RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 1 Februari 2014

NOH OMAR MAHU LARI MANA? SAMM PULA ANJUR DEBAT

NOH Omar atau lebih popular dengan gelaran "Noh Udang" adalah tokoh Umno yang sedang berusaha kuat untuk mencipta nama agar kelihatan lebih hebat dan berwibawa terutamanya di Selangor.

Beliau tahu isu Kalimah Allah di Selangor adalah satu senjata terbaik untuk merealisasikan hasratnya untuk mencipta nama.  Maka, keluarlah dari mulutnya cabaran untuk berdebat dengan sesiapa sahaja dari Pembangkang berkaitan isu tersebut.  Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, tidak sampai 24 jam cabaran beliau disambut oleh MP Shah Alam, YB Khalid Samad.  Akhbar Sinar mengumumkan bersedia menjadi Penganjur dan tarikh, masa dan tempat telah ditetapkan.

Seperti dijangka ramai pihak, akhirnya debat dibatalkan kononnya sensitif.  Jika benar sensitif, mengapa media mereka dibenarkan memainkan isu ini siang malam?  Mengapa sewaktu Noh Udang membuat cabaran debat sebelum ini tiada pihak yang membuat bantahan atas sebab isu ini sensitif?  Mengapa apabila cabaran itu disambut baru keluar suara-suara bantahan?  Jelas pada kita sandiwara Noh Udang yang memang semua tahu beliau bukannya tokoh yang berani sangat.  Dia pun buat lawak kononnya amat kesal tidak dapat berdebat dengan YB Khalid.  Drama lucu oleh pelakon otak udang.

Sandiwara berlaku lagi.  RTM pula jemput Noh Omar berdebat dengan Ketua Pemuda PAS, Sdr Suhaizan Kayat yang telah diadakan malam tadi.  Tajuk debat adalah berkaitan isu di Dun Kajang.  Sifirnya mudah, puak mereka mahu lihat Pemuda PAS belasah PKR di dalam isu ini dan Noh Omar tentunya ingin membuat provokasi.  Malang sekali lagi, Noh udang tetap Noh udang.  Beliau tidak hadir lagi.  Anjuran RTM, sekutu Umno pun beliau tidak mahu hadir.  Jadi, jangan terasa jika orang Umno pun kata beliau bacul dan memalukan Umno.

Terbaru, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) pula tampil untuk menjadi penganjur perdebatan yang dibatalkan oleh Sinar baru-baru ini.  Tajuk yang sama, pendebat juga yang sama iaitu YB Khalid Samad dengan Noh Omar.  YB Khalid Samad telah pun bersetuju untuk hadir debat tersebut walaupun tarikh belum ditetapkan.  Kini bola di kaki Noh Omar.  Ke mana Noh Omar mahu lari lagi?  Di saat menjelang PRK Dun Kajang, maruah Umno Selangor kini terletak pada tokey udang berkenaan.  Ahli Umno akan lihat sendiri apakah drama lawak bodoh Noh Omar selepas ini?  Apakah alasannya kali ini?




Khamis, 30 Januari 2014

DUN KAJANG - ANWAR HILANG KREDIBILITI......

Membaca sejarah lampau, teringat kisah sewaktu DS Anwar dipecat dari Kjaan dan Umno serta diaibkan.  Hari pertama dipecat, di antara yg terawal berkunjung menziarahi DS Anwar di rumahnya adalah Almarhum Us Fadzil Noor Presiden PAS.  Ketika itu, ramai pimpinan PAS dan ahli PAS yg tidak setuju Almarhum Fadzil Noor bertemu Anwar atas sebab, pertama, itu masalah dalaman Umno dan Anwar.  Kedua, mereka kata Anwar dulu dlm Umno serang PAS maka tak wajar Almarhum Us Fadzil cuba berbaik dgn Anwar.  


Ketika itu Almarhum Us Fadzil sanggup hilang 'imej dan kredibiliti' sebagai Presiden PAS kerana dikritik oleh beberapa pimpinan dan ahli PAS sendiri.  Namun, Us Fadzil ada sebab mengapa beliau bertemu DS Anwar.  Hujah utamanya adalah biarpun Anwar dulunya menentang PAS, tapi sekarang Anwar telah dizalimi dan wajib Anwar dibantu.  Ketika itu ramai yg berkata apa faedahnya dan untungnya Us Fadzil berbuat demikian?

Nah, Us Fadzil kini telah tiada.   Apakah untungnya perbuatan Us Fadzil berpuluh tahun dulu kpd PAS?  PAS amat hebat sekarang malahan disokong semua kaum, letak bertanding di mana saja PAS punyai harapan baik.  Bukan kerana Anwar sebenarnya, tetapi kerana kebijaksanaan Almarhum Us Fadzil yg sanggup dikritik hebat dan korbankan kredibilitinya sebagai Presiden demi untuk partinya.  Menyedihkan, Almarhum tidak sempat lama melihat kemajuan PAS.  Sekarang, baru kita terfikir langkah Almarhum dulu itu amat tepat sekali. 

Kini, Anwar pula dikritik hebat dan beliau hilang kredibilitinya bila dianggap sebagai 'gila kuasa', bila bertanding di Dun Kajang.  Jika dulu Almarhum Us Fadzil dicemuh oleh rakan2 dlm partinya sendiri kerana memilih strategi berbaik dgn Anwar bekas musuh politik PAS, kini Anwar juga dicemuh oleh ahli2nya sendiri.  Apakah Anwar memang sengaja memilih untuk dicemuh atau hilang kredibiliti hanya kerana kerusi Dun? 

Aku yakin, sejarah akan menceritakan kembali kisah ini....

Selasa, 28 Januari 2014

AKU BOSAN, AKU BENCI DAN MELUAT, TAPI BENCI DAN MELUAT KEPADA UMNO/BN JAUH LEBIH TINGGI

BARU semalam aku menulis di SINI, aku cadangkan tak perlu DS Anwar bertanding di Dun Kajang dan betapa perlunya TS Khalid kekal sebagai MB Selangor dengan sedikit 'perubahan sikap'.  Namun, nasi sudah menjadi bubur, nama calon telah diumumkan di mana DS Anwar adalah calonnya.  Soal dia ganti TS Khalid sebagai MB Selangor masih jauh mahu difikir kerana DS Anwar mesti menang di PRK Dun Kajang dahulu.

Umum saja Adun Kajang dari PKR itu kosongkan kerusi, gegak gempita seluruh Selangor dan Malaysia.  Ertinya terlalu sayang rakyat kepada PR, mereka tak mahu benda sedikit boleh merosakkan kekuatan PR di Selangor.  Bila diumum saja DS Anwar akan bertanding, gempita lagi kita di luar.  Apa yang terjadi sebenarnya di Selangor? 

Jangan kita buat-buat tidak tahu.  Siapa yang tidak tahu 'perbalahan' di antara TS Khalid dengan Azmin Ali?  Sejurus PRU tahun 2008 lagi krisis ini diketahui.  Entah berapa kali DS Anwar menegur samada secara dalaman bahkan secara terbuka termasuk di dalam Kongres Nasional PKR.  DS Anwar menegur kedua-dua pemimpin yang susah sangat mahu duduk semeja ini.  Namun mereka diberi peluang untuk berubah sepenggal.  Tiba PRU 13, diharapkan kemenangan besar PR di Selangor itu boleh diraikan bersama secara keluarga di antara TS Khalid dan Azmin.  Malangnya, bertambah hebat pula.  Daripada isu MB Selangor, berjangkit kepada isu di dalam PKNS.  

Jika kita di tempat DS Anwar, apa perlu kita buat?  Mahu pecat Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor bahkan Timbalan Presiden PKR itu?  Atau, sanggup kita buang TS Khalid sebagai MB Selangor tanpa alasan yang benar-benar kukuh?  Masakan kita boleh singkir TS Khalid hanya kerana Azmin mahu berada di Kerusi MB Selangor?  

Ertinya, DS Anwar telah cuba baiki masalah yang berlaku di Selangor secara paling berhemah tanpa menyinggung mana-mana pihak.  Namun, entah kenapa dan tidak diketahui siapa yang ego di antara keduanya.  Mungkin untuk menyelesaikan masalah ini tanpa mengguris hati orang-orang Azmin mahu pun orang-orang TS Khalid sekaligus untuk meyakinkan rakan-rakan di dalam PR bahawa kemelut yang berlaku sekian lama mesti diselesaikan segera, maka DS Anwar telah mengambil langkah yang beliau ambil sekarang.

Setakat ini tiada orang Azmin yang mengamuk, tiada orang TS Khalid yang memaki hamun DS Anwar.  Rasa tidak puas hati memang wujud kerana tidak pernah berlaku percaturan politik berisiko tinggi seperti ini berani dilakukan oleh DS Anwar.  Apakah ada pilihan lain?  Adakah perlu DS Anwar berikan sepenggal lagi untuk mereka berdua selesaikan kemelut di antara mereka?  DS Anwar mungkin bimbang jika dibiarkan berlarutan, bukan saja masalah mereka berdua selesai tetapi Selangor juga mungkin 'selesai' dapat semula ke tangan Umno.

Memang sukar mahu terima kenyataan penyelesaian sedemikian rupa.  Kita harus yakin dengan keputusan bersama oleh PR ini setelah mendapat penjelasan daripada DS Anwar.  Kita di bawah hanya boleh mengeluh dan merungut sekadar cerita yang sedikit kita tahu, sedangkan kita tidak tahu tentu banyak perkara yang pimpinan kita bincang di sana yang akhirnya mereka setuju cara penyelesaian yang berisiko besar ini.  

Cukuplah kita nyatakan pandangan kita, akhirnya kita patuh keputusan pimpinan kita di dalam PR.  Pimpinan pula perlu tahu isi hati rakyat yang bukan mudah untuk terima kenyataan yang pahit begini.  Bosan.  Memang aku bosan.  Benci.  Memang aku benci.  Tetapi kebencian aku terhadap Umno/Bn jauh lebih tinggi. 


PRK DUN KAJANG - ANWAR TIDAK PERLU BERTANDING, KEKALKAN TS KHALID SEBAGAI MB, TETAPI ....

PERLETAKAN jawatan Lee Chin Cheh sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang memang mengejutkan.  Disaat MB Selangor mengumumkan kenaikan elaun dan gaji yang tinggi buat Exco dan Wakil Rakyat, sukar diterima akal Adun akan meletakkan jawatan jika tiada sebab yang benar-benar serius.
 
Kecewa, memang kecewa tapi sedikit terubat apabila mengetahui Adun tersebut meletakkan jawatan secara bertanggungjawab tanpa mengkhianati rakyat dengan cara menjadi 'katak' sepertimana yang lain.  Bayangkan jika beliau umumkan keluar parti samada menjadi ahli MCA mahu pun Gerakan atau kekal Bebas.  Tentunya hati kita bertambah sakit dibuatnya.  Tetapi bersyukur beliau serahkan kembali kepada rakyat untuk buat pilihan.
 
Apa pun Anwar tidak boleh lepaskan diri dari dipersalahkan kerana Anwar adalah bos kepada Adun berkenaan.  Apa percaturan Anwar jika benar Adun ini melompat atas 'arahan' Anwar?  Tapi aku tidak merasakan ada arahan dari sesiapa, aku lebih percaya Adun ini buat keputusan kerana mungkin merasa bosan dengan karenah politik di Selangor terutamanya berkaitan dua individu iaitu TS Khalid dan Azmin.  Mengapa susah benar mahu berbaik di antara keduanya?
 
Benar, apa yang berlaku di Selangor bukan soal rasuah atau penyelewengan namun isu ini merimaskan kita.  Sebagai contoh, isu di dalam PKNS di mana ada orang lain berani mengeluarkan surat pecat Azmin dari Ahli Lembaga Pengarah PKNS tanpa pengetahuan atau kelulusan MB.  Apakah ini boleh dikatakan salah guna kuasa?  TS Khalid akui beliau tidak pernah pecat Azmin walaupun hanya MB Selangor sahaja atau diwakilkan kepada SU Kerajaan Negeri Selangor sahaja yang boleh pecat Azmin atau sesiapa sahaja di dalam PKNS.  Jadi, siapa buat kerja untuk TS Khalid ini?  Adakah orang itu ada niat untuk sabotaj mengambil kesempatan di atas perbalahan TS Khalid dan Azmin?
 
Perkara seperti ini lah memungkinkan Adun Kajang merasa rimas dan meletakkan jawatan.  Persoalan sekarang, siapakah calon yang bakal diletakkan di situ dan adakah calon itu bakal menduduki Kerusi MB Selangor?  Ada yang menyebut Anwar akan bertanding bagi membolehkannya menjadi MB Selangor untuk meredakan ketegangan di antara pengaruh TS Khalid dan Azmin.  Aku tidak yakin dan tidak setuju Anwar bertanding atau menjadi MB Selangor.  
 
Walaupun aku melihat TS Khalid menjadi MB Selangor kelihatan agak 'degil' dengan arahan pimpinan parti di dalam beberapa perkara namun TS Khalid banyak baik daripada kelemahannya.  Kelemahannya dia seperti lupa dia orang politik dan dinaikkan atas nama politik.  Kelemahannya juga dia banyak memberi ruang kepada Faekah bercakap seperti orang politik sehingga kadangkala kita lihat SUK kepada TS Khalid ini seperti Ketua Wanita PKR pula.  Faekah banyak melukakan perasaan orang-orang politik di Selangor.  
 
Tapi itu semua secebis dari kelemahan TS Khalid berbanding segumpal jasanya kepada rakyat Selangor.  Maka, tidak wajar TS Khalid diminta letak jawatan hanya kerana secebis kelemahan yang boleh diuruskan dengan baik oleh pimpinan parti.  Apa yang perlu dilakukan sekarang adalah buang sahaja individu-individu yang menyusahkan parti untuk bekerjasama dengan TS Khalid.  Individu tertentu yang berselindung di balik ketelusan TS Khalid tetapi hakikatnya mahu mengawal MB Selangor itu.  Sejarah pernah buktikan Kerajaan Selangor telah disabotaj oleh kakitangannya sendiri yang bukan dari kalangan orang politik.  Isu PKNS aku melihat seperti ada usaha untuk menyekat TS Khalid untuk berbaik dengan Azmin.  
 
Aku bukan mahu Azmin kekal di situ tetapi tentu tidak adil jika Azmin dipecat dengan cara tidak betul.  Jika Azmin tidak layak berada di PKNS, gunakan peraturan yang betul untuk pecat beliau.  Bukan dengan cara yang amat meragukan dan lintang pukang sedemikian rupa.  Seburuk mana pun Azmin, dia adalah Pengerusi PKR Selangor dan Timbalan Presiden PKR.  Mana maruah PKR jika ada orang bukan politik boleh pecat beliau tanpa ikut peraturan?  Ini kelemahan TS Khalid yang gagal menentukannya.
 
Sekali lagi aku mengharapkan agar TS Khalid terus kekal MB tetapi beliau harus bertindak membetulkan kelemahannya yang sering ditegur oleh DS Anwar.  DS Anwar tidak perlu rendahkan martabatnya untuk menjadi MB Selangor walaupun dengan niat untuk meredakan ketegangan yang ada.  Siapa yang boleh dicalonkan untuk bertanding di Dun Kajang nanti?  Bagaimana jika diletakkan Sdr Saifuddin Nasution?  Sdr Rafizi tidak perlu pegang dua jawatan Wakil Rakyat, nanti tidak terkejar pula tanggungjawab.  Ada yang mencadangkan Sdr Badrul Hisham Shahrin atau Chegu Bard diletakkan di situ, apa salahnya?  
 
 

Isnin, 27 Januari 2014

SUDAH AGAK DAH, DEBAT PASTI BATAL SELAGI UMNO YANG TERLIBAT

AKU sememangnya merasa sangsi apabila tiba-tiba ada pemimpin Umno berani mencabar pemimpin PAS untuk berdebat, apatah lagi berdebat di dalam isu melibatkan agama Islam.  Maklumlah, kita kenal Umno ini bukan baru dan sejarah pernah buktikan beberapa kali Umno bukan berani atau hebat sangat di dalam arena perdebatan.  Mereka memang hebat di dalam mereka cipta fitnah, kemudian bercakap seorang diri di hadapan kamera TV atau di hadapan kumpulan kangkung sahaja.

Telahan aku tepat.  Terbaru debat yang melibatkan isu "Kalimah Allah" yang sepatutnya diadakan hari ini 27/1/2014 anjuran akhbar Sinar dibatalkan disaat akhir.  Pembatalan itu dibuat oleh Sinar yang baru semalam kelihatan bertegas untuk meneruskan debat tersebut.  Aku faham benar, bukan Sinar yang tidak mahu teruskan debat tersebut tetapi pihak kangkung yang bacul itu pastinya.  Sejarah beberapa tahun dulu, debat Umno-PAS yang bertajuk "PAS Tuduh Umno Kafir" pun begitu juga.  Akhir sekali digunakan kuasa Istana untuk membatalkan debat atas alasan isu itu sensitif.  Peliknya, sewaktu Umno memainkan isu kafir ini di dalam media, ke mana suara mereka yang membatalkan debat ini?  

Sama juga dengan isu "Kalimah Allah" ini.  Mengapa bila mahu didebatkan mereka baru rasa sensitif.  Mengapa sewaktu pemimpin Umno melalui media mereka menuduh bermacam-macam kepada Pembangkang kononnya Pembangkang membela Gereja di dalam isu Kalimah Allah, tidak pula mereka anggap sensitif fitnah Umno itu?  Bila mahu berdebat, sensitif pula?  Noh Omar yang mencabar pembangkang untuk berdebat, sewaktu cabaran ini dibuat tiada suara pun melarang Noh Omar mencabar isu sensitif ini.  Bila cabaran disahut dan ramai yang teruja dengan perdebatan ini, baru keluar suara-suara melarang kononnya amat sensitif isu ini.  Memang kangkung sungguh!!

Petikan dari Sinar yang membatalkan debat di antara Noh Omar atau dikenali sebagai "Noh Udang" ini dengan YB Khalid Samad (MP Shah Alam), " Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abd Jalil Ali berkata, keputusan di saat akhir ini dibuat setelah mengambil kira pelbagai sudut situasi terkini. “Setelah meneliti pandangan dan nasihat daripada tokoh-tokoh agama, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan juga mereka yang prihatin, kami mengambil keputusan untuk membatalkan debat ini,” katanya. Beliau berkata, pandangan dan nasihat telah disuarakan pelbagai pihak menerusi akhbar, media sosial, e-mel dan surat-surat yang dihantar ke pejabat Sinar Harian."

Aku tahu Noh Omar gelabah sekali bila Khalid Samad sanggup untuk berdebat dalam isu tersebut.  Bagaimana Noh Omar mahu jawab bila semua tahu Najib malahan Kabinet dan Majlis Tertinggi Umno sendiri restu dengan perjanjian/Resolusi 10 Perkara dengan pihak Gereja, di mana terkandung di dalamnya "Kalimah Allah boleh digunakan di dalam Kitab Bibble Berbahasa Melayu".  Samada ia boleh digunakan di Sabah, Sarawak atau di mana sahaja itu tidak timbul kerana sepatutnya hukum Islam jika mahu dilaksanakan mestilah menyeluruh dan tidak berpilih-pilih apatah lagi atas kepentingan politik.  Mengapa Umno tuduh Pembangkang membela pihak Gereja sedangkan tangan Najib yang membenarkannya dan kamu semua restu perbuatan khianat itu?  Itulah kangkung namanya.

Kemenangan moral buat Pembangkang bila debat ini dibatalkan kerana terbukti sekali lagi Umno dulu, kini dan selamanya tetap penakut untuk berdebat.

 

Sabtu, 25 Januari 2014

ADUN SEMAMBU KATA "MELAYU BODOH?"

ISU perkauman tetap menjadi agenda mereka.  Jika dulu bawa isu fitnah seks tapi gagal untuk mem"perkangkung"kan rakyat.  Adun Semambu, YB Lee Chean Chung dari KEADILAN dan mantan Pengerusi KEADILAN Pahang, yang kini Pengerusi KEADILAN Terengganu iaitu YB Azan Ismail tidak terlepas dari fitnah perkauman ini.

Terbaru, sebuah blog pro puak kangkung telah menyiarkan laoporan bahawa berlaku pergaduhan di antara kedua-dua Wakil Rakyat dari KEADILAN tersebut di sebuah restoren di bandar Kuantan baru-baru ini.  Dakwa blog tersebut, kedua-dua Adun ini bertengkar asalnya apabila YB Azan menegur YB Chean Chung yang lantang di dalam Dun Pahang, kononnya YB Azan menuduh YB Chean Chung mengkritik membuta tuli berkaitan tuduhan  "Bajet Palsu" terhadap MB Pahang di dalam Dun Pahang beberapa bulan yang lalu.  

Tuduhan YB Azan itu kononnya dibantah keras oleh YB Chean Chung, mereka bertengkar sehingga keluar perkataan "melayu bodoh" yang didakwa diucapkan oleh YB Chean Chung.  Akhirnya pertengkaran semakin serius sehingga mahu bergaduh di restoren berkenaan.

Apa yang dilaporkan oleh blog pro kangkung tersebut telah dipetik oleh Pahang Daily semalam.  Bagi menjelaskan keadaan sebenar di samping ingin membuktikan bahawa cerita itu adalah fitnah "gred F", maka YB Chean Chung telah membuat satu kenyataan media.  Kenyataan media beliau boleh dibaca melalui blog resmi PKR Pahang.  

Ternyata fitnah yang langsung tidak berasas tidak lain untuk menjejaskan nama baik Adun Semambu itu terutamanya pada pandangan masyarakat Melayu di sekitar Semambu dan Indera Mahkota yang di dalam PRU 13 yang lalu banyak menyokong tokoh muda ini.


Rabu, 22 Januari 2014

BANGGA ADA JUGA ANAK WATAN MELAYU HEBAT BUAT FILEM LUCAH! TAHNIAH BIK MAMA

MENGAPA kita tidak boleh berbangga dengan kehebatan Rosmah melahirkan zuriat yang hebat membuat filem seperti filem "The Wolf Of Wall Street"?  Bukankah filem itu dengar khabarnya sudah mengutip lebih dari RM40 Juta di dalam masa yang singkat ditayangkan di beberapa buah negara?

Aku pelik kenapa Perkasa Kangkung kritik filem berkenaan atas alasan itu filem lucah, malahan memecah rekod dunia sebuah filem yang paling banyak gunakan perkataan "Fu**" di dalam dialognya.  Filem itu juga dikatakan ada adegan pesta gay, perbuatan onani dan adegan lucah yang tentunya sinonim dengan selera Umporno kerana Umporno dan lucah tidak boleh dipisahkan.  Buktinya, kita naik jemu dulu adegan seks dan lucah ditayangkan siang malam melalui TV3 suku walaupun tujuannya untuk menfitnah Anwar, tetapi lucah tetap lucah juga.  Maka, elok sangatlah filem itu ditayangkan di negara ini kerana memenuhi dasar negara kira yang ber"Wassatiyyah".

Seperkara lagi, filem ini adalah melibatkan anak Bik Mama yang memakan belanja lebih kurang RM 300 juta lebih.  Jangan tanya di mana anak Bik Mama dapat duit, mungkin dia menabung dari kecil mencontohi ibunya.

Perkasa Kangkung jangan melebihi kuasa Tok Peti.  Tok Peti pun tidak bising soal filem ini kerana Tok Peti sedang mencari hukum "Bughah" yang boleh di"Bughah"kan kepada umat Islam yang menyebut "kangkung".  Jangan pelik tidak lama lagi ada fatwa baru bahawa sebutan "kangkung" boleh menyebabkan seseorang itu kufur.  Jadi, soal filem anak Bik Mama ini jangan kita bimbang sangat kerana fatwa pun tiada.  Janganlah Perkasa menyibuk mahu ambil tugas Tok Peti tu.

Mana suara Jamil Khir, Masitah, Fathul Biri dan Ridhuan Tee "Kiasu"?  Jangan harap suara mereka.  Mengharapkan suara-suara dua tiga ekor lembu pawah ini sama juga seperti mengharapkan Najib tarik balik penggunaan Kalimah Allah dalam Kitab Bible di Sabah dan Sarawak.  Ada berani?  Kirim salam la ok.



Isnin, 20 Januari 2014

PEMIMPIN BODOH TETAPI KAYA, ANAK KANGKUNG BODOH TAPI MISKIN

SEMAKIN merapu dan bodoh kenyataan Tengku Nan.  Lojikkah pada akal mereka yang berkuasa dan mempunyai berbagai undang-undang dan penguatkuasa di beberapa Kementerian, akhirnya Pembangkang dipersalahkan apabila harga barang semakin meningkat?

Kenyataan yang dibuat Tengku Nan kelmarin yang menyelar ‘orang tengah’ yang kononnya cuba menimbulkan kebencian terhadap kerajaan BN adalah kenyataan yang penuh dengan hasad dan busuk hati serta dendamnya kepada PR, sekaligus untuk cuba mengampu bos kangkungnya yang semakin layu itu.
 
Apakah Tengku Nan rasakan rakyat terlalu bodoh untuk menerima hujah sebangang itu?  Beliau ingat rakyat tidak tahu siapa yang menaikkan harga petrol, monopoli gula yang dipegang Syed Mokhtar, kenaikan kadar tol, tarif elektrik, dan bakal muncul adalah cukai GST?  Kita boleh terima kenyataan bodoh sesekali seperti kenyataan beliau sebelum ini untuk menerima "Hard Rock Cafe" berunsur Islam konoinnya, tetapi kenyataan bodoh yang kerapkali bukan saja boleh memalukan diri beliau bahkan negara kita akan ditertawakan dunia luar.  Tiada dunia yang menyalahkan Pembangkang apabila mereka menaikkan sesuatu kos untuk rakyat mereka.  

Sebenarnya Tengku Nan tiada hujah untuk dijawab apabila berdepan dengan pertanyaan rakyat mengapa selepas PRU 13 begitu mendadak serbi serbi dinaikkan?  Mahu harapkan Najib untuk menjawab, Najib pun ditertawakan rakyat apabila berfikir tentang kangkung yang boleh dikuti di tepi-tepi paya.  Turunnya harga kangkung, rakyat mesti puji kerajaan.  Orang yang waras pastinya akan ketawa dengan apa yang Najib sebut itu.  Kita fikir jika pemimpin sudah tidak boleh berhujah dengan bijak, sekurang-kurangnya ada Menteri yang boleh "cover' kebodohan pemimpin mereka, tetapi malang sungguh pemimpin dan anak buah "2 x 5" saja.

Usah ditanyalah anak-anak kangkung di bawah.  Tentunya mereka akan ikut dan "copy paste' sebiji-sebiji kenyataan bos dan menteri mereka.  Bodoh-bodoh pemimpin mereka pun, anak dan keluarga mereka kaya raya sehingga jutaan ringgit membeli rumah di dalam dan di luar negara.  Bodoh-bodoh anak kangkung pula  sekadar nampak hebat dan bergaya bila terima BR1M. 


Khamis, 16 Januari 2014

ISU KANGKUNG - PEMUDA UMNO TERENGGANU JANGAN MEROYAN, "KANGKUNG KITE BERSAMA, KE GUANE?"



TADI aku terbaca kenyataan yang amat "menakutkan dan mengerikan" dari Pemuda Umno.  Pergerakan Pemuda Umno Terengganu meminta semua pihak agar segera berhenti mempolitikkan isu sayur kangkung dalam semua saluran media.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh ketuanya, Mohd Johari Abu Bakar, mereka berkata, Pemuda sanggup berdepan dengan sesiapa sahaja untuk mempertahankan pemimpin negara daripada dihina dan dikotak-katikkan.  "Pergerakan Pemuda Umno negeri ingin memberi amaran agar tidak lagi melakukan penghinaan kepada pemimpin negara atau mereka perlu berdepan dengan Pemuda Umno jika masih berdegil," kata kenyataan itu.  (MI).
 
Kangkung menjadi bahan untuk mempermainkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sehingga ke seluruh dunia apabila BBC London juga melaporkan perkara ini.  Di dalam minggu ini, hampir seluruh media sosial FB dan Blog mengisahkan tentang "kangkung".  Radio KOBAT FM juga menjadikan lagu "Lenggang Kangkung" sebagai iklan sepanjang minggu ini dan akan diteruskan pada minggu seterusnya.
 
Pecah perut rakyat Malaysia ketawa apabila bercerita pasal kangkung.  Kangkung, Kongkang dan Kangkang.  Amat melucukan.  Tidak terfikir oleh kita bagaimana level PM boleh berbangga dengan turunnya harga kangkung yang hanya boleh dikutip di tepi jamban atau paya itu.  Paling menarik, di dalam Twitter MP Kinabatangan, Bung Mukhtar, beliau dengan bangganya menyebut beliau tidak makan kangkung tetapi makan makanan yang lebih 'standard".
 
Standard rakyat kangkung.  Hadiah kita selepas PRU13 selain dari hadiah kenaikan harga minyak, ayam, ikan. gas memasak, letrik, tol, gula dan sebagainya.  Jangan khuatir, masih ada lagi 'hadiah' untuk kita nanti.  Berbalik soal kangkung, apa masalah Pemuda Umno ini meroyan?  Kita bukan fitnah.  Bahkan PM sebut sendiri harga kangkung turun itu di bumi Terengganu.  Jadi, sepatutnya Pemuda Umno Terengganu mesti mengadakan Solat Kesyukuran menyambut pengumuman itu.  Bahkan, sepatutnya ada wakil dari Terengganu yang boleh 'bernazar' berjalan kaki dari K.Terengganu ke Putrajaya kerana turunnya harga kangkung.
 
Apakah kita gentar dengan amaran Pemuda Umno itu?  Ohhh....kirim salam berbanyak.  Kangkung bukan hak milik mu sorang..."Kangkung Kite Bersama, Ke Guane?"
 

Rabu, 15 Januari 2014

WANG BANTUAN BANJIR PUN LESAP, WANG UNTUK BEKAS POLIS PUN LESAP?

TAHUKAH anda bahawa masih ramai yang tak dapat duit yang dijanjikan untuk mangsa-mangsa banjir terutamanya di Kuantan dan Indera Mahkota?  Apa yang kita dapat lihat di Kemaman, mangsa-mangsa banjir bukan saja dapat bantuan duit atau barangan makanan, bahkan mereka dapat TV lagi.

Mangsa banjir di Pekan apa cerita?  Takkan di Pekan kawasan PM pun standardnya masih barang makan atau pampers je?  Atau, masih ramai yang tak dapat duit bantuan banjir lagi?  Jika masih ramai yang tak dapat, amat malang sekali dan nasib mereka lebih teruk dari nasib 'kangkung'.

Itu peruntukan banjir yang baru beberapa minggu berlaku, masih ramai yang ternanti-nanti walaupun cuba dihayalkan dengan irama joget "Lenggang Kangkung", namun rakyat tak lupa janji itu.  

Itu janji baru, masih tidak tertunai.  Janji yang setahun lalu juga masih tidak tertunai.  Janji sebelum PRU 13 lagi iaitu wang saguhati kepada bekas-bekas Polis (Terdiri daripada bekas anggota Home Guard, Special Constable, Extra Police Constable, Auxilliary Police, Women Auxilliary, Women Special Constable, Border Scout dan Jungle Squad,AC/Homeguard) sebanyak RM3,000.  Difahamkan peruntukan itu telah dimasukkan ke dalam Bajet 2012. Baru-baru ini aku balik kampong, sembang punya sembang dengan orang-orang Jelebu di kalangan mereka , difahamkan di Jelebu sahaja lebih kurang 50 orang yang layak masih tidak mendapat wang yang dijanjikan sebanyak RM3,000 itu.  Itu baru Daerah Jelebu, bagaimana di seluruh Malaysia?

Aku cuba dapatkan kepastian daripada pihak berkenaan di KDN iaitu di Bukit Aman.  Aku hubungi baahagian berkenaan, dan mereka mengesahkan memang masih ramai yang tak dapat duit RM3,000 itu.  Bila ditanya mengapa, mereka jawab masih di dalam proses.  Wah !! Setahun lebih proses ?  Tetapi mengapa ada segelintir yang dah dapat?  Masih proses kah atau memang wang dah habis?  

Jika bekas Polis ini mereka mahu per'kangkung'kan, apa lah ertinya masih ada Polis-Polis yang sedang berkhidmat sekarang berpeluh sakan buat kerja mempertahankan parti mereka?  Buatlah kerja secara profesional iaitu menjaga agama dan negara.  Usahlah buat kerja mempertahankan parti atau pemimpin parti yang memerintah.  Suatu ketika kamu akan bersara juga dan akan merasai apa yang telah dirasai oleh bekas-bekas rakan seperjuangan kamu.    

Isnin, 13 Januari 2014

BARU KU TAHU SELAMA INI KANGKUNG PUN MAHAL !!

AKU tak tahu nak tulis apa hari ini kerana masih teruja dengan sambutan "Hari Kangkung SeMalaysia" yang disambut rata-rata oleh seluruh rakyat Malaysia.  Hampir 99.9% warga FB menyambutnya dengan berbagai cara dan itu merupakan satu kejayaan di dalam 'tranformasi' Najib.

Hari ini juga radio KOBAT FM yang aku kendalikan pagi tadi mulai siaran dengan Mukaddimah "Salam 1 Kangkung".  Begitulah popularnya pengumuman Najib semalam yang tentunya membuatkan 47% rakyat Malaysia akan mengadakan kenduri kesyukuran di atas keprihatinan Najib meringankan beban hidup rakyat Malaysia apabila menurunkan harga kangkung dan bayam.

Secara tiba-tiba kangkung sejenis tumbuhan yang hidup kadangkala meliar di tepi-tepi parit dan paya menjadi 'glamour' tidak kalah dengan glamournya "tok peti Bughah".  Di dalam kita sibuk memperdebatkan isu Kalimah Allah terutamanya berkaitan dengan rampasan Bible di Selangor oleh JAIS, Najib lebih tertumpu untuk memikirkan tentang kangkung.  

Jika dulu ada Profesor Kangkung, kini kita ada PM kangkung.  Satu lagi kejayaan dan sejarah yang dicipta di bawah Najib.  Apabila Najib beritahu kangkung telah turun harga, baru kita sedar selama ini harga kangkung rupanya mahal.  Bayangkan, tumbuhan yang hidup di tepi-tepi longkang dan paya dijual dengan mahal di negara ini sehingga kelmarin diumumkan turun harga.  Jika Najib tidak umum turunnya harga kangkung, aku pun tidak tahu bahawa kangkung pun mahal rupanya.