pihak-pihak tertentu. "Sebab kita tahu, siapa-siapa tuan punya di belakang website ini, yang selama ini pun sudah terlibat dengan pelbagai kontroversi," tambahnya.

PERKASA bukan penghalang 1Malaysia

Jelas, Ibrahim Ali tidak berpuas dengan tuduhan "perkauman" yang dilontarkan ke arah PERKASA, "Tidak pernah PERKASA menimbulkan sebarang isu-isu perkauman selain daripada mencanggah, atau pun memberi respon, kepada kenyataan-kenyataan pihak tertentu yang kita anggap bertentangan dengan perlembagaan negara."

Malah, Ibrahim Ali menyanggah tuduhan bahawa PERKASA adalah batu penghalang kepada konsep "1Malaysia", gagasan daripada Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

"Saya nak mengulangi bahawa konsep 1Malaysia adalah satu gagasan di bawah kerangka perlembagaan negara. Konsep 1Malaysia bukan Malaysian Malaysia. Tetapi ada pihak sekarang ini mengambil kesempatan menterjemah 1Malaysia seolah-olah Malaysian Malaysia..."

Beliau menyambung, "...iaitu apabila kita mempertahankan kepentingan Melayu dan kaum bumiputera mengikut perlembagaan, mereka mengatakan ini penghalang kepada 1Malaysia. YAB Perdana Menteri telah berkali-kali mengulangi penjelasan dan pendirian mengatakan bahawa 1Malaysia adalah satu dasar, satu konsep, satu falsafah yang tertakluk kepada kerangka perlembagaan negara, berbeza dengan Malaysian Malaysia."

"Jadi di sini, PERKASA bukan penghalang kepada 1Malaysia. Malah kita pendukung yang paling kuat tetapi berteraskan kepada kerangka perlembagaan negara yang disebut, yang dijelaskan oleh YAB Perdana Menteri," tegasnya./

Sumber dan seterusnya di MerdekaReview

KES ALTANTUYA BAKAL TERBONGKAR ?

Pendakwaraya Perancis Berjanji Tegakkan Keadilan Untuk Altantuya,
Bongkar Skanda
L
Oleh Dzulkarnain Taib

SHAH ALAM 15 Julai - Roh Altantuya Shaariibuu mungkin kembali tenang apabila pihak pendakwaraya Perancis yang menyoalsiasat bekas penyiasat persendirian, P Balasubramaniam di Paris semalam memberitahu beliau, adalah amat penting keadilan ditegakkan bagi model Mongolia yang mati dibunuh secara kejam pada 2006 itu.

Pihak pendakwaraya Perancis juga berikrar akan membongkar habisan semua dakwaan penyelewengan dan rasuah dalam urus niaga pembelian kapal selam Scorpene yang dibeli kerajaan Malaysia

Dalam emel yang dihantar kepada Suara Keadilan malam tadi Bala, melalui peguam beliau, Americk Sidhu berkata beliau telah memberi keterangan kepada pihak polis dan peguam Perancis berhubung skandal rasuah Scorpene serta mendedahkan hubung kait Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, penasihat politik beliau, Abdul Razak Baginda serta model Mongolia, Altantuya Shaariibuu dalam urus niaga pembelian dua kapal selam buatan syarikat konglomerat DCN milik kerajaan Perancis.

Bala disoalsiasat selama tiga jam bermula pukul 2.00 petang waktu Paris bertempat di Direction Centrale de la Police Judiciare DNIF, Nanterre, Paris oleh penyiasat Perancis, M Ryckewaert.

Bala memberitahu Suara Keadilan melalui emel malam tadi pihak pendakwaraya Perancis amat berminat untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai hubungan beliau dengan Altantuya dan Abdul Razak.

"Saya telah menerangkan segala butiran mengenai pembunuhan Altantuya. Saya merujuk mereka kepada akuan bersumpah saya yang pertama dan juga temubual saya di Singapura. Saya juga menerangkan kepada mereka identiti dua anggota polis dan siapa pegawai atasan mereka yang berkait dengan kehilangan Altantuya serta apa hubungan mereka dengan Abdul Razak dan Najib.

"Peguam Perancis juga menyelidiki hubungan Abdul Razak dengan Najib serta maklumat yang diberikan kepada saya oleh Abdul Razak bagaimana Najib telah menghantar SMS kepadanya ketika beliau ditabgkap, atas tuduhan bersubahat membunuh Altantuya," terang Bala dalam emel beliau.

Beliau juga ditanya mengenai Perimekar Sdn Bhd dari segi pemilikan syarikat dan hubungannya dengan Abdul Razak dan isterinya.

Bala juga telah menerangkan mengenai tiga pembayaran sebanyak AS$5,000 setiap satu kepada Altantuya oleh Abdul Razak termasuk bayaran denda lewat AS$1,000.

"Saya jelaskan mengenai apartmen yang dibeli oleh Abdul Razak untuk Altantuya serta bayaran AS$500,000 yang dituntut oleh beliau. Juga saya terangkan pembabitan Altantuya dalam rundingan serta pengakuan dan pengesahan Abdul Razak bahawa beliau akan membayar wang tersebut kepada Altantuya.

"Mereka bertanya kepada saya mengenai identiti dua individu warga Perancis yang terlibat dalam urusan Scorpene dan samada saya mempunyai maklumat berhubung pembayaran daripada pihak Perancis kepada Perimekar. Ini kerana maklumat yang diberitahu Altantuya kepada saya ialah pembayaran AS$500,000 kepada beliau itu adalah di atas kejayaan urus niaga Scorpene.

"Mereka juga ingin tahu mengenai sepupu Altantuya, Amy yang mengetahui berkenaan majlis makan malam di mana Najib dan Abdul Razak hadir bersama Altantuya," jelas beliau lagi.

"Saya juga ditanya mengenai identiti dua individu bernama Major Rahim dan Abdul Rahim Saad," kata Bala lagi.

Disamping itu Bala juga menerangkan mengenai peranan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang berpakat dengan usahawan perniagaan permaidani bernama Deepak Jaikishan yang menyebabkan beliau terpaksa lari dari Malaysia.

Beliau juga memberi rentetan peristiwa dan pembabitan adik Najib, Datuk Nazim dalam akuan bersumpah kedua Bala dan bagaimana beliau diseludup keluar dari Malaysia dan diarah berada di luar negara sehingga Najib menjadi Perdana Menteri.

"Saya diminta memberi butiran mengenai apa yang berlaku di sebuah gerai di Rawang di mana Deepak, adiknya Dinesh dan ASP Suresh bertemu dengan saya.

Bala berkata beliau juga bertemu dengan peguam Perancis, Joseph Breham yang bertindak bagi pihak badan has asasi Malaysia, Suaram./Tranungkite

Pendakwaraya Perancis Berjanji Tegakkan Keadilan Untuk Altantuya, Bongkar Skandal Scorpene Habisan

Gantung permit mungkin formula APCO


Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 14 Julai: Keputusan kerajaan menggantung kesemua permit akhbar milik PAS, DAP dan PKR mungkin hasil nasihat Firma Perunding Antarabangsa APCO Worldwide (IAC).

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa demikian kerana firma yang dikaitkan dengan proksi Yahudi itu sebelum ini bertanggungjawab mempopularkan Umno sebagai sebuah parti yang demokratik lagi toleransi di beberapa media antarabangsa, khususnya di Amerika Syarikat sendiri.

"Di luar negara, APCO memberi gambaran bahawa Umno ini demokratik dan toleransi," katanya petang tadi selepas mempengerusikan Mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat di Pejabat Ketua Pembangkang, Parlimen.

"Saya tidak faham, mungkin APCO ada memberi nasihat kepada Perdana Menteri, Najib Tun Razak untuk membuat keputusan."

Difahamkan, APCO mula dipandang sebagai proksi Yahudi di Dewan Rakyat sejak pertengahan April lalu apabila Anwar mendedahkan Simen Stein (bekas duta Israel di Jerman), Itamar Robinovich (bekas duta Israel di Amerika Syarikat) dan Doron Bergerbest-Eilon (bekas Ketua Agensi Keselamatan Israel-ISA/Shin Bet).

Sejak dari itu, Suara Keadilan milik PKR, Harakah (PAS) serta Roket (DAP) itu dilihat kian menjadi perhatian rakyat apabila mengaitkan kepemimpinan tertentu Umno dengan rangkaian misteri Yahudi-Israel khususnya di Amerika Syarikat.

Akibatnya, Anwar sendiri pada 1 Julai lalu mengaku bahawa beliau mulai menjadi mangsa serangan balas APCO melalui tulisan seorang kolumnis berbangsa Yahudi, Jackson Diehl dalam akhbar The Washington Post.

Pun begitu, beliau yang juga Ketua Umum PKR meminta Najib supaya tidak tunduk pada telunjuk APCO lagi.

Di sebalik penggantungan permit akhbar-akhbar terbabit, beliau yakin bahawa tindakan keras itu bukan hasil pendirian Najib dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri) semata-mata.

"Saya kurang pasti sama ada tindakan keras yang dilakukan ke atas media-media alternatif oleh Perdana Menteri Najib dan Menteri Dalam Negeri kerana pilihan raya dekat," ujarnya.

Sambil mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat sedia menangguhkan penerbitan akhbar milik parti masing-masing, beliau berkata, tindakan Najib dan Hishammuddin itu seakan mencerminkan bahawa media-media penerangan oposisi banyak menyuntik kesedaran dalam kalangan rakyat.

"Tapi, ternyata penerangan yang disampaikan oleh media-media Pakatan Rakyat ini berkesan," katanya.

Dakwanya lagi, keberkesanan media-media terbabit turut menggamit kesedaran ahli-ahli Umno sendiri.

Ekoran itu, katanya, Umno dalam suasana tertekan hatta terpaksa mengambil tindakan tidak demokratik dengan menggantung permit akhbar-akhbar terbabit.

"Jadi, Umno nampaknya begitu tertekan dan terpaksa mengambil tindakan autokratik ini," tambahnya sambil diakui bersama-sama oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang (Presiden PAS), Lim Kit Siang (Penasihat DAP) serta beberapa anggota majlis yang lain.

Tuntas dari itu, beliau menasihatkan Najib supaya memulihkan semua kebebasan akhbar demi kepentingan negara.

"Berilah ruang supaya jangan Malaysia ini dilihat sebagai negara kuku besi," ujar beliau dalam nada yang kesal./Harakahdaily

Kepil Maklumat Curi Pasir, Khalid Cabar Muhyiddin Selesai Isu Pasir

Kerajaan Selangor sudah menghantar surat kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menjelaskan isu curi pasir di Selangor serta menjemput beliau dan agensi persekutuan untuk memerangi jenayah ini.

Salinan surat itu dihantar kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negeri Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Khali berkata, surat yang dihantar ini kepada kedua-dua pemimpin Umno menyatakan penjelasan bahawa kejadian curi pasir ini berlaku secara berleluasa sebelum 2008 ketika Selangor diperintah Barisan Nasional (BN).

"Kerajaan negeri sekarang membuat pelbagai usaha termasuk menubuhkan satu jawatankuasa khas yang diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri serta menawarkan ganjaran kepada orang ramai yang menolong menangkap penjenayah terlibat.

"Saya juga menyertakan semua maklumat mengenai kegiatan curi pasir yang telah diperolehi oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) supaya Timbalan Menteri dan agensi persekutuan seperti polis dapat membuat tindakan yang sewajarnya," katanya pada satu kenyataan media, hari ini.

Khalid berkata, kerajaan negeri berharap, pemimpin – pemimpin Umno tidak hanya mengutarakan isu pasir ini atas dasar politik dan berharap agar dokumen yang diberikan adalah memadai untuk Timbalan Perdana Menteri untuk memberi arahan kepada pihak berkuasa untuk bertindak secara professional.

Katanya, walaupun kerajaan negeri akur pengurusan KSSB boleh diperkemaskan lagi, namun sistem yang ada sekarang telah berjaya meningkatkan hasil pasir daripada RM2.9 juta (2007) kepada RM6.3 juta (2008), RM5.4 juta (2009) dan RM10.3 juta (sebelum cukai setakat Jun 2010)./TVSelangor

'Apa kamu takutkan, BN?'


Joseph Sipalan
Jul 14, 10


Beberapa ADUN Pakatan Selangor hari ini menganjurkan bantahan ringkas menentang tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) akhir-akhir ini yang belum memperbaharui permit penerbitan akhbar pembangkang.

Kira-kira 15 wakil rakyat itu berkumpul di pintu masuk DUN Selangor sambil memegang naskhah Suara Keadilan, Roket dan Harakah yang mengalami masalah itu.

Exco kerajaan Selangor Ronnie Liu mengejek kerajaan persekutuan pimpinan BN dengan mendakwanya "takut" terhadap tiga penerbitan itu.

"Akhbar-akhbar ini mendedahkan banyak skandal. Sabotaj (terhadap akhbar-akhbar ini) menunjukkan kelemahan BN," katanya.

Sementara Dr Xavier Jayakumar, yang bercakap bagi pihak kumpulan itu berkata perselisihan pendapat berhubung artikel yang disiarkan bukanlah alasan yang sah untuk KDN menahan permit penerbitan akhbar berkenaan.

"Jangan halang atau ancam (media)... jika seseorang ada masalah dengan apa pun artilenya, saya harap mereka akan menyalurkannya dengan cara yang betul," katanya./Malaysiakini

Polis Perancis sebut Najib-Rosmah ketika soal Bala

Chen Shaua Fui

Dari Merdeka Review

PARIS, 14 Julai: "Najib" dan "Rosmah Mansor" antara nama yang disebut oleh polis Perancis, dalam masa lebih daripada tiga jam ketika mengambil keterangan daripada penyiasat persendirian, Balasubramaniam a/l Perumal.

Malah, nama-nama seperti Abdul Razak Baginda, Deepak Dinesh, ASP Suresh dan beberapa nama baru yang belum dikenalpasti turut disebut sepanjang proses ini, menurut sumber maklumat.

Balasubramaniam ialah saksi penting dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, tiba di Direction Centrale de la Police (DNIF), Nanterre Prefecture pada pada jam 2.30 petang (waktu Perancis) Isnin lalu, ditemani peguamnya, Manjeet Singh Dhillon.

Menurut sumber maklumat, polis Perancis sendiri mengungkit nama Perdana Menteri Najib Razak (gambar kiri, kanan) dan isteri beliau, Rosmah Mansor (gambar kiri, kiri) ketika mengambil keterangan Balasubramaniam.

Malah, nama tertuduh ketiga dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, Abdul Razak Baginda; dan Deepak Dinesh (peniaga permaidani yang dituduh mengatur perjalanan Bala ketika melarikan diri) juga disebut sepanjang keterangan Bala diambil.

Dalam satu laporan eksklusif MerdekaReview pada 10 Julai 2010, Balasubramaniam (gambar kanan) yang melarikan diri ke London telah menerima panggilan rasmi daripada polis Perancis untuk memberi keterangan berhubung kes pengambilan komisen dalam urus-niaga pembelian kapal selam oleh Malaysia daripada Perancis.

Selain itu, sumber maklumat juga memberitahu MerdekaReview, Balasubramaniam telah bertemu dengan peguam SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) di Perancis, Joseph Breham untuk dua jam, semalam. Beliau kini sedang merangka satu kenyataan untuk diedarkan pada hari esok, kata sumber maklumat itu.

Latar belakang : Pembelian kapal selam: Bala dipanggil Polis Perancis

*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang dari teks asal./Harakahdaily

Rabu, 14 Julai 2010

MB S'gor: TPM subahat jika tak tangkap pencuri pasir


Jul 14, 10


Selangor telah menghantar surat kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memohon kerjasama timbalan perdana menteri itu dalam menangani isu kecurian pasir di negeri itu, kata menteri besarnya Tan Sri Khalid Ibrahim.

Katanya, surat yang sama telah dihantar hari ini kepada menteri dalam negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan, peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail serta ketua polis negeri Datuk Khalid Abu Bakar.

"Saya telah hantar surat kepada timbalan perdana menteri untuk jelaskan isu kecurian pasir di Selangor dan jemput beliau dan agensi kerajaan persekutuan untuk perangi kegiatan ini.

Tambahnya, turut disertakan dalam surat tersebut ialah laporan polis yang dibuat oleh kerajaan negeri berhubung kegiatan tersebut, serta penjelasan mengenai langkah-langkah yang telah dijalankan Selangor dalam menangani isu berkenaan.

"Sebab dalam berita dia kata 'bila kita tahu siapa terlibat, kita akan tangkap.' Jadi sekarang kita telah beri maklumat ini kepada beliau.

"Kalau dia tidak tangkap, dia bersubahat dengan pencuri pasir pula," katanya dalam satu sidang media selepas persidangan DUN Selangor hari ini./Malaysiakini

NIK AZIZ SEDIA JUMPA TPM DI KL

Nik Aziz sedia temui Muhyiddin

Jul 14, 10


Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sedia bertemu dan berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai "apa juga perkara".

Ketika ditemui pemberita hari ini, Menteri Besar Kelantan itu berkata tiada halangan untuknya bersua muka dengan Muhyiddin tetapi perjumpaan itu biarlah tanpa diatur mana-mana pihak ketiga sebagai orang tengah.

"Yang moleknya tak payah orang (tengah). Kalau nak jumpa secara peribadi pun tak apa, boleh sangat," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini.

“Beliau (Tan Sri Muhyiddin) boleh datang sendiri jumpa saya, saya tak kisah, tak perlu hantar orang tengah.

“Jangankan beliau datang nak jumpa saya kat sini, jika ke Kuala Lumpur pun saya boleh pergi,” katanya.

Bagaimanapun menurut Harakahdaily, soalan yang diutarakan pemberita kepada Nik Aziz tiada kaitan dengan hubungan Umno dan PAS, seperti dilaporkan media hari ini.

Muhyiddin, yang dijadual melawat Kelantan esok, dilaporkan semalam, berkata Umno sedia menjalin kerjasama dengan PAS dalam pelbagai bidang termasuk usaha untuk memperkukuhkan Islam serta kedudukan orang Melayu di negara ini.

Pada sebelah pagi timbalan presiden Umno itu dijadual melawat kompleks Imigresen dan Kuarantin di Bukit Bunga, Jeli.

Pada sebelah petang pula, beliau akan merasmikan karnival rakyat parlimen Tanah Merah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah./Malaysiakini

MENGAPA UMNO TIDAK MAHU BERSATU DENGAN PKR? MENGAPA MESTI PAS ?

Oleh: WFAUZDIN NS

TPM Muhyiddin Yasin seperti ingin merayu agar PAS kembali bersatu atau bekerjasama dengan Umno. Saya pun tidak tahu semenjak bila PAS tidak mahu bekerjasama dengan Umno? Yang saya faham cuma PAS tidak mahu bekerjasama untuk menubuhkan kerajaan atau Kerajaan Perpaduan dengan Umno (UG) kerana PAS kini komited dengan PR. Dalam aspek lain, saya rasa PAS, bahkan PKR dan DAP juga tidak menolak kerjasama dengan Umno asalkan mendatangkan faedah kepada rakyat.

Bukti PAS telah bekerjasama dengan Umno dalam aspek ini banyak. Tetapi, akhirnya yang menjadi mangsa PAS juga. Contoh, seperti apa yang telah berlaku ke atas Kerajaan Negeri Kelantan di bawah PAS. Berapa kalikah MB Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas telah `dimalukan' oleh mereka? Bayangkan seorang MB `dimalukan' di negeri yang beliau perintah sendiri. Siapa yang mengkhianati kerjasama sebenarnya?

Saya amat tertarik dengan tulisan MSO di sini. Beliau mengajukan persoalan mengapa Umno beriya-iya benar mahu bekerjasama dengan PAS, mengapa tidak dengan PKR? Memang bagus seperti apa yang di utarakan oleh MSO itu. PKR juga mempunyai ramai ahli-ahli dan penyokongnya yang terdiri daripada kaum Melayu dan Islam. Bahkan, ada di kalangan pemimpin dan ahli-ahli PKR masih terdapat `bau' Umno ditubuhnya. Tetapi mengapa Umno lebih berselera dengan PAS?

Adakah Umno tertarik dengan dasar PAS iaitu untuk menegakkan sebuah Negara Islam berpaksikan Al-Quran, Hadith, Ijmak Ulamak dan Qias itu? Bukankah Umno pernah melarang Kerajaan PAS di Terengganu suatu ketika dan di Kelantan untuk melaksanakan Undang-Undang Islam Hudud dan Qisas? Bukankah pemimpin Umno juga yang menentang kes Qazaf yang dibawa oleh DS Anwar di Mahkamah Syariah berkaitan kes liwatnya? Pemimpin Umno juga berhasrat untuk meluluskan lesen judi sukan di samping masih mengekalkan lesen berbagai jenis judi sekarang? Jadi, apa asasnya Umno ingin bekerjasama dengan PAS dan tidak mahu menghampiri PKR?

Pada saya hanya satu, Umno ingin bekerjasama dengan PAS semata-mata untuk menjatuhkan PKR terutamanya pemimpin tertinggi parti tersebut iaitu DS Anwar. Umno mahu semua orang Melayu menjauhi PKR dan DS Anwar agar mudah bagi Umno untuk memperkudakan PAS seperti yang pernah dilakukannya dahulu. Umno sedar, kekuatan dan perpaduan PR banyak terletak di tangan Ketua Pembangkang itu. Usaha Umno untuk memecahbelahkan PAS dengan DAP selalu gagal kerana adanya DS Anwar di tengah-tengah.

Satu sebab lagi, kebanyakan pimpinan di dalam PKR datangnya dari Umno. Mereka amat mahir dengan strategi politik Umno dan mereka banyak tahu segala jenis penyelewengan pemimpin Umno. DS Anwar pemimpin di dalam PKR yang banyak kali membuatkan pemimpin Umno `sesak nafas'. Berbagai pendedahan telah dibuat oleh DS Anwar terhadap kerajaan dan pemimpin Umno, kebanyakannya gagal dijawab oleh mereka. Berbagai usaha telah mereka lakukan untuk menamatkan karier politik DS Anwar, namun masih tidak berhasil. Maka, mereka mengharapkan PAS membantu mereka.

Adakah PAS akan termakan dengan pujuk rayu pemimpin `lidah bercabang' ini? Lojikkah Umno ikhlas ingin bersatu dengan PAS, sedangkan baru beberapa hari pemimpin kanan Umno sendiri menggelar PAS sebagai `parti ajaran sesat'? Umno ingin bersatu dengan parti yang mereka cop sebagai sesat? Tidak masuk akal langsung./wfauzdin.blogspot.com