Fitnah melampau, tak pernah berlaku dalam sejarah dunia- Anwar
AMPANG:  Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pimpinan Umno  kerana berterusan memfitnah beliau menggunakan pelbagai strategi jahat. Katanya,  tidak cukup dengan kes fitnah II yang sedang dibicarakan di  mahkamah, terbaru, Umno dan Barisan Nasional menyebar video fitnah  untuk mengaibkan beliau dan seisi keluarga.
Menurut Anwar, yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, fitnah oleh Umno-BN disifatkan tidak pernah berlaku dalam mana-mana sejarah dan tamadun manusia sekalipun. “Agenda fitnah yang digunakan Umno amat melampau dan tak pernah berlaku dalam mana-mana sejarah dunia baik sejarah dunia Islam, China, mana-mana pun,” ujar Anwar ketika ceramah Perdana di Bandar Baru Ampang malam tadi.

Kira-kira 5,000 hadir menyaksikan ceramah tersebut yang turut  menampilkan Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali, Naib Presiden, Tian  Chua, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, Adun Lembah Jaya, Khasim  Abdul Aziz serta penampilan khas Adun Ba’kelalan, Baru Bian dan bekas  Imam Masjid Saidina Omar Al Khatab, Bukit Damansara, Ustaz Shamsul  Firdaus 
Anwar  dalam ucapannya, membidas pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun  Razak yang cuba mengalihkan perhatian rakyat dari isu besar yang  melanda negara seperti  rasuah dan salahgunakuasa. 
Tambah beliau, ketika rakyat berdepan  isu kenaikan harga minyak,  barangan dan kos kehidupan yang semakin tinggi, Pakatan Rakyat yang  membawa agenda untuk kemakmuran rakyat pula cuba dihancurkan. Malah katanya,  Umno menggunakan strategi jahat  untuk memusnahkan  reputasi Pakatan, dengan menyerang beliau secara peribadi menggunakan  fitnah kotor dan jijik. 
“Tak ada fitnah melampau seperti ini. “Ini politik apa? Ini cuma mahu alih pandangan. Isu debat, ekonomi keselamatan negara sampai sekarang tak ada jawapan,” ujar beliau.
Hadirin mendengar pidato beliau, terdiri daripada rakyat pelbagai kaum dari segenap peringkat umur dan lapisan masyarakat. Bukan sahaja golongan dewasa, malah  golongan muda dan remaja belasan tahun, juga tekun mendengar ucapan Anwar.
Ia membuktikan mereka sudah muak dengan situasi politik negara dan kempen lucah yang digunakan Umno-BN untuk menghancurkan kredibiliti Pakatan Rakyat./KeadilanDaily
Ia membuktikan mereka sudah muak dengan situasi politik negara dan kempen lucah yang digunakan Umno-BN untuk menghancurkan kredibiliti Pakatan Rakyat./KeadilanDaily

Saat-saat kehancuran kepemimpinan Be End sudah hampir benor. Sakaratul maut menyilau setiap saat. Saper yang nak baca talqin yer...?Mungkin dia panggil The Trio n the geng....penyamun tarbus...kah..kah...
BalasPadamtakot bersumpah dengan nama ALLAH SWT tandanya apa? takot kena sambor petir kot? takot doktor gigi Jijah ke?
BalasPadamsemakin mereka tekan anwar semakin kuat sokongan rakyat.
BalasPadamTip elak lupa password windows atau internet
mereka akan jadi katak atau dihempap tiang masjid
BalasPadam