RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 2 Mac 2011

BOB LOKMAN DIGANDINGKAN DENGAN US AKIL HAYY, APA MACAM?

Oleh: WFAUZDIN NS

BEGITU teringin sekali ingin menyaksikan dua artis terkenal ini berganding bahu memperjuangkan Islam di dalam PAS. Bayangkan jika PAS dapat merancang satu program hiburan Islam yang boleh menampilkan pelakon/pelawak/pencipta lagu, Bob Lokman yang baru saja menyertai PAS dan digandingkan dengan bekas penyanyi Rock Us Akil Hayy.

Kita telah banyak kali mencuba berbagai kaedah untuk mendekati rakyat terutamanya golongan muda agar bersama PAS dan PR. Kita belum begitu yakin untuk mencuba kaedah hiburan secara Islam. Amat jarang sekali kita melihat program hiburan Islam ini di bawa ke tengah masyarakat samada di bandar mahupun di luar bandar.

Mungkin kita boleh laksanakan program berkaraoke yang berkonsepkan Islam. Program seperti lawak jenaka berunsurkan humor Islam mungkin juga boleh menarik minat golongan muda bersama kita. Apa yang penting, tentukan semua program ini menepati kehendak Islam di dalam aspek hiburan. Sebagai contoh, pertandingan karaoke yang hanya dibuka kepada peserta lelaki dengan nyanyian hanya berbentuk kerohanian atau nasihat. Mengapa kita tidak mahu mencubanya?

Sebenarnya banyak program yang boleh kita adakan selain dari berceramah atau majlis makan malam sambil mengutip derma. Mudah-mudahan cadangan ini dapat diteliti dengan serius untuk kebaikan bersama./wfauzdin.blogspot.com

6 ulasan:

  1. maka lepas itu bob lokman mencari helah kawin lain, dan menceraikan isterinya sedia ada..eh, bob lokman dah berfamily ke?

    BalasPadam
  2. takpolah berkahwin jugak...janghe dok buat maksiat boh...dah jodoh nak buat guano boh!janji kahwin&halal....

    BalasPadam
  3. betul2, jgn jd cam din puduraya, adun selinsing and adun perupok do tutoh bini org..betul tak?

    BalasPadam
  4. kepada Tanpa nama 5.27.

    Sila bawa bukti yang diperlukan sekira din puduraya, adun selinsing dan adun perupok melakukan zina dengan bini orang. Kalau sekadar berdasarkan 'hearsay' dari sumber , terutama dari dari orang fasik, maka anda adalah penyebar fitnah dan boleh dikenakan Qasaf.

    Kalau anda jantan sila failkan tuduhan di pejabat agama . Itupun kalau masih ada 'batu'dicelah kangkang!!!!

    Cucu Cicit Bani Adam

    BalasPadam
  5. Akil hay ni tak yah lah nak ganding kan dgn Bob,,, akil hay markah nya sifar,,,,,,,,,,,

    BalasPadam
  6. Akil Hayy juga manusia biasa yg tidak sempurna. Tetapi sekurang2nya belum pernah kita dgr dari mulut Akil Hayy dia mengampu rejim Umno dan mengutuk PAS. Beliau juga sering hadir program anjuran PAS walaupun beliau tahu risikonya sbb beliau artis yg sering muncul di kaca TV.

    BalasPadam