RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Jumaat, 11 Jun 2010

KERAJAAN BIAWAK, LIDAH BERCABANG

Susahnya jika lidah Menteri kita "bercabang"

Tok Pepijat
Malunya Malaysia punya menteri sebegini! Dalam sehari dua ini Parlimen Malaysia menjadi tempat pertunjukkan "spesis" lidah bercabang!

Yang pertamanya PM Najib menyatakan dalam Parlimen,beliau belum lagi keluar lesen judi bola. Beliau tunggu reaksi rakyat dahulu. Manakala diluar Parlimen, dengan bangganya Vincent Tan menyatakan Berjaya telah diberi lesen untuk kegiatan judi bola.

Yang keduanya, Menteri Nazri Aziz menjawab secara bertulis kepada MP Kota Melaka bahawa kabinet telah PUTUSKAN untuk buat bangunan Parlimen baru berharga Rm800juta di Putrajaya. Manakala dalam sidang media di luar Parlimen, Nazri menyatakan kabinet masih BERBINCANG untuk membuat keputusan.

Adakah menteri kabinet kita begitu "bodoh" matematik tidak tahu nilai RM150 juta untuk baiki Parlimen lebih murah berbanding buat bangunan baru dengan harga RM800 juta?

Atau dalam kepala mereka sudah terbayangkan habuan komisen projek RM800 juta?

Benarlah kata Sasterawan Negara A.Samad Said, Malaysia punya menteri yang mempunyai lidang bercabang dua dan telinga satu!/Harakahdaily


2 ulasan:

  1. sbb tu la depa takut utk siarkan perbahasan di parlimen..nnt rakyat akan meragui, dan bila rakyat da ragu2, rakyat akan "cari" maklumat lain..dan secara tak langsung akan membuka minda rakyat..bila minda rakyat dh terbuka, umno/BN/apco akan hilang kuasa..

    BalasPadam
  2. dah tak suka macam2 kau orang nampak....duk cari kesalahan orang....memang banyaklah,kesalahan kita macamana....??.boleh percaya kaki lewat...

    BalasPadam