RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 6 Ogos 2015

DI MANA SUARA EZAM SESUMPAH TERHADAP NAJIB?

DISAAT Najib sekarang di dalam keadaan amat tertekan dengan berbagai isu dan skandal yang dipersoalkan kepadanya, aku tertanya-tanya di mana suara Ezam Mohd Nor?  Bukankah Ezam dipelihara Najib begitu manja sekali mengalahkan ramai lagi ahli-ahli Umno yang lain namun disaat Najib ketika ini amat memerlukan tukang 'cover' dirinya, Ezam menyepi diri.  Ezam adalah salah seorang yang bertugas di Pejabat Menteri Kewangan, iaitu Najib sebagai penasihatnya.

Aku masih ingat sewaktu Ezam menghalalkan dirinya untuk menyertai Umno di antara faktor utamanya katanya adalah beliau semakin yakin dengan kepimpinan Umno selepas Mahathir.  Apabila beliau mulanya dilantik sebagai Senator, maka beliau semakin hebat menyerang Anwar waktu itu.  Tiada lain yang keluar dari mulutnya selain dari memburukkan bekas bosnya itu.  Kemudian Ezam sesumpah ini terus dilantik sebagai Penasihat oleh Najib di Kementerian Kewangan.

Sekarang, Najib diselimuti dengan "kudis-kudis" buta dengan berbagai dakwaan terhadapnya.  Bermula dengan isu Altantuya, kemudiannya skandal 1MDB dan bertambah menekan lagi adalah isu wang RM 2.6 Bilion yang berada di dalam akaunnya.  Apakah Ezam juga sanggup mengangguk dan bersetuju bahawa itu semuanya adalah wang kutipan derma?  Di mana kejantanan Ezam ?

Aku mencabar Ezam sesumpah agar bercakap sepatah perkataan untuk bertanya Najib, siapakah yang menderma ke dalam akaun beliau sebanyak itu?  Beranikah Ezam?  Jika tidak, lebih baik Ezam bersara dari kancah politik daripada terus memikul biawak hidup.  Ezam kini pada aku lebih bangsat dari raja katak, Ibrahim Alkataki.  Alhamdulillah, Allah keluarkan Ezam dari KEADILAN lebih awal.

7 ulasan:

  1. ezzam satu nama yg dibenci

    bila melihat ceramah2 beliau ketika dlm PR dan kemunafikan beliau sekarang, memang benci betul makhluk ezzam

    lain kali jgn suka bersumpah, tak sapa suruh, kau yg gatal mulut tk beriman suka bersumpah... sumpah tkkan masuk umnu konun

    bila diuji gagal mcm beruk kering

    go to hell to this beast ezzam

    BalasPadam
  2. oiiii din....
    apa nak jadi la dengan pm ko tu?

    BalasPadam
  3. EZAM SEDIAKAN KOTAK,ISMETH ULAM RAJA YG MASOKKAN DUIT 2.6 BILLION TU

    BalasPadam
  4. Ezam..
    Ha3
    Dia ni layak mkn bangkai busuk ja

    BalasPadam
  5. Dasar pelacur politik. Selayaknya kawin dengan Ummi Hafilda yang mulut macam sial tu

    BalasPadam
  6. Mamat di tengah jaga 2,6 bilion tu...takut org curi...mt pun tahu duit masok...mamat ni mesti tahu....jga jgn x jga ezam..ko lupa diri dah

    BalasPadam
  7. Mamat di tengah jaga 2,6 bilion tu...takut org curi...mt pun tahu duit masok...mamat ni mesti tahu....jga jgn x jga ezam..ko lupa diri dah

    BalasPadam