Sabtu, 23 Mei 2009

`DRAMA PERTAMA' PERSEMBAHAN CALON BEBAS



MELUCUKAN, baru sahaja selesai penamaan calon Pilihanraya Kecil Dun Penanti maka seorang calon bebas iaitu Aminah Abdullah mula membuka `panggung drama'. Mungkin beliau merasakan dia seorang tokoh yang hebat, maka dirinya amat bernilai sekali. Bekas pemimpin PKR P.Pinang ini mendakwa PKR telah cuba untuk merasuahnya agar menarik diri. Wah, begitu berharga wanita yang ditolak ketepi oleh PKR ini. Sayangnya, drama yang dimainkan itu terlalu awal bermula apatah lagi jalan cerita drama tersebut sudah basi. Tidak mengapa, mungkin beliau baru belajar bermain politik dan jahil tentang helah dan muslihat politik.

Saya ingin ingatkan beliau bahawa cara sedemikian sudah tidak laku lagi di alaf baru ini. Jangan cepat belajar benda-benda yang bodoh yang mungkin akan memalukan diri sendiri. Jika ada bukti, silakan terus buat laporan sebaik sahaja ditawarkan rasuah tersebut. Mengapa perlu tangguh-tangguh dan hebohkan di merata-rata sedangkan laporan tidak lagi dibuat. Jangan ikut cara Menteri Luar Anifah Aman yang ketiadaan modal dan idea untuk bercakap, maka menuduh DS Anwar menawarkannya jawatan TPM jika PR berkuasa di pusat. Mengapa Anifah selaku menteri tidak buat laporan Polis? Jangan fikir rakyat mempunyai taraf pemikiran serendah kita yang bercakap.

Drama seperti ini saya percaya akan berterusan sehingga hari pengundian. Ketika ini saya yakin setiap calon bebas terutamanya Aminah pasti `glamour' buat sementara waktu di TV3 atau lain-lain media yang haprak itu. Hampir benar tekaan saya sebelum ini yang merasakan ada calon `halimunan' di Dun Penanti. Kita tidak dapat melihat calon Umno di Dun Penanti, tetapi sesiapa yang hadir sepanjang berkempen di sana nanti pasti `terbau' Umno di sana. Bukankah `bau' Umno ini mudah kita kenali. Kepada Aminah saya nasihatkan jangan bimbang, adinda Raja Sesumpah pasti menjelma sehari dua ini kerana Raja sesumpah hanya akan lahir ketika bulan pilihanraya mula mengambang. Sudah tentu sasaran Raja sesumpah tetap sama iaitu DS Anwar. Selamat datang sekali lagi ke Permatang Pauh dan ke Dun Penanti buat Ezam.

WFAUZDIN NS
wfauzdin.blogspot.com

FOTO PENAMAAN CALON DUN PENANTI

CALON PR DI DUN PENANTI
Dr MANSOR OTHMAN
Pimpinan PR PKR, PAS DAN DAP bergabung tenaga membela rakyat
MB Perak pilihan rakyat Ir Nizar tetap diberi sambutan hebat. Laungan `bubar Dun Perak' menyambut kehadiran Nizar di tempat penamaan calon.
Hanya satu yang menjadi pilihan rakyat. Manakala yang lain itu pilihan siapa? Mana wajah yang mengaku pejuang Melayu yang berani itu?
Seperti biasa DS Anwar sentiasa bersemangat. Di mana Najib dan KJ?
Mana pahlawan Umno? Serikandi sedia menanti mu...
Meskipun kelibat calon Umno tidak kelihatan, namun penyokong PR tetap bersemangat
Tenteramnya perhimpunan ini tanpa Umno....
Polis jangan takut, tanpa Umno perhimpunan pasti aman...

Penamaan calon tak semeriah biasa, PKR berdepan 4 calon bebas






23 May 2009 10:20AM

PP: Proses penamaan calon pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti di Pulau Pinang bermula pukul 9 pagi tadi dalam suasana tidak semeriah berbanding lima pilihan raya kecil sebelum ini.

Sehingga pukul 10 pagi tadi iaitu apabila sesi mengemukakan borang penamaan calon ditutup, lima orang telah mengemukakan borang penamaan calon.

Sesi penamaan calon dibuka tepat pukul 9 pagi tadi. Ia berlangsung selama sejam dan diikuti sesi bantahan, juga selama sejam.

Status calon bertanding dijangka boleh diketahui menjelang 11.30 pagi nanti.

Setakat pukul 9.30 pagi tadi empat calon termasuk tiga yang mahu bertanding sebagai calon Bebas telah berada di Dewan Perdana Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini.

Tinjauan mendapati hanya kira-kira 2, 000 penyokong Pakatan Rakyat berada di kawasan pusat penamaan calon setakat ini.

Timbalan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Mansor Othman yang mewakili Pakatan Rakyat merupakan calon yang hadir awal.

Pilihan raya kecil ini diadakan tanpa penyertaan pakatan parti politik utama Barisan Nasional (BN).

Ini merupakan pilihan raya kecil yang keenam sejak pilihan raya umum ke-12 Mac 2008.

Malah, ia juga pilihan raya kecil kedua melibatkan bahagian Parlimen Permatang Pauh. Permatang Pauh menyaksikan pilihan raya kecil kerusi Parlimen Ogos lalu. / ~~Sumber KLPost/Mstar

KUASA KINI DITANGAN, ZAMBRY TUNGGU APA LAGI ?

MB Perak yang diperbaharui semula oleh Mahkamah Rayuan petang semalam pastinya bersyukur kerana masih menjadi MB. Maklumlah, bukan mudah untuk mendapatkan kerusi MB dengan hanya melalui mahkamah. Kebiasaannya, jawatan tersebut diperolehi dari mandat rakyat dan Zambry memperolehinya melalui mahkamah. Sememangnya wajar beliau bersyukur kerana sepanjang sejarah di negara ini, boleh dikira peristiwa sedemikian berlaku. Hanya yang bertuah sahaja yang boleh menikmatinya.

Tanpa perlu bubarkan Dun, tanpa melakukan undi tidak percaya Zambry mampu menjadi MB dengan hanya ` anggukkan kepala' 3 Adun lompat di dalam istana, maka hilanglah kerusi yang diduduki oleh Nizar. Sesungguhnya Dewan Undangan Negeri Perak seperti tidak lagi berfungsi untuk menentukan kuasa rakyat. Kita diminta untuk tidak mencemarkan istana mahupun mahkamah, tetapi tidak kepada dewan yang mulia itu. Apakah selepas ini dewan yang mulia itu hanya akan dijadikan tempat `bergurau senda' atau pun tempat untuk menunjukkan `seni silat'atau kung fu masing-masing? Saya tidak pasti apakah fungsi dewan tersebut selepas ini.

Sekiranya ditakdirkan berlaku lagi beberapa Adun yang `hilang' atau `ghaib' beberapa hari tanpa khabar berita, kemudian secara tiba-tiba muncul di depan istana menjerit memberitahu mereka telah hilang sokongan terhadap MB sekarang, apakah sekali lagi jawatan MB akan bertukar? Sehingga kini saya masih tidak mendapat jawapan mengapa begitu sukar untuk membuat pengakuan secara terbuka di dewan melalui undi tidak percaya kepada kerajaan yang memerintah. Mengapa harus hilang beberapa hari dengan berbagai alasan yang tidak munasabah, kemudian muncul di dalam istana untuk menyatakan sokongan? Bertambah pelik lagi, seorang Adun yang belum habis edahnya `bercerai' dengan Umno, tiba-tiba `rujuk' kembali kepada Umno dan istihar sokongannya kepada Umno/Bn di dalam istana? Persoalannya, mengapa tidak menghormati dewan yang mulia itu?

Sesungguhnya istana telah menggunakan kuasanya, begitu juga mahkamah turut menggunakan bidang kuasanya. Kita hormati kuasa yang dimiliki oleh kedua-dua institusi tersebut. Yang masih belum menggunakan kuasanya lagi adalah rakyat. Adakah rakyat berpeluang untuk menggunakan kuasanya? Apa yang saya faham, seorang diktator tidak akan memperdulikan hak dan kuasa rakyat. Tidak mungkin Zambry bersifat sedemikian kerana Zambry sudah pasti akan mematuhi arahan PMR (Perdana Menteri Rakyat) agar `Rakyat Diutamakan'. Jika demikian halnya, Zambry tunggu apa lagi, kuasa sudah dimiliki kini dan bergegaslah ke istana untuk memohon agar Dun Perak dibubarkan.

WFAUZDIN NS
wfauzdin.blogspot.com

HAKIM LUAR BIASA, KEBOLEHAN LUAR BIASA - PEGUAM NIZAR


KUALA LUMPUR, 21 Mei (Hrkh) Kita mempunyai hakim-hakim yang luar biasa yang mempunyai kebolehan yang luar biasa.

Demikian ulasan spontan Haji Sulaiman Abdullah, salah seorang dari lapan hakim yang mewakili Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dalam perbicaraan di Mahkamah Rayuan semalam.

Seorang lagi peguam Mohammad Nizar, Mohamed Hanipa Maidin berkata, beliau tidak pasti keputusan tersebut akan diterima dengan baik oleh rakyat khususnya rakyat di Perak.

Mahkamah tersebut mengumumkan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

"Dalam keadaan keyakinan rakyat kepada institusi kehakiman masih belum pulih sepenuhnya sudah tentu keputusan Mahkamah Rayuan tersebut tidak dapat lari dari cemuhan rakyat," katanya.

Apabila rakyat hilang keyakinan kepada sistem keadilan, katanya lagi, maka sebarang keputusan mahkamah apatah lagi keputusan seperti keputusan Mahkamah Rayuan itu sudah tentu tidak akan mudah diterima sebagai satu keputusan yang adil dan telus.

Keputusan itu membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar.

Tiga hakim Mahkamah Rayuan itu, Datuk Md Raus Shariff, Datuk Zainun Ali dan Datuk Ahmad Maarop, hanya mengambil lima minit untuk mengumumkan Zambry Kadir adalah Menteri Besar Perak yang sah.

Mereka juga mendakwa bahawa Sultan Perak mempunyai kuasa penuh untuk melantik Zambry tanpa perlu mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mengemukakan undi tidak percaya terhadap Nizar.

Bagaimanapun, tidak memberikan hujah bertulis bagi menyokong keputusan mereka.

Selepas keputusan mereka diumumkan, Sulaiman memohon mendapatkan penghakiman bertulis daripada mahkamah untuk tujuan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Md Raus menjawab: "Saya telah cuba menulisnya malam tadi. Saya akan usahakan dalam masa seminggu ini."

Beliau juga menolak permohon untuk mengetepikan perintah penangguhan Mahkamah Rayuan sebelum itu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan Mohammad Nizar adalah Menteri Besar yang sah./~~Sumber Harakahdaily

Jumaat, 22 Mei 2009

MAHKAMAH KATA ZAMBRY MB, RAKYAT KATA SIAPA?

Gembira dengan keputusan tersebut di Slim River, Zambry menyifatkannya "kebenaran telah tiba."

"Kebenaran telah tiba", itulah kata Zambry. Mahkamah Rayuan hari ini telah memutuskan bahawa Zambry adalah MB Perak yang sah. Saya tidak mahu komen keputusan mahkamah kerana ada dua sebab. Pertama, saya bukan pakar undang-undang sedangkan yang pakar undang-undang pun ramai yang berpendapat Nizar adalah MB Perak yang sah. Keduanya, saya tidaklah jahil sangat untuk memahami mahkamah yang ada di negara kita ini. Cukuplah jika saya sekadar ucap `tahniah' kepada Zambry kerana beliau masih sanggup berdepan dengan rakyat Perak selepas penghakiman ini meskipun beliau tahu apa yang ada di dalam lubuk hati nurani rakyat Perak.

Saya tidak dapat menyelami hati dan perasaan majoriti rakyat Perak ketika ini. Mungkin bagi Zambry, rakyat seluruh Perak kini sedang berpesta dan bersukaria kerana menyambut kemenangan Zambry selaku MB Perak yang ditentukan oleh mahkamah. Pada saya hanya mahkamah akhirat yang mutlak. Buktinya, keputusan Mahkamah Tinggi yang menyebelahi Nizar dianggap silap oleh Mahkamah Rayuan sebentar tadi. Selepas ini, mungkin.. mungkin...tiada lagi silap apabila kes ini dirayu oleh Nizar ke Mahkamah Persekutuan. saya yakin, Mahkamah Persekutuan tidak akan mengatakan Mahkamah Rayuan sebentar tadi silap. Maksud saya, mungkin tiada lagi kesilapan selepas ini. Ini bermakna, bawalah ke mana-mana mahkamah di Malaysia ini mungkin tiada lagi kesilapan dan Zambry terus ditabalkan sebagai MB Perak.

Rekod dunia mungkin boleh dicipta dengan berbagai peristiwa yang berlaku di Perak selepas lahirnya `spesis' katak yang lapar ini. Berbagai pandangan dan nasihat telah diberikan untuk menyelesaikan krisis politik di Perak sekarang, tetapi masih ada yang suka memilih mahkamah untuk menentukan kerusi dan kedudukan mereka. Malangnya rakyat Perak, mereka tidak diberi peluang untuk berperanan menstabilkan keadaan politik yang cerca merba ini. Mereka hanya layak sebagai penonton kepada `drama' yang tidak berkesudahan ini.


WFAUZDIN NS
wfauzdin.blogspot.com

KES MB PERAK - NIZAR RAYU KE MAHKAMAH PERSEKUTUAN


MAHKAMAH RAYUAN benarkan rayuan Zambry dan setuju tindakan Sultan Perak. Perintah Mahkamah Tinggi ditolak. Peguam Nizar akan rayu ke Mahkamah Persekutuan.

~~Sumbar ADIL NEWS 32300

APA KATA `KATAK BEHRANG' TERHADAP NIZAR ?

Apabila dah berkuasa...2 x 5...mereka sebat juga



"Pernahkah kita terbayang Nizar beri nasihat kepada saya kalau dapat duit yang ada kaitan dengan balak jangan simpan dalam akaun, nanti susah, simpan tempat lain, kena cermat dan hati-hati," itulah soalan yang diajukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dalam temubual SIRI AKHIR dengan Agendadaily.

Beliau membangkitkan perkara tersebut bagi menggambarkan betapa perjuangan menegakkan keadilan, menentang rasuah dan salah guna kuasa serta penyelewengan, hanya retorik sebelum berkuasa.

"Apabila dah berkuasa dua kali lima saja," katanya.

Malah beliau turut menyatakan sepanjang 11 bulan pakatan pembangkang memerintah negeri Perak, agenda perjuangan yang dilaungkan selama ini tidak nampak pelaksanaannya.

"Selama 11 bulan memerintah, saya tak nampak agenda perjuangan yang dilaung-laungkan dulu dilaksanakan. Hanya yang berlaku lulus tanah kepada Cina, beri balak kepada pimpinan parti dan terus dengan program ceramah saja ," katanya

Selain penguasaan Ngeh dan Nga dalam Exco dan mainan politik PKR, apakah punca YB bertindak tinggalkan kerajaan campuran pakatan pembangkang?

"Atas isu agama. Kebebasan yang terlalu sangat diberikan. Dalam mesyuarat Exco mereka rancang hendak mengadakan tokong Hindu dan gereja di setiap taman perumahan. Kita hormat agama lain kerana kebebasan beragama dijamin dalam Perlembagaan. Tapi untuk mewujudkan tokong Hindu dan gereja di setiap taman perumahan, saya kira ini dah keterlaluan.

Mana pernah berlaku sebelum ini. Bagi saya ini melambangkan tiadanya penghormatan kepada Islam sebagai agama rasmi di negara ini. Nizar bukan pejuang Islam, bohong, dia hanya nak jaga kepentingan diri sahaja".

Sejak sertai PKR dulu hingga sekarang, adakah YB menduga ini akan berlaku akhirnya?

"Pada peringkat awal kita percayalah tentang keadilan, menentang rasuah dan penyelewengan, tentang salah guna kuasa. Ini yang kita nak bawa. ini perjuangan kita bersama selama ini.

Tapi apabila dapat bentuk kerajaan sebagai sebuah pakatan, itu juga yang berlaku. Serupa sahaja. Maknanya hanya nak rebut kuasa. Apabila dah berkuasa sama saja, serupa saja.

Cuma lebihnya PKR dia dah dekati rakyat dari dulu lagi, Jadi kalau ada orang kata PKR tak betul, rakyat susah nak percaya.

Selama 11 bulan memerintah, saya tak nampak agenda perjuangan yang dilaung-laungkan dulu dilaksanakan. Hanya yang berlaku lulus tanah kepada Cina, beri balak kepada pimpinan parti dan terus dengan program ceramah."

YB sebut soal ‘sama je bila dah memerintah’ apa yang YB maksudkan

"Seperti saya jelaskan, isu utama saya keluar kerajaan pakatan pembangkang ini kerana Nizar tak jaga kepentingan Melayu. PKR pula ada konspirasi nak jatuhkan saya. Kalau kata saya keluar kerana wang ringgit, lama dah saya keluar. Selepas pilihan raya umum 2008 saya dah keluar dah kalau saya nak duit.

Selain itu saya lihat soal-soal salah guna kuasa dan penyelewengan, mereka pun sebat juga.

Bohonglah kalau mereka kata mereka bersih tak ada salah guna kuasa atau menyeleweng.

Nizar pernah sebut pada saya soal balak untuk pilihan raya kecil. Saya bawa kepada dia permohonan untuk sebuah tanah kerajaan. Dia kata nak kena bawa dalam mesyuarat dulu tapi saya tanya Jabatan Hutan. Tanah kerajaan tak perlu dibawa mesyuarat, MB sahkan sahaja. Akhirnya kawasan itu diberikan kepada orang lain tanpa dibawa dalam mesyuarat pun.

Tapi apa yang menariknya, dia ada nasihat saya, kalau dapat duit jangan simpan dalam akaun nanti susah. Kena sorok kena cermat katanya. Dia ajar saya buat kerja jahat. Kalau boleh ajar ajar saya buat jahat... kamu buat tak benda itu?.

Serupa aje mereka ini. Usah ceritalah, pembohong aje mereka ni. Kata kita akan dipersoalkan di akhirat. Kalau dulu kita kata UMNO ini penyamun, mereka lagi teruk . penyamun, perogol dan pembunuh sekali.

Apa yang saya lihat dalam masa saya banyak menyuarakan pandangan dan menegur kepimpinan Nizar sebagai MB, Nizar pada masa yang sama main politik dengan jaga kepentingan pimpinan negeri PKR. Dia bagi balak kepada mereka. Kalau PKR Bahagian Tanjung Malim yang saya ketuai mohon tidak diluluskan tapi kalau dipohon oleh pimpinan PKR negeri dia luluskan.

Sebab itu kawasan balak diluluskan kepada pimpinan PKR negeri ketika itu Zulkefli Ibrahim yang juga Ketua PKR Tambun dan Ketua Wanita, Suzana, Ketua PKR Bukit Gantang, Ismail dan bekas ADUN Bota Usaili. Tiga empat orang inilah yang dapat. Pimpinan PKR lain tidak diberikan. Mereka ini adalah kumpulan ABIM dalam PKR.

Bagaimana sambutan orang Behrang kepada YB selepas jadi ADUN Bebas?

Saya di Behrang, Alhamdulilah masyarakat masih boleh terima saya. Masyarakat Cina dan majoriti masyarakat Melayu terima saya dengan baik. Selepas jadi ADUN Bebas beberapa program yang dianjurkan dapat sambutan. Yang marah dengan saya ahli-ahli PAS sahaja.

PKR Tanjung Malim bagi saya boleh dianggap dah hancur. Masyarakat Cina yang selama ini menjadi ahli PKR di Tanjung Malim sering tanya saya bila nak buat perisytiharan beramai-ramai keluar PKR.

Kepimpinan PKR Tanjung Malim bersama saya. Sekarang yang memangku Ketua Bahagian adalah orang Teluk Intan yang tidak diterima oleh ahli PKR sendiri.

Saya yakin dalam pilihan raya akan datang, BN mampu untuk menang di Behrang.

Selain daripada isu yang berlaku, saya dah dengar lama di Behrang, mereka menyesal undi pembangkang kerana niat asal mereka hanya untuk mengajar BN tapi rupa-rupanya Perak jatuh ke tangan pembangkang. Kesedaran khususnya di kalangan orang Melayu dah ada. Mereka sudah mula kembali kepada UMNO.

Cuma bagaimana dengan sikap orang bukan Melayu.

Hari ini yang rugi bukan sahaja UMNO di Perak tapi orang Melayu keseluruhannya. Setelah melihat apa yang berlaku di Perak saya beritahu kawan-kawan, kita janganlah kerana marahkan nyamuk, kita bakar kelambu.

Jangan kita bakar UMNO tapi lebih baik kita halau nyamuk-nyamuk itu. Cuma orang UMNO janganlah sekat jika ramai yang nak kembali kepada parti itu.

Salah UMNO pun ada, pimpinan tidak turun ke bawah. Pimpinan UMNO di Cawangan tidak mesra rakyat. Sekat orang yang hendak masuk UMNO…semua ini sebabkan orang makin jauh dengan UMNO. Saya sampaikan ni semasa kami semua jumpa Datuk Seri Najib bagi nyatakan sokongan kepada BN.

Rakyat sebenarnya bukan suka dengan pakatan pembangkang tetapi kerana marah dengan UMNO dan tiada pilihan mereka beri sokongan kepada pembangkang. Itu saja," katanya mengakhiri temubual. - 21/5/2009

~~
Sumber agendadaily.com


ehehehe...katak berbunyi tanda nak hujan.


UMNO SEMAKIN TERTEKAN KINI

Terlebih dahulu marilah kita sama-sama sedekahkan bacaan Alfatihah kepada Allahyarham Ismail Yaacob Adun Manik Urai, Kelantan yang telah kembali ke Rahmatullah awal pagi tadi. Beliau yang sejak kebelakangan ini sering dikatakan uzur, namun Allahyarham tetap berusaha sedaya upaya melaksanakan amanahnya selaku Wakil Rakyat untuk berbakti kepada masyarakat di kawasannya. Bukan mudah untuk mencari tokoh seperti beliau yang memikul bakti dan amanah rakyat sehingga ke penghujung nyawa. Kita mendoakan agar beliau ditempatkan di sisi Allah bersama para syuhada' dan Ambia'.

Sudah tentu pemergiannya diratapi oleh rakyat khususnya di kawasan Manik Urai, apatah lagi kesedihan yang dialami oleh kaum keluarga beliau. Di sebalik kesedihan itu, terdapat seorang manusia yang begitu `menggeletar' apabila menerima berita mana-mana Adun dari PR yang meninggal mahupun meletakkan jawatan. Manusia ini yang memainkan peranan penting di dalam mewujudkan kerosakan parah demokrasi di Perak sekarang mulai menerima hukuman dari tindak tanduknya. Peristiwa di Permatang Pauh, K. Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau benar-benar membuat beliau hilang punca dan hilang arah sehinggakan mulai hilang pertimbangan. Pilihanraya Kecil Dun Penanti sedia menanti untuk menambahkan lagi derita pemimpin ini. Mungkin, bayangan roh Altantuya tidak begitu menakutkan beliau daripada ketakutan yang dialami apabila berhadapan dengan pilihanraya.

Kali ini Umno terpaksa menyertai pilihanraya kecil Dun Manik Urai yang bakal diadakan tidak beberapa lama lagi. Jika di Dun Penanti, alasan diberi adalah pilihanraya tersebut merupakan mainan politik PKR, tetapi kini apa pula alasan Umno? Sudah tentu mahu atau tidak, takut atau berani, Umno terpaksa meletakkan calonnya untuk membuktikan bahawa Umno masih releven dan bertambah kuat di bawah Najib. Keputusan di dalam Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu adalah seperti berikut:

a. Jumlah Pengundi - 12, 292 b. Melayu (99.25%), Cina (0.44%) , India (0.26%) dan Lain-Lain (0.02%)
b. Ismail Yaacob (PAS) - 5, 746 undi.
c. Muhamed Zulkifli Omar (Bn) - 4, 394 undi.
d. Majoriti - 1, 352

Setiap kali pilihanraya kecil diadakan, PR sentiasa mengalu-alukan Umno/Bn untuk sama-sama merealiasikan proses demokrasi. Bukan tujuan PR untuk menunjukkan kekuatan jauh sekali untuk bersikap ego, tetapi semata-mata untuk memberi peluang kepada rakyat memilih samada mereka masih percayakan Umno/Bn atau pun mulai yakin dengan PR. Jika selama ini Umno mendabik dada mengaku kononnya parti mereka itu masih releven malah bertambah gagah dan hebat di bawah Najib, PR ingin melihat realitinya. Keinginan PR itu tidak tercapai di Penanti kerana Umno mungkin belum bersedia untuk berpencak di bumi Permatang Pauh. Mungkin nama Permatang Pauh cukup bererti dan meninggalkan kesan yang mendalam ke dalam jiwa Najib dan Umno.

Negara kita ketika ini nampaknya terlalu gawat dengan situasi politik seperti juga kegawatan ekonomi yang melanda. Kegawatan politik di Perak adalah punca segala-galanya dan Najib tahu siapa yang menjadi dalang semuanya ini. Rakyat di Perak juga tahu siapakah yang menjadi pengkhianat mereka selama ini. Apakah keputusan di Mahkamah petang ini nanti yang menentukan siapa MB Perak yang sah akan mempengaruhi undi di dalam Pilihanraya Kecil di Dun Penanti dan juga di dun Manik Urai nanti? Apa yang pasti, tekanan buat Umno semakin hebat.

WFAUZDIN NS
wfauzdin.blogspot.com




ADUN PAS KELANTAN MENINGGAL DUNIA - PILIHANRAYA KECIL LAGI ?


Baru dapat sms dari SUK PAS Besut, ADUN Manik Urai, Ismail Yaacob (PAS) meninggal dunia pukul 5 pagi tadi.

Adun kawasan Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Haji Ismail Yaacob, 60 (gambar)telah kembali kerahmatullah pada jam 5.55 pagi tadi di hospital Raja Perempuan Zainab II.

Demikian satu berita dari satu pesanan ringkas dari Kelantan yang saya terima sebentar tadi dan juga saya telah mendapat pengesahan dari Speaker DUN Kelantan, Ust. Nasharuddin Daud yang memaklumkan kepada saya dia juga menerima mesej yang sama selepas sembahyang subuh pagi ini.

Sebelum itu beliau dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II kerana menghadapi masalah di bahagian kakinya sehingga dipotong sebelah kanan..

Sebelum ini beliau menghidapi penyakit gaot sehingga menyebabkan kesihatannya sering kali terganggu.

Pada persidangan Dun Febuari lalu beliau dapat menghadirinya biar pun badannya kelihatan agak kurus.

Ismail yang lebih dikenali sebagai Paksu Mail antara Adun yang paling lama di Kelantan.

Beliau memenangi Dun Manek Urai pada pilihan raya umum 1986. Sehingga sekarang beliau sudah lima penggal mewakili Dun berkenaan.

Bagaimanapun pada pilihan raya umum 2004, beliau tidak bertanding dan Dun Manek Urai diwakili Ustaz Zamzuri Mat Lazim.

Dengan kekosongan DUN ini pasti akan membawa laluan kepada satu lagi pilihanraya kecil setelah disahkan oleh pihak SPR nanti melalui makluman resmi dari Speaker DUN Kelantan.

Al Fatihah.....

~~Sumber 1aspire.blogspot.com

PRU-13 LEBIH AWAL , 3 NEGERI BAKAL TUMBANG KE TANGAN PR ?



Dr Hasan turut meramalkan Johor, N.Sembilan, Melaka jatuh ketangan Pakatan
22 May 2009 12:49AM

Oleh Zanariah Abd Mutalib

SHAH ALAM: Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, beliau menjangka tiga lagi negeri iaitu Johor, Negeri Sembilan dan Melaka akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, jangkaan itu adalah berdasarkan kemenangan Pakatan pada siri pilihan raya kecil sebelum ini iaitu di Parlimen Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan Bukit Gantang serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau.

"Ia menandakan lonjakan dan sokongan kepada kita dan ia akan menjalar pada pilihan raya umum ke-13.

"Saya dah nampak-nampak Johor mungkin jatuh, Negeri Sembilan mungkin jatuh dan Melaka akan jatuh. Ini adalah mimpi ngeri kepada Umno dan Barisan Nasional," katanya semasa sidang media berhubung Muktamar PAS ke-55 di sini.

Muktamar Tahunan PAS ke-55 yang bakal menyaksikan pemilihan bagi kepimpinan pusat dan sayap parti akan berlangsung dari 5 hingga 7 Jun di Stadium Malawati di sini.

Hasan berkata, beliau menjangka pilihan raya umum ke-13 akan diadakan lebih awal daripada tahun 2013 atas alasan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pasti mahukan mandat baru daripada rakyat selepas mengambil alih kepimpinan negara April lalu.

"Kita menjangka pilihan raya umum ke-13 akan diadakan lebih awal sebab saya rasa Perdana Menteri baru mahukan mandat baru kerana kalau beliau jadi Perdana Menteri dengan mandat Datuk Abdullah, saya rasa tidak mantap.

"Beliau perlu dapat mandat sendiri daripada rakyat tentang kepimpinannya," katanya.

Hasan berkata, isu pilihan raya umum ke-13 akan disentuh dalam perdebatan pada Muktamar bulan depan termasuk persediaan dan strategi yang akan dilakukan PAS sama ada dalam parti serta kerjasama dengan dua lagi parti sekutu dalam Pakatan iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Selain itu katanya, antara isu lain yang mungkin akan diperdebatkan adalah pencapaian ahli-ahli PAS yang diberi tanggungjawab dalam pentadbiran terutama di lima negeri yang dikuasai Pakatan iaitu Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Perak. / ~~Sumber KLPost/Mstar

PRK DUN PENANTI - MAKLUMAT PENAMAAN CALON SABTU INI

Penamaan Calun akan diadakan di Institut Kemahiran Belia Negara pada 23 Mei 2009 (Sabtu).

Semua penyokong Parti Keadilan Rakyat diminta berkumpul di Bilik Gerakkan Mengkuang Semarak bermula jam 7:30 pagi pada 23 Mei 2009.

Pengarah Pilihanraya Negeri Pulau Pinang, Sdr Mustafa Kamal meminta supaya semua penyokong Pakatan Rakyat hadir bersama-sama bagi mengiringi calun ke Pusat penamaan calun. Semua yang hadir diminta memberikan kerjasama dengan Petugas yang telah dilantik bagi memastikan keselamatan sewaktu proses penamaan tersebut.

Para Penyokong diingatkan supaya tidak membuat sebarang provokasi semasa proses tersebut.
~~Sumber Blog Dunpenanti.

Khamis, 21 Mei 2009

KHIR TOYO, MENGAPA GELABAH DAN MEROYAN ?

Kenyataan demi kenyataan oleh mantan MB Selangor Khir Toyo yang seperti kerasukan apabila beliau dijatuhkan hukuman 1 tahun digantung dari menghadiri persidangan Dun Selangor. Bagi beliau hukuman tersebut mungkin terlalu berat baginya melebihi dari tahanan-tahanan Akta ISA yang lain. Begitulah keadaannya apabila seseorang tidak pernah merasa susah dan selama ini merasakan beliau sahaja yang boleh menghukum orang lain. Sepanjang beliau menjadi MB selangor dahulu, mungkin beliau tidak pernah menghukum sesiapa dan beliaulah MB yang terbaik, adil serta telus. Sebab itulah rakyat Selangor menolak beliau, hatta Umno sendiri pun menolak beliau sebagai pemimpin Umno di Selangor, begitu juga di kalangan Pemuda Umno.

Khir Toyo mempertikaikan mengapa siasatan Selcet selangor itu dibuat secara terbuka. Maksudnya, jika dibuat secara tertutup atau berbisik-bisik mungkin beliau berani untuk hadir. Oleh kerana siasatan itu dibuat secara terbuka untuk disaksikan umum, maka ramai yang tahu kisah hadiah jam tangan ratusan ribu ringgit, kisah lawatan ke tempat Mickey Mouse dan juga kisah mak-mak datin bershopping sakan di luar negeri. Seandainya siasatan dijalankan secara tertutup, agak-agaknya ada atau tidak rakyat Selangor yang tahu kisah-kisah menarik bekas pemimpin mereka itu? Mungkin juga kerana siasatan yang terlalu terbuka oleh Selcet itu, menyebabkan faktor besar mengapa Khir Toyo tewas di dalam perebutan jawatan Ketua Pemuda Umno. Ini bermakna, ahli-ahli Umno yang cerdik pandai itu sedikit sebanyak percaya juga akan kisah-kisah yang terdedah di dalam siasatan Selcet. Jadi, tidak hairanlah mengapa Khir Toyo meroyan sehari dua ini.

Mungkin agak sukar bagi Khir Toyo mempercayai atau menerima hakikat bahawa karier politiknya sudah hampir ke penghujung umpama bekas Ketua Penerangan Umno iaitu Muhammad Taib yang juga mantan MB Selangor dahulu. Bayangkan bagaimana perasaannya bila Umno di Selangor yang beliau pernah pimpin sebagai MB serta Pengerusi Perhubungan Umno bertahun-tahun, tiba-tiba beralih ke tangan anak jati Pahang. Mungkin Najib sudah membaca awal-awal denyut nadi ahli-ahli Umno Selangor yang sudah menolak Khir Toyo, maka Najib pun cuba untuk memulihkan semangat ahli Umno di Selangor. Saya rasa usaha Najib sudah terlewat kerana rakyat di Selangor mungkin ramai yang sudah lupa bagaimana rupa lambang Umno dan mungkin juga ramai yang sudah tidak menghafal lagu Umno.

Walau apa pun, saya tetap menghormati Khir Toyo kerana janji beliau untuk terus berkhidmat kepada pengundi-pengundi di kawasannya meski pun beliau telah digantung selama 1 tahun. Sebagai Adun, itu sememangnya kewajipan beliau meskipun buat kali terakhir sebelum pilihanraya umum akan datang. Kadangkala terasa ada `badi' atau `saka' bagi kerusi MB Selangor ini. Mantan MB Abu Hassan, Muhammad Taib dan Khir toyo kesemuanya meninggalkan kerusi dalam keadaan berbagai kontroversi dan kisah-kisah pelik. Mungkinkah MB Selangor di bawah PR sekarang mewarisi `saka' tersebut? Hanya rakyat Selangor yang dapat memberikan jawapannya.


WFAUZDIN NS
wfauzdin.blogspot.com

Nak tahu mana satu sah? Tunggu 3.30 petang esok

21 May 2009 5:44PM

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan akan menentukan esok keputusan rayuan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan bahawa Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Md. Raus Shariff yang bersidang bersama Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Ahmad Maarop menetapkan keputusan akan dibacakan pada pukul 3.30 petang esok.

Keputusan tersebut ditangguhkan setelah mereka selesai mendengar sehingga hampir pukul 5 petang ini hujahan peguam Datuk Cecil Abraham yang mewakili Zambry, peguam Sulaiman Abdullah mewakili Mohammad Nizar dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail selaku pencelah.

Zambry mengemukakan rayuan setelah tidak berpuas hati terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim pada 11 Mei lalu yang membenarkan semakan kehakiman Mohammad Nizar yang mencabar kesahihan pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar Perak. / KLpost

KES MB PERAK - KEPUTUSAN ESOK?


Perebutan kuasa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dengan Datuk Seri Zambry Abd Kadir berada di peringkat akhir di Mahkamah Rayuan hari ini.

Selepas pembentangan hujah peguam menteri besar BN itu selesai pagi tadi, yang diikuti hujah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai pencelah, petang ini giliran peguam Mohammad Nizar berbuat demikian.

Jika tiada pembentangan lain selepas itu, panel tiga hakim dijangka akan membuat keputusan seawal-awalnya esok.

Mahkamah mendengar rayuan Zambry terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur awal minggu lalu yang mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah.
~~Sumber Malaysiakini

PEGUAM ZAMBRY AKHIRI HUJAH- MAHKAMAH REHAT

Sebentar tadi panel hakim menangguhkan sidang setelah peguam yang mewakili Zambry mengakhiri hujahnya sejak pagi tadi.

Selepas ini bermula pada jam 12.15 petang, peguam DS.Nizar, Hj. Sulaiman Abdullah akan mengemukakan penghujahannya.

Setelah diteliti dari penghujahan peguam Zambry tadi didapati hampir sama dengan apa yang telah dikemukakan di Mahkamah Tinggi sebelum dari ini. ~~ Sumber idhamlim.blogspot.com

PILIHANRAYA LEBIH PENTING DARI NIZAR dan ZAMBRY

Hari ini mahkamah akan menjadi tumpuan kepada seluruh masyarakat terutamanya di Negeri Perak. Rakyat Perak telah lama menderita akibat permainan politik kotor yang dirancang oleh konspirator politik yang bangsat. Samada mahkamah boleh dipercayai atau tidak, samada Nizar masih diakui sebagai MB Perak atau tidak, ianya tidak lagi penting buat rakyat Perak kini. Rakyat Perak kini hanya mahukan satu perkara sahaja iaitu pilihanraya mesti diadakan semula di Negeri Perak. Lupakan mahkamah, lupakan Nizar dan persetankan makhluk-makhluk perosak demokrasi di Perak selama ini. Negeri Perak harus diselamatkan, rakyat harus diutamakan (meminjam kata-kata PMR - Perdana Menteri Rakyat).

Kita tidak tahu sampai bila rakyat di Negeri Perak sanggup bertahan lagi sekiranya Dun Perak tidak dibubarkan. Samada Nizar atau Zambry diiktiraf oleh mahkamah sebagai MB Perak yang sah, hakikatnya sistem demokrasi di Perak telah lumpuh dan rosak samasekali. Dewan Undangan Negeri yang merupakan lambang demokrasi serta tempat yang begitu mulia menjunjung demokrasi di Perak kini sudah musnah dan dewan tersebut kini ibarat kedai kopi di kampong-kampong sahaja. Kemuliaannya tercemar oleh `Musang Berjanggut' yang tamak dan rakus kuasa. Alangkah besarnya dosa mereka kepada rakyat jelata di Perak kerana perbuatan tangan-tangan kotor mereka sehinggakan dewan yang mulia tersebut tercemar sedemikian rupa. Betapa tergamaknya mereka mencemar nama baik institusi raja demi untuk menghalalkan perbuatan mereka. Perbuatan khianat mereka umpama `batu api' untuk memisahkan ketaatan rakyat kepada raja tidak boleh dimaafkan semudah itu.

Rakyat Perak sudah bosan dengan teori perundangan dari pelbagai pakar undang-undang dan beribu-ribu peguam bagi menghuraikan konflik politik yang melanda Perak ketika ini. Telinga Rakyat Perak sudah kebas untuk mendengar berbagai hujah dan ulasan oleh beribu-ribu penganalisa politik tentang keadaan di Perak. Bukan rakyat Perak sudah tidak percayakan lagi kepada sistem perundangan dan kehakiman, tetapi rakyat Perak telah melihat sendiri betapa undang-undang dipermainkan dan diputarbelitkan serta diolah mengikut selera mereka yang rakus dan durjana itu. Rakyat menjadi pertaruhan mereka untuk duduk di kerusi kuasa yang mungkin pada mereka kuasa yang mereka idamkan itu akan kekal sehingga ke liang lahad.

Ingin saya menyelami hati nurani rakyat Perak seperti kata PMR (Perdana Menteri Rakyat) bahawa beliau mahu agar denyut nadi rakyat didengar. Kini, bukan denyut nadi rakyat yang telah kita dengar, bahkan degupan jantung mereka telah didengari di seintero dunia. Mereka mahu segala kerosakan demokrasi dipulihkan. Mereka bukan memuja Nizar, pasti juga tidak mahukan Zambry, tetapi mereka mahukan pilihanraya diadakan dan biarkan majoriti bakal menentukan pemimpin mereka. Hanya keberanian dan keikhlasan sahaja yang boleh memulihkan semula kestabilan di Perak. Persoalannya, adakah yang berani berkorban untuk rakyat?

WFAUZDIN NS
wfauzdin.blogspot.com

HUSAM TARIK DIRI BERTANDING ?

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dikatakan bimbang dengan trend kempen dan laporan media sekarang seolah-olah PAS berpecah kepada dua kumpulan ulama dan profesional.
Jika beliau kalah, masyarakat akan beranggapan profesional ditolak dan jika beliau menang seolah-olah ulama pula ditolak. Apabila ini berlaku, ia tidak baik kepada parti. ~~ Sumber Siasah

Rabu, 20 Mei 2009

PEMIKIR UMNO YANG TIDAK BOLEH BERFIKIR?

Kerajaan PR Selangor telah menggantung 1 tahun seorang `Tokoh Pemikir Umno' di Selangor iaitu Mantan MB Selangor dari menghadiri Persidangan Dun N. Selangor. Di antara kesalahannya adalahnya beliau tidak menghadiri perintah untuk hadir di dalam siasatan Selcat yang diwujudkan oleh dewan negeri tersebut bagi menyiasat beberapa kes penyelewengan di Selangor. Keengganan beliau untuk hadir di dalam siasatan tersebut menyebabkan beliau terlepas peluang untuk membersihkan nama dan imejnya yang kini dipandang buruk oleh rakyat Selangor khususnya.

Siasatan Selcet yang telah dilakukan secara terbuka serta disiarkan di dalam media internet, seharusnya diambil peluang oleh calon Ketua Pemuda umno yang kalah itu bagi membersihkan dirinya dari segala najis-najis kekotoran salah laku yang sering diperkatakan kepada beliau sewaktu beliau menjadi MB Selangor. Malang sekali, yang bersalah seringnya akan takut kepada bayang-bayang sendiri. Beliau memberi alasan untuk tidak hadir adalah kerana siasatan Selcet yang ditubuhkan oleh Dun Selangor itu adalah semata-mata bertujuan politik. Saya tidak faham, mengapa seorang Pemikir Umno terlalu jahil sedemikian rupa? Memanglah politik adalah asas kepada pemerintahan mana-mana kerajaan. Dewan itu sendiri adalah lambang kepada politik berdemokrasi dan semua pemimpin kerajaan serta dasar-dasarnya adalah dasar yang diluluskan oleh dewan iaitu oleh orang-orang politik belaka.

Apakah apabila kerajaan ingin menyiasat seseorang atas tuduhan salah laku maka itu semua dianggap politik belaka? Politik akan menjadi bersih jika dilaksanakan secara bersih tetapi tetap menjadi hina dan buruk jika orang politik menyalahgunakan kuasa politik mereka. Khir Toyo sewaktu menjadi MB Selangor adalah juga pemimpin politik, jika beliau tidak melakukan amalan rasuah, penyelewengan, pembaziran wang rakyat seperti melancong ke tempat Mickey Mouse atau sebagainya, maka sudah tentu beliau seorang pemimpin politik yang bersih. Tolong sebutkan di mana pengurusan dan pentadbiran kerajaan samada di Selangor mahupun Persekutuan yang tidak langsung terbabit dengan dasar politik pemerintah?

Persoalan rakyat sekarang mengapa terlalu kecut benar beliau dengan Selcat ini? Saya rasa jika beliau bersalah pun, Selcat tidak akan memenjarakan beliau seperti tahanan Akta ISA tanpa diberi peluang membela diri. Lihatlah sendiri mereka yang telah hadir di dalam siasatan tersebut, apakah sekarang mereka terpenjara tanpa bicara? Selaku seorang Pemikir Umno, saya tidak percaya beliau begitu dangkal pemikirannya. Jika benar beliau jahil tentang politik, saya rasa Pemuda Umno telah melakukan tindakan bijak apabila tidak memilihnya sebagai Ketua Pemuda Umno. Sekarang baru saya mengerti mengapa Najib tidak memilihnya mengetuai Perhubungan Umno Negeri selangor.

Saya dan mungkin ramai rakyat di Selangor tentunya kecewa apabila Khir Toyo gagal untuk memberanikan diri di dalam siasatan tersebut. Saya terlalu ingin melihat imej Khir Toyo dapat dibersihkan sebersih-bersihnya kerana sebelum ini saya anggap Khir Toyo memang `bersih' apatah lagi beliau terlalu mengambil berat tentang rakyat bahkan mengambil berat tentang `lembu yang terkorban' di Selangor baru-baru ini.



WFAUZDIN NS
wfauzdin.blogspot.com

PAS TETAP SOKONG PKR DI DUN PENANTI - YDP PAS PERMATANG PAUH

Terdapat khabar angin tersebar kononya PAS Permatang Pauh memboikot Pilihanraya Kecil Penanti. Malah YDP Pas Kawasan Hj Omar Hassan difitnah dengan dikatakan mengeluarkan arahan melarang ahli Pas mengundi calon keADILan.

Harakah semalam menyiarkan, Yang Dipertua PAS Permatang Pauh merangkap Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri (JPN), Omar Hasan menafikan telah mengeluarkan kenyataan melarang ahli PAS mengundi calon Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dr Mansor Othman pada pilihan raya kecil N12 Penanti pada 31 Mei ini.

Ujarnya, dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Permatang Pauh baru-baru ini tiada agenda perbincangan berkaitan isu tersebut dan beliau hairan bagaimana tiba-tiba kenyataanya ada dalam blog yang sengaja dicipta untuk memperkecilkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti, Mohamad Fairus Khairudin.

"Saya tidak tahu menahu tentang isu itu melainkan setelah diberitahu oleh rakan tengahari tadi.

che'GuBard dengan ini menegaskan ini semua taktik dan strategi jahat Bn yang takut hendak turun sebaliknya akan berusaha bersungguh - sungguh untuk mengalihkan undi sebanyak mungkin kepada calon bebas. Kepada semua jentera jangan leka dan alpa kerana menurut sumber dalaman Bn, jentera mereka khususnya Umno akan tetap digerakkan untuk menyokong calon bebas.

Sementara itu ketika berceramah bersama Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim tiga hari lalu, Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli menyeru semua jentera PAS berkampung di Penanti bermula 23 Me ini iaitu selepas hari penamaan calon di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jalan Mengkuang, Bukit Mertajam.

Sebelum itu juga Pengarah Jentera Pilihanraya PAS Pusat, Dato' Mustaffa Ali dan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man sepakat dalam kenyataan akhbar bahawa kerusi Penanti adalah milik KeADILan berikutan perjanjian yang termaktub dalam Majlis Presiden kesemua parti gabungan Pakatan Rakyat. ~~ Sumber Chegubard.blogspot.com

BILA WANITA CINA MENGHORMATI TOK GURU

Ayunya bila melihat Cik Eli bertudung litup. Biarpun tidak menutupi keseluruhan rambutnya. Namun kesediaan Eli itu jelas sekali mencabar kewibaan wanita Melayu Islam sendiri terutamanya Wanita dan Puteri UMNO. Itulah dia imej terbaru Elizabeth Wong, Exco Kerajaan Negeri Selangor dan ADUN Bukit Lanjan yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini berhubung dengan "gambar separuh bogelnya". Eli hadir dalam satu ceramah Pakatan Rakyat dengan mengenakan sepasang baju kurung dan bertudung di Taman Puspa, Kok Lanas Kelantan baru-baru ini. Turut hadir pada majlis tersebut Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman, Naib Yang Dipertua PAS Ketereh, Senator Dato’ Ahmad Rusli Ibrahim dan Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pusat, Hu Pang Chaw Dalam pada itu, ketika menyampaikan ceramahnya Eli juga melahirkan rasa terharu di atas nasihat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika beliau berdepan dengan peristiwa mengaibkan peribadinya baru-baru ini. “Nasihat Tuan Guru membuatkan saya merasa tenang menghadapi segala dugaan dan cabaran. Tuan Guru adalah the best and the great. “Saya akan ingatkan nasihat Tuan Guru selama-lamanya. Benar kata Tuan Guru, sabar itu separuh daripada iman. Saya terima hakikat itu dengan penuh keyakinan,” ujarnya.

Di dalam ceramahnya juga, beliau menyatakan Kerajaan Selangor mendedahkan ada pihak mengadu sukar melaksanakan projek di negeri terbabit kerana tidak ada budaya suapan sejak diterajui kerajaan Pakatan Rakyat. Eli berkata, ketelusan yang diamalkan menyebabkan budaya suapan yang berleluasa di bawah kerajaan terdahulu tidak lagi berlaku sekarang. Katanya, budaya suapan tidak berlaku kerana pemimpin kerajaan Pakatan Rakyat tidak pernah menggunakan wang rakyat untuk tujuan peribadi seperti makan angin ke Disneyland atau jumpa Mickey Mouse dan Donald Duck."Tapi wang rakyat digunakan untuk rakyat. Contohnya kerajaan negeri mengadakan skim Takaful untuk warga emas seperti dilaksanakan di Kelantan. “Kerajaan Selangor juga akan menubuh tabung khas bayi baru lahir. Dan apabila usianya meningkat 18 tahun mereka boleh keluarkan tidak kurang dari RM1,500,” katanya. Oleh itu Elizabeth mendedahkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor banyak menerima tekanan pelbagai pihak termasuk UMNO dan golongan kapitalis sejak memerintah. Bagaimanapun katanya, tekanan itu tidak mematahkan semangat kerajaan yang sentiasa menyedari mendapat sokongan padu rakyat. “Kita tidak takut kepada sebarang tekanan. Kita dipilih oleh rakyat. Maka amanah rakyat menjadi kewajipan kita. Tidak ada sebab untuk takutkan kepada tekanan,” jelasnya. Menurutnya juga keseluruhan rakyat Selangor menerima baik kerajaan sekarang kerana banyak membawa pembaharuan kepada kestabilan tanpa mengira kaum. Turut hadir pada majlis tersebut Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman, Naib Yang Dipertua PAS Ketereh, Senator Dato’ Ahmad Rusli Ibrahim dan Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pusat, Hu Pang Chaw.
~~Sumber Pahangdaily


RAKYAT TENTUKAN KERAJAAN - BEKAS PEGUAM NEGARA


BANDARAYA MELAKA – “Mungkin sudah tiba masanya rakyat Perak diberi peluang menggunakan hak mereka bagi menentukan kerajaan pilihan mereka,” kata Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Tan Sri Abu Talib Othman.

Perkara itu adalah selaras dengan prinsip hak asasi manusia dan hanya kerajaan yang stabil akan dapat memastikan hak kepada keamanan dan pembangunan.

Beliau berkata demikian semalam dalam satu kenyataan akhbar terhadap insiden di Perak yang dibangkit dan dibincangkan dalam mesyuarat bulanan Suhakam 11 Mei lalu.

Katanya, insiden yang berlaku semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak 7 Mei lalu, polis dan kakitangan awam bertindak bersama kerajaan yang memperoleh kuasa dengan keadaan yang kontroversi.

“Ia sekali gus membelakangkan prinsip hak asasi manusia walaupun kerajaan boleh berubah, namun mereka yang bertugas dalam polis dan pentadbiran mesti tetap setia kepada kepentingan awam dan menghormati hak asasi manusia.

“Usul memecat Speaker Dewan yang sah dan pengusiran beliau dari dewan serta tindakan polis menyebabkan kebimbangan dalam kalangan ahli masyarakat keseluruhannya.

“Seterusnya menimbulkan persoalan sama ada kepentingan politik mengatasi kepentingan awam,” katanya semalam.

Menurutnya, Malaysia adalah negara demokratik yang berpegang kepada hak asasi manusia dan sistem perundangan adil.

Namun, kecelaruan yang berlaku pasti meninggalkan titik hitam dalam usaha kita mempromosi prinsip demokrasi dan hak asasi manusia.

Sehubungan itu, katanya kerajaan diharap akan dapat bertolak ansur dan menghargai demonstrasi awam secara aman berbanding polisi dan tindakan yang dianggap kurang popular.
~~Sumber Sinar Harian

Selasa, 19 Mei 2009

Y.A.B IR NIZAR KE ISTANA TADI?


Menurut sumber dari pihak Istana Iskandariah bahawa YAB. Dato' Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin telah diperkenan mengadap oleh DYTM Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin di Istana Iskandariah Kuala Kangsar jam 12.30 tengahhari tadi.

Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat yang telah disahkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 Mei yang lepas itu telah diperkenan mengadap selepas Majlis Penanugerahan Pingat Sempena Keputraan DYMM Sultan Perak pada pagi tadi.

Beliau telah mengadap Raja Muda sekitar 15 minit dan saya masih belum dapat mengesahkan apakah perkara yang dititahkan oleh Raja Nazrin kepada DS. Nizar dan apa pula yang dipersembahkan oleh DS. Nizar kepada Raja Nazrin.

PRK DUN PENANTI - AWAS! CALON `HALIMUNAN' MUNCUL

Gelanggang pertarungan hampir dibuka di Dun Penanti. Sehingga kini kelihatan calon PKR yang mewakili PR sedang melakukan warm-up bagi mengharungi pertarungan yang pastinya hebat nanti. Bukan calang-calang pertaruhan di Dun penanti, tetapi pertaruhan di sana adalah maruah parti. Pihak lawan yang ditunggu-tunggu dan dijangkakan akan memberi tentangan hebat kepada PR adalah Umno, malangnya belum pun gendang pertarungan dibunyikan, pendekar Umno menarik diri. Walhal sebelum ini, guru kepada segala pendekar Umno ini begitu lantang bersuara seolah-olah mereka lah yang paling kuat dan gagah.

Gelanggang sudah disediakan dan pertarungan wajib diadakan juga. Pedulikan samada Umno berani atau tidak, pedulikan juga ribuan alasan yang diberikan oleh Umno untuk tidak menunjukkan `jantan' mereka di Dun Penanti. Apa yang penting, jika tiada calon sekalipun yang sanggup berdepan dengan PR di Dun Penanti, pendekar kita mesti juga mempersembahkan `lenggok tari pendekar'nya. Itulah pahlawan sebenarnya, tiada musuh kita ubah rentak kepada `tarian dan lenggok silat pulut' sahaja. Namun saya yakin, MUSTAHIL mereka ingin melihat pendekar kita bersilat pulut. Mereka pasti ingin melihat pendekar kita ditentang, jika tidak dapat ditewaskan pun mereka berasa puas sekiranya pendekar kita dapat dicederakan.

Siapakah calon yang bakal mendapat tajaan bertuah nanti? tidak mustahil ada calon yang ditaja dan mungkin juga yang beroleh pendapatan lumayan dengan hanya sanggup menarik diri agar tidak terlalu ramai berada di dalam gelanggang itu nanti. Strategi mereka di Dun bukit Selambau terbukti memakan diri apabila terlalu ramai pendekar berada di dalam gelanggang untuk berdepan dengan pendekar dari PR. Mereka telah belajar dari peristiwa di Bukit selambau dan amat bodoh sekiranya mereka masih berharap strategi yang serupa.

Pakatan Rakyat dipercayai tidak akan leka dan alpa dengan situasi sekarang. Biarpun Umno tidak meletakkan calon mereka, PR mestilah sentiasa menganggap dan mengandaikan sesiapa jua yang berdepan dengan mereka di Dun Penanti nanti adalah `jelmaan Umno'. Anggaplah Umno seperti `halimunan' atau makhluk yang boleh merupa-rupa dan kadangkala ghaib serta menyerap ke dalam jasad orang lain. Apa yang penting, kuatkan iltizam dan perpaduan di kalangan PR agar rakyat akan terus dapat dibela meskipun Umno tidak lagi sanggup menjadi pembela atau wakil mereka di Dun Penanti.


WFAUZDIN NS
wfauzdin.blogspot.com

1,000 ahli Umno Kangar keluar parti?

Tindakan ahli-ahli Umno yang didakwa melompat parti untuk menyertai PKR secara terbuka di Perlis, khususnya di Kangar, menimbulkan tandatanya apakah ianya tanda membantah pelantikan Menteri Besar, Datuk Seri Md Isa Sabu sebagai pengerusi Umno negeri yang baru.

Dr Md Isa yang juga ADUN Bintong, merupakan ketua Umno bahagian Kangar.

Malaysiakini difahamkan seorang bekas pemimpin Umno bahagian Kangar telah mengisytiharkan keluar parti itu bersama-sama kira-kira 1,000 ahli parti itu untuk menyertai PKR, bulan lalu.

Ketika dihubungi Malaysiakini, seorang pemimpin Umno bahagian tersebut yang tidak mahunya disebut, mengesahkan perkara itu berlaku tetapi berkata, tidak tahu apa puncanya.

mat isa sabu md isa sabuBeliau juga mengesahkan kumpulan tersebut bertindak keluar Umno selepas selepas Dr Md Isa dilantik menerajui Umno Perlis, menggantikan bekas menteri besar, Datuk Seri Shahidan Kassim pada 24 April lalu.

"Mereka buat (keluar) secara terbuka," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Ditanya sama ada bekas pemimpin Umno itu mempunyai masalah dengan Dr Md Isa, beliau berkata: "Saya tak tahu".

Shahidan dilantik MT

"Tetapi setahu saya, bekas pemimpin Umno berkenaan, turut menghadiri perhimpunan agung Umno hujung Mac lalu," tambahnya.

Ia, tambahnya, diikuti pula dengan penubuhan bahagian DAP di ketiga-tiga bahagian - Padang Besar, Kangar dan Arau - yang dirasmikan dua minggu yang lalu.

Kemelut politik Umno di Perlis tercetus selepas pilihanraya umum 2008 apabila Shahidan tidak dilantik semula sebagai menteri besar.

Shahidan juga enggan melepaskan jawatan pengerusi Umno negeri kepada Dr Md Isa.

Bagaimanapun bulan lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rombakan pengerusi Umno negeri-negeri.

Najib yang juga presiden Umno melantik Dr Isa Sabu mengetuai Umno Perlis.

Jawatan kosong

Datuk Zahidi Zainul Abidin yang juga ketua Umno Padang Besar, dikekalkan sebagai timbalan pengerusi Umno negeri.

shahidan kassimManakala Shahidan yang juga ketua Umno bahagian Arau, pula dilantik sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Mengenai badan perhubungan Umno negeri, setakat ini, Dr Md Isa belum lagi mengisi kekosongan bagi jawatan setiausaha, bendahari dan ketua penerangannya.

Sebelum ini, Datuk Hashim Suboh yang merupakan penyokong kuat Shahidan memegang jawatan ketua penerangan Umno negeri.

"Kalau dulu ada juga orang lobi-melobi jawatan tersebut, tapi sekarang orang macam tak peduli," kata seorang pemimpin Umno negeri itu.

"Sampai sekarang orang tertanya-tanya (siapa yang akan mengisi jawatan itu)," tambahnya.

Perlis mempunyai tiga bahagian meliputi 330 cawangan dengan sejumlah kira-kira 54,000 ahli.

~~Sumber Malaysiakini

UMNO TIDAK BERTANDING , PAK LAH MUNGKIN KETAWA

Adakah ianya merupakan satu strategi atau muslihat Umno apabila mengumumkan bahawa Umno/Bn tidak meletakkan calonnya di Dun Penanti? Semuanya akan terjawab pada hari penamaan calon tidak beberapa lama lagi. Jika ianya merupakan satu muslihat umno, kita harus puji kehebatan Najib di dalam mengatur strategi ini. Jika sememangnya Umno/Bn nekad tidak akan menyertai Pilihanraya Kecil Dun Penanti nanti, itu juga merupakan satu kehebatan malahan keajaiban buat Umno di bawah Najib. Satu rekod tercipta di bawah pemerintahan Najib dan pastinya akan dikenang sampai bila-bila hatta ketika Umno disemadikan.

Saya tidak dapat bayangkan ketika ini bagaimana besarnya ketawa Pak Lah apabila Umno di bawah Najib awal-awal pemerintahannya sudah mula `mengibarkan bendera putih' kepada musuh politiknya. Pak Lah pasti terkenang sewaktu era pemerintahannya, segala kelemahan beliau dikorek sedalam-dalamnya dan beliau dianggap terlalu lemah memimpin Umno sehingga tergadai 5 buah negeri ke tangan PR. Segala kekuatan PR dan kebangkitan rakyat menentang rejim Umno/Bn ketika itu dianggap kelemahan Pak Lah. Namun, harus diingat selemah-lemah Pak Lah pun, Pak Lah sanggup mati dalam gelanggang berdepan dengan musuh. Bagaimana pula dengan Najib sekarang? Kepada ahli-ahli Umno/Bn yang masih berharap agar pengganti kepada Pak Lah ini adalah yang terkuat, gagah, berani dan bersih, elok lupakan sahaja pengharapan anda semua. Terbukti anda gagal menemui pemimpin yang anda hajati kerana pemimpin seperti itu hanya ada di seberang sana iaitu di dalam PR.

Apabila Umno/Bn menyatakan tidak akan meletakkan calonnya di Dun Penanti, ini bererti Umno/Bn tidak berniat untuk membela rakyat di Penanti atau telah berpuas hati dengan kebaikan calon PR di situ. Jika Umno/Bn menganggap PR tidak boleh menguruskan kebajikan rakyat dengan baik, sudah pasti inilah peluang terbaik Umno/Bn untuk meletakkan calonnya yang dikatakan lebih baik. Tetapi ini tidak dilakukan, maka bererti Umno/Bn mengakui bahawa PR sememangnya mampu mewakili rakyat di kawasan tersebut.

Andaian bahawa Umno/Bn sebenarnya takut bertanding di Dun Penanti juga boleh diterima akal. Umno/Bn sudah tentu tidak mampu mengalami `luka' parah sekali lagi setelah beberapa tragedi yang berlaku terhadap Umno/Bn sejak kebelakangan ini. Bukan soal wang ringgit yang dikatakan membazir jika Umno menyertai pilihanraya tersebut kecuali jika Umno/Bn merasakan wang ringgit lebih penting dari kebajikan rakyat di Dun Penanti. Mungkin juga Umno/Bn merasakan wang ringgit lebih penting dari maruah Umno/Bn itu sendiri. Kemungkinan juga Umno/Bn lebih berselera dengan Perak daripada Penanti, maka Umno/Bn kini lebih menumpukan strategi mereka di Perak sekarang.

Kepada PR khususnya di Penanti, tenaga dan kekuatan bersama haruslah digembeling agar kemenangan di Dun Penanti nanti akan menjadi sumber kekuatan dan semangat juang rakyat di Perak pula. Ujian terhadap kesepakatan PR terutamanya di antara PAS dan PKR akan diuji di Penanti dan ianya akan berterusan sehingga ke Perak. Calon Dun Penanti bagi PR adalah dari PKR, oleh itu PAS serta DAP mesti menunjukkan semangat yang tinggi bagi membantu calon PKR tersebut. Begitu juga di Perak, MB Perak adalah Adun dari PAS, maka PKR serta DAP wajib mempertahankannya. Sekiranya di Dun Penanti berjaya mempamirkan semangat kerjasama yang kuat di kalangan PR, percayalah di Perak kita pasti mendapat kemenangan, InsyaAllah.


WFAUZDIN NS
wfauzdin.blogspot.com

Isnin, 18 Mei 2009

TAHNIAH - KEMENANGAN RAKYAT DI PENANTI

Akhirnya Umno mengangkat tangan dan mengibarkan bendera putih. Maka, PKR akan berhadapan hanya dengan calon proksi mereka iaitu calon bebas di Penanti. Umno sememangnya tidak berminat untuk berkhidmat kepada rakyat di Dun Penanti sebab itu mereka melepaskan tanggungjawabnya walaupun di peringkat pusat mereka memerintah.

Hanya rakyat Penanti akan membalas perbuatan Umno tersebut. Malang bagi calon bebas yang menjadi `ayam laga' . Ulasan lanjut akan menyusul.


`KIPAS LIPAS' SYED ALI ALHABSHEE


Datuk Wira Syed Ali Alhabshee satu nama yang senonim dengan `kumpulan kipas ligat'di dalam Umno. Pada mulanya selepas beliau yang dikenali di antara orang yang begitu kuat mendesak Pak Lah meletak jawatan, saya jangkakan sudah tentu beliau di antara mereka yang terpilih di dalam kabinet baru Najib. Malangnya nama Mej Jen (B) Jamil Khir dan beberapa orang lagi yang tidak kuat `mengipas' dapat tempat di dalam kabinet Najib bahkan mereka bukan pemimpin Umno pun. Kaki kipas pemimpin Umno Ceras ini masih di situ juga dan masih memegang kipasnya.

Sebelum ini banyak kata-kata beliau yang `lebih sudu dari kuah' dan kadangkala lucu, kadangkala menampakkan kebodohan yang terlampau pemimpin ini. Memang wajar pun, Ceras lingkup di tangan PKR kerana Umno di sini dipimpin oleh manusia yang hanya tahu memegang kipas. Kehebatan beliau mengipas mengalahkan tukang kipas sate Kajang. Dahulu beliau mengata macam-macam terhadap DS Anwar sehinggakan mendesak kerajaan menangkap DS Anwar kononnya DS Anwar adalah batu api kepada rakyat di Perak. Batu Api DS Anwar pun, rakyat di Permatang Pauh bertambah suka kepadanya. Ceras bagaimana pula wahai Pak Syed?

Dan yang terbaru, beliau memberi amaran kepada Hindraf agar jangan mencabar kerajaan pula. Wah, Pak Syed ini perasan seolah-olah dia ketua kerajaan. Gaya bercakapnya seperti PM atau setidak-tidaknya seperti KPN. Beliau fikir rakyat tidak tahu bahawa beliau ini hanya pemimpin Umno Ceras yang sudah tidak ada lagi sokongan orang Melayu di Ceras kepada partinya. Saya fikir sebab itulah Najib tidak memandang sikit pun kepada Pak Syed ini apatahlagi untuk ditabalkan menjadi menteri atau timbalan sekalipun walaupun sekuat mana `kipasan' beliau terhadap kepimpinan Najib. Pak Syed hanya ada `kipas lipas' yang dipegang oleh pelawak A.K Jailani di dalam filem arahan P.Ramlee.


WFAUZDIN NS
wfauzdin.blogspot.com