Oleh: WFAUZDIN NS
ZAID Ibrahim akan turun padang temui penyokongnya untuk menerangkan salah laku pemilihan di dalam PKR sekarang. Lebih besar lagi hajat beliau, pastinya untuk menggerakkan sokongan agar DS Anwar dan Azmin berundur dari PKR. Baca sini.
Diberitakan lokasi utamanya di Kedah. Kemungkinan akan menjelajah seluruh bumi Malaysia bukan untuk memperkuatkan parti tetapi untuk menjahanamkan parti. Pada saya istilah menjahanamkan parti itu sesuai bukan kerana Zaid tidak puas hati dengan pemilihan, tetapi apabila Zaid menggesa Ketua Umum dan Azmin undur diri dari parti. Itulah fasa pertama Zaid untuk menjahanamkan parti.
Saya tidak tolak kemungkinan Zaid akan menggunakan taktik yang beliau gunakan semasa berada di dalam Umno. Di dalam Umno dahulu, Zaid letak jawatan dalam kabinet kemudiannya buat hura hara di dalam Umno, seterusnya keluar dari Umno. Kini, taktik yang sama boleh kita baca yang bakal dilakukan oleh Zaid.
Saya tidak tahu berapa ramai yang akan terpedaya dengan `musang berbulu ayam' ini. Kalau dahulu DS Anwar menjelajah seluruh tanahair untuk memperjuangkan reformasi dan keadilan untuk rakyat sehingga parti ini berkembang dengan baik dan mampu menguasai banyak kerusi Parlimen, Zaid hadir untuk menjahanamkan semua yang kita bina bersama.
Sememangnya Zaid akan melakukan sesuatu yang memaksa parti `menghalau'nya keluar sepertimana yang dilakukan oleh Zul Kulim. Apabila ini berlaku, lebih mudah buat Zaid untuk memburukkan parti terutamanya DS Anwar. Kita berharap PKR makbulkan impian Zaid ini dan jika beliau terbukti merosakkan parti, tindakan tegas mesti diambil. Parti lebih penting dari makhluk perosak ini./wfauzdin.blogspot.com

ko tipu la wfauzdin..DSAI cakap punca keretakan PKR bermula dr utusan yg didalangi oleh UMNO. Ape pulak ko nak salahkan pejuang reformasi PKR?
BalasPadamko ni jgn lebih sudu dari kuah bro..
ini konspirasi jahat UMNO dan Konco2nye..
zaid pejuang reformasi?..akai ada ka?.
BalasPadamhampa ni ibarat penumpang yang dibagi naik bas pelancong ditengah jalan disebabkan bas yang hampa naik terdahulu tendang hampa keluak pasai buat bising dalam bas.
ketua rombongan bas ni dah atur mana tempat nak pi,tapi bila hampa naik saja bas ni,hampa pula nak guna idea hampa tempat mana nak pi.
padahal bas ni dah beroperasi lebih 10 tahun,kalau ada masaalah pun kecik saja.bila hampa naik,bukan setakat rosak,silap silap hampa bawa terjun bukit.
cepat buang penumpang ni, kalau lambat takut bas ni terbalik...
BalasPadamZaid nak buat roadshow utk menjahanamkan PKR...
BalasPadamMula terhidu Zaid ni umpama trojan horse yg dihantar oleh Be-End utk hancurkan Anwar dan PR...
PKR jgn berdiam diri, jika ternyata perangai bangangnya makin menjadi-jadi, singkirkan dia dari PKR, ikut dialah nak buat parti baru ke, parti lama ke, kita sama-samalah tengok...