RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 4 Mac 2011

NANTIKAN DEBAT MAHATHIR VS HUSAM MUSA

Oleh: WFAUZDIN NS

TUN MAHATHIR nampaknya semakin galak bercerita pasal untung nasib orang-orang Melayu di negara ini. Sebelum ini beliau menyindir Tuan Guru Nik Aziz dengan mendakwa kununnya Tuan Guru Nik Aziz menyesal menjadi Melayu. Benda yang mudah seperti itu pun Mahathir mahu putar belitkan.

Tuan Guru Nik Aziz tidak menyebut beliau menyesal menjadi Melayu. Beliau cuma sebut, beliau tidak kisah sekiranya beliau dijadikan sebagai kaum Melayu, Cina, India hatta orang asli sekali pun asalkan berugama Islam. Tuan Guru bersyukur dilahirkan sebagai orang Islam. Susah sangatkah Mahathir mahu faham? Atau, Mahathir punya pandangan berbeza? Mungkin beliau lebih bersyukur dijadikan sebagai orang Melayu walaupun bukan Islam?

Oleh kerana gatal sangat mulut Mahathir mahu bercerita pasal untung nasib orang Melayu di negara ini, maka Exco Negeri Kelantan Datuk Husam Musa bersedia untuk berdebat dengan mantan PM ini berkaitan isu orang-orang Melayu. Di beritakan, Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang menawarkan diri sebagai tuan rumah untuk program debat terbuka tersebut pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Sebelum ini, Husam Musa telah memberikan beberapa bukti bahawa Mahathir lah pemimpin Melayu yang suatu ketika menjadi Presiden parti Melayu iaitu Umno dan PM yang telah mengkhianati orang-orang Melayu di negara ini. Itu belum dikira tentang penghinaan dan tentangan beliau terhadap Islam. Husam mencabar Mahathir untuk berdebat kerana sebelum ini Mahathir mendakwa PAS yang mengkhianati orang-orang Melayu.

Husam Musa merasakan melayani Mahathir melalui blog dan penulisan banyak membuang masa kerana Mahathir boleh menggunakan media seperti akhbar, TV dan radio untuk bercakap menuduh PAS. Manakala PAS tidak diberi ruang untuk menjawab tuduhan Mahathir. Justeru itu, Husam Musa mencabar `kejantanan' Mahathir untuk berdebat walaupun ramai ahli-ahli Umno mengkagumi kehebatan Mahathir berhujah. Mahu tahu hebat atau tidak bekas PM dan Presiden Umno ini, ahli-ahli Umno patut mendesak agar Mahathir menjadi `jantan' untuk beredepan dengan Husam Musa. Tidak perlu berdepan dengan DS Anwar mahu pun Tuan Guru Nik Aziz kerana dikhuatiri Mahathir akan dikejarkan ke IJN pula nanti.

Mengapa P.Pinang tempat yang dipilih? Ini adalah kerana di sana teramat ramainya `Melayu' yang berhidung tinggi serta bersongkok tinggi. `Melayu' di P.Pinang terlebih Melayu dari Melayu. Maka, debat tentang isu Melayu ini sesuai diadakan di negeri tersebut.

Apa pun, saya tetap yakin bahawa mustahil Mahathir berani berdebat. Jika ditakdirkan bahawa Mahathir sanggup untuk berdepan dengan Husam Musa anak murid Tuan Guru Nik Aziz, ini bererti Mahathir sememangnya masih waras lagi walaupun sudah berusia. Tetapi mungkinkah ? Rasanya tidak, kerana sudah keturunan dari spesis keris telanjang tanpa sarung mana ada yang berani berdepan?/wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan