Sabtu, 11 Julai 2009

TAHNIAH US NASHA, PERSETANKAN HASUTAN MSO

Oleh: WFAUZDIN NS

TAHNIAH. Itu sahaja yang dapat saya ungkapkan kepada Us Nasha, Timbalan Presiden Pas yang sanggup turun berkempen di Manek Urai walaupun baru sahaja mengalami pembedahan ususnya. Sewajarnya Us Nasha berehat akibat pembedahan tersebut, tetapi perjuangan Islam tidak pernah kenal erti rehat. Hajat dan cita-cita Umno untuk melihat Timbalan Presiden Pas ini seperti terasing di bumi Kelantan nampaknya sia-sia. Orang-orang Kelantan berilmu agama yang tinggi dan ugama tidak mengajar kepada permusuhan tetapi sebaliknya bermaafan apatah lagi sesama jemaah Islam.

Berita dari Malaysiakini melaporkan, Us Nasha telah pun berada di Manek Urai dan sempat bersembahyang Sunat Dhuha bersama Mursyidul Am serta Presiden Pas pagi tadi. Selepas ini beliau dijangka mempunyai program yang padat dan sudah tentunya setiap program beliau akan menjadi tumpuan. Ini lah kehebatan Pas, segala kekusutan boleh dileraikan dengan penuh hikmah dan bijaksana tanpa mengambil masa yang panjang. Pemimpin Pas sentiasa menganggap setiap kritikan terhadap mana-mana pemimpin di dalam Pas adalah merupakan ubat yang paling mujarab untuk menyegarkan Pas. Kini, Pas kembali bertenaga dan begitu bersemangat untuk terus mengkebumikan Umno musuh tradisi mereka.

Tiada siapa yang tidak seronok melihat kembalinya perpaduan yang jitu di dalam saf kepimpinan dan juga seluruh jemaah Pas sekarang kecuali seorang. Saya tidak bermaksud kepada Umno kerana Umno sudah semestinya bersikap sedemikian dari dulu, kini dan selamanya. Saya tahu bahawa terdapat seorang Penulis yang dikenali sebagai MSO masih berusaha menjalankan kerja-kerja yang lazimnya dilakukan oleh `Syaitan dan Iblis' untuk memecah belahkan perpaduan di dalam jemaah Islam. Jika saudara baca di dalam tulisan beliau di dalam blognya di sini, saudara akan tahu hati perut MSO ini. Bukan tujuan saya untuk mengulas panjang tentang niat sebenar MSO di dalam tulisan beliau itu kerana ianya telah diulas di dalam blog ini. Baca di sini.

Pendek kata, MSO masih memandang serong perdamaian yang telah berlaku di antara Mursyidul Am Pas dengan Us Nasha. Penulis murahan tersebut menghasut agar Us Nasha tidak perlu berada satu pentas bersama Mursyidul Am Pas dan jika boleh Us Nasha tidak perlu hadir langsung ke Manek Urai. Sebelum ini penulis yang sama pernah berdoa agar Mursyidul Am Pas terbuka hatinya untuk bersama berpadu dengan Umno. Doa yang menjurus kepada keruntuhan dan kerosakan perjuangan dan jemaah `haram' untuk di`amin'kan. Kesimpulannya, MSO masih bermimpi agar Pas tetap menubuhkan Kerajaan Perpaduan bersama Umno walaupun isu tersebut telah selamat disemadikan oleh Pas.

Kepada rakyat di Manek Urai, kehadiran Us Nasha pasti memperkuatkan lagi semangat mereka untuk terus membenam Umno di bumi Kelantan ini. Tidak perlu lagi pemimpin Pas yang lain untuk menjawab segala dakwaaan terhadap Pas berkaitan isu Kerajaan Perpaduan mahu pun isu tentang perpecahan yang kononnya berlaku di dalam kepimpinan Pas, memadai Us Nasha sahaja yang akan menjawabnya. Ini sudah pasti akan membuat Umno menjadi terkedu dan hilang punca. Umno sudah kekeringan idea di Manek Urai. Umno kini tertekan dengan pelbagai cabaran oleh Pas. Cabaran debat berkaitan Islam dan debat berkaitan royalti minyak kesemuanya ditepis oleh Umno kerana mereka sudah tidak mampu berhujah lagi. Akhirnya Umno kembali kepada cara lama dan lapok iaitu dengan menggunakan media di bawah kawalan mereka. Lihatlah, di RTM TV 1 di bawah menterinya Rais Yatim telah pun menyediakan slot khas tentang Pakatan Rakyat yang menggambarkan betapa PR kini goyah.

Umno teramat kecewa bila PR berjaya menyelesaikan beberapa masalah dengan terlalu mudah. Krisis keyakinan di Kedah kini sudah selesai. Krisis Kg Pala di P.Pinang sudah semakin ke penghujungnya apabila KM P.Pinang menunjukkan sikap terbuka beliau di dalam apa jua isu. Semua ini menakutkan Umno. Pimpinan mereka yang hadir di Manek Urai sendiri mempunyai pelbagai masalah. KJ dengan masalah rasuah politik wangnya, Hishamuddin pula dengan kegagalan beliau menyatukan Umno di Terengganu. Muhyiddin pula ditekan begitu hebat sehingga terpaksa menarik kembali dasar PPSMI bermula 2012. Tahu atau tidak kita semua bahawa tahun 2012 adalah masa untuk Piliharaya Umum yang tempohnya berakhir pada 2013? Ini semua sudah dapat dihidu awal lagi dan Umno tidak boleh mengakui mereka pintar di dalam mainan politik seperti ini.

Penghujung kalam ini, saya menyeru agar seluruh pengundi di Manek Urai berfikir dengan tenang dan bijak sebelum mengambil keputusan untuk memilih calon mereka di Manek Urai. Setelah mereka `memijak dan menghina' seorang pemborong dan peraih ikan ini, maka mari kita sama-sama bersatu dan bangunkan insan yang bernama Abe Uji ini. Rakyat di Manek Urai lebih sanggup berada di bawah seorang pemborong atau peraih ikan daripada seorang cerdik pandai tetapi bersubahat membantu parti yang selama ini menindas negerinya sendiri. /wfauzdin.blogspot.com

KJ PAKAI KETAYAP GALI KUBUR `KERAJAAN PERPADUAN'

KJ dah serik ke nak buat program seperti ini lagi?
Oleh: WFAUZDIN NS

KALI pertama mungkin ramai yang dapat melihat bagaimana rupa KJ Ketua Pemuda Umno yang dikaitkan dengan rasuah memakai ketayap atau kopiah di atas kepala. KJ dalam siri ceramahnya kelihatan benar-benar kekeringan idea untuk disampaikan kepada pengundi-pengundi di Manek Urai sehinggakan sanggup `menggali' semula kubur `Kerajaan Perpaduan' yang telah ditalkinkan oleh Pas itu. Begitulah bankrapnya idea Umno di Manek Urai untuk mendapatkan simpati pengundi di situ. Apa yang dikempenkan oleh Ketua Pemuda rasuah itu? Jika berminat untuk melihat gambar KJ berkekopiah dan apa yang banyak beliau bangkitkan semasa ceramahnya, sila baca di sini.

Sasaran utama beliau di dalam kempennya adalah YB Husam Musa. KJ mengakui kehebatan Tuan Guru Nik Aziz, tetapi beliau menganggap MB Kelantan itu termakan hasutan YB Husam Musa terutamanya di dalam isu Kerajaan Perpaduan. Hebat sungguh YB Husam sehinggakan beliau mampu mempengaruhi Mursyidul Am Pas bahkan juga turut mempengaruhi Presiden Pas untuk menolak Kerajaan Perpaduan bersama parti rasuah Umno itu. Boleh kita bayangkan betapa marahnya KJ terhadap kegagalan Kerajaan Perpaduan yang diimpikannya itu kerana beliau tahu itulah satu-satunya senjata yang Umno ada untuk menikam Pas di kemudian hari.

Bertambah dungu lagi, KJ menuduh YB Husam juga adalah penghalang pembangunan di Negeri Kelantan. Bertambah-tambah baghal pemikiran menantu Pak Lah ini semenjak menjadi Ketua Pemuda Umno yang tidak terpilih menganggotai kabinet Najib itu. Masuk akalkan YB Husam penghalang kemajuan dan pembangunan di Kelantan? Rakyat Kelantan semua tahu apa yang telah dilakukan oleh YB Husam Musa untuk membangunkan ekonomi dan taraf hidup rakyat Kelantan. YB Husam lah tokoh yang paling lantang menuntut hak royalti minyak di Kelantan demi rakyat Kelantan. KJ mungkin tidak tahu perkara ini kerana boleh dikira kedatangan KJ ke Kelantan. KJ mungkin ingin menghilangkan rasa malu beliau sewaktu Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu di mana program beliau membawa pengundi-pengundi luar balik ke Kelantan memakan dirinya. Kali ini program tersebut tidak dilakukan, sebaliknya membawa pemidato-pemidato yang baru di`rekrut'kanya untuk berkempen di Manek Urai. Malangnya, sehingga kini pemidato-pemidato tersebut tidak mampu mengeluarkan suara di Manek Urai, maka terpaksalah KJ yang berpidato.

Tidak malukah KJ apabila berkempen dengan isu Kerajaan Perpaduan yang telah ditalkinkan oleh Pas itu? Tidakkah itu menunjukkan betapa kemaruknya Umno kepada Pas? Sewajarnya KJ menunjukkan contoh kempen yang berkualiti kepada pemidato-pemidato muda yang baru dilatihnya. KJ akan terus dijadikan bahan ketawa rakyat di Manek Urai jika beliau terus bercakap soal Kerajaan Perpaduan apatah lagi jika KJ bercakap pula soal agama.

Bagi rakyat di Manek Urai, biar berapa banyak sekali pun KJ bertukar kopiah dari warna hitan ke warna putih atau berserban dan berjubah sekali pun, rakyat sudah kenal KJ adalah seorang Ketua Pemuda Umno yang didapati terlibat dalam rasuah politik wang tetapi masih memegang jawatan dalam parti. Jika KJ berceramah pun, rakyat akan hadir untuk menontonnya tetapi sekadar beranggapan seperti menonton `wayang kulit' dari Umno. Persembahan wayang kulit sememangnya amat diminati oleh rakyat Kelantan, dan `patung wayang kulit' yang paling diminati adalah KJ sendiri. /wfauzdin.blogspot.com

MAHATHIR PUN TAK PERCAYA RUMAH KHIR TOYO RM3 JUTA?

Dr M: Isu banglo Khir boleh jejas moral Umno, BN
Jul 10, 09 5:54pm
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui kontroversi banglo mewah milik bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, boleh menjejaskan moral Umno dan BN.

Sehubungan itu beliau menggesa Dr Mohd Khir supaya menjelaskan punca pembiayaan rumah beliau yang dikatakan bernilai RM24 juta itu.

"Beliau perlu menjelaskan di mana beliau memperoleh wang... tak bolehlah kata RM3 juta. Saya pun ada rumah juga, rumah saya RM1 juta saya belanja di The Mines, rumah dia berapa kali besar daripada (rumah) saya," katanya.

Sebelum ini, ADUN DAP Sekincan, Ng Suee Lim membangkitkan isu pembelian dua lot tanah serta sebuah banglo mewah di Seksyen 7, Shah Alam oleh Dr Mohd Khir Toyo yang didakwanya berharga RM24 juta.

Media memetik Ng mendakwa jumlah itu tidak mungkin mampu dibiayai Dr Mohd Khir melalui pendapatannya selama lapan tahun menjadi menteri besar.

Bekas menteri besar Selangor itu, ketika diminta mengulas mengenainya, mengakui membeli dua lot tanah berserta sebuah banglo mewah terbabit tetapi dengan harga RM3.5 juta dan bukan RM24 juta seperti yang didakwa oleh Ng./Malaysiakini

DEBAT PASAL MINYAK PUN UMNO TAK BERANI?

Royalti: Husam ajak Mustapa debat
Lanjusoh
Sat | Jul 11, 09 | 12:04:30 am MYT

KUALA KRAI, 11 Julai (Hrkh) - Nampaknya pemimpin Umno sah terperangkap dengan isu royalti apabila cuba mengalihkan pula kepada Petronas bagi menjelaskan keadaan sebenar kepada rakyat Kelantan.

Petronas seakan-akan menjadi kambing hitam memikul tanggungjawab tersebut. Sedangkan segala keputusan terpikul di atas bahu Perdana Menteri.

Maka mengambil kira polemik tersebut anggota Exco kerajaan negeri, Dato� Husam Musa mencabar Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato� Mustapa Mohamed berdebat mengenai isu royalti.

"Setakat yang kita dapati hujah undang-undang dan dokumen menyebelahi Kelantan.

"Sebab itulah kita cadangkan diadakan satu forum (debat) di Manek Urai, di mana Dato' Mustapa Mohamed mewakili kerajaan Malaysia dan Petronas dan saya mewakili kerajaan Kelantan," katanya ketika ditemui pada program Cakna Keluarga di sini petang tadi.

Husam juga berkata, pada 3 Ogos depan beliau akan menganjurkan lawatan bersama anggota parlimen Pakatan Rakyat meninjau kawasan pelantar Cekerawala.

Katanya, kita telah menempah bot laut dalam yang boleh memuatkan ramai penumpang dan ramai anggota parlimen Pakatan Rakyat akan dijemput.

"Saya juga hendak jemput Mustapa dan Khairy Jamaluddin bersama dalam tinjauan tersebut . Jadi kalau mereka bersungguh-sungguh hendak bersatu hendaklah mereka membayar royalti kepada kerajaan Kelantan.

"Ada masa lima enam jam di atas kapal itu kita boleh bincang masalah tersebut," katanya.

Beliau berkata, biar pun diminta Petronas menjawab tetapi beliau yakin kerajaan masih lagi mempunyai kuasa politik untuk mempengaruhi Petronas memberi jawapan politik.

"Jadi kita berharap Petronas tidak memberi jawapan politik dan memberi jawapan yang berasaskan undang-undang dan keadilan.

"Jadi tekanan politik adalah mustahak biar rakyat tahu dengan maklumat-maklumat dan mereka tidak boleh lagi menyembunyikan hak rakyat Kelantan," katanya.

Surat kepada Perdana Menteri bagi menuntut royalti dihantar sebulan lalu dan tiga bulan lepas Menteri Besar juga menghantar surat kepada Tan Sri Hassan Merican bagi mencadangkan pendaratan gas dari PM301 ke Bachok.

Lokasi yang dituntut ialah kawasan bersama Thailand � Malaysia dan tuntutan bersama itu ada di bawah satu akta yang diluluskan Parlimen pada 1990. - mj _

KEPUTUSAN POLL KRISIS DAP DI KEDAH

KRISIS politik di antara DAP Kedah dengan kerajaan PR di Kedah telah pun berakhir. Ternyata kebijaksanaan pimpinan PR terutamanya MB Kedah telah berjaya menggagalkan cita-cita Bn di Kedah untuk melihat negeri itu kucar kacir. Oleh kerana krisis tersebut telah berakhir, maka blog ini ingin menamatkan pungutan Poll berkaitan isu tersebut.

Mulai hari ini 11 Jul 2009, Poll berkenaan telah ditutup dengan hanya sempat disertai oleh 200 pengunjung blog setakat ini. Soalan yang telah dikemukakan adalah seperti berikut:
"DAP KEDAH MAHU KELUAR DARI PR, APA PENDAPAT ANDA?"
Keputusan Poll adalah seperti berikut:

a. Biar DAP Keluar - 32 %
b. DAP Kena Fikir Semula - 41 %
c. Biar PAS dan PKR Tetap Kekal - 7 %
d. Terpulang Pada DAP - 18 %

Pungutan Oleh: wfauzdin.blogspot.com

Jumaat, 10 Julai 2009

AKTA ISA LEBIH TERUK DARI `MENATE BERUK' ?


Nik Aziz: ISA lebih teruk daripada 'binatang'
Jul 10, 09 1:39pm
Menjawab serangan terhadap ucapannya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap pemimpin lebih teruk daripada istilah "binatang".

"Kezaliman Umno menggunakan ISA ke atas pembangkang yang tidak bersalah lebih teruk daripada perkataan itu," kata menteri besar Kelantan kepada Bernama hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan media yang menyebut beliau mengeluarkan kata-kata kesat, termasuk binatang atau "menate" dalam loghat Kelantan dalam satu majlis ceramah di Manek Urai dua malam lalu.

Nik Abdul Aziz, yang juga mursyidul am PAS, juga berkata beliau tidak berminat menjawab cabaran dan persoalan yang ditimbulkan oleh timbalan perdana menteri berhubung isu dasar Islam PAS.

Menurut laporan agensi berita itu lagi, beliau tidak mahu melayan sebarang cabaran termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin selagi Datuk Seri Najib Razak tidak menjawab surat rasmi beliau mempelawa perdana menteri berdebat dengannya secara terbuka.

"Saya tak (berminat) nak jawab segala cabaran dan persoalan yang ditimbulkan oleh timbalan presiden Umno (Muhyiddin) itu kerana surat pelawaan saya untuk berjumpa dan mengadakan perdebatan dengan PM tidak dijawab," Nik Aziz dipetik berkata.

Beliau diminta mengulas kenyataan Muhyiddin yang mencabarnya membuktikan dakwaannya bahawa Umno tidak memperjuangkan Islam.

Ketika menyampaikan ceramah dalam kawasan pilihanraya kecil DUN tersebut dua malam lalu, Muhyiddin dipetik berkata, fakta membuktikan bahawa Umno sejak penubuhannya pada 1946 terlebih dahulu memperjuangkan Islam daripada PAS dengan mengusahakan
kemerdekaan negara, yang juga tuntutan fardu kifayah.

"Ambo (saya) tak akan jawab selagi dia tak jawab surat ambo, lagipun apa yang dia faham lain, apa yang ambo faham lain," kata Nik Abdul Aziz lagi./Malaysiakini

STRATEGI YANG MENGEJUTKAN UMNO DI MANEK URAI

Nasharuddin jadi buruan media
Jul 10, 09 12:51pm
kemaskini 2.30pm Nasharuddin Mat Isa terus menjadi buruan media di Manek Urai apabila muncul ura-ura timbalan presiden PAS itu telah tiba di Kota Bharu pagi ini untuk berkempen di pilihanraya kecil DUN tersebut.

Beliau dijangka hadir di pasar Laloh petang ini bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas dilaporkan mendapat rawatan di Hospital Serdang semalam.

nasharuddin mat isa manek urai by electionSetelah tiba di lapangan terbang Pengkalan Chepa, Nasharuddin dikhabarkan ke markaz gerakan PAS Terengganu di Laloh dan akan menunaikan solat Jumaat di kampung tersebut.

Sementara kedengaran juga ura-ura beliau akan bersolat bersama calon PAS Mohd Fauzi Abdullah di masjid Lata Rek - bagaimanapun beliau tidak hadir.

Mohd Fauzi, yang dijadualkan berada di kawasan tersebut, hadir bersama Nik Aziz yang turut menyampaikan khutbah.

Sebelumnya, dalam sidang media harian PAS, Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Abdul Fatah Harun berkata kehadiran Nasharuddin sebagai sebahagian "strategi kejutan" parti untuk mengekalkan kemenangannya di Manek Urai.

Strategi yang sama termasuklah menaikkan poster Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang walaupun sebelum penamaan calon ketiadaan poster ahli parlimen Marang itu menjadi isu.

Abdul Hadi dan Nasharuddin menjadi fokus utama susulan sikap politik mereka yang bertentangan dengan Nik Abdul Aziz, yang juga mursyidul am PAS, berhubung kerajaan perpaduan.

Ketidakhadiran ahli parlimen Bachok untuk mengiringi Mohd Fauzi pada hari penamaan calon menimbulkan minat besar di kalangan pengamal media dengan masing-masing terus membuat spekulasi dan mendapatkan pengesahan punca "kehilangannya."/Malaysiakini

ORANG MANEK URAI KENA TAHU SIAPA MUHYIDDIN

Muhyidin Yassin gadai maruah Melayu Johor
Muhammad Yusri Amin
Thu | Jul 09, 09 | 4:56:38 pm MYT

KUALA KRAI, 9 Julai (Hrkh) - Masihkah anda ingat siapa yang bertanggungjawab memberi ruang lebih besar kepada penduduk dari Singapura memilik banyak hartanah di Johor.

Akibat daripada dasar terbuka itu menyebabkan banyak tanah rezab Melayu di daerah Johor Bahru tergadai.

Orang yang bertanggungjawab memberi kelulusan tersebut ialah pemimpin yang mengetuai kerajaan Johor pada 1989 hingga 1995.

Itulah pengenalan ringkas bagi mengenali siapa Tan Sri Muhyidin Yassin yang dikaitkan dengan tragedi yang memalukan orang Melayu di Johor.

Dan berikutan itu Muhyiddin dipindahkan ke pusat sebagai menteri kabinet oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai usaha menyelamatkan karier politiknya.

Dan hari ini beliau berjaya mendaki tangga keemasan politik dalam Umno apabila dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas menang jawatan Timbalan Presiden Umno.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, pemimpin terbabit yang mengetuai Umno di Johor ketika menjadi menteri besar ternyata telah mengkhianati hak orang Melayu.

"Bagaimana Umno hendak menjadi parti yang membela orang Melayu sedangkan mereka sendiri yang menggadai dan menjual rezab Melayu kepada orang asing dari Singapura.

"Ini bukti bahawa Umnolah yang menggadai hak orang Melayu setelah rakyat memberi mereka kuasa sepenuhnya lebih 50 tahun mentadbir negara ini sejak negara mencapai kemerdekaan,� katanya pada ceramah di Temalir dekat sini malam semalam.

Beliau menjelaskan bukti mengenai perkara itu didedahkan pada persidangan Dewan Negeri Johor baru-baru ini.

"Tanah Rezab Melayu ini satu-satunya hak bagi orang Melayu. Umno tidak boleh jawab, dan ini bukan fakta yang saya pungut atau dengar di tepi jalan lalu dibawa ke dalam ceramah.. tidak.

"Ini bukti yang kita bawa dalam persidangan Dewan Negeri Johor baru-baru ini di mana Umno dan anggota Dewan Negeri Negeri Johor dari Umno tidak boleh jawab,� katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata Umno tidak seharusnya diberikan peluang untuk terus hidup.

Salahuddin yang juga anggota parlimen Kubang Kerian berkata, Muhyiddin telah mengkhianati orang Melayu di Johor dalam isu tanah rezab dan pemilikan dalam Dana Johor.

Sedangkan katanya, kerajaan BN Johor begitu bangga dengan skim pelaburannya Amanah Saham Johor (ASJ) sehingga seramai 125,000 orang melabur ketika diterbitkan pada 1996.

Saham ASJ pada awalnya dijual pada harga RM1 seunit kemudian memadangkan ASJ mendapat sambutan menggalakkan sehingga nilai saham dinaik menjadi RM5 seunit.

Keadaan itu menyebabkan ramai rakyat Johor berebut-rebut membeli saham ASJ sehingga ada yang meminjam dari bank sebanyak RM10,000. Namun selepas berlaku krisis ekonomi pada 1997 menyebabkan ASJ jatuh menjunam.

Perbadanan Johor kini berhutang melebihi setengah bilion ringgit. Kegagalan ASJ menjejaskan imej kerajaan BN Johor.

Ketika era Muhyiddin sehingga Dato� Ghani Othman menjadi Menteri Besar Johor bukan sahaja ASJ merosot sebaliknya banyak syarikat milik kerajaan negeri yang rugi berjuta-juta ringgit termasuk Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ).

Sehingga Disember tahun lalu KPRJ direkod berhutang sebanyak RM429.4 juta.

Salahuddin berkata, jenayah paling mencabar orang Islam di Johor apabila Muhyiddin menukar cuti mingguan daripada hari Jumaat kepada Ahad.

Maka tidak hairanlah katanya, Johor yang dianggap sebagai kubu Umno paling kuat di dunia berjaya ditembusi PAS setelah memperolehi dua kerusi Dun pada pilihan raya umum lalu.

"Sekarang kita sama-sama fikir pada malam ini. Hari ini Muhyidin datang ke Manek Urai bercakap mengenai pembelaan nasib orang Melayu.

Begitu juga katanya Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan baru dilantik sudah hendak tunjuk lagak dan bercakap bohong.

"Dia kata hendak menolong orang kampung sehingga sanggup pergi menoreh getah dan tunjukkan gambar kepada umum. Beliau bercakap di Parlimen kononnya hendak menolong orang susah di Manek Urai," katanya.

Dan malam tadi ketika Muhyiddin berceramah di Kampung Manek Urai Lama hanya dihadiri kira-kira 200 penduduk lapor sebuan portal berita. - mj _

JANGAN TERASA LAGI, JOM USTAZ KE MANEK URAI

Saya minta Nasha datang ke Manek Urai: Nik Aziz

KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, semalam menjelaskan ketiadaan Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa pada hari penamaan calon sempena pilihan raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai adalah satu strategi Pas dan bukanlah disebabkan larangan oleh Pas negeri.

Beliau berkata, peringkat awal beliau tidak mahu Nasharuddin hadir ke Manek Urai untuk berkempen atas alasan strategi politik kerana bimbang Nasharuddin diejek atau di ‘booo’ penyokong Pas.

“Bukan Pas Kelantan yang tidak benarkan dia datang. Ini strategi. Ini masalahnya. Sebab itu saya sebut, jangan bawa dia datang hari penamaan calon atau berceramah malam.

“Saya sendiri beritahu. Bila tarikh dan harinya saya tidak dapat pastikan,” katanya kepada media di pejabatnya di Kota Darulnaim di sini, semalam.

Menteri Besar Kelantan itu juga menganggap tindakan Nasharuddin yang juga Ahli Parlimen Bachok tidak hadirkan diri pada hari penamaan calon adalah kesilapan diri sendiri.

“Dia tak datang hari penamaan calon itu salah dia. Saya ingat dia datang. Tahu-tahu Presiden ada dia tak ada. Saya termenung. Kenapa dia tak datang.

“Dari segi politik, dia silap. Dia sendiri menambahkan beban ke atas diri dia. Orang lain boleh marah. Tetapi teknik (strategi) yang kata tak datang ceramah malam, saya pun setuju tak datang ceramah malam. Takut orang booo... saya pun malu,” katanya.

Mengulas punca kemelut itu, Nik Abdul Aziz berkata, semua itu berpunya cerita lama iaitu isu kerajaan perpaduan.

Nik Abdul Aziz berkata, kini beliau sendiri meminta Nasharuddin turun ke Manek Urai membantu jentera parti berkempen untuk calon yang mewakili Pas pada pilihan raya yang dijadualkan 14 Julai ini.

“Saya minta dia mari. Saya nak dia mari. Pertama untuk bersih nama baik dia. Keduanya, masyarakat sudah tahu bila keluar gambar saya dengan dia,” katanya.

Selasa lalu, Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan, Abdul Fatah Haron mengesahkan Nasharuddin tidak disenaraikan sebagai penceramah pada kempen pilihan raya kecil tersebut.

Nasharuddin dalam kenyataannya disiarkan Sinar Harian semalam menyebut, beliau tetap turun berkempen pada pilihan raya kecil itu sebagai Timbalan Presiden Pas dan hasratnya sudah mendapat persetujuan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. /SH

UMNO KECEWA LAGI, DAP KEDAH BERSAMA PR

Selepas sepuluh hari keluar Pakatan Rakyat negeri, DAP Kedah hari mengumumkan menyertai dan menyokong semula pentadbiran negeri.

Perkara itu diumumkan Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su selepas semua isu dipertikaikan, termasuk isu merobohkan rumah penyembelìhan babi, diselesaikan.

Semalam, Penasihat DAP telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bagi membincangkan masalah yang berbangkit yang telah mewujudkan sedikit salahfaham sehingga DAP Kedah telah bertindak keluar dari pakatan Rakyat.

Lim Kit Siang juga telah turut menasihatkan DAP Kedah untuk menarik balik pendirian mereka.

Permasalahan penting yang terbit dari pertelagahan pendapat dan salah-faham antara DAP Kedah dan Kerajaan Pakatan Rakyat berjaya diselesaikan dengan baik dalam pertemuan yang berlangsung selama 6 jam. / Sumber: Greenboc


APA DOSA ROSMAH SAMPAI PELAJAR UNISEL PUN TAK SUKA?

Bestari Jaya, Seluruh pelajar Universiti Selangor (UNISEL) bertepuk menyatakan persetujuan apabila salah seorang daripada pelajar mereka mengajukan cadangan untuk menukar Canselor mereka sekarang, Datin Paduka Rosmah Mansor.

Cadangan tersebut dibangkitkan pada “Forum dan Pidato Memperkasakan Mahasiswa & Realiti Politik Kampus bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim” anjuran Majlis Perwakilan Pelajar dan Kelab Anwar Ibrahim (AIC) di UNISEL kampus Bestari Jaya malam tadi. Susulan daripada cadangan itu, Dato’ Seri Anwar yang diajukan soalan, meminta pelajar-pelajar yang ingin Datin Paduka Rosmah Mansor kekal sebagai Canselor UNiSEL untuk mengangkat tangan. Keseluruhan daripada lebih 2,000 pelajar yang hadir, cuma seorang sahaja yang mengangkat tangan.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim kemudiannya meminta pelajar-pelajar yang ingin Canselor UNISEL diganti untuk mengangkat tangan. Riuh rendah keadaan bila seluruh dewan yang sesak dengan pelajar-pelajar, termasuk beberapa pensyarah juga, mengangkat tangan dan bertepuk menandakan persetujuan mereka.

Datin Paduka Rosmah Mansor sekarang hangat diperkatakan bila siri-siri video berjudul “Perempuan Puaka” disebarkan secara berleluasa melalui laman Youtube yang memaparkan wawancara ekslusif bersama saudara mara terdekatnya, serta jiran tetangga berkaitan perilakunya. Beliau kini kerap dikaitkan oleh rakyat dan media luar negara dengan kes pembunuhan wanita Monggolia, Altantuya Shaariibuu.

Dalam program UNISEL itu juga, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menekankan betapa pentingnya wacana segar digalakkan di kalangan mahasiswa tanpa perlu sekatan dan konkongan dari mana-mana pihak. Pidato beliau juga kali ini disertakan dengan “whiteboard” untuk beliau berkongsi nama-nama penulis dan pemikir terkenal bagi tujuan pembacaan lanjut para pelajar.

Beliau juga menekankan tentang peri bahayanya terdapat Golongan Profesional seperti para Professor di Universiti tempatan yang gentar memberi teguran dan pandangan akademik terhadap pihak pemerintah demi untuk menjaga kedudukan dan periuk nasi mereka.

Program yang bermula pada pukul 9 malam itu tamat pada pukul 10.45 malam selepas diakhiri dengan program soal-jawab antara pelajar dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

(Dari http://www.anwaribrahimclub.com/2009/07/pelajar-unisel-ingin-rosmah-undur/)

SAIFUL SITANGGANG DAN PERHIMPUNAN TIADA SAMBUTAN?

Saiful Bakal Jadi Si Tanggang Anak Derhaka

Setelah menilai segala kenyataan yang tersirat ini, maka tidak syak lagi kini Saiful Al-Liwati bakal disumpah menjadi "batu" seperti "Si Tanggang Anak Derhaka". Bezanya, si Tanggang sudah mendapat kemewahan dan derhaka kepada ibunya sendiri. Tetapi Si Saiful pula, sanggup durhaka kepada dirinya sendiri semata-mata untuk mengejar kemewahan dan populariti. Beliau bukan sahaja bakal "karam bersama labu-labunya", malah hidupnya akan terus terhina buat selamanya. Sebelum ini Saiful mendabik dada mengatakan supaya Anwar "jangan lari", bila mengetahui yang mantan TPM itu mempunyai acaranya di Amerika Syarikat sebelum tarikh perbicaraan dijadualkan akan berlangsung. Namun, anehnya Anwar tetap hadir ke mahkamah seperti biasa, sebaliknya Saiful pula yang dilihat gagal menghadirkan diri. Walhal didalam blognya beliau berdegar-degar menyatakan akan hadir ke mahkamah, lihat kenyataan ini "Kepada sahabat2 blogger, Saya ingin mengucapkan ribuan penghargaan diatas segala sokongan dan nasihat yang diberi. Terbaru, saya ada melihat kempen ''Perhimpunan Rakyat'' di blog-blog sahabat. Ikhlas saya nyatakan, saya berasa amat terharu dengan sokongan yang diberi. Sesungguhnya ia telah membakar semangat saya untuk meneruskan perjuangan yang penuh mencabar ini. Semoga Allah swt membalas jasa sahabat-sahabat sekalian. Berjumpa kita di Mahkamah, Insyaallah..". Kini apa yang berlaku siapa yang tidak hadir sebenarnya. Siapa yang takut untuk ke mahkamah sebenarnya?. Bahkan sejak kes ini dibicarakan, biarpun ada penangguhan Anwar tetap akan hadir ke mahkamah dan tidak lari seperti apa yang digambarkan oleh Saiful Al-Liwati itu. Saiful sebenarnya yang takut untuk berhadapan dengan Anwar di mahkamah, inilah hakikatnya !!/Pahangdaily

Himpunan Rakyat Bela Saiful Tiada Sambutan

Sebelum ini, puak-puak Blogger UMNO yang menggelarkan diri mereka Blogger Pembela Negara (BPN) itu begitu lantang mengutuk kononnya himpunan yang dilakukan oleh kumpulan penyokongan Anwar (KEJAM) tidak mendapat sambutan kehadiran 5,000 rakyat yang diharapkan. Tetapi sebaliknya, apa yang dapat dilihat di mahkamah Rabu lalu "perhimpunan rakyat" yang ditaja oleh BPN juga telah gagal mendapat sambutan sebenarnya. Justeru itu, mereka tidak perlulah mendabik dada kononnya himpunan itu gagal. Walhal, pimpinan KEJAM seperti Shamsul Iskandar Md Akin (PKR), Ustaz Nasharuddin Hassan Tantawi (PAS) dan ramai lagi itu telah berjaya hadir dan mengadakan demonstrasi aman di ruang legar mahkamah. Bahkan mereka juga telah berjaya mengadakan sidang media sekitar 10 minit di situ. Anehnya, mana perginya puak-puak Blogger Pembela Negara yang kononnya mengadakan himpunan rakyat bagi membela Saiful tidak mendapat sambutan sebenarnya. Kegagalan KEJAM ada asasnya, kerana pihak polis mengadakan sekatan di jalan masuk ke Mahkamah Tinggi. Itu pun sebahagian daripada mereka berjaya melepasi halangan itu. Tetapi sebaliknya, bagi penyokong Saiful langsung tidak kelihatan sama ada bersuara atau pun membuat sidang media bagi menyokong Saiful Al-Liwati.


Inilah banner iklan yang disebarkan secara meluas oleh Blogger UMNO

Namun anehnya ada juga seorang blogger UMNO yang menguruskan blog Gerakan Anti PKR (GAP) menyatakan " Aku berpeluang bercakap dengan Saiful Bukhari sebentar tadi, bapanya dan Uncle Pet turut hadir". Nampak benar blogger terbabit menipu dalam blog panasnya itu. Sedangkan Saiful sendiri menyatakan dalam blognya yang beliau tidak dapat hadir. Tiba-tiba blogger penjilat UMNO itu menyatakan sebaliknya. Bukankah ini Auta namanya?. Nampak benar puak-puak ini sudah ketandusan idea. Malah kelibat mereka di Mahkamah Tinggi hari itu juga dirahsiakan kerana takut identiti dikenal pasti. Terbuktilah kini bahawa puak-puak mereka memang takut untuk berhadapan dengan kenyataan. Tetapi begitu rakus dan berdegar-degar bercakap di alam siber. Tidak terdengar langsung suara jeritan atau laungan yang menyebut "Sokong Saiful" atau sebagainya bergema di perkarangan mahkamah hari itu. Apa yang jelas kedengaran ialah laungan "Hidup Anwar, Bebas Anwar" dan sebagainya. Susulan daripada itu, kami menganggap yang sudah lumrah dan takdir yang puak-puak Blogger UMNO ini "takut pada bayang-bayang sendiri" !!/Pahangdaily

TIADA HUJAH, UMNO KATA NIK AZIZ NYANYUK?

Nik Aziz mahu UMNO tukar dasar kebangsaan

KUALA KRAI - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam, terus menjadikan UMNO sebagai sasaran kempen ceramahnya pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.

:Berucap di Kampung Chuchoh Puteri malam, semalam, Menteri Besar Kelantan itu membandingkan UMNO dengan pertubuhan al-Arqam dan ajaran Ayah Pin, yang diharamkan penubuhan kerajaan satu ketika dulu.

:“Ayah Pin dicap sebagai sesat. Habis kenapa UMNO tidak sesat? kedua-duanya sama-sama tidak kenal agama belaka. al-Arqam sesat kerana apa? Salah akidahnya. Ayah Pin sesat, kenapa? Salah akidahnya.

:“UMNO kenapa tidak sesat lagi,? salah juga akidah. Tolak Islam, ambil (fahaman) kebangsaan. Tak payahla kata kami terima Islam, kami terima Islam. Tak payah cakap banyak,” tegasnya di hadapan 3 ribu penyokong Pas," katanya pada ceramah yang turut dihadiri Penasihat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.:

:Nik Aziz menegaskan Pas tidak akan bermusuh dengan UMNO sekiranya parti tersebut menukar dasar kebangsaan yang dibawa sebelum ini.

:Menurutnya, Pas adalah sebuah parti yang berpegang kuat kepada landasan yang betul dan kerana itu beliau sanggup menceburi bidang politik yang semestinya menuntut pengorbanan yang begitu tinggi.:

:“Siapa yang cakap senang nak jadi Menteri Besar dan ahli politik, kalau saya nak senang saya tidak masuk politik, saya teruskan menjadi cikgu, tapi kerana melihat kepada keadaan yang tidak betul saya terpaksa menyertai politik dan Pas menjadi pilihan saya.

:“Apabila saya menghadiri mesyuarat raja-raja yang dihadiri semua Menteri Besar, ada daripada mereka yang mempersoalkan tindakan saya yang menyatakan bahawa Tuhan akan tanyakan undi yang manusia pangkah, saya hanya senyum sahaja, tetapi sejarah membuktikan bahawa UMNO telah melawan Islam dengan memenjarakan golongan agama,” katanya.:

: Nik Aziz juga mendakwa UMNO melepas geram kepadanya dengan menyifatkannya sebagai 'nyanyuk' kerana mengeluarkan pendapat yang tidak selari dengan parti tersebut.

:“Dia (UMNO) marah saya macam-macam perkara, Nik Aziz ini nyanyuklah, saya boleh bercakap malam ini, adakah itu nyanyuk? Itu bukan jawab, (itu) hendak pelepas geram, (tapi) lepas geram ni tak payah, Ini tanda orang lemah, “ katanya.

:Sementara itu, Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa pula menyentuh mengenai isu royalti minyak yang didakwanya melebihi daripada RM1 bilion yang dituntut Kerajaan Kelantan, baru-baru ini.

:Menurutnya, perjanjian pada 1975 itu ditandatangani Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Mohammad Nasir dan Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah.

:“Kita sudah menemui dokumen perjanjian lama Kelantan dan Petronas berhubung perkara itu kita akan tuntut sampai dapat, itu hak rakyat Kelantan,” katanya./SH

KES ANWAR BIKIN KONSPIRATOR SERBA SALAH

Isu Liwat - Kebangkitan Rakyat Tolak Umno/Bn
Posted on Thursday, July 09 @ 14:12:00 MYT by Paktam

Oleh : Pembela

Malam kelmarin (7 Julai) saya dan beberapa teman bersempatan hadir di dalamGo to fullsize image program penjelasan isu lewat Anwar Ibrahim yang dianjurkan oleh PKR Kedah. Ia diadakan secara tertutup untuk kepimpinan parti-parti politik di peringkat akar umbi dari parti PAS-PKR-DAP dan beberapa NGO.

Para hadirin telah diberi taklimat oleh tiga orang penceramah iaiatu YB Ahmad Kassim, Pengerusi PKR Kedah, Datuk Johari Abdul, MP Sungai Petani dan pegumabela Anwar iaiatu saudaraSaiful.

Berdasarkan penerangan yang berikan oleh ketiga-tiga tokoh tersebut, bolehlah saya membuat kesimpulan bahawa isu liwat ini kepada beberapa perkara,

Pertama - Isu liwat yang dikaitkan dengan DSAI adalah suatu konspirasi berprofil tinggi oleh Umno/Bn untuk memusnahkan kerjaya politik DSAI.

Kedua - Untuk melemahkan kedudukan PR.

Ketiga - Mengalih fokus dan isu-isu lain dari perhatian rakyat, khususnya yang melibatkan kepincangan dilakukan oleh Bn/Umno

Keempat - Serang psikologi secara langsung ke atas DSAI

Walaupun umum ketahui bahawa beban bukti pihak yang menuduh tidaklah sekuat mana dan meragukan, namun proses prosiding mahkamah tetap diteruskan juga. Tujuan pihak menuduh ataupun pendakwaraya kes ini sukar dibaca dan dimergertikan secara tepat. Tetapi jika tujuan tersebut dibaca disebalik kehendak politik, jelaslah keempat-empat perkara di atas ada kebenarannya.

Perkara paling menarik untuk rakyat Malaysia dan seluruh dunia yang mengikuti perkembangan isu liwat ini ingin tahu ialah keputusan para hakim dalam kes ini. Bagi saya hanya ada dua jenis keputusan saja yang akan di buat oleh para hakim, aiitu, pertama, Anwar didapati bersalah dan keduanya Anwar tidak didapati bersalah.

Jika hakim mensabitkan dakwaan bahawa Anwar didapati bersalah sudah pasti keputusan yang di buat oleh hakim akan terus dipertikaikan bukan sahaja oleh pelaku politik tanah air malah melibatkan rakyat, khususnya penyokong DSAI dan PR. Ia sekali lagi mengheret institusi kehakiman ke kancah politik yang berakhir dengan ketidakpercayaan rakyat terhadapnya. Walaupun hukuman di atas kesalahan itu dibayar dengan ‘Penjara’ oleh insan bernama Anwar, namun pemenjaraan Anwar tidak mampu untuk memenjara kebangkitan rakyat yang pastinay semakin membenci Umno/Bn.

Pastinya PRU 13 akan datang rakyat terbanyak akan membuat perhitungan di atas kezaliman pemerintah Umno/Bn. Sesungguhnya ia amat menakutkan Umno/Bn itu sendiri.

Sebaliknya, jika keputusan hakim nanti bahawa Anwar didapati tidak bersalah dan dibebaskan, bagaimana Umno/Bn nak letak muka mereka terutamanya pemain-pemain yang terlibat secara langsung dalam konspirasi ini. Pembebasan Anwar dari kes ini sudah pasti melonjak kebangkitan rakyat menolak Umno/Bn. Ia pasti mengukuhkan lagi kebencian rakyat yang berfikiran waras terhadap Umno/Bn. Ia juga meningkatkan lagi keyakinan rakyat bahawa Anwar adalah mangsa satu konspirasi berprofil tinggi oleh mereka yang bacul dan takutkan kepada pengaruh Anwar. Begitu juga Saiful Bukhari, ikon kes isu liwat ini, ia pastinya hidup dalam keadaan yang amat tertekan yang mungkin boleh menjadi gila dan merana sepanjang hayat. .

Namun, kita sama-samalah menunggu proses perbicaraan kes ini diadakan nanti. Marilah kita sama-sama berdoa kepada Yang Maha Berkuasa supaya kes ini menjadi senjata makan diri Umno/Bn dan pemain-pemainnya./Detikdaily

HAJAT UMNO DIMAKBULKAN, US NASHA AKAN MUNCUL

Manek Urai : Ustaz Nasharuddin Sepentas Dengan Tuan Guru Nik Aziz

Posted on Thursday, July 09 @ 05:00:07 PDT by KetamBatu

Oleh: addin_77

"
Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa akan berceramah satu pentas dengan Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak lama lagi selepas ketidakhadiran timbalan presiden PAS itu menjadi tanda tanya di Manek Urai. Penasihat jentera pilihanraya PAS Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mengesahkan Nasharuddin akan datang seawal-awalnya esok jika tiada aral melintang.

Di fahamkan Ustaz Nasharuddin hari ini menjalani pembedahan kecil di bahagian usus di Hospital Serdang. Tuan Guru Nik Aziz akan berceramah dengan Ustaz Nasharuddin di atas satu pentas. Ustaz Nasharuddin turun berkempen setelah tidak muncul sejak hari penamaan calon pilihanraya kecil DUN itu pada Isnin lalu.
"

Khamis, 9 Julai 2009

UMNO RINDU KEHADIRAN US NASHA, RINDU POSTER HJ HADI ?

Oleh: WFAUZDIN NS

SEPANJANG kempen Umno di Manek Urai, pemimpin-pemimpin Umno sentiasa menyuarakan persoalan mengapa poster Presiden Pas Tuan Guru Hj Hadi Awang tidak dinaikkan seperti poster-poster calon dan poster Mursyidul Am Pas. Inilah kali pertama dalam sejarah kempen Umno yang sering menyentuh tentang poster parti pihak lawan. Umno terlalu ingin melihat poster Presiden Pas, mungkin kerana rindu atau pun kerana dapat menyejukkan hati dan jiwa mereka.

Memang benar, di Manek Urai poster yang lebih mendominasikan perang poster adalah poster calon Pas dan Mursyidul Am Pas. Begitu juga poster-poster Umno, Pas tidak pernah mempersoalkan mengapa kurang atau lebihnya poster Najib dari Muhyiddin. Pas juga tidak hairan walaupun Umno melambakkan poster Rosmah Mansor (wanita pertama?) di semua kawasan kempen di Manek Urai. Sekiranya Umno berhajat untuk menampal poster`Altantuya' bagi mengenang kisah sedih wanita tersebut, Pas juga tidak akan membantah. Oleh yang demikian, Umno tidak perlu mempertikaikan kerja-kerja atau kempen Pas. Sekiranya Umno terlalu takut, benci atau geram dengan wajah Tuan Guru Nik Aziz pada poster-poster yang banyak itu, dinasihatkan Umno berjalan di Manek Urai dengan cara kepala tunduk ke bawah.

Umno juga sering mempertikaikan mengapa Us Nasha Timbalan Presiden Pas tidak turun berkempen di Manek Urai. Ini pun menjadi masalah pada Umno kerana mungkin terlalu rindu mereka dengan suara lunak Us Nasha. Pas mempunyai ramai pemimpin dan tokoh yang mampu berhujah dan berpidato, oleh yang demikian Pas tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan tenaga kempen dan penceramah. Bagi saya, Umno yang mempunyai masalah sehinggakan KJ terpaksa `merekrut'kan pemidato-pemidato mereka untuk dibawa ke Manek Urai. Usaha KJ tetap gagal kerana walau hebat bagaimanapun pemidato-pemidato mereka, mereka tidak mempunyai kekuatan hujah untuk menghadapi Pas apatah lagi di Kelantan. KJ sendiri tidak mampu menarik orang ramai dengan pidato dan hujah beliau kerana peribadi dan latarbelakang KJ sendiri telah di`rosak' serta dicemari dengan rasuah politik wang.

Jelas sekarang, Umno kini tertekan dan hilang arah untuk berdepan dengan Pas. Mereka benar-benar hilang punca di Manek Urai hinggakan perkara yang baik mereka lakukan dipandang sinis oleh masyarakat di Manek Urai. Mereka hadir dengan awal kempen mereka menghina golongan nelayan dan peniaga ikan. Mereka hadir di Manek Urai untuk `berlakon' menjadi seorang penoreh getah. Apabila sudah kekeringan idea, mereka menggunakan isu Kerajaan Perpaduan untuk menggambarkan betapa Umno terlalu inginkan perpaduan, tetapi di dalam masa yang sama kerajaan yang di`curi' secara haram di Perak masih berada dalam poket mereka. Umno juga berkata agar kempen di Manek Urai ini dapat dijalankan dengan berhemah dan beretika serta bersih, tetapi dalam masa yang sama media mereka seperti TV dan akhbar setiap hari memburukkan Pas dengan berbagai berita yang berat sebelah. Inilah mainan Umno di Manek Urai dan mainan ini telah lama dapat dibaca oleh pengundi-pengundi di Manek Urai.

Sehubungan itu, suka atau tidak pengundi-pengundi di Manek Urai tiada pilihan lain. Umno hendaklah ditolak dan ditalkinkan sebagaimana Pas telah mentalkinkan Kerajaan Perpaduan. Jadikan Kelantan sebagai bumi yang pertama `bebas dari Umno' menjelang Pilihanraya Umum Ke 13 nanti, InsyaAllah. /wfauzdin.blogspot.com

KES DS ANWAR - FAKTA YANG PERLU DIKETAHUI

PERBICARAAN kes liwat melibatkan DS Anwar dan Saiful Bukhari telah menjadi tumpuan masyarakat. Majoriti rakyat melihat kes ini adalah kesinambungan daripada kes-kes yang lampau. Bagi kita lebih mengetahui serta mendalami apa sebenarnya yang berlaku terhadap DS Anwar, seorang penulis telah membentangkan beberapa sorotan dan fakta terhadap kes ini. Sila baca di SINI...

PELIK, MUHYIDDIN CABAR PAS TAPI TAKUT DEBAT

Oleh: WFAUZDIN NS

SAHIHNYA Umno memang takut untuk berdebat dengan Pas terutamanya dalam soal agama. Pemimpin-pemimpin Umno hanya berani berhujah di depan wartawan depan kamera TV atau bercakap dengan pemberita untuk disiarkan di dalam akhbar. Di dalam kempen di Manek Urai sekarang, TPM mencabar Pas untuk membuktikan apa yang Pas buat untuk laksanakan Islam. Di mana beliau mengeluarkan cabaran itu? Di atas pentas ceramah yang di depannya hanyalah puak-puak mereka yang hadir. Apa yang Muhyiddin perkatakan, kita boleh baca di sini.

Beliau menyebut tentang Bank Islam, Universiti Islam dan macam-macam lagi untuk membuktikan betapa Islamnya Umno. Muhyiddin berkata, beliau juga anak guru agama tapi tidaklah menunjuk sangat seperti pemimpin-pemimpin Pas. Baru saya tahu bahawa TPM kita ini rupanya anak seorang Guru Agama. Maknanya TPM kita ini alim jugalah orangnya dan faham sangat pasal hukum hakam agama sebenarnya, cuma mungkin beliau malas hendak menunjukkan keilmuannya itu. Patutlah beliau tahu benar bahawa Umno bukan parti yang sesat atau menentang Islam. Umno sokong Akta ISA agaknya pada beliau menepati suruhan agama.

Apa yang saya pelik, di dalam ketakutan yang amat sangat untuk berdebat dengan Pas, TPM ini berani mencabar Pas tetapi di luar gelanggang. Apabila Pas bersetuju untuk membuka gelanggang, mereka mencari berbagai alasan pula untuk tidak mahu berdepan. Jika benar Umno yakin bahawa parti mereka itu lebih Islamik dari Pas, apa yang perlu ditakutkan untuk berdebat? Kemukakan lah hujah dengan cerita Universiti Islam ke atau Bank Islam ke atau cerita premis-premis judi yang diberi lesen untuk tidak menjadi tempat perjudian yang `haram' bagi membuktikan betapa Islamiknya Umno? Mengapa mencabar bayang-bayang?

Kalau sekadar menjadi anak Guru Agama, di dalam Manek Urai sendiri pun melambak anak-anak Guru Agama bahkan anak-anak Tok Guru lagi. Jika sudah tersesat, tidak kira kita ini anak siapa. Bukankah isteri serta anak Nabi Noh AS juga sesat? Begitu juga kisah isteri Nabi Allah Luth . Apa sangat dengan anak seorang guru agama apatah lagi Guru Agama kuat Umno pulak tu. Jika guru agama itu sendiri pun menyokong parti yang tidak mahu laksanakan Islam, apa nak dihairankan dengan anaknya? Sedarlah bahawa Iman itu tidak boleh diwarisi.

Jika soal Universiti Islam atau Bank Islam hendak dijadikan hujah,banyak negara lain yang mengamalkan sistem sekular pun mempunyai institusi seperti itu. Wujudnya Universiti Islam dan perbankan Islam serta beberapa pendekatan Islam di dalam pentadbiran kerajaan adalah bermula di era DS Anwar di dalam kerajaan. Beliau lah orangnya yang begitu komited ingin `mengislamisasi'kan Umno dan kerajaan. Malangnya, oleh kerana Islam itu tidak `serasi' berada di dalam jasad Umno, maka DS Anwar dipecat dan disingkirkan dari Umno dan kerajaan. Lihatlah, sesiapa sahaja yang ingin menonjolkan Islam di dalam Umno tidak akan ke mana. Selepas sahaja pemecatan DS Anwar dari Umno dan kerajaan, siapakah tokoh Islam di dalam Umno sekarang? Najib? Muhyiddin atau Hishamuddin? Masakan KJ atau Ali Rustam pula?

Oleh itu, penduduk-penduduk Manek Urai harus mengenali perbezaan Umno dan Pas. Kulit mungkin serupa walaupun ada yang kata kulit pun berbeza di antara calon Umno dan Pas di Manek Urai, tetapi bagi saya kulit tidak penting. Apa yang penting adalah dasar parti yang ingin dibawa oleh setiap calon. Umno dasarnya adalah kebangsaan, manakala Pas pula dasarnya Islam. Maka pilih sajalah yang baik. Bukan sukar untuk membezakan di antara `gulai kucing dengan gulai arnab', walaupun seakan-akan sama rupanya. /wfauzdin.blogspot.com

KONSPIRASI TERBODOH?

"konspirasi Terbodo Najib buat DSAI
Posted on Thursday, July 09 @ 00:46:59 MYT by Paktam
Oleh usinwafer
"
Perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim telah ditangguhkan kepada 15 Julai kerana peguam utamanya, Sulaiman Abdullah tidak sihat. usinkata; aku agak "terkilan" apabila perbicaraan ini ditangguhkan..sekian lama aku menanti utk melihat satu lagi sejarah negara akan tertulis dan terus disimpan utk generasi akan datang..

Perbicaraan ini aku menanti kerana ingin melihat dan mendengar apa yg akan berlaku diantara para peguambela dan pendakwaraya dan juga saksi-saksinya...
Aku cukup "teruja" utk melihat telatah dan tingkahlaku Saifool Buasir itu apabila "terkurung" didalam kandang keterangan dan diasak dengan pelbagai jenis soalan dan pertanyaan kedua-dua pihak iaitu pendakawaraya serta peguambela..

Adakah nasib beliau akan sama seperti Azizan the driver yg akhirnya mengaku bahawa dia langsung tidak "disentuh" DSAI..dan dia hanya menurut perintah SC Musa Hassan utk meminda tarikh kejadian..

Ketika isu ini dimulakan dengan pendedahan Saifool ..sejujurnya saya berpendapat ini taktik dan perang saraf politik yg dimainkan oleh PKR sendiri utk meraih sokongan rakyat..saya menguatkan hujah saya dengan menyatakan "adakah UMNO/BN begitu bodoh dan bangang dengan cuba mereka cipta konspirasi yg lebih kurang samanya yg berlaku 11 tahun yg lalu dimana mangsanya Azizan yg telah "diserodokan" dibelakang punggungnya oleh DSAI..."namun setelah beberapa pendedahan serta penafian oleh PKR dan DSAI sendiri dan juga setelah "pecah tembelang" siapa sebenarnya Saifool maka saya mengakui sudah membuat kesilapan dengan menuduh serta mendakwa PKR mempunyai agenda tersendiri disebalik isu Saifool Buasir ini..

Apa yg pasti ...UMNO/BN memang bodoh lembu...bangang keldai...dengan cuba mewujudkan konspirasi terbaru terhadap DSAI apatahlagi dengan isu yg sama 11 tahun yang lalu iaitu "memasukan sesuatu kedalam dubur"....

Mungkin UMNO/BN beranggapan ketiadaan "Fernendo" yg sudah kembali ke negeri "asal"..maka sudah tumpul mata pedang peguambela yg membela DSAI utk kes terbaru ini..jika UMNO/BN benar-benar mengharap para peguambela DSAI sudah tumpul..silap besar la depa suma tue...ini kerana saya sendiri masih memegang kata-kata ini...
"SETIAP MASALAH YANG TIMBUL AKAN MEMBERIKAN SATU PELUANG"

Oleh itu...peluang utk para peguambela DSAI dalam pemikiran tumpul seorang Technician "pekak" ini sudah semestinya setiap apa yg berlaku didalam kamar mahkamah akan diketahui...bukan sahaja oleh semua rakyat Malaysia malah seluruh dunia akan menilainya..
Jangan dilupa kepantasan pencarian maklumat dan berita pada masa kini berbanding 11 tahun dahulu jauh benar bezanya...gelombang 2009 lebih "power" berbanding gelombang 1998-1999..

Saya cukup yakin dan membulatkan tekad bahawa isu Saifool ini satu "Konspirasi Politik Terbodo Najib" buat DSAI.../Sumber: Detikdaily-apadianie.blogspot

ISU ALTANTUYA DAN KAPAL SELAM DI MANEK URAI

Wednesday, July 8, 2009

KUALA KRAI, Julai 8 — Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim dalam ceramah pertamanya di atas pentas Pakatan Rakyat meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak menjelaskan isu royalti minyak untuk Kelantan, isu pembunuhan Altantuya Shariibuu dan kontroversi pembelian kapal selam.

Najib diminta supaya berterus terang kepada rakyat Kelantan berkaitan isu tuntutan royalti minyak oleh kerajaan negeri yang didakwa tertunggak sejak 2004 dengan anggaran nilaian berjumlah RM1 bilion. Ceramah Zaid, bekas anggota Parlimen Kota Bharu itu diadakan di kampung Lela Jasa, dekat sini. Turut hadir adalah Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub, serta beberapa kepimpinan PAS kawasan.

Berbeza dengan siri kempen pilihan raya kecil Penanti, isu Altantuya masih belum dihalang dari dibicarakan. Dalam ceramah itu juga, Zaid menyelar sikap pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) merendah-rendahkan karektor calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah, tidak mempunyai latar belakang akademi sebagai serangan peribadi tidak berasas.

Beliau berkata, prinsip Pakatan Rakyat jauh berbeza dengan BN dalam memilih calon yang mengutamakan kualiti penampilan calon dari kepelbagaian sudut selaras dengan kehendak rakyat. Zaid merujuk kepada sejarah ketamadunan kerajaan Islam zaman Rasulullah yang berjaya mentadbirkan negara dengan telus dan adil kepada seluruh masyarakat tanpa mendapat kelulusan ijazah universiti.

“Pengajian tinggi tidak penting. Yang penting ialah pengalaman, sebab pengalaman tidak akan didapati walau mengaji setinggi manapun. Kerajaan di zaman Rasulullah dulupun tidak terbentuk daripada individu yang berpendidikan di peringkat universiti. “Bahkan tidak ada universiti pada zaman nabi tetapi boleh memerintah dengan telus dan adil kepada rakyat. Ada ijazahpun buat apa kalau banyak putar belit yang akhirnya menyusahkan rakyat,” katanya.

Melalui ceramah sulung beliau selepas menyertai PKR, Zaid berkeyakinan rakyat Manek Urai memerlukan calon yang benar-benar bertanggungjawab dan tidak semestinya mempunyai pendidikan tinggi. Mohd Fauzi Abdullah, seorang pemborong ikan di Kuala Krai, dipilih sebagai calon pada pilihan raya kecil DUN Manek Urai tidak mempunyai latar belakang berpendidikan tinggi, sering menjadi modal serangan BN.

Fauzi dibezakan dengan calon BN Tuan Aziz Tuan Mat merupakan bekas pengurus bahagian pemantauan projek Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) yang mempunyai kelulusan ijazah. Sementara itu, Salahuddin memberitahu akan terus memperjuangkan nasib rakyat bersama ahli parlimen Pakatan di Dewan Rakyat yang dikatakan terbeban dengan cengkaman kadar kenaikan insuran kenderaan awam.

"Satu Malaysia, rakyat diutamakan adalah slogan retorik Najib mengaburi mata rakyat. Mana realiti slogan itu? belumpun sampai setengah tahun jadi perdana menteri unsur cengkaman terhadap rakyat sudah mulai nampak. “Insya-Allah kami akan serang habis-habisan perkara ini dalam sidang bajet bulan sepuluh nanti supaya kerajaan kaji balik insuran kereta dan motosikal,” jelasnya.

Kadar kenaikan insuran kereta dan motosikal melebihi 100 peratus sebelum ini menjadi rungutan rakyat rasa terbeban./

SOKONGAN MORAL BUAT ANWAR DI MAHKAMAH - FOTO

Wednesday, July 8, 2009












































SEBAHAGIAN GAMBAR-GAMBAR DI PERKARANGAN MAHKAMAH,DI RUMAH DSAI, DAN JUGA PARA PENYOKONG YANG HADIR.