| Rayuan Anwar untuk nota perubatan ditolak | |
|                  | 
Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menolak rayuan Datuk Seri  Anwar Ibrahim daripada mendapatkan nota-nota perubatan dari tiga doktor  Hospital Kuala Lumpur yang merawat pengadu kes liwatnya, Mohd Saiful  Bukhari Azlan.  Hakim Datin Paduka Zaleha Zahari yang  mengetuai panel tiga hakim berkata keputusan itu dicapai selepas  berbincang dengan panjang berhubung takat bidang  kuasa.    
"Ia tidak menolak hak tertuduh. Untuk menjawap soalan oleh perayu, sama ada ia menolak hak tertuduh, jawapan kami adalah negatif. “Justeru, kami menolak rayuan itu,” katanya Zaleha berkata mahkamah juga bersetuju dengan penghujahan yang dibuat oleh Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden. Hakim-hakim lain yang bersidang hari ini adalah Datuk Abdul Malik Ishak dan Datuk Clement Allan Skinner.
Mahkamah  Tinggi Kuala Lumpur pada 18 Julai lalu menolak permohonan Anwar Ibrahim  bagi mendapatkan semua laporan perubatan yang disediakan oleh tiga  doktor yang terlibat.  Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd  Diah dalam keputusannya berkata tidak ada peruntukan atau asas  undang-undang yang mengatakan dokumen itu perlu dibekalkan.  Permohonan itu dikemukakan oleh peguam Anwar pada 4 Jun lalu. 
![]()  | 
Pihak  pembela juga ingin mendapatkan maklumat berhubung kelayakan dan  pengalaman ketiga-tiga doktor berkenaan yang merawat Saiful - Dr Khairul  Nizam Hassan, Dr Mohd Razali Ibrahim dan Dr Siew Sheue Feng.  Dr  Mohd Razali adalah pakar bedah di HKL yang telah memeriksa bekas  pembantu Anwar dengan pakar rawatan kecemasan Dr Khairul Nizam dan pakar  patologi forensik Dr Siew.
Semasa pemeriksaan utama, Dr  Mohd Razali mengesahkan berlaku penetrasi  zakar berdasarkan laporan  kimia yang menunjukkan kehadiran air mani pada  empat kapas kesat yang  diambil daripada Mohd Saiful.    Anwar juga gagal bagi  mendapatkan dokumen utama termasuk sampel  spesimen DNA Mohd Saiful  sebelum bermulanya perbicaraan kes liwatnya,  apabila Mahkamah  Persekutuan menolak permohonan bagi semakan keputusan  Mahkamah itu yang  tidak menyebelahinya pada 2 Februari tahun ini.
Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008. Anwar boleh dipenjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. Seorang pakar forensik yang didatangkan khas dari Australia oleh pihak pembela, Dr David Wells, sebelum ini mengadu bahawa beliau tidak dapat menjalankan tugasnya jika dokumen berkenaan tidak dibekalkan.
Profesor dari Victoria Institute of Forensic Medicine itu berkata peranannya sebagai penasihat pihak pembela akan terjejas tanpa dokumen berkenaan. Prosedur lazim bagi kes jenayah adalah bagi pihak pendakwa membekalkan semua dokumen berkaitan kepada pihak pembela sebelum permulaan perbicaraan./Malaysiakini

kah-kah Anuar nak soalan bocor. Kalau tak buat apa nak takut.
BalasPadaminilah standard yang paling tidak adil badan kehakiman negaraku tercinta, pabila badan kehakiman telah dilacurkan oleh orang yang berkuasa dan berkepentingan politik, keadilan dan mahkamah dah jadi bahan lawak jenaka antarabangsa, memalukan
BalasPadamwoit 23:05, kepala butoh bapak engko nak soalan bocor, kalau jadi kat lu, gua rasa lu terkencing and terberak dalam seluar, silap2 lu akan suruh bapak lu buntut kan lu punya lubang jubor
BalasPadam23:05 tu mesti melayu. kemungkinan besar melayu felda. knp bodoh sgt melayu ni?
BalasPadamMahkamah digunakan utk keadilan bukan menekan atau langsung tidak boleh memberikan keadilan pada tertuduh..ini lah padahnya jika ketua hakim org UMNO.
BalasPadamapa nak diharap mahkamah malaysia;
BalasPadam1. ketua hakim sendiri pun ngaku kasi beri korupsi (rujuk statement karpal)
2. ketua hakim pun pernah dijatuhkan hukuman mahkamah syariah - kahwin lari
3. ketua hakim pun ada saham kat projek monorel berkembar
4. ketua hakim pun pernah jadi ahli disiplin UMNO
SO.......what the hell
kepala butuh mu...org sema tak betui....otak duduk kat lutut.....kamu berfikir dgn buntut ke....dah buat tanggunglah sendiri...
BalasPadam