Ekoran itu, mereka bersetuju untuk menubuhkan sekretariat bagi merumus perkara teknikal sebelum wacana ini boleh diadakan. Keputusan ini dicapai ekoran cabaran Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan untuk berdebat dengan Pemuda Umno.
Namun, ekoran kepanasan isu cabaran debat oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pendekatan debat itu ditukar kepada wacana. "Wacana ini akan dibuat secara terbuka," kata salah seorang Exco Pemuda PAS, Abdullah Karim.
Beliau mengulas laporan laman web yang melaporkan, Pemuda PAS dan Pemuda Umno mahu menubuhkan sekretatriat tetap antara mereka bagi membincangkan isu nasional. Menurut laporan itu, mereka mencapai kata sepakat untuk duduk semeja bagi membuat 'wacana intelek' bagi menyelesaikan masalah antara PAS dan Umno.
Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan Tantawi telah memaklumkan perkara itu dalam sidang medianya bersama Timbalan Ketua Pemuda Umno, Razali Ibrahim di lobi Parlimen hari ini. Langkah pertama yang akan mereka buat adalah menubuhkan sekretariat bersama kedua-dua sayap PAS dan Umno itu.
Mereka berdua berkata, mereka telah mengenalpasti apa yang hendak mereka kerjasama terutama dalan menghadapi isu nasional. Menurut laporan itu, langkah sayap PAS ini amat berbeza dengan langkah yang diambil oleh abang-abang mereka yang telah bersama Pakatan Rakyat menolak sebarang bentuk kerjasama dengan Umno termasuk kerajaan perpaduan.
"Ini tidak ada kaitan dengan isu kerajaan perpaduan. Ia berkait dengan cabaran debat Pemuda PAS kepada Pemuda Umno. Razali pula bersetuju untuk menyambutnya. "Sekretariat yang hendak ditubuhkan pula untuk bincang soal teknikal wacana ini. Bila nak ada, di mana, peraturannya macamana dan sebagainya," kata Abdullah kepada Siasah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan