PAS: Jangan pertikai dana bina masjid | ||
|
kemaskini 7.34pm Timbalan presiden PAS menggesa isu peruntukan besar untuk pembinaan masjid, tetapi rumah ibadat bukan Islam diabaikan, tidak dibesar-besarkan lagi oleh DAP seperti diungkitkan seorang ahli parlimennya.
Nasharudin Mat Isa bimbang kenyataan wakil rakyat Taiping, Nga Kor Ming, yang juga setiausaha DAP Perak, boleh membangkitkan sentimen agama dan menimbulkan salah faham orang ramai.

Di Dewan Rakyat kelmarin, Nga mempersoalkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM748.26 juta bagi membina 611 masjid dalam tempoh lapan tahun hingga 2008, sedangkan kerajaan didakwa gagal membina rumah ibadat agama lain dalam tempoh tersebut.
Kenyataannya itu dilaporkan dipertikaikan oleh seorang lagi ahli parlimen, Datuk Ibrahim Ali, yang menyifatkannya "biadap" dan "dan cuba menyalakan api dalam sekam".
"Dia (Nga) boleh desak kerajaan beri peruntukan lebih untuk kegiatan agama lain tetapi dia tak boleh membandingkan peruntukan yang diberi oleh kerajaan untuk pembinaan masjid.
"Apabila itu berlaku apatah lagi dibuat di luar Parlimen, maka ini sudah jadi hasutan selain satu kenyataan politik yang cuba menimbulkan pergaduhan agama," Ibrahim dipetik berkata semalam.
Dalam satu kenyataannya hari ini, Nasharudin bagaimanapun berkata orang bukan Islam berhak "menuntut pembinaan rumah ibadat mereka tetapi bukan dengan mempertikaikan atau membandingkan hak agama Islam sebagai agama rasmi."
"Kerajaan juga turut digesa untuk berlaku adil kepada semua rakyat dalam memenuhi keperluan mereka seperti mana yang telah digariskan dalam lunas perlembagaan negara," katanya.
Beliau juga berharap pemimpin-pemimpin gabungan pembangkang menggunakan "saluran dalaman" untuk membangkitkan isu-isu yang disifatkannya "menyinggung sensitiviti agama dan bangsa".
"(Cadangan) ini bagi mengelakkan sebarang polemik seperti mana yang pernah melanda Pakatan Rakyat sebelum daripada ini," kata Nasharudin lagi.
Sementara itu sekumpulan ahli parlimen PAS yang diketuai bendahari pusatnya Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai) bersama Nga mengadakan sidang akhbar di lobi Parlimen untuk mempertahankan pemimpin DAP itu.
Turut hadir ahli parlimen PKR bagi Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.
Dr Mohd Hatta menyalah Utusan Malaysia, yang melaporkan isu ini di halaman depannya hari ini, dengan menyifatkan ia telah melanggar etika kewartawanan.
Bersama ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali (Titiwangsa) dan Khalid Samad (Shah Alam), beliau bertegas akan mempertahankan Nga.
Dalam sidang media sama, Nga menafikan beliau mempertikaikan Islam apabila membuat perbandingan peruntukan untuk masjid dan rumah ibadat bukan Islam.
Laporan Bernama pula menyebut Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Pahang hari ini membuat aduan di balai polis Bentong terhadap Nga.
Yang dipertuanya Dr Zubir Harun dilaporkan berkata kenyataan Nga
"amat menghina agama Islam, Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu serta berbaur hasutan yang boleh menyebabkan pergaduhan agama yang serius."/Malaysiakini

Salam sdr.
BalasPadamKalau Masjid banyak tetapi tidak dimakmurkan, apa gunanya?
Orang Islam kena cerdik....minta janganlah diisukan hal ini, selesaikan secara musyawarah dalam Pakatan....
BalasPadamJangan bina ruang untuk musuh menghentam kita....
Jangan terpengaruh dengan Utusan. dan utusan jangan lah nyalakan api neraka.
BalasPadamkos pembinaan itu yang menjadi persoalannya. satu kesedaran perlu kita ambil, banyaknya masjid dibina sedangkan ahli sedikit...berbalui kah ini. kalau kita fikir secara positif, ini adalah satu cabaran kepada umat islam yang tidak bertandang ke masjid, padahal berjuta2 wang dihabiskan untuk pembinaannya. tak ke rugi namanya tu.....
BalasPadamHanyutlah engkorang dengan DAP itu. Pada peringkat awal permuafakatan ini tugas DAP sbg kuasa baru politik sekarang ialah menuntut pengagihan semula yang 'samarata' setiap perkara dengan formula baru. Tuntutan ini tentu berpaksi pada logik mudah yang susah untuk ditolak dalam suatu gabongan. Dalam peringkat ini tugas ahli gabongan dari PKR dan PAS ialah 'mngorbankan hak-haknya'. Kesediaan ini adalah merupakan syarat kelangsugqn pada permuafakatan tersebut. Kot tuntutan mereka terlebih sikit bunyinya, kita bantu untuk moderate kan supaya bunyinya tetap jatuh dalam konteks 'keadilan'. Sebutlah apapun; contohnya dibidang pendidikan spt peruntukan biasiswa & pinjaman, kemasukan ke Universiti dan sekolah berasrama penuh, hak bahasa Cina, sekolah vernakular. Bab penindasan sektor swasta Cina kpd bangsa Melayu adalah diluar bidangkuasa dan definasi keadilan kerajaan gabongan. Bila mereka dah lebih berkuasa nanti mereka tetap spt mereka, sptmana Yahudi tetap spt Yahudi dan Melayu tetap spt Melayu. Mereka ada seribu cara untuk melebihkan bangsa mereka dan orang Islam Melayu skrg ada seribu cara merasa mereka selama ini 'tidak adil' pada manusia China dan India. Memang perangai inferior orang Islam bangsa Melayu. Go ahead Dr Hatta.
BalasPadam