RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 30 Ogos 2013

ESOK (31 OGOS 2013) ANWAR DI KUANTAN DALAM MAJLIS HARI RAYA DAN MINUM PETANG

ESOK 31 Ogos 2013 (Sabtu), DS Anwar Ibrahim akan berada di Pahang bagi meraikan sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Aidil Fitri serta Program Ambang Merdeka bertempat di kediaman Ahli Parlimen Indera Mahkota yang juga Pengerusi KEADILAN Pahang, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman di Indera Mahkota 5, Kuantan.

Program bermula jam 4.00 petang itu akan diadakan secara sederhana kemudiannya diikuti pula oleh Majlis Hi-Tea bersama golongan muda dan profesional bertempat di Sri Manja Boutique Hotel, Bandar Indera Mahkota, Kuantan bermula jam 5.00 petang.



Kepada semua penduduk sekitar Kuiantan khususnya dijemput untuk bersama meraikan kedua-dua program berkenaan.  Radio KOBAT FM akan bersiaran secara LIVE dari kediaman YB Dato' Fauzi Abdul Rahman bermula jam 3.00 petang lagi sehingga majlis selesai. 


Khamis, 29 Ogos 2013

TERIMA KASIH MSO

TERIMA kasih buat penulis dan penganalisa politik, Sdr Mohd Sayuti Omar atau lebih dikenali sebagai MSO kerana menjadi salah seorang pendengar Radio KOBAT FM.  

Mohd Sayuti Omar (MSO)
Beliau ternyata merasa puas hati terhadap penyiaran Radio KOBAT FM yang bersiaran 24 jam dan pada waktu-waktu tertentu akan ditemani oleh dua orang DJ secara bergilir-gilir iaitu saya sendiri Wfauzdin NS dan DJ Kak Em.  Setiap kali DJ bertugas, Kobat FM akan menghebahkannya melalui FaceBook dan juga Fanpages KOBAT FM.

MSO berjanji akan terus memantau siaran KOBAT FM di samping akan memberikan idea-idea dan pandangan beliau untuk meningkatkan lagi mutu penyiaran radio kami.  Terima kasih MSO.

Sabtu, 24 Ogos 2013

KINI 'KAMBING HITAM' SUDAH BEBAS, MISTERI KEMATIAN ALTANTUYA BERLANJUTAN

Mahkamah Rayuan semalam melepas dan membebaskan anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, daripada pertuduhan membunuh penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
 
Apa pun penghujahan Hakim untuk menghalalkan pembebasan tersebut, rakyat hanya ingin bertanya;
 
1.  Benarkah memang wujud kisah seorang wanita bernama Altantuya telah dibunuh?
 
2.  Jika benar, siapakah yang telah membunuh wanita ini sebenarnya?
 
3.  Jika Sirul dan Azilah dituduh awalnya sebagai terlibat membunuh Altantuya, mengapa kedua-dua anggota Polis ini membunuh wanita tersebut?  Apa motifnya?
 
4.   Adakah perbicaraan pada awalnya, kedua-dua anggota Polis ini pernah membuat pengakuan bersalah di dalam Mahkamah?  Jika pernah, relevenkah segala bukti atau keterangan lain untuk membuktikan lagi pengakuan beliau itu adalah benar?  Maksudnya, tidakkah cukup dengan hanya mengaku bersalah saja boleh dihukum tanpa perlu bukti atau keterangan lain?
 
5.  Adakah seorang Pegawai Polis bernama DSP Safri yang mempunyai peranan penting untuk memberikan keterangan di mahkamah pada awal perbicaraan 'sengaja' tidak dipanggil untuk beri keterangan agar alasan ini boleh digunapakai untuk membebaskan kedua-dua tertuduh di peringkat rayuan seperti yang berlaku semalam?

6.   Mengapa kes rayuan kedua-dua tertuduh dimulakan selepas PRU 13?  
 
7.   Adakah dengan bebasnya kedua-dua mereka ini maka kes Altantuya sudah selesai?  Ertinya, Altantuya mati tanpa dibunuh oleh sesiapa?
 
Kes ini amat memalukan negara kita.  Seorang warga asing dibunuh di negara kita tanpa kita nyatakan siapakah yang membunuhnya dan apakah motif Altantuya dibunuh.  Lebih parah lagi, satu dunia tahu akan cerita salah seorang tertuduh pernah menyebut beliau menjadi ' kambing hitam' di dalam kes ini.  Apakah maksud 'kambing hitam' itu?
 
 

Khamis, 22 Ogos 2013

DREBAR TEKSI DI MALAYSIA PALING BERTUAH !!


KITA masih tidak lupa sebelum PRU 13 yang lalu, bagaimana Persatuan Teksi telah mengangkat 'sumpah' di hadapan Najib untuk menyokong Bn di dalam PRU 13.  Angkat 'sumpah' itu dilakukan mungkin kerana termakan budi kerana sebelum itu para pemandu teksi dapat BT1M (Bantuan Tayar 1 Malaysia).  

Sebelum itu, Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim beberapa kali menegaskan bahawa sekiranya PR mengambil alih Putrajaya, bukan sahaja harga minyak petrol akan diturunkan bahkan pemandu-pemandu teksi akan mendapat permit sendiri dan ini boleh menguntungkan setiap pemandu teksi.  Berapa kerat pemandu teksi yang percaya janji-janji Anwar?  Mereka kebanyakan begitu percaya dengan Najib dan sebab itulah tidak ada rasa apa-apa sanggup mengangkat sumpah taat setia kepada Bn.

Kini, PRU 13 telah berlalu dan Najib dengan dibantu oleh jin SPR telah membentuk kerajaan 47%.  Tentunya pemandu-pemandu teksi yang terlibat di dalam himpunan bersama Najib dahulu merasakan pasti mereka bertuah kerana Najib tidak akan lupa taat setia yang telah mereka berikan.

Memang Najib tidak pernah lupakan para pemandu teksi.  Sejurus membentuk kerajaan maka pemandu teksi tentu beruntung dengan kenaikan harga barang, termasuk kenaikan harga ayam menjelang Hari Raya Aidil Fitri baru-baru ini.  Kemudian diberikan pula 'bonus' tambahan dengan kenaikan harga gas memasak.  Tidak cukup dengan itu, had laju di beberapa jalanraya dan lebuhraya dikurangkan dan AES sentiasa menanti para pemandu teksi. Jika ada pula anak-anak pemandu teksi yang belajar di Universiti dan ada meminjam PTPTPN tentunya tiada masalah untuk membayarnya.  Beruntungnya pemandu-pemandu teksi di Malaysia.

Berita di atas tentu lebih menarik perhatian pemandu-pemandu teksi.  Tidak bayar saman, lesen memandu akan ditarik.  Cukup melegakan mereka kerana berbaloi dengan 4 biji tayar percuma yang baru sekali diberi itu.  Tahniah Pak Drebar Teksi !!


Selasa, 20 Ogos 2013

MELAYU YANG KUAT BERHUTANG, KUAT JUGA BERSYUKUR

TERLAJAK perahu boleh diundur, terlajak memangkah buruk padahnya.  Cuba renungkan apa yang hebat sangat Kerajaan Bn buat selepas PRU 13? 
 
Adakah hebat bila mengumumkan kenaikan harga gas memasak?  Hebat benarkah apabila tambang pengangkutan awam dinaikkan 10 %?  Harga ayam yang naik melambung menjelang sambutan Aidil Fitri baru-baru ini sudah cukup untuk memberitahu para pengundi Bn bahawa mereka telah buat keputusan yang tepat?  Kenaikan harga ayam kemudian diikuti pula dengan kenaikan harga gas memasak maka para peniaga kedai makan pun diberi amaran jangan naikkan harga makanan, itu menunjukkan kehebatan Kerajaan Bn yang memerintah dengan undian 47% itu?
 
Terbaru, pengumuman Menteri Pendidikan II Idris Jusoh untuk menyenaraikan peminjam PTPTN yang ingkar di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) sebagai satu lagi tanda prihatinnya Kerajaan Bn kepada para pelajar?  Kerajaan Bn juga bijak memerintah dan bijak mencari wang dengan mewujudkan AES yang memberi keuntungan kepada Syarikat bukannya keuntungan kepada kerajaan melalui JPJ itu boleh diterima?
 
Tidak adakah yang turun selain dari hujan di era Bn?  Ada.  Kerajaan Bn turunkan had kelajuan menjelang Hari Raya Aidil Fitri baru-baru ini.  AES wujud, had kelajuan diturunkan.  Tersenyum lebar tokey syarikat yang mengendalikan AES.  Itu di antara hebatnya Kerajaan Bn yang majoriti kaum Melayu pilih untuk terus memerintah.  
 
Kaum Melayu masih ramai yang tidak mahu pendidikan percuma.  Mereka juga masih kepingin untuk membayar tol dan teruja untuk menanggung hutang PTPTN.  Maklumlah Melayu dengan hutang ini sudah sebati.  Tanpa hutang, matilah kaum Melayu.  Hidup Melayu !!  Hidup apa?  Hidup dengan hutang lah!!  Cuba selidik berapa orang para Peneroka Felda yang tidak berhutang?  
 
Melayu hebat berhutang dan Melayu juga kuat bersyukur!!  

Selasa, 13 Ogos 2013

TAHNIAH LIM GUANG ENG !!

TERBAIK dari KM  P.Pinang, YB Lim Guan Eng yang secara tegas baru-baru ini mengeluarkan arahan kepada mana-mana pihak agar tidak menggunakan Madrasah Umat Islam di mana-mana di P.Pinang untuk dijadikan tempat ibadat mana-mana agama selain untuk ibadat Umat Islam.


Tidak pula diketahui samada puak-puak lembu Perkosa, Pengkida atau Umporno di P.Pinang ingin berdemontrasi berlanjutan arahan terbaru dari KM P.Pinang itu.  Maklumlah, di negeri mereka perintah baru-baru ini kecuh sebuah madrasah telah digunakan untuk ibadat ugama Budha.  Samada cerita itu betul atau tidak, yang pentingnya langkah KM P.Pinang ini adalah baik sebagai langkah awal pencegahan dan ianya menampakkan ketegasan Lim Guan Eng untuk terus memelihara kesucian Ugama Islam di P.Pinang.

Kumpulan NGO 'Pro Najis" sedang usung "kek Najis" untuk dibawa ke Pej KM P.Pinang suatu ketika dulu, kemudian mereka pakat ramai-ramai makan...kesihan..

Meskipun Lim Guan Eng itu berugama Budha, namun beliau seorang insan yang taat kepada agamanya berbanding dengan dua tiga puak lembu yang mengaku berugama Islam tetapi bermain dengan 'kek tahi' di P.Pinang dulu. 

Sabtu, 10 Ogos 2013

MANA LEBIH TERUK SEBENARNYA? MAHDEY, PAK LAH DAN NAJIB?

Mamak Kutty Mahdey, ramai pencacai Umporno kagum dengan kehebatan bapak kepada orang kuat Kilang arak Sun Miguel ini.  Kononnya mamak kutty yang pernah hina Sunnah Nabi itu adalah pemimpin atau tokoh dunia ketiga dan ianya memang tidak pelik kerana Mahdey memang terkenal sebagai pemimpin yang tidak pernah suka kepada Islam.

Takutnya Mahdey kepada Islam sampai ke kemuncaknya bila sanggup menfitnah Timbalan beliau ketika itu yang satu dunia tahu adalah tokoh Islam yang hebat yang telah memimpin ABIM iaitu DS Anwar Ibrahim.  Tiada siapa boleh nafikan Anwar ketika berada di dalam kerajaan lah maka wujudnya Universiti Islam, Perbankan Islam, dasar-dasar penerapan nilai-nilai Islam di seluruh jabatan kerajaan sehinggakan murid-murid sekolah menengah yang sebelum itu ke sekolah 'bertelanjang' (tidak menutup aurat) dinasihatkan menutup aurat.  Pelajar lelaki Islam memakai seluar panjang dan yang perempuan pula berbaju kurung dan bertudung.  Mahdey amat takut semua ini kerana beliau sendiri tidak boleh memaksa isteri dan anak-anaknya menutup aurat.  

Maka Anwar pun difitnah seterusnya dipecat agar di dalam Umporno dan Kerajaan tidak akan berkembang ciri-ciri Islam ini.  Pencacai-pencacai dan pengampu terus menjilat Mahdey.  Bayangkan ada yang menangis dan berteriak macam orang gila sehingga tercabut tunit kasut bila Mamak Kutty ini mengacah untuk meletakkan jawatan.  Hebat sungguh puak-puak ini.

Sampai saat Mahdey sudah bersara pun, masih ramai lagi yang mengagung-agungkan tokoh yang menghina Sunnah Nabi ini.  Pak Lah naik selepas itu, Mahdey tetap mahu tunjuk dia masih hebat dan berkuasa.  Diganggunya pentadbiran Pak Lah kerana Mahdey tahu amat mudah untuk menggertak tokoh yang kuat tidor ini.  Kerja Mahdey ini berhasil, dan Pak Lah cabut juga dari Kerusi PM.  Maka, naik pula Najib tokoh Umporno yang isterinya juga 'bertelanjang' tanpa menutup aurat.  Kerja Mahdey untuk menjauhkan Umporno dari semangat Islam berhasil kerana selepas beliau tidak seorang pun PM yang isterinya menutup aurat.  Umat Melayu yang mengaku Islam di negara kita masih ramai yang berbangga memiliki PM yang isterinya 'bertelanjang'.  

Baru-baru ini, Pak Lah sudah terjaga dari tidor.  Sedar saja dari lena, Pak Lah terus serang Mahdey di dalam buku terbarunya.  Macam-macam Pak Lah perkatakan tentang Mahdey sehingga beliau sanggup kata jika beliau dulu mengikut telunjuk Mamak kutty ini pasti negara kita sudah pun bankrap sekarang.  Pak Lah sudah lewat untuk sedar, Pembangkang terutamanya Anwar sudah lama menyebut hal yang sama sewaktu Mahdey berkuasa lagi.  

Bila Pak Lah yang dikatakan kuat tidor itu boleh sebut Mahdey boleh bankrapkan negara, dan ramai yang kata Pak Lah itu lermah, bayangkan prestasi Najib sekarang.  Kerusi di Parlimen yang diwakili oleh Bn sewaktu zaman Pak Lah boleh lesap 7 Kerusi bila tiba zaman Najib.  Ertinya Najib lebih teruk dari Pak Lah yang mana Pak Lah pula sebut Mahdey lagi teruk.  Jika sudah ketiga-tiganya teruk, buat apa tunggu lagi di dalam parti Umnorno?

Jawapannya, sebab mereka itu sanggup menjadi pencacai dari dulu, kini dan selama-lamanya.

Ahad, 4 Ogos 2013

BARANG NAIK, HAD LAJU DITURUNKAN DAN KINI NYAWA PULA DIKATAKAN MURAH?

AKU sendiri rasa malu bila ada akhbar luar negara tergamak melabel negara kita sebagai negara yang mempunyai 'nilai nyawa' yang amat murah.  Walaupun aku sedar memang begitu banyak yang 'mahal' di negara kita seperti minyak, ayam, tol, tambang bas, gas memasak dan lain-lain lagi, mengapa akhbar ini menumpukan kepada yang 'murah' iaitu nyawa?   Mungkin lebih murah berbanding dari negara mereka sebab itulah mereka berminat untuk menulis sedemikian.

Akhbar The New Paper dari Singapore pada 31 Julai, telah menerbitkan sebuah artikel bertajuk 'Selamat datang ke Malaysia di mana kematian adalah murah dan untuk kekal hidup sangat mahal' yang turut menyatakan bahawa untuk mengupah seorang pembunuh hanya memerlukan $2,000 (RM5,000).   Artikel ini tentunya mengejutkan beberapa pimpinan politik yang telah lama 'terlena' malahan merimaskan Ketua Polis Negara sehingga mengamuk sakan Pegawai Tertinggi Polis kita.

Negara kami bukan negara Koboi....Negara kami aman, tau tak?
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyifatkan laporan muka depan sebuah akhbar Singapura, The New Paper, mengenai kejadian jenayah di Malaysia baru-baru ini, berniat jahat.  Sebaliknya Khalid menegur akhbar tersebut agar mengawasi hal ehwal jenayah di dalam negara sendiri daripada membuat satu spekulasi yang tidak benar mengenai jenayah di Malaysia.  "Ia adalah satu kenyataan jahat, eloklah dia jaga rumah sendiri daripada menjaga rumah orang," katanya kepada pemberita semasa menghadiri Majlis Jalinan Ramadan Bersama Pasukan Beruniform di sini kelmarin. 
 
Tentu media Singapore itu ada 'nas dan dalil' untuk berkata sedemikian.  Jika ternyata tidak benar, kita harap pihak kerajaan kita melalui Kementerian Dalam Negeri berani untuk menyaman akhbar tersebut.  Penafian atau mengeluarkan kenyataan emosi hanya di TV3 suku atau di Utusan Meloya sahaja tidak cukup kerana media di Singapore sudah kenal dan faham sangat berita-berita dari lidah media kawalan kerajaan ini.  Mereka tahu, media seperti ini sanggup menipu atau menfitnah parti-parti Pembangkang di negara sendiri apa dihairankan jika media ini membelasah media luar yang mengkritik negara ini.
 
Jadi, sewajarnya lah kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas media berkenaan jika benarlah negara kita ini sebenarnya aman sentosa tanpa ada kejadian tembak mati berturut-turut di dalam tempoh sebulan.  Ada berani?  Aku rasa memang kerajaan minoroti 47% ini akan berani bertindak kerana mereka dakwa kerajaan mereka bermaruah.  Kita akan salute jika kerajaan kita berbuat demikian bagi menutup aibnya kita sebagai rakyat Malaysia yang selama ini yakin negara kita paling aman di dunia.

Jumaat, 2 Ogos 2013

ZIARAH TUAN HJ SUHAIMI SAID, BELIAU MASIH KUAT DAN GAGAH

Petang semalam (01 Ogos 2013) saya bersama SUK PKR Pahang, Sdr Adnan telah sempat ke Hospital Temerloh untuk menziarahi Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR, Tuan Hj Suhaimi Said yang juga Ahli MPP merangkap Ketua Cabang PKR Kuala Krau.

Tuan Haji Suhaimi telah ditahan di wad selama lebih kurang 5 hari yang lalu akibat penyakit yang asalnya sukar untuk diketahui puncanya.  Sebelum ini berbagai rawatan telah beliau lakukan termasuk secara tradisional yang berterusan sehingga hari ini.  Semalam, saya difahamkan oleh beliau bahawa doktor telah dapat mengenalpasti penyakitnya iaitu ada kaitan dengan tulang yang mengakibatkan beliau selalu merasa teramat sakit dan badan menjadi lemah.

Menziarahi Tuan Hj Suhaimi Said, beliau banyak membantu KOBAT terutamanya KOBAT FM
Sewaktu kami menziarahi beliau, istarinya, Puan Hendon turut berada disisi beliau yang menemaninya sepanjang beliau ditahan di wad.  Anak perempuan beliau juga, seorang peguam turut berada di sisi.  Beliau kelihatan lebih bermaya dan dikatakan berselera untuk menjamah makanan berbanding sebelum ini.  Dua hari yang lalu, Pengerusi MPN Pahang yang juga MP Indera Mahkota, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman bersama Datin turut menziarahi beliau.  Turut menziarahi beliau sebelum ini ramai juga di kalangan pimpinan PKR Negeri termasuk AJK-AJK Cabang K.Krau dan sahabat karib beliau.

Meskipun masih berada di wad, Tuan Hj Suhaimi masih mahu bercerita tentang politik yang nampaknya tidak boleh dipisahkan dari kehidupannya.  Beliau mahu agar PKR terutamanya di Cabang K.Krau terus berusaha dan giatkan usaha tanpa menanti beliau kembali.  Muka-muka baru perlu dicari sebagai pelapis bagi meningkatkan prestasi PKR di K.Krau, katanya.

Melihat keadaan beliau, saya yakin beliau akan kembali semula ke K.Krau menerajui parti di peringkat Cabang seterusnya memperkuatkan PKR Negeri Pahang terutamanya.  Sebab itulah saya amat memahami mengapa Pengerusi PKR Pahang, YB Dato' Fauzi masih enggan menerima perletakan jawatan Tuan Hj Suhaimi atas faktor kesihatan beliau kini kerana masih meyakini Tuan Hj Suhaimi masih kuat dan gagah untuk terus bersama menumbangkan rejim Umno/Bn di Negeri Pahang ini, khususnya.


Isnin, 29 Julai 2013

BAJU HITAM 'BLACK OUT" DI PAGI RAYA !!

Disarankan sempena menyambut Aidil Fitri tahun ini, alangkah baiknya jika kita hadir Solat Sunat Aidil Fitri nanti kita berpakaian 'Hitam" (Black Out).

Semangat 'Black Out' mesti kita suburkan selagi si bangsat dua tiga ekor di dalam SPR itu masih bertenggek di kerusi masing-masing untuk terus menipu kita.  Bermacam cara boleh kita lakukan untuk menunjukkan bantahan terhadap penipuan mereka sehinggakan kita yang memperolehi kepercayaan rakyat untuk menjadi kerajaan telah dinafikan.

Memang SPR mahu kita hadapi mereka di mahkamah kerana mereka tahu dan kenal benar dengan mahkamah di negara kita.  Lihatlah, beberapa keputusan mahkamah setakat ini berkaitan petisyen pilihanraya.  Belum pun sempat kita tunjukkan bukti dan hujah kita, mahkamah telah membatalkan petisyen atas soal 'teknikal' sahaja.

Memang benar, petisyen dari Bn juga ditolak tetapi kita bukan mahu petisyen kita sahaja diterima.  Kita mahu semua petisyen hendaklah dibawa dan dibuktikan di mahkamah tanpa mengira perkara remeh seperti 'teknikal' ini.  

Ayuh, kita giatkan kempen 'Black Out' sempena Aidil Fitri ini.

Sabtu, 27 Julai 2013

PERKASA - SELEPAS PUAS MAIN ISU PERKAUMAN KINI MELUTUT KEPADA CINA DAN INDIA


PERKOSA kini bergelut untuk menyelamatkan nyawa NGO yang rasist ini selepas keputusan PRU 13 yang lalu membuktikan isu perkauman tiada lagi tempat di negara ini.  Bila isu perkauman telah dicampakkan rakyat yang bertamaddun ke dalam tong najis, maka itu bermakna riwayat PERKOSA bakal berakhir.  

Mengenepikan soal maruah dan prinsip, maka tanpa rasa segan PERKOSA pun buat keputusan mahu mengikut rentak masyarakat yang bertamaddun.  Diberitakan PERKOSA akan mula menjalinkan kerjasama dan berpadu dengan NGO dari kaum Cina dan India walaupun semua tahu apa yang tidak pernah disebut oleh PERKOSA terhadap dua kaum ini.  Tetapi demi hayat PERKOSA, mereka sanggup melutut kembali kepada NGO dari kaum Cina dan India ini.

Merancang untuk menubuhkan "MIRAC" setelah digabungkan nanti dengan NGO berkenaan, membawa erti PERKOSA bukan lagi seperti dulu.  Kononnya PERKOSA kini telah berhijrah dari Rasist.  Tentunya kita tahu NGO yang dikatakan dari kaum Cina dan India itu lebih kurang seperti PERKASA berbaik semula dengan MCA dan MIC jugalah.  NGO yang pro Pakatan Rakyat tentunya tidak sebodoh itu untuk membantu memanjangkan hayat PERKOSA.

Percayalah, apa pun usaha PERKOSA selepas ini yang pastinya NGO ini semakin hampir ke liang lahad.  Ibrahim Alkataki akan menjadi Pemandu Teksi di Pasir Mas selepas ini, Ruslan Kassim pula mungkin akan menjadi Tok Siak menyusun sejadah dan Zul Kulum akan terus menjadi 'anjing upahan' untuk menyalak sesekali di TV3 suku.