Ternanti-nanti kelibat Subkhiddin
|
|
Enam daripada mereka bertugas sebagai guru, termasuk warga Malaysia, Subkhiddin Mohd. Salleh.
Martin Hansson, pengadil yang mengesahkan jaringan Thierry Henry biarpun penyerang Perancis itu memegang bola sebelum mengumpan kepada William Gallas pada perlawanan playoff menentang Republik Ireland, adalah seorang ahli bomba.
Ravshan Irmatov yang diberi penghormatan mengadili perlawanan pembukaan di antara Afrika Selatan dan Mexico, adalah seorang jurulatih di sebuah sekolah bola sepak.
Howard Webb, wakil England, pegawai polis manakala Benito Archundia dari Mexico serta Oscar Ruiz dari Colombia mencari rezeki sebagai peguam.
Irmatov diuji menerusi suatu insi- den pada perlawanan pembukaan itu. Pengadil dari Uzbekistan itu membatalkan jaringan penyerang Mexico, Carlos Vela sesudah penjaga gol Ithumeleng Khune keluar dari gawang tetapi Steven Pienaar berada di garisan gol.
Keputusan Irmatov tepat. Vela berada pada kedudukan ofsaid kerana dia berada lebih hampir dengan garisan gol lawan daripada bola dan pemain lawan yang kedua terakhir.
Jaringan itu diiktiraf jika Vela berada separas dengan pemain lawan yang kedua terakhir atau sepa- ras dengan dua pemain lawan terakhir. Maknanya jika Khune dan Pienaar berada di garisan gol ketika itu, jaringan Vela dikira.
Awal bulan lalu, Selangor menewaskan Johor FC 4-1 dalam satu pertemuan Liga Super di Pasir Gudang.
Johor FC kononnya dinafikan hak membuka jaringan dalam situasi yang hampir sama dengan insiden membabitkan Vela.
Sebenarnya pengadil R. Krishnan membuat keputusan yang betul kerana biarpun P. Gunalan berada di garisan gol, Hamsani Ahmad sudah keluar dari gawang terlebih dahulu, mengakibatkan dua penyerang Johor FC ofsaid ketika itu.
Dalam dunia siber, Krishnan dikutuk habis-habisan. Begitulah risiko dan sebahagian asam garam hidup seorang pengadil.
Namun, insiden Vela itu membuka mata kepada semua warga bola sepak dunia termasuk pengulas sukan di Malaysia.
Kita juga masih ternanti-nanti bila agaknya Subkhiddin akan diberi peluang mengadili perlawanan selepas empat kali dilantik sebagai pegawai keempat.
Usah nanti peluangnya dianggap tipis akibat dua penolongnya, Mu Yuxin dan Jeffrey Goh, tidak secer- gas Subkhiddin.
Setiap pengadil menjalani ujian kecergasan sebelum dilantik. Jika seorang daripada mereka gagal, ketiga-tiganya tidak akan beraksi. Itu antara kemungkinan yang berlaku.
Jeffrey menggantikan Thanom Borikut dari Thailand yang ditahan atas tuduhan membunuh bosnya di Jabatan Pendidikan Saraburi pada lewat tahun lalu, satu insiden yang mengejutkan dunia bola sepak, termasuk Subkhiddin.
Kita mengharapkan impian Subkhiddin tercapai di bumi Afrika Selatan./Kosmo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan