PRK  Tenang baru berlabuh dengan catatan kemenangan BN bertambah majoriti.  Kemenangan ini sebenarnya bukanlah boleh dibanggakan kerana hampir 50%  pengundi Tionghua tidak dapat keluar mengundi akibat bantuan  pengangkutan ke tempat mengundi lebih bertumpu ke kawasan majoriti  pengundi BN. 
Walaupun begitu, majoriti BN tetap gagal  melepasi 4000 undi jauh sekali 5000 undi. Positifnya, pengundi Tionghua  tetap menolak BN walaupun Presiden MCA menghina Islam secara terbuka.  Maksudnya, masyarakat Tionghua lebih memahami budaya Islam sejak DAP  berkawan dengan PAS.     Menang tetap BN menang, PAS perlu  membuat bedah siasat faktor-faktor kekalahan terutama kegagalan menambah  undi di kawasan Melayu.
Walaupun ada tuding menuding tetapi  penulis harap semua itu akan membawa impak positif kepada perjuangan PAS  menghadapi PRU-13. Penulis tidak akan menghalakan tudingan kepada  Pengarah Pilihanraya, jentera pilihan raya dan calonnya Cikgu Mala.
Penulis  lebih menghalakan tudingan ini kepada PAS Kawasan Labis, bukan untuk  memperkecilkan tetapi lebih kepada penambah-baikan sebagai persediaan  menghadapi PRU-13. Malah, tulisan ini juga sesuai untuk semua PAS  Kawasan yang ada di Malaysia yang teruja untuk bertanding dalam PRU-13.
Apabila PAS masuk bertanding untuk PRK Tenang, asas pemilihan PAS adalah kerusi itu adalah kerusi yang ditandingi PAS semasa PRU-12. Sebagaimana juga di Bagan Pinang, Galas, Kuala Terengganu, Manek Urai, Permatang Pasir dan Bukit Gantang.
Apabila PAS masuk bertanding untuk PRK Tenang, asas pemilihan PAS adalah kerusi itu adalah kerusi yang ditandingi PAS semasa PRU-12. Sebagaimana juga di Bagan Pinang, Galas, Kuala Terengganu, Manek Urai, Permatang Pasir dan Bukit Gantang.
Tahukah kita mengapa PAS boleh menang di  Permatang Pasir dan Bukit Gantang? Kerana undi orang Melayu kepada PAS  di situ melebihi 40%. Apabila ditambah undi bukan-Melayu , PAS menang.
Bagi kawasan majoriti Melayu di Kuala Terengganu dan Manek Urai undi yang PAS terima lebih 50% jadi PAS menang. PAS kalah di Galas kerana undi orang Melayu kepada PAS kurang 50%.
Bagi kawasan majoriti Melayu di Kuala Terengganu dan Manek Urai undi yang PAS terima lebih 50% jadi PAS menang. PAS kalah di Galas kerana undi orang Melayu kepada PAS kurang 50%.
Berapakah undi orang Melayu  yang diterima oleh PAS di Bagan Pinang dan Tenang ? kurang 35 % malah di  Tenang kurang 25 % . Penulis terima hakikat bahawa kawasan ini kubu  kuat Umno sejak merdeka tetapi apakah persediaan dan usaha yang telah  dilakukan PAS Kawasan berkenaan untuk menembusi kubu kuat Umno ini.
Cawangan
Berapa  cawangan PAS di Bagan Pinang? Tiga (3). Berapa cawangan PAS di Tenang?  Enam (6). Maaf jika angka itu salah. Sejak PRU-12, berapa cawangan yang  ditambah oleh PAS Kawasan. Jika akar umbi tidak kuat bagaimana PAS boleh  masuk ke kawasan kubu kuat Umno.
Bila berlaku pilihan raya,  sukarnya petugas untuk berkempen kerana tiada bantuan orang tempatan.  Mungkin ada tetapi takut sebab tidak ada cawangan dan tak biasa bersama  dalam aktiviti PAS.
YDP PAS di mana-mana kawasan perlu jadikan  usaha penambahan cawangan ini sebagai agenda dalam mesyuarat kawasan.  Jangan tunggu bubar parlimen baru kelam-kabut cari orang tempatan di  kampung atau Felda yang dikenali untuk bantu. Sepatutnya, sekaranglah  masa kumpulkan orang tempatan yang sokong PAS dan usahakan penubuhan  cawangan.
Pengundi baru
Berapa pengundi baru di kalangan  anak ahli dan penyokong PAS yang didaftar sebagai pengundi di Bagan  Pinang dan Tenang? mengecewakan, buktinya rujuk jumlah pengundi baru  yang didaftarkan oleh PAS NS dan Johor.
Tidak adakah pengundi baru  di kalangan anak ahli dan penyokong? Ada tetapi PAS Kawasan tak ambil  berat untuk daftarkan. Bila sampai pilihan raya, tengoklah betapa  ramainya anak ahli dan penyokong yang dah lebih umur 21 tahun tak boleh  mengundi.
Sudah ada arahan supaya agenda penambahan pengundi baru  dibincang dalam mesyuarat kawasan. Malah PAS dah pinda perlembagaan  membolehkan seorang Pengarah Pilihan raya duduk dalam Jawatankuasa  Harian Kawasan. Namun, sudah berjalankah usaha penambahan pengundi baru?
Kebajikan dan kemasyarakatan
PAS  dah lama menjadikan usaha memasyarakatkan PAS untuk mendekati  masyarakat. Semasa PRU-12, PAS telah menggunakan slogan ke arah negara  berkebajikan bagi membuktikan bahawa PAS benar-benar parti yang  memperjuangkan kebajikan rakyat.
Persoalannya, adakah PAS Kawasan  sudah merealisasikannya secara bersungguh-sungguh atau sekadar  melepaskan batuk di tangga. Hendak tahu bersungguh atau tidak, tengok  jumlah derma kebajikan yang telah diberikan kepada penduduk.
Tengok  berapa kali aktiviti berbentuk kebajikan yang telah di buat kepada  penduduk. Tengok berapa dana kebajikan dalam akaun. Nilailah sendiri  usaha PAS Kawasan dalam bidang kebajikan.
Apabila tiba pilihan raya, baru turun nak bagi sumbangan sudah terlambat sebenarnya kerana tak termampu menandingi bantuan musuh. Malah akan ramai pengundi yang akan berkata, "bila pilihan raya baru nak bagi bantuan"
Apabila tiba pilihan raya, baru turun nak bagi sumbangan sudah terlambat sebenarnya kerana tak termampu menandingi bantuan musuh. Malah akan ramai pengundi yang akan berkata, "bila pilihan raya baru nak bagi bantuan"
PAS  Kawasan perlu menjadikan usaha kebajikan sebagai usaha dakwah dan bukan  hanya bertujuan untuk pilihan raya. Oleh kerana, kebajikan hanya semasa  pilihan rayalah kurang usaha menambah dana kebajikan membantu rakyat.
Rakyat perlu didampingi, dibantu dan didekati tidak kira semasa pilihan raya atau tidak. Jika PAS Kawasan sudah menjalankan usaha kebajikan sebagai rutin bukan hanya pilihan raya. PAS Kawasan tidak akan merasa hampa walaupun kalah pilihan raya kerana usaha membantu rakyat tetap diteruskan.
Rakyat perlu didampingi, dibantu dan didekati tidak kira semasa pilihan raya atau tidak. Jika PAS Kawasan sudah menjalankan usaha kebajikan sebagai rutin bukan hanya pilihan raya. PAS Kawasan tidak akan merasa hampa walaupun kalah pilihan raya kerana usaha membantu rakyat tetap diteruskan.
Jika PAS Kawasan menang pun, wakil rakyat tidaklah  pening kepala membantu rakyat kerana PAS Kawasan boleh membantu. Malah,  PAS Kawasan juga tidak pening kepala apabila rakyat tidak puas hati  dengan wakil rakyat PAS yang tidak membantu rakyat kerana PAS Kawasan  tetap ada membantu rakyat.
Penulis cuma berikan tiga perkara  penting ini untuk diambil perhatian oleh mana-mana PAS Kawasan di  Malaysia. Jika PAS Kawasan dah laksanakan, syukur dan tahniah. Bagi yang  belum laksana buatlah kerana semua kerja ini bertujuan untuk menegakkan  perjuangan Islam.
PAS mungkin bertanding di Merlimau, sebelum  bertanding PAS Kawasan di sana kena tengok tiga perkara penting ini.  Jika cawangan banyak, pengundi baru ramai, usaha kebajikan aktif.  Percayalah PAS ada harapan besar menang, namun jika belum laksanakan  jangan sekali - kali mengalah tak mahu bertanding. Bertanding tetap  bertanding kerana itu kerusi PAS.
Kesempatan ini, penulis ucap  tahniah kepada seluruh pimpinan dan petugas PAS yang menabur bakti di  Tenang. PAS Kawasan Labis mempunyai pimpinan yang berkualiti seperti  Cikgu Mala dan beberapa pimpinan lain. Cikgu Mala boleh mulakan dari  sekarang usaha mendekati rakyat melalui Pusat Aduan Rakyat di Tenang.  PAS Kawasan perlu bersama Cikgu Mala mengaktifkan Pusat Aduan berkenaan.
Janganlah anggap penulis ni hanya boleh berteori, hanya boleh  menulis tidak di medan sebenar. Penulis sudah berada di medan sebab  itulah penulis menulis berdasarkan pengalaman. Penulis dah banyak  menulis berkenaan perkara di atas N3 yang lepas. Boleh baca semula  paparan di bawah:  
- Sebulan terakhir jika PAS nak menang PRU 13
 - PAS kena jadi kekasih baru
 - Bukan mudah nak urus cawangan
 
Oleh: Tulahan





Tiada ulasan:
Catat Ulasan