RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Isnin, 8 Mac 2010

YB ZUL BELUM BUKA MULUT, OFFER SUDAH DATANG?

Oleh: WFAUZDIN NS

AMAT melegakan apabila PKR memecat YB Zul (MP Kulim Bandar Baru) yang sinonim dengan perkataan `Firaun'nya itu. Asas pemecatannya mudah, iaitu YB Zul telah menganiayai rakan sekutu di dalam PR iaitu YB Khalid (MP Shah Alam) dari PAS dengan membuat laporan Polis terhadapnya. Di samping itu, YB Zul juga secara jelas menyerang pimpinan PR khususnya dari DAP sewaktu muncul di TV 3 sedangkan beliau bukan tidak tahu `standard' TV 3 di mata rakyat sekarang. Secara tidak langsung, YB Zul membekalkan peluru kepada media haprak tersebut dan ini jelas menunjukkan YB Zul seorang manusia yang gila publisiti dan pentingkan diri sendiri.

Mengapa YB Zul tidak memilih untuk bermuzakarah atau berbincang bagi melahirkan pandangannya sebelum ini terhadap beberapa pimpinan PR yang tidak sependirian dengannya? Mengapa perlu membuat laporan Polis terhadap `ahli keluarga' nya sendiri? Susah sangatkah untuk menyelesaikan isu-isu agama tanpa mengunjungi balai Polis? Jika YB Zul merasa dirinya tidak sependapat dengan YB Khalid, adakah dengan membuat laporan Polis maka YB Zul anggap dia berada di pihak yang benar? YB Zul tidak terima keanggotaan JK Disiplin yang mengadilinya atas alasan kununnya ini isu agama Islam sedangkan JK Disiplin tersebut terdiri dari berbagai agama. Pelik juga, mengapa atas isu agama Islam juga YB Zul membuat laporan Polis. YB Zul yakinkah dengan pihak Polis boleh selesaikan masalah agama? Mengapa tidak membuat laporan kepada Majlis Agama Islam kerana isu beliau dengan YB Khalid berkaitan isu agama?

Sebenarnya JK Disiplin PKR mengambil tindakan berasaskan dua perkara sahaja iaitu mengapa sehingga sanggup YB Zul membuat laporan Polis ke atas YB Khalid dan mengapa YB Zul menyerang pimpinan PR melalui wawancara di TV 3? Seandainya YB Zul menjawab dia membuat laporan Polis kerana ingin mempertahankan kesucian agama, maka ingin kita persoalkan mengapa YB Zul tidak membuat laporan kepada pihak yang lebih arif untuk menyiasat seperti Majlis Agama Islam? Mengapa YB Zul tidak berusaha untuk mencari kaedah lain seperti bermuzakarah atau berbincang bersama dengan YB Khalid? Bukankah di dalam PKR dan PAS banyak terdapat Ustaz-Ustaz dan Tok-Tok Guru serta Ulamak yang boleh memberi penerangan tentang isu agama Islam? Mengapa Polis juga yang dicari oleh YB Zul?

Satu sebab lagi, mengapa YB Zul menggunakan platform di TV 3 untuk menghentam pimpinan PR? Tiada cara lainkah yang lebih bijak untuk YB Zul untuk mengkritik pimpinan? Karpal Singh sendiri pernah mengkritik Ketua Pembangkang DS Anwar dengan keras, tetapi Karpal Singh lebih bijak dari YB Zul. Dato' Zaid Ibrahim juga sering mengkritik pimpinan PKR. Kalau DS Anwar boleh terima dengan terbuka kritikan pedas oleh Karpal Singh juga Dato' Zaid, mustahil DS Anwar tidak boleh terima apa jua kritikan dari YB Zul tetapi hendaklah kena dengan caranya. Apabila difikirkan kembali, jelas YB Zul sememangnya tahu bahawa beliau pasti akan dipecat.

Apabila YB Zul dipecat, belum pun tamat tempoh 14 hari untuk YB Zul sekiranya ingin mengemukakan rayuan, tiba-tiba datang satu suara dari seorang pemimpin kanan PAS yang membawa `sireh pinang' untuk meminang YB Zul. Sungguh menghairankan, tidakkah beliau sedar bahawa YB Zul telah menganiayai YB Khalid (MP dari PAS) ? Apakah kebetulan yang dianiayai oleh YB Zul itu adalah pemimpin yang sebelum ini `teraniaya' digantung 6 bulan oleh JK Displin PAS? Pendek kata, adakah tindakan YB Zul terhadap YB Khalid satu langkah yang disukai oleh pemimpin kanan PAS tersebut? Sehingga kini YB Zul tidak pernah memohon maaf kepada YB Khalid dan tidak menarik laporan Polis yang dibuatnya. Beliau juga tidak pernah menyesal di atas perlakuan bodohnya itu, oleh yang demikian atas asas apakah pemimpin PAS itu mahu YB Zul menyertai PAS?

Kita berharap agar mana-mana pimpinan di dalam PR haruslah ada sikap hormat menghormati di antara satu sama lain. Saya amat menyanjung tinggi kenyataan YB Mahfuz yang secara jelas menentang sekiranya YB Zul diterima menganggotai PAS. YB Zul hanya boleh diterima memasuki PAS sekiranya beliau menyesal di atas tindakannya serta memohon maaf kepada YB Khalid dan beliau mesti berjanji akan menerima keputusan secara berjemaah. Saya percaya orang yang gila publisiti dan ego ini tidak akan berbuat demikian./wfauzdin.blogspot.com

5 ulasan:

  1. Jika PAS ada maruah, tak perlu ambil katak yg tempang ini.

    BalasPadam
  2. Kono buek kenduri ni meraikan pemecatan budak zul bingung dari pKR...

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum...

    tak payah la PAS amik YB ZulKulim.. biarlah dia berdiri sendiri...

    BalasPadam
  4. jalang pun ada moral!!

    BalasPadam
  5. Tengah meroyan gila mamat ni..

    BalasPadam