RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 6 Februari 2013

RAKYAT SUDAH 'SET' DI KEPALA, BERITA DARI TV3 SUKU DAN UTUSAN ADALAH DARI LIDAH SYAITAN

SEKARANG, SET di dalam kepala otak kita, apa pun berlaku, apa pun mereka kata...kita beritahu mereka, "cukuplah kamu rejim Umno/Bn memerintah negara ini".  

Jelas sekarang mereka teramat panik dengan kebangkitan rakyat.  Bayangkan jika tiada media pencacai yang mereka kawal seperti TV3 suku dan Utusan Meloya, parti yang pernah bekerjasama dengan APCO itu sudah lama ghuyub.  Justeru itu, jangan pelik jika itu sahaja senjata yang mereka ada.  

Mereka mahu main isu apa?  Cuba kita semak semula apa isu-isu yang mereka cuba kemundangkan di telinga rakyat waktu mereka nazak ini.  Isu Hudud?  Semenjak bila Umno menyokong Hudud?  Semua tahu kebanyakan pemimpin Umno sejak merdeka lagi mereka adalah penentang atau penghina Hudud terkenal.  Kita tidak boleh lupa mereka berkata, "Hudud tidak sesuai dilaksanakan di zaman moden", Hudud ini Hudud PAS, bukan Hudud Islam", Jika mahu makan sup tangan, sila datang ke Kelantan", Jika laksana Hudud semakin ramai Umat Islam tidak bekerja kerana tangan dipotong" dan banyak lagi kenyataan-kenyataan yang tidak pernah di'hukum' oleh Majlis Fatwa sebagai apa jua 'Hukum' yang sepatutnya.  Benarkah Umno sokong Hudud?  Selama 50 tahun mereka perintah negara ini, cuba sebut apa tindakan Umno untuk menunjukkan mereka cuba untuk laksanakan Hudud?

Isu 'Kalimah Allah"?  Soalan pertama yang tidak pernah seorang pun di kalangan pemimpin Umno jawab terutamanya Menteri Dalam Negeri adalah "Siapakah yang berkuasa memberi lesen/permit/kebenaran membenarkan Kitab Bible diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu?".  Pemimpin PAS kah?  PKR atau DAP?  Siapa Menteri Dalam Negeri dan apa jawatan beliau di dalam Umno?  Mengapa mahu tuding jari kepada PAS, PKR dan DAP di dalam isu ini jika tidak kerana mahu bermain dengan sentimen agama?  Itu menunjukkan Umno tidak ikhlas untuk memperjuangkan Kalimah Allah.  

Isu air?  Mengapa setelah PR perintah Selangor isu ini timbul?  Timbul projek Langat 2, 3. 4 dan mungkin Langat 5?  Timbul Selangor tiada air sehingga sanggup mengadakan lakonan bodoh rakyat beratur mengambil air di Tanker?  Alasan bodoh lagi bebal oleh Menteri yang sebut kerana dasar PR berikan air percuma, maka krisis air berlaku.  Ertinya, bagi Umno jika dasar itu membantu rakyat maka akan hancurlah negara ini.  Negara akan selamat sejahtera jika dasarnya pemimpin dan kroni dibantu.  Najib berjanji di Kelantan mahu atasi masalah air jika Kelantan diserahkan kepada Umno/Bn.  Najib buat-buat lupa masalah air di Pekan, Pahang dan juga di kawasan kem-kem tentera di Parlimen Pekan tempat yang diwakilinya.  Jangan ingat rakyat sebodoh itu.

Rakyat sudah 'SET', berita TV3 Suku dan Utusan Meloya adalah lidah-lidah syaitan yang akan membantu syaitan yang dikenali.  Itu sahaja. 

3 ulasan:

  1. umno bak cerita anakku sazali....media (akhbar dan TV) patutnya dah lama tegur kesilapan umno supaya supaya kembali ke pangkal jalan. tapi apa yang berlaku.... umno ku... umno ku.... umno ku.... akhirnya, jadilah umno seperti umno hari ni....hu...hu...hu....

    BalasPadam
  2. mudahnya awak membodohkan orgggg wan''teringat crita askar suka tmbak monyet dolo...habis muka anak2 dia Allah bg muka monyet...

    BalasPadam