RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 5 Mac 2011

MURID TIDAK SUKA GURU, BALING KERETA GURU DENGAN BATU - AJARAN SIAPA INI?

Oleh: WFAUZDIN NS

JIKA kita sebagai guru sekolah yang ingin mengajar anak murid kita agar menjadi seorang yang bijak dan berdisiplin, maka sudah tentu kita juga kena tegas dan berdisplin. Apabila seseorang guru itu tegas, sudah tentu ada beberapa orang murid yang tidak suka dengan kita terutamanya murid-murid yang nakal di sekolah.

Kita sering terdengar cerita ada guru yang dipukul oleh murid dan ada murid yang bertindak ganas ke atas harta benda guru yang dibencinya. Ada guru yang keretanya dicalar atau dibaling batu dan dipancitkan tayarnya oleh anak murid yang tidak suka atau benci kepada guru tersebut. Adakah betul cara anak murid berkenaan?

Jika kita tanya Menteri Pelajaran yang juga TPM sekarang iaitu Muhyiddin, beliau ada jawapannya. Anda boleh baca tulisan saya sebelum ini tentang sikap Muhyiddin di sini. Apabila kenderaan DS Anwar dikepung dan dibaling batu oleh sekumpulan `monyet' di Kerdau baru-baru ini, wartawan meminta komen Muhyiddin. Beliau memberi komen paling `bijak' sebagai Menteri Pelajaran dan TPM iaitu perbuatan `monyet-monyet' berkenaan adalah kerana mereka tidak suka kepada DS Anwar. Lebih baik DS Anwar jangan datang situ lagi, katanya.

Itulah komen paling bijak yang beliau boleh beri. Beliau tidak minta Polis siasat atau sekurang-kurangnya menasihati sekumpulan `monyet' itu agar menjadi manusia yang bertamaddun. Jika inilah pemimpin yang kita ada, tidak pelik suatu hari nanti pelajar-pelajar kita naik tocang kerana mereka diberi nasihat yang songsang oleh Menteri seperti ini.

Mungkin kita telah dikelabukan dengan umpan kebendaan hingga kita sesat di dalam memilih pemimpin. Yang merasai kesannya adalah anak bangsa kita dan cucu cicit kita kelak. Oleh itu, marilah kita mengubahnya mulai sekarang. Jangan biarkan pemimpin seperti ini mengajar anak kita menjadi ego dan bongkak sepertinya./wfauzdin.blogspot.com

4 ulasan:

  1. MAIL MAMAK YANG BARING ATAS JALAN HALANG KERETA TUANKU SULTAN PERAK TU SAPE PULAK MENGAJARNYA.

    TAK KE PERBUATAN ITU LEBIH KURANG AJAR SEBAB DILAKUKAN DI HADAPAN MASJID, SELEPAS SOLAT
    JUMAAT ?

    TAMBAHAN PULA TUANKU TIDAK BERTANDING MEWAKILI MANA MANA PARTI BERBANDING NUAR BRAHIM

    BalasPadam
  2. mail mamak sanggup korbankan dirinya.....kalau berani langgarlah...

    tapi monyet tu baling batu dari jauh kat keter anwar....kalau berani dok lah bawah keter tu...

    sapa paling berani ???....

    kalau jumpa keling dengan ular...ketuk siluncai dulu....

    kah kah kah kah kah kah .....

    BalasPadam
  3. dia sendiri menamakan diri dia luncai.makna nya orang tak nilai walaupun seduit.
    mail yang sanggup buat dan dia sanggup tanggong akibatnya.
    tapi malaun malauan yang termasuk luncai didalamnya,telok pun tak ada.harap gantung pada telok orang yang ada guna kuasa tapi salah guna kuasa.
    orang pakatan semua cerdik cerdik dan bukan bahlol macam orang totok umno yang bolih dilembukan.biawak pun kata ayam..ha ha ha ha ,bodoh dan bangang betoi

    BalasPadam
  4. biarlah si luncai terjun dgn labu-labunya...tu pun dia tak mampu beli labu dah pun sbb harga melambung naik...terjun je la dgn timun...hahaha...tp aku setuju dgn cakap muhyidin tu "bijak" tindakan tu...kalau dah tak suka baling je batu...kalau mcm tu kumpul mana2 guru yg tak suka si muhyidin ni dan baling batu bila dia datang bg cek replika kat sekolah2...sbb dia takkan saman kerana tindakan itu bijak...sama mcm si luncai td..sesat bg komen yg "bijak" sampai kena pangkah dek kwn2 yg tak suka kenyataan dia...so terima aje...cakap pakai otak la kawan...setakat baling batu tu pengecut sgt...kalau malaysia jd ala mesir..aku agak si luncai ni la yg menyorok bwh meja...jg telor beliau takut pecah...biawak betul si luncai ni...mesti sedap di makan...bang zai!!!!

    BalasPadam