RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 31 Mei 2011

RAHIM THAMBY CHIK LEBIH BIJAK DARI ALLAH?

Oleh: WFAUZDIN NS

SALAH seorang yang mengaku terlibat menayangkan video lucah yang `tulen' itu di Seri Carcosa yang lalu iaitu Rahim Thamby Chik telah menyuarakan perasaan tidak senangnya dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat berkaitan isu video seks yang ditayangkan oleh geng Rahim.

Tuan Guru Nik Aziz baru-baru ini menasihati mereka yang melakukan fitnah ke atas DS Anwar yang kununnya dikaitkan dengan video seks berkenaan agar bertaubat dan memohon maaf kepada Ketua Umum PKR itu. Apabila nasihat ini diberi, maka panaslah mereka yang terlibat kerana sememangnya mereka ini tidak beriman dengan ajaran Al-Quran. Seperti biasa, media pencacai pun menyiarkan komen mereka terhadap nasihat Mursyidul Am PAS itu.

Sinar melaporkan kenyataan Rahim, "Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah menjadi mangsa ‘kumpulan erdogan’ sehingga menganggap Anwar tidak bersalah walaupun apa saja dilakukannya" (Sinar)

Apa yang salahnya nasihat dari Tuan Guru Nik Aziz? Bukankah di dalam Islam barangsiapa yang menuduh seseorang itu melakukan zina perlu membawa empat orang saksi yang adil (tidak fasik)? Adakah hukum lain selain dari itu yang disebutkan di dalam Al-Quran? Jika mereka gagal membawa empat orang saksi, mereka dianggap melakukan fitnah dan boleh dibicarakan di bawah Hukum Qazaf. Apa yang silapnya dengan hukum dari Allah ini?

Oleh kerana geng `three strooges' ini gagal membawa empat orang saksi tersebut melainkan mereka hanya membawa video hitam putih yang `tulen', jelas bahawa mereka di dalam hukum Islam telah melakukan fitnah. Justeru itu, salahkah jika Tuan Guru Nik Aziz menasihati mereka agar bertaubat dan memohon maaf kepada orang yang dituduhnya? Sewajarnya mereka berterima kasih kepada Tuan Guru Nik Aziz kerana menyedarkan mereka yang jahil itu.

Persoalan puak jahil ini, mengapa video seks hitam putih ini tidak diperakui oleh Allah untuk dijadikan bukti? Adakah Allah tidak tahu di masa akan datang zaman akan berubah? Tuduhan mengatakan Tuan Guru Nik Aziz membela DS Anwar tanpa melihat ke arah lain jelas satu tuduhan jahat. Terbukti, Tuan Guru Nik Aziz mengeluarkan pandangan di atas isu video seks ini dengan merujuk kepada Al-Quran. Adakah puak mereka mahu Tuan Guru Nik Aziz merujuk kepada Eskay yang bersumpah laknat berbaju kalis peluru dan bersolat satu rokaat itu?

Tuan Guru Nik Aziz hanya bercakap dari segi hukum bukan kerana memihak kepada DS Anwar. Jika kamu sudah jahil, jangan menganggap orang lain juga jahil seperti kamu. Allah menetapkan barangsiapa yang terlepas dari hukuman di dunia, nescaya mereka tidak lepas dari menerima hukuman di Akhirat. Itulah keadilan Islam yang mahukan agar manusia sentiasa berbaik dan tidak mudah melakukan fitnah sesama mereka.

Rakaman video tidak boleh dijadikan saksi di dalam kes zina kerana berbagai kemungkinan boleh terjadi. Bukti yang jelas, dalam isu ini bagaimana video yang dikatakan hanya ada satu salinan asal dan telah diserah kepada pihak Polis tetapi sekarang dikatakan melambak disebarkan kepada orang ramai. Video yang sekejap ada tulisan Siam, sekejap tiada itu dan boleh disalin dengan begitu banyak walaupun di bawah jagaan Polis sudah cukup untuk membuktikan video tidak layak diterima sebagai saksi di dalam kes tuduhan zina yang berat ini.

Jika puak mereka masih mahu `mengenakan' DS Anwar juga, mereka mungkin boleh mengubah cerita bahawa tiada kejadian zina berlaku, tetapi yang terjadi wanita cina itu telah `dirogol'. Jika itu ceritanya, maka rakaman video hitam putih ini mungkin boleh diterima sebagai bahan bukti sampingan. Bolehkah cerita diubah? Tentu boleh, kerana Eskay memang pandai dalam aspek mengubah cerita. Bukankah dia mengubah cerita dari bersumpah menyebut DS Anwar yang melakukan aksi di dalam video berkenaan, kemudiannya berkata dia tidak menuduh DS Anwar berzina? Itulah kehebatan Eskay.../wfauzdin.blogspot.com

14 ulasan:

  1. woi bodoh..kalu takde 4 org saksi masih boleh disabitkan kesalahan maksiat dimana pembuktian2 yg lain yg disebut qarinah boleh dikemukakan dan jika sabit kesalahan, hukumannye adalah ta'zir dan org yg menuduh tidak dikenakan qazaf..ANWAR jika didapati bersalah tidak la akan dikenakan hukuman rejam sampai mati, tp akan dikenakan hukuman ta'zir..

    hukum jenayah islam bukan hudud aje bodoh, selain hudud, hukum qisas dan ta'zir adalah hukum2 jenayah islam juga..

    sah ko ni bodoh jahil dan bangang..

    BalasPadam
  2. jangan marah sangat, dia orang tu bukan sahaja bodoh tp jahil juga. Kita berdakwah jalah. Stakat ni RTCC dah ada 2 dosa besar, tunggu 5 lg, confirm djal!

    BalasPadam
  3. Bukan saja jahil murakab... mempermainkan hukum islam... wajib bertaubat nasuha....

    BalasPadam
  4. DALAM MASA YANG SAMA SURUH JUGA NIK AZIZ BERTAUBAT. SEBAB DIA ' BUKAN LEBIH BIJAK' DARIPADA ALLAH SEHINGGA MENGANGGAP APA SAHAJA TUDUHAN KE ATAS NUAR BRAHIM SEBAGAI FITNAH.

    BAGAIMANA JIKA BENAR NUAR BRAHIM MELAKUKANNYA?
    NIK AZIZLAH PULAK YANG MENYEBAR FITNAH..

    BalasPadam
  5. Alaa..WTFDin.., hang kalau tiba-tiba orang tuduh hang yg bukan-bukan..contohnya hang taik main juboq..Apa first reaction hang nak menafikannya??? Jenis Melayu ni tak kan terlepas la..automatically hang akan cakap punya,'DEMI ALLAH!!! AKU TAK BUAT!!!'
    Maruah bro...maruah...Anwar Brahim sorang saja maruah dia ada kat Nik Aziz.., Qardawi..entah sapa-sapa lagi...
    Tak payahlah nak berlapikkan pekong maksiat dengan agama...jangan bodoh sampai macam tu sekali..

    BalasPadam
  6. Anon 5:57

    Kalu belajar hukum tak habis jangan nak lebih sudu dari TGNA.

    Nak dihukumkan atas perbuatan maksiat ini luas. Maksiat apa? Tuduhan zina? merogol? Mencuri? Menuduh org mencuri $ kita? Semua tu tertakluk pada hukum yg telah dijelaskan Allah.

    Menghina kejadian Allah bererti kita menghina Allah. Siapa kita? Sdangkan manusia itu semulia2 kejadian ciptaan Allah. Kita tidak berhak menghina membodohkan apatahlagi mengaibkan memfitnah org. Jauh sekali utk menuduh org tanpa bukti yg kukuh.

    Manusia itu dipandang kerana ilmunya. Dibanding perogol dgn seorg pemikir atau ulama' yg diiktiraf dunia, tidakah kita yg berfikiran waras dikurniakan akal tidak dpt membezakanya?

    TGNA, DSA & isteri tersenarai di dlm top 500 org2 yg di iktiraf dunia buah pemikiranya. Seluruh dunia bersama2 dgn mereka. Kita lebih bertuah kerana bersama2 dgn mereka di bawah satu negara.

    Kalaulah TGNA itu bukan calang2 manusia yg diizinkan allah memegang tampuk pemerintaan kerajaan Negeri kelantan, berapa kali PRU dia menang? Dah berapa lama dia jadi MB? Secara lahiriah ini pun tidak dpt membuka minda kita? Kalau TGNA ini bukan dikatagorikan org2 yg baik adakah yg lebih baik & bagus yg boleh diterima pemerintahanya?

    Nak banding dia dgn Najib? Jauh lagi jarak langit dgn bumi. Kalau kita tidak dpt menilai perkara baik ertinya pintu hati kita tertutup rapat di lapisi tirai syaitan. Sbb itulah kita buta mata hati.

    Dan siapa pula DSA? Gunakanlah akal kita kurniaan Allah ini sebaik2 & sewaras2nya. TGNA itu org yg arif tntang hukum hakam. Siapa kita dibanding dgn ilmunya?


    Kepada semua yg di atas tepuk dada tanya iman.

    BalasPadam
  7. anon 10.24am adalah contoh org bodoh yg taksub dgn nicky ajis..

    bercakap langsung takde fakta, hukum alquran pun tak disertakan..cukup mengatakan yg nik ajis adalah seorg yg luhur, warak dan ape yg keluar dari mulutnye adalah benar belaka..--mcm NABI..

    sedarlah..nicky ajis adalah manusia biasa, bodoh bangang jugak kecik2 panjat pokok kelapa, mandi sungai, lastik ayam jugak wei..jgn taksub sgt...

    aku tertunggu2 nicky ajis memberi ucapan dgn bahasa inggeris..keh keh keh!

    BalasPadam
  8. Hanya Wahabi yg suka Nik Aziz.

    Nik Aziz arif dalam hukum hakam? Arif dalam agama? Rasulullah saw pun Nik Aziz tak kenal..http://www.youtube.com/watch?v=3myU-d5vDWU

    BalasPadam
  9. bodohnyala mengulas tanpa ilmu ni,masalah pokoknya tuduh orang ni kena bawa bukti kukuh kemudian dakwa dimahkamah yang adil.. sekarang ni belum dakwa kat mahkamah pun..jadi macamana terus tuduh orang bersalah...bengong...Anwar yang mohon dakwa qazaf kat mahkamah syariah pun belum dakwa datok T juga lagi...jadi macamana nak tuduh anwar terus bersalah..saksi yang menuduh pulak kena orang yang adil & bukan ahli maksiat jadi camno dato T ni...beri keterangan pun dah berapa kali merapu daaa..

    BalasPadam
  10. Tuan2
    Hati-hati dengan pengomen diatas kerana ada diantaranya bertopeng islam tetapi syaitan dihati. Ingat lah akan hidup ini sementara tetapi alam barzah dan akhirat juga yg lama lagi abadi,,.Turunkan bala MU kepada golongan pecinta fitnah...Amin.

    UrangHalui

    BalasPadam
  11. altantunya sharibu1 Jun 2011 pada 4:08 PTG

    ape yang nik aziz cakap tu mmg betul pun..jadi sesiapa yang sokong sgt ngan datuk t tu mmg bengap sgt lah...rahim thamby chik tu perogol budak sekolah..sume org tau lah...bodoh.

    BalasPadam
  12. Bercakap biar sepadan dengan kahandak islam.jangan ikut perasaan..Jangan kebencian mengatasi keadilan.

    BalasPadam
  13. Orang melaka sendiri tahu perangai mat rahim ni,kaki lubang.ingat tak dengan anak serani. satu ketika masa berkuasa dulu( ketua menteri). jangan melayu mudah lupa.dia memang dendam dengan nuar.apa cara pun nak jatuhkan nuar.harap orang Um No tidak buta sejarah.hidup biar berpijak di bumi nyata.Jangan kerana kebencian semuanya jahat.. Adakah anu anuar masa umur 60 boleh masuk pantat saipul yang muda 25..mengapa masa muda dalam Un No tidak sibuk pun pasal makan belakang..ini punya jahat Um No. orang cerdik tidak mudah terikut orang jahat.Fikir2 kan lah..insyallah selamat dunia akhirat.

    BalasPadam
  14. UMNO Memang kafir

    BalasPadam