RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 30 Mac 2010

Najib Gentar Hadapi Sidang Tergempar Parlimen

30 Mar 10

Dari TV Selangor

Keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengadakan sidang tergempar Parlimen bagi membincangkan tuntutan rakyat dan masyarakat antarabangsa terhadap pertuduhan konspirasi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, memang dijangka.

Ini mengesahkan ketakutan Najib dalam mendepani hujah Ahli Parlimen Pakatan Rakyat jika sidang tergempar itu menjadi realiti, sebaliknya Najib lebih rela bermuka-muka apabila berdepan pimpinan masyarakat antarabangsa.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang juga Naib Presiden PAS menyifatkan keengganan Najib itu menunjukkan Perdana Menteri itu sanggup berbuat apa sahaja untuk mengekalkan kuasa.

“Tetapi persepsi orang melihat ini konspirasi politik yang membabitkan dirinya sendiri. Membabitkan Najib sendiri. Dia sudah tentu la akan membuat penafian. Mana ada seorang pencuri mengaku pencuri?

“Dia akan bersumpah dengan nama Allah. Dengan menjunjung Quran di masjid dan sebagainya. Dia takkan mengaku,” katanya kepada TV Selangor.

Beliau menganggap sidang tergenpar itu sebagai perkara yang wajar kerana negara dilanda krisis kepercayaan baik masyarakat dalam negara mahupun antarabangsa.

“Jadi, sepatutnya ada satu sidang khas untuk membincangkan perkara ini. Ini bukan lagi perbicaraan yang berasaskan undang-undang tapi perbicaraan ini berasaskan kepada konspirasi politik.”

Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang yang mencadangkan sidang tergempar itu pula menyifatkan keengganan Najib itu, menyebabkan Parlimen Malaysia langsung tiada ketetapan dalam isu yang menarik perhatian dunia itu.

“Tapi kita semua tahu ini adalah satu isu politik. Sebab itu ia dapat penumpuan perhatian bukan sahaja rakyat malaysia tetapi masyarakat anatarabangsa,” kata Penasihat DAP itu.

4 ulasan:

  1. Di dlm Parlimen PR juga memerlukan pemimpin seperti beliau yg boleh berhadapan dgn sesiapa pun mengikut rentak lawan. Kalau semua pemimpin mcm Tuan Guru Nik Aziz, Umno akan buli PR di dlm Parlimen. Kadangkala kurang ajar itu baik utk berdepan dgn org kurang ajar. Sahabat Nabi sendiri ada jenis pemimpin seperti Saidina Ali yg lemah lembut, Nabi juga ada sahabat seperti Saidina Omar yg amat digeruni oleh musuh kerana garangnya...

    BalasPadam
  2. 'YES SIR'...'ALL RIGHT SIR'...'NO SIR'

    BalasPadam
  3. kalu ilmu agama si badrol ni da cukup for sure dia da lame sangkal fatwa2 nik aziz cam ape yg si haron din buat..

    BalasPadam
  4. no komen.....sapa pon org pr semua tak guna

    BalasPadam