RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 16 Disember 2009

Harussani condong bela Umno: PAS



SHAH ALAM - Pas mendakwa Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria lebih condong membela UMNO apabila menuduh pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mempersoalkan kedudukan Raja-Raja Melayu dan agama Islam.

Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad berkata, pemimpin PR tidak pernah menderhaka kepada raja-raja Melayu dan buktinya, Sultan Perak tidak pernah mengambil tindakan kepada PR walaupun pernah dituduh mempersoalkan tindakan baginda.

Menurutnya, Harussani juga gagal untuk memberikan pandangan hukum terhadap tragedi rampasan kuasa yang dilakukan oleh pemimpin UMNO di Perak, sebaliknya hanya bercakap mengenai kepentingan UMNO sahaja.

“Beliau hanya bersuara sebagai mufti Melayu-UMNO, bukan mufti Islam. Beliau juga condong kepada hukum perkauman apabila menyentuh isu perpaduan Melayu.

“Perlembagaan negara tidak pernah menghalang rakyat yang bukan Islam bertanyakan hak mereka atau menegur jika hak mereka disalahgunakan,” katanya.

Kelmarin, Harussani mendakwa tindakan beberapa pemimpin pembangkang yang mempersoalkan kedudukan raja-raja Melayu dan agama Islam yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan tidak akan berlaku sekiranya orang Melayu bersatu.

Idris berkata, rakyat Perak dan umat Islam di seluruh negara harus bersatu dalam konteks perjuangan Islam yang tidak pernah mengabaikan sebarang kaum dan hak penganut agama lain.

“Pas berharap agar beliau kembali menjalankan tugasnya dengan adil tanpa dipengaruhi oleh mana-mana parti politik,” katanya.

Sementara itu Harussani ketika dihubungi berkata, terpulang kepada Pas untuk menggelar dirinya sebagai mufti Melayu-UMNO kerana bertanggungjawab untuk menegur mana-mana pihak demi kebaikan dan tidak menyebelahi mana-mana parti politik.

“Jangan mempersoalkan tindakan raja-raja Melayu dan agama Islam kerana ini adalah tunggak Negara dan tindakan mereka ini sama seperti mahu menghancurkan bangsa sendiri hanya kerana kepentingan politik semata-mata.

“Saya sangat menekankan perpaduan Islam khususnya orang Melayu dan tidak mahu berlaku perpecahan hanya disebabkan perbezaan fahaman politik,” katanya.

Beliau berkata, tindakan pemimpin PR menyentuh isu sensitif sudah melampau dan beliau berhak menegur daripada membiarkan perkara itu terus berleluasa.

“Kita dapat melihat contoh yang berlaku di negara jiran apabila sentimen perkauman dibangkitkan dan akhirnya rakyat yang akan menderita. Jangan sampai perkara yang sama berlaku kepada Negara kita dan masih belum terlambat untuk mencegah perkara ini,” katanya./Sinar

2 ulasan:

  1. Semua orang sudah tahu, tak perlulah nak kelintong pasal perpaduan Melayu atau perpaduan Islam. Telah menjadi adat resam politik golongan ini, bila menjunam mulalah cerita pasal Melayu dan Islam, Tok Imam, Tok Kadi hatta Tok Mufti yang bersekongkol mulalah menjadi Tok Selampit membawa cerita dongeng penglipor lara.

    BalasPadam
  2. Mufti adalah orang yang bertanggung jawab ter
    hadap ugama dan hukum. Mufti yg beriman akan
    mengeluarkan hukum berpandukan Al-quran, bukan
    berpandukan kerabat atau kroni. Yang menjadi
    masaalahnya sekarang,Dato Harussani memegang
    jawatan Mufti Perak diatas perlantikan UMNO,
    maka setiap hukum atau kenyataan2nya mesti lah
    berpandukan selera UMNO. Jadi hendak tak nak,
    hukum hakam mesti diketepikan terlebih dahulu,
    yang penting pulussss...

    BalasPadam