Sabtu, 5 Februari 2011

JIKA MAHU BERDEBAT BERDUA SAHAJA, BAIK PERGI SEMBANG KEDAI KOPI



Oleh: WFAUZDIN NS

CABARAN debat yang disuarakan oleh Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteren Umno Kelantan, Mohd Noor Deris kepada Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat telah bersambut. Bahkan, Tuan Guru Nik Aziz juga bersedia untuk berdialog dengan sesiapa sahaja termasuk pihak Majlis Fatwa.

Mohd Noor Deris menyuarakan rasa gembira kerana Tuan Guru Nik Aziz menyahut cabarannya itu. Namun, terdapat syarat yang pelik dan melucukan dari beliau. Katanya, " Saya akan hantar surat dalam beberapa hari lagi untuk mengadakan debat dengan Nik Aziz. Saya mahukan debat itu diadakan hanya antara saya dan dia saja tiada pihak lain di tempat awam. Kini cabaran saya sudah disahut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini (Rujuk sini).

Mengapa debat tersebut diadakan di antara beliau dengan Tuan Guru Nik Aziz sahaja? Dan, tidak secara terbuka untuk dipertontonkan hujah kedua-dua pihak agar kita semua boleh menilainya dengan baik? Bukankah Mohd Noor Deris mengemukakan cabaran debat itu secara terbuka melalui media TV dan akhbar? Sekarang mengapa perlu disembunyikan?

Jika sekadar berdua, itu bukan berdebat namanya. Mohd Noor boleh membuat temujanji dengan Tuan Guru Nik Aziz atau datang terus ke rumah MB Kelantan itu untuk berjumpa, berbual atau berbincang berdua. Bukankah lebih mudah? Tetapi mengapa perlu keluar kenyataan akhbar di hadapan media menunjukkan kununnya beliau hebat untuk berdebat dengan Tuan Guru Nik Aziz, tetapi akhirnya minta berdebat berdua sahaja. Melucukan dan memalukan ulamak seperti ini.

Saya jangkakan pihak media seperti TV tidak keberatan untuk menyiarkan secara langsung debat ini nanti sebagaimana pihak media menyiarkan secara meluas cabaran debat oleh Ulamak Umno tersebut. Sekiranya Najib dan Muhyiddin telah menunjukkan sikap pengecutnya untuk berdebat dengan DS Anwar, mungkin Mohd Noor boleh mengembalikan maruah Umno yang dipandang sebagai selalu takut untuk berdebat itu. Sewajarnya yang lebih `aula' dan layak untuk berdebat dengan Tuan Guru Nik Aziz adalah orang seperti Jamil Khir, Menteri yang menjaga Hal Ehwal Agama Islam di Jabatan Perdana Menteri atau sekurang-kurangnya pihak JAKIM.

Namun, hajat sudah disuarakan oleh Mohd Noor. Orang menjual, kita membeli. Itulah agaknya sebab mengapa Tuan Guru Nik Aziz menerima cabaran debat tersebut. Pada pendapat saya, jika mahu berdebat di antara mereka berdua sahaja, baik tidak perlu diadakan debat kerana ternyata ianya tidak ikhlas./wfauzdin.blogspot.com

DEBAT ULAMAK UMNO - TUAN GURU NIK AZIZ MENJADI KENYATAAN ?

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA Ulamak veteren Umno dari Kelantan, Mohd Noor mencabar Tuan Guru Nik Aziz untuk berdebat dengannya berkaitan kenyataan Mursyidul Am PAS itu bahawa sesiapa yang tidak menyokong PAS adalah golongan Jahiliyyah dan Malaysia bukan Negara Islam, saya merasakan cabaran itu lebih kepada bersifat emosi dan peribadi orang tua tersebut.

Sebelum ini orang tua berkenaan pernah `menyerang' Tuan Guru Nik Aziz di dalam rumah yang dikunjungi oleh Tuan Guru Nik Aziz sewaktu kempen PRK Dun Galas tanpa beradab sama sekali dan tidak menghormati tuan rumah yang mereka berdua adalah tetamunya. Orang tua seperti ini sepatutnya bukan lawan buat Tuan Guru Nik Aziz kerana dari awal lagi beliau telah menunjukkan sikap kebudak-budakan dan tidak langsung menunjukkan ciri-ciri seorang ilmuan apatah lagi alim ulamak.

Namun, sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar Sinar hari ini, Tuan Guru Nik Aziz bersedia malah mengalu-alukan debat di antara beliau dengan orang tua berkenaan. Meskipun diketahui orang tua berkenaan bukan pemimpin utama atau berpengaruh di dalam Umno yang boleh menentukan dasar parti dan negara, namun sebagai menghormati cabaran dari beliau, maka Tuan Guru Nik Aziz bersedia untuk berdepan dengannya. Sepatutnya yang lebih berwibawa dan sesuai untuk berdebat dengan Tuan Guru Nik Aziz adalah PM atau wakilnya seperti Mej Jen (B) Jamil Khir dan juga wakil dari JAKIM.

Persoalannya, apakah debat tersebut akan direstui oleh Umno? Apakah pihak media kerajaan seperti TV sanggup menyiarkan secara langsung debat berkenaan? Sukar untuk saya meyakini bahawa Umno mempunyai kekuatan untuk berbuat demikian. Walau apa pun, kita menanti perkembangan seterusnya. Biarpun dikatakan orang tua Umno ini telah menghantar memorandum kepada Majlis Fatwa dan juga membuat laporan Polis terhadap kenyataan Tuan Guru Nik Aziz itu, kita yakin ianya tidak akan memberi kesan sedikit pun. Majlis Fatwa lebih-lebih lagi pihak Polis tidak boleh menipu atau memutarbelitkan apa yang terkandung di dalam Al-Quran.

Tuan Guru Nik Aziz berhujah berpandukan Al-Quran. Orang tua ini berhujah berpandukan akal dan emosi. Mana mungkin akal manusia boleh mengatasi ilmu Allah? Semua ini akan dibuktikan nanti jika debat ini berjaya diadakan. Sekarang kita tunggu apa pula jawapan pihak yang mencabar Tuan Guru Nik Aziz. Apa pula helah mereka kali ini agar debat tersebut tidak dapat diadakan. Jangan mengikut cara Najib yang penakut berdebat itu sudahlah. /wfauzdin.blogspot.com

Khamis, 3 Februari 2011

APAKAH NIK AZIZ `PELACUR AGAMA' ?

Oleh: WFAUZDIN NS

NAMPAKNYA serangan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz terhadap Umno ternyata berkesan. Apa yang diperkatakan oleh Tuan Guru Nik Aziz bahawa sesiapa yang tidak menyokong PAS sewaktu PAS bertanding menentang Umno di PRK Dun Tenang baru-baru ini adalah golongan Jahiliyyah membuatkan pemimpin Umno `sesak nafas'.

Maka, bermacam ulasan keluar untuk mengharamkan apa yang diperkatakan oleh Tuan Guru Nik Aziz walaupun Tuan Guru Nik Aziz berhujah berlandaskan Al-Quran. Umno pula berhujah berlandaskan akal yang cetek lagi jahil. Apabila politik mahu diasingkan dengan ugama, maka sudah tentu pendapat Tuan Guru Nik Aziz tidak boleh diterima oleh Umno.

Memetik kenyataan Timbalan Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Omar Saleh, " Nik Aziz terlalu banyak menggunakan agama untuk kepentingan politik beliau. ‘‘Saya ingin bertanya kepada beliau, apakah status nenek moyang saya dan mereka yang tidak mengundi Pas sebelum Pas diwujudkan. Adakah mereka ini kafir seperti ‘fatwa’ yang dikeluarkan Pas?

Kenyataan di atas membuktikan betapa jahilnya beliau. Pernahkah PAS mengeluarkan fatwa bahawa ahli-ahli Umno kafir? Pemimpin PAS hanya pernah menyebut bahawa barangsiapa yang menolak hukum Islam termasuk hukum hudud yang diwajibkan oleh Allah, maka rosak akidahnya. Jika Umno terasa termasuk di dalam golongan yang menentang hukum Allah, maka fikirlah sendiri apa hukumnya.

Bagi menjawab soalan Omar Salleh itu yang mahu status nenek moyangnya yang tidak mengundi PAS sebelum PAS diwujudkan, adakah mereka kafir atau tidak, itu salah satu soalan orang yang masih Jahiliyyah. Beliau perlu tahu, semasa hidup nenek moyangnya sehingga mati, adakah nenek moyangnya beramal dengan perintah Allah dan tidak pernah menentang hukum Allah? Seandainya nenek moyang beliau pernah menentang hukum Allah dan tidak bertaubat sehingga mati, adakah matinya boleh dikatakan mati di dalam beriman? Omar Salleh jawab sendiri soalan beliau itu.

Islam bukan dibawa oleh PAS. Islam agama di sisi Allah dan dibawa oleh Nabi. PAS sebagai wadah politik ingin memperjuangkan hukum Allah ini. Samada PAS wujud atau tidak, kita sebagai umat Islam mesti menegakkan hukum Allah dengan apa cara sekali pun. Kita patut bersyukur kerana PAS wujud di negara ini sebagai wadah politik yang ingin melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah. Bayangkan jika Umno, MCA, Gerakan, MIC atau DAP sahaja yang wujud di negara ini, siapakah yang boleh diharapkan untuk memperjuangkan Islam? Umno? Setelah lebih 50 tahun Umno memegang kuasa, mana lebih banyak Umno lakukan samada yang makruf atau yang mungkar?

Umno melakukan yang Makruf secara berpilih-pilih seperti membina masjid, Bank Islam, Universiti Islam, Tabung Haji, Takaful dan beberapa lagi program Islam, tetapi Umno tidak melaksanakan Nahi Mungkar. Umno menolak terus perundangan Islam. Umno tidak mencegah kemungkaran sebaliknya banyak menganjurkan kemungkaran. Menolak perlaksanaan Hukum Hudud, tetapi menerima baik Akta zalim ISA. Sudahlah tidak mahu melaksanakan hukum Allah ini, Umno menyekat dengan kuasa yang mereka ada untuk menentang pihak lain yang ingin melaksanakannya.

PAS bukan agama, tetapi PAS membawa ajaran agama Islam itu sendiri. Jika ada satu pihak yang memperjuangkan Islam, dan satu lagi memperjuangkan bangsa semata-mata, mana satukah yang kita pilih? Jika kita tidak memilih perjuangan Islam, maka memang tepat jika kita digelar golongan Jahiliyyah. Hanya Jahiliyyah yang tidak mahu bersama Islam./wfauzdin.blogspot.com

MELAYU AJAK MINUM BIR, CINA AJAK MINUM TEH TARIK, MANA SATU MAHU IKUT?

Oleh: WFAUZDIN NS

TERTARIK hati saya dengan ucapan MP Shah Alam dari PAS, YB Khalid Samad di dalam ceramahnya di Petaling Jaya malam semalam. Beliau memberi jaminan bahawa PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno kerana Umno di dalam rekodnya dipenuhi dengan amalan jahat seperti rasuah, kezaliman dan berbagai lagi unsur yang menyalahi agama.

“Umno ajak PAS kerjasama kerana kedua-duanya parti Melayu macam orang Melayu Islam yang ajak kita pergi pub untuk minum bir.

orange book forum klscah 250111 khalid samad"Tapi ada pula orang bukan Melayu bukan Islam ajak kita pergi kedai mamak minum teh tarik," katanya.

Khalid mendakwa, perbandingan itu dibuat berdasarkan realiti terhadap tindakan Umno sepanjang pentadbiran selama 53 tahun di Malaysa, termasuk rasuah dan salah guna kuasa.

"Jadi kita patut ikut Umno atau ikut orang yang ajak kita minum teh tarik?," soalnya yang disambut dengan jawapan "teh tarik" oleh kira-kira 1,000 yang hadir di ceramah berkenaan (Malaysiakini)

Inilah contoh pemimpin yang bijak menilai kawan dan lawan. PAS bertuah kerana memiliki tokoh seperti YB Khalid Samad yang berpewatakan bukan `Ulamak atau Ustaz' tetapi mempunyai komitmen yang tinggi di dalam memperjuangkan Islam. PAS tidak perlu kepada pemimpin yang bersikap seperti Umno yang tahu menyebut `perpaduan Melayu' sahaja.

YB Khalid Samad sentiasa mengamalkan pendekatan `Ud' u Ila Sabiili Robbika Bil Hikmah'. Beliau berani menjejakkan kakinya ke Kilang Carlsberg terbesar di Shah Alam hanya kerana berunding dengan tuan punya syarikat tersebut. Beliau tahu, lesen kilang Arak terbesar di situ bukan dikeluarkan oleh Kerajaan PR Selangor, bahkan kilang ini tersergam di situ bertahun lamanya sebelum Selangor diambil alih oleh PR. Arak dan kilang terbesar di situ didirikan kerana mendapat kelulusan dari Kerajaan Pusat.

Kerajaan PR Selangor juga amat sensitif dengan nasib pekerja-pekerja Islam yang terpaksa mencari makan di premis jualan arak. Justeru itu, Kerajaan Negeri menubuhkan tabung khas berjumlah RM 10 juta untuk memberi kemudahan berbentuk modal atau bantuan lain bagi pekerja-pekerja tersebut mencari kerjaya lain yang halal bagi mereka.

Adakah langkah seumpama ini pernah dilakukan oleh mana-mana negeri yang diperintah oleh Umno? Justeru itu, tepatlah seperti yang dikatakan oleh YB Khalid bahawa PAS melakukan pendekatan yang bijak apabila bersama PKR dan DAP di dalam memperjuangkan Islam. /wfauzdin.blogspot.com

ORANG TUA NYANYUK CABAR NIK AZIZ DEBAT ?




Oleh: WFAUZDIN NS

SI TUA Mat Noor Deris adalah ulamak veteren Umno yang mencabar Tuan Guru Nik Aziz untuk berdebat berkenaan sesiapa yang tidak mengundi PAS adalah golongan Jahiliyyah. Sila lihat video di atas, begitulah lagaknya `ulamak veteren' Umno tersebut walaupun ketika itu berada di rumah orang yang dikunjungi oleh Tuan Guru Nik Aziz sewaktu kempen Pilihanraya Kecil Dun Galas. Memalukan, tiada adab dan moral. Mungkin kerana terlalu nyanyuk dia menjadi `gila' apabila melihat Tuan Guru Nik Aziz.

Orang tua ini dulunya ahli PAS dan sewaktu di dalam PAS, dikatakan beliau sering mengkafirkan orang-orang Umno. Allah Maha Besar, akhirnya orang tua ini menghumbankan dirinya kepada Umno. Apa yang dia perolehi apabila berada di dalam lubang Umno? Sekadar menjadi pencacai dan pak yek upahan.

Orang tua ini mendakwa Tuan Guru Nik Aziz melakukan fitnah kerana mengatakan Malaysia bukan Negara Islam. Melucukan, kerana di dalam parti komponen Bn sendiri mengakui bahawa Malaysia bukan Negara Islam. Tidak percaya, cuba tanya pemimpin MCA, Gerakan atau MIC. Kalau sudah parti-parti komponen Bn sendiri mengaku Malaysia bukan Negara Islam, maka fitnahkah Tuan Guru Nik Aziz? Mereka mengaku Malaysia negara sekular. Sekular bukan Islam, jadi Malaysia bukan Negara Islam.

Si tua nyanyuk ini juga minta Majlis Fatwa mengambil tindakan terhadap kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yang menyebut sesiapa yang tidak mengundi PAS adalah terdiri dari golongan Jahiliyyah. Apakah Jahilliyyah? Jahilliyyah termasuk golongan Nasionalis yang memperjuangkan suku kaum melebihi Islam itu sendiri. Umno adalah parti Kebangsaan dan memperjuangkan Nasionalis. Dasar Umno bukan Islam yakni Al-Quran dan Hadith.

Apabila Tuan Guru menyebut sesiapa yang tidak menyokong PAS di dalam konteks pilihanraya kecil di Tenang baru-baru ini adalah golongan Jahilliyyah memang tepat. Di Tenang, Umno menentang PAS. Umno parti Nasionalis menentang PAS sebuah parti yang dasarnya Islam. Maka, apabila pertembungan Nasionalis dengan Islam, siapakah golongan Jahiliyyah? Mengundi Umno atau PAS dianggap Jahiliyyah?

Justeru itu, usahlah si tua ini ingin memesongkan akidah umat Islam dengan menyebut menyokong Umno bukan Jahiliyyah. Bahkan, si tua ini pun terdiri dari salah seorang Jahiliyyah dan memang wajar beliau keluar dari PAS.

Tentang debat yang beliau mencabar Tuan Guru Nik Aziz, saya merasakan itu hanya gimik orang tua nyanyuk ini. Beliau tahu, Umno tidak akan bersetuju untuk mengadakan debat terbuka di antara beliau dengan Tuan Guru Nik Aziz kerana ini akan menjatuhkan air muka Umno. Cara beliau berdepan dengan Tuan Guru Nik Aziz di dalam video di atas sudah cukup untuk menunjukkan `standard' nya. Kita bimbang penyakit `gila babi'nya akan menyerang sewaktu berdebat nanti.

Dunia mungkin akan kiamat jika RTM atau TV 3 sanggup siarkan debat secara langsung di antara orang tua ini dengan Tuan Guru Nik Aziz. /wfauzdin.blogspot.com

SIRI JELAJAH ANWAR BUAT MUHYIDDIN GELABAH ?

Oleh: WFAUZDIN NS

MUHYIDDIN mula terasa gelabah apabila DS Anwar kini melancarkan `Jelajah Malaysia' sebagai kempen PKR untuk menerangkan segala isu semasa. TPM menyebut bahawa suatu hari nanti DS Anwar akan keseorangan di dalam PKR kerana beberapa tokoh PKR telah pun keluar dari parti berkenaan.

Apa yang Muhyiddin lupa, semenjak beberapa tokoh yang `lapar' itu keluar dari PKR, semakin ramai muka baru menyertai parti ini. Proses pembersihan di dalam PKR ternyata berhasil, mereka yang menyertai PKR hanya untuk mencari makan dan gilakan jawatan tidak boleh lama berada di dalam PKR. Parti ini bukan eksklusif untuk pejuang-pejuang reformasi era 98 sahaja tetapi ianya terbuka kepada semua yang cintakan keadilan.

Rakyat melihat sendiri tokoh-tokoh yang keluar dari PKR semuanya tidak menjadi apa, kecuali Senatak Ezam sesumpah yang dilantik sebagai Senator atas jasanya menghentam Anwar bukan kerana jasanya memperjuangkan isu rasuah RM 500 Juta kapal selam. Manakala yang lain sekadar menjadi pencacai Umno yang sekali sekala muncul di kaca TV untuk menghentam DS Anwar. Muka-muka seperti Zahid Md Arip, Ruslan Kassim, Zahrain dan beberapa lagi pencacai hanya menjadi `pak yek' kepada Umno.

Memang wajar Muhyiddin risau dengan kebangkitan DS Anwar sekarang. Ini adalah kerana terlalu banyak rahsia penyelewengan kerajaan Bn dan Umno yang didedahkan kepada rakyat sepanjang jelajah DS Anwar. Siri jelajah Ketua Umum PKR ini terbukti mendapat sokongan hebat dari rakyat jelata dan sekaligus kenyataan Muhyiddin bahawa DS Anwar akan keseorangan adalah satu kenyataan untuk `menyedapkan' hati beliau sahaja.

Penolakan debat yang dicadangkan oleh DS Anwar oleh Najib ternyata satu pukulan hebat kepada Umno. Biar rakyat tahu bahawa Umno sebuah parti yang berlambangkan keris telanjang tetapi pemimpinnya seorang yang pengecut./wfauzdin.blogspot.com

`BN' ADALAH `BINI NAJIB' MENJADI BAHAN LAWAK JENAKA

BN Adalah Bini Najib? -Datuk Seri Anwar Ibrahim


KL 2 Feb 11: "...Mereka mengatakan bahawa BN adalah kerajaan Bini Najib," kata ketua umum PKR, Datuk Seri Anwari Ibrahim, dalam ucapannya yang mencetuskan gelak ketawa para hadirin. Walaupun ianya adalah ceramah PKR, tetapi jelajah pertama pucuk pimpinan parti itu menyaksikan isteri perdana menteri, Datuk Seri Rosmah Mansor mendapat tepukan paling banyak, atau mungkin ejekan bersopan, dari ribuan penyokong pembangkang malam tadi.

Begitu kehebatan Rosmah Mansur, pernah disebut-sebut sebagai PM wanita yang pertama di Malaysia. Nama Rosmah sering meniti di bibir lapan pemimpin Pakatan yang berucap dalam ceramah parti di Petaling Jaya, walaupun sebahagian besarnya menghentam beliau, ketika mereka mengambil giliran membidas cara perbelanjaannya, dengan disambut gelak ketawa para hadirin. Kebanyakan mereka menyindir Rosmah yang mengakui sebagai 'wanita pertama' Malaysia walaupun ia tidak sedemikian di segi protokol dan konvensyennya.

Mereka mengatakan bahawa BN adalah kerajaan Bini Najib, kata ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam ucapannya yang mencetuskan gelak ketawa para hadirin. Teriakan beruk, kedengaran di kalangan penyokong dalam reaksi mereka ketika Anwar menyentuh abjad program seperti ETP dan NKRA, menyamakannya dengan K-E-R-A. Turut berucap ialah ahli parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad; ahli parlimen DAP Puchong, Gobind Singh Deo; ahli parlimen PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad; timbalan speaker DUN Selangor, Haniza Talha; ahli parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian, ahli parlimen Batu, Tian Chua .

Gambar Rosmah turut ditayangkan pada skrin di pentas (seperti gambar di atas) setiapkali mereka membuat komen mengenai dirinya. Namun, Rosmah bukan satu-satunya personaliti yang disentuh penceramah malam tadi. Turut menjadi sasaran ialah pengerusi PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang juga ahli parlimen Pasir Mas. /Tranungkite

Rabu, 2 Februari 2011

PENIPU BESAR - GOBALA KATA PKR ANTI INDIA, ZUL KULIM KATA PKR ANTI MELAYU

Oleh: WFAUZDIN NS

GOBALA menjadi `katak hitam' melompat keluar dari PKR, manakala Zul Kulim `firaun besar' pula di`tendang' keluar dari PKR. Gobala kata PKR pinggirkan kaum India, manakala Zul Kulim pula kata PKR pingirkan kaum Melayu. Mana satu betul? Jawapannya, kedua-duanya tidak boleh pakai langsung.

PKR telah menjawab secara fakta angka dan peratusan keahlian PKR, berbanding dengan `dua ekor' MP yang tidak berani mengosongkan kerusinya itu. Ini fakta yang dikeluarkan oleh PKR, jauh sekali apa yang didakwa oleh Gobala tentang keahlian kaum India di dalam PKR. PKR hari ini memperbetulkan laporan sebuah portal berita yang menyebut 40 peratus ahli parti itu adalah kaum India serta kenyataan ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan bahawa 90 peratus pimpinan PKR adalah Melayu. Dalam kenyataan hari ini, pengarah komunikasinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, daripada 371,612 ahli PKR, 45 peratus adalah Melayu, Cina 11 peratus, India 23 peratus, Bumiputera Sabah, Sarawak dan lain-lain pula sebanyak 21 peratus. Manakala Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR bagi sesi 2010-2013 terdiri daripada Melayu 62 peratus, Cina 20 peratus, India 12 peratus dan Bumiputera Sabah, Sarawak serta lain-lain 4 peratus (Malaysiakini).

Jelas kepada kita, kedua-dua MP yang saban masa menyalak terhadap PKR gagal menunjukkan kewibawaan mereka sebagai Ahli Parlimen. Mereka gagal buktikan sebarang salah laku dan ketidak adilan terhadap mereka. PKR telah mengadili Gobala dan memberinya peluang untuk bela diri, namun Gobala telah menetapkan niatnya lebih awal untuk menjadi `katak hitam'. Zul Kulim pula, telah dibawa untuk pengadilan namun mencari alasan lain untuk menolak peluang membela diri kerana niat awalnya sudah ada. Jelas, PKR tidak menzalimi mereka tetapi kerana sikap mereka yang sememangnya ego, sombong dan merasa hebat akhirnya menjadi pencacai murahan.

Adakah PKR sudah bersih sekarang? Jawapannya tidak, masih ada saki baki yang mencari masa yang sesuai untuk `mencari makan' di luar. PKR harus memantau mereka ini dan bertindak lebih awal sekiranya terbukti mereka menjalankan kerja berunsur sabotaj kepada parti./wfauzdin.blogspot.com

MAHATHIR PECAH BELAHKAN MELAYU, HINA NABI ?

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 1 Feb: Dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan kewujudan PAS membawa perpecahan orang Melayu tertolak.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad mempersoalkan bukankah kewujudan Umno yang direstu oleh penjajah Inggeris.

Malah, katanya ketika Umno ditubuhkan pada 11 Mei 1946, sudah ada parti Melayu yang pertama, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945.

Malah, tambahnya ketika semua parti di Tanah Melayu diharamkan oleh penjajah Inggeris pada tahun 1948, yang dibenarkan hidup hanya Umno.

Menurutnya, bukankah itu bukti kewujudan Umno untuk memecah belah perpaduan Melayu dan menjadi alat penjajah untuk melawan sesama sendiri.

“Kenapa hendak salahkan PAS dan Tuan Guru Nik Aziz apabila lahirnya Parti Semangat 46.

“Bukankah Tun merupakan orang yang bertanggungjawab di atas perpecahan di dalam Umno, sehingga lahir team A dan team B?” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Begitu juga, tambah beliau lahirnya Parti Keadilan Rakyat kerana kebangkitan ahli Umno yang tidak puas hati dengan cara Mahathir memimpin parti pada waktu itu dan melakukan kezaliman terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Apakah Islam nasionalis yang difahamkan oleh Tun menepati dengan kehendak Islam?” tanya beliau lagi.

Tambahnya, tindakan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memperlekehkan hukum salam mungkin adalah anutan Islam nasionalis.

Menurutnya, mungkin Soi Lek belajar daripada Tun yang pernah mengatakan bahawa nabi simpan janggut kerana tidak ada pisau cukur.

Beliau juga, katanya melihat bagaimana isteri pemimpin Umno berpeluk dengan Salman Khan.

“Jadi tidak hairanlah Soi Lek memperlekehkan hukum salam dalam Islam. Siapa gurunya?” ujarnya lagi./Harakahdaily

PAHANG DAILY TARIK CERITA SAIFUL SAKIT, TENTANG DILIWAT BAGAIMANA?

Oleh: WFAUZDIN NS

TAHNIAH dan syabas kepada Pahang Daily yang berani serta berjiwa besar memohon maaf kerana menyiarkan cerita sakit yang dialami oleh Saiful Bukhari. Ini membuktikan media pembangkang berani mengaku silap dan tindakan ini patut diikuti oleh media mereka terutamanya Utusan dan TV 3.

Permohonan maaf oleh Pahang Daily hanya merujuk kepada cerita kununnya Saiful menghadapi penyakit dan samasekali tidak melibatkan cerita fitnah liwat ke atas DS Anwar. Tentunya Saiful merasa lapang dada di atas pengakuan mohon maaf tersebut. Baca di sini.

Saya juga percaya bahawa apa yang diperkatakan oleh Pahang Daily di dalam permohonan maafnya itu bahawa Saiful tidak berpenyakit seperti yang diperkatakan. Saiful hanya boleh merasa bertuah kerana tuduhan bahawa beliau mendapat sakit adalah satu tuduhan palsu, tetapi bukan cerita bahawa beliau diliwat itu. Tuduhan liwat ke atas DS Anwar tetap tidak diyakini majoriti rakyat dengan berbagai kisah dan perjalanan cerita yang tidak masuk akal.

Perjalanan perbicaraan kes liwat juga dilihat aneh sekali. Sekarang, kita tumpukan kepada sejauh mana mereka boleh mensabitkan tuduhan ke atas DS Anwar di dalam mahkamah sivil setelah kes qazaf di mahkamah Syariah dihalang. Apakah episod dahulu bakal berulang?/wfauzdin.blogspot.com

Selasa, 1 Februari 2011

LEBIH BAIK AKU CIUM ANJING DARIPADA CIUM TANGAN ORANG TUA NYANYUK NI !!

Oleh: WFAUZDIN NS

ORANG tuan nyanyuk mana tah cakap ada pulak Islam Nik Aziz. Kalau dia cakap ada Islam Nik Aziz, dia tu ada tak Islamnya? Langsung takde kot.

Kalau orang kata si tua nyanyuk ni memang takde Islam, aku mungkin percaya pasal orang tuan nyanyuk ni pernah cakap Nabi bela janggut pasal zaman Nabi takde Pisau Cukur. Orang tua nyanyuk ni juga ada cakap kalau laksanaklan hudud, umat Islam tak boleh maju pasal ramai yang kena potong tangan. Weyy...orang tua, yang kena potong tangan tu orang seperti engkau la yang pencuri hak rakyat. Dah la tua, bodoh la pulak.

Bayangkan punyalah bangangnya orang tua ni tuduh Nik Aziz punca umat Islam berpecah. Dia cerita pasal tubuhnya Parti Melayu Semangat 46 dulu buat orang Melayu dan Islam berpecah. Weyy...si tua, wujud parti S46 tu dulu angkara siapa? Nik Aziz kah? Bukan ke angkara engkau yang menipu masa bertanding pemilihan dulu menyebabkan parti S46 ini wujud? Terlebih nyanyuk sampai lupa apa yang dia buat, ini dah semakin hampir ke lubang kubur.

Wujud pula KeADILan, bertambah pecah lagi orang Melayu Islam. Kenapa KeADILan ini wujud? Bukankah tangan kotor si tua ini yang mencipta fitnah ke atas tokoh yang bakal menjatuhkannya dari takhta? Engkau lupa juga ke, wahai si tua?

Pelik apanya kalau orang kata si tua ini takde agama, kerana dialah yang menghalang perlaksanaan hukum hudud di Kelantan. Siap buat surat amaran lagi ugut Kerajaan Negeri Kelantan jangan laksanakan hudud. Kisah ini Blogger PapaGOMOL tak tahu pasal dia Bloger bodoh teramat sangat. Seorang Blogger yang selalu ketinggalan bas tapi dapat upah juga walaupun bodoh.

Senang cerita camni la aku nasihatkan pada si tua haprak ni. Berani tak dia berdebat dengan Nik Aziz atas tajuk yang dia cipta sendiri iaitu `Islam Nik Aziz'? Kirim salam beb kalau dia berani. Aku berani potong jari kalau orang tua hidung besar ni berani berdebat. Sebab tu, anak-anak muridnya sekarang mewarisi sifat dayus dan baculnya itu. Sebut je debat, semua pakat menyorok bawah ketiak bini masing-masing.

Aku teringat ceramah seorang bekas pemimpin KeADILan yang kini telah menjadi `katak kekenyangan' dari Melaka. Semasa dia ni dalam KeADILan, dia pernah cakap kalau si tua ni mati, dia orang pertama nak kencing atas kuburnya. Sekarang, orang yang bercakap tu pulak kena kencing kat orang tua ni. Padan muka. Harap nama je cucu tokoh pemimpin.

Selepas ni, tak tau lah berapa ramai nak kencing atas kubur orang tua ni nanti. Silap-silap kena ambik nombor beratur dulu nak kencing. Mungkin korang kata aku tulis agak kasar sangat. Pada aku ini kira paling beradab lah untuk menulis tentang orang tua yang tak pernah insaf nak mati tu. Orang yang hina Ulamak, hina Islam, hina Nabi korang nak cium tangan dia? Kalau ada yang tergamak nak cium pun, mungkin geng-geng songkok hitam yang tinggi macam KLCC tu je. Pada aku, baik aku cium anjing, pastu aku samak lagi baik. /wfauzdin.blogspot.com

PILIHANRAYA - MENGAPA DI FELDA `LIAT' SANGAT ?

Sebelum kamu mencerca orang Felda dengan berbagai penghinaan, kamu lihat dulu apa pandangan mereka tentang PAS. Ini lah sebab utama mereka tidak mengundi PAS.

1) Sejarah

Yang menubuhkan Felda ialah UMNO. UMNO lah yang merubah nasib mereka daripada papa kedana di kampung menjadi senang lenang sekarang duduk di rumah batu di Felda. PAS tiada bersejarah membantu kehidupan orang Felda.

2) Pembangunan

Yang membantu orang Felda membina kehidupan selama puluhan tahun ialah UMNO. UMNO lah mentulangi belakang pembangunan Felda dan memberi sinar. Merekalah yang mencipta berbagai pogram pembangunan Felda. PAS tidak mengambil bahagian langsung dan tidak pernah membicarakan tentang pembangunan Felda. Pada mereka, PAS tidak tahu menguruskan pembangunan.

3) Sturuktur organisasi perkampungan Felda

Hampir 100% JKKK Felda dikuasai orang2 UMNO. Segala projek dan peruntukan seperti pembahagian tanah generasi kedua dan kontrak2 di Felda di kawal oleh taiko2 UMNO. Surat sokongan anak2 menyambung pelajaran di universiti dan permohonan biasiswa akan hanya di beri untuk penyokong UMNO. Lesen2 perniagaan kecil2an diFelda diberi secara terpilih. PAS tak der pun tak per.

4) Penghayatan agama

Cukuplah bagi mereka dapat bersolat dan menjalankan ibadah seharian. Sekali sekala ada juga program2 agama seperti ceramah dan sambutan maulidur rasul. Mereka kuat beranggapan bahawa kepercayaan Islam mereka adalah betul dan tidak menyalahi kehendak agama. Bagi mereka dakwah PAS hanya memecah belah untuk kepentingan politik.

5) Jatuh bangun bersama UMNO

Mreka berdarah karat biru tidak akan berpaling keparti lain. Pertalian sejarah dan sosioekonomi yang kuat antara UMNO dan orang2 Felda membuatkan mereka sanggup jatuh dan bangun bersama UMNO. Bagi mereka, jika UMNO 'sakit', mereka akan bersabar dan tidak sekali2 akan menolak. Mereka tidak akan mengkhianati 'pengorbanan' dan 'sumbangan' UMNO selama ini.

So, atas faktor2 diatas, kamu jangan ingat kempen 7,8 hari kamu tu boleh memberi kesan kepada mereka.

Namun begitu, sejak 1998, PAS sudah mula memperkukuhkan tapak. Kalau sebelum itu, 10% undi pun payah, sekarang ini PAS sudah ada sekurang2nya 30% base di tanah2 rancangan. Dengan usaha gigih berterusan dan ditambah 'impact' seperti kes anwar ibrahim 1998, tidak mustahil base itu akan bertambah menjadi majoriti.

Allah Maha Melihat dan Perangcang Terbaik.

Wallhualam.

Sumber: Tranungkite

KISAH `LEMBU 1 MALAYSIA'

Oleh: WFAUZDIN NS

TERLALU banyak Allah telah tunjukkan pada kita untuk kita berubah. Allah tunjuk satu persatu puak sekutu Apco ini buat kerja, namun kita masih bertahan dengan `ketuanan Melayu' kita.

Baru malam tadi dikatakan harga minyak Ron 97 dinaikkan. Sebelum ini Ron 97 dan Ron 95 sudah naik beberapa kali. Menang sahaja PRK Dun Tenang, puak tersebut menunjukkan ego mereka kerana rakyat telah berjaya diperbodohkan. Tidak lama lagi, ada lah Menteri yang akan kata itu bukan kenaikan harga minyak, itu cuma pelarasan sahaja. Kita pun menjadi lembu mendengarnya.

Masih tak kita ingat, sewaktu Ron 97 dinaikkan sebelum ini, Muhyiddin kata tidak mengapa Ron 97 naik harga kerana majoriti rakyat menggunakan Ron 95. Belum kering bibir Muhyiddin bercakap, diumumkan di tengah malam buta bahawa minyak petrol Ron 95 dinaikkan. Kita pun menjadi lembu lagi.

Semasa kempen PRK Duin Tenang, Chua Soi Lek menghina hukum Islam, kenyataan Chua Soi Lek sedikit pun tidak masuk ke dalam hati dan jiwa kita. Kita lebih suka menyalak pasal pemimpin DAP masuk masjid untuk memberikan sumbangan kepada surau dan masjid. Memang kita mempunyai otak lembu. Terbaru pula, Tuan Guru Nik Aziz membawa masuk berbelas kaum India ke dalam masjid. Majis Fatwa tidak mahu bersidang ke? Geng-geng songkok hitam tinggi macam menara KLCC tidak mahu berdemontrasi ke?

Selepas ini, akan ada lagi PRK Dun Merlimau. Kita tidak tahu berapa ekor lembu pula yang ada di sana. Apa yang pasti, jika puak sekutu Apco itu menang, kita pasti akan mendapat `bonus' lagi seperti yang baru kita dapat malam tadi./wfauzdin.blogspot.com

PASAL APA MARAH SANGAT KAT ANWAR DAN AZMIN ? TAK DAPAT JAWATAN KE?

GO..GO..Gobalakrishnan dari PKR. Cantikkk lah. Ada member kata ini `katak hitam' yang baru selepas `raja katak' Pasir Mas. Memang lengkap organisasi `kumpulan katak Semalaysia'. Ehh...parti baru ke tu?

Keluar PKR kununnya marah kat Anwar dan Azmin. Weyy...ko ingat PKR ni kepunyaan Anwar atau Azmin ke? Kalau ko percaya PKR ni bukan kepunyaan Anwar dan Azmin, yang ko pergi jadi katak tu buat apa? Marah kat Anwar atau Azmin, cukup masa ko lawan je lah....

Ini belum pun ko jawab surat tunjuk sebab dari PKR, ko dah cabut. Punyalah penakut ko Gobala!! Ko kata Anwar sayang sangat kat Azmin, betoi ke Tambi? Kalau Anwar betul-betul sayang kat Azmin, takde lah Tan Sri Khalid tu jadi MB Selangor. Mesti Anwar lantik Azmin jadi MB.

Sebenarnya ko marah pasal tak dapat jawatan dalam parti kan? kan? kan? Ehhhh...malu plak nak mengaku...poooraaahhhh...

Aku pun pelik dengan puak-puak yang marah sangat kat Azmin.
tu. Kenapa ye? Katalah Azmin tu menipu semasa pertandingan pemilihan PKR yang lalu, takkan semua undi yang azmin dapat tu semua tipu? Dia menang banyak beb....majoriti besar. Kalau majoriti tu dibagi dua pun, Azmin masih menang. Lojik ke?

Ini maknanya Azmin memang dipilih ramai akar umbi ahli PKR. Kalau ramai yang tak suka Azmin, dah berpuluh ribu ahli PKR akan keluar parti bila Azmin memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR. Tapoi, yang keluar berapa kerat? Gobala?

Cukup-cukup lah korang dengki kat Azmin tu. Tak puas hati korang lawan la dia dalam pemilihan nanti. Aku pun bukan taksub dengan Azmin ni, tapi nak buat camne dah ramai yang suka kan....Cakap banyak kang ada pulak yang berbunyi...

Tapi aku respek Azmin, banyak orang dok kutuk dia macam-macam, dia tak nak layan pasal dia tahu yang kutuk dia tu ahli-ahli PKR juga. Sedihnya, puak-puak tu pulak tak fikir semua ni....suka hentam dalam blog dan fb...puak ni sanggup jual parti kat musuh sebab marah kat Azmin atau Anwar je...berambus dari parti tak mahu plak....isshhh...isshhh.. /budakmental

HADIAH SEGERA BUAT PENGUNDI TENANG DAN KITA JUGA MERASAI NIKMATNYA...


RON97 naik 10 sen lagi

Jan 31, 11

Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini menurut satu sumber industri.

Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya).

Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.

Kenaikan harga ini juga dilakukan sehari selepas pilihan raya kecil DUN Tenang yang berlangsung semalam.

Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini.

Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Apungan itu diperkenalkan tahun lalu dan satu gred baru petrol RON95 turut diperkenalkan.

Harga bagi RON95 kini ditetapkan pada kadar RM1.80 seliter.

Pengurangan subsidi bagi bahan keperluan seperti petrol telahpun mula diperkenalkan melalui Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) sejak awal tahun lalu.

Badan berkenaan ditubuhkan bagi mengurangkan beban subsidi negara./Malaysiakini

Isnin, 31 Januari 2011

JANGAN RASA DIRI ITU BESAR, BOLEH BERAMBUS...

Lagi Meninggalkan PKR
Monday, 31 January 2011
Image

Siva Sankhar adalah antara ahli PKR yang secara senyap melepaskan jawatan beliau dan juga turut keluar dari PKR. Beliau juga tidak mempercayai PKR yang tidak tahu berterima kasih terhadap ahli-ahli. Beliau tidak menegaskan secara terperinci dalam FB beliau tetapi ini adalah apa yang sebenarnya berlaku pada PKR yang semakin lama semakin suram. Ahli-ahli sedar akan kepincangan dan yang paling jelas ialah campur tangan Ketua UMUM dalam pemilihan dan menentukan siapa yang menang. Ini bagi sesetengah ahli melanggar tuntutan demokrasi dan keadilan yang menjadi slogan laungan PKR. (umno-reform2)

Oleh: WFAUZDIN NS

SIAPA beliau ini, aku tidak kenal tetapi mungkin ramai yang kenal. Bila beliau dikatakan mengambil keputusan untuk keluar dari PKR, aku sekadar boleh ucapkan "selamat berambus' satu ucapan yang pernah aku ucapkan kepada `katak hitam' Gobala.

Alasannya sebijik macam Gobala dan mereka yang satu kepala otak dengannya. Kununnya, PKR tidak tahu membalas jasa, tidak kenang budi, tidak adil dan bla...bla..bla...lidah biawak ini terus berkata untuk menghalalkan cara. Besar sangatkah jasanya kepada PKR? Nama pun aku tak kenal dan aku tanya kawan-kawan aku yang lain pun mereka tidak kenal. Mungkin pernah berjasa pada PKR, tetapi besar mana? Ada lebih besar dari Ezam? Besar dari Gobala? Dua ekor ini pun tak tahan daulat, nak jadi pejuang tahi kucing?

Aku respek sesiapa sahaja di dalam PKR yang terus mengkritik parti dan pimpinan atas apa jua ketidakadilan. Pemimpin tak betul, tolong betulkan dan kritiklah asalkan ada asas. PKR bukan parti Anwar, Azizah mahupun Azmin. PKR parti untuk semua ahlinya, dan mereka bebas untuk mengkritik. Mana-mana pemimpin yang tidak mahu memimpin dengan betul, tukar saja orang lain.

Tetapi kalau cara nak luahkan marah dan tidak puas hati kepada pemimpin dengan cara keluar parti, itu tanda orang pengecut. Apatah lagi keluar parti kerana tidak dapat jawatan atau tidak dapat habuan. Aku setakat ini respek dengan Chegu Bard yang terus kritik dan desak parti di dalam hal yang beliau rasakan tidak betul dengan parti. Kalau Chegu Bard keluar parti dan meletakkan dirinya setaraf dengan Gobala, mungkin anggapan aku pada beliau berubah.

Nampaknya ramai yang nak ambil kesempatan dari masalah yang ada dalam parti. Masalah yang ada bukan untuk diatasi, tetapi mahu lari dari masalah dengan keluar parti. Boleh berambus kalau macam itu. Pemimpin di dalam parti pula, jangan biarkan masalah yang ada berterusan sehingga menjadi kudis buta. Mentang-mentang mereka yang mengkritik parti tetap setia dengan parti, pemimpin pula buat tidak kisah dengan masalah di depan mata. /wfauzdin.blogspot.com

PAS TEWAS - SATU KRITIKAN DAN PANDANGAN YANG POSITIF

PRK Tenang baru berlabuh dengan catatan kemenangan BN bertambah majoriti. Kemenangan ini sebenarnya bukanlah boleh dibanggakan kerana hampir 50% pengundi Tionghua tidak dapat keluar mengundi akibat bantuan pengangkutan ke tempat mengundi lebih bertumpu ke kawasan majoriti pengundi BN.

Walaupun begitu, majoriti BN tetap gagal melepasi 4000 undi jauh sekali 5000 undi. Positifnya, pengundi Tionghua tetap menolak BN walaupun Presiden MCA menghina Islam secara terbuka. Maksudnya, masyarakat Tionghua lebih memahami budaya Islam sejak DAP berkawan dengan PAS. Menang tetap BN menang, PAS perlu membuat bedah siasat faktor-faktor kekalahan terutama kegagalan menambah undi di kawasan Melayu.

Walaupun ada tuding menuding tetapi penulis harap semua itu akan membawa impak positif kepada perjuangan PAS menghadapi PRU-13. Penulis tidak akan menghalakan tudingan kepada Pengarah Pilihanraya, jentera pilihan raya dan calonnya Cikgu Mala.

Penulis lebih menghalakan tudingan ini kepada PAS Kawasan Labis, bukan untuk memperkecilkan tetapi lebih kepada penambah-baikan sebagai persediaan menghadapi PRU-13. Malah, tulisan ini juga sesuai untuk semua PAS Kawasan yang ada di Malaysia yang teruja untuk bertanding dalam PRU-13.

Apabila PAS masuk bertanding untuk PRK Tenang, asas pemilihan PAS adalah kerusi itu adalah kerusi yang ditandingi PAS semasa PRU-12. Sebagaimana juga di Bagan Pinang, Galas, Kuala Terengganu, Manek Urai, Permatang Pasir dan Bukit Gantang.

Tahukah kita mengapa PAS boleh menang di Permatang Pasir dan Bukit Gantang? Kerana undi orang Melayu kepada PAS di situ melebihi 40%. Apabila ditambah undi bukan-Melayu , PAS menang.

Bagi kawasan majoriti Melayu di Kuala Terengganu dan Manek Urai undi yang PAS terima lebih 50% jadi PAS menang. PAS kalah di Galas kerana undi orang Melayu kepada PAS kurang 50%.

Berapakah undi orang Melayu yang diterima oleh PAS di Bagan Pinang dan Tenang ? kurang 35 % malah di Tenang kurang 25 % . Penulis terima hakikat bahawa kawasan ini kubu kuat Umno sejak merdeka tetapi apakah persediaan dan usaha yang telah dilakukan PAS Kawasan berkenaan untuk menembusi kubu kuat Umno ini.

Cawangan

Berapa cawangan PAS di Bagan Pinang? Tiga (3). Berapa cawangan PAS di Tenang? Enam (6). Maaf jika angka itu salah. Sejak PRU-12, berapa cawangan yang ditambah oleh PAS Kawasan. Jika akar umbi tidak kuat bagaimana PAS boleh masuk ke kawasan kubu kuat Umno.

Bila berlaku pilihan raya, sukarnya petugas untuk berkempen kerana tiada bantuan orang tempatan. Mungkin ada tetapi takut sebab tidak ada cawangan dan tak biasa bersama dalam aktiviti PAS.

YDP PAS di mana-mana kawasan perlu jadikan usaha penambahan cawangan ini sebagai agenda dalam mesyuarat kawasan. Jangan tunggu bubar parlimen baru kelam-kabut cari orang tempatan di kampung atau Felda yang dikenali untuk bantu. Sepatutnya, sekaranglah masa kumpulkan orang tempatan yang sokong PAS dan usahakan penubuhan cawangan.

Pengundi baru

Berapa pengundi baru di kalangan anak ahli dan penyokong PAS yang didaftar sebagai pengundi di Bagan Pinang dan Tenang? mengecewakan, buktinya rujuk jumlah pengundi baru yang didaftarkan oleh PAS NS dan Johor.

Tidak adakah pengundi baru di kalangan anak ahli dan penyokong? Ada tetapi PAS Kawasan tak ambil berat untuk daftarkan. Bila sampai pilihan raya, tengoklah betapa ramainya anak ahli dan penyokong yang dah lebih umur 21 tahun tak boleh mengundi.

Sudah ada arahan supaya agenda penambahan pengundi baru dibincang dalam mesyuarat kawasan. Malah PAS dah pinda perlembagaan membolehkan seorang Pengarah Pilihan raya duduk dalam Jawatankuasa Harian Kawasan. Namun, sudah berjalankah usaha penambahan pengundi baru?

Kebajikan dan kemasyarakatan

PAS dah lama menjadikan usaha memasyarakatkan PAS untuk mendekati masyarakat. Semasa PRU-12, PAS telah menggunakan slogan ke arah negara berkebajikan bagi membuktikan bahawa PAS benar-benar parti yang memperjuangkan kebajikan rakyat.

Persoalannya, adakah PAS Kawasan sudah merealisasikannya secara bersungguh-sungguh atau sekadar melepaskan batuk di tangga. Hendak tahu bersungguh atau tidak, tengok jumlah derma kebajikan yang telah diberikan kepada penduduk.

Tengok berapa kali aktiviti berbentuk kebajikan yang telah di buat kepada penduduk. Tengok berapa dana kebajikan dalam akaun. Nilailah sendiri usaha PAS Kawasan dalam bidang kebajikan.

Apabila tiba pilihan raya, baru turun nak bagi sumbangan sudah terlambat sebenarnya kerana tak termampu menandingi bantuan musuh. Malah akan ramai pengundi yang akan berkata, "bila pilihan raya baru nak bagi bantuan"

PAS Kawasan perlu menjadikan usaha kebajikan sebagai usaha dakwah dan bukan hanya bertujuan untuk pilihan raya. Oleh kerana, kebajikan hanya semasa pilihan rayalah kurang usaha menambah dana kebajikan membantu rakyat.

Rakyat perlu didampingi, dibantu dan didekati tidak kira semasa pilihan raya atau tidak. Jika PAS Kawasan sudah menjalankan usaha kebajikan sebagai rutin bukan hanya pilihan raya. PAS Kawasan tidak akan merasa hampa walaupun kalah pilihan raya kerana usaha membantu rakyat tetap diteruskan.

Jika PAS Kawasan menang pun, wakil rakyat tidaklah pening kepala membantu rakyat kerana PAS Kawasan boleh membantu. Malah, PAS Kawasan juga tidak pening kepala apabila rakyat tidak puas hati dengan wakil rakyat PAS yang tidak membantu rakyat kerana PAS Kawasan tetap ada membantu rakyat.

Penulis cuma berikan tiga perkara penting ini untuk diambil perhatian oleh mana-mana PAS Kawasan di Malaysia. Jika PAS Kawasan dah laksanakan, syukur dan tahniah. Bagi yang belum laksana buatlah kerana semua kerja ini bertujuan untuk menegakkan perjuangan Islam.

PAS mungkin bertanding di Merlimau, sebelum bertanding PAS Kawasan di sana kena tengok tiga perkara penting ini. Jika cawangan banyak, pengundi baru ramai, usaha kebajikan aktif. Percayalah PAS ada harapan besar menang, namun jika belum laksanakan jangan sekali - kali mengalah tak mahu bertanding. Bertanding tetap bertanding kerana itu kerusi PAS.

Kesempatan ini, penulis ucap tahniah kepada seluruh pimpinan dan petugas PAS yang menabur bakti di Tenang. PAS Kawasan Labis mempunyai pimpinan yang berkualiti seperti Cikgu Mala dan beberapa pimpinan lain. Cikgu Mala boleh mulakan dari sekarang usaha mendekati rakyat melalui Pusat Aduan Rakyat di Tenang. PAS Kawasan perlu bersama Cikgu Mala mengaktifkan Pusat Aduan berkenaan.

Janganlah anggap penulis ni hanya boleh berteori, hanya boleh menulis tidak di medan sebenar. Penulis sudah berada di medan sebab itulah penulis menulis berdasarkan pengalaman. Penulis dah banyak menulis berkenaan perkara di atas N3 yang lepas. Boleh baca semula paparan di bawah:

Oleh: Tulahan

PRK DUN TENANG - TERIMA KASIH SPR KERANA PAS DAPAT 3 UNDI POS

Oleh: WFAUZDIN NS

SAYA tidak tahu sampai bilakah kita mahu serius untuk menentang Undi Pos ini. Jika dahulu SPR kununnya ingin praktikkan sistem cop jari (dakwat) tetapi SPR juga yang membatalkannya walaupun dikatakan berjuta duit rakyat habis digunakan untuk membeli dakwat khas tersebut.



Sistem undi pos sememangnya menguntungkan mereka dan kita tahu perkara ini. Tetapi, apa yang telah kita lakukan dan jika ada, apakah ianya serius atau tidak? Terbaru, di PRK Dun Tenang kita hanya mampu menyaksikan calon kita mendapat 3 undi sahaja berbanding dengan mereka yang mendapat 115 undi. Sebelum ini, di PRK Dun Bagan Pinang, di dalam ribuan pengundi pos kita hanya mendapat jika tidak silap 500 undi sahaja.

Pada saya, 3 undi yang kita perolehi dari undi pos di Tenang baru-baru ini adalah `sedekah' dari puak mereka kepada kita. Kita patut ucap terima kasih kepada SPR kerana mendapat 3 undi beharga ini. Sampai bila kita boleh bertahan dengan `permainan' seperti ini? /wfauzdin.blogspot.com

PRK DUN MERLIMAU - PKR JANGAN TAMAK NANTI RUGI

Oleh: WFAUZDIN NS

SELESAI di Tenang, satu lagi cabaran menanti buat PR iaitu di Dun Merlimau, Melaka. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Februari sebagai tarikh penamaan calon dan sekiranya ada pertandingan, pengundian pada 6 Mac. Dalam Pilihanraya Umum 2008, Mohamad Hidhir menewaskan calon PAS, Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

Ura-ura ada menyebut PKR Melaka mahukan kerusi tersebut diserahkan kepadanya atas faktor-faktor tertentu dan kemungkinan PKR Melaka mahu meletakkan Ketua AMK Sdr Shamsul Iskandar bertanding di situ. Presiden PAS telah membuat kenyataan bahawa penentuan siapakah yang diberi tanggungjawab bertanding di kerusi tersebut akan dibincangkan terlebih dahulu di dalam PR.

Pada pendapat saya, PR harus memegang kepada persefahaman yang dibentuk selama ini dan menyerahkan kerusi tersebut kepada PAS. PKR tidak perlu `tamak' untuk merebut kerusi berkenaan kerana `tamak selalunya rugi'. PKR atau DAP hanya boleh bertanding di kerusi tersebut seandainya PAS sendiri memberi keizinan atau merestuinya atas sebab-sebab tertentu parti tersebut.

Oleh yang demikian, hentikanlah PKR untuk melobi kerusi berkenaan. Serahkan sahaja kepada kebijaksanaan pimpinan PR untuk menentukannya. Apa yang penting, sementara pimpinan membuat keputusan, PR khususnya di Melaka boleh bergerak lebih aktif mulai sekarang. Harus diingat, Melaka adalah sebuah negeri yang `lebih karat' Umnonya dari Johor sekarang. /wfauzdin.blogspot.com

PRU KE 13 - HARAP PAS KEKALKAN PUAN NORMALA

Oleh: WFAUZDIN NS

MESKIPUN tewas di dalam Pilihanraya Kecil Dun Tenang yang diumumkan malam tadi, calon PAS Puan Normala Sudirman boleh kita anggap sebagai `pemenang sebenar' pertandingan menentang seluruh jentera kerajaan.

Wanita gigih ini berjaya menggagalkan cita-cita TPM Muhyiddin yang mengimpikan majoriti sekurang-kurangnya 5000 di mana PAS tewas hanya majoriti 3, 707 sahaja. Muhyiddin mensasarkan majoriti sebanyak itu kerana beliau yakin dengan kekuatan seluruh jentera kerajaan yang ditunggangnya amat mudah untuk menghadapi hanya seorang wanita. Ternyata, Puan Normala telah memberikan satu tamparan hebat dan memalukan TPM.

Saya berharap agar di dalam PRU Ke 13 nanti, kerusi Dun Tenang ini ditandingi semula oleh Puan Normala. Beliau seorang yang berkebolehan dan ketenangan serta kecekalannya amat menguntungkan PAS memiliki wanita ini. Berhadapan dengan seribu fitnah termasuk ke atas suaminya, Puan Normala tetap mampu tersenyum sebilang masa. Beliau hanya berserah kepada yang Maha Esa.

Selepas ini, apakah nasib yang bakal menimpa ke atas suaminya yang dikatakan akan berhadapan dengan tindakan tatatertib kerana kununnya menyalahgunakan cuti sakit untuk menemani kempen membantu isterinya. Saya berharap PAS akan sedia membantu dari segala segi termasuk bantuan guaman sekiranya suami Puan Normala dikenakan tindakan.

Sekali lagi, tahniah kepada Puan Normala yang telah berjaya merapatkan perpaduan dan kefahaman Islam kepada kaum Cina di Tenang. Undi kaum Cina di Tenang dikatakan mencapai 70 % menyokong PAS. Biarkan lah Melayu di felda dengan `ketuanan Melayunya' dan kita lihat sejauh mana `ketuanan Melayu' yang disanjung oleh mereka itu boleh memberi kesenangan kepada mereka.

Pernahkah kita terfikir Melayu menolak perjuangan Islam, dan kaum Cina menyokong perjuangan Islam? Itulah kerja Allah yang manusia tidak boleh fikirkan. Benarlah kata Tuan Guru Nik Aziz, Islam itu bukan kepunyaan Melayu sahaja./wfauzdin.blogspot.com

HEBATNYA KERAJAAN NAJIB DAN JENTERANYA MENEWASKAN SEORANG WANITA ?

Oleh: WFAUZDIN NS

TERLEBIH dahulu diucapkan tahniah kepada `Kerajaan Malaysia beserta beberapa Kementerian dan agensinya' yang telah menewaskan PAS yang mewakili PR di dalam PRK Dun Tenang yang diumumkan malan tadi.

Calonnya, Mohd Azahar Ibrahim mengalahkan calon PAS Normala Sudirman dengan majoriti 3, 707 dengan mendapat undian 6, 699 manakala Normala memperoleh 2,992 undi. Bumi Tenang dibanjiri air sehingga ke tengah Pekan Labis iaitu banjir terburuk di kawasan tersebut, namun majoriti pengundi tetap yakin bahawa Kerajaan Bn adalah kerajaan terbaik buat mereka dan Labis khususnya tetap dilihat maju di bawah Bn.

Majoriti di Labis juga berpendapat bahawa `ketuanan Melayu' mesti dipertahankan, walaupun beberapa pemimpin di kalangan mereka memperlekehkan hukum Islam. Melayu lebih penting dari segalanya, sebab itu seperti biasa kawasan Felda tetap aset penting pendukung `ketuanan Melayu'. Alhamdulillah, di saat ramai Melayu tidak peka terhadap hukum Islam, DAP dan pengundi-pengundi Cina bersatu dengan PAS mempertahankan maruah Islam dari terus dicemari oleh mulut beberapa pemimpin mereka.

Ini satu perkembangan baik buat PAS dan PR. Islam semakin difahami oleh mereka dan biarlah Chua Soi Lek, Muhyiddin, Rais atau Isa Samad yang merasa amat sukar memahaminya. Majoriti pengundi-pengundi di Tenang juga merasakan perjuangan Islam tidak mempunyai tempat di sini terutamanya di kawasan felda. Sebab itu, hairan apanya jika kita lihat remaja-remaja di kawasan felda teramat baik akhlak mereka. Tiada masalah sosial di felda dan felda itu sendiripun bersih sebersihnya. Justeru, memang wajar Ahmad Maslan tidak menyahut cabaran ANAK untuk berdebat berkenaan isu felda. Ini adalah kerana majoriti penduduk felda tetap yakin felda bersih. Tidak lama lagi seluruh felda akan mendapat WIFI percuma sepertimana kem tentera di Bagan Pinang telah mendapat WIFI, kolam renang dan Padang Futsal yang dijanjikan dulu (?)

Sekali lagi tahniah buat Kerajaan 1 Malaysia di bawah Najib dan ternyata jentera kerajaan mereka amat kuat sehingga boleh menewaskan seorang wanita dari PAS./wfauzdin.blogspot.com

Ahad, 30 Januari 2011

UMMI - DULU BANKRAP, SEKARANG DAH POKAI KOT....

kahkahkah bukan takat bangkap idea nak carik duit, tapi memang seorang bankcrupt atau bahasa mudahnya MUFLIS/ HUTANG TAK RETI BAYAR... hahahaha

cuma tertanya mana tetiba datang duit untuk bayar hutang? harharhar? ini misti ada orang bagi, TUAN ALI bapa Ummi tak bagi duit kat ummi pasal tak ngaku anak, suami nak bagi? haram dia nih mana ada kawen lagi, dengar citer masih dara... hak! baginda nak bagi? dulu leh la nak bagi masa baginda ngaku ini teman seseks... skang tak dengar lagi.. hahaha adik beradik nak bagi? hahaha Ummi nih siap nak saman adik beradik dia lagi adallah... tak kenang budi punya adik beradik... hahaha!

jom baca berita dolu2, zaman takde internet so dengan mudah Mahathir waktu tu nak tipu, hotel tak pernah ujud pun boleh jadi tempat berlaku kes liwat.. hahaha

Harakah

Ikhsan: Harakah

Selepas Azizan Abu Bakar ditangkap khalwat dan dijatuhi hukuman tiga bulan penjara, Ummi Hafilda pula diisytiharkan muflis di Mahkamah Tinggi 6 Oktober lalu kerana gagal membayar hutang RM300,000 kepada Uni-Grand (M) Bhd, sebuah syarikat papan tanda.

Kedua-duanya adalah saksi utama dalam kes tuduhan rasuah terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara di Sungai Buluh.

Anwar juga sedang dibicarakan berhubung kes dakwaan liwat di Mahkamah Tinggi.

Perintah muflis terhadap Ummi Hafilda dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Kanan, Kalyana Kumar dalam kamarnya di Mahkamah Tinggi Sivil Wisma Denmark di sini.

Sementara itu, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahudin Haji Ayob mengingatkan kerajaan agar lebih berhati-hati pada masa hadapan bagi memastikan saksi-saksi yang terlibat dalam sebarang kes di mahkamah tidak dipersoalkan oleh orang ramai.

"Rakyat melihat dan menilai kewibawaan saksi-saksi yang terbabit dan rakyat juga mahu supaya keutuhan mahkamah dalam membuat penghakiman dan menjatuhi sebarang keputusan itu dapat membuktikan keadilan telah dijalankan dan benar-benar dilihat telah dilaksanakan," katanya.

Sumber: Bagindareformasi

61.17 PERATUS TELAH MENGUNDI JAM 2 PETANG

2.45pm Di SMK Kamarul Ariffin, Bandar Labis Tengah, walaupun banjir, penyokong kedua-dua calon masih bersemangat menyanyi, bersorak dan mengejek sesama sendiri.


Mereka juga bergilir-gilir mengucapkan "Gong Xi Fa Chai" (Selamat Tahun Baru Cina) dan "kamsia" (terima kasih) kepada pengundi.

2.37pm
Sehingga 2 petang, peratus keluar mengundi sebanyak 61.17 peratus atau 9,025 orang.

2.26pm:
DAP mendakwa banjir di dua pusat pengundian sudah "serius". Pengundi tidak boleh menghampiri Dewan Orang Ramai Kg Paya Merah di Labis Timor and SMK Kamarul Ariffin di Bandar Labis Tengah.

2.16pm: Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar memberitahu Malaysiakini, pemanjangan masa mengundi "tidak boleh berlaku mengikut undang-undang".

Sumber: Malaysiakini

PRK DUN TENANG - BELI UNDI DI KAWASAN CINA ?


DAP dakwa berlaku beli undi di Tenang Station

Kuek Ser Kuang Keng
Jan 30, 11

DAP mendakwa berlaku pembelian undi di SJK (C) Ai Chun yang terletak dalam daerah pengundian Tenang Station.

NONEMenurut Teo Chin Liang (kanan, duduk) - bapa kepada ahli Parlimen
DAP Serdang, Teo Nie Ching - dia dan agen undi DAP, Liew Choan Chee (kanan, berdiri), pergi ke dewan sekolah tersebut di mana mereka mendapati pintunya terbuka luas, yang menurut mereka tidak biasa berlaku pada hujung minggu.

Setibanya di situ, kata Teo, dia nampak beberapa orang lelaki Cina sedang duduk di sebuah kaunter. Dia kemudiannya didatangi tiga orang, yang bertanyakan mengapa dia berada di situ.

Teo menjawab dia hanya mahu melihat yang apa yang sedang berlaku di situ. Mengesyaki sesuatu, dia kemudiannya memanggil Liew yang berada di dalam kereta dan Liew datang serta mengambil gambar tiga orang berkenaan.

NONEMeliha foto mereka diambil, ketiga-tiga mereka menjadi marah.

Menurut Teo, seorang daripada mereka yang berbaju putih, mengejar
Liew hingga ke keretanya dan mengarahkannya menyerah kameranya, dan mengancam akan menggunakan kekerasan jika Liew enggan berbuat demikian.

Liew, bagaimanapun, memberi amaran kepada penyokong ketiga-tiganya bahawa penyokong PAS akan sampai beberapa minit lagi. Mereka jadi takut dan beredar dari situ.

Setelah mereka pergi, kelihatan masih ada yang datang ke dewan sekolah tersebut.

NONEApabila ditemui Teo, beberapa orang berkata mereka diminta datang
oleh seorang yang dipanggil 'Ah Teck' untuk mengundi di situ, walaupun sekolah berkenaan bukan menjadi pusat pengundian.

Tertinggal di situ ialah cek RM3,000 yang telah dikoyak, dengan tandatangan ketua kampung yang juga pengerusi MCA Kampung Sawah Padi, Kok Yun Keong.

Cek bertarikh 27 Januari itu, ditulis "MCA cawangan Tenang" di atasnya, namun tiada nama penerima./Malaysiakini

PERLANTIKAN SUK SELANGOR - KHALID SAMAD INGATKAN MB SELANGOR

MB perlu bersikap tegas



SHAH ALAM – Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad meminta Kerajaan Negeri bersikap tegas berhubung pelantikan Datuk Mohad Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang baru berkuat kuasa 1 Januari lalu kerana dikhuatiri ada usaha sabotaj terhadap Kerajaan Negeri.

Katanya, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim samada ada menerima dan beri peluang kepada Mohd Khusrin melaksanakan tugasnya, perkara disabotaj perlu diambil kira.

Khalid berkata, ia berikutan pelantikan tersebut dilakukan oleh Kerajaan Pusat dan bukanlah kehendak Pakatan Rakyat (PR) negeri ini dan juga rakyat Selangor.

“Amaran dan pendirian tegas beliau (MB) perlu diberitahu kepada Khusrin supaya beliau (Khusrin) profesional kerana beliau bukan lagi Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais),” katanya.

“Rakyat di negeri ini faham apa yang berlaku setelah pelantikan itu dan sekiranya berlaku masalah, pengurusan tidak cekap di negeri ini, beliau (Khusrin) perlu memberi penjelasan,” katanya pada sidang medianya, semalam.

Kelmarin, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memaklumkan akan bertemu Khusrin pada 7 Februari ini bagi membincangkan isu yang timbul selepas pelantikan itu.

Mengulas mengenai kegagalan Sidang Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diadakan 24 Januari lalu, Khalid berkata, walaupun keputusan gagal dibuat tetapi keberanian Kerajaan Negeri harus dipuji.

“Ia merupakan usaha murni untuk mengembalikan semula kuasa kepada Sultan dan Menteri Besar untuk melantik tiga pegawai eksekutif Selangor iaitu SUK, Penasihat Undang- Undang dan Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri.

“Tindakan sesetengah pihak menyuruh Abdul Khalid meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar tidak sepatutnya ditimbulkan apabila dalam Sidang Khas DUN itu beliau telah mendapat 34 undi yang menyokongnya walaupun gagal mendapat dua pertiga undi,” katanya./Sinar

PRK DUN TENANG - SIAPA PATUT DIPILIH?

PRK Tenang: Pusingan akhir pergelutan

Hafiz Zainuddin | Jan 29, 2011

Hari paling sibuk dalam pilihanraya biasanya adalah hari-hari akhir menjelang pengundian. Di sinilah "senjata akhir" akan digunakan oleh parti-parti yang bertanding. Hari terakhir berkempen bermakna hari kritikal bagi kedua-dua pihak. Hari "panas" untuk mengambil seberapa banyak peluang berkempen! Bagi pengundi, ini mungkin hari terakhir mereka mendapat sebarang bentuk hadiah dari langit. Tangan-tangan yang memangkah dalam pilihanraya merupakan tangan yang amat berkuasa menentukan jatuh bangun sesebuah kerajaan.

Dalam konteks Tenang; rakyat diberi pilihan samada memilih PAS ataupun BN. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Kurang dari 24 jam lagi, tempoh berkempen akan tamat. Jentera kedua-dua parti bertungkus lumus berperang memenangi psikologi dan hati rakyat. Ada banyak cerita dapat didengar, ada banyak emosi boleh dikongsi. Para pengundi semestinya telah ada pilihan di hati. Semangat kerja berpasukan dengan moral dan disiplin yang tinggi terutama dari jentera Pakatan Rakyat boleh diberi salut! Ia bukan disebabkan upah atau nasi bungkus. Harapan dan sokongan dalam merintis jalan kesepaduan PAS, DAP dan PKR tidak lain hanya untuk Malaysia yang lebih adil dan berkebajikan.

Malaysia dengan sinar yang begemerlapan!

Pakatan Rakyat mantap

Tidak dapat dinafikan, BN dibantu dengan jentera kerajaan. Akan tetapi, jentera sahaja tidak cukup kalau tanpa isu yang baik. Kempen politik boleh jadi sangat menjengkelkan dengan isu peribadi yang "terlalu remeh" dan dilihat tiada maruah. Penganalisis politik melihat BN ketandusan isu sejak mula berkempen lagi. Sehingga saat-saat akhir tempoh berkempen, BN dilihat gelabah apabila telah mempolitikkan MC suami calon PAS Makrof Abd Mutalib.

Selain itu, kes lelong tanah yang menyeret calon BN Mohd Azahar Ibrahim secara langsung dan tidak langsung dikatakan sedikit sebanyak telah mempengaruhi mood sebahagian pengundi yang bersimpati. Jelas, Azhar Ibrahim punya rekod kurang baik untuk difikirkan warga Tenang. Isu ini merupakan kredit percuma untuk PAS.

Harapan Malaysia Baru untuk Tenang

Seluruh Malaysia sedang memerhati perkembangan politik di Tenang. Kita diperlihatkan dengan Kugan, Teoh Beng Hock dan Amirulrasyid yang meninggal dunia akibat salah laku dan kerakusan pihak berkuasa. Apakah tragedi yang meragut nyawa ini tidak menjadi sentimen rakyat di Tenang?

Atau; harga minyak harus dinaikkan lagi supaya rakyat Tenang sedar? Apa yang akan berlaku? Adakah keputusan pilihanraya nanti akan memihak kepada rakyat? Sekiranya BN menjaja isu Negara Islam, "salam", hudud PAS, ketuanan Melayu dan percaturan Saiful dengan bekas bosnya; Pakatan Rakayat lebih mendahului dengan senarai panjang isu-isu lokal dan nasional melibatkan keadilan dan intergriti yang masih segar dan bermaruah. Tak perlulah saya senarikan semuanya di sini. Anda lebih sedia maklum. Saya yakin PRK kali ini akan memperlihatkan sejauh mana jentera Pakatan Rakyat berjaya membebaskan pemikiran rakyat Tenang khususnya masyarakat FELDA mengenai isu-isu nasional atau; rakyat Tenang selesa dengan keadaan sekarang.

Akbar Sinar Harian bertarikh 28 Januari 2011 memetik Mashitah Ibrahim; Ketua Wanita UMNO Baling memberi ingatan kepada BN supaya jangan memandang remeh strategi PAS meletakkan "pemidato" sebagi calon. Apatah lagi calon PAS adalah calon dari kalangan kaum wanita. Penulis melihat Cikgu Mala punya aura tersendiri sebagai seorang yang penuh semangat, tabah dan "tidak gemuk". Beliau tidak kekok bercakap, tidak lekang senyuman. Untung nasib. Tangan yang menghayun buaian ini mampu menggegarkan DUN Johor!

*Hafiz Zainuddin ialah penulis bebas./MerdekaReview

PERTIKAI CUTI SAKIT - MENTERI BODOH ATAU DOKTOR YANG BODOH ?

Panas berapi: Doktor boleh saman, suami Cikgu Mala layak dapat MC

Oleh Tulahan

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0322/Kosmo/Rencana_Utama/ru_02.1.jpgSudah tidak ada isu untuk menghadapi aura Cikgu Mala yang semakin menyesakkan Umno. Maka , tindakan tidak beretika Umno adalah mempamerkan cuti sakit suami Cikgu Mala untuk dijadikan isu.

Malang sekali isu ini yang ditimbulkan oleh blogger Umno digunakan juga oleh Menteri yang menjaga cikgu-cikgu

Sudah tidak ada isu, disuruhnya pengetua sekolah berikan cuti sakit untuk dijadikan isu menghentam Cikgu Mala. Sungguh tidak beretika, tidak menghormati profesion perguruan dan kakitangan awam.

Jangan salahkan pengetua berkenaan kerana beliau pun pasti takut jika tidak beri cuti sakit itu. Tak beri mungkin tak naik pangkat, senarai hitam, bertukar sekolah dan macam-macam lagi terpaksa dihadapi. Nak selamat beri je lah.

Kenapa nak hentam Cikgu Mala dan suaminya kerana mereka tidak salah apa-apa pun. Suami Cikgu Mala layak dapat cuti sakit kerana pegawai perubatan berkenaan sudah mengesahkan sakit Cikgu Mala.

Dalam bidang perubatan, sakit bukan maknanya kena perlu mengerang , ada darah, ada luka, berbalut sana sini. Doktor pun bukan hanya tengok kepada aspek luaran tapi aspek dalaman pesakitnya. Jadi jika doktor merasakan seseorang itu layak mendapat cuti sakit, Umno tidak sepatutnya menjadikannya isu politik tidak bertamadun.

Doktor berkenaan tentunya sudah tahu masalah yang akan dihadapi oleh suami Cikgu Mala. Isteri sebagai calon pilihanraya, tumpuan untuk mengendalikan P&P akan terganggu, tekanan dan keresahan akan berlaku semasa berada di sekolah akan mengakibatkan penyakit-penyakit lain. Banyak faktor lain diambil kira oleh doktor berkenaan.

Malah doktor berkenaan tidak merasa takut untuk mengeluarkan cuti sakit kerana beliau arif mengenai profesion yang diceburi berbanding pemimpin dan blogger Umno yang tidak ada etika. Tindakan pun tidak boleh diambil kepada beliau, malah beliau layak menyaman mereka yang mempertikaikan cuti sakit berkenaan.

Penulis akan paparkan artikel mengenai tekanan / stress yang dihadapi oleh guru-guru sehingga terpaksa mengambil cuti sakit. Mereka-mereka ini dibela oleh NUTP walaupun ada yang mengatakan mereka tidak sakit, tetapi doktor tetap memberi cuti sakit kepada mereka kerana mereka layak menerimanya akibat tekanan yang dialami. Bacalah......

Bebanan kerja sebagai guru semakin kompleks kerana selain mengajar, mereka juga terpaksa menyediakan soalan-soalan peperiksaan dari semasa ke semasa, mengisi buku kedatangan, buku disiplin dan ringkasan mengajar, borang kesihatan dan rekod kemajuan murid, kelab dan persatuan, serta mengendalikan persiapan hari sukan.

Justeru, guru-guru dikatakan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan sehingga boleh membawa kepada penyakit mental yang serius seperti bipolar, kebimbangan melampau dan kemurungan.

Kajian oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendapati 70 peratus daripada 9,000 guru di seluruh negara tertekan bukan sahaja kerana beban tugas tetapi juga terpaksa berdepan dengan kerenah pengetua, kerani, ibu bapa dan juga pelajar.

Bagi Noreha (bukan nama sebenar), selain terpaksa berdepan dengan masalah rumah tangga, dia turut tertekan dengan kerenah pengetua sekolah tempatnya bertugas.

Guru berusia 46 tahun itu yang ditemui di Wad Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berkata, dek kerana tekanan, dia sering diketepikan dalam pelbagai aktiviti sekolah.

"Sebelum ini saya memang sudah mengalami tekanan. Pengetua pula selalu mempertikaikan cuti yang saya pohon sedangkan surat daripada doktor disertakan.

"Bila kerja semakin bertambah, dicampur pula dengan tekanan daripada orang atas dan kerenah anak-anak, saya semakin runsing," katanya.

Noreha yang merupakan penanda kertas peperiksaan Matematik untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) memberitahu, dia sebenarnya seronok menjadi guru.

"Saya memang suka mengajar, lebih-lebih lagi apabila murid banyak bertanya dan cemerlang dalam peperiksaan. Tetapi keadaan sekeliling seperti pengurusan sekolah dan rakan sejawatan banyak memberi tekanan.

"Ada juga yang faham keadaan saya, tetapi lebih ramai yang mengatakan saya gila. Mereka tidak faham mengapa saya perlu cuti untuk pergi berjumpa pakar psikiatri. Mereka juga anggap saya terlalu ikutkan perasaan," jelasnya.

Noreha yang berasal dari Pulau Pinang tidak menafikan pihak sekolah ada memberi pelepasan kepadanya tetapi apa yang menyesakkan fikirannya ialah cutinya sering menjadi buah mulut orang.

Ada yang mendakwa Noreha sengaja menjadikan tekanan yang dialaminya sebagai alasan untuk bercuti.

"Secara fizikalnya saya memang sihat, tetapi dalaman saya berkecamuk. Saya bukan buat-buat sakit. Ikutkan hati, saya tak mahu masuk hospital dan tinggalkan keluarga dan kerjaya saya," katanya.

Ibu kepada dua orang anak ini juga memberitahu, dia cuba untuk mengawal perasaannya daripada terus tertekan, tetapi adakalanya semakin dia cuba untuk tenang, semakin agresif pula jadinya.

"Kadang-kadang saya tak rasa tertekan. Saya rasa sihat, tetapi orang sekeliling tak anggap begitu, mereka mula sorokkan pisau. Kebelakangan ini saya kerap dimasukkan ke wad berbanding dulu," katanya.

Kerja tujuh hari seminggu

Berbeza dengan Norehan, akibat terbeban dengan kerja sebagai guru JQAF, Zaimah Mishan, 42, pernah mengalami sakit jiwa.

Dia yang mengajar sekolah aliran agama tidak mampu untuk menanggung beban tersebut lebih-lebih lagi banyak masa dihabiskan di sekolah berbanding bersama keluarga.

"Saya pernah mengalami masalah jiwa iaitu kecelaruan bipolar sehingga saya tidak mampu mengajar. Enam bulan saya dirawat dan direhatkan.

"Ramai melihat guru JQAF tidak banyak kerja memandangkan mereka hanya mengajar agama tidak seperti sekolah aliran kebangsaan. Namun, mereka juga dibebani dengan komitmen luar," katanya.

Zaimah yang pernah mengajar di beberapa buah sekolah berkata, ada pengurusan sekolah yang memahami tanggungjawab guru JQAF namun ada juga sekolah yang menyamakan guru JQAF seperti guru-guru lain.

"Semasa saya mengajar di sekolah A, saya pernah bekerja tujuh hari seminggu, dari pagi hinggalah petang sampaikan tiada masa untuk suami dan anak-anak.

"Hari Isnin hingga Jumaat, saya mengajar seperti biasa. Kadang-kadang saya diminta menggantikan guru lain mengajar subjek bukan aliran JQAF.

"Hari Sabtu pula, ada kegiatan kokurikulum yang mana semua guru terlibat dan hari Ahad pula saya selaku guru JQAF diwajibkan terlibat dalam Kem Bestari Solat," katanya.

Menurut Zaimah, beban terlalu berat yang tidak dipantau oleh pegawai yang sepatutnya itu ternyata memberi kesan kepada guru-guru JQAF.

"Kami terbeban, tersepit, letih, dan hampir kena mental block. Masa yang ada untuk berehat ialah waktu malam, itu pun kami terpaksa bawa pulang buku latihan murid-murid untuk ditanda.

"Itu tidak termasuk kursus atau kertas kerja yang perlu dibereskan untuk aktiviti gerak kerja," katanya.

Zaimah yang baru lima bulan mengajar semula selepas bercuti panjang menjelaskan, keadaan dirinya ketika 'sakit' dahulu bertambah teruk lebih-lebih lagi apabila suaminya berkahwin lain dan anak-anak enggan berjumpa dengannya.

"Bila saya tertekan dengan kerja, suami kata dia nak kahwin lain dengan alasan saya terlalu sibuk dengan kerja. Keadaan saya bertambah teruk waktu itu.

"Bila sakit saya datang, anak-anak tidak mahu dekat dengan saya. Hanya keluarga saya yang datang memberi sokongan untuk saya jalani terapi dan rawatan di hospital.

"Selepas bercuti lama, saya mengajar di sekolah lain. Alhamdulillah, selepas menjalani rawatan dan sesi kaunseling, saya sudah boleh mengawal tekanan di tempat kerja. Suami dan anak-anak pula sudah kembali pada saya," katanya.

Berisiko mendapat penyakit kritikal

Menurut Pakar Perunding Kanan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Nor Zuraida Zainal, setiap tahun dianggarkan 22,000 pesakit mendapatkan rawatan di klinik dan wad psikiatri hospital berkenaan. Kira-kira 10 peratus daripada mereka terdiri daripada golongan guru.

“Guru sekarang tidak seperti guru zaman dahulu. Guru sekarang terbeban kerana banyak tugasan baru yang perlu dilaksanakan selain mengajar.

“Di samping sibuk dengan aktiviti persatuan, panitia, kelab, rumah sukan, kursus dan gerak kerja luar sekolah, guru-guru juga perlu berdepan dengan tekanan lain.

“Mereka turut berhadapan dengan perangai pelajar dan kerenah ibu bapa serta pengetua yang sentiasa menaruh harapan tinggi untuk melahirkan pelajar cemerlang dalam peperiksaan,” katanya.

Ramai ibu bapa, tidak kira di bandar atau di luar bandar, masih menganggap bahawa sekolah dan pusat tuisyen ialah tempat untuk mendidik anak mereka dan menyerahkan tanggungjawab itu sepenuhnya kepada guru.

Apabila ada anak yang gagal, sesetengah ibu bapa terus menuding jari kepada guru sedangkan kejayaan para pelajar tidak hanya bergantung kepada pengajaran di sekolah.

Bercakap mengenai gejala tekanan yang sering dialami oleh pesakit-pesakitnya yang juga guru, Nor Zuraida memberitahu, kebanyakan mereka menghidap kecelaruan bipolar iaitu kewujudan pelbagai karakter yang berlawanan dengan keadaan guru terbabit sebelumnya. Ini diikuti kebimbangan melampau dan kemurungan.

“Mereka yang mengalami kecelaruan bipolar nampak sihat seperti biasa, malah pada tahap hipoaktif, mereka menjadi rajin dan produktif dalam melakukan sebarang kerja walaupun tidak mempunyai waktu rehat yang cukup.

“Tetapi kerja yang dilakukan tidak pernah habis dan ini yang mendatangkan sangsi kepada orang di sekeliling mereka,” katanya.

Tiga faktor utama yang menyebabkan tekanan ialah keturunan, faktor sekeliling seperti kerja dan jaringan sosial seperti keluarga, rakan-rakan dan masyarakat.

Sekiranya terdapat keturunan yang mempunyai masalah jiwa, risiko untuk guru mendapat tekanan menjadi lebih tinggi.

Malah, jelas Nor Zuraida, guru yang tertekan berisiko empat kali ganda lebih tinggi untuk mendapat penyakit kritikal seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan buah pinggang.

“Tanda-tanda awal penyakit ini bermula dengan kemurungan. Guru akan mula hilang tumpuan mengajar, bosan, pendiam dan jika berlarutan mereka tidak mampu lagi untuk mengajar dan melakukan aktiviti harian.

“Sekiranya wujud keadaan-keadaan seperti ini, pihak pengurusan sekolah perlu memahami dan membantu guru berkenaan dengan mengurangkan waktu dan kelas mengajar serta memberi kelonggaran untuk menjalani terapi dan kaunseling,” jelas Nor Zuraida-

RAIS PEMIMPIN SESAT YANG INGIN MENYESATKAN ORANG LAIN

Oleh: WFAUZDIN NS

RAIS Yatim mempertikaikan apa yang disebut oleh Mursyidul Am PAS bahawa sesiapa yang menyokong Umno/Bn adalah golongan Jahil. Jika begitu kepercayaan Rais, tentulah baginya sesiapa yang menyokong Umno/Bn terdiri daripada golongan `cerdik dan bijak'. Benarkah begitu?

Rais dipetik dari Malaysiakini menyebut, "Sekarang, setiap yang bernama Melayu dan Islam harus kerjakan sesuatu yang lebih dalam iaitu memahami agama kita dan tolong cari dalam al-Quran atau Hadis bahawa seseorang yang tidak memilih partinya (PAS) dia langsung menjadi seorang yang jahil atau tidak".

Memang jelas di dalam Al-Quran, tiada ayat yang menyebut sesiapa yang memilih PAS dia terdiri daripada orang yang bijak yakni tidak jahil. Tetapi, di dalam Al-Quran banyak ayat yang mewajibkan melaksanakan hukum hakam dan peraturan Al-Quran yakni undang-undang Islam termasuk hukum Hudud dan Qisas. Di dalam konteks negara ini, mana satukah parti yang dasarnya ingin melaksanakan hukum dan undang-undang Islam? Adakah Rais Yatim fikir Umno? Cuba Rais semak betul-betul di dalam dasar dan Perlembagaan Umno, adakah ada fasa yang menyebut bahawa parti itu ingin menegakkan hukum Islam berdasarkan Al-Quran, Hadith, Ijmak dan Ulamak?

Kemudiannya, bandingkan dengan dasar parti PAS. Terbukti PAS satu-satunya parti yang menjadikan Al-Quran dan Hadith sebagai dasar perjuangan dan dasar pemerintahan sekiranya parti ini berkuasa. Justeru itu, adakah menyokong PAS boleh menjadi kita jahil dan menyokong Umno menjadikan kita bijak bistari? Secara kiasnya, menyokong PAS tentulah berpahala kerana PAS adalah parti yang ingin melaksanakan suruhan agama.

Berpahalakah kita jika kita menyokong Umno yang banyak terbukti menentang hukum Islam selama ini? Kalau tidak mendapat berpahala, maka apa yang kita akan dapat? Apa lawan bagi pahala? Berpahala menunjukkan jalan ke syurga, berdosa menunjukkan jalan ke Neraka. Cuba kita jawab sendiri, adakah kita berpahala, dosa, syurga atau Neraka jika memilih PAS atau Umno?

Semua antara kita cuba renungkan baik-baik dan buatlah keputusan yang berlandaskan hukum agama kita. Jangan kita menjadi pak turut kepada pak-pak Menteri yang jahil tentang agama itu. Bagaimana mahu yakin dengan mereka sedangkan mereka sendiri gagal bentuk keperibadian Islam baik kepada dirinya, isteri dan ahli keluarganya. /wfauzdin.blogspot.com