RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Isnin, 11 Jun 2012

PERHIMPUNAN SOKONGAN KEPADA NIZAR TANDA KITA SAYANGKAN RAJA-RAJA

Oleh:  WFAUZDIN NS

APA salahnya kita adakan satu perhimpunan untuk menunjukkan kita setuju dengan YB Nizar yang berani menyatakan yang hak?  Bukankah Islam mengajar begitu?  

Bukan tujuan perhimpunan untuk menunjukkan kita menderhaka kepada Raja, tetapi perhimpunan itu untuk kita nyatakan bahawa YB Nizar tidak bersalah.  Masalahnya, adakah kita berani untuk membela YB Nizar?  Atau, memang kita merasakan YB Nizar memang bersalah kerana menegur?  

Jadi, aku cadangkan satu perhimpunan dibuat dan tentunya lebih sesuai dianjurkan oleh PAS sendiri kerana YB Nizar adalah pimpinan PAS yang pernah jadi MB Perak sebelum `lanun' datang merampas. Sebagai rakyat yang cintakan kepada Raja, kita perlukan tokoh yang berani menegur Raja bukan orang yang hanya tahu membodek Raja.  Anak yang baik akan tegur ayahnya jika ayahnya melakukan kesilapan.  Sebagai contoh, ayahnya bermewah-mewah sedangkan anaknya tahu adik beradiknya ada yang tidak berkasut atau berbelanja untuk ke sekolah.  Maka, anak yang baik pasti akan menegur ayahnya kerana tanda kasih anak kepada ayah.

Sehubungan itu, sukar mahu diterima akal dan hukum perbuatan YB Nizar itu adalah derhaka jauh sekali menyalahi hukum Islam.  Maka, kita perlu berani untuk menyatakan yang hak.  Jika kita tidak berani, paling kurang kita wajib menyokong orang yang berani.  Kalau kita tidak berani, menyokong orang yang berani menyatakan kebenaran pun kita tidak berani, bagaimana kita mahu memerintah negara ini dengan adil dan telus?/wfauzdin.blogspot.com


12 ulasan:

  1. yang hancurkan institusi raja sejak dulu ialah geng2 united lembu...sekarang nak tunjuk hero...sudah lah buang masa aja....tapi yang pasti lembu akan terus didungukan olih ketua2 lembu geng gerombolan untuk terus balun harta negara!!!!

    BalasPadam
  2. DEMI MEMBODEK & AMPU AGAMA ALLAH S.W.T. TOLAk TEPI ! ABU !

    BalasPadam
  3. kalau anuar berjaya rampas putrajaya dulu 16 sep 2008...kena panggil hero ka lanun jugak..

    aku rasa pakatan akan panggil 'hero' la pulak..

    hero beruk

    BalasPadam
  4. ayahanda tok guru. anakanda mohon tok guru toron la...anakanda nak bertanding jad mb pulakkk. ni nasihat yg molek ni..ikutla tokguru, kita tegur yg baik ni...

    BalasPadam
  5. kahkahkah...aku nak guna logik umngok masa bersih 3.0.

    ada mangkok tandas umngok kata, daripada 28juta rakyat msia, kalo 300,000 turun masa bersih diadakan, terdapat 27.77juta yang tak turun...menunjukkan ramai yg tak sokong bersih.

    jadi apa ker jadahnya kalo setakat 10,000 turun sokong sultan, maka seramai 27.99juta rakyat tak sokong sultan tetapi sebaliknya sokong yb nizar.

    amacam skang umngok? majoriti rakyat tak sokong sultan. tergugat melayu nih!

    kahkahkah mmg bijak ungkapan "raja adil, raja disembah....raja zalim, raja disanggah". raja2 semua perlu ingat tuh...jgn over dengan rakyat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. percaya lg tu 300k ..kak kak kak

      bukan kah kah kah tau
      'burung yg repeat anuar ckp jet mahathir 200k, mahligai madey 200k...dan terbaru berahi kuasa 3.0 300k...

      kak kak kak kak

      Padam
  6. Wa lasa kita olang jangan himpun maa. nanti itu UMNGOK kasi cucuk sama Sultan2 and the media kata kita olang PAS anti Raja and Sultan. Lu bukan tak tau itu UMNGOK memang kaki putar. So, lt it be.

    BalasPadam
  7. nak berhimpun kat jb ke?

    BalasPadam
  8. Nampak gayanya macam cerita epik saperti luncai terjun dengan labunya , biarkan ... biarkan ...

    BalasPadam
  9. nak 'baca' 3 billion account man

    sila baca utusan meloya...

    emmm..ayat yg boleh di'baca'..''mampuih la aku nak tunjuk bukti acount control..3billion...pi mampuih la''

    KESIMPULAN: ..SATU AKAUN PUN DIA XCONTROL.. TULEN..DISAH KAN BENAR OLEH TGNA..

    BalasPadam
  10. lu cakap sama nuar, azmin dan semua pemimpin PR, supaya tak yah membazirkan wang, wa tau itu wang meleka punya, tapi ambik mana pun gua tahu, tak payah berkempin menghabiskan duit sahaja, tak yah guna keta besar besar, duk umah besar juga tak yah belanja besar,tak yah g luar negeri, lu cakap sama diaorang itu semua membazirkan duit sendiri, lebih baik duit tersebut lu orang bagi saja pada rakyat miskin yang tak ada rumah juga yang tak cukup belanja, waa gelenti PR menang besar ini kali, jangan cakap saja, waa tau pemimpin lu banyak duit, itu anur, kelija cuma MP merangkap ketua pembangkang, serupa itu dia punya madu MP cabuk sahaja, tapi wang tak habis habis?,cuba kira gaji diaorang berapa?, caakap pandai, lu orang sama jer dengan orang yang lu orang katakan, entahkan lebih lagi?, ini kah yang nak di jadi kan pemimpin PUTRA JAYA, MAMPU DAN HANCUS MALAYSIA

    BalasPadam
  11. kalau DSAI banyak duit sumber tak sah dah lama madir kutty korek dari dulu lg..sprm tak sempat subuh dah tunggu depan pintu..

    BalasPadam