RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Ahad, 6 Disember 2009

BTN: UMNO pertahan, rakan lain BN membisu


- DR AISAR YEE ABDULLAH

Sebelum Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali mengumumkan institusi-institusi milik Kerajaan Negeri dihalang daripada menyertai kursus anjuran BTN berkuat kuasa serta-merta, isu itu sudah lama berbangkit.

Para pengkritik mendakwa, kursus itu bersifat perkauman sungguhpun kerajaan menafikannya. Kritikan terhadap BTN banyak bertaburan di alam maya dalam internet melalui blog perseorangan, laman-laman milik pembangkang, NGO dan komen-komen dimuat dalam portal berita.

Komen yang sering dilemparkan ialah kursus itu berbentuk satu sesi ‘membasuh otak’ di mana peserta diberitahu ‘kaum pendatang’ hendaklah diberi kurang ‘durian’ kerana status mereka dan sememangnya dari awal dulu sudah bersetuju dengan kaedah itu.

Peserta dalam kalangan itu mendakwa mereka sudah diberitahu untuk tidak mengungkit isu itu lagi atau pulang sahaja ke negara asal mereka. Kursus itu, mengikut mereka begitu condong kepada UMNO.

Tuduhan lain yang dikatakan diluah semasa kursus oleh pensyarah ialah Pas parti ajaran sesat, Anwar Ibrahim ejen Yahudi dan DAP kaki barut Singapura.

Dakwaan-dakwaan bahawa peserta kursus telah dipertonton rakaman-rakaman video perhimpunan-perhimpunan anjuran Bersih dan Hindraf yang menekankan kekecohan dan huru-hara akan berlaku jika peserta tidak menyokong BN.

Seorang peserta, C J Maliamauy yang pada tahun 2000 semasa menuntut di Universiti Teknologi Petronas, menulis kepada portal berita Malaysiakini mengesahkan dakwaan seperti di atas. Seorang pensyarah semasa kursus itu menyebut mengenai ancaman-ancaman kepada keselamatan negara yang datangnya daripada ‘parti-parti baru’.

Jawahar Hasan, seorang lagi peserta menceritakan pengalamannya menghadiri kursus anjuran BTN juga kepada Malaysiakini. Dia mendakwa, setiap peserta kursus itu dikehendaki menyerahkan semua telefon bimbit dan alat-alat rakaman kepada orang yang bertanggungjawab. Dia bertanyakan motif itu dilakukan dan apa yang mahu disembunyikan.


Kecewa dengan syarahan

Terdapat begitu banyak tulisan yang datangnya daripada mereka yang mendakwa pernah menghadiri kursus anjuran BTN. Pengalaman hampir sama. Mereka kecewa dengan syarahan diberikan yang menekankan hubungan ketuanan Melayu dan kaum pendatang.

Peserta yang membahasakan dirinya, KLeo menulis dalam portal berita sama, mengatakan dia menghadiri kursus pada sesi 2005 dan ramai peserta Melayu dan bukan Melayu ‘menyampah’ dengan tindak-tanduk para pensyarah.

Kerajaan Selangor mengambil langkah sedemikian kerana melihat kursus itu adalah satu proses indoktrinasi oleh Barisan Nasional (BN) yang ingin mewujudkan satu fenomena perkauman, memecahbelahkan komuniti, menyebabkan kebencian terhadap agama lain dan memprovokasi kebencian terhadap pembangkang.

Lazimnya, kerajaan BN boleh meneguk di air keruh apabila wujudnya suasana seperti itu dan menggembleng komuniti untuk bersatu di bawahnya dengan alasan hanya parti itulah sahaja mampu mengekang suasana dari terus menjadi lebih kronik.

Akhbar-akhbar Melayu, terutama yang di bawah pengaruh UMNO begitu kuat mempertahankan kursus-kursus anjuran BTN dengan memetik kata-kata daripada para pemimpin UMNO mempersendakan pembangkang mempolitikkan kursus yang dianggap mereka membangkit semangat patriotisme. Mereka menganggap mengharamkan menghadiri kursus adalah tindakan tidak patriotik.

Suara paling lantang daripada kalangan mereka mempertahankan program BTN ialah datangnya daripada Timbalan Perdana Menteri (TPM) sendiri, Muhyiddin Yassin, dan beberapa menteri lain dan timbalan menteri seperti Hishammuddin Hussein, Sharizat Abdul Jalil, Noh Omar, Zahid Hamidi, Mukhriz Mahathir dan Ahmad Maslan.

Ahmad, Timbalan Menteri yang bertanggungjawab ke atas BTN malah menegaskan usaha kerajaan Selangor itu akan digagalkannya kerana baginya BTN adalah sebuah agensi yang ingin menanamkan semangat patriotik dan kursus-kursusnya berstruktur tinggi.

Beliau akan terus memastikan pegawai-pegawai Kerajaan Pusat yang bertugas di Selangor, mahasiswa-mahasiswa, belia-belia dan AJK Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan menghadiri kursus anjuran BTN di Selangor.

Bagi Ahmad, kursus anjuran BTN itu amat sesuai dan sejajar dengan konsep 1Malaysia serta tidak memiliki elemen perkauman.


Tidak adil kutuk BTN

Kerajaan Selangor dituduh memperbesarkan isu oleh Sharizat Abdul Jalil. Beliau mendedahkan pernah menghadiri kursus anjuran BTN dan mendapati ia semata-mata berkaitan pemikiran positif dan tidak ada kena-mengenai dengan perkauman.

Beliau mendakwa, kebanyakan yang menghadiri kursus berpuas hati dan suka akannya. Bagi Sharizat adalah tidak adil mengutuk kursus BTN kerana ia berasaskan konsep 1Malaysia yang dicintai ramai.

Rakan sejawatnya dalam Kabinet, Noh Omar membidas Lim Kit Siang kerana menganggap program itu perkauman. Beliau menyamakan Lim sebagai ‘orang buta’ kerana mengkritik kursus-kursus BTN.

“Sama seperti seorang buta yang tidak tahu apa yang dia tidak tengok. Bagaimana Kit Siang boleh bercakap tentang kursus BTN kalau beliau sendiri tidak pernah menghadirinya?” tanya Noh.

Sungguhpun terdapat usaha keras pemimpin UMNO mempertahankan kursus anjuran BTN yang menjadi panas berikutan tindakan kerajaan Selangor itu semasa ketiadaan Najib di dalam negara kerana menghadiri Persidangan Perdana Menteri Negara Komanwel, isu itu sebenarnya telah pun ditangani oleh kabinet lama sebelum itu.

Satu taklimat telah pun dilakukan untuk Najib yang dihadiri oleh beberapa menteri. Mereka telah diberi penerangan menyeluruh tentang kontroversi berkaitan kursus BTN yang diwajibkan ke atas pegawai kerajaan dan mahasiswa.

Pada penghujung taklimat, Najib dikatakan menyuarakan kebimbangan beliau terhadap kesan negatif dari kursus tersebut kepada mentaliti peserta Melayu. Beliau mahu suasana itu dihentikan dan beliau menyatakan kebimbangan ini di hadapan Khaled Nordin, Nazri Aziz dan Muhyiddin Yassin.

Maklumat diperoleh mendedahkan dalam taklimat yang diuruskan oleh Idris Jala itu, komen daripada Najib dipersetujui mereka yang hadir.

Najib dikatakan menghadapi tekanan kuat untuk memansuhkan BTN kerana ia didapati bertentangan dengan konsep 1Malaysia yang diilhamkannya.

Najib tidak mahu cakap-cakapnya mengenai 1Malaysia dicaci sebagai omongan kosong atau retorik politik. Sudah banyak cakap politik jadi mainan momokan rakyat dan Najib tidak mahu konsep 1Malaysia menjadi macam Islam Hadhari yang hilang bersama langkah terakhir Abdullah daripada Seri Perdana.

Idris Jala yang dipertanggungjawabkan untuk mempromosi konsep 1Malaysia Najib mencadangkan satu semakan menyeluruh BTN untuk menjadikannya lebih terbuka.

Kursus-kursus anjuran BTN didapati oleh Idris Jala sebagai satu galangan menjayakan konsep 1Malaysia. Para menteri yang menghadiri taklimat itu mengangguk tanda bersetuju.

Maka, pelik, semasa ketiadaan Najib, para menterinya, bertindak bangun mempertahankan BTN dan menganggapnya kursus itu sesuatu yang patriotik dan selaras dengan 1Malaysia pula!

Apakah motif sebenar mereka? Masih mahu mempertahankan cara lama di mana turning over dilakukan gaya 90-an dan pra 2008 yang sudah nyata tidak berkesan lagi? Masih percaya bahawa peserta-peserta boleh dijinakkan dengan menghadiri kursus empat hari tiga malam dan didedahkan fakta yang menakutkan lalu meletakkan mereka dalam keadaan constant fear agar mereka mudah dieksploit?


'Turning over' tidak berkesan

Hakikatnya, proses turning over itu tidak lagi berkesan hari ini. Peserta yang menghadiri kursus BTN untuk beberapa hari sahaja apabila keluar dari kem, terus terdedah dengan maklumat bertentangan yang berleluasa di alam Internet!

Malah semasa masih berada dalam kem sendiri pun, mereka sudah mempertikaikan isu ceramah dan lantas memperlekehkan apa yang dikatakan oleh pensyarah sebelumnya. Cumanya mereka takut meluahkannya sebab mereka adalah pegawai kerajaan dan mahasiswa yang tertakluk dengan peraturan.

Mereka lalu menuduh BTN memesong fakta. Apa kesan daripada kursus BTN?

Mantan TPM, Musa Hitam menganggap kursus BTN hari ini memperbodohkan peserta. Kursus seperti itu sudah ketinggalan zaman, katanya. Beliau mengaku banyak menerima aduan mengenai BTN.

Maka, pengumuman Nazri bahawa kerajaan bersetuju mengkaji pengisian kursus BTN ditunggu dengan penuh minat. Sebarang usaha untuk melunakkan sukatan kursus mungkin tidak mencukupi jika Najib serius untuk merealisasikan konsep 1Malaysianya.

Menariknya, pengumuman Nazri itu mengesahkan bahawa satu taklimat diadakan dan kabinet telah pun mengarahkan Ketua Setiausaha Negara untuk membuat rombakan itu.

Lalu ia membuahkan pertanyaan, kalau ia sudah lama dibuat kenapa terdapat beberapa menteri masih mempertahankan konsep BTN yang ada hari ini? Kenapa pahat dan tukul masih berbunyi?

Pertanyaan lain yang kerap kedengaran ialah, apa pandangan MCA, MIC, Gerakan, PPP dan lain-lain?

Senyap tanda bersetuju dengan apa yang dibuat oleh BTN sekarang atau senyap membantah tetapi tidak berani mengeluarkan suara kerana masih di bawah ketiak kuasa lain?

Parti-parti ini ditolak dalam PRU Mac 2008 ialah kerana peranan mereka dilihat tidak berkesan dalam BN.

Paling menghiburkan ialah Nazri memberi alasan BTN dikaji balik kerana ia bertentangan dengan konsep 1Malaysia, sedangkan para menteri UMNO mempertahankan kursus BTN kerana kononnya ia sesuai dengan konsep 1Malaysia.

Nazri menyifatkan tidaklah perlu pemimpin UMNO berbohong mengenai kursus BTN lagi kerana mantan pemimpin UMNO yang berada dalam barisan pembangkang tahu rahsianya. Beliau menyebut nama Anwar Ibrahim sebagai contohnya.

Beliau mengaku kursus BTN digunakan untuk mempromosi tokoh-tokoh UMNO tertentu.

Apakah mereka yang giat mempertahankan kursus BTN itu adalah tokohnya yang dituduh Nazri itu? Mereka ini menumpang berselindung di bawah tabir konsep 1Malaysia tajaan Najib?

Konsep 1Malaysia itu nampaknya sudah jadi produk yang mengelirukan./Sinarharian

3 ulasan:

  1. Halo semua, saya Rika Nadia, saat ini tinggal orang Indonesia dan saya warganegara, saya tinggal di JL. Baru II Gg. Jaman Keb. Lama Utara RT.004 RW.002 No. 26. Saya ingin menggunakan medium ini untuk memberi nasihat konkrit kepada semua warganegara Indonesia yang mencari pinjaman dalam talian untuk berhati-hati kerana internet penuh dengan penipuan, kadang-kadang saya sangat memerlukan pinjaman , kerana kewangan saya buruk. statusnya tidak begitu baik dan saya terdesak untuk mendapatkan pinjaman, jadi saya jatuh ke tangan pemberi pinjaman palsu, dari Nigeria dan Singapura dan Ghana. Saya hampir mati, sehingga seorang kawan saya bernama EWITA YUDA (ewitayuda1@gmail.com) memberitahu saya tentang pemberi pinjaman yang sangat boleh dipercayai bernama Puan ESTHER PATRICK Cawangan Pengurus Pinjaman Akses, Dia adalah pemberi pinjaman global; yang saya hubungi dan dia meminjamkan saya pinjaman sebanyak Rp600,000,000 dalam masa kurang dari 12 jam pada kadar faedah 2% dan yang mengubah kehidupan seluruh keluarga saya.

    Saya menerima pinjaman saya dalam akaun bank saya selepas Madam. LADY ESTHER telah meminjamkan pinjaman kepada saya, apabila saya menyemak baki akaun bank saya dan mendapati bahawa jumlah yang saya terima itu telah dikreditkan ke akaun bank saya. dan saya mempunyai bukti dengan saya, kerana saya masih terkejut, e-melnya (ESTHERPATRICK83@GMAIL.COM)

    Jadi untuk kerja yang baik LADY ESTHER telah melakukannya dalam hidup saya dan keluarga saya, saya memutuskan untuk memberitahu dan berkongsi kesaksian saya tentang LADY ESTHER, jadi orang dari negara saya dan bandar saya boleh mendapatkan pinjaman dengan mudah tanpa tekanan. Jadi, jika anda memerlukan pinjaman, hubungi LADY ESTHER melalui e-mel: (estherpatrick83@gmail.com) sila hubungi LADY ESTHER Dia tidak tahu bahawa saya melakukan ini tetapi saya sangat gembira sekarang dan saya membuat keputusan untuk memberitahu orang ramai tentangnya, Dia menawarkan semua jenis pinjaman kepada individu dan syarikat dan juga saya mahu Tuhan memberkati dia lebih banyak,

    Anda juga boleh menghubungi saya di e-mel saya: (rikanadia6@gmail.com). Sekarang, saya seorang pemilik perniagaan wanita yang baik dan hebat di kota saya, Semoga Tuhan Yang Maha Esa terus memberkati LADY ESTHER untuk kerja yang baik dalam hidup dan keluarga saya.
    Tolong beritahu saya untuk maklumat lanjut tentang Ibu dan saya akan memberi arahan, dan ada bukti pinjaman, hubungi LADY ESTHER melalui e-mel: (estherpatrick83@gmail.com) Terima kasih semua

    BalasPadam
  2. Halo, nama saya AHMAD MARYAM dari Kota Bharu City di Malaysia, dan saya dengan senang hati berkahwin dengan keluarga. Selama beberapa bulan sekarang, saya mengalami kemunduran kewangan dan diperlukan untuk membiayai semula kerana bil saya telah lama dibayar untuk pembayaran. Saya cuba mencari pinjaman daripada pelbagai firma pinjaman baik korporat dan swasta tetapi semua tanpa kejayaan, bank saya melawat semua merosot kredit saya. Tetapi seperti yang Allah akan memihak kepada saya, saya telah diperkenalkan kepada RAMADHAN ISLAMIYAT LOANS Tuhan yang takut kepada Pemberi Pinjaman untuk program pinjaman mereka, dengan e-mel hubungan: (ramadhanislamiyatloans@gmail.com) sebuah syarikat terhad swasta dengan modal saham, dan saya telah diberikan pinjaman perniagaan peribadi jumlah sebanyak 150,000 RM pada 8 Februari 2019. Hari ini status kewangan saya dipulihkan dan perniagaan saya kini stabil. Terima kasih Nabilah untuk memperkenalkan saya RAMADHAN ISLAMIYAT LOANS, dan kepada anda Ibu: Anita Ervina (C.E.O) untuk membantu saya. Dia seorang wanita yang baik dan takut kepada Tuhan dan saya berdoa agar Allah memberkati dia kerana menolong saya. Nasihat saya kepada semua orang di luar sana yang memerlukan pinjaman untuk apa-apa jenis adalah dengan segera Hubungi melalui e_mail: (ramadhanislamiyatloans@gmail.com)

    BalasPadam
  3. LOI THERESA 🙂

    Kami kini memberi pinjaman kepada Asia Tengah Amerika liar

    negara dan lain-lain @ 2% Kadar Faedah dengan NO KAWALAN KREDIT dari USD5000, hingga berbilion dolar sepanjang tempoh 12-144 Bulan.

    REMUNERASI LENDING kami bermula dalam masa 3 bulan selepas penerima menerima pinjaman pada hari kelulusan dan kami menawarkan pelbagai

    daripada pinjaman, termasuk:
    * Penyatuan hutang
    * Pinjaman Perniagaan
    * Pinjaman Peribadi
    * Pinjaman Rumah
    * Pinjaman Kewangan Kereta

    ✔. Senarai hitam boleh dikenakan

    ✔. NO CHECK CREDIT

    Kajian ✔.Debt atau perintah mahkamah boleh dikenakan

    ✔.ETC boleh memohon.
    Pinjaman Tunai Theresa Syarikat ini adalah a

    filem pinjaman berdaftar dan dibenarkan dan kami menawarkan pinjaman kepada semua warganegara yang tersenarai hitam, tidak semak KREDIT.

    Terapkan sekarang dengan nombor mudah alih anda, nombor ID, nama penuh, jumlah pinjaman dan tempoh pinjaman kepada E-mel

    : Nombor pejabat Theresaloancompany@gmail.com ++ 12817208403

    Untuk kejelasan lanjut, jangan ragu untuk menghubungi kami atau WhatsApp (+12817208403).

    Salam sejahtera,

    Theresa

    Pengiklan Pinjaman (Pr),

    Pinjaman Theresa

    BalasPadam