Khamis, 31 Disember 2015

KJAAN DAP P.PINANG ROBOH RUMAH ITU ZALIM, TAPI KJAAN PARTI ISLAM GURU TOK ROBOH RUMAH DI KELANTAN ITU ADALAH JIHAD !! - TOK USIN UG CEROI

Sumber:  FB Tok Usin UG Ceroi

Strategi puak2 tok untuk memburukkan kerajaan Dap di P.Pinang nampaknya sedikit berjaya. Isu meroboh rumah di Kg Mutiara, P.Pinang ATAS ARAHAN MAHKAMAH bagi puak tok adalah sesuatu yg zalim yg dilakukan oleh kerajaan Cina Dap yg kafir lagi menentang Hudud itu. Malangnya, kerja2 merobohkan rumah itu terpaksa ditangguhkan atas rundingan kerajaan negeri dan beberapa pimpinan politik termasuk dari Pkr dan Dap yg cuba membela nasib penduduk2 terlibat.

Cuma, Tok harap rakyat dan walaun2 tok tak tahu bahawa kerajaan Islam parti tok di Kelantan juga pernah merobohkan rumah rakyat di Rantau Panjang, Kelantan iaitu di Kg Lubuk Jong pada awal tahun 2014. Isunya tetap sama dgn apa yg berlaku di P.Pinang, bahkan kerajaan Islam Parti tok di Kelantan langsung tiada beri pampasan dan kerja meroboh tidak ditangguh pun seperti di P.Pinang. Itu beza kerajaan yg dipimpin oleh ulamak parti tok dengan kjaan P.Pinang yg dipmpin oleh Cina Dap yg kafir itu.

Tok amat bimbang, kalau2 cerita roboh rumah rakyat di Kelantan ini diketahui oleh ramai orang. Kalau mereka tahu, strategi parti tok untuk memburukkan kerajaan Dap P.Pinang pasti tak berjaya dan lebih memalukan kjaan Islam parti tok di Kelantan akan nampak lebih zalim lagi. Korang yg baca kisah ni tolong berjanji dgn tok, jangan bgtahu sesiapa ye....ini rahsia dan bai'ah kita ok. Baca sini ---> http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/terpaksa-roboh-rumah-sendiri-1.236710

Selasa, 29 Disember 2015

TOK USIN UG CEROI KENA KENCING LAGI ?

NATANG MAMAT DAPAT TIKET FREE?

Pagi semlm punya kisah.

Tiba2 meluru si Natang Mamat tu kayuh beskal menuju ke arah tok yg sedang menjemur baju melayu kaler pink kepunyaan guru tok yg baru tok cuci.

" Nape natang...macam babi kena kejar dek anjing je mu?" Sergah tok.

Natang mamat tercungap2 sambil hempaskan beskalnya yg takde tupang tu dan bjalan laju ke arah tok.

" Tok..tok..saya dpt tiket wayang pree...ada dua keping..sempena pembukaan panggung wayang kat kota bharu tok. Tok nak ke? Leh kita pegi sama2 tok..." Kata natang mamat sambil mengelap hingusnya yg meleleh dgn menggunakan tiket di tangannya.

" Tentulah nak...mesti ceritanya islamik...kisah para2 nabi...kisah unta di padang pasir...kisah berpoligami...dan tok suka kalau filem berkaitan jimak mengikut islam". Kata tok sambil mencapai tiket wayang yg dihulurkan oleh natang mamat.

Tok belek cermat2. Tok tengok lain macam je..macam kertas biasa yg di print jadi macam tiket.

Tertulis kat situ Tayangan Pembukaan;

" DI MANA KAU HUDUD" arahan Prof Dr Zuhdi. Penerbitnya Us Nasa. Syarikat filem adalah PAS-NO PINKYs CINEMA SDN BHD. Para pelakunnya, Syeikh Hadi dan Jibby. Pelakun pembantu, Nik Doraeamar. Pelakun tambahan: Tar snake, tontowi, nik beduh. Pelakun undangan, Berahim.alkataki.

Tok dah rasa lain macam. Tok pandang natang mamat dah ghaib. Nun, di seberang jalan si natang mamat sedang lorotkan seluar dia dan tonggengkan punggung mcm kuali tu kat tok. WAKAKAKAKAKA....KAHKAHKAHKAH...
MUEHEHEHEHE.. Ketawa natang mamat begitu kuat.

" Memang jilake tujuh keturunan natang tu." Sambil tok pijak2kan kertas haramjadah tu. Baru tok teringat..tadi natang mamat lap hingus dengan kertas ni la. Jilakeeeeeeee....tok terus menuju ke perigi berdekatan utk cuci tangan.
 
Sumber:  FB Tok Usin UG Ceroi

Rabu, 23 Disember 2015

HUBUNGAN PH - PR, KEADILAN PERLU MANDAT AKAR UMBI

APA jua pendapat dan pandangan orang ramai terhadap kemesraan Presiden Pas, Hadi Awang dengan Presiden Umno, Najib Razak harus kita raikan.  Pendapat yang menyatakan ini satu permulaan yang baik untuk memperkuatkan barisan Pakatan Harapan tanpa membuang masa yang panjang menanti kemasukan Pas, itu satu pandangan yang boleh dipersetujui.  Pendapat lain, mana mungkin Pas akan bersama Umno hanya kerana kemesraan yang terjalin itu kerana Pas hanya mahu 'menasihati' rejim yang zalim, itu saja.  Pendapat ini boleh dipakai dan boleh saja ditertawakan.

Pendapat peribadi aku, apa pun keputusan KEADILAN selepas perkembangan mutakhir Pas ini haruslah mengikut kehendak akar umbi.  Kehendak akar umbi mesti didengar kerana akar umbi adalah kekuatan kepada parti.  Pemimpin hanya berada di atas, mereka jauh untuk melihat apa yang berlaku di bawah.  Pucuk di atas mereka hampir kepada buah dan kadangkala mereka terlalu asyik di atas tanpa menyedari akar pada batang pokok itu sedang diracun.  Jika dibiarkan, racun-racun ini akan memusnahkan batang dan cabang pokok ini sekaligus mematikan pucuk dan buahnya.  Itu yang dibimbangi.

Apakah tidak baik untuk kita mendengar pendapat akar umbi?  Atau kita merasakan kita sudah terlalu bijak melihat situasi sekarang?  Mungkin juga pemimpin ingin bermain selamat yang akhirnya parti tidak selamat?

Seandainya majoriti akar umbi mahu bebaskan KEADILAN dari Pas maka kita harus menghormati kehendak mereka.  Kenapa sekarang ini mereka tidak mahu lagi kepada Pas?  Kenapa sekarang?  Tentu ada sebab musababnya cuma mereka tiada saluran untuk sampaikan pandangan mereka.  Keputusan MPP KEADILAN selalunya dilihat sebagai wakil suara akar umbi.  Secara teknikalnya memanglah begitu, tetapi di dalam keadaan tertentu dengan perkembangan yang baru, tentulah suara-suara dari MPP tidak semestinya suara dari akar umbi.  Adalah lebih baik KEADILAN dapatkan mandat dari akar umbi berkaitan isu ini.  

Ahli-ahli KEADILAN bukan mahu melihat parti ini hancur.  Mereka mahu parti ini kuat dan tidak mudah diperbodohkan.  Kita mahu kawan yang kuat tetapi kita lebih mahu kawan yang setia.  Kawan yang kuat mungkin dapat membantu kita, tetapi tidak mustahil dengan kekuatan mereka kita juga akan ditentangnya.  Waktu itu, baru kita tahu betapa pentingnya kesetiaan.  Kawan yang lemah, mereka bersedia untuk susah atau senang bersama kita. 

Jumaat, 18 Disember 2015

GENCATAN SENJATA YANG GAGAL, NAJIB JUGA YANG BIJAK !!

 
 
Apabila gagalnya RUU Akta 355 (Mahkamah Syariah) dibawa masuk untuk dibahaskan di Parlimen, maka ramai yg kecewa terutamanya masyarakat Islam.

Ini adalah kerana Umno telah berjanji untuk membantu Pas terutamanya Pas Kelantan yang berusaha untuk merealisasikannya. Bukan kali pertama Umno memungkiri janji2nya, itu belum lagi dikira janji2 pilihanraya.
 

Oleh itu, tidak pelik jika TMB Kelantan, YB Nik Amar pernah berkata, jika gagal dalam sidang Parlimen kali ini, maka 'gencatan senjata' bersama Umno akan ditamatkan. ertinya, peperangan politik akan diteruskan dan tentulah Umno terus menjadi musuh Pas.

Akibat kemarahan rakyat kepada Umno yang memungkiri janjinya kepada Pas berulangkali, maka rakyat menanti akan hukuman Pas terhadap Umno. Malangnya, apa yang terjadi? Mana gencatan senjata? Malahan sebaliknya berlaku.
 
Sumber:  FB Kobat

Khamis, 17 Disember 2015

TOL MUNGKIN NAIK, ORANG KAMPONG PEDULI APA?

Melalui berita kelmarin PLUS dijangka akan menaikkan kadar tol sekitar 5% sahaja jika kerajaan meluluskannya. Itu ikut perjanjian pihak konsensi tersebut dengan kerajaan. Katanya, tak banyak pun naik, sekitar 70 sen sahaja pengguna perlu bayar.

Kita tahu sejak dulu lagi Pembangkang minta dedahkan butir2 perjanjian kerajaan dengan pihak konsensi tol, namun tidak diendahkan. Apa yg perlu disorok? Perjanjian itu bukan melibatkan perjanjian keselamatan atau pertahanan yg perlu dirahsiakan? Tentu ada sebab.


Tidak masuk akal, bertahun2 tol beroperasi syarikat berkenaan tidak dapat modal lagi atau tidak peroleh keuntungan lagi? Jika digunakan alasan kos pembaikan atau naik taraf lebuhraya, apakah kini kita telah menikmati keadaan lebuhraya yg baik setelah Tol beroperasi sekian lama?

Kadang2 terasa mahu mengeluh dengan keadaan ini. Rasa marah pun ada. Tapi sewaktu PRU13 yg lalu, kita mendengar janji dan manifesto PR waktu itu untuk menghapuskan tol. Ada kita percaya? Kita tak percaya lantas kita pilih Bn juga. Kita lebih percaya bahawa Bn mampu kurangkan kadar tol. Sekarang, siapa yang susah? Menteri tidak susah. Mereka tidak perlu bayar tol kerana kerajaan akan tanggung tol untuk mereka.

Orang2 tua di kampong2 dan di felda kata, biar lah tol naik setinggi mana pun kerana kawasan kampong dan felda mereka tiada lebuhraya dan tiada tol. Mereka tidak terlibat, kata mereka. Mereka lupa, anak2 mereka yg ramai berada di bandar2 akan balik ke kampong terpaksa melalui tol. Itu belum kira dengan kos minyak petrol lagi. Kalau dulu anak mereka kerap balik sebulan dua kali, kini mungkin balik ke kampong sebulan sekali. Semuanya kerana ingin menjimatkan kos bayar tol. Orang2 tua di kampong dan felda tidak fikir semua ini. Mereka juga lupa, lori2 pengangkutan yg membawa barang2 keperluan mereka dari kilang atau dari pembekal untuk dibawa ke kawasan mereka untuk dijual, terpaksa lalui tol. Siapa yang akan tanggung kos ini? Kita juga yang tanggung melalui peningkatan harga barang dan juga minyak petrol. Usah ceritalah lagi tentang GST, sudah pasti kena kepada kita.

Semuanya silap kita memilih. Kita tak berani mencuba dan berubah. Takkan lah dengan mengubah kerajaan, maka kita semua akan makan ubi kayu seperti di zaman Jepun. Ubi kayu pun sudah mahal sekarang dan ada GST juga. Tentu mereka fikir sekarang ini rakyat di Sgor atau P.Pinang hari2 makan ubi kayu.

Isnin, 14 Disember 2015

APA NIK ABDUH KATA, APA JAWAB TOK USIN UG CEROI?

TOK JAWAB HUJAH NIK BEDUH

Nik beduh ada menulis dan tok nk ulas sikit knyataan ulamak muda tok ni;

Kata nik beduh,

" UMNO akan sentiasa sakit dengan PAS jika mereka terus buat salah dan zalim terhadap rakyat. Salah UMNO bukan sikit. Banyak. Mengapa UMNO banyak buat salah? Jawabnya, kerana UMNO yang memerintah negara. Rosak kehidupan dalam negara hari ini adalah kerana polisi dan arahan daripada UMNO. Cuba bagi peluang UMNO tak memerintah. Sihatlah UMNO. "
Tok ulas - Betul tu...umno akan sakit jika buat salah tapi kalau parti tok buat salah, parti tok tak sakit sebab ahli2 parti tok semua memiliki ilmu "walaun" yg akan wala kpd guru tok. Umno byk buat salah sbb umno memerintah. Parti tok memerintah takde buat salah sbb tu guru tok perintah tganu dpt sepenggal, ostat tok perintah kedah pun sepenggal. Di kelantan, nasib arwah tok guru yg jadi MB pada awal2 parti tok berkuasa. Nik beduh kata cuba beri peluang kpd umno tak memerintah, umno pasti tak sakit. Di tganu dan kedah, umno ada bagi peluang dia tak memerintah, tapi masalahnya dia btambah kuat, parti tok pulak yg sakit. Sbb tu, umno rampas balik.

Kata Nik beduh lagi,

" UMNO hanya akan sihat dengan PAS jika mereka laksanakan Islam. Laksanakan Islam maknanya laksanakan keadilan yang menyeluruh. Keadilan tanpa Islam sebagai asas, di sisi umat Islam adalah palsu. Ia bahagia dalam murka Allah. Maka ia palsu sama sekali. Kepalsuan adalah musuh Islam."
Tok ulas - mmg umno akan sihat dgn parti tok jika mereka laksanakan islam. Masalahnya, umno tak nak laksanakan islam pun guru tok sanggup jadi penasihat. Bahkan, bekas timb presidem parti tok, us nasa tu siap dpt upah lagi jadi pengarah di bwh umno. Nik beduh sebut tentang keadilan? Tok bangga guru tok telah menunjukkan keadilannya bila fitnah calon keadilan dgn pengedar pil kuda tanpa dia sebut nama, tanpa saksi, tanpa bukti bahkan tanpa report polis. Itulah keadilan islam parti tok.
Nik beduh kata,

" Itu hanyalah keadilan cara barat. Ikut cara barat tanpa rujukan kepada Islam adalah ditolak. Biarlah barat laksanakan keadilan cara mereka. Biarlah mereka bahagia cara mereka dan kita bahagia cara kita. Mereka bahagia hidup makan riba, hidup tolak ugama, hidup bebas berzina. Hidup membahagiakan diri mereka dengan membunuh manusia lain. Itu cara mereka."
Tok ulas - Betul tu. Ikut cara barat keadilan mesti ditolak. Dlm parti tok keadilan ikut islam. Sbb tu parti tok gam dan kunci mulut husam musa.
Kata nik beduh lagi,

" Cara Islam ialah keadilan mengikut acuan al Quran dan al Sunnah. Jaga ugama rakyat. Jaga nyawa rakyat. Jaga akal rakyat. Jangan maruah dan keturunan rakyat. Jaga harta rakyat. Jaga hak dan kebebasan rakyat. Jaga amanah rakyat."
Tok ulas - Tok setuju tu. Kena jaga amanah rakyat. Jangan tak byr hutang YIK..jgn tebang balak tak tentu pasal...dan jgn biarkan mangsa2 banjir tinggal lama sgt dlm khemah.
Nik beduh terus berkata,

" UMNO campur adukkan antara cara ugama dan barat sepanjang pemerintahan mereka. Maka mereka sakit dengan PAS dan PAS sakit dengan mereka. Sentiasa berbalah dan bertengkar.

Hari ini UMNO ajak PAS kerjasama atas dasar syariah. Jawaban PAS adalah sama; UMNO akan sakit dengan PAS jika buat salah dan zalim terhadap rakyat. UMNO akan sihat dengan PAS dan 'beroksigen' bila mereka laksanakan Islam. "

Tok pun ulas - umno memang dah lama sakit. Penyakitnya berjangkit pulak kat parti tok. Sbb tu, tak pasal2 guru tok tanpa di offer terus sanggup jadi penasihat umno. Umno skrg pun dah dpt oksigen bila byk perkara mungkar umno diredho oleh parti tok. Parti2 pmbangkang lain bantah dlm parlimen, parti tok berkecuali dan ada yg bantah sambil duduk tersengeh mcm sotong busuk.
Kata Nik beduh seterusnya,

'" Jika itu maksud presiden UMNO bahawa ia kerjasama 'atas dasar syariah', maka PAS kekal membantu UMNO; Pertama, laksanakan Islam. Kedua, mendorong UMNO laksanakan Islam. Ketiga, memaksa UMNO menerima Islam secara menyeluruh. Keempat, mencegah UMNO buat salah dan zalim. Kelima, bersama UMNO perangi kerosakan dalam negara yang bukan daripada UMNO."
Tok ulas lagi - Syarat parti tok kpd umno adalah laksanakan islam. Tapi umno tak laksanakan islam lagi, guru tok dgn bangganya istihar jadi penasihat umno. Syarat kedua, parti tok akan dorong umno laksanakan islam. Masalahnya, tiga kali guru tok dorong umno agar bawa hudud kat parlimen, ketiga2nya umno kencing parti tok. Nasib baik nik beduh kata kena kencing tu tak berdosa, cuma bodo saja. Syarat ketiga parti tok, paksa umno terima islam secara mnyeluruh. Yang ini kelakar sikit. Parti tok takde kuasa, tapi cita2 parti tok tinggi iaitu nak paksa umno. Minta pulangkan royalti minyak pun parti tok tak mampu nak paksa umno. Teehehehee...syarat keempat parti tok, mencegah umno buat zalim. Parti tok tak pernah berlaku zalimkah kpd ahli2 yg tak setuju dgn guru tok? Tak byr hutang YIK tu tak zalimkah? Biarkan lama mangsa2 banjir dlm khemah tu tak zalim kah? Pastu, nak cegah umno buat zalim? Syarat terakhir dari parti tok, bersama umno utk perangi kerosakan dlm negara yg bukan dari umno. Masalahnya, selain dari umno siapa lagi yg selalu merosakkan negara ini? Tentu nik beduh terbayangkan Dap le tu...teeheheee...
Nik beduh terus menulis,

" Orang berkata, UMNO akan ambil untung daripada kerjasama ini. Saya jawab, jika UMNO laksanakan Islam, tanpa PAS pun UMNO boleh buat untung besar. Saya jawab, sejak bila PAS rugi bila Islam semakin kukuh di Malaysia?"
Tok ulas juga - Tanpa parti tok umno boleh buat untung besar kalau umno laksanakan islam. Tapi skrg tok lihat, tak laksanakan Islam pun umno dah untung besar dgn kerjasama parti tok. Kalau tak untung, mustahil najib puji melambung guru tok. Kalau islam kukuh, mmg parti tok tak rugi. Tapi pmerintahan islam parti tok di tganu bwh guru tok dan ulamak tok di kedah, parti tok untung ke rugi dpt sepenggal memerintah? Tentulah untung kan?
Nik beduh menambah, katanya lagi..

" Islam bukan pada kata-kata dan janji. Islam adalah pada keikhlasan, kesungguhan dan keberanian. UMNO dan PAS terikat dan tergadai pada ketiga-tiga ini. UMNO, samalah PAS juga, akan maut disambar hukum sunnah Allah ke atas para munafikin yang memperolok-olokkan ugamaNYA. Masa dan hukuman di sisi Allah adalah dekat. Bila-bila masa yang dikehendakiNYA."
Tok nk ulas - mmg islam bukan pada kata2. Jgn dok kata hudud siang malam tapi yg dibawa ke parlimen bukan hudud pun. Jangan perolokkan hukum Allah bila sanggup biarkan hudud dibuli oleh umno. Berjanji kmudian mungkir. Bukan sekali malah berkali2.
Kata Nik beduh lagi,

" Jika anda kata PAS tak ikhlas, tak bersungguh dan tak berani, anda berhak menghukum PAS.

Cuma saya berhak bertanya, betulkah PAS tak ikhlas, tak bersungguh dan tak berani? Bukankah pecah terserpih PAS kerana ikhlas, bersungguh dan beraninya PAS pertahankan perjuangan Islam yang menjadi nyawa dan nadinya?"

Tok suka nak ulas - tersepihnya parti tok mmg menbuktikan parti tok berani. Berani buat pemilihan dlm muktamar gunakan "chai", yg sebelum ini tiada mana2 presiden parti tok yg berani buat. Memang parti tok berani.
Nik beduh meneruskan hujahnya,

" Semua 'move' parti-parti politik adalah untuk memperoleh untung dan laba masing-masing melalui sokongan dan undi rakyat. PAS cara PAS. UMNO cara UMNO.

Ya, jika UMNO untung, PAS rugi. Jika PAS untung, UMNO rugi. Tapi, jika Islam untung, PAS dan UMNO tak rugi. Sepatutnya begitulah. Cuma saya tak tahu jika UMNO boleh rasa rugi jika Islam beroleh untung. UMNO ni DNAnya tak sama dengan PAS. Melayunya lebih pekat dari ugamanya. Maka kadang-kadang kiraan untung rugi antara PAS dan UMNO tak sama."

Tok perlu ulas - mmg la, jika umno untung parti tok rugi. Jika parti tok untung, umno rugi. Masalahnya parti tok tak pernah2 untung. Asyik rugi je. Memang DNA umno dan parti tok tak sama. Yg sama hanya kepala otak saja. Umno anti Dap, parti tok pun sama. Umno sokong bajet zalim, parti tok tak bantah bajet. Umno nak kekalkan najib wlaupun najib dpt derma RM 2.6 Bilion, parti tok tak setuju usul singkir najib. Ada beza tak?
Kata seterusnya dari Nik Beduh,

" Rakyat menghukum. Bukan kerja PAS mahukan rakyat undi UMNO. Kerja PAS ialah ganti UMNO. Undi rakyat hendaklah kepada PAS. Selama-lamanya itulah kemahuan dan kehendak PAS. PAS mahu ganti UMNO di Putrajaya."
Tok ulas begini - Nik beduh bergurau je tu. Semua masih ingat guru tok kata putrajaya tak penting. Yg penting redho Allah. Bab nak ganti umno tu, tok anggap kita dah pun bjaya. Utusan Msia pun iktiraf kita mcm mereka iktiraf umno. Begitu juga tv3 suku. Semua tu media kita. Kita dah bertahalluf dgn kesemua media umno. Apa lagi yg kita nak?
Nik beduh menulis,

" Hanya yang akan halang PAS ke Putrajaya ialah bila UMNO jadi macam PAS. Berjuang untuk ketuanan Islam.

Mungkinkah? Rakyat dan umat Islam akan menghukum. PAS sentiasa yakin, rakyat Malaysia adalah baik. Hanya yang merosakkannya adalah anasir-anasir buruk yang dibiarkan, bahkan dijaga oleh UMNO."

Tok nak kata - Bila umno jadi macam parti tok? Tak perlu,..sebab skrg ni parti tok terlebih dahulu dah jadi umno. Rakyat Msia mmg baik sbb tu majoriti memilih Pakatan Harapan. Yang memilih parti tok cuma umno saja.
Nik beduh kata,

" Pintu taubat terbuka seluas jarak antara timur dan barat. Itu keluasan rahmat Allah yang disombongi makhluk bernama manusia.

'Sesungguhnya manusia itu maha zalim dan maha jahil.''

Tok sudahi jawab hujah Nik beduh - Alhamdulillah, mmg pintu taubat terbuka luas maka cepat2 lah bertaubat dan mohon maaf kpd mangsa2 fitnah edar pil kuda, dan mangsa fitnah yg dikatakan komunis itu. Mohon maaf juga kpd YIK kerana masih berhutang. Juga kpd mangsa2 banjir yg masih berada dlm khemah.

Sesungguhnya manusia itu maha pembelit dan kaki ponteng.

Sekian ulasan dari tok atas kenyataan Nik Beduh.
 
Sumber:  FB Tok Usin UG Ceroi

Jumaat, 11 Disember 2015

KENAPA PARTI TOK DICINTAI ORANG? - TOK USIN UG CEROI

KENAPA PARTI TOK DICINTAI ORANG?

Seorang ulamak parti tok dlm ceramahnya dgn penuh semangat berkata,

" Tuan2...lihat parti kita. Parti kita ini hebat. Umpama gadis sunti yg cantik digilai semua orang. Amno mahu kita, ucapan najib dlm PAU baru2 ni terang2 sebut suka sangat kat tuan guru kita. Dia puji melangit. "


" Pkr lagi suka kat parti kita. Wlaupun dulu kita selalu sabotaj kerusi PKR di Damasara, Sg Acheh, Bukit Besi dan banyak lagi, kita tuduh calon Pkr edar pil kuda wlaupun tuan guru kita tak kenal pun orang tu, bukti un takde, saksi pun takde bahkan tak report polis pun, kita tetap menang di mhkamah kerana tuan guru kita bijak melakukan fitnah tanpa sebut nama. "

"Tuan2...Tuan guru kita juga hina dan aibkan Kak Wan, presiden Pkr di khalayak ramai bila Tuan guru kita kata Kak Wan tak layak jadi MB. Sedangkan Kak Wan lebih lma jadi Presiden dari tuan guru kita, Kak wan tak pernah tewas btanding dlm Praya wlaupun di luar kubunya di Permatang Pauh. Tuan Guru kita selalu sgt kalah kat Marang. Kak Wan fasih berbahas Inggeris iaitu bahasa antarabangsa, guru kita tau cakap Arab je."

"Namun...Pkr tetap mahu parti kita. Tetap pelihara dan ternak geng2 kita di Selangor". Itulah buktinya parti kita disukai byk orang"

" Tuan2 tahu kenapa? Tahu kenapa parti kita disukai ramai?"

Tiba-tiba di tengah2 belasan orang yg dengar ceramah tersebut, terpacul satu suara di dalam gelap.

" Tauuu...mereka suka kat parti ni sebab parti ni paling mudah kena kencing...kahkahkahhh.."!!! Suara dari gelap.

Tok yg tengah berjalan sambil usung tin milo kutip derma terkejut dengan suara itu. "Sahih..kompom...Natang mamat ada dtg dengar ceramah...jilakeeee!'. Fikir tok.
 
Sumber:  FB Tok Usin UG Ceroi

JANGAN SALAHKAN AZMIN !!

Ambo jumpa org kuat pkr sgor...dia kata salah satu sbb kenapa pkr masih bersabar dgn Pas terutama di sgor adalah kerana Pas sgor juga tak sehaluan dgn Hadi. Byk knyataan Hadi yg pas sgor pandang sepi. Contohnya hadi berbaik dgn perkasa. Pas sgor tolak. Hadi umum kjasama dan jadi penasihat umno, pas sgor tegas tolak umno.

Atas sbb itu...tak wajar pkr tolak total Pas di sgor. Tunggu masa hadi akan tinggal sendirian....
 

Rabu, 9 Disember 2015

TOK USIN UG CEROI PUNYA CERITERA - HUDUD DI TURKI ?

HUDUD DI TURKI ?

Sebaik saje guru tok mendarat di KLIA dari Turki baru2 ni, tok adalah orang yg pertama menyambutnya di airport. Dia turun je dari tangga kapaltarbang, tok berlari menerkam ke arah guru tok dengan bangganya...

Tok sambut tangan guru tok dan tok cium serta kucup2 puas2 macam kucup Hajarul Aswad.

Tanpa dapat bersabar, tok terus bertanya kepada guru tok, " Wahai Tuan Guru Ulamak dunia, apa citer di Turki? Adakah tuan guru berjaya bentangkan Hudud di Parlimen Turki? Saya amat merasa....." KELEKUKKK!!!

Adeeiii...belum sempat tok habiskan kalimah tok, tok terasa sesuatu yang keras mengetuk kepala tok. Tok lihat guru tok cekak pinggang sambil memegang tongkat dengan muka merah umpama sotong salai.

" Kepala hotak mung Using...Ambe ke Turki bukang untuk bentang Hudud...Apa kaitang ambe dengang Parlimeng Turki? Ambe tak jumpe pung Erdogang kat Turki...Ambe cuma jalang2 cari makang sambil mengelak dari hadir Parlimeng kite...Ambe tau Hudud ambe tu speaker simpang dalang tong sampah je...sebab tu ambe ke Turki...Mung tolol !!". Jerkah guru tok.

Tok terpinga2....Tok lihat kat tempat menunggu KLIA tu si Natang Mamat tersengeh2 pastu dia berguling2 ketawa berdekah2 atas lantai di tengah2 orang ramai...

" Memang jilakeee lagi si Natang tu....semalam dia citer kat tok bahawasanya guru tok ke Turki untuk membentangkan Hudud di sana atas kapasiti guru tok sebagai Ulamak dunia...mati2 tok percaye...Natang gampang betul..."
 

Khamis, 3 Disember 2015

LAWAK TOK USIN UG CEROI LAGI BERKAITAN PRIVATE BILL

Hari ni last parlimen. Tok tnya guru tok, dah bawa masuk belum private member bill hudud tu?

Guru tok jawab, " Baru minggu lepas bini kedua ambe setelkang.".

Tok terpegun. Apa kaitan bini dia pulak? " Tuan guru, setel mende tu?". Tanya tok.

" Bil api. .air...talipong..internet...semua dah setel.." Jawab guru tok. Ermmm...nak kata bangang takut masuk neraka pulak. Diam je ler.
 
* FB Tok Usin UG Ceroi

Rabu, 2 Disember 2015

DI ANTARA KELEMAHAN KONGRES NASIONAL KEADILAN BARU-BARU INI

Amat meriah sepanjang Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat yang bermula jumaat hingga Ahad, petang semalam.

Secara keseluruhannya baik, lancar dan memuaskan. Tentunya ada sedikit sebanyak teguran yg ingin dikongsikan;

1. Penyediaan sajian terutamanya sarapan pagi pada hari permulaan Kongres yg kelihatan kurang teratur, kurang cekap dan seperti tidak bersedia menerima kehadiran peserta kongres yg hadir.

2. Pengerusi Tetap gagal patuhi masa. Melanggar waktu rehat, makan tengahari dan minum petang.

3. Arahan pemakaian yg tidak konsisten. Khabarnya hanya ada tiga jenis pakaian yg dibenarkan, iaitu Suit lengkap berwarna gelap, Baju batik atau Baju Melayu (Pakaian Kebangsaan) dan baju kurung (wanita). Tapi ramai yg tidak mematuhi arahan ini dan paling malang adalah pimpinan di atas pentas juga gagal disiplinkan diri dengan tatacara pemakaian.

4. Nama wakil pembahas ada yg ditukar di saat2 akhir tanpa alasan yg munasabah dan ini mnyebabkan pembahas yg diganti tidak dapat membuat persediaan untuk berbahas.

5. Menggunakan muzik latar dengan agak kuat dan berterusan untuk menghentikan ucapan dianggap keterlaluan dan kelihatan tidak beradab dengan pembahas.

6. Dewan di tingkat tujuh, menyebabkan masa banyak terbuang apabila perwakilan yg hadir terpaksa beratur dan berkerumun di pintu lif untuk naik atau turun. Sebaiknya Kongres diadakan di grand floor sahaja.

Diharapkan di masa akan datang, segala kelemahan ini walaupun kecil akan dapat diatasi.

Tahniah KEADILAN !!
 
Sumber:  Page Keadilan Pahang Fc

Isnin, 30 November 2015

TOK USIN ULAS KONGRES KEADILAN, TAK ISLAMIK ??

KONGRES PKR TIDAK ISLAMIK LANGSUNG!!

Kongres PKR telah pun berakhir. Tok tonton melalui live kat youtube. Selama 3 hari kongres PKR, banyak kekurangan dan kelemahan parti yg diasaskan oleh Anwar tu. Di antara kelemahannya yg tok dpt lihat adalah;

1. Presiden PKR dlm ucapannya tak berani nak ucap perkataan "Barua, Broker, anjing dan babi". Guru tok berucap kompom ada sebut perkataan tu sbb itu rukun dlm ucapan presiden.


2. Sewaktu Timbalan Presiden PKR berucap, tiada pun tok tengok mana2 perwakilan PKR keluar dewan dan boikot Azmin wlaupun ramai yg tak sependapat dgn Azmin berkaitan isu berbaik dgn parti tok. Dalam muktamar parti tok bila perwakilan tak sependapat dengan Mat Sabu dulu, ramai yg boikot tinggalkan dewan sebab itu adalah sunnah.

3. Sewaktu perwakilan berbahas, langsung tak nampak Islamik kerana tiada seorang pun yg mengambil kesempatan berbahas dengan cara 'doa' kajang move dan kutuk Dap. dalam muktamar parti tok, ucapan dalam doa ini adalah cara2 berjihad contohnya doa seperti, " Ya Allah, mereka telah adakan kajang move Ya Allah...tanpa beritahu kami Ya Allah....Mereka juga berbaik dengan Dap yg menentang Hudud Ya Allah....".

4. Dalam kongres mereka, tok tak dengar pun suara2 'mengeboo.." sewaktu mana2 pemimpin mereka berucap. Tidak seperti muktamar parti tok, kami akan 'boo' mana2 pmimpin yg kami dah labelkan sebagai "Munafik Haraki atau Anwarisme". "Mengeboo" itu merupakan satu laungan jihad.

5. Akhir sekali, tiada pun tok tengok mereka usung tin milo jihad.

Jelas, PKR gagal menjadi sebuah parti Islam seperti parti tok.
 
# FB Tok Usin UG Ceroi

Rabu, 25 November 2015

SKANDAL DEMI SKANDAL, KE MANA HILANGNYA EZAM ?

Ezam Mohd Noor, Bekas Senator dan Penasihat Najib
EZAM Mohd Noor, mantan Ketua Pemuda Keadilan (kini disebut AMK), adalah seorang pimpinan muda yang amat berpengaruh di era reformasi dan selepasnya.  Tidak salah jika waktu itu ramai yang berpendapat Ezam bakal mewarisi perjuangan Anwar, bekas bosnya sewaktu bersama-sama di dalam Umno dahulu.
Namun, hayat Ezam dalam arus perjuangan rakyat tidak lama.  Beliau akhirnya terpedaya dengan Umno dan menyertai Umno di zaman Pak Lah atas alasannya Umno waktu itu sudah berubah.  Baginya Umno waktu itu amat benci rasuah. Umno mahu reform, dan Ezam mahu membantu Umno untuk reform.  Beliau tidak belajar dari sejarah bekas bosnya Anwar yang tinggalkan ABIM dan menyertai Umno atas hujah yang sama iaitu ingin membaiki Umno dari dalam.  Ini yang disebut oleh Almarhum Ustaz Fadzil Noor, Presiden Pas waktu itu bahawa tidak akan berjaya 'mencuci najis dari dalam tong najis".

Ezam serah borang sertai Umno kepada Pak Lah
Apa alasan Ezam untuk menyertai Umno? Katanya, “Ketika saya buat keputusan berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan hasrat untuk kembali kepada UMNO, tidak ada sebarang rundingan atau perbincangan mengenai isu jawatan atau kedudukan saya dalam parti.  “Seperti yang pernah saya jelaskan, saya masuk UMNO kerana tertarik dengan dasar yang dibawa oleh Abdullah sejak kebelakangan ini untuk memerangi rasuah secara besar-besaran.  “Keterbukaannya itu yang menarik minat saya untuk menyertai UMNO dan ia berbeza dengan pemimpin-pemimpin UMNO sebelum ini yang menolak kepada perubahan,” katanya.
Selepas Pak Lah, Najib ambil alih tampuk pemerintahan negara.  Rezeki Ezam semakin bertambah dengan lantikan Senator dan kemudiannya menjadi Penasihat kepada Najib bertaraf Menteri.  Ramai yang menjangka tentulah kepimpinan Najib lebih bersih dan telus kerana memiliki Penasihat seperti Ezam, bekas Pengerusi GERAK iaitu satu NGO yang bergerak menentang rasuah.
Jangkaan ramai orang meleset.  Rupa-rupanya Ezam diberi kedudukan istimewa di dalam Umno hanyalah untuk dijadikan anjing pemburu kepada Anwar.  Waktu itu, di mana saja ada PRK sudah pasti Ezam akan diusung ke kawasan pilihanraya untuk mencaci dan menghina Anwar.  Anwar memiliki jiwa yang bersih, sedikit pun Anwar tidak kisah dengan serangan bekas anak didiknya itu.  "Saya mahu berdepan dengan PM, bukannya cicak mengkarung", Kata Anwar.
Kepimpinan Najib yang menjadi bos Ezam memperlihatkan satu-satunya PM paling teruk dan kotor di dalam sejarah tanahair.  Sejahat-jahat Mahathir, beliau pun respek dengan Najib yang lebih teruk darinya.  Kini, Mahahir menyerang Najib dengan berbagai isu seperti 1MDB dan duit di dalam akaun Najib sebanyak RM 2.6 Bilion.  Mana suara Ezam?  Mengapa Ezam membisu apabila bosnya diserang bertalu-talu dari dalam dan luar negara.  Bahkan, Najib terus diserang oleh ahli-ahli partinya sendiri.  Ezam sedikit pun tidak membantu Najib, bahkan Ezam terus diam dengan berbagai skandal yang menjelekkan rakyat.
Mungkin, apa yang Ezam mahu sudah tercapai iaitu kedudukan yang selesa di bawah Pak Lah serta Najib.  Tugasnya mencaci dan menghina Anwar pun sudah selesai apabila Anwar dipenjarakan.  Itulah wajah sebenar Ezam.  Beliau hanya berjuang untuk perutnya.  Segala janji yang pernah beliau lafazkan untuk membasmi rasuah ternyata gagal.    Bahkan, Umno semakin tenat sekarang.

Jelas, Ezam sertai Umno hanya kerana inginkan kesenangan.  Aku bersimpati dengan Naib yang terus memelihara Ezam sebaik mungkin namun Ezam jadi bisu, tidak langsung dapat membantu Najib untuk menjawab berbagai persoalan.  Najib bersendirian, Ezam entah ke mana selepas apa yang beliau mahu dari Umno telah pun tercapai.

Jumaat, 20 November 2015

UMNO PENANG DAPAT 'TONGKAT SUCI", PH P.PINANG HARUS LEBIH KUAT

KERRAJAAN Pakatan Harapan P.Pinang mulai sekarang perlu lebih bersedia dan kuat lagi kerana kini kita terpaksa menghadapi satu lagi cabaran iaitu pertambahan jumlah musuh kita di negeri ini.  Jika dahulu kita hanya berdepan dengan Umno/Bn sahaja, tetapi kita PH terpaksa berdepan dengan Pas di P.Pinang yang telah mengistiharkan diri sebagai Pembangkang di P.Pinang.

Ertinya, di P.Pinang, Umno/Bn telah mendapat tongkat 'suci' dan tentunya mereka patut bersyukur kerana masih ada yang sayang kepada parti pewaris 2.6 Bilion ini.  Berbeza di Selangor, Pas sanggup bersama Keadilan dan Dap kerana mungkin kedua-dua parti ini telah bersetuju dengan Hudud gamaknya.  Bukankah Hudud sering menjafi alasan Pas untuk memutuskan hubungan dengan kawan-kawan?  Kali ini Umno dirasakan akan menyokong Hudud apabila dibawa ke Parlimen nanti.  Tapi, bila?  Wallahu Aklam.  Yang pasti RUU Akta 355 (Pindaan Mahkamah Syariah) yang cuba dibawa masuk Parlimen, bukan Hudud.  Tapi yang dicanangkan di mana-mana adalah Hudud.

Apa pun, negara ini demokrasi.  Sesiapa pun berhak untuk mengistiharkan diri mereka sebagai penyokong kerajaan atau Pembangkang.  Bahkan, untuk berkecuali pun boleh.  Mahu menentang di dalam baring, duduk hatta mencangkung pun boleh.  Rakyat akan melihat Wakil Rakyat manakah yang sanggup bersusah payah demi membela nasib rakyat atau Wakil Rakyat manakah yang beri tongkat pada rejim.

Isnin, 16 November 2015

SALAH DAP JUGA MAKSIAT BERLELUASA DI LUAR BANDAR?

BENARKAH kesemuanya salah Dap?  Oleh kerana Dap menguasai bandar-bandar, maka berlakulah maksiat minum arak dan judi?  Peliknya, setelah terputusnya hubungan kita dengan Dap maka baru timbul bahawa maksiat berlaku di tengah bandar kerana adanya Dap dan kita pun berlawan sesungguh hati dengan Dap.

Sampai sekarang aku tengah berfikir, di Bandar Kuantan, contohnya boleh dikatakan tiada pun Dap dan jika ada pun tidaklah sekuat mana.  Kuantan diwakili oleh MPnya, YB Fuziah Salleh (Keadilan), dua lagi Dun diwakili oleh calon Keadilan serta calon Pas, satu lagi diwakili oleh Umno.  Dap tidak bertandingpun di Kuantan.  Kuantan pula dikawal selia pentadbirannya oleh MPK, di bawah kerajaan negeri dikuasai Umno.

Di mana boleh disandarkan maksiat berlaku di bandar-bandar kerana Dap?  Belum ditanya lagi bandar johor Baharu yang besar itu.  Ibu Negara, Kuala Lumpur juga di bawah DBKL, di bawah Menteri Wilayah, iaitu Kerajaan Pusat yang dipimpin oleh Umno/Bn.  Di mana salahnya Dap?

Siapa yang berkuasa di dalam mengeluarkan lesen judi dan arak selama ini, jika kita menganggap bahawa Dap adalah pencetus maksiat judi dan arak di bandar-bandar?  

Bolehkah kita mengaku bahawa di setiap felda dan kampung-kampung juga kini berleluasa maksiat?  Apakah kita tidak tahu maksiat juga banyak berlaku di kampong-kampong termasuk di felda-felda?  Bukan saja aktiviti minum arak atau berjudi, gejala buang anak juga dijuarai oleh anak-anak gadis Melayu Islam di luar bandar.  Apakah ini tidak serius berbanding arak dan judi?  Salah Dap jugakah gejala ini berlaku di luar bandar?  Bagaimana pula di Bandar Kota Baharu atau Kuala Terengganu atau di segenap pelosok kampong di Kelantan dan Terengganu?  Tiadakah masalah sosial yang meruncing?  Lupakah kita gejala Aids yang tertinggi adalah di negeri Kelantan, apakah Dap juga menjadi penyebab?  Kuatkah pengaruh Dap di kedua-dua negeri Pantai Timur itu?

Sikap meletakkan salah ke atas pihak lain hanya kerana kita tidak lagi berkawan dengannya adalah satu sikap paling tidak bertanggungjawab.  Kita lupa kita sebagai penganut berugama Islam telah gagal mendidik anak bangsa kita ke arah yang lebih baik, malahan kita semakin berbaik dengan Umno/Bn yang ternyata menjadi punca banyak masalah sosial yang semakin berkembang.  Kita patut malu bahawa bangsa yang paling tinggi di dalam gejala membuang bayi ini adalah bangsa Melayu Islam terutamanya di luar bandar.  Kita hanya nampak Dap, kita tutup mata dengan Umno dan Mca.


Rabu, 11 November 2015

TOK USIN UG CEROI SIRI 4 - TOK BERDEBAT DENGAN NATANG MAMAT

DEBAT TOK DENGAN NATANG MAMAT

" Kita tak boleh pecat Husam Musa walaupun banyak dia kritik parti kita secara terbuka bahkan membuat tuduhan kpd Presiden kita kerana kita tidak menerima sebarang aduan resmi dari mana2 pihak."

" Sebagai parti Islam, kita wajib ikut cara Islam. Jika ada aduan atau laporan, kita wajib siat dulu kemudian panggil orang yg kita tuduh tu untuk membela dirinya. Itulah cara Islam parti kita. Indahnya parti kita yg berdasarkan Al-Quran, Hadith, Ijmak Ulamak dan Qias".

Itulah di antara Tazkirah subuh tok pagi tadi di hadapan para walaun yg majoritinya terdiri dari pejuang2 yg rambut telah putih dan gigi sudah takde. Hanya seorang anak muda, berkulit hitam gelap macam biji tasbih yg setia sangat dengar tazkirah tok. Tok tak berapa selesa kalau Natang Mamat ni ada, pasti dia akan buat kecuh.

" Tok. Cantik sungguh apa yg tok sampaikan itu. Memang indah Islam itu tok. Tapi...saya nak tanya tok satu perkara". Soal Natang Mamat.

Tok dah mula gelisah. Sikit2 peluh kat dahi menitis. Rasa nak terkentut pun ada. " Errr...mende lagi yg mu nak tanya Natang Mamat? Kalau satu hari mu tak tanya tak boleh ke? Ok...apa yg mu nak tanya?". Jawab tok sambil menahan kentut.

"Dalam isu Husam Musa...macam2 helah dan dalil tok beri. Kena tunggu aduan atau report lah...kena siasat dulu lah...kena panggil Husam untuk bela diri...macam2 alasan. Hakikatnya memang guru tok tak berani pecat Husam sebab guru tok tahu Husam banyak penyokongnya di Kelantan. Betulkan? Paling win...guru tok nak tengok Husam langgar Bai'ah talak tiga..biar Husam bercerai berai dengan bini dia kan? Biar rumah tangga dia runtuh, kan?". Panjang persoalan Natang mamat kali ni.

Tok cuba buat muka 'cool' seolah2 tok takde masalah dengan soalan2 Natang mamat. Tok kena bela guru tok dan tok tak mahu imej guru tok ditelanjangkan dihadapan ramai dalam kuliah pagi ni.

" Natang mamat. Itu fitnah kamu ke atas guru tok. Guru tok tak berniat begitu. Memang Islam itu adil..perlu ada laporan dan siasatan. Sidituduh perlu membela diri dan kita pun perlu bukti2 kukuh serta saksi2. Itulah Islam di bawah kepimpinan ulamak seperti guru tok". Jawab tok sambil kesat2 peluh didahi.

Natang mamat semakin menghensut pungungnya dan menghampiri rapat betul2 kat muka tok.

" Tok. Cuba jawab dengan jujur ye. Dalam satu ceramah terbuka, guru tok telah menuduh calon2 rakan dalam Pakatan Rakyat adalah sebagai pengedar pil kuda dan membawa fahaman komunis. Ini adalah alasan guru tok untuk meletakkan calon2 guru tok di Kerusi yg sepatutnya ditandingi oleh rakan2 parti tok. Soalan saya;

1. Dari mana guru tok dapat maklumat itu?
2. Adakah ada laporan resmi dibuat samada kepada parti tok atau kepada pihak Polis kerana ini satu perbuatan jenayah besar?
3. Adakah guru tok telah melaporkan kepada pimpinan rakan2 parti tok tetang hal ini agar mereka boleh menyiasat dan bertindak?
4. Setelah guru tok terima laporan itu, adakah guru tok arahkan siasatan dibuat dahulu atau mereka2 yg dikatakan pengedar pil kuda atau pembawa fahaman komunis itu dipanggil untuk mendapatkan pengesahan?
5. Adakah guru tok memiliki bukti2 atau saksi terhadap tuduhan ini?

Jawab la tok. Kata Natang Mamat.

Jubah tok basah dengan peluh. " Gini...errr..err..dalam isu pil kuda ini, guru tok tak sebut nama sesiapa. Kes pun dah selesai di mahkamah yakni guru tok hanya melakukan fitnah umum, tak sebut nama sesiapa. Mahkamah pun kata, unsur2 fitnah memang ada, cuma guru tok tak sebut nama je...itulah hikmahnya ulamak memimpin.." Jawab guru tok sambil melepaskan kentut perlahan2.

Natang mamat tenung mata tok tajam. " Ohhh...fitnah umum takpe la ye? Fitnah tak sebut nama kira halal dalam Islam? Baiklah, sekarang saya nak bagitahu semua yg ada di sini. Dalam keluarga tok usin ni ada anak dia yang suka main dengan bontot, yakni gay. Hati2 semua..."

Semua dalam masjid terkejut. Masing2 saling pandang memandang. Tok bingkas bangun.

" Celaka mu...dalam masjid buat fitnah..mana bukti dan saksi2 mu...mu tahu tak tuduh orang liwat dan berzina tu perlu kpd 4 org saksi yg adil? " Jerkah tok.

Natang mamat pun bangun. " Ada saya sebut nama sesiapa tok?" Ahli keluarga tok ramaikan? Tak sebut nama takpe kan? Halal kan? Kata natang mamat.

Para jemaah terus meleraikan kami yg hampir bergaduh. Tok terus beredar pantas ke bilik air untuk mencuci jubah yang terlekat kincit. 
 

Khamis, 5 November 2015

TOK USIN UG CEROI SIRI 3 - NATANG MAMAT FRUST TAK JADI BERTUNANG

KESIHAN NATANG MAMAT

Patut la tok perati byk hari si Natang Mamat tak muncul2 sakat tok. Tok dengar khabar dia tengah frust bercinta dan demam teruk kat rumah. Jiran2 dia cerita, Natang kulit gelap ni ada hati kat anak dara guru tok.

Ceritanya, Natang mamat ni datang lah bersama keluarga dia ke rumah guru tok untuk meminang anak gadis guru tok kat Rusila. Rombongan meminang dijemput masuk dan wakil pihak keluarga natang mamat pun mula berbicara.


" Tuan Guru Syeikh Almarangi, adapun kami adalah dari keluarga Natang Mamat. Adapun tujuan kami ke istana tuan guru adalah untuk meminang anak gadis tuan guru bernama Siti Fastokimah tu.". Kata wakil keluarga Natang mamat sambil menunjukkan cincin belah rotan.

Guru tok tersandar di tepi dinding sambil melayan wassap. " Mu tahu ke anak gadis ambe mboh ke tak mboh kat natang yg gelap macam biji tasbih tu?" Tanya guru tok sambil menjeling2 kat Natang mamat yg leka main wassap juga.

Wakil keluarga Natang mamat menjawab, " Mereka saling suka menyukai. Kalau tuan tak percaya, cuba tanya Siti Fastokimah sendiri".

Guru tok tenang. " Gini lah. Walaupung mereka saling suka menyukai, Ambe punya keputusang adalah "Berkecuali".

Kami semua terperanjat. " Habis tu, guane tuan guru? Setuju atau tidak Natang Mamat dikahwinkan dengan anak gadis tuan guru?" Wakil kami minta kepastian.

" Mu pahang tak ambe kata? Ambe berkecuali.". Jerkah guru tok.

Rombongan kami pun tak mahu buat kecuh. Kami pulang ke rumah dgn rasa sedih. Natang mamat terus masuk bilik dan demam sampai sekarang.

Gitu le ceritanya yg tok dengar.
 

Rabu, 4 November 2015

DEBAT ISU 1MDB - JIKA TONY DAN ARUL DILARANG, GANTI SAJA NAJIB - RAFIZI

TONY Phua khabarnya tidak boleh berdebat dengan Arul dalam isu 1 MDB atas alasan Tony berada dlm PAC. Pakatan Harapan (PH) pun bercadang mahu mengganti Tony dengan tokoh lain, mungkin Rafizi Ramli agaknya.

Tiba-tiba diberitahu pula, Arul Kanda pun tidak boleh berdebat sebab dia salah seorang saksi dalam kes 1MDB. Habis tu, takkan nak letak Nik Abduh berdebat dgn Ustaz Mokhtar Senik?

Untuk lebih lojik, elok rasanya Najib berdebat dengan Rafizi. Amacam? Oopss...najib pun terlibat kan? Habis tu? Nak berdebat dgn rosmah? Tuan penasihat ada cadangan tak?

Isnin, 2 November 2015

CERITERA TOK USIN UG CEROI LAGI....

Tok bukanlah yg terbaik. Yg terbaik tu guru tok, dia tak pernah silap. Dulu dia bikin amanat dia utk mnyatakan kita tak perlu masuk yahudi kafir tetapi kita boleh jadi kafir bila kita menyokong perlembagaan penjajah. Dulu guru tok ajar kita, kita menentang amno bukan kerana dia Amno, tetapi kita menentang Amno kerana Amno mengekalkan perlembagaan kafir. Itu dulu.

Sekarang...

Guru tok tetap benar tiada yg tidak benar melainkan benar2 belaka.
Sekarang amanat guru tok tetap sama cuma ada 'modified' sikit kerana ada wahyu baru semenjak ketiadaan Almarhum tok guru Nik Aziz.

Amanat sekarang, kita tak perlu bersama Dap dan Amanah untuk menjadi kafir tetapi kita tetap Islam jika kita menyanjung Amno dan bekerjasama dengan mereka kerana Perlembagaan sekarang bukan lagi perlembagaan penjajah, perlembagaan sekarang adalah perlembagaan Madinah yakni Perlembagaan Islam. Kita menentang Dap dan Amanah bukan kerana dia Dap atau Amanah, tetapi kerana kita tak dapat menumpang kekayaan dengan mereka. Kita bersama Pkr bukan kerana Pkr itu menyokong Hudud, tetapi kita dapat menumpang jawatan Exco dan memegang jawatan dalam GLC di Selangor. Sesungguhnya, tiadalah kafir si Din Ayam itu kerana dia menjadi kaya raya di dalam Perangsang di Selangor.
 
Sumber:  FB Tok Usin UG Return

Jumaat, 30 Oktober 2015

TIDAK SALAH JIKA DAP PUN MAHU UJI PENGARUH DI KAWASAN PAS

SEBELUM ini kita diberitahu Pas mengugut akan bertanding di banyak Kerusi Dap untuk membuktikan bahawa parti itu boleh mendapatkan sokongan masyarakat kaum Cina.  Bahkan parti tersebut turut berhajat untuk bertanding di banyak Kerusi di Sabah dan Sarawak.  Itu hak parti tersebut, apatah lagi Pas masih belum berada di dalam Pakatan Harapan.

Apabila yang terkini Dap pula menyatakan bersedia untuk bertanding di 8 Kerusi Pas di Selangor, apakah itu pelik?  Kalau Pas terlebih dahulu bercita-cita untuk menguji pengaruhnya di kawasan Dap, tentulah adil jika Dap juga berhajat untuk menguji pengaruhnya di kawasan Pas.  Mengapa YB Dr Rani merasa gelisah?

Bijakkah masing-masing bersikap demikian?  Aku rasa tidak bijak sekiranya kita bercita-cita untuk berdepan dengan musuh yang satu iaitu Umno/Bn.  Kecuali jika kita merasa kita perlu bekerjasama dengan Umno/Bn untuk memberikan kemenangan mudah kepada rejim ini melalui perpecahan undi kita.  Sebab itulah betapa pentingnya wujud Pakatan Harapan yang mengharapkan semua parti yang tidak setuju dengan Umno/Bn itu bergabung dan berpakat.  Jika ini gagal difahami, maka tiada pilihan lain.

Seandainya Pas tidak bersedia untuk bersama PH, maka memang menjadi hak Pas untuk bertanding di mana-mana Kerusi, begitu juga dengan Dap.  Itu pilihan mereka.

KISAH MP - TOK USIN UG CEROI PUNYA CERITERA

 
ALAHAI TONTOWI....JATUH KEMALUANG GURU TOK CAMNI..

Tok dengar sidang Parlimen sebentar tadi. Lebih kurang jam 11.20 pagi, sampai kpd soalan no.7 kalau tak silap tentang Institusi kewangan asing (wakil Bintulu),

Maka MP Temerloh pun bangun mencelah untuk menunjukkan dia tak tidur dalam Parlimen. MP Temerloh timbulkan masalah dengan isu pekerja2 asing dan sumbernya beliau petik dari Bernama.

Speaker pun jawab, " YB...soalan tu tiada kaitan dengan Menteri...sekarang tajuk dia "Istitusi kewangan Asing". Ada beza "kewangan asing" dengan "pekerja asing".

MP Temerloh tiba2 bertukar hijau wajahnya tok tengok. Pastu pandang kiri kanan sambil sengeh2....

Tok rasa nak berguling ketawa...tapi bila terbayangkan siku dan lutut temerloh, tok tahan je la ketawa sampai terkentut2 tok dibuatnya. Patut le natang mamat selalu sebut dia tak percaya parti tok boleh mentadbir negara...usahkan nak jawab soalan, tanya soalan pun dah tak tau...

Bagi tok, takpe.....asalkan jgn angkat plakad.
 
Sumber:  FB Tok Usin UG Ceroi

Khamis, 29 Oktober 2015

PAKATAN HARAPAN MESTI WUJUD DI SEMUA NEGERI

TUBUHKAN segera Pakatan Harapan (PH) di setiap negeri samada negeri yang diperintah oleh Pembangkang atau tidak, kecuali Kelantan yang diperintah oleh Pas.  P.Pinang yang KM nya adalah dari Dap manakala Selangor yang MB nya adalah dari KEADILAN memang patut menjadi kerajaan Pakatan Harapan sekarang ini.

P.Pinang telah pun istihar negeri itu adalah Negeri PH.  KM P.Pinang tahu hasrat PH itu sendiri yang serius dengan objektif penubuhan PH.  Selangor masih bermain tarik tali dengan Pas, sedangkan di Kelantan kita pun tidak kisah atas nama apa kerajaan Kelantan kerana Kelantan di kuasai majoritinya oleh Pas.  Selangor memiliki 15 Adun Dap dan 13 Adun KEADILAN serta 2 Adun dari Amanah yang mewakili PH.  Pas memiliki 13 Adun sahaja. 1 Adun lagi adalah Bebas.  Ertinya, majoriti Adun Pembangkang PH di Selangor sudah cukup untuk menggambarkan Selangor dikuasai oleh PH.  Lojiknya, Selangor mesti diistiharkan sebagai Negeri PH.

Dikhabarkan telah pun keluar surat arahan dari KEADILAN Pusat kepada semua negeri termasuk Selangor mengarahkan Pengerusi MPN setiap negeri segera merealisasikan PH di negeri masing-masing.  Sehubungan itu, adalah menjadi kewajipan Pengerusi-Pengerusi MPN melaksanakan arahan tersebut yang mana telah diputuskan di dalam mesyuarat tertinggi KEADILAN Pusat.  KEADILAN mesti menunjukkan disiplin yang tinggi di dalam hal ini sekiranya mereka mahu ahli-ahli mereka juga berdisiplin terhadap parti.

Mewujudkan PH bukan bererti memusuhi Pas kerana PH masih berpegang kepada kenyataannya sebelum ini bahawa pintu sentiasa terbuka kepada Pas dan PSM samada ingin turut serta bersama PH atau tidak.  Terbaru, Pas telah nyatakan bersedia untuk bekerjasama dengan Umno/Bn.  Atas apa jua alasan sekalipun, ertinya Pas lebih awal buat keputusan untuk partinya.  Mengapa PH masih lagi terhegeh-hegeh untuk menentukan pendirian di setiap negeri?

Melihat kepada perkembangan mutakhir ini, amat penting sekali semua negeri mewujudkan PH secara resmi.  Tiada guna kita mengharapkan kepada parti lain untuk bersama kita sedangkan mereka tegas dan pantas telah membuat keputusan dengan siapa mereka lebih berselera.

Rabu, 21 Oktober 2015

ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH, SERIUSKAH?

MAHKAMAH Persekutuan hari ini menolak usul yang difailkan oleh Gerakan untuk mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang didakwa bercanggah dengan Perlembagaan tetapi telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Mac lalu.

Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zaharah Ibrahim menolak permohonan itu atas alasan bahawa ketiga-tiga pemohon gagal untuk mendedahkan bagaimana undang-undang itu memberi kesan kepada mereka dan membuktikan sama ada mereka memang adalah beragama Islam.  "Saya sudah meneliti afidavit para pemohon dan tidak mendapati dalam afidavit, satu kenyataan bahawa hak mereka secara spesifik terjejas atau akan terjejas oleh undang-undang yang dicabar.  "Oleh itu, usul itu ditolak dengan tiada perintah tentang kos," katanya.
Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana hukum Islam ini tidak dipermainkan hatta di mahkamah sekalipun.  RUU berkenaan pastinya akan dibawa oleh Hj Hadi, Presiden Pas di dalam sidang Parlimen yang sedang berlangsung sekarang kerana tiada lagi halangan seperti yang beliau perkatakan sebelum ini.  Samada Speaker menerimanya untuk memasukkan RUU tersebut sebagai perkara utama atau tidak, itulah risiko yang terpaksa dihadapi apabila kita mengharapkan pihak yang tidak pernah berhajat kepada undang-undang Islam.
Seandainya dibahaskan juga, tidak mudah pula untuk melaksanakannya kerana kita tahu pendirian Umno, MCA, Gerakan atau Bn keseluruhannya terhadap hukum ini.  Bagi PH tentunya kita tetap berpegang kepada pendirian asal iaitu perjuangan kita melangkau dari yang ingin diperjuangkan oleh Pas.  Bagi PH, Islam itu syumul dan kebajikan serta keadilan Islam itu mestilah dipraktikkan agar menampakkan bahawa Islam bukan hanya sekadar ugama menghukum.
Tiada jalan lain untuk melaksanakan perintah Allah di dalam konsep bernegara selain dari menjatuhkan rejim terlebih dahulu.  Tidak masuk akal langsung jika kita mengharapkan rejim zalim untuk membantu kita melaksanakan hukum Allah sedangkan rejim berkenaan berterusan melanggar hukum Allah.  Tidak sedikit pun menampakkan rejim yang ada ini menunjukkan sikap ingin berubah. 
Tumpuan sekarang mestilah kepada usaha untuk menjatuhkan rejim melalui sistem yang sah di negara ini.  Rakyat sedang menderita untuk hidup di negara ini dengan berbagai masalah yang dihadapi.  Ekonomi semakin hancur, rakyat semakin susah dengan kos sara hidup yang tinggi.  Wajib kita ambil-alih kerajaan yang menyusahkan seperti ini.  Menang di Putrajaya dengan nawaitu untuk melakukan kebaikan serta melaksanakan kebajikan kepada rakyat, itulah kemenangan yang Allah redhai.  Kita mahu menang dengan redha Allah. 

Isnin, 19 Oktober 2015

JELAJAH PAKATAN HARAPAN MENERUSKAN HARAPAN RAKYAT


TERUS mara.  Itulah Pakatan Harapan (PH) terdiri dari KEADILAN, Dap dan Amanah, satu gabungan Pembangkang yang tidak pernah undur dari perjuangan menentang rejim.  Bersama Amanah, satu parti yang baru diwujudkan bagi mengambil tempat Pas yang masih belum bersedia untuk bersama gerakan ini.

Meskipun PH akan meneruskan kemaraan, namun Pas dan mana-mana parti yang ingin bersama merasai pahit maung perjuangan ini akan tetap dinantikan.  Hidup mesti diteruskan.  Jelajah PH telah pun bermula di Johor baru-baru ini.  Sambutannya amat menggalakkan.  PH bukan mensasarkan satu-satu golongan kaum atau agama sahaja.  PH adalah parti yang didokong oleh semua rakyat Malaysia yang mahu menamatkan rejim yang memerintah sekarang.  Amat malang sekali jika ada mana-mana pihak yang tidak mahu melibatkan diri bersama gerakan ini atau memilih jalan mudah, selesa atau memikirkan kepentingan masing-masing semata.

Awal November ini, Jelajah PH akan sampai ke bumi Tok Gajah, Pahang.  Lokasi pilihan PH di Pahang adalah di Temerloh.  Tarikh dan lokasi sebenar akan dimaklumkan kemudian.  Di dalam sejarah Jelajah Merdeka Rakyat sebelum PRU13 yang lalu, sambutan rakyat di Pahang kepada Pakatan Rakyat (PR) waktu itu tidak mengecewakan.  Apakah kali ini PH akan terus diyakini oleh rakyat Pahang bagi meneruskan perjuangan mereka?

WAKIL AMANAH PATUT DIBERI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB DI NEGERI

APABILA tertubuhnya Pakatan Harapan (PH) di peringkat Pusat hasil perbincangan Meja Bulat yang lalu, maka mahu tidak mahu ianya mestilah direalisasikan di semua peringkat.  Merealisasikan PH bukan membawa maksud 'membuang' Pas kerana keputusan PH setakat hari ini adalah PH masih terbuka untuk menerima Pas dan PSM atau mana-mana pihak yang ingin bersama PH.


Merealisasikan PH adalah membawa kesemua yang berada di dalam PH berganding bahu di setiap negeri.  Langkah pertama telah pun bermula di mana program Jelajah PH kini sedang bergerak dari satu negeri ke satu negeri.  Tentunya belum mencukupi, PH haruslah direalisasikan melalui pentadbiran di negeri-negeri yang kita kuasai seperti di Selangor dan P.Pinang.

Seperti yang disebutkan awal tadi, bukan bererti PH membuang kesemua penglibatan Pas di semua negeri berkenaan.  Wakil Pas boleh terus berada bersama selagi PH masih membuka pintu atau Pas masih belum berani buat keputusan untuk keluar dari bekerjasama.

Apa yang perlu dilakukan sekarang adalah melibatkan wakil Amanah, salah satu parti utama yang berada di dalam PH untuk berganding bahu di bawah kerajaan negeri yang kita kuasai.  Tentulah tidak adil jika Amanah tidak diberi tanggungjawab bersama mengurus dan mentadbir negeri.  Di Selangor, terdapat dua Adun dari Amanah yang boleh diambil untuk diberi tugas dan tanggungjawab bersama.  Wakil dari parti tersebut juga haruslah diserap ke dalam mana-mana syarikat GLC di Selangor dan juga dilantik di dalam Ahli Majlis.  Begitu juga hendaknya di P.Pinang yang dikatakan telah mula mengorak langkah tersebut.

Menyerapkan wakil Amanah tanpa menolak wakil Pas adalah salah satu kaedah terbaik bagi menunjukkan keadilan di dalam PH.  Semoga cara ini dapat direalisasikan secepat mungkin.

Rabu, 14 Oktober 2015

KEADILAN PERLU JAUHKAN DIRI DARI PERKASA, ELAKKAN DIRI DARI MENJADI BODOH

PERKASA hakikatnya telah lama ditolak oleh rakyat, bukan sahaja dari kaum Melayu tetapi ditolak secara total oleh bukan Melayu.  Bila sebut Perkasa, terbayang kepada mereka 'rasis' yang terlampau.  Ini yang dirasai oleh kaum bukan Melayu, terutamanya kaum Cina.

Bagi kaum Melayu pula, jika mereka rasa mereka sayang sangat kepada Melayu, Perkasa bukan tempatnya.  Mereka ada Umno. Sejarah Umno dulunya tidak menjadi musuh kepada mana-mana kaum.  Sekarang ini kaum bukan Melayu tidak lagi yakin dengan Umno bukan kerana kaum Melayu tetapi Umno mentadbir negara selaku tunjang Kerajaan Bn sekarang mentadbir dengan secara amat tidak telus.  Sikap Umno yang memelihara kroni itu menjadi puncanya.

KEADILAN sudah lama menjauhkan diri dari Perkasa.  Kita melihat Perkasa hanya sebagai ejen Umno untuk menjatuhkan KEADILAN terutamanya kerana Umno paling takut dengan KEADILAN berbanding parti Pembangkang yang lain.  Sebab itu tidak mustahil apa jua program KEADILAN terutamanya program ceramah yang dihadiri oleh DS Anwar Ibrahim malahan oleh anaknya Nurul Izzah pun sering cuba diganggu oleh Perkasa.  Begitu juga program Pas, contohnya program Mat Sabu di Rembau dulu cuba digempur oleh puak-puak ini.  

Usah bicara tentang perangai Presiden Perkasa, Ibrahim Ali.  Almarhum Tok Guru Nik Aziz pernah bersangka baik kepada raja katak ini dengan meletakkan beliau sebagai calon Parlimen Pasir Mas dengan menggunakan logo Pas.  Apabila beliau menang saja, Ibrahim Ali lupa segala-galanya.  Beliau rasa beliau dipilih oleh pengundi di Pasir Mas atas kehebatan dirinya.  Ibrahim Ali dicop pengkhianat oleh Almarhum Tok Guru.  Bahkan, sehingga Almarhum Tok Guru baru saja disemadikan, Ibrahim Ali terus merendah-rendahkan keperibadian Almarhum.  Statusnya di dalam FB yang menghina Almarhum Tok Guru selepas kematiannya mendapat cemuhan dari orang ramai sehingga memaksa beliau membuang status tersebut.  Sehingga kini Ibrahim tidak pernah memohon maaf kepada waris Almarhum Tok Guru.  Itulah Ibrahim Ali.

Sehubungan itu, KEADILAN seharusnya menjauhkan diri dari Perkasa.  Kata-kata fitnah jijik Ibrahim Ali terhadap DS Anwar Ibrahim masih kita ingat.  Beliau mengeji DS Anwar Ibrahim bahkan beliau orang paling kuat berdoa dan bersyukur apabila DS Anwar dipenjarakan semula.  Seandainya KEADILAN lupa akan semua ini dan cuba untuk berpeluk mesra dengan Perkasa, itulah sejarah KEADILAN yang paling bodoh. 


Isnin, 12 Oktober 2015

PAS DAN PSM DITAWAR UNTUK SERTAI RAKYAT MARHAEN MELAWAN REJIM

MPP KEADILAN telah pun bermesyuarat petang semalam dengan mengekalkan 'Status Quo' yang diputuskan oleh Pakatan Harapan (PH) iaitu gabungan PH terdiri dari KEADILAN, Dap dan Amanah di samping masih terbuka untuk Pas dan PSM menyertai gabungan ini.

Bezanya, di dalam rundingan Meja Bulat baru-baru ini nama PSM seolah-olah tidak disebut secara khusus, tetapi MPP petang semalam menyebutnya secara khusus iaitu mempelawa Pas dan PSM bersama.  Itu keputusan MPP petang semalam.  Sebelum ini, PH pun tidak menyekat Pas dan mana-mana parti politik untuk menyertai PH asalkan sanggup terima terma yang dipersetujui bersama di dalam PH.  

Parti yang dikatakan paling 'bermusuh' dengan Pas iaitu Dap dan kemudiannya Amanah yang dianggap pengkhianat oleh Pas, masing-masing berfikiran terbuka untuk menerima kehadiran Pas di dalam PH.  Malangnya, sehingga kini Pas belum menunjukkan minat untuk bersama PH.  Pas lebih berminat untuk bekerjasama dengan KEADILAN, itu pun di dalam konteks Selangor yang nampaknya lebih jelas.  Kita sedia maklum, Selangor di bawah Azmin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN yang mempunyai hak untuk membentuk kabinet Kerajaan Negeri Selangor sudah tentulah banyak memberi keuntungan kepada Pas sekiranya Pas kekal bekerjasama dengan kerajaan negeri yang ada sekarang.

Keputusan MPP petang semalam menunjukkan bahawa usaha-usaha yang dibawa oleh Kak Wan selaku Presiden KEADILAN dan disokong kuat oleh Rafizi selaku SUA KEADILAN dan Saifuddin Nasution untuk mengekalkan PH sebagai pengganti Pakatan Rakyat (PR) telah berjaya.  Khabar-khabar angin yang menyebut PH akan dibantutkan perjalanannya melalui mesyuarat MPP petang semalam ternyata tidak benar.  Jika ada pun sekelumit idea untuk berbuat demikian, pastinya akan ditolak majoriti di dalam MPP kerana masing-masing faham betapa pentingnya PH itu wujud sekarang ini.

Aku telah menulis sebelum ini tentang kekhuatiran terhentinya PH sekiranya ada yang mahu korbankan PH hanya kerana Pas.  Ternyata kekhuatiran aku tersasar.  Apakah kita boleh berpuashati dengan keputusan MPP semalam?  Jika tanya aku, aku merasa lega kerana PH terus dipertahankan, Kak Wan terus dapat sokongan dan tiada yang 'terkorban' hanya kerana pertahankan PH.  Itu yang utama yang pada aku amat berjaya.  Jika puak-puak yang ingin melihat PH gagal, ternyata mereka kecewa semalam.

KEADILAN telah 'upgrade' semula pelawaan kepada Pas dan PSM.  Ertinya, tiada lagi tuduhan yang boleh menyatakan mengapa Pas dan PSM tidak dijemput.  Sekarang, bola di kaki Pas dan PSM.  Aku rasa PH tetap berlapang dada jika akhirnya Pas menyedari bahawa terlalu banyak masa terbuang untuk bersengketa sesama sendiri berbanding dengan melawan rejim.  Pas harus terima hakikat bahawa ada agenda yang lebih aula berbanding agenda lain, iaitu jatuhkan rejim dan bina satu kerajaan yang lebih baik dari yang ada.  



Ahad, 11 Oktober 2015

MESYUARAT MPP MALAM INI - USAH BICARA SOAL PERJUANGAN JIKA TAKUT HADAPI RISIKO!!

BENARKAH Parti KEADILAN kini telah mula dipermainkan oleh Pas?  Apakah mesyuarat khas MPP malam ini adalah salah satu dari tanda bahawa KEADILAN sanggup berbuat apa saja demi mengikut kehendak Pas?  Oleh kerana Pas tiada di dalam gabungan Pakatan Harapan (PH), maka KEADILAN terpaksa membuat petisyen untuk menentukan KEADILAN menanti Pas?

Jika benar, aku tidak faham mengapa petisyen perlu dibuat hanya kerana PH tidak menyenaraikan Pas sedangkan semua tahu KEADILAN, Dap dan Amanah bersedia untuk menerima Pas bersama di dalam satu gabungan, namun Pas memilih untuk mencipta berbagai alasan agar parti itu tidak dikotori dengan 'najis' Dap dan Amanah.  Bagi Pas, hanya KEADILAN sahaja yang 'suci bersih' yang boleh mereka buat kawan walaupun sebelum ini bermacam-macam mereka perkatakan tentang Keadian.  Kita tahu layanan Presiden Pas terhadap Anwar.  Kita juga tahu apa Presiden Pas katakan terhadap Kak Wan selaku Presiden KEADILAN.  Semua tahu kisah fitnah edar pil kuda yang dilakukan oleh Presiden Pas terhadap calon-calon KEADILAN, cuma nama tidak disebut kerana takut disaman dan juga kerana tiada bukti atau saksi.  

Apa pun yang Presiden Pas atau beberapa pimpinan wala perkatakan kepada KEADILAN, Dap dan Amanah, namun demi rakyat dan negara ini kita masih bersedia untuk terima Pas.  Maka, tawaran menyertai PH dibuat juga kepada Pas.  Oleh kerana Pas merasakan partinya kuat bersendirian sepertimana yang sering pimpinan mereka laungkan, maka Pas tidak mahu terlibat di dalam PH.   Tetapi, mengapa Pas di Selangor membisu?  

Adakah Pas di Selangor sudah hilang 'wala'nya terhadap kata-kata Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat, Dr Mahfodz yang ada menyebut Pas akan tarik diri dari bekerjasama dengan KEADILAN termasuk di Selangor?  Apakah kita lupa amaran dari Pas sebelum ini bahawa jika KEADILAN berkawan dengan Amanah, maka Pas akan putuskan hubungan dengan KEADILAN di Selangor?  Mengapa Pas masih lagi buat selamba di Selangor?  Sewajarnya sebuah parti Islam sikap istiqomah mesti ada dengan sebarang tindakan dan kata-kata.  Apakah kerana KEADILAN menjadi MB Selangor maka menyebabkan beberapa pimpinan Pas di Selangor yang duduk di kerusi empuk Exco dan memegang jawatan di dalam GLC Selangor hilang 'Wala'nya?   Bayangkan jika bukan dari KEADILAN kerusi MB Selangor, adakah anda yakin Pas akan menunggu seperti sekarang?

Kepada KEADILAN, kita telah cari jalan sebaiknya iaitu menjadikan semua sebagai kawan atas asas melawan rejim itu lebih utama.  Tetapi di dalam berkawan, kita tidak boleh memaksa orang lain untuk bersama kita.  Kita patut boleh membaca kawan-kawan yang mana ikhlas berkawan dengan kita kerana hanya "tentera-tentera" yang ikhlas, jujur dan istiqomah melawan rejim sahaja yang boleh menjatuhkan rejim ini.  Kita tidak perlu bergaduh sesama kita hanya kerana ingin membela orang yang tidak pernah suka kepada kita sebenarnya.

Keputusan Mesyuarat MPP malam ini aku yakin, KEADILAN sudah matang membuat keputusan.  KEADILAN mesti berani buat keputusan demi rakyat.  USAH BICARA SOAL PERJUANGAN JIKA TAKUT HADAPI RISIKO.




Jumaat, 9 Oktober 2015

DEMI RAKYAT, KEMBALIKAN SEMULA SEMANGAT BARU PAKATAN DENGAN MENERIMA ADIK BONGSU BARU "AMANAH"

SERING kita mendengar persoalan dari beberapa pimpinan Pas bahawa sekiranya Amanah bertanding di dalam PRU 14 akan datang, parti yang dibidani oleh Mat Sabu itu mahu bertanding di kawasan mana?

Pas sudah beri amaran awal-awal bahawa parti itu tidak akan memberikan Kerusi kepada Amanah, bahkan parti itu bersedia pula untuk bertanding di Kerusi Dap.  Ertinya, Pas mahu cari Kerusi sebanyak mungkin maka mana lojik Pas mahu "sedekah" Kerusi kepada musuhnya, Amanah?  Baru-baru ini pun, Ketua Dewan Ulamak Pas yang juga Pesuruhjaya Pas Johor, Dr Mahfodz berkata bahawa Pas bersedia untuk bertanding di semua Kerusi di Johor.  Adakah Kerusi KEADILAN juga akan dilibatkan?  Terpulang.

Kita semua tahu, Presiden Amanah, Mat Sabu berulangkali menyebut bahawa Amanah tidak fokus Kerusi bertanding buat masa ini.  Amanah kini sedang mempersiapkan jentera dan bala tenteranya untuk menyerang rejim bersama Pakatan Harapan.  Menyerang rejim tidak semestinya masuk bertanding di dalam Pilihanraya.  Sekiranya Amanah merasakan jenteranya sudah lengkap dengan bala tenteranya, waktu itu pastilah Amanah akan memikirkan strategi seterusnya termasuk kawasan-kawasan yang ingin ditandinginya.  Manakah kawasannya?  Itu pertanyaan Pas.

Itulah sebabnya Pakatan Harapan diwujudkan untuk menggabungkan semua parti Pembangkang yang merasakan rejim Umno/Bn wajib ditamatkan di dalam PRU 14 akan datang.  Malangnya, hanya KEADILAN, Dap dan Amanah sahaja yang sudi menawarkan diri di dalam gabungan pembangkang ini.  Melalui gabungan ini, tentulah ada cara dan kaedah dilakukan untuk menyusun pembahagian Kerusi sesama rakan sekutu.  Tapi, Pas tidak mahu dilibatkan dan hanya mengiktiraf KEADILAN sahaja sebagai rakannya, itu pun masih belum pasti jika kita melihat beberapa kenyataan beberapa pimpinan Pas sendiri.  Mursyidul Am Pas juga sering membayangkan Pas mungkin menarik diri dari bekerjasama dengan KEADILAN kerana parti yang diasaskan oleh DS Anwar ini berkawan dengan Dap dan Amanah.  Ketua Dewan Ulamak juga berfikiran sedemikian.  Ertinya, hubungan Pas dengan KEADILAN amat longgar.

Pas menyatakan jika Amanah bertanding di Kerusi Pas, ini bermakna Amanah sengaja memecahkan undi dan Amanah akan berikan kemenangan mudah kepada Umno/Bn.  Amanah ejen Umno/Bn, kata pimpinan Pas.  Amanah pula bertanya, Pas akan bertanding di Kerusi Dap dan Pas juga akan memecahkan undi para penyokong pembangkang, akhirnya tidakkah itu menguntungkan Bn?  Salahkah jika Amanah turut mendakwa Pas sebagai ejen Bn?   Nampaknya Pas selalu lupa apa yang parti itu buat tetapi selalu nampak bila orang lain buat.

Hakikatnya, ramai yang setuju Pakatan Harapan atau apa jua nama Pakatan itu sewajibnya dibarisi oleh KEADILAN, Pas, Dap dan Amanah bahkan jika perlu libatkan PSM sekali asalkan semuanya bertolak ansur atas beberapa perkara selagi ianya tidak menyalahi syarak.  Tidak bersetuju dengan pendekatan atau cara-cara melaksanakan Hudud itu tidak menyalahi Syarak.  Menolak secara total hukum tersebut itu jelas salah dan merosakkan akidah umat Islam.  Selagi ada jalan terbaik, sebaiknya eloklah berbincang dan berpakat.  

"Teknik bijak menjawab soalan peperiksaan, buatlah soalan yang mudah dahulu tetapi jangan tinggalkan semua soalan kerana semua soalan itu penting", pesan Guru Sekolah yang masih aku ingat.


Khamis, 8 Oktober 2015

NEGARA MENANTI PENGGANTI NAJIB , ANWAR 'COME BACK"

NAJIB tidak perlu lagi bertahan dengan kuasa.  Apabila sampai ke tahap institusi Raja pun sudah mula bersuara, tokoh-tokoh profesional, ahli-ahli perniagaan, apatah lagi tokoh-tokoh politik, dan paling jelas rakyat mahu Najib berundur, beliau tiada pilihan.  Samada Najib takut untuk bersara, beliau mesti turun dari pejabatnya di Putrajaya.

Rakyat tidak mempersoalkan sangat siapa akan menggantikannya, yang penting Najib kena turun.  Peluang telah diberikan kepadanya untuk menjadi PM yang paling tidak pun lebih baik sedikit dari Pak Lah.  Malangnya, Najib lebih teruk dari Pak Lah.  Negara merasa malu ada PM seperti Najib yang merupakan satu-satunya PM yang suka tabur wang tunai kepada rakyat melalui BRIM untuk mengatasi masalah rakyat.

Nama negara begitu tercemar di luar negara.  Tiada negara di luar sana yang tidak tahu isu 1 MDB atau wang RM 2.6 Bilion di dalam akaunnya.  Kisah pembunuhan Altantuya juga begitu hangat diperkatakan di dalam media-media asing.  Sehingga kini tiada siapa boleh menjawab bagaimana Sirul, salah seorang yang didapati bersalah terlibat di dalam pembunuhan Altantuya boleh berada di luar negara.  Siapa tahu, siapa yang arahkan Altantuya dibunuh dengan begitu kejam?  Tiada siapa yang tahu bahkan mahkamah juga tidak pernah diberitahu tentang itu.

Terlalu banyak yang boleh kita sebut sebagai bukti untuk menyatakan betapa pentingnya Najib turun dari takhta.  Jika kita benar-benar sayang kepada negara tercinta ini melebihi kasih sayang kita kepada Najib atau Rosmah, kita mesti bersedia untuk mendesak Najib dan Rosmah balik ke Pekan dan bersara.  Negara ini bukan ditentukan oleh rakyat atau ahli-ahli Umno di Pekan sahaja.  Jika Tun Mahathir yang terkenal dengan kezalimannya di penghujung pemerintahannya pun menyebut Najib zalim, adakah kita mahu katakan Najib adalah PM terbaik?

Siapa patut ganti Najib?  Jika ditanya kepada penyokong-penyokong Umno sekarang, sudah pasti masih ramai yang mahu Najib atas sebab-sebab ada kepentingan atau kejahilannya tentang berbagai isu di dalam negara ini.  Tidak kurang juga ada di antara mereka yang mahu Muhyiddin, mantan Timbalan Presiden Umno yang juga mantan TPM diangkat sebagai PM.  Bagi kami di dalam Pakatan Harapan, pilihan terbaik kami adalah DS Anwar Ibrahim dan kami yakin Anwar akan membuat 'come back'  secepat mungkin. 

Rabu, 7 Oktober 2015

LANGKAH AZMIN SONGSANG !!

TINDAKAN Azmin, MB Selangor yang menyebut Pakatan Harapan tiada kena mengena dengan Kerajaan Negeri Selangor satu perkataan yang bersifat seperti angkuh.  Apakah Azmin merasakan Pakatan Harapan itu tidak mendapat sokongan kuat dari akar umbi berbilang kaum dan fahaman politik?  Bukankah majoriti dari mereka ini menyokong terdirinya kerajaan Selangor kini di bawah Azmin?

Azmin bukan teruk sangat.  Azmin yang suka menjadikan dirinya teruk.  Kalau Azmin belum bersedia sekalipun untuk mengisiharkan Kerajaan Selangor sebagai Kerajaan Pakatan Harapan, sekurang-kurangnya dia tidak perlu berkata Pakatan Harapan itu tiada kaitan dengan Selangor.  Bayangkan, pada waktu pilihanraya nanti apabila kita berkempen, rakyat menjawab "kami tiada kaitan dengan kamu dan parti kamu".  Apa perasaan kita waktu itu?

Azmin tidak perlu menjadi MB yang mudah dicucuk hidung oleh kumpulan minoriti.  Kita bukan mahu Azmin menjadi pak angguk kepada sesiapa, kita cuma mahu setiap pemimpin mesti akur dengan disiplin berorganisasi dan mesti menghormati keputusan bersama.  Mengapa Kerajaan Negeri P.Pinang lebih berdisiplin di dalam hal ini?  


Selasa, 6 Oktober 2015

AZMIN JANGAN LENA SANGAT DENGAN MIMPI

APA pun yang berlaku, Pakatan Harapan (PH) mesti terus mara ke hadapan.  Pertemuan meja bulat melibatkan KEADILAN, Dap dan Amanah yang membuat keputusan ini.  Ini bukan keputusan KEADILAN saja, bahkan KEADILAN khabarnya mahu tiada pengumuman dibuat agar memberi sedikit masa buat Pas untuk bersedia menyertai pakatan baru itu nanti.

Bukan juga kehendak Dap bersendirian atau Amanah.  Semuanya berhujah di meja bulat, pro dan kontra, masing-masing membawa hujah mewakili parti masing-masing atau NGOs masing-masing.  Apabila kesemuanya telah memberikan pandangan, maka majoriti bersetuju untuk pakatan baru disegerakan agar ruang dan masa dapat dimanafatkan untuk memperkukuhkan pakatan yang baru ini.  Maka, lahirlah Pakatan Harapan yang terdiri dari KEADILAN, Dap dan Amanah, dalam masa yang sama pintu terus dibuka kepada semua yang mempunyai hasrat untuk menumbangkan rejim.  

Atas disiplin yang kuat, maka Dap pun terus mengumumkan P.Pinang adalah Kerajaan Pakatan Harapan.  Ini menunjukkan keikhlasan dan kejujuran Dap di dalam rundingan atau muafakat.  Bagaimana pula dengan Kerajaan Selangor?  Azmin, MB Selangor yang juga Timbalan Presiden hanya sekadar boleh komen 
" Pakatan Harapan tiada kaitan dengan Kerajaan Negeri Selangor".   Peribadi, aku malu KEADILAN gagal mendisplinkan diri.

Presiden kita selaku Ketua Pembangkang yang memanggil pertemuan meja bulat dan mengumumkan Pakatan Harapan, malangnya parti sendiri masih teraba-raba untuk menamakan negeri yang diperintahnya.  Jika rakyat bertanya, " Selangor di bawah kerajaan siapa?".  Apa yang Azmin selaku MB Selangor akan jawab?  Selangor di bawah "arwah' Pakatan Rakyat?  Jangan buat kerja bodohlah.

Kegagalan mengumumkan Selangor sebagai Kerajaan Pakatan Harapan amat mengecewakan rakyat yang tidak sabar-sabar untuk melihat Pakatan Harapan terus mara melawan musuh.  Kita di Selangor masih "mendodoikan" anak yang tidak mengaku kita warisnya.  Kita terpedaya dengan lakonan mereka kononnya amat menghormati kita.  Aku yakin jika Selangor bukan kita yang menjadi MB, kirim salam mereka ini untuk terus 'setia' dengan kita.  Buktinya, di dalam keadaan kita 'dodoikan' mereka pun, lihat saja tutur kata percakapan pimpinan-pimpinan mereka termasuk dari Dewan Ulamak bahkan media resmi mereka pun yang sering memburukkan parti dan pimpinan kita.

Azmin jangan terlalu lena tidor.  Mimpi indah kadangkala membawa maksud buruk.


Sabtu, 3 Oktober 2015

PENGIKTIRAFAN KEPADA AMANAH SUNTIK SEMANGAT BARU


TERLEBIH dahulu, Tahniah dan syabas !! 

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) meluluskan permohonan Pertubuhan Pekerja-Pekerja Malaysia untuk meminda undang-undangnya termasuk penukaran nama pertubuhan itu kepada Parti Amanah Negara (Amanah). Kelulusan yang diberikan ini antara lain merangkumi pindaan nama pertubuhan tersebut daripada Pertubuhan Pekerja-Pekerja Malaysia kepada Amanah, pertukaran alamat daftarnya serta pindaan perlembagaannya. 

Parti di bawah kepimpinan Mat Sabu ini adalah alternatif kepada Pas setelah berbagai kritikan telah melanda Pas sehinggalah parti tersebut berani melakukan 'islah' iaitu memutuskan hubungan dengan Dap, seterusnya lahirlah Amanah kerana masih ramai di dalam Pas yang merasakan Dap bukan musuh sebenar yang merosakkan negara tetapi musuh sebenar adalah Umno/Bn.  Maka, untuk menentang Umno/Bn, mereka perlu keluar dari Pas kerana tidak mahu terikut rentak menjadikan Dap sebagai musuh sebenar.

Sudah tentu hasrat Amanah ini disokong oleh mana-mana parti atau NGO yang juga menjadikan Umno/Bn sebagai musuh.  Hanya pihak yang menganggap Umno tidak sejahat Firaun sahaja menganggap Amanah itu pengkhianat.  Maka, KEADILAN sudah pastinya menerima Amanah secara terbuka, begitu juga Dap.  Bezanya, KEADILAN sentiasa dengan 'husnuz zon"nya masih harap Pas akan bersama di dalam satu "bala tentera' untuk menentang rejim. 

Kini, terpulang pada Pas samada ingin mengiktiraf Dap dan Amanah sebagai musuh Nombor Wahid atau rejim Umno/Bn.  Sebaiknya tiada paksaan atau sikap melutut kepada sesiapa kerana setiap perjuangan itu mestilah ikhlas.

Semoga Amanah terus bersama di dalam jentera kita bersama untuk mara ke hadapan menentang musuh.  Selamat berjaya, Amanah.


Jumaat, 2 Oktober 2015

BERDISKUSI, DIALOG BERSAMA USTAZ WAN JI DI INDERA MAHKOTA, KUANTAN MALAM INI


MALAM ini (Jumaat - 02/10/15) mari semua terutama anak-anak muda untuk kita berdiskusi, berdailog dan beramah mesra dengan Ustaz Wan Ji, bertempat di Restoren Sari Idaman, bersebelahan Kolej Shahputra, Indera Mahkota, Kuantan mulai jam 09.00 malam.

Program ini adalah anjuran Pemuda AMANAH Kuantan bersama AMK Indera Mahkota, Kuantan.


Khamis, 1 Oktober 2015

PAKATAN HARAPAN - JIKA TIDAK BERANI REALISASIKAN, BAIK BATALKAN SAJA

BARU-baru ini AMK dan Wanita KEADILAN P.Pinang mengeluarkan kenyataan untuk mendesak semua ahli Pas yang memegang jawatan di dalam Kerajaan Negeri P.Pinang untuk melepaskan jawatan atau tidak dilantik semula selepas tamat tempoh kontrak mereka.  Bagaimana pun, Presiden KEADILAN, DS Wan Azizah menyatakan itu bukan keputusan resmi parti.

Salahkah pendirian yang diambil oleh AMK dan Wanita P.Pinang tersebut?  Semua maklum bahawa Kerajaan Negeri telah mengistiharkan bahawa Kerajaan Negeri P.Pinang kini adalah Kerajaan Pakatan Harapan iaitu kerajaan bersama di antara KEADILAN, Dap dan Amanah.  Pas memilih untuk tidak mahu sertai pakatan tersebut.  Pas hanya selesa dengan KEADILAN di Selangor kononnya masih wujud Pakatan Rakyat di Selangor.  Kita faham sebab musabab mengapa Pas pertahankan sangat di Selangor walaupun Ketua Dewan Ulamak Pas, Dr Mahfodz menyebut Pas mungkin akan keluar dari Kerajaan Selangor.  

Berbalik di P.Pinang.  Apabila terbentuknya Kerajaan Pakatan Harapan di negeri tersebut maka lojiklah AMK dan Wanita KEADILAN memohon agar Pas menarik diri atau tidak dipilih lagi.  Keputusan dari KEADILAN Pusat memang tiada sebab itulah Azmin masih bertahan dengan Pas di Selangor.  Namun, jangan lupa perjumpaan meja bulat yang mengesahkan kewujudan Pakatan Harapan itu, bukan KEADILAN yang buat keputusan sendirian tetapi dibuat oleh tiga parti iaitu KEADILAN, Dap dan Amanah serta disokong kuat oleh beberapa Ngo.  Ini bererti apa yang dilakukan oleh Lim Guan Eng, KM P.Pinang mengumumkan P.Pinang adalah negeri Pakatan Harapan amat wajar sejajar dengan keputusan Meja Bulat itu.  AMK dan Wanita P.Pinang hanya mahu Pakatan Harapan itu direalisasikan di P.Pinang, itu saja.  Jika tidak, usah kita war-warkan Pakatan Harapan jika kita takut untuk merealisasikan.

Aku masih yakin di Selangor akan berubah juga dengan Kerajaan Pakatan Harapan.  Kecuali, kita fikirkan kembali bahawa Pakatan Harapan ini tidak baik untuk rakyat maka sila batalkan Pakatan Harapan.  Tidak perlu ada Pakatan Harapan kalau sekadar di mulut tetapi tidak melekat di dalam jiwa dan hati.  "Jika takut kepada ombak, jangan berumah di tepi pantai".  "Usah bicara soal Perjuangan jika takut kepada Risiko". 

Rabu, 30 September 2015

TENTANG KHUTBAH BERUNSUR FITNAH DAN CETUS UNSUR PERKAUMAN

BARU-baru ini kecuh isu Khutbah Hari Raya Aidil Adha di seluruh Negeri Pahang yang dikeluarkan JAIP mengandungi unsur-unsur perkauman, sentimen keagamaan berupa fitnah dahsyat terhadap Dap.  Meskipun nama Umno, PKR, Pas dan Amanah disebut, namun Dap disebut dengan jelas sebagai parti anti Islam.

Masyarakat yang bijak mesti tertanya-tanya apakah hanya Dap sahaja yang kononnya anti Islam?  Bagaimana dengan MCA atau Gerakan?  Jika Dap dikatakan anti Islam hanya kerana tidak bersetuju dengan hukum Hudud, apakah MCA dan Gerakan bersetuju dengan Hudud?  Bahkan, Umno sendiri belum pernah bercita-cita untuk melaksanakan hukum Allah tersebut meskipun telah memegang tampuk kuasa melebihi 50 tahun.  Lupakah kita bahawa Umno melalui kuasa yang ada pada mereka pernah menghalang hukum Hudud dilaksanakan di Kelantan?  Tidakkah kita tahu Umno juga melalui kuasanya telah menggagalkan RUU Akta Syariah yang dibawa oleh Hj Hadi dari dibahaskan di Parlimen?  Bukan sekali Umno menunjukkan sikapnya seolah-olah tidak suka kepada hukum Islam.  Mengapa ini tidak langsung disentuh di dalam teks khutbah tersebut?

Tidak lain tidak bukan hanyalah kerana minda kita termasuk orang-orang yang memegang kuasa di institusi agama buta sejarah atau tidak mengambil tahu perkembangan politik tetapi mahu bercakap seperti orang politik.  Kalau lah Lim Guan Eng berkata, paling kurang pun peruntukan perkembangan syiar Islam di P.Pinang lebih jauh tinggi berbanding di Negeri Pahang, tentu malu kita di Pahang.  Itu belum lagi Lim Guan Eng kata, bumi P.Pinang tiada Pusat judi terbesar seperti di Genting.  Atau, Guan Eng cabar Tok Peti Pahang usulkan agar Pahang laksanakan hukum Hudud.  Guane gamaknya?

Pelik lagi ajaib, PJ Pas Perak, Razman Kastam pun sokong teks khutbah berunsur fitnah tersebut.  Beliau tidak baca pun teks berkenaan tapi terus menyokong buta.  Begitukah contoh akhlak Islam yang mahu kita tunjukkan kepada Non Muslim?  Razman lupa, mimbar masjid pernah digunakan untuk memburuk-burukkan Pas sebelum ini.  Itu dulu, mungkin tidak lagi sekarang.  Sebab apa?  


Isnin, 28 September 2015

AZMIN TIDAK PERLU MENGAMBIL MASA TERLALU LAMA UNTUK MEMAHAMI KEHENDAK RAKYAT

MASIH ramai yang mahukan penjelasan tentang hubungan KEADILAN dan Pas setelah kewujudan Pakatan Harapan yang disertai oleh KEADILAN, Dap dan Amanah.  Pakatan terbaru ini ditolak awal-awal dan mentah-mentah oleh Pas dengan berbagai alasan.  Itu hak Pas dan kita mesti hormatinya,

Isunya sekarang, setelah P.Pinang serta merta mengistiharkan P.Pinang kini adalah Kerajaan Pakatan Harapan.  Itu bukti bahawa Dap amat serius dengan perbincangan dan berdisiplin dengan keputusan perbincangan.  Soalnya sekarang, bagaimana dengan Selangor?

Azmin, selaku MB Selangor kata Pakatan Harapan tiada kaitan dengan Selangor.  Ertinya, kewujudan Kerajaan Negeri Selangor berasingan dari muafakat politik terkini.  Azmin dan beberapa pimpinan Pas masih iktiraf Pakatan Rakyat yang asal, sedangkan kita tahu Pakatan Rakyat yang asal adalah terdiri dari KEADILAN, Pas dan Dap.  Apabila Pas mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan Dap, apakah Azmin masih mahu mengatakan Pakatan Rakyat masih berfungsi seperti asal?  Jika benar, mengapa kita terlalu bodoh sangat mewujudkan Pakatan Harapan?  

Azmin juga menyebut kerajaan Selangor yang ada sekarang akan dikekalkan sehingga PRU14 akan datang.  Itu aku setuju.  Tiada keperluan untuk menukar MB baru mahupun bubar Dun.  Apa yang dipersoalkan sekarang adakah Azmin mengiktiraf Pakatan Harapan atau tidak?  Jika iktiraf, apakah yang patut beliau lakukan?  Jika tidak iktiraf, nyatakan sahaja bahawa kamu tidak iktiraf dan kita di dalam Pakatan Harapan boleh melakukan sesuatu agar Pakatan Harapan ini berfungsi di Selangor juga.

Aku harap Azmin tidak lakukan kesilapan besar setelah di awal kemasukannya sebagai MB Selangor beliau dilihat mampu mengikut insiprasi rakyat berbagai kaum bukan sahaja melihat di kawasan beliau sahaja.  Pakatan Harapan bukan arahan Azizah, Rafizi, Saifudin, Mat Sabu, Kit Siang atau sesiapa.  Pakatan Harapan adalah pilihan semua di antara kita, kecuali Pas.  Usahlah melakukan sesuatu yang menyongsang dan membuatkan KEADILAN dilihat tidak jujur apabila berunding.  

Buat masa ini aku masih yakin Azmin belum terlambat.  Aku tidak boleh melihat setiap hari beliau dicemuh dan diperlekehkan hanya kerana untuk melayan kehendak pihak yang tidak mahu bersatu di dalam Pakatan Harapan.  Usah beri berbagai alasan atau strategi yang hanya seorang dua sahaja yang menentukan tetapi menolak strategi atau keputusan ramai.  

Bertindak segera sebelum terlambat.