RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Jumaat, 4 Mac 2011

PERLUKAH PAS TUBUHKAN UNIT GERAK JIHADNYA?

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA difikirkan semula dengan situasi dan pengalaman yang pernah PAS lalui di dalam apa jua program termasuk penyertaan PAS di dalam pilihanraya, mungkin sudah tiba masanya PAS mewujudkan satu sayap seperti Unit Amal, tetapi sayap ini lebih ke hadapan bila berhadapan dengan situasi genting.

Jika Pemuda Umno mempunyai kumpulan Gerak Gempur yang dilihat lebih radikal di dalam keadaan-keadaan tertentu terutamanya menimbulkan provokasi, maka PAS juga perlu wujudkan kumpulan yang lebih aktif dan berani mempertahankan PAS malahan juga mampu berhadapan dengan sebarang ancaman musuh terhadap Islam dan negara ini. Saya lebih suka jika sayap PAS ini diberi nama Unit Gerak Jihad.

Keanggotaan kumpulan ini mestilah terdiri daripada ahli-ahli PAS khususnya yang berani, bermoral serta sentiasa taat kewajipannya kepada Allah. Mereka mestilah dilatih dengan penuh disiplin dan tahu kewajipan mereka terhadap parti khususnya. Jika selama ini Unit Amal lebih kepada kumpulan yang bertugas melakukan kerja-kerja amal, kebajikan dan selaku pengawal keselamatan sahaja, maka diharapkan dengan adanya Unit Gerak Jihad ini mereka sukarela sanggup mempertahankan Islam terutamanya di dalam apa jua bentuk ancaman.

Unit ini bukan satu kumpulan yang ingin berperang atau memberontak seperti kumpulan radikal Islam di luar sana. Unit ini hanya berfungsi sebagai pelindung kepada PAS dan juga boleh digerakkan seandainya terdapat sebarang bentuk ancaman musuh terhadap negara ini. Mereka hendaklah diberi tarbiyyah tentang pengertian Jihad mengikut Islam. Walaupun PAS yang mewujudkan unit ini, namun objektif utama Unit Gerak Jihad ini adalah untuk keselamatan negara, amnya. Mempertahankan tanahair dari ancaman musuh itu merupakan satu kewajipan. Melindungi PAS sebagai wadah politik Islam juga satu kewajipan buat kita.

Seandainya wujud unit seperti ini, maka tiada lagi mana-mana pihak yang sewenang-wenangnya ingin menghancurkan PAS secara tidak demokratik dan negara kita juga akan terkawal dari ancaman musuh. Jangan kita hanya membiarkan puak-puak yang memusuhi Islam dan parti kita berbuat sesuka hati dan kita lebih suka mengalah./wfauzdin.blogspot.com

8 ulasan:

  1. CADANGAN YANG SANGAT PERLU DAN BAIK DIMANA KINI PARTI SEKUTU APCO SUDAH ADA SAMSENG TIGA CALIT,GENG KEPALA-KEPALA LEMBU SONGKOK TINGGI YANG GANAS,PERKOSA DIKEPALAI RAJA KATAK JUGA GENG-GENG MAMAK, KERANA SELAMA INI PARTI ISLAM DILIHAT SANGAT LEMBUT DALAM MENGHADAPI SAMSENG-SAMSENG UPAHAN PARTI ARUS JAHALIAH SEKUTU APCO YANG MENANG DILINDUNGI !

    BalasPadam
  2. Salam Bro..... Gua rasa lu punya idea sangat bernas dan gua sokong 1000 peratus kalau PAS tubuh Unit Jihadnya bagi Umno celaka ketar lutut sikit.

    BalasPadam
  3. SOKONG 100% tp kna hati2 takut di cop pngganas plk...faham2 la pngai barua as n israel ni mcmna...

    BalasPadam
  4. kalau d kedah dah ada bro...org panggil org 30 x daftar dgn mana2pertubuhan..kalu dalam apco org panggil pukida..

    BalasPadam
  5. Buat permulaan hantar sekumpulan ahli Unit Amal untuk mengikuti kursus 'Bodyguard VIP' yang kemudian akan bertindak sebagai jurulatih kepada anggota kumpulan yang lain.

    BalasPadam
  6. Kumpulan Jihad ini akan berfungsi seperti kumpulan yg mempertahankan Us Ibrahim Libya di pondok mengajarnya. Mereka mati sbg Syuhadak...

    BalasPadam
  7. Saya rasa elok dan lebih sesuai ditubuhkan Group Khas Pertahanan Rakyat agar lebih sesuai untuk Pakatan Rakyat dan seluruh rakyat malaysia. Ahli2 mesti berdisiplin, keanggotaan meliputi seluruh kaum.

    Untuk unit amal pas boleh diupgradekan jadi unit elite dan sesuai di tukar nama kepada Skuad Khalifah. Di mana berfungsi bukan sahaja pada ahli pas tetapi pada seluruh umat islam di Malaysia.Tidak ada sekular atau plural semuanya Ahli sunnah wal jamaah.

    Budaya samseng dan keganasan harus dielakan.

    sekadar cadangan

    BalasPadam
  8. KITA TENGOK PADA REALITI POLITIK SKRG...(1) Umno sudah pun lama menubuhkan skuad Pekida - 3 Line - Pemuda Gagak Hitam bertaraf Para-Militari ( wpun cuba diselindunginya)untuk membelasah penyokong2 pembangkang dalam siri2 PRK / PRU. (2) Umno menyorok di belakang samseng berlesen , FRU untuk membelasah penyokong2 pembangkang yg berani berdemonstrasi. Maka sudah tiba masanya PRaykat menubuhkan skuad pembela rakyat yang dizalimi umno. Anggota2 skuad ini mestilah pejuang2 yang TAK TAKUT PENJARA DAN MATI. Sedia utk membelasah Pekida-3line-gagak hitam- FRU dll. Anggota2 skuad ini mesti terdiri dari ahli2 silat, kommando tentera yang sedia berjuang UNTUK MEMBELA ISLAM dari dicemari oleh Umno. Dalam mengambil tindakan yang penting ialah JANGAN MULAKAN SERANGAN SELAGI TIDAK DISERANG ! Biar pihak sana yg mulakan serangan dan kita BALAS SERANGAN ! InsyaAllah..

    BalasPadam