RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Khamis, 2 Jun 2011

KEMENANGAN NIK ABDUH PERTANDA TUAN IBRAHIM BAKAL MENANG?

Oleh: WFAUZDIN NS

PERTANDINGAN empat penjuru merebut jawatan Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat telah dimenangi oleh Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz iaitu anak kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau menewaskan penyandang jawatan tersebut iaitu Azman Shapawi dengan Nik Abduh mendapat undian sebanyak 260 daripada 655 undi.

Jawatan Ketua Pemuda PAS kekal disandang oleh Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi apabila beliau tidak dicabar oleh sesiapa. Tahniah diucapkan kepada Nik Abduh kerana dapat berada di saf hadapan kepimpinan Pemuda PAS. Mungkin ada yang berangapan kemenangannya adalah kerana pengaruh ayahandanya Tuan Guru Nik Aziz, tetapi bagi saya beliau memang mempunyai kelayakan berada di kerusi tersebut.
muktamar pas youth 020611 nik abduh
Nampaknya PAS kini tidak perlu risau akan kehilangan warisan `Ulamak Haraki' (meminjam kata Datuk Harun Taib) kerana di Dewan Pemuda PAS sebagai pelapis kepimpinan masa depan kini mempunyai tokoh berstatus Ulamak.

Beberapa jam lagi perwakilan akan memilih saf kepimpinan PAS di peringkat jawatan Timbalan Presiden PAS pula. Pemilihan jawatan ini lah sebenarnya klimaks kepada Muktamar PAS kali ini. Jika momentum pemilihan Dewan Pemuda PAS diambil kira, sudah pasti Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man bakal terpilih. Tetapi, adakah perwakilan mahu memberi peluang kepada yang bukan Ulamak seperti Muhamad Sabu sebagai pengimbang kekuatan kepada PAS?

Link

Jika mengikut nasihat dari Ketua Dewan Ulamak PAS Datuk Harun Taib, beliau menyeru agar PAS kekal dengan `Ulamak Haraki', bererti bukannya Muhamad Sabu. Adakah itu `fatwa' dari Dewan Ulamak PAS? Sudah tentu tidak, ini adalah kerana perwakilan akan memikirkan apakah PAS perlu kepada `Ulamak' kesemuanya berada di saf hadapan atau perlu ada yang lebih `ganas dan power' di sisi Presiden.

Pada saya, tidak rugi jika Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man terpilih atau pun Muhamad Sabu dipilih sebagai Timbalan Presiden PAS. Apa yang merugikan PAS adalah jika salah seorang di antara keduanya tidak terpilih./wfauzdin.blogspot.com

7 ulasan:

  1. Assalamualaikum...saya nak tanya sikit kenapa rugi kalau salah seorang antara keduanya tak menang?

    saya juga sangat berharap agar Abe Hing menang..Beliau bagi saya bukan hanya layak bergelar Timbalan malah jugak layak sebagai Mursyidur suatu hari nanti...Wallahua'lam..

    BalasPadam
  2. Kalau nak jadi Mursyidul Am, tak perlu berebut jawatan eksekutif PAS, cukup asal Majlis Syura percaya dia layak, dan ahli-ahli seluruhnya mengaguminya.

    BalasPadam
  3. Mat Sabu dan kumpulan yang tak pakai serban ni perlu ditendang keluar.Jangan bagi peluang depa berada dalam pucuk pimpinan PAS.
    DAP,PKR dan anak anak muda banyak yang sokong depa.Dan kebanyakan penyokong depa,sama macam depa,penentang cerita perpaduan Melayu PAS-UMNO ini.Kalau depa naik,susah kita nak besatu dengan UMNO ni.Paling malang kerusi 3 Menteri yang ditawarkan itu kita tak dapat.
    Kalau depa kalah lagi baguih.Ramai pengundi Cina dan India yang tertarik dengan PAS akibat "praktik tolak ansur" yang realiti diamalkan olih depa tu akan tak undi kita lagi.Jadi,jatidiri kita yang sebenar akan kita dapat semula.Orang UMNO akan berebut rebut sokong kita.Kita kisah apa dengan kerusi DUN atau MP pasai matlamat kita nak jadi macam kumpulan tabliq saja,bukan nak kuasa pun.

    Kumpulan ulama ni pula perlu kita angkat.Kita perlu pengarah dan pengarah tak semestinya depa yang berani berada dibarisan hadapan.Walaupun TGHH dan TGNA adalah ulama besar,tapi ulama yang kita nak angkat ni lebih besar dari depa.TGHH dan TGNA ulama tapi bolih terima kumpulan Mat Sabu,maknanya status ulama depa bukan macam ulama yang kita cari.
    Kita perlu ulama yang berasa diri dia sentiasa besar macam HT sewaktu ditapak kemangkatan Almarhum Ustaz Dato Fadzil Noor dulu.

    ***UMNO menipu dengan gunakan nama Melayu,PAS pula temberang dengan bertopengkan ulama.

    BalasPadam
  4. tak kira sapa2 yg terpilih..kesemuanye bangang2 belaka..

    kenapa?

    sebab PAS masih kaki jilat kafir DAP dan bergantung kepada peliwat tegar utk survival PAS..

    BalasPadam
  5. anon 9:39
    sah ini anak haram yang lahir hasil pemerintahan anak anak haram.

    dap member

    BalasPadam
  6. ssiapa pun yang terpilih kita terima sama ada gulungan ulama atau tidak yang wajibnya dasar parti mistilah islam, kalau tok guru atau ulamak sekalipun yang menjadi peminpin tapi dasar partinya sekular maka dalam melaksanakan tugasnya ia misti akur dengan dasar partinya itu.

    BalasPadam
  7. anak haram luar nikah dr golongan umno ada msuk mai gak .....sepatah ayat yg keluar tak tumpah mcm perangai yahudi

    BalasPadam