RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Jumaat, 18 Februari 2011

HUJAH `GAMPANG' DARI MAHATHIR YANG DIMAMAH USIA



Oleh: WFAUZDIN NS

BERKATALAH Mahathir bahawa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hanya berjuang untuk memenangi pilihan raya dan bukannya berjuang untuk Islam. Beliau berkata, Menteri Besar Kelantan itu menyatakan tujuan hidupnya ialah untuk memenangi pilihan raya dan menjadi pemerintah bersama DAP dan PKR.

“Untuk ini Nik Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam UMNO, bersedia untuk bekerjasama dengan syaitan untuk menjayakan perjuangannya, bekerjasama dengan orang yang menolak perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala Pas (Akhbar Sinar).

Inilah hujah Mahathir sejak dulu, kini dan mungkin selamanya hingga apabila beliau berdepan dengan Malaikat Maut nanti. Hujah `gampang' ini tidak perlu dijawab oleh Tuan Guru Nik Aziz, memadai saya yang jahil ini ingin menjawabnya walaupun saya tidak mempunyai hidung besar yang menipu dan membelit.

Memang tepat bahawa Tuan Guru Nik Aziz berjuang untuk memenangi Pilihanraya kerana dengan memenangi Pilihanraya saja maka PAS akan memiliki kuasa untuk melaksanakan hukum Islam. Apakah Mahathir sangka PAS akan memilih jalan lain selain dari jalan Pilihanraya untuk berkuasa? Mungkin Mahathir teringin melihat PAS mengunakan jalan `revolusi' untuk memerintah negara? Jika itu sangkaan Mahathir, beliau sudah terlalu tua sebenarnya.

Tuan Guru Nik Aziz berjuang bukan untuk Islam? Jika bukan untuk Islam, maka untuk apa? Pernahkah kita mendengar Tuan Guru Nik Aziz memekik melolong menyebut `hidup Melayu' seperti yang lazim kita dengar di PWTC itu? Di mana pun Tuan Guru Nik Aziz berucap, beliau tidak pernah melupakan Al-Quran sebagai intipati ucapannya. Bahkan, di depan masyarakat Non Muslim pun Tuan Guru mempromosi ajaran Islam ini sehinggalah DAP semakin faham tentang Islam berbanding dengan pemimpin Umno, MCA, Gerakan dan MIC.

Difitnah oleh Mahathir bahawa Tuan Guru Nik Aziz secara terbuka mengkafirkan orang Islam Umno. Secara terbuka itu bila dan di mana? Jika benar, mengapa setiap kali orang Umno masuk PAS, Tuan Guru Nik Aziz tidak pernah mengarahkan agar mereka di`syahadah'kan kembali? Jika Tuan Guru Nik Aziz menyebut bahawa orang Umno itu masih Jahiliyyah, ada lojik dan betulnya. Mendokong parti sekular dan tidak mahu memahami perjuangan Islam itu tidak Jahiliyyahkah? Jika bukan Jahiliyyah, mungkin bodoh perkataan yang lebih sedap untuk didengar.

PAS hanya menyebut apa yang disebut di dalam Al-Quran dan Hadith tentang batas-batas Kufur seperti yang terkandung juga di dalam Kitab Mustika Hadith yang dikeluarkan oleh JPM sewaktu zaman Mahathir. Masakan Mahathir tidak membaca kitab yang diterbitkan dari pejabatnya sendiri. Disebut di dalamnya bagaimana seseorang itu boleh menjadi Kafir dengan beberapa sebab termasuk menghina hukum Islam termasuk hukum Hudud. Mereka yang menyebut bahawa Hukum Hudud tidak boleh dilaksanakan di zaman ini, atau hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam mundur dan sebagainya boleh menjadi Kafir. Mereka yang menghina Sunnah Nabi seperti beserban, berjangut kerana tiada pisau cukur juga boleh menjadi Kafir. Jika Mahathir terasa atau ada pemimpin Umno yang terasa, itu bukan salah PAS. Bukan PAS yang menjatuhkan hukum Kafir itu.

Tuan Guru Nik Aziz ada membuat kiasan bahawa PAS sanggup bekerjasama dengan sesiapa sahaja demi untuk memperjuangkan Islam hatta dengan Syaitan sekalipun. Persoalannya, adakah boleh diterima akal Syaitan akan membantu untuk perjuangan Islam? Jawapannya sudah pasti mustahil. Ini membawa maksud, betapa kuatnya cita-cita PAS untuk memperjuangkan Islam dan boleh menerima sesiapa sahaja sebagai kawan untuk menegakkan ugama yang maha suci ini. Kalau Syaitan pun PAS kata boleh terima, masakan Umno yang bukan Syaitan PAS akan tolak. Masalahnya, Umno tidak mahu bekerjasama dengan PAS untuk perjuangan Islam bahkan Umno banyak menghalang cita-cita PAS dengan berbagai cara.

PAS bekerjasama dengan PKR dan DAP kerana kedua-dua parti ini tidak pernah menghalang PAS dari berjuang untuk Islam. Mana mungkin PAS boleh paksa pemimpin DAP yang bukan Islam untuk terima Hukum Hudud kerana kewajipan untuk menegakkan hukum Islam terletak di tangan umat Islam sahaja. Sama juga seperti puasa, bolehkah PAS memaksa Karpal Singh atau Lim Kit Siang berpuasa? Peliknya, mengapa pemimpin Umno yang mengaku Islam tidak juga mahu kepada hukum Islam? Mengapa Mahathir mesti cabar PAS agar menentukan DAP terima Islam? Bukankah pelik? Mengapa Mahathir tidak mahu terima hukum Islam tetapi sebaliknya mahu agar DAP terima Islam?

Mahathir kata PAS ingin tegakkan Negara Islam ala - PAS. Cuba sebutkan apakah ciri-ciri Negara Islam ala-PAS itu jika Mahathir tahu. Jika ini lah pemikiran kepala otak Mahathir, tidak mustahil satu hari nanti Mahathir akan sebut ini sembahyang ala-Umno, ini sembahyang ala-PAS. Di dalam perkara ini, Umno pernah cuba untuk berdebat dengan PAS berkaitan isu `Takfir'. Umno melakukan `warming up' terlebih dahulu dengan mengadakan debat olok-olok kununnya di antara PAS dan Umno. Akhirnya, Allah maha kuasa, dan Al-Quran adalah mukjizat yang Umno tidak boleh perdayakan. Di dalam debat olok-olok tersebut, pihak yang kununnya mewakili Umno tidak mampu membalas hujah pihak yang kununnya mewakili PAS. Debat olok-olok tersebut boleh diikuti melalui youtube.

Akhirnya, Umno tidak berani untuk berdebat dengan PAS kerana mereka tahu kebenaran yang dibawa oleh PAS setelah mereka adakan debat olok-olok tersebut. Hakikatnya Umno tahu PAS sejak dahulu konsisten di dalam perjuangannya. Sebab itulah berbagai cara telah Umno lakukan untuk memecahbelahkan kesatuan di dalam PR. Paling menyakitkan hati Mahathir adalah apabila semakin ramai di kalangan Non Muslim yang berani menghampiri PAS bahkan DAP sendiri sanggup membela PAS.

Lebih pedih hati lagi Mahathir apabila Karpal Singh menyebut di dalam Konvensyen PR baru-baru ini bahawa beliau sanggup terkorban untuk mempertahankan Islam yang terdapat di dalam Perlembagaan. Karpal Singh juga bersedia untuk berdialog dan berbincang dengan PAS berkaitan penubuhan negara Islam dan juga tentang hukum hudud. Nampaknya DAP lebih awal ingin belajar tentang Islam daripada Umno. /wfauzdin.blogspot.com

43 ulasan:

  1. Bodoh tahap cipan Mahathir neh..
    Islam memang perlukan Kuasa utk memerintah..
    Jika tidak tiadalah Rasulullah mengerahkan 10,000 tentera utk menguasai Makkah..
    Penggunaan tentera utk mengembangkan Islam adalah Langkah2 politik..
    Allah dh ajar mcm mana nk berpolitik dlm Al-Quran..Kisah kerajaan Nabi sulaiman yg luas itu dan utusan surat Nabi Sulaiman kpd Kerajaan Saba' itu adalah bukti Politik telah wujud sejak manusia hidup dlm peradaban..
    Tp UMNO telah mengurung Islam ke dalam Masjid,sbb tu Islam jd mundur sbb org2 yg tidak memahami agama telah mengambil kuasa atas negara,lalu bercampur-baur lah perkara2 yg Haq dan batil..Lihatlah hidup manusia dibumi Malaysia sekarang,hari2 ada org kena bunuh,hari2 ada lahir anak luar nikah,rakyat marhaen dibunuh oleh penguasa atas alasan undang2 yg manusia cipta dgn hawa nafsu mereka sendiri..Lihatlah tindakan2 pelaksana undang2 yg meletakkan undang2 didlm tekak sendiri,suka2 sepak,pukul dan belasah rakyat,ini semua tiada dlm ajaran Islam..Walhal,dlm peperangan pun Allah dh ajarkan adab supaya hunusan senjata hanyalah keran Allah dan bukan krn Nafsu amarah ttp atas Kalimah Tauhid..Lihatlah apa jd skrg sbb terpisahnya mereka ini dari jalan agam..dh jd caca-merba..Insaflah wahai Saudara seKalimah Tauhidku..
    Tggu lah bala Allah jika keadaan ini tidak diubah..

    BalasPadam
  2. Dia memang bodoh..dia kata TGNA guna islam untuk politik..

    Memang la kene guna islam..kene guna al-quran..nama pun orang islam..takkan nk guna kitab agama lain..

    Org mcm dia ni tk patut didoakan diberi hidayah dah...ketegaq..liat...ayam tua..biarkan ajalah dia menggelupur dgn gila kuasa..gila pangkat..gila duit dan gila babi dia ni..GILA TALAK..GILA TALAK KUASA..KAHKAHKAHKAHAKHAKAHAKHAH

    biarkan ja..kita akan tuntut dia kt akhirat nnti..pasti...aku tk halalkan 1sen sompek pun...

    BalasPadam
  3. halo bro!kalu dengaq temberang mamak tua nak m ampus ni hanya melayu umnooo je yg caye...dia punya putaq serope kain pelikat yg depa pakai tu.

    BalasPadam
  4. hmm.. maaf kerana ilmu yg cetek nih.. cuma nk tanya, Kelantan mengamalkan hukum hudud ke tak ek? jika ya, kenapa masih ada gejala2 sosial di Kelantan?

    BalasPadam
  5. maha death bersama 70 ekor lembu penyokong nya

    BalasPadam
  6. err gua pn nk tnya lu jgk..boleh ka krajaan negeri buat undang2 tanpa klulusan krajaan pusat..nk srh buat hukum hudud bg la PAS memerintah..klau takat perintah ngeri mn leh buat bro..ayyaa..

    BalasPadam
  7. maaf ilmu saya pon cetek..
    rasanya kita xleh buat undang2 negeri sebab segalanya bergantung kepada pusat..
    itu hanya pengetahuan saya..kalao salah tolong bagi taw..

    jgn kata kat kelantan ja ada gejala sosial..satu malaysia ni ada masalah tu..jgn tgk kat tempat khusus ja..

    BalasPadam
  8. bodoh pnya soalan...kalo ko dah tau cetek ilmu,jgn tnya soalan bodoh..ko ambik cth kat acheh,walaupn diorang amal kan hukum hudud,gejala sosial tetap ade..suma bergantung atas diri seseorng..jgn hendak persalah kepada kerajaan yg memerintah...kalo manusia mmpu mgawal nafsu,gejala sosial xkan ade...tpuk dada tnya selera..

    BalasPadam
  9. Amat sedih, marah, geram dan kadang kala aku rasa seperti ingin ketawa melihat gelagat manusia kini, lebih-lebih lagi rakyat Malaysia dan secara khususnya masyarakat Melayu kita.

    Wahai kaum kerabat Umno, kenapa la susah sangat nak faham benda yg rasa nya kita semua dah di ajar dari kecik dan juga semasa sekolah.. bahwasanya Islam itu indah. Islam itu Ad-Din. Penyuluh jalan kehidupan dunia dan akhirat. Nak politik, nak berkuasa, nak apa2 sekali pun, biarlah berlandaskan Al-Quran dan Hadis.

    Aku tak pergi sekolah pondok, tak la pandai sgt bab2 agama. Alhamdulillah, perkara asas dan juga rukun Islam, tetap aku dokong.

    Semoga Allah jauhi aku serta umat Islam yg lain, baek PAS mau pun Umno dari menghalalkan benda yg haram, dan menghalalkan benda yg haram. Nauzubillah ~

    BalasPadam
  10. tok guru prnah kata : kalau kita tanam padi, walaupun kita dah pgar padi kita tp kalu tikus bnyk sngt dr sawah sebelah ttp akan masuk jugak dlm kita pnyer sawah..ye x..cam tu la gejala kt msia..tikus2 dr ngeri yg diperintah BN bnyk sngt..ada la yg trlepas msuk..kan..kan

    BalasPadam
  11. tanpa nama 420 pm:

    psl hudud blm dilaksanakan la...sapa yg halang PAS buat hudud? kena tanya che det..

    tp kpd sapa yg kata kat che det mcm2 tu kene igt jgk...anda jugak akan disoal esok...walaupun die sekular tp ada jgk jasa kpd negara..jgn nafikan jasanya..

    hidayah adalah hak Allah...dr dok maki die..baik anda semua mohon ngan tuhan spt TGNA semoga che det menerima hidayah..sayanglah die krn die jg saudara seagama dgn kite..Nabi dulu kene caci dan keji oleh yahudi..nabi x balas malah bagi mkn lagi...so kalau anda semua rs ikut sunnah nabi..so amalkan yg ni..br nampak hikmah...imej buruk PAS adalah disebabkan pengikutnya yg x tahu jaga adab..kesian

    BalasPadam
  12. Sebab tulah adanya hukuman.. Klau dengan adanya undang-undang manusia dah jadi baik takda maknalah hukuman tu pulak.. Lol

    BalasPadam
  13. tak bemaksud ada hukum hudud hilang terus gejala sosial..cuma mengurangkan gejala sosial..lagi pon hukum hudud ni ALLAH suruh manusia buat..salah ke kalau kita cuba laksanakan?

    BalasPadam
  14. tak payah nak menggampangkan orang sangat lah.. ko tu pun belum tentu bebas kesialan..

    org cam ko paling lambat mati sebab sibuk kutip dosa jadi jambatan penghubung umat manusia dengan dosa-dosa umpat..

    bertaubat la.. ingat anak bini.. merugikan benih kau dapat bapak yang setenging ini

    BalasPadam
  15. depa ni semua kena byk baca Sirah Nabi s.a.w...bukan baca ja..bagi paham skali...baru tau kot camana susah payah nya Rasulullah s.a.w. dan pengikutnya berjuang untuk perjuangkan islam..sampai nak masuk Islam pun kena seksa...tp zaman la ni..yg dah Islam pun dah x macam Islam..ermmm..pakat2 beringat la saudara2ku..peringatan untuk diriku jua..sapa lagi yg akan pertahankan Islam kalau bukan kita org Islam...Allahuakbar...

    BalasPadam
  16. Berpuluh tahun dok doakan org tua keparat tu...bkn nk sedar btambah teruk...dlm Islam ni kena gak ada yg keras sikit...kalau semua cam Nik aziz, lagi sedap puak2 tu dok perlekeh Islam, hina ulamak...sesekali kena kasi gak taik kat muka dia...

    BalasPadam
  17. ketua team a maki team b...geng team a tambah jadi maki hamun...

    ketua team b maki team a..geng team b plak maki hamun...

    ***pengakhiran kepada cerita ini sama saja dimana2 didunia ..peak sekali bila dua pihak dah berperang..maka masuk lah setan dan kuncu2nye menghulurkan bantuan mereka***

    this is my friend...the beauty of demokracy..

    sedangkan dlm perspektif islam golongan2 maki hamun yang tak tau menghormati org tua ni jelas kedudukannye..

    BalasPadam
  18. janganlah maki-makian di sini wahai saudara2ku... walau buruk mana pun mahathir, tak dinafikan beliau memang ada juga menabur jasa di negara ini... beliau sebenarnya pintar tapi sayang kepintarannya tidak digunakan untuk 'Islam' a.k.a pintar keterlaluan dalam sekular... TGNA pun pernah bersuara pada mahathir dan mengharap petunjuk dari Allah agar beliau deberi hidayah agar menggunakan kepintarannya itu ke arah yang diredhai Allah... jadi orang yang kena serang (TGNA) pun 'kool' takkan kita tak nak tiru kemuliaan orang tu kottt...

    BalasPadam
  19. reply to:
    ""hmm.. maaf kerana ilmu yg cetek nih.. cuma nk tanya, Kelantan mengamalkan hukum hudud ke tak ek? jika ya, kenapa masih ada gejala2 sosial di Kelantan?""

    mmg cetek pun ilmu siapa yang tnya soklan diatas,,x thu apa sbenarnya hukum hudud,, mungkin dia org UMNO kot,, sama bodoh dengan dr. masitah yang mempersendakan hukum hudud,,

    BalasPadam
  20. jom membangun bersama Islam ala Kelantan...hehehe

    http://www.youtube.com/watch?v=FORnVdMqjnA&feature=related

    BalasPadam
  21. hahaaa ( mai kita pakat gelak dulu pasai suasana agak sikit muncung) gelak.. gelak.. paih tu baru leh sedekah senyum ngehhh3...
    Lau Dah bleh sengeh baru boleh pakat2 cr jalan mcmana nak buat ngan negara tercinta kita ni. lau dok pakat brperang bila laaaaaaaa ceq2 semua ni nak boleh dok semeja bincang hal kami rakyat melata ni huhuuu...

    BalasPadam
  22. depa umno takut hukum hudud .. nanti asset2 negara mesti dah xda.. spt : rumah pelacuran,pub dan disco,casino dan lain2 lg.. cube umno bg peluang kpd pas melaksana kn hukum hudud mana tau negara malaysia akan terus aman dr jenayah dan pembunuhan yg makin berleluasa skrg ni..

    BalasPadam
  23. sekiranya pihak pemerintah menjalankan hukum hudud jenayah pasti akan dapat di kawal kerana Allah yg memelihara hukumnya bukan manusia.... ada paham ka ??

    BalasPadam
  24. UMNO N UMNO cakap banyk2 pon ahli UMNO tak faham2 gak duk tongek dengan slogan beruk UMNO dulu,kini dan selamaya sdgkan slogan PAS Dunia ,Alam berzakh dan Akhirat orang melayu tak suka abih nak cakap macamane lagi nama UMNO guna slang bahasa inggeris purba tak guna bahasa melayu baku atau sastera tapi bukan main Hidup Melayu! tapi dia yang untung kalau nak harap UMNO laksana Hukum Hudud seperti mengharap orang utan kat sepilok nak pindah ke kubang pasu.

    BalasPadam
  25. alahai! macam tu aja 'hujah' yang mampu disampaikan? Cuba la jawab point by point seperti yang Tun lakukan.

    Sanggah point by point yer, itu pon kalau mampu laaa! Kalau tak mampu ikut aje cara tok gundu, buat pulak tuduhan orang tak terima hidayah.

    BalasPadam
  26. Salam..
    Hai la sahabat2 ku sekelian..Pd yg kt x bole mengumpat tuh,sila la Rujuk Al-Quran,manusia dilarang mengumpat kecuali pada enam tempat..
    Klu faham takat mengumpat secara umum tuh,bawak2 la belajar ya..
    Klu ahli sihir kita x khabarkan keburukan amalan sihirnya kpd org lain,alamat ramai la mnusia yg jd mangsa ahli sihir..
    Klu org munafiq tidak kita khabarkan akan kemunafikannya kpd org lain,alamat berpecah belah la masyarakat akibat tiada siapa yg ketahui keburukan org munafiq krn manusia dilarang mengumpat akan org munafiq itu..Itu baru 2 golongan yg teman kemukakan..Empat golongan lg yg A-Quran sebut tuh,sahabat2 carilah di dlm Al-Quran,teman x nak kemukan semua supaya sahabat2 berusaha mendekati Al-Quran,jgn igt kita neh Islam,kita tahu dh segala perkara,sedangkan hukum boleh berubah mengikut Maslahat..Jd bawa2 la mengaji agama krn nk hujah dgn org agama bkn dgn mujur fikiran dan hati,ttp dgn jln2 yg rasul dan para sahabat amalkan..Klu hati tuh ada fkirkan anak bini,elok la kita cari ilmu supaya kita dpt sampaikan ilmu yg benar kpd anak bini kita,jgn sbb kita x belajar,anak bini kita jd keliru bila kita dh padam nanti..
    Maafkan teman klu ada yg tersinggung..Xde niat nk sebelah kt sapa2,tp krn teman kasihkan saudara2 ku semualah,lalu teman kongsikan kefahaman teman ini..semoga kita semua dpt berziarah di Syurga Allah andai kita dirahmati dan dikasihani oleh Allah kelak..

    BalasPadam
  27. mogo si mamak tun dapek hidayah...

    BalasPadam
  28. apa pun aku percaya dengan Tok Guru PAs...
    Berbanding dengan ust.2 umno yg boleh di beli dgn wang ringgit.
    dia org tu kalau najib letak berok mak yeh pun dia pun akan pangkah.janji Umno....Umno karat..yang haram pun dia kata halal...janji masukkkkkk...

    BalasPadam
  29. hahaha...Aku rasa teguran kt tun Mahadir dan cukup senang utk d fahami...cuma kita seru sbht2 dlm UMNO cuba buat pertimbangan sewajarnya

    BalasPadam
  30. Mahathir oh Mahathir...

    BalasPadam
  31. salam.saudara islam sekalian.berkenaan dengan perlaksanaan hukum hudud dikelantan telah dibawa ke sidang DUN pada tahun 1993 untuk dibahaskan dan telah pun diluluskan diperingkat DUN.Akan tetapi telah ditolak diperingkat pusat.di sini saya sertakan link kupasan Hukum Hudud oleh Dr. Mahathir dan sebab penolakan hukum berkenaan.tuan2 fikir2kan dan buat penilaian sendiri.http://fantrealika.tripod.com/Pendapat-Hudud.htm

    BalasPadam
  32. hukum hudud xperlukan kelulusan pusat sb dia adalah enakmen negeri.ia adalah di bawah kerajaan negeri.kenapa pahang ada hukum sebat untuk peminum arak.kelantan ada dak???

    BalasPadam
  33. ape citer pmpuan indon yg minum arak minta disebat tapi ada pihak merayu agar pmpuan itu buat rayuan? Siapa ampunkan peminum arak tu yer...muehehe...itu undang2 Islam ke kat Pahang? muehehe..

    BalasPadam
  34. hari ini dr chandra,muzafar cakap che Det tak salah tangkap dia dalam operasi lalang,yang salah menteri keselamatan ketika itu,katanya?harap2 bekas menteri terbabit jawab balik. ada berani

    BalasPadam
  35. sebab kerajaan malu kalau guna hukum islam, takut m'sia nampak kolot,nnt susah dieorg nak kumpul harta,kalau kena sebat satu dunia kecoh,nnt susah nak jawab dgn GENG2 dieorg,tun die tak nyayuk cuma die bg pandagan sbg org umno y setia..

    BalasPadam
  36. semoga Allah mengampunkan dosa2 bangsaku dan umat2 Islam diMalaysia yg saling menghina,berdendam dan menuturkan ucapan2 yg kurang sopan.Jangan biarkan generasi kita meneruskan cara hidup masa kini.Kembalilah pada Allah dan carilah penyelesaian dgn hati yg bersih.Tanyalah pada diri kita,"apakah kita pasti terlalu bersih tanpa dosa sebesar hama hingga kita lebih banyak menyakiti hati sesama kita kerna yakin syuga untuk kita!!!

    BalasPadam
  37. Kau orang ni semua aku tengok becakap bukan main pandai lagi...kalau dah pandai sangat kenapa 50 tahun masih mau diperbodohkan lagi...tak mau ke tukar selera lain...

    BalasPadam
  38. yang Hak tetap Hak, yg Batil tetap batil walau dimana, bila, dulu, kini dan selamanya....buka mata, buka minda, moga x di orak orek oleh akal yg pendek...

    BalasPadam
  39. Kalau blog ni jadi medan untuk memecah belahkan umat Islam dan untuk mengata antara umat Islam, baik tutup jer blog ni... buat dosa free jer.

    BalasPadam
  40. maaflah...komen ini hanya pndangan individu dr saya...jika benar sesiapa juga memperjuangkan Islam, knp tidak membantu pemimpin Islam....Xkisahla parti apa pon yg menang pilihanraya...Blog ini tidak sepatutnya mempunyai komen negatif yg menjatuhkn org lain dgn makian atau cercaan...wlaupon mungkin Dr Mahathir salah, tidak perlu memaki beliau...beliau telah byk berjasa begitu juga dengan Nik Aziz...Dr Mahathir tlah berjasa membangunkn pembangunan manakala Nik Aziz tlah byk berjasa dr segi pembangunan sahsiah...Kedua-dua pemimpin adalh org Islam..jika kita mencaci mana2 satu pon, kita mencaci pemimpin Islam kita sendiri

    BalasPadam
  41. chee kuan tai, nko tu yang tak sedar diri. nko nak ubah apa? nak lim kit siang jadi presiden pertama malaysia. nko tengok senarai orang kaya malaysia, cina makin miskin ke?

    BalasPadam
  42. Apa la bunya bodoh penyokong2 PAS kat sini. Cuma pandai mengutuk & maki hamun tapi mengaku diri tu Islam. Itu lah Islam jenis PAS penuh dengan kutuk & mencaci orang. Dah lama PAS perintah kat Kelantan pun negeri kelantan masih mundur, kotor dgn sampah sarap, maksiat masih banyak , rasuah di kalangan pemimpin PAS masih berlambak. Islam apa yg PAS laksanakan ? Pemimpin PAS & pengikut PAS cuma pandai berceramah, cari salah org & kutuk orang jer. Bila berhujah x de isi macam tong kosong. Pastu tulis maki hamun macam org gila meroyan. Pada hal diri sendiri HAPRAK ! ..

    BalasPadam
  43. Sedara wfauzdin,

    Bila aku baca hujah & komen engkau untuk menyanggah komen Tun M , nampak nya hujah engkau yang lebih "gampang", tak dak isi & tak besifat ilmiah. Nampak sangat ko ni bengap & bebal tak banyak membaca tapi sombong dan riak. Ini lah mentaliti Islam ciptaan Nik Aziz & PAS. Dah la bodoh, sombong pulak. Kasi malu orang Islam jer. Elok la engkau banyak kan membaca. Aku setuju dgn anon 10:12, kepakaran PAS cuma berceramah, mencari salah orang, mengutuk & maki hamun orang yg x sependapat dengan depa. Macam Tun M cakap, ini adalah Islam cara PAS & Nik Aziz, bukan cara nabi. Nabi x buat macam tu pada orang yg tak sependapat dengan dia apa tah lagi sesama Islam .. !! Pengikut PAS masih bebal,tak faham-faham termasuk la engkau..!

    BalasPadam