RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 16 Jun 2012

PAS JOHOR `HANG TUAH', YB NIZAR `HANG JEBAT'?

Oleh:  WFAUZDIN NS

ISU YB Nizar ingin mengadap Tuanku Sultan Johor untuk menceritakan apa yang sebenarnya yang berlaku di dalam isu plet kenderaan yang beliau nyatakan di dalam twitternya, yang tidak pernah diceritakan oleh akhbar pencacai bagi saya adalah satu langkah terpuji.  Samada YB Nizar ingin memohon maaf kepada Tuanku atau tidak, itu soal lain tetapi difahamkan atas budibahasa dan adab MB Perak yang sah ini beliau telah pun memohon maaf kepada Tuanku sekiranya Tuanku tersinggung.

Baru-baru ini, kita jelas melihat Tuanku bukan sahaja tersinggung malahan dilihat murka kepada YB Nizar.  YB Nizar dikatakan dengan berbagai-bagai oleh Tuanku secara terbuka di dalam Dun Johor.  YB Nizar mungkin tidak `murka' dengan titah Tuanku sedemikian rupa kerana YB Nizar hanya rakyat biasa.  Adakah rakyat biasa juga `murka' dengan cara Tuanku itu?  Rakyat juga tidak boleh `murka' kerana `murka' hanya untuk golongan Istana.  Rakyat tetap rakyat.

PAS sepatutnya bersyukur memiliki tokoh seperti YB Nizar

Semalam, saya terbaca di dalam akhbar Sinar (15 Jun).  Pesuruhjaya PAS Johor yang bercakap atas kapisiti PAS Johor berharap agar YB Nizar bukan sahaja memohon maaf kepada Tuanku, tetapi juga memohon maaf kepada rakyat Johor.  Saya awalnya menjangkakan PAS Johor akan membela YB Nizar kerana bukan mudah untuk mencari tokoh Melayu Islam seperti YB Nizar yang sanggup di cop Penderhaka kerana bersuara atas kebenaran.  Bukankah Islam mengajar kita berkatalah walaupun pahit?  Bukankah Islam mengingatkan kita bahawa Penguasa akan rosak jika tiada rakyat atau Alim Ulamak yang berani menegur Sang Penguasa?

Apakah PAS Johor berpendirian sama seperti pemimpin Umno Johor yang mendakwa YB Nizar derhaka?  Adakah PAS Johor berpendirian bahawa YB Nizar telah melakukan kesalahan kepada rakyat Johor sehingga PAS Johor mahu YB Nizar memohon maaf?  Di mana pendirian PAS Johor?  Kita mudah faham mengapa pemimpin-pemimpin Umno menggelar YB Nizar sebagai penderhaka, tetapi sukar sungguh untuk kita memahami mengapa PAS Johor juga seolah-olah berperangai seperti mereka.

Kita faham PAS Johor sedang berhempas pulas untuk menawan beberapa kerusi di Johor dan dikatakan peluang ini amat cerah.  Tetapi apabila isu ini timbul. mungkin PAS Johor menganggap YB Nizar telah menggagalkan cita-cita mereka.  Rakyat Johor pasti menolak PAS sekiranya YB Nizar tidak memohon maaf kepada seluruh rakyat Johor.  Benarkah begitu?  Adakah sekiranya YB Nizar memohon maaf kepada seluruh rakyat Johor, maka PAS akan mendapat sokongan rakyat Johor?  

PAS Johor silap jika berfikiran begitu.  Hakikatnya, isu ini adalah hikmah buat PAS Johor untuk menunjukkan bahawa PAS tetap konsisten memperjuangkan keadilan.  Di ulangi, "Keadilan'.  Rakyat di Johor dari semua kaum terutamanya dari kaum bukan Melayu yang semakin kuat menyokong PR dan PAS pasti akan melihat sejauh mana PAS Johor sanggup mempertahankan tokoh mereka sendiri yang berani kerana benar.  Jika tokoh seperti YB Nizar yang pernah disanjung sebagai MB terbaik dari PAS, tidak upaya PAS Johor untuk membelanya, apa jaminan rakyat marhaen dari berbagai kaum akan dibela sekiranya PAS berkuasa di Johor?

Saya amat tidak setuju dengan tindakan PAS Johor yang bukan sahaja gagal membela YB Nizar, bahkan menekannya dengan isu ini.  Isu pokoknya, adakah YB Nizar benar-benar bersalah dari segi undang-undang negara lebih-lebih lagi menyalahi hukum Islam?  Jika benar YB Nizar bersalah, PAS Johor patut mengesyorkan agar PAS Pusat mengambil tindakan terhadap YB Nizar termasuk dipecat jika perlu.  Biarlah PAS bersih dari tokoh seperti YB Nizar dan jadilah PAS seiras dengan Umno.  Buat apa ke hulu ke hilir bercerita tentang Islam, tentang Jihad, tentang keadilan dan bermacam-macam lagi sejarah Nabi dan para sahabat diceritakan, tetapi hati kecil kita sebenarnya masih mengagung-agungkan selain dari Allah.

Sebenarnya tindakan PAS Johor seperti yang disiarkan oleh akhbar Sinar itu menunjukkan PAS Johor tidak memperjuangkan Islam sebenar.  PAS Johor mungkin takut kehilangan undi orang-orang Melayu tetapi PAS Johor tidak sedar bahawa sekarang ini orang-orang Melayu sudah semakin sedar yang mana satu pemimpin yang jujur dan ikhlas dan yang mana satu pemimpin yang suka membodek.  PAS Johor mungkin gementar dengan perhimpunan yang dikatakan 30, 000 orang itu, tetapi PAS Johor lupa jutaan lagi manusia yang berakal akan mengadili PAS dengan isu ini.

Saya mohon PAS Johor menarik balik gesaan terhadap YB Nizar untuk memohon maaf kepada rakyat Johor.  YB Nizar sudah memohon maaf dan sanggup untuk mengadap Tuanku Sultan Johor bagi menyatakan isu sebenar dan akan memohon maaf sekali lagi kepada Tuanku Sultan, jadi jangan lah PAS Johor bertindak melampau dari itu.  Jika PAS Johor takut untuk membela YB Nizar, biarlah kami dari PAS luar Johor dan PR yang lain akan membela tokoh ini.  PAS Johor mungkin ingin menjadi Hang Tuah, YB Nizar pula mungkin dianggap sebagai Hang Jebat.  Siapa yang benar, Hang Tuah kah atau Hang Jebat?/wfauzdin.blogspot.com

27 ulasan:

  1. Salam bro;

    Jangan pula nanti PAS Johor menafikan dan menuduh Akhbar Sinar harian putar belitkan kenyataan meraka... hahahaha...

    Politik cari makan bro... hahahaha...!!!!

    BalasPadam
  2. kes nizar hampir sama.

    ia boleh disemak di intrnet seluruh dunia..siap dgn time stamp

    jk nizar dah delete xtahu la..(i never use twitr)

    hayatan pd kata2 di twiter/blog/etc bukan lg pasif atau kosong...

    walau kadang2 mislead..namun biasanya kita buleh paham apa maksud tersurat tersirat.. spt tulisan sy ni..

    nizar tsgt aktif utk menang kembali sbg mb perak.. beliau tersilap langkah hinggga kawan2 dlm pakatan pun kena, salehudin kena, azmin dgn no plet '1' pun kena.. anak berank nik aziz dgn plet2 'mewah' pun kena...

    sekolah yg trbaik ialah pengalaman tp syg yuran terlalu mahal..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak kiralah PAS Johor ke mana-mana ...

      Kalau takut dilambung ombak ... jangan berumah di tepi pantai ... kalau baru nak bertindak pun dak teragak-agak ... lebih baik duduk rumah peluk bini lagi hidup santai ...

      Kalau kebenaran dan kebatilan pun tak boleh nak nilai ... Tak payahlah nak melalak ke sana sini menceceh cerita pasal perjuangan kebenaran ... buat gatal telinga je ...

      Padam
    2. Assalam,suarah Annas sudah cukup memberi jawapan,perlu kita melayan isu ini lagi...tugas Nabi saw hanya menyeru dan menyampaikan hidayah milik Allah.
      Ya Rabb ampuni hambaMu yang jahil lagi berdosa ini, kasihani kami tunjukilah kami jalan yang kau redahai...Amin

      Padam
  3. SOKONG SARANAN TN FAUZDIN,KITA KENA BERFIKIRAN POSITIF MALAH DALAM ISLAM INI SUDAH IKUT SYARIAT & HUKUM ALLAH SWT ! SIAPA LEBIH BERKUASA DAN LEBIH BESAR,ALLAHU AKHBAR, PAS JOHOR KENA INGAT POSITIF BUKAN SEMUA RAKYAT JOHOR TURUN SEMBAH TAAT SETIA JUGA SEBALIKNYA JIKA MASA PRU PUN KENA POSITIF PENGUNDI ITU RAHSIA ,DAN BELUM TENTU RAKYAT JOHOR 100% SUKA ATAU SOKONG DOTDOTDOT ! AMAT RUGI JIKA SEORANG INSAN MULIA MACAM DS NIZAR MAHU DIKUTUK ATAU TOLAK KERANA JIKA INI BERLAKU PARTI ISLAM AKAN LINGKOP DAN HILANG BANYAK SOKONGAN ,DS NIZAR SUDAH MOHON MAAF TAK PERLU JUMPA LAGI UNTUK MINTA PULA MAAF PADA RAKYAT JOHOR,ALLAHU AKHBAR ,MACAM NEGERI PASIR BERDENGUNG DAA !

    BalasPadam
  4. Aku sangat setuju dengan kenyataaan dari blog ni...Jika macam ni punya cerita apa jaminan Pas johor boleh bagi keadilan pada rakyat di masa depan.....

    BalasPadam
  5. saya orang johor. cuba tanya orang johor ramai yg setuju atau yang tak setuju?

    BalasPadam
  6. Malang..terdesak sgt nk menang agaknya..apakah jika nizar dtg melutut, maka mereka kesemuanya memilih pas.. ? Terkadang pendirian pas begitu mengecewakan!!

    BalasPadam
  7. PEDULI APA DENGAN ISU YANG SENGAJA DIPERBESAR-BESARKAN...AKU TETAP SOKONG YB NIZAR KERANA BERANI MENEGUR.

    ALAMAK HARI-HARI KITA PUN KENA KERJA CARI MAKAN UNTUK ANAK BINI, KALAU KITA TAK CUKUP MAKAN ADA ORANG-ORANG KAYA INI KESAH...

    JADI YANG PENTING TUMPUKAN KEPADA ISU SEBENAR, UMNO/BN MESTI DITUMBANGKAN DALAM PRU13..

    BalasPadam
  8. Kebenaran perlu dinyatakan dan disokong walau dari mulut siapa yg brkata dan kpd tubuh badan mana yg di tuju. Di mana salahnya YB Nizar? Nak tau siapa yg brsalah dan yg benar maka fahamilah ungkapan org yg brkata dan jwapan balas org yg di tuju. Cuma..musykil sekali kalau PJ Pas Johor x brsedia menelan yg pahit..

    BalasPadam
  9. membazir adalah kawan syaitan

    BalasPadam
    Balasan
    1. syaitan adalah kwn nik aziz..bukan aku kata.. org pas sndiri kata

      Padam
    2. Bodoh tak habis2..

      Padam
    3. kalu mu berkawan dgn nik aziz. mu pun berkawan dgn syaitan..

      bersubahat bukan aku kata Tuhan da bg warning

      Padam
  10. http://jalanpulang1978.blogspot.com/2012/06/panas-perang-dua-kerabat-diraja-masih.html

    cerita diatas wajar sekali dibongkar semula....

    BalasPadam
  11. sultan ke raja ke, mereka semua adalah mahluk spt kita,hamba kepada ALLAH swt..menyampaikan yang hak walaupun kepada penguasa yang zalim, adalah satu tuntutan...samada nak ikut atau tidak sekurang2nya tanggungjawab kita dah tunaikan...tapi biasalah orang yang cam nie mana nak heran, tapi dia lupa setinggi mana pun darjat dia kat dunia ni, mati sok jadi makanan ulat2 dalam tanah...takde lagi sembah setia sembah deharka....wahai raja, apa jadi dengan firaun dengan sahabat handainya....renung2kanlah..

    BalasPadam
  12. AZMAN

    SINIS DARI AKU:
    ORG ISLAM, KALAU MATI NANTI, PAKAIAN RASMI "KAIN PUTIH" HARGA RM7 SE-METER.
    AKU PON XTAU LA, KALAU-KALAU ADA KAIN PUTIH HARGA RM 100K SE-METER???

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau kerabat nik aziz pun pakai plet 'mewah'...

      pi la soroh kerabat nik aziz tu pulangkan plet2 special tu..membazir amalan syaitan..

      azmin pon polangkan balik no.tu...dpt tilong rakyat...
      ..
      nyampah..

      Padam
    2. Bangang tak habis2.. itulah UMNGOK..

      Padam
    3. kalumu pun kerabat nik aziz pakai plet pelek2 mahal...mu pun buat amalan syaitan... bukan aku kata tau...

      Padam
  13. Negeri2 tanpa sultan di m'sia tetap maju.support nizar mb perak.

    BalasPadam
  14. patutnya bagi je plet kereta tu free kat raja, buat apa bida pulak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setahu saya, memang ada peruntukan plet percuma utk vip dan kerajaan. Tapi tak glemerlah kalau bolih free.

      Padam
    2. kalau la sultan guna kuasa dpt free..rakyat rogi 500k.. duit 500k xmasuk sistem.. utk rolling jambatan bgunan hospital etc..

      rkyat cerdik

      Padam
  15. korang berdua ni. .56. n.54 ni org pkr ke

    kau tau makin ko provoke sultan...lg lah sultan xnak pilih pas..terpaksa pilih pkr..suka lah pkr .salehudin melopong

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam... ye lah. Plet tu apa la sangat sampai nak bida-bida. Setakat plet keta je. Bagi free je dah lah.
      Bila guna duit untuk bida plet yang jadi tak masuk akal tu.

      Padam
  16. Salam
    YB Tak mengutuk Sultan pun. YB Nizar bukan Hang Jebat sebab YB Nizar tak menderhaka kat Sultan mcam Hang Jebat tu.
    Tapi YB Nizar adalah MB Perak yang berhati mulia.

    BalasPadam