Oleh: WFAUZDIN NS
Sememangnya Ezam sesumpah sentiasa mendabik dada kununnya beliaulah seorang pejuang yang berani sehingga masuk penjara. Kununnya beliau lebih kenal gari dan jeriji penjara dari rakan-rakan lamanya yang masih kekal di dalam PKR sekarang. Betul ke Ezam sesumpah je yang pernah masuk penjara? Betul ke yang kerap masuk penjara itu adalah orang yang berani dan pejuang?
Mana lebih hebat DS Anwar atau Ezam sesumpah dari segi ujian dan cabaran? Azmin Ali, Us Dr Badrul Amin, Tian Chua, Mat Sabu, Mahfuz Omar dan ramai lagi yang masih kekal berjuang di dalam PR juga pernah masuk penjara. Adakah mereka masuk penjara kemudiannya melutut mencari makan dengan pihak yang memenjarakannya?
Tentu kita masih ingat nama Ismail Kerbau yang lebih kenal banyak pintu penjara. Dia lebih hebat dari Ezam sesumpah tentang penjara, makanya Ismail Kerbau itu berani dan pejuang? Tian Chua bukan sahaja pernah masuk penjara, beliau pernah berada di bawah trak FRU ketika gelombang reformasi dulu. Darah Tian Chua pernah mengalir dimuka dan tubuhnya sama juga dengan DS Anwar yang lebam biji mata. Berapa titik darah Ezam sesumpah yang mengalir? Berapa banyak Ezam sesumpah kena cubit?
Bayangkan, Ezam sesumpah dulu masuk penjara kerana dedahkan fail rahsia berkenaan Rafidah Aziz sewaktu Rafidah menjadi Menteri Perdagangan. Akibat beliau dedahkan rasuah Rafidah, belia masuk penjara. Ketika itu kita sokong Ezam sesumpah kerana keberaniannya. Tetapi, tiba-tiba beliau kini berada `satu kelambu' dengan parti Rafidah Aziz. Lojik ke? Ertinya, Ezam sesumpah sudah `melutut' dengan Rafidah. Rafidah pun berkata, " Tengok, siapa yang kenaaaa..."
Jika dahulu Ezam sesumpah tidak pernah lekang sebut pasal rasuah. Beliau keluar PKR dan tubuhkan Gerak kununnya untuk membasmi rasuah hingga ke akar umbi. Akhirnya, beliau masuk Umno, dan soal rasuah tidak lagi menjadi agendanya. Cuba dengar ceramahnya selepas menyertai Umno, beliau hanya menjaja kisah peribadi DS Anwar yang satu pun tidak terbukti di mahkamah. Ceramahnya sudah setaraf dengan Mak Cik Umi yang tidak diakui oleh ayahnya sebagai anak itu. Begitu lah nasib Ezam sesumpah menjadi hina sehina-hinanya.
Apa pun beliau sudah menjadi Senatak (Senator Katak). Kita lihat di dalam PRU ke 13 nanti, di mana Ezam sesumpah ini mahu bertanding. YB Khalid Samad MP Shah Alam sebelum ini pernah mencabar Ezam sesumpah bertanding di Shah Alam iaitu kawasan Ezam sesumpah sendiri. Saya nasihatkan Ezam sesumpah, jika mahu menang jangan bertanding di Shah Alam, tetapi carilah tempat yang mana banyak kawasan felda atau ramai pengundi pos. Atau, Ezam sesumpah rasa selesa jadi Senatak melalui pintu belakang tanpa berani berjuang? /wfauzdin.blogspot.com
Mahkamah Sesyen Seremban petang ini memutuskan supaya hukuman ke atas wakil rakyat itu ditetapkan pada 1 April. Mengikut Perlembagaan Persekutuan, kelayakan Wakil Rakyat akan gugur sekiranya didapati bersalah serta dipenjarakan melebihi setahun atau dikenakan denda melebihi RM 2 Ribu.




"Itu (terjadi) kalau orang Felda tak boleh menerima Anwar. Kerana itu kampung mereka sendiri, itu hak merekalah," kata Muhyddin yang juga timbalan presiden Umno.
Dilaporkan sekitar tapak ceramah ditabur dengan paku dan beberapa kenderaan mengalami kerosakan. Ini kerja bangsat dan bacul oleh puak yang tidak beragama dan tidak bermoral. Pemimpin yang merestui puak ini pun setaraf dengan mereka juga.





Rahimi pula sebelum ini tampil mendakwa beliau dipaksa mengubah akuan bersumpahnya supaya mengaitkan nama Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes liwat. Beliau berkata, beliau sudah dua hari berada di DUN itu dan akan memulakan ceramahnya hari ini. Kita masih ingat sewaktu Rahimi membuat dakwaan ke atas DS Anwar tentang akuan bersumpah itu, beliau berkata beliau bukan orang politik. Dakwaan itu tiada kena mengena dengan politik. Hari ini, Rahimi memakai baju BN tetapi beliau `bukan orang politik' dan tiada kepentingan politik?



Jika di dalam tentera, pengurusan berkaitan undi pos dilaksanakan oleh Jabatan Rekod dan Pencen (JRP) berpusat di Mindef (Kementerian Pertahanan). Ianya tidak dilakukan secara automatik, sebaliknya akan diproses melalui pasukan masing-masing terlebih dahulu untuk di majukan ke JRP. Saya tidak pasti adakah ada peraturan baru untuk mewajibkan isteri warga tentera menjadi pengundi pos kerana amalan terdahulu tidak mewajibkan sedemikian. Si isteri berhak untuk mendaftar sebagai pengundi pos atau tidak. Justeru itu, PR mesti menyemak semula peraturan ini secara spesifik.






Beliau mengulas laporan berita dalam laman web National Review Online di mana Najib dilaporkan mengeluarkan kenyataan bernada kesal dengan keterlibatan Ikhwanul Muslimin dengan protes mendesak pengunduran Hosni Mubarak di Mesir yang berunsur keganasan dan melampau (violence and extremism).
Secara panjang lebar, Nik Aziz kemudiannya menyoal neraca mana nama ganas itu mahu ditampal dan mempersoalkan sama ada setiap perbuatan menuntut hak setelah dinafikan itu didakwa sebagai ganas.
“Hanya di Madinah, barulah Allah SWT memerintahkan agar umat Islam berperang membela diri dan menjaga maruah.
Menurut Nik Aziz, Hosni Mubarak telah menzalimi rakyat Mesir selama 30 tahun dan bila pilihan raya diadakan pula, diktator itu akan mendapat kemenangan hampir 99.99 peratus.
Menurut Nik Aziz, Islam tidak mengajar umatnya untuk melakukan keganasan, tetapi Islam tidak pula membenarkan umatnya menghina diri dan merelakan perlakuan zalim ke atas diri mereka.
“Apabila rakyat Palestin bertindak walaupun hanya dengan melontar batu, mereka sudah dianggap ganas! Alangkah sengetnya neraca yang mereka gunakan,” kata Nik Aziz.
“Istighfarlah banyak-banyak. Ingatlah kepada Allah SWT sebelum melabelkan ulama yang mulia dengan tuduhan seperti itu. 


Sebab itu, amat penting sekali umat Islam di Melaka mengangkat seorang wakil yang berani memperjuangkan Islam di Melaka. Di dalam Dun Melaka sekarang, tiada seorang pun wakil dari PAS. Amat sukar untuk mengharapkan DAP yang ada di dalam Dun Melaka untuk menegur Kerajaan Melaka berkaitan isu agama. DAP hanya boleh menegur kerajaan negeri isu-isu yang berkaitan dengan rasuah, penyelewengan, kebajikan dan beberapa isu lain yang tidak melibatkan kepentingan Islam.