RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 11 Disember 2009

Isu Ariffahmi: Mahfuz berlapang dada dengan Nik Aziz


Dzulfikar Mashoor
KUALA LUMPUR, 11 Dis: Pandangan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar supaya Ariffahmi Abdul Rahman meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) lebih awal turut mendapat nasihat Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Aziz meminta Mahfuz supaya jangan mengambil tindakan terburu-buru dalam isu perjawatan Ariffahmi manakala Mahfuz pula secara terbuka berkata, beliau berlapang dada dengan teguran balas Mursyidul Am PAS itu.

Ketika ditanya wartawan semalam, Mahfuz berkata, beliau berlapang dada dengan teguran Nik Aziz kerana menganggap Mursyidul Am PAS itu seperti bapanya.

(Gambar: Ariffahmi letakkan jawatan sebagai CEO PMBK)

“Bagi saya Tok Guru (Nik Aziz) semacam bapa yang saya cukup kasih dan sayang, maka apa jua nasihatnya saya berasa berlapang dada, saya tidak patut berkecil hati kerana beliau bapa saya sendiri menegur saya,” jelas Mahfuz.

Nik Aziz dalam kenyataannya berkata, Mahfuz silap dalam hal ini.

Menurutnya, CEO PMBK itu seorang pegawai yang dilantik mengikut peraturan, dan sekiranya ingin berundur harus mengikut kaedah termasuk sekiranya ingin bercuti tiada sebarang masaalah.

“Apabila dia keluar (melepaskan jawatan), saya kena cari orang lain dan orang lain tu bukan orang sebarangan, boleh jadi orang yang telah bekerja.

“Sekiranya orang baru itu ingin berhenti untuk menduduki jawatan baru di PMBK, dia terikat pula dengan tempoh itu dan tempoh ini, kena bayar elaun dan lain-lain lagi,”ujar Nik Aziz dalam sidang medianya baru-baru ini.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menjelaskan, nasihatnya kepada Ariffahmi sebelum ini semata-mata untuk menjaga nama baik Nik Aziz.

“Ia satu pandangan kerana saya sayang pada Tok Guru (Nik Aziz) kerana tidak mahu ada pihak mencerca tok guru atas isu ini," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.

Beliau turut menegaskan bahawa nasihatnya kepada Ariffahmi sebelum ini bukanlah untuk mengajar Nik Aziz.

Ujarnya lagi, selagi Ariffahmi tidak berundur dari jawatan yang disandang membolehkan pemimpin tertentu Umno berpesta mencerca Nik Aziz menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak.

“Saya ini anak sahaja (di sisi Nik Aziz), sedangkan Tok Guru adalah bapa yang saya kasih. Yang saya nasihat bukannya Tok Guru, tetapi adik saya sendiri (iaitu) Ariffahmi supaya sedia berundur,” jelas Mahfuz.

“Ariffahmi pun saya anggap macam adik saya. Sebab itu saya yakin, Ariffahmi juga sayangkan Tok Guru, sama seperti saya sayangkan Tok Guru," katanya.

Isnin lalu, Mahfuz menasihatkan Ariffahmi melepaskan jawatan CEO PMBK demi mengelakkan sebarang dakwaan kronisme oleh pihak tertentu dilemparkan kepada Nik Aziz.

Sebelum itu, Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta beberapa pemimpin tertinggi PAS Pusat bermesyuarat bersama Nik Aziz, sebelum menasihatkan Ariffahmi supaya meletak jawatannya.

Ariffahmi sebelum ini berjanji lisan untuk meletak jawatan itu telah menghantar surat rasmi berkuatkuasa mulai 25 Disember ini. Namun kontrak perjawatannya memerlukan beliau memberikan notis selama tiga bulan Oleh itu beliau akan tamat perkhidmatannya dengan PMBK Mac tahun depan./Harakahdaily

2 ulasan:

  1. Tak perlu pening kepala untuk memikirkannya.Rumusannya mudah,Ariff Fahmi memang cari alasan dengan merujuk beberapa prosuder perkhidmatan untuk tidak meletak jawatan dalam masa yang terdekat.
    Jika ini diterima pakai bermakna tiada ada apa yang salah dilakukan olih Ariff Fahmi selama ini,tiada moral kronisma dan tiada moral kepimpinan koperat.Lebih tepat Ariff Fahmi tidak perlu meletak jawatan sama sekali.
    Biarlah persepsi masyarakat berterusan asal hati puas dan perasaan kekeluargaan mengatasi segalanya.Pekakkan telinga,tutupkan mata hati.Biarlah apa orang lain nak kata,tutup buku.

    BalasPadam
  2. “Saya ini anak sahaja (di sisi Nik Aziz), sedangkan Tok Guru adalah bapa yang saya kasih..SUDAH LAH MAHFUDZ, jangan nak bersendiwara. Sudah puas MELUDAH kat muka org tua tu kemudian nak ngaku anak pulak..Kalau anak betul pun dah patut ayahnya mengaku bukan anak,mana akhlak Islamnya,ni la org kata PAS mmperalatkankan Islam kalau dah dapat memerintah 2x5 dgn UMNO, kalau nak jadi Syaidina Omar pun kena guna akal,Syaidina Omar x sebodoh YB Mahfudz bila nak beri kenyataan dlm memperjuangkan Islam ..

    BalasPadam