RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 14 April 2012

ALLAH SELAMATKAN SELANGOR DARI MEMILIKI MB PALING BODOH

Oleh:  WFAUZDIN NS

SEMAKIN lama semakin bebal nampaknya si Hassan JATI ini.  Malang sungguh, beliau telah berhabis duit untuk memperolehi PHD hanya untuk menjadi sebodoh sekarang.  Memang benarlah kata orang, jika kita sudah khianat kepada rakyat dan perjuangan, segala ilmu yang kita miliki sedikit demi sedikit akan ditarik oleh Allah SWT dan jadilah kita umpama lembu kondo.

Hassan JATI atau Hassan `pelesit' ini setiap malam merayau umpama pelesit tidak bertuan.  Setelah dipecat dari PAS, lebih-lebih lagi harapannya untuk menjadi MB Selangor musnah samasekali, maka Hassan Pelesit bernekad untuk membalas dendam.  Hatinya yang busuk penuh hasad dengki itu tidak mampu dibendung lagi.  Maka, keluarlah dari mulut busuk beliau agar rakyat jangan memberi undi walaupun satu undi kepada PAS, PKR dan DAP.  Ertinya, Umno dikecualikan.  Maksudnya, itulah tugas atau peranan Hassan Pelesit sebagai `Sub Kontrak' Umno.  Ertikata, beliau adalah pencacai murahan yang tidak kurang atau lebih dari pencacai-pencacai seumpamanya seperti Ezam sesumpah, Zahrain, Zul Kulum, Nalla dan betina tua yang masih dara, (dara?) si Umi Hafilda.

Paling menunjukkan kebebalan Hassan Jati adalah apabila beliau berkata, "Kalau mereka (pemimpin PAS terdahulu termasuk Almarhum Us Fadzil Noor) masih hidup, saya yakin mereka tidak akan izinkan Pas bergabung (dengan DAP dan PKR)," katanya di dalam satu ceramah di Taman Uda, Alor Setar, Kedah baru-baru ini.

Lupakah beliau di zaman Almarhum Us. Fadzil Noor sudah wujud Angkatan Perpaduan Ummah (APU)?  Bukankah APU diwaktu itu dianggotai oleh PAS, Semangat 46 dan DAP?  Kemudiannya, di zaman Almarhum Us Fadzil Noor juga wujud Barisan Alternatif (BA) yang dianggotai oleh PAS, KEADILAN dan DAP juga?  Meskipun, pernah DAP keluar dari BA, tetapi bukan kerana dikeluarkan oleh PAS tetapi atas kehendak DAP sendiri waktu itu.  Ertinya, sejak dahulu lagi PAS sentiasa bersedia untuk bersama dengan DAP.  Apakah Hassan Pelesit lupa fakta ini atau masih mahu berbohong lagi kepada rakyat?  Sudahlah beliau banyak berbohong sebelum ini di dalam isu peruntukan ubahsuai pejabat Exco Kerajaan Negeri Selangor yang terang-terang membuktikan beliau adalah Exco yang paling mewah berbelanja.

Hassan Pelesit tidak perlu berbohong selama-lamanya kerana walaupun beliau mempunyai PHD (Penibu Hebat Di Dunia), tetapi jangan sangka rakyat sebodoh pencacai seperti beliau.  Kami ada maruah dan kami tidak menjadi bodoh hanya kerana gilakan jawatan MB Selangor.  Alhamdulillah, nasib baik Allah humbankan Hassan Pelesit ini dari PAS, jika tidak, mungkin satu hari nanti Selangor akan mencipta sejarah memiliki MB yang paling bengap seperti si Hassan ini./wfauzdin.blogspot.com

5 ulasan:

  1. Dia nie masa tu mana ada dalam dunia lagi la nie saja baru dia celek dulu buta nak mampuih smapai orang keloi ajak makan pun dia pekak badak sebab apa sebab masa tu dia tengah masyuk

    BalasPadam
  2. Allah bg petunjuk jelas

    Hassan masuk pas kerana Anwar (are u clear?)

    Hassan kluar pas kerana Anwar(are u clear?)

    mcm kisah nabi yusof dgn zulaika..dlm Alquran.

    hassan dgn anwar

    petunjuk bg mereka yg menggunakan akal fikiran..

    BalasPadam
  3. fikirkan dgn ikhlas krn Allah

    dlm mesia ada dua je parti utama yg 'tulen'
    1.bn
    2.dap

    yg lain main menipu je.. atau cubak mengelirukan je... betui tak kami kata ni..sorang nipu



    '





    bngsanya







    sorang lg nipu







    agamanya...

    BalasPadam
  4. Apa bodoh engkau ni. Angkatan Perpaduan Ummah hanyabgabungian Pas, 46, Hamim sahaja. Dap mana ada dalam APU. bodoh. Dap bergabung dalam Gagasan Rakyat bersama 46, PBS dan Ipf bodoh.. Sebabnya ialah Pas tak mau dlm satu kumpulan dengan kafir Dap.. Tolol sungguh kau ni.. Buat malu aje nak cerita macam terror tapi bahalol.

    BalasPadam
  5. INI FAKTANYA.......BC N FHM........Angkatan Perpaduan Ummah (Singkatan: APU) atau Angkatan Ummah merupakan satu perikatan politik di Malaysia yang bergiat dari tahun 1990 hingga tahun 1996 tetapi tidak berdaftar, oleh itu parti-parti komponennya bertanding di bawah nama masing-masing. Angkatan Ummah terdiri daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Melayu Semangat 46 (S46), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM), dan Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA). Kesemua parti ini terdiri daripada ahli-ahli yang merupakan Ummah (Umat) Islam, iaitu beragama Islam.
    Perikatan ini pernah bertanding dalam ININ Pilihanraya Umum Malaysia 1990 dan Pilihanraya Umum Malaysia 1995. Dalam Pilihanraya Umum Malaysia 1990, mereka bekerjasama dengan Gagasan Rakyat yang terdiri daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Bersatu Sabah (PBS), dan Parti Rakyat Malaysia (PRM). Semangat 46 juga menyertai Gagasan Rakyat pada masa yang sama.

    BalasPadam