RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 29 Ogos 2009

Polis mohon maaf, janji bertindak pantas

Polis mohon maaf, janji bertindak pantas
Ogos 29, 09 2:09pm
Pihak polis telah memohon maaf kerana tidak mengambil tindakan pantas sewaktu berlakunya protes dan perarakan kepala lembu sebagai membantah cadangan pindahan kuil Hindu di Shah Alam semalam, kata exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jeyakumar.

Katanya, Ketua Polis Daerah Shah Alam Noor Azam Jamaluddin menyuarakan perkara itu kepada beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dalam satu pertemuan pagi ini.

Menurutnya, Noor Azam menjelaskan bahawa pegawai yang ditugaskan di tempat kejadian adalah seorang pegawai junior.

"Jadi Noor Azam telah memberi jaminan bahawa tindakan akan diambil segera terhadap mereka yang bertanggungjawab (menganjurkan protes dan perarakan tersebut)," kata Jeyakumar yang bertanggungjawab menjaga halewhal bukan Islam di Selangor.

Menurut Dr Xavier, banyak laporan polis telah dibuat berhubung kejadian semalam.

"Banyak (laporan) dibuat oleh NGO, ahli majlis, Pemuda PAS, Pemuda PKR dan beberapa individu," katanya.

Pertemuan selama setengah jam itu diadakan di ibupejabat polis Shah Alam dan dihadiri oleh ahli parlimen DAP, Charles Santiago dan juga exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu.

Semalam, kira-kira 50 penduduk yang membantah cadangan pemindahan kuil Hindu ke Seksyen 23 Shah Alam, telah berarak membawa kepala lembu ke bangunan pejabat kerajaan Selangor petang semalam./Malaysiakini

3 ulasan:

  1. Ya amat pantas ..hingga malam ni dah lapan trak polis dok angkut mahkluk yang terlibat dengan demo semalam..kepala lembu dah di bawa ke hospital untuk bedah siasat , semua DNA telah di ambil , tetapi ada SATU DNA misteri tak dapat di padan kan dengan DNA mahkluk yang hadir demo tersebut..polis bertungkus lumus mencari sample DNA baru untuk di padan kan dgn DNA misteri...

    memang misteri ..kerana DNA lembu tersebut menyamai dgn DNA UMNOngok ..kes selesai dan di tutup . semua pihak di arahkan supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan selepas ini.
    kah kah kah ...

    BalasPadam
  2. memang susah nak dapat DNA kerana tukang-tukang arak kepala lembu dari jenis makhluk ghaib yang ganas!!!!

    BalasPadam
  3. Semoga semangat hari kebangsaan yang akan tiba esok boleh memadamkan segala api perkauman yang wujud.

    Musuh di luar bukan di dalam.

    Bertaubatlah sebelum terlambat.

    p/s: Minuman herba (resipi lengkap and percuma) bagi mencegah selesema A (H1N1).

    Sila layari http://bukakedaionline.wordpress.com/2009/08/27/minuman-herba-bagi-mencegah-selesema-a-h1n1/

    (dikemaskini dengan gambar, langkah penyediaan dan nama saintifik)

    BalasPadam