RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Ahad, 7 November 2010

BLOGGER MAT KILAU KELUAR PKR ? KEPUTUSAN YANG BAIK, TETAPI....

Oleh: WFAUZDIN NS

SATU berita yang mengejutkan saya juga apabila mendapat maklumat dari blog rakan yang menyebut seorang Blogger PKR `Cucu Mat Kilau' mengumumkan keluar parti beberapa jam yang lalu. "Kali ini giliran bekas calon PKR Dun Kemayan, Bera, Pahang iaitu Saudara Mohd Shukri Jamaluddin, 39 telah umumkan keluar PKR dua jam yang lalu." (Petikan dari blog rakan)

Malas mahu ulas mengapa dan kenapa beliau mahu keluar dari parti yang beliau katakan banyak berjuang terhadap parti ini. Cuma, saya ingin tahu ke mana arahnya perjuangan beliau selepas ini. Adakah terus berjuang tanpa parti, ataupun berjuang di dalam sebuah lagi parti sekutu PKR iaitu PAS. Jika PAS pilihan beliauy, Alhamdulillah, kerana kita sebenarnya tidak kehilangan pejuang untuk menentang Umno/Bn.

Seandainya Blogger ini meninggalkan PKR yang dikatakan tidak lagi sejiwa dengan perjuangannya, dan beliau menyeberang pula kepada Umno, maka saya sudah dapat meneka mengapa Blogger berkenaan berpaling tadah. Saya yakin Blogger Cucu Mat Kilau tidak sebodoh itu untuk bersama Umno. Mungkinj pilihannya adalah PAS dan bagi saya pilihan beliau itu adalah lebih bijak. Zukri Aksah pun keluar dari PKR dan menyertai PAS cumanya Zukri Aksah masih berminat berkempen untuk Zaid di dalam PKR. Saya harap Blogger Cucu Mat Kilau tidak sedemikian.

Saya sentiasa mendoakan agar Blogger Cucu Mat Kilau masih istiqamah dengan perjuangan rakyat ini. Mungkin ada benarnya PKR kadangkala membuatkan kita rimas untuk memikirkan sejauh mana PKR boleh mendisiplinkan ahli-ahlinya. Sejauh mana PKR mampu untuk merealisasikan amalan semokrasi dan ketelusannya. Namun, secara jujurnya saya berpendapat di sebalik kelemahan yang ada di dalam PKR, parti ini masih boleh diharapkan dari parti bangsat yang berperangai APCO itu.

Semoga Blogger Cucu Mat Kilau yang saya hormati dan segani itu berjaya di dalam perjuangan barunya terutamanya di dalam PAS jika PAS menjadi pilihannya, InsyaAllah./wfauzdin.blogspot.com

5 ulasan:

  1. Salam!Aku setuju memang PKR sebuah Parti yang banyak masalah,ahli2nya adalah dari yang karat UMNO.Aku ingat apabila depa lompat masuk PKR depa jadi baik tapi lebih teruk.Terus terang aku katakan aku dari saat penubuhan PKR aku memang tak SETUJU.Betul apa yang CMK kata macam2 ada dalam PKR ni.Kalau macanm ni akhlak depa akan JAHANAMlah PKR.Untuk PR dengan kepimpinan DSAI jangan MIMPIlah nak kePUTRAJAYA.Fikir2 dan Renung2kanlah.Aku DOAkan agar CMK masuk dalam Parti Islam seMalaysia.Wsalam!

    BalasPadam
  2. Kalau nak ikut hukum alam "CEPAT NAIK, CEPAT TURUN". Umno tuduh pkr agen amerika. Kau org pulak tuduh aku agen umngok. Aku pulak tuduh kau org agen azmin. Eloklah tu... Cepat2lah mampos pkr yg tak boleh ditegur. Umno bangang, pkr bahlol. Sama je 2x5. Rakyat mcm aku jadi pening nak pilih siapa. Sudahnya, PEGI MAMPOS dgn kau org.

    BalasPadam
  3. Dulu aku sokong gak PKR ni...tp sejak kebelakangan ni, aku dah xsokong dah PKR dan hilang respek kat anwar,... PKR xubah seperti UMNO....baik PKR bergabung dgn UMNO la mcm ni.... Kita hentam org xpe,tp bila org tegur ckit dah melenting.... ak rs,lebih baik PAS bergerak sorang sendiri.... Lebih baik...

    -Sayang PAS....

    BalasPadam
  4. elok gak org yg dok kata PKR sama dn Umno tu keluar PKR dan sokong Umno. Nak heran apa. PKR mesti terus buktikan ia sbg sebuah parti yg lebih baik dari Umno. Pedulikan Blogger yg sengaja nk buat kecuh agar pemilihan pimpinan dpt ditentukan oleh mereka bukan oleh ahli. Tuduhan byk, bukti takde...itu kerja mereka yg mmg patut pun boleh keluar PKR...

    BalasPadam
  5. Nak keluar mcm mana dah aku bkn ahli mana2 parti pun. Aku sekadar penyokong pakatan rakyat yg diharap boleh ganti bn.Tapi kau org yg jadi ahli tu yg bodoh melantun2 sama mcm ahli umno. Sokong buta pd pemimpin wpun jahat, bodoh serta bahlol. Pemikiran rakyat dgn pemikiran ahli tak sama bro. Ahli kena walak wpun dibodohkan oleh pemimpin. Kau tgk ahli umno mcm mn dia org kena bodoh dgn pemimpin smp lebih setengah abad. Rakyat tak nak jadi bodoh mcm ahli parti terutama ahli yg menulis 13.36. Kau org nak mampos sama dgn pemimpin kau punya pasal. Kami rakyat tak nak mkeluar mulut buaya masuk mulut rimau. Pas pun kena jaga2 sb pemimpin dah mula sebut melayu, melayu, melayu. Dah serupa dgn umno je 2x5.

    BalasPadam