RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Jumaat, 4 Mac 2011

RM 13 RIBU TUNAI ISNIN INI, DUGAAN BUAT PENEROKA FELDA

Oleh: WFAUZDIN NS

ISNIN nanti dapat atau tidak Peneroksa Felda seramai 260 wang tunai sejumlah RM 13 Ribu seorang bagi pembayaran CESS? Wang itu dijanjikan oleh Maslan di Kerdau iaitu kawasan pilihanraya kecil yang mana majoritinya adalah pengundi dari Peneroka Felda.

Jangan lupa, Ahad ini hari mengundi. Siapa pemenang belum tentu dan Kerdau dikatakan amat panas buat Umno sekarang. Pengundi mungkin tidak percaya cakap Najib, Muhyiddin jauh sekali mahu percaya anak terbuang Mak Cik Umi itu. Tetapi, bila sebut ada wang tunai seorang boleh dapat RM 13 Ribu, bagaimana agaknya?

Hanya iman dan takwa berlandaskan kebijaksanaan yang boleh membuat keputusan. Jika perut diletakkan ke depan berbanding nilai maruah, maka sudah pasti wang tunai satu pilihan terbaik. Masalahnya, jika Umno tewas adakah wang tunai itu diserahkan? Tahniah, buat ANAK satu pertubuhan yang sanggup dikeji dan dihina semata-mata untuk menjaga kebajikan para Peneroka. Hasilnya, Isnin ini ada wang buat para Peneroka berkenaan. Fikir-fikirkanlah./wfauzdin.blogspot.com

1 ulasan:

  1. Harap2 penduduk Kerdau bijak membuat keputusan dan pilihlah perjuangan hak rakyat yg ikhlas bukannya janji2 muslihat b-end yg gilakan kuasa.

    Perompak takkan mengaku perbuatan dia merompak apatah melibatkan ratusan billion seperti umnok B-end selama 54tahun.

    Ingatlah semua penduduk2 Kerdau sejarah penjajahan Melaka oleh Portugis kerana pembelotan dan fitnah si kitol dan mendaliar. Hari ini kita lihat dan saksikan fitnah2 dajal b-end lakukan berlaku semula dan mengundang kembali sejarah lama.

    Oleh itu jangan kita biarkan sejarah berulang! tolak 13ribu!..katakan itu bukan harga diri kami! kami ada maruah! kami takkan biarkan negeri Melaka tergadai kepada perompak2 B-end!

    BalasPadam