Khamis, 14 Januari 2010

EZAM SESUMPAH MUNCUL KEMBALI, ANWAR LAGI SASARANNYA

Oleh: WFAUZDIN NS

EZAM, seperti yang pernah saya katakan dulu tidak akan bercakap melainkan jika ada modal baru untuk memburukkan DS Anwar. Apa yang tidak Ezam perkatakan tentang DS Anwar? Dari sebaik-baik orang dicop kepada DS Anwar sehinggalah seburuk-buruk orang juga dicop kepada DS Anwar. Buktinya, lihat kembali ucapan-ucapan Ezam semasa beliau berjuang di era reformasi kemudiannya sewaktu beliau berada di dalam Parti KeADILan. DS Anwar umpama `Malaikat' buat Ezam sehinggakan beliau popular dengan `Sumpah Keramat'nya.

Jika kita tonton kembali rakaman ucapan beliau, ayat yang paling popular yang pernah diluahkan oleh Ezam adalah, "Tunjukkan siapa yang masuk Umno itu ikhlas?". Itulah ayat yang popular sewaktu Ezam berada di dalam kumpulan pejuang rakyat. Kini, Ezam berada di dalam Umno. Maka, tidak hairan lah kita apabila Sesumpah ini berkokok ke hulu ke hilir mengikut musim. Umpama ayam kampung, di mana jagung ditabur, di situlah dia berlari. Bukankah Ezam pernah berjanji tidak akan sertai Umno? Rakaman video ucapan Ezam itu sengaja saya letakkan di dalam blog saya ini agar beliau tidak terlupa. Tetapi, sesumpah ini sudah kekenyangan, dan orang kekenyangan ini mudah lupa kerana terlebih makan.

Terbaru, sesumpah ini mensabitkan DS Anwar dengan isu bakar gereja dan Kalimah Allah. Sudah lama Ezam tidak bersuara kerana tiada modal besar agaknya. Setakat isu Altantuya, hilangnya injin pesawat TUDM, PKFZ, Laporan Audit, Rasuah Khir Toyo, Ali Rustam, Khairi Jamaludin dan berbagai lagi itu bukan isu buat Ezam. Ezam tidak main dengan isu remeh temeh seperti itu kerana isu itu tidak melibatkan DS Anwar. Isu yang paling besar buat Ezam adalah apa jua isu yang melibatkan DS Anwar. Mungkin jika ada yang buat laporan Polis mengatakan dubur Ezam pernah diliwat oleh DS Anwar, tidak mustahil Ezam sanggup mengaku walaupun pemeriksaan doktor mengatakan tiada kesan perbuatan Liwat. Tidak mustahil agaknya.

Apa kena mengena gereja dibakar oleh orang yang pihak Polis sendiri kata telah di `kenal pasti' itu dengan DS Anwar? Kenapa terlalu dungu budak muda yang kuat bersumpah ini? Dahulu dituduhnya DS Anwar pengkhianat Melayu, ejen Yahudi, ejen Amerika dan bermacam-macam lagi. Kini, DS Anwar pula dilihat seolah-olah sekutu puak-puiak Kristian pula. Jika kita ikuti setiap kata-kata Ezam semenjak dia keluar dari kelompok perjuangan rakyat, amat jelas Ezam tiada pendirian dan komited dengan arah tujunya. Orang-orang Umno pun semakin `gila babi' memikirkan apa yang Ezam perkatakan. Sebab itulah nama Ezam semakin tenggelam di dalam Umno sekarang tidak seperti mula-mula beliau mengangkat `syahadah' berimamkan Umno dulu. Umno pun mungkin sudah terasa betapa ruginya memiliki Ezam yang diingatkan cerdik orangnya, tetapi ternyata tiada satu pun hujah Ezam yang boleh melukakan hatta mencalarkan DS Anwar. Semakin kuat salakan Ezam terhadap DS Anwar, semakin banyak najis berterabur di atas mukanya.

Inilah pengajaran kepada sesiapa yang belot terhadap rakyat. Di dunia lagi Allah sudah tunjukkan kehinaan padanya. Malang bagi Ezam, yang dikejar tak dapat, yang dikendung terlepas pula. Selepas ini apa lagi yang dicop oleh Ezam kepada DS Anwar agaknya. Kita tunggu sahaja episod raja sesumpah atau raja kotak ini akan datang./Kembali ke laman asal di sini.

Pemangku Raja Kelantan terharu sokongan rakyat


Jimadie Shah Othman
Jan 14, 10


kemaskini 7.47pm Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra terharu dengan sokongan rakyat yang membanjiri lapangan terbang Kota Bharu untuk menyambut kepulangan baginda petang ini.

Menurut seorang saksi, perasaan terharu itu jelas terbayang di wajah baginda ketika mengaminkan doa.

Baginda tiba di lapangan terbang tersebut kira-kira jam 4 petang, disambut ribuan rakyat yang menunggunya sejak jam 2.30 petang lagi.

Turut menyambut baginda, Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat, timbalanhya Datuk Ahmad Yakob serta barisan exconya.

Beberapa pemimpin Umno juga turut hadir menyambut baginda.


Sebelum bertolak dari lapangan terbang yang penuh sesak itu, baginda melambaikan tangan kepada orang ramai yang hadir sambil berkata: "Terima kasih sudi mari (datang)."

Orang ramai turut melaungkan takbir serta membawa kain rentang, yang antaranya bertulis Daulat Tuanku dan Rakyat Menjunjung Kasih dan Taat Setia Kepada Pemangku Raja.

Mereka hadir bagi menunjukkan sokongan padu kepada pemangku raja itu, yang dilaporkan sedang bermasalah dengan adindanya Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry.

Perselisihan antara mereka mula mencuri tumpuan apabila Tengku Temenggong mengambil tindakan undang-undang terhadap pegawai istana yang mengeluarkan kenyataan mengenai krisis rumahtangga dengan isterinya, Manohara Odelia Pinot.

Ia semakin ketara apabila Tengku Muhammad Faris, yang memangku tugas Sultan Kelantan, membuat beberapa rombakan dalam Majlis Perajaan Negeri (MPN), termasuk menggugurkan Tengku Temenggong daripada MPN, September lalu.

Tengku Temenggong kemudiannya mencabar keputusan tersebut di mahkamah. Kes tersebut sedang berjalan.

Sementara itu, Pemuda Umno memberitahu Malaysiakini, ahli pergerakan itu turut hadir perhimpunan itu "demi penyatuan" dan taat setia kepada pemangku raja.

Selain sambutan di lapangan terbang, kerajaan negeri menganjurkan perhimpunan di stadium negeri di Kota Bharu malam ini, termasuk acara sembahyang hajat bagi mendoakan kesihatan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra supaya segera sembuh.

Tengku Muhammad Faris dijadual hadir. Bernama pula melaporkan, satu memorandum turut diserahkan oleh wakil Jawatankuasa Bertindak Rakyat Kelantan bagi menyatakan sokongan dan taat setia kepada pemangku raja susulan masalah dalam istana Kelantan sejak akhir-akhir ini, termasuk surat Tengku Muhammad Fakhry bertajuk 'Penyampaian Titah KDYMM Al-Sultan Kelantan' untuk melucutkan gelaran datuk terhadap beberapa tokoh yang menerima anugerah itu daripada sultan.

Susulan itu, pengelola istana Datuk Abdul Halim Hamad dilaporkan sebagai berkata, hanya Pemangku Raja berhak sepenuhnya menyampaikan titah sepanjang ketiadaan sultan yang sedang dirawat di Singapura sejak Mei tahun lepas./Malaysiakini

Rakyat Kelantan solat hajat berimamkan Tengku Faris

14 Jan 2010

JAM 2:00 petang ini dijangka ribuan rakyat Kelantan dari segenap lapisan akan membajir lapangan terbang Sultan Islam Petra di Pengkalan Chepa untuk menyambut keberangkatan pulang Pemangku Raja, Tengku Mohamad Faris Petra dari Kuala Lumpur.

Himpunan yang dianjurkan oleh satu jawatankuasa khas itu bagi menyatakan taat setia kepada Tengku Mohammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja. Acara itu difahamkan diadakan untuk menafikan mengenai usaha oleh pihak tertentu yang cuba menganggu tugas dan fungsi Tengku Faris Petra sebagai Pemangku Raja Kelantan yang sah.

Tengku Faris dilantik menjadi Pemangku Raja bagi menjalankan tugas-tugas raja atau sultan apabila ayahanda baginda Tengku Ismail Petra yang juga Sultan Kelantan kini dalam keadaan gering dan sedang dirawat di Singapura.

Turut sama akan membanjiri lapangan terbang itu petang ini ialah para pegawai kerajaan, Menteri Besar, ahli Exco dan wakil rakyat. Inilah himpunan seumpama itu pertama diadakan sejak meletusnya pergeseran antara pihak tertentu yang cuba mempersoalkan kedudukan Tengku Mohamad Faris Putera sebagai Pemangku Raja.

Semalam di Balai Islam telah berlangsung majlis penerangan berhubung perlembagaan tubuh kerajaan Kelantan dan juga peranan serta fungsi Pemangku Raja. Lebih 3,000 terdiri dari pegawai kerajaan, pegawai lantikan politik, imam, pengawa dan penghulu hadir.

Sementara itu Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat menyeru orang ramai supaya memberi ketaatan tidak berbelah bagi kepada Tengku Mohammad Faris Putra sebagai Pemangku Raja.

Majlis semalam dan himpunan sambutan keberangkatan Tengku Faris petang ini adalah simbolik kepada sokongan dan taat setia kepada baginda untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Pemangku Raja.

Pada sebelah malam nanti juga akan diadakan solat hajat perdana di stadium Sultan Mohamad ke-IV untuk memohon kesejahtraan Sultan Kelantan dan juga keamanan negeri Kelantan. Solat hajat itu dijangka akan diimamkan sendiri oleh Tengku Mohamad Faris.

Sambutan hangat dan sokongan rakyat dengan menghadiri kedua-dua majlis itu menjelaskan bahawa rakyat Kelantan sepadu dan seiya dan sekata dalam memberi ketaatan kepada Pemangku Raja. Apa juga yang menjadi rahsia rakyat Kelantan menyanyangi dan sedia mentaati Pemangku Raja ialah kerana syakisah dan juga sifat baginda yang mengambil berat terhadap rakyat dan suka merendah diri.

Baginda juga seorang raja yang prihatin dan tidak mementingkan protokol di mana rakyat boleh berjumpa dengan baginda pada bila-bila masa dan di mana-mana jua./msomelayu.blogspot.com


Tengku Faris bersama MB Kelantan tidak lama dulu

Rabu, 13 Januari 2010

UMNO GAGAL, NIK AZIZ TERUS KEBAL

Nik Aziz terus kebal depani krisis: Pensyarah
Jimadie Shah Othman
Jan 13, 10


kemaskini 1.01pm Walaupun diasak hebat dengan pelbagai tuduhan penyelewengan dan nepotisme, PAS Kelantan dan menteri besarnya Datuk Nik Aziz Nik Mat masih menikmati tanggapan positif rakyat, kata dua penganalisis politik.

"Biar dalam PAS sendiri berpecah, tetapi imej kerajaan Kelantan tidak terjejas. Rakyat (negeri itu) takut bahawa ini semua mainan media.

“Rakyat tidak berasa beliau (Nik Aziz) bersalah," kata Prof Dr Mohd Agus Yusoff, seorang pensyarah sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia, yang berasal dari negeri itu.

"Ia tidak memberikan kesan besar jika hendak dibandingkan dengan penyelewengan lain (dalam negara) yang lebih besar.

"Dakwaan seperti Nik Aziz menerima kek bernilai RM500 ini akhirnya jadi bahan lawak sahaja."

Ahli akademik Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah pula berkata, asakan demi asakan terhadap kerajaan Kelantan tidak menggugat kepercayaan politik orang ramai kepada Nik Aziz apabila beliau masih meraih populariti berbanding pemimpin PAS lain.

Pensyarah kajian media itu juga berkata, data terkini menunjukkan bahawa sokongan terhadap Kelantan meningkat sebanyak 8 hingga 12 peratus (kepada 73.6 peratus) pada November lalu berbanding 63 peratus pada pilihan raya umum 2008.

"Sesetengah media tidak mempunyai data ini dan menunjukkan bahawa sokongan terhadap kerajaan Kelantan merosot," katanya.

"Mereka lupa, krisis adalah bisnes, bisnes adalah tentang tumpuan (masyarakat). Dalam dunia sekarang, perkara ini (tumpuan) mampu mengangkat reputasi dan mampu memberikan kekuatan."

Dr Abu Hassan, yang menjalankan tanggapan politik melalui pusat kajiannya Zentrum Future Studies, membuat kesimpulan tersebut berdasarkan tinjauan berterusan berhubung kepercayaan politik tokoh-tokoh politik yang dijalankan sejak pilihan raya lalu.

Kesimpulan tersebut, tambahnya, berdasarkan data-data terkumpul setakat November tahun lalu, berdasarkan maklum balas lebih 2,000 responden di seluruh.

Fasa kedua kajian tersebut akan bermula bulan depan, katanya.

Dr Mohd Agus dan Dr Abu Hassan diminta mengulas asakan konsisten terhadap kepemimpinan Nik Aziz, terbaru apabila beliau didakwa menerima hadiah kek bernilai RM500 daripada menantunya Abdul Ariffahmi Ab Rahman, yang menerajui Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Usaha Malaysiakini untuk mendapatkan reaksi Abdul Ariffahmi berhubung dakwaan terbaru terhadapnya masih belum berhasil.

Sejak beberapa pertengahan November lalu, Nik Aziz dihimpit dengan pelbagai isu, antaranya melibatkan isu tajaan hajinya daripada seorang ahli perniagaan, pengaruh ahli keluarganya dalam pertadbiran kerajaan negeri dan desakan agar beliau menyediakan pelan peralihan jawatannya.

Isu-isu tersebut, terutamanya berhubung isu Abdul Ariffahmi dan peranan ahli keluarganya – sering disebut 'kabinet dapur' Nik Aziz – turut dipersoalkan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Spekulasi berhubung pengganti Nik Aziz juga hangat dibincangkan di media susulan cadangan exco negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang mendesak menteri besar menamakan penggantinya.

Dihubungi Malaysiakini semalam, Dr Abu Hassan bersetuju dengan pendapat Dr Mohd Agus bahawa, sekiranya pilihan raya diadakan dalam masa terdekat, Nik Aziz dan PAS dapat mengekalkan penguasaan mereka di negeri yang telah ditadbir selama 20 tahun itu.

"Kalau buat pilihan raya sekarang pun PAS menang lagi. Sukar untuk Umno menang biarpun Nik Aziz dibebani dengan pelbagai isu.

"Semua ini akhirnya akan mati sendiri. Tunggu masa sahaja," kata Dr Mohd Agus.

Bagaimanapun, ketua penerangan Umno negeri Datuk Md Alwi Che Ahmad berpendapat sebaliknya.

"Dunia akademik ini macam fekah juga. Ada kata harus, ada kata sunat, ada kata wajib ada kata makruh (pelbagai tafsiran agama).

"Tetapi yang jelasnya, Kelantan mengalami masalah. Dalam pilihan raya kecil Manek Urai dulu, dah terbukti (PAS lemah), mereka menang dengan majoriti yang amat tipis," katanya.

Calon BN Tuan Aziz Tuan Mat hampir-hampir menewaskan calon PAS Mohd Fauzi Abdullah apabila tewas dengan majoriti tipis 65 undi./Malaysiakini

Panas: Juara Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu 24 TV3 Hina Islam Bila Mencium Kedua-Dua Pipi Mas Idayu Selepas Beliau Diumumkan Pemenang

Apa sudah jadi dengan negara Islam Malaysia Hadhari ini agaknya. Dalam masa rakyat sedang sibuk memperkatakan tentang "khalimah Allah" tiba-tiba kita disaksikan pula dengan satu adengan peluk cium yang sungguh memualkan. Kami tidak sempat untuk menyaksikan adengan tersebut sebenarnya. Namun, daripada laporan yang disampaikan dan email yang diterima mengatakan mereka amat terkejut dengan tindakan artis yang bernama "Black" (foto), mencium kedua-dua pipi kiri dan kanan artis dangdut "Mas Idayu" selepas diumumkan sebagai pemenang kategori Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu 24 terbitan TV3 baru-baru ini. Beliau yang membawa lagu Aku Rindu Sayang Kamu, berbuat demikian dengan disaksikan oleh jutaan rakyat Malaysia yang menyaksikan rancangan itu secara langsung. Sebelum ini memang sudah banyak kami menerima maklumat tentang sikap kedua-dua artis ini sebenarnya. Untuk makluman, Black adalah merupakan Juara Bintang Realiti TV "Mentor" yang turut disiarkan oleh stesyen TV swasta itu sebelum ini. Manakala Mas Idayu adalah Mentor kepada penyanyi berkenaan. Telah banyak disaksikan adengan panas yang melibatkan kedua-dua artis berkenaan, namun semuanya bagai dilupakan seolah-olah negara ini bukannya sebuah negara Islam. Ramai yang melihat perkara itu adalah biasa bagi seseorang artis. Ini kerana mereka telah dididik dengan budaya Sekular UMNO yang sukakan hiburan, sedangkan program agama mereka pinggirkan. Jika dibiarkan berterusan maka sudah pasti akan rosak generasi Islam di Malaysia pada masa akan datang.


Adakah ini namanya ajaran Islam Hadhari 1Malaysia agaknya?

Aksi Black ketika beliau menyampaikan lagunya di AJL24 TV3 itu
Adengan peluk, cium, minum arak, berpeleseran dan sebagainya seolah-olah sudah menjadi adat resam artis-artis kita pada masa ini. Maka itulah kita tidak hairan perkara seperti ini akhirnya ditiru oleh anak-anak muda 1Malaysia. Mereka sudah berani merakamkan berbagai adengan panas perlakuan tidak senonoh mereka untukd dijadikan bahan tontonan umum. Namun, kejadian cium yang berlaku antara Black dengan Mas Idayu itu amatlah tidak wajar sama sekali. Tambahan pula rancangan itu disiarkan secara langsung dan disaksikan oleh pelbagai golongan masyarakat termasuk golongan muda dan kanak-kanak. Aksi tersebut jelas sekali bertentangan dengan norma-norma kehidupan manusia terutamanya orang Melayu. Malah, dari sudut agama Islam sendiri ianya adalah "haram". Namun, kenapa ia dibiarkan oleh pihak berkenaan. Rancangan hiburan yang jelas melalaikan itu bukan sahaja berjaya memesongkan minda rakyat malah menjadi agen perubahan kerajaan UMNO dan BN sebenarnya. Tambah menyedihkan, terdapat Menteri UMNO sendiri iaitu Datuk Rais Yatim sanggup meluangkan masa untuk memberikan hadiah dan bersekongkol dengan aktiviti maksiat seperti itu. Apakah ini mencerminkan budaya orang Melayu seperti yang diwar-warkan selama ini agaknya. Oleh itu, diharapkan pihak media "mengharamkan" kelibat kedua-dua artis tersebut selepas ini. Mereka jelas sekali menghina agama Islam dan maruah orang Melayu di mata kaum lain. Mereka sepatutnya dihukum dan digam !!

[Susulan daripada itu, kami menantikan NGO Islam seteru UMNO yang mengamuk besar ketika isu "khalimah Allah" baru-baru ini membuat kenyataan atas adengan yang disaksikan ini. Apakah ini tidak dikatakan menghina Islam kerana kedua-dua yang terlibat berbangsa Melayu yang kononnya beragama Islam. Jika benar NGO terbabit ikhlas untuk mempertahankan Islam dan tidak mahu agama kita dihina, maka mereka haruslah bertindak serta mendesak Kementerian Penerangan untuk mengambil tindakan displin terhadap kedua-dua artis berkenaan. Tingkah laku mereka mengejutkan kaum lain yang beragama Hindu, Budhha, Kristian dan sebagainya. Bukankah ini mencemarkan imej agama Islam itu sendiri sebenarnya. Mana pergi tokoh agama UMNO dalam isu ini].

Sumber: Pahangdaily

NIK AZIZ SIMPATI

Salmah Mat Husain
KOTA BHARU, 12 Jan: Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan kesediaan melawat beberapa gereja di Kuala Lumpur baru-baru ini kerana simpati penganiayaan yang dilakukan.

Beliau berkata, kunjungan ke gereja yang terbakar kerana dikhianati sama seperti menziarahi orang yang sakit.

“Islam mengajar umatnya bersimpati terhadap orang teraniaya seperti kejadian membakar gereja di beberapa tempat di Lembah Klang baru-baru ini.

“Perbuatan itu sememangnya tidak boleh diterima oleh Islam kerana menggunakan kaedah kekerasan,” katanya ketika ditemui pemberita sekembali dari Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, hari ini.

Baru-baru ini Menteri Besar Kelantan melawat tiga gereja di Kuala Lumpur termasuk Gereja Katholik Assumption, Jalan Assunta dan Gereja St Francis Xavier di Jalan Gasing bagi melihat dari dekat kesan kerosakan akibat dikhianat pihak tidak bertanggungjawab.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz mempersoalkan tindakan pihak terbabit sehingga merosakkan rumah ibadat orang bukan Islam.

“Saya pergi kerana rasa simpati terhadap mereka yang teraniaya,” ujarnya.

Beliau juga berkata, lawatannya ke gereja hanya boleh dijadikan isu kepada mereka yang berfikiran sempit.

“Sebelum ini pun saya pernah melawat kuil Hindu dan Buddha di Tumpat beberapa kali. Sami-sami Buddha juga datang ke pejabat saya,” ujarnya.

Beliau juga berkata, lawatan tersebut secara tidak langsung dapat menterjemahkan keindahan Islam kepada golongan bukan muslim./Harakahdaily

Herald- Setuju berhenti guna nama Allah

12 Jan 2010

KUALA LUMPUR: Mulai Ahad lalu, Herald-The Catholic Weekly tidak lagi menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya bagi meredakan perasaan marah umat Islam terhadap keputusan Mahkamah Tinggi 31 Disember lalu yang mengisytiharkan kalimah Allah bukan eksklusif kepada Islam saja.

Editor majalah itu, Reverend Lawrence Andrew, berkata keputusan itu dibuat pada 4 Januari lalu, didorong atas rasa tanggungjawab untuk menjamin keamanan negara dan kesejahteraan serta keharmonian rakyat berbilang bangsa.

"Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara ini, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk membuat keputusan itu. Walaupun sedih dengan apa yang berlaku kebelakangan ini (tindakan membakar gereja), saya berasa tindakan kami boleh membantu untuk mengurangkan ketegangan dalam negara.

"Keputusan itu juga dengan mengambil kira sebarang huru hara boleh mengakibatkan rakyat terutama di kalangan miskin menanggung beban, selain menjejaskan ekonomi negara apabila pelabur bertindak untuk tidak meneruskan urus niaga mereka di sini," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Isu penggunaan kalimah Allah menimbulkan kemarahan umat Islam apabila Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Lau Bee Lan membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Ketua Biskop Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam untuk menggunakan kalimah Allah dalam Herald-The Catholic Weekly.

Lau juga memutuskan Herald punyai hak dari segi perlembagaan untuk menggunakan kalimah itu bagi menyebarkan agama Kristian kepada penganutnya.

Bagaimanapun, pada 6 Januari lalu, Lau membenarkan permohonan Menteri Dalam Negeri untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan awalnya sementara menunggu Mahkamah Rayuan membuat keputusan rayuan menteri.

Andrew berkata, penerbitan edisi seterusnya juga tidak akan menggunakan kalimah Allah bagi memastikan isu itu tidak memuda-ratkan hubungan rakyat berbilang agama dan bangsa di negara ini.

Sementara itu, Majlis Gereja-Gereja Sabah mengambil sikap tunggu dan lihat berhubung permintaan Presiden Majlis Jaksa Pendamai (JP) Malaysia, Datuk Clarence Bongkos Malakun supaya masyarakat Kristian menggugurkan tuntutan penggunaan kalimah Allah.

Pengerusinya, Reverend Jerry Dusing, berkata pendirian itu diambil untuk menjaga sensitiviti masyarakat Kristian dan Islam, terutama selepas insiden beberapa gereja dibakar.

"Isu ini bukan mudah. Biarlah ia diselesaikan melalui saluran betul. Biarlah pihak berkaitan agama menyelesaikannya," katanya./KLpost

Nik Aziz Tidak Mahu Campur Tangan Peletakan Jawatan Anaknya

12 Januari, 2010

KOTA BAHARU, 12 Jan (Bernama) -- Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak mahu campur tangan dalam isu peletakan jawatan anaknya, Nik Mohd Abduh, sebagai ahli Majlis Perbandaran Kota Baharu.

Beliau berkata perkara itu adalah di luar tanggungjawabnya walaupun beliau seorang bapa kerana anaknya sudah dewasa dan boleh membuat keputusan sendiri.

"Dia seorang peniaga, mungkin dia ingin menumpukan perhatian terhadap perniagaannya, molek juga dia letak jawatan kerana tidak mengganggu tugasnya," katanya kepada pemberita di sini Selasa ketika diminta mengulas laporan akhbar bahawa Nik Mohd Abduh telah melepaskan jawatan sebagai ahli majlis MPKB dan sebagai Pengarah Binaraya Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) Sdn Bhd, sebuah anak syarikat PKINK.

Ditanya sama ada keputusan anaknya untuk meletakkan jawatan itu pernah dibincangkan dengannya Nik Aziz berkata beliau tidak boleh mencampuri urusan begitu kerana anaknya itu sudah dewasa.

-- BERNAMA

Selasa, 12 Januari 2010

HEBAT !! DUA TOK GURU `CHECK MATE' SERENTAK


Tok Pepijat

Kita seolah-olah sedang melihat atau menghadapi satu "game politik". Mungkin seperti satu permainan Chess (catur). Siapa sedang merancang "checkmate" ?


"Game 1 " - Kebenaran Mahkamah Tinggi penggunaan kalimah ALLAH.

" Game 2 " - Rayuan oleh KDN menangguh keputusan. Mahkamah benarkan.

" Game 3" - PM Najib benarkan demostrasi di masjid seluruh negara.

" Game 4" - IG Musa larang demostrasi.

" Game 5 " - Demostrasi oleh barua-barua UMNO seperti Pekida, GPMS, Pewaris dan Perkasa.

" Game 6" - 3 Gereja di lontar molokov coktail dan ada disimbah cat.

" Game 7" - PM Najib bagi bantuan RM500,00 untuk baikpulih gereja yang diserang.

" Game 8" - Menteri Polis Hishamudin ancam guna ISA.

" Game 9 " - PM Najib sekonyong-konyong mendakwa UMNO tidak terlibat dengan serangan ke atas gereja. Najib juga mendakwa UMNO bukanlah Parti Perkauman.

" Game 10" - Serangan ke atas Gereja masih berlaku.


Setelah isu kaum, UMNO gagal. Kini UMNO cuba "hidupkan" isu agama. UMNO menjangkakan PAS akan "menari" bersamanya dalam "game" ini.

Malangnya PAS terlebih dahulu "checkmate" melalui lawatan ke gereja yang terlibat oleh Pimpinan Tertinggi Mursyidul Am TG Nik Aziz dan Presiden TG Haji Hadi. Turut melawat Naib Presiden dan Ketua Pemuda.

Akhirnya bantuan RM500,00 oleh PM Najib umpama debu di tiup sepoi-sepoi angin. Orang bagi, kita ambil. Percaya tidak sekali-kali.

Nampaknya talian hayat yang ada pada UMNO kini hanyalah ISA./Harakahdaily

Isnin, 11 Januari 2010

EPILOG ARIFAHMI.....


Oleh: dr_sabirin_ehsan

Saya berkesempatan menghadiri majlis penerangan dan dialog Lujnah Penerangan PAS pusat di Shah Alam pada 9hb Januari 2010. Tahniah sahabat saya Ustaz Idris Haji Ahmad yang telah menganjurkan majlis penerangan yang saya pasti amat berguna buat buat saf kepimpinan PAS negeri dan kawasan. Penerangannya sangat informatif dan ucap utama oleh YB Dato' Seri Presiden merupakan satu pembukaan terbaik diawal tahun 2010.

Walaubagaimanapun dalam sesi soal jawab disebelah petang, Ustaz Baihaqi Ketua Penerangan PAS Kelantan telah ditanya dengan soalan panas mengenai isu Arifahmi. Nampak ketara sekalai mood ahli PAS seluruh negara supaya Ir Arifahmi supaya SEGERA BERUNDUR. Jelas sekali perwakilan yang hadir menyedari kesilapan yang telah berlaku dalam hal perlantikan Arif dan juga Ustaz Baihaqi menyatakan juga bahawa Arif sepatut berundur! Namun 'nak buat lagu mano, beliau sendiri (Arifahmi) tok sey berundur segera' (memetik loghat Kelantan dalam jawapan YB Ustaz Baihaqi).

Nampaknya beliau mempunyai satu agenda sendiri dan peribadi dalam PMBK melangkau kepentingan kerajaan negeri dan jamaah iaini Parti Islam SeMalaysia (PAS). Beliau juga kelihatan kebal dalam apa jua keputusan parti sehingga anggota Exco dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri tidak mampun untuk memberi nasihat undang-undang dan pentadbiran kepada YAB Menteri Besar.

Tinjauan dan kajian perespsi yang dijalankan oleh seorang penyelidik di sebuah Institusi Pengajian Tinggi mendapati sebenarnya PMBK tidak punya apa-apa kejayaan membanggakan dibawah pimpinan Ir Arifahmi. Kajian ini mengesyorkan satu jawatankuasa audit bebas ditubuhkan serta merta bagi mengaudit semua projek PMBK, meneliti akaun PMBK, menyiasat kegiatan CEO samada penggunaan wang dan harta PMBK, meneliti pelunjuran jangkapendek dan jangkapanjang PMBK yang telah diutarakan oleh Ir Arif kepada YAB Menteri Besar.

Kajian ini juga mengesyurkan satu J/Kuasa Pencari dan Pemilih (Search and Select Committee) untuk mencari pengganti Ir Arif dengan lebih telus dan professional. Jika tidak sejarah PMBK yang hitam ini balal berulang kerana kemungkinan Ir Arif dan 'kitchen cabinet' Tok Guru akan memainkan peranan mencari pengganti Ir Arif dan mungkin dikalangan yang lebih buruh dan pelahap lagi nafsunya./Tranungkite

Pintu gereja di Seremban terbakar


Jan 11, 10

Sebuah lagi gereja, kali ini di Seremban, mengalami kesan terbakar pada pintunya, dan dipercayai dibakar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Setakat ini polis sedang menjalankan siasatan di gereja Sidang Injil Borneo berhubung kejadian itu, difahamkan terjadi beberapa jam lalu.

NONEKejadian pertama itu, di Negeri Sembilan, mendapat perhatian luar biasa susulan beberapa insiden serangan terhadap rumah ibadat Kristian sejak serangan Jumaat lalu yang menghanguskan Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati (foto).

Sebelum kejadian terbaru ini, tujuh buah gereja menjadi sasaran cubaan membakar dan vandalisme, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam.

Sumber: Malaysiakini

Kenaikan harga barang, sampai bila nak berjanji?


Sofi Wahab

Satu lagi berita lucu dan lawak dilaporkan di media hari ini. Rakyat bukannya tidak biasa dengan jaminan kerajaan, pengilang, pemborong dan peruncit bahawa harga barang tidak akan dinaikkan.

Sudah beratus kali jaminan tidak berlaku kenaikan harga diberikan sebelum ini apabila berlaku kenaikan tariff elektrik dan kenaikan barangan asas seperti gula, tepung, beras dan lain-lain.

Tetapi jaminan itu semuanya hanya untuk menyedapkan hati rakyat sedangkan hakikat sebenar barangan keperluan semakin hari semakin naik.

Kini dengan kenaikan gula kerajaan dan pihak terbabit sekali lagi berjanji dan memberi jaminan harga barangan lain tidak dinaikkan. Bolehkah kita percaya sedangkan kita telah ditipu ratusan kali.

Hanya rakyat yang pekak, buta dan tuli mata hatinya yang akan percaya kepada jaminan penipu dan pembohong ini.

Hari ini media melaporkan Industri pengeluar makanan dan minuman bergula, serta persatuan pengusaha restoran seluruh negara memberi jaminan tidak akan menaikkan harga makanan dan minuman ekoran kenaikan harga gula baru-baru ini.

Jaminan itu diberi dalam pertemuan dengan 50 wakil industri dan persatuan itu dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, dengan jaminan itu, harga makanan dan minuman berkaitan gula seperti roti manis, kek dan susu pekat tidak akan dinaikkan dalam waktu terdekat kecuali disebabkan faktor lain seperti kenaikan harga bahan lain yang terlibat dalam pembuatan makanan itu atau kenaikan kos pekerja.

BOLEH PERCAYA KE?

Sumber: Harakahdaily


Ahad, 10 Januari 2010

GEREJA TERHARU ATAS KUNJUNGAN NIK AZIZ

Ismail Hashim
PETALING JAYA, 10 Jan: Kesediaan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melawat tiga gereja petang tadi menimbulkan rasa terharu pihak gereja.


Perasaan terharu itu dinyatakan oleh Pegawai Penyambut Tamu Gereja Katholik Assumption, Jalan Assunta dekat sini, Calvin Jacob yang juga sempat mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Kelantan itu kerana sudi mengunjungi mereka.

Menurut Calvin, Datuk Nik Abdul Aziz telah meluahkan rasa simpati di atas apa yang telah berlaku ke atas gereja itu yang dibaling dengan bom buatan sendiri pada minggu lalu.

“Saya telah mempelawa beliau masuk ke dalam gereja untuk melawat namun kerana ketika itu pengunjung gereja sedang melakukan kegiatan mingguan mereka, beliau menolak dengan baik.


“Jika cuaca tidak hujan saya bercadang untuk membawa beliau meninjau di sekeliling gereja, tetapi saya sempat maklumkan kepadanya tentang keadaan gereja yang tidak mengalami apa-apa kerosakan lantaran bom yang dilontar itu tidak meletup,” jelas Calvin lagi.


Sebelum itu, Tuan Guru telah mengunjungi Gereja St Francis Xavier di Jalan Gasing juga dekat sini untuk meninjau dan menyampaikan rasa simpatinya terhadap kejadian tidak bermoral pihak tertentu yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Gambar: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sedang berkata sesuatu kepada dua Penyambut Tetamu Gereja Katholik Assumption, Jalan Assunta, Petaling Jaya ketika lawatannya petang tadi. Calvin Jacob (dua dari kanan).

Terdahulu, sebelum ke Petaling Jaya, Nik Aziz telah ke Gereja Metro Tabernacle di Taman Melawati yang dibakar. Di situ, beliau telah memberikan sumbangan peribadi beliau kepada wakil gereja.


Semalam, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Nasharudin Mat Isa mengunjungi gereja yang sama bagi melahirkan rasa simpati PAS kepada tindakan membakar gereja itu.

Sehingga kini sudah tujuh kes gereja cuba dibakar selepas Mahkamah Tinggi memutuskan akhbar Kristian The Herald boleh menggunakan perkataan Allah dalam laporannya.


PAS mengambil sikap, Kristian berhak menggunakan perkataan Allah itu kerana semua agama Samawi sememangnya menggunakan Allah sebagai tuhan namun Umno dan NGO yang pro kepadanya membantah dan mula membuat kenyataan dan perhimpunan panas membantahnya.

Beberapa NGO pro Umno pula semacam mengambil sikap mengapi-apikan orang Islam dalam isu ini./Harakahdaily

APABILA TOK JIB PETIK TERJEMAHAN AYAT AL-QURAN

Wanita mithali yang solehah ?
Oleh: WFAUZDIN NS

MAKA bercucuran lah air mata rakyat terutamanya yang menganut `mazhab Ameno' parti yang sekular dan bersemangat kebangsaan itu apabila Presiden mereka memetik terjemahan ayat Al-Quran. Tiada mereka sangka rupanya Presiden mereka `alim' dan tahu tentang isi Al-Quran dan amat bertuahnya mereka rasa memunyai Presiden sedemikian. Selama ini mereka selalu beranggapan bahawa Presiden mereka hanya tahu berbahasa `Monggolia' sahaja.

Mungkin Presiden mereka Tok Jib tahu isi Al-Quran, maka sebab itu lah isterinya sentiasa menutup aurat. Sebab itu lah juga gamaknya akta ISA masih dipertahankan dan sebab itu lah juga hukum hudud sedang berjalan sekarang di negara yang diperintah oleh Tok Jib ini. Maka, tidak hairan lah kes DS Anwar akan dibicarakan di mahkamah Syariah seberapa segera dengan menampilkan empat orang saksi. Di negara Tok Jib mana ada lesen judi dan arak yang dikeluarkan? Jika ada, itu hanya fitnah pembangkang sahaja. Mustahil insan warak yang tahu Al-Quran ini mahu berbuat demikian di dalam pemerintahannya.

Mengulas isu sensitif berkaitan Kalimah Allah dan juga perbuatan khianat membakar gereja, Tok Jib menunjukkan kewibawaannya sebagai Ulamak Ameno. Beliau memetik terjemahan ayat Al-Quran, "Perbuatan seperti membakar tempat orang lain beribadah dalam agama yang lain adalah satu perbuatan yang sangat terkutuk...bukan sahaja di sisi undang-undang negara... segi agama Islampun kita dilarang oleh agama untuk melakukan perbuatan seperti ini. "Dalam Surah Al An'am Ayat 108, Allah berfirman " Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan."

Itulah kata-kata Tok Jib seperti yang disiarkan di dalam akhbar semalam. Bukan Tok Jib tidak boleh membaca Al-Quran, tetapi beliau tahu jika beliau membaca ayat Al-Quran ramai yang tidak tahu, maka beliau hanya membaca terjemahannya sahaja di dalam bahasa ibunda Tok Jib. Mungkin beliau selepas ini akan menterjemahkannya ke dalam bahasa Monggolia./Kembali ke laman asal di sini.

Tahniah Saifudin, Terima Kasih Datuk Saleh - DS Anwar

Saya mengucapkan tahniah kepada Sdr Saifudin Nasution yang baru malam tadi dipilih sebagai Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat bagi menggantikan Dato’ Saleh yang telahpun meletakkan jawatan.

Tugas yang digalas sdr Saifudin bukanlah mudah kerana beliau juga harus menumpukan perhatian serta membahagikan masa sebagai ahli parlimen. Inshaallah beliau akan melaksanakan amanah ini sebaik mungkin.

Saya mengambil kesempatan ini untuk menyatakan rasa penuh penghargaan kepada sahabat saya Dato’ Salehuddin Hashim yang telah berkhidmat cemerlang selama 6 tahun. Segala jasa dan bakti tidak akan kami lupakan.

ANWAR IBRAHIM

Perbuatan Bakar Gereja Adalah Berdosa, Kata Nik Aziz

09 Januari, 2010

SHAH ALAM, 9 Jan (Bernama) -- Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata tindakan cuba membakar empat buah gereja di sekitar Lembah Klang semalam adalah perbuatan berdosa dan akan menerima balasan di akhirat nanti.

"Jadi tiap-tiap orang nak bakar gereja...dia kena reti, gereja ini harta kawan kita orang Kristian...bila kita bakar kita telah melukakan hati dia, berdosa kita di akhirat kelak," katanya.

Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, berkata demikian kepada pemberita selepas menutup majlis Taklimat Isu-Isu Penerangan PAS Pusat di sini Sabtu.

Katanya perbuatan membakar gereja di sebalik kehangatan bantahan isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain boleh terjadi apabila segelintir rakyat kehilangan sensitiviti dan kesucian agama dalam diri masing-masing.

Katanya apabila orang tidak mempunyai nilai sensitiviti agama maka perbuatan membakar gereja tidak menjadi masalah kepada pelakunya kerana mereka tidak mengenal soal dosa atau pahala.

-- BERNAMA