RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Isnin, 28 Februari 2011

JAWAB HUJAH NAJIB TENTANG RAKYAT DIPERHAMBAKAN

Oleh: WFAUZDIN NS

MAKA Najib di dalam akhbar Sinar hari ini pun berkata, " Orang kata kununnya kita perhambakan peneroka. Hamba mana yang ada tanah 10 ekar? Hamba mana yang ada rumah batu atau separuh batu atau sekurang-kurangnya bahagian depan batu?". Begitulah bunyinya hujah Najib, dan saya harap anda semua percaya itu adalah hujah dari PM kita yang selalu kita angap bahawa PM semestinya cerdik itu.

Di era moden sekarang ini betulkah ada lagi hamba? Jika Najib beranggapan bahawa seseorang yang mempunyai rumah batu dan mempunyai tanah itu bukan hamba, ertinya masih ada lagi hamba di dalam negara ini? Beranikah Najib beri jaminan bahawa tiada lagi rakyat yang tinggal di rumah papan buruk bahkan tinggal di dalam kotak? Adakah semua rakyat di negara ini mempunyai tanah?

Maksud `diperhambakan' seperti yang dimaksudkan oleh Pembangkang itu sebenarnya diputarbelitkan oleh Najib untuk menunjukkan betapa baik dan berkebajikannya pemerintahan Umno/Bn. Tidakkah `hamba' namanya jika seseorang itu ditahan di bawah Akta zalim ISA tanpa berpeluang membela diri? Bukankah diperhambakan rasanya jika hak kita seperti hak peneroka felda diambil? Buktinya, terdapat kes di mahkamah memberi kemenangan kepada Peneroka di dalam menuntut haknya. Itu yang Najib kena faham./wfauzdin.blogspot.com

1 ulasan:

  1. salam.masih ramai lagi yang tidak dapat kebajikan dari kerajaan.bagaimana perkara ini boleh terjadi ye?adakah org2 di sekeliling x tahu atau wakil rakyat belum habis meneroka kampung mereka?

    ada sahabat saya sudah arwah dia.rumah dia sangat dhaif , mashaAllah.jangan lah memandang rendah pulak pada org2 sebegini dengan mengatakan mereka hamba.mudah2an.atau hamba itu org2 yang berwang dan mengikut telunjuk BN?

    BalasPadam