RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Isnin, 19 Oktober 2015

WAKIL AMANAH PATUT DIBERI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB DI NEGERI

APABILA tertubuhnya Pakatan Harapan (PH) di peringkat Pusat hasil perbincangan Meja Bulat yang lalu, maka mahu tidak mahu ianya mestilah direalisasikan di semua peringkat.  Merealisasikan PH bukan membawa maksud 'membuang' Pas kerana keputusan PH setakat hari ini adalah PH masih terbuka untuk menerima Pas dan PSM atau mana-mana pihak yang ingin bersama PH.


Merealisasikan PH adalah membawa kesemua yang berada di dalam PH berganding bahu di setiap negeri.  Langkah pertama telah pun bermula di mana program Jelajah PH kini sedang bergerak dari satu negeri ke satu negeri.  Tentunya belum mencukupi, PH haruslah direalisasikan melalui pentadbiran di negeri-negeri yang kita kuasai seperti di Selangor dan P.Pinang.

Seperti yang disebutkan awal tadi, bukan bererti PH membuang kesemua penglibatan Pas di semua negeri berkenaan.  Wakil Pas boleh terus berada bersama selagi PH masih membuka pintu atau Pas masih belum berani buat keputusan untuk keluar dari bekerjasama.

Apa yang perlu dilakukan sekarang adalah melibatkan wakil Amanah, salah satu parti utama yang berada di dalam PH untuk berganding bahu di bawah kerajaan negeri yang kita kuasai.  Tentulah tidak adil jika Amanah tidak diberi tanggungjawab bersama mengurus dan mentadbir negeri.  Di Selangor, terdapat dua Adun dari Amanah yang boleh diambil untuk diberi tugas dan tanggungjawab bersama.  Wakil dari parti tersebut juga haruslah diserap ke dalam mana-mana syarikat GLC di Selangor dan juga dilantik di dalam Ahli Majlis.  Begitu juga hendaknya di P.Pinang yang dikatakan telah mula mengorak langkah tersebut.

Menyerapkan wakil Amanah tanpa menolak wakil Pas adalah salah satu kaedah terbaik bagi menunjukkan keadilan di dalam PH.  Semoga cara ini dapat direalisasikan secepat mungkin.

5 ulasan:

  1. Pada 13 Mei 2011, Mohamad Razali telah tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, Georgetown di mana beliau turut mengesahkan beliau merupakan salah seorang peserta dalam pertemuan paderi di Pulau Pinang, 5 Mei 2011 yang ‘berdoa’ mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Malaysia.

    Majlis ‘doa’ itu diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi di sebuah Hotel Red Rock di Jalan Macalister, Pulau Pinang.

    Berikut adalah ringkasan modus operandi DAP sebagaimana yang didedahkan Mohamad Razali :-


    1) Menjadikan Kristian sebagai agama rasmi dalam tempoh 10 tahun
    2) Malaysia sebagai sebuah negara Republik
    3) Melantik Yang Dipertua Negeri daripada kalangan orang Cina sahaja
    4) Menghapuskan Sistem Raja Berperlembagaan dan menghina Institusi Beraja Malaysia adalah dari keturunan lanun/perompak
    5) Melantik satu Presiden diberikan kepada orang Cina
    6) Azan tidak dibenarkan dan diharamkan
    7) Pertandingan Tilawah Al-Quran diharamkan
    8) Mengharamkan Persatuan Kebajikan Islam & Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) dan Persatuan Pribumi Perkasa (PERKASA)
    9) Perkahwinan campur digalakkan
    10) Kebebasan beragama & menggalakkan pluralisme
    11) Bahasa Inggeris sebagai bahasa kebangsaan
    12) Mata pelajaran Pendidikan Islam akan dimansuhkan dalam sistem pendidikan Malaysia
    13) Chin Peng, Pemimpin Tertinggi Parti Komunis Malaya (PKM) akan dibawa ke Malaysia dan diberikan gelaran Tun.
    14) MARA akan ditutup dan nama MARA akan dihapuskan dianggap sebagai rasis.
    15) Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) sepenuhnya akan diterajui oleh orang Cina dan India.
    16) Lagu Negaraku dan bendera Malaysia akan diubahsuai dan digantikan dengan Lagu Malaysia baru.
    17) Rejimen Askar Melayu akan ditukar dan dibuang perkataan Melayu
    18) Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara akan dipegang oleh orang Cina sahaja.
    19) Mengurangkan kakitangan kerajaan terumatanya kakitangan Melayu. Contohnya Kementerian Pendidikan.
    20) 3 agensi; Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Biro Tatanegara (BTN) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan ditutup
    21) Dua hari perayaan orang Kristian; “Good Friday” dan “Easter Day” akan diumumkan cuti umum
    22) Base tentera Israel akan diwujudkan
    23) Majlis Agama Islam akan dibubarkan digantikan Majlis Antara Agama
    24) Mahkamah Syariah akan digantikan Mahkamah Sivil
    25) Menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB)
    26) Parti yang berteraskan agama seperti PAS akan digantikan kepada parti yang lebih liberal
    27) Perintah buka banyak warganegara kepada negara Taiwan, Hong Kong dan Singapura memohon sebagai rakyat Malaysia
    28) Membuat persempadanan semula di kawasan bandar sahaja
    29) Melantik Menteri Agama Malaysia yang baru kepada orang Cina. Manakala Timbalan Menteri Agama kepada orang India

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenalkan nama saya Pak ,Beny Sutomo betul-betul mengakui bahwa ramalan AKI SAIF bener-bener top dan di jamin “JITU” 100% tembus adapun ramalan ini di dapat melalui “RITUAL KHUSUS” jadi anda jangan ragu-ragu lagi untuk mengikuti ritual AKI SAIF karena nomor ritual AKI SAIF meman selalu tepat dan terbukti, jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan HUBUNGI/SMS di ((( 081355048468))) dan cukup bergabung dengan AKI SAIF untuk menyelesaikan syaratnya anda sudah bisa mendapatkan angka 2D 3D 4D yang bisa merubah nasib anda sekeluarga karna saya sudah membuktikanya 3X putaran bener-bener langsung tembus dan kini sekarang giliran anda Semua untuk membuktikan Trima Kasih.

      Padam
  2. Selepas itulah 13 Mei 2011, saya pergi membuat laporan polis. Dan di pagi hari tu, sebelum saya nak pergi buat laporan polis, masa itulah saya terharu dengan isteri saya ni, walaupun dia tak puas hati dengan saya tapi dialah berada di belakang saya memberi semangat. Menjadi tulang belakang saya membuat laporan polis.

    Masa tu baru saya sedar kelebihan seorang isteri, seorang wanita tu macam mana. Sebelum ni saya tak pandang pun, duduk tepi cukuplah. Sampai tahap tu.

    Dia pi ikut saya buat laporan polis. Terharu…saya cukup terharu. Disebabkan dialah saya boleh berada di depan Tuan-tuan dan Puan-puan sekarang ini.

    So, di sini saya nak tunjuk rakaman yang keluar dalam TV3 pada hari tersebut.
    (Tayangan rakaman)

    Soal siasat hampir lima jam pada hari tu, hari pertama oleh pegawai penyiasat. Dan lima kali jugalah saya dipanggil oleh pihak polis untuk beri keterangan-keterangan tambahan.

    Jadi, selepas saya buat laporan polis ni, saya pun nak baliklah ke rumah. Saya on balik handphone saya ni, masa buat laporan saya off. Bila saya on tuan-tuan dan puan-puan, saya dapati hampir keseluruhan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat cuba menghubungi saya pada masa itu. Bila saya check balik satu-satu call tu, semua call yang memang kenallah.

    Lim Guan Eng

    Ketua Menteri Pulau Pinang, yang hari pertama sahaja, lepas saya buat laporan polis, dia cuba menghubungi saya hampir 35 kali, Lim Guan Eng ni. Tak termasuk Lim Kit Siang, Karpal Singh, Jeff Oii, Ronnie Liu, Tony Pua, daripada Pas ada, daripada PKR ada. Semua cuba nak menghubungi saya.

    Dua hari saya tak berani nak ambil phone, takut. Saya takut nak ambil phone, dua hari pressure. Isu dah meletup hangat, kita stress dua hari saya duduk diam.

    Sampailah hari ketiga tu, dalam pukul 9 pagi, Lim Guan Eng memang dia call, tiap-tiap hari dia call saya. Hari ketiga tu saya beranikan diri angkat phone, tak apa saya ambillah. Saya panggil dia bos. Memang daripada dulu saya panggil dia bos. Dan saya pun jawablah, saya kata good morning.

    Bila dia dengar suara saya tuan-tuan dan puan-puan, dia tak kata apa terus dia maki saya. Dia maki hamun saya dalam bahasa Inggeris. Macam-macam dia kata kat saya.

    Dia kata apa kat saya, “Why you go made report, you should came to us, we can talk decision before you going to the police.”

    Saya kata, “Boss this is regarding my religion.”

    “I don’t care about your religion, party it’s more important than your religion.”

    Parti lebih penting daripada agama kamu, dia kata. Saya nak kamu tarik balik laporan polis ni hari ini juga. Dia bagi arahan kat saya, tarik balik laporan polis tu hari ini juga.

    Saya kata, “Sorry boss, saya takkan tarik balik.”

    “Razali, you don’t against me. You know isn’t my character. You know isn’t very well.”

    Guan Eng ni tuan-tuan dan puan-puan, dia merupakan seorang pemimpin yang mempunyai dua watak yang cukup berbeza. Saya dok lama dengan dia. Di hadapan tuan-tuan dan puan-puan, itu merupakan watak lakonan sahaja. Di belakang itu adalah watak real Lim Guan Eng. Siapa yang rapat dengan dia yang biasa tengok watak sebenar Lim Guan Eng.

    Beliau mempunyai satu kumpulan gangster yang cukup-cukup jahat di Pulau Pinang. Mereka sanggup buat apa sahaja untuk Lim Guan Eng. Saya tahu sebab saya bersengkokol dengan mereka pada masa itu. Saya bersengkokol dengan dia pada masa itu, saya tahu siapa-siapa dia ini.

    Dia kata, “You don’t against me.” Saya kata, “No, saya tetap dengan pendirian saya tak tarik balik laporan polis itu. I stick with my decision, I won’t pull out this report.”

    “Ok never mind Razali, if you don’t want pull out, I will make sure after this your life in Penang were be miserable.” Saya akan pastikan kehidupan kamu di Pulau Pinang akan huru-hara.

    “Never mind..whatever you to do I don’t care.” Saya letak phone.

    BalasPadam
  3. Mat Sabu
    Lepas setengah jam, dia call. Saya tak mahu jawab dah. Lepas itulah pada 18 Mei, seorang pemimpin tertinggi Pas menghubungi saya. Saya dengan beliau ni cukup rapat, lebih kurang abang dengan adiklah, kami dua ni. Banyak tempat kami pi bersama.

    Semasa kejadian ni, beliau berada di luar negara. Lepas balik ni, mungkin dia tahu, dia call saya. Saya panggil dia abang. Dia call, bagi salam tak jawab juga. Dia pun serupa juga, maki saya.

    “Awat hang ni bengong pi buat laporan polis ni? Siapa suruh hang pi buat?.”
    “Abang, ini isu agama bang.”

    “Takpe, demi politik agama kita boleh kompromi.” Dia kata.

    “Tak salah kita kompromi agama demi politik. Matlamat utama kita nak tawan Putrajaya. Siapa yang suruh hang pi buat benda ni? Hang ni calon yang akan bertanding. Siapa suruh hang buat? Ni, hang pikiaq masa depan hang, masa depan anak hang, bini hang. Hang tak sepatutnya buat benda ni. Aku nak hang tarik balik laporan polis hari ni juga. Aku nak hang tarik balik.”

    “Sorry bang, isu agama..mana boleh. Abang tau tak benda ni berlaku?”

    “Memang aku tau berlaku. Takpa, kita menang dulu Putrajaya, lepas tu kita tau la kita nak buat apa. Janji menang dulu.”

    Saya kata dia, “Isu agama.”

    “Aku kata takpa..takpalah. adakah Islam hang lebih daripada aku? Aku PAS tak ada apa. Hang DAP tahu apa?”. Sampai tahap tu dia kata kat saya.

    “Aku nak hang tarik balik laporan ni. Hang tarik.”

    Saya masih bertegas saya takkan tarik balik. “Bang, walau apa pun terjadi, saya takkan tarik balik.”
    “Hang pasai apa keteqaq (degil) sangat ni? Pasai apa hang jadi macam ni? Apa dah jadi dengan hang? Okay, sekarang kita settle. Kami sanggup bagi kat hang RM1 juta kalau hang sanggup tarik balik laporan polis tu.”

    RM1 juta ditawarkan kepada saya. Cukup senang dia kata, kalau setuju dalam masa tiga hari kita akan sediakan wang tu. Dalam masa tiga hari sahaja. Selepas itu dia kata, dalam masa seminggu, kita akan terbangkan saya, anak saya, bini saya, lari pi duduk di Melbourne. Jangan duduk di Malaysia. Duduk di Melbourne dia kata. Segala keperluan kami akan ditanggung oleh pihak-pihak tertentu di sana.

    Tapi dia kata, “Sebelum hang pi Melbourne, hang buat satu perkara kat kami, cukup. Hang tolong kami satu benda cukup.”

    Saya tanya kat dia, “Apa dia?.”

    “Hang buat satu sidang akhbar. Dalam sidang akhbar tu, hang kata, saya ni dipaksa oleh UMNO untuk membuat laporan polis tu.”

    Dia suruh saya tuduh UMNO. Saya kata kat dia, “Abang, yang buat laporan polis ni saya. Pasai apa yang kita nak membabitkan pihak yang ketiga?”.

    “Hang tuduhlah depa. Aku dok buat kerja ni, takkan hang tak tau kot. Hang tuduh depa cukup, lepas tu hang lari pi duduk sana. Kita tahulah kita nak buat apa.”

    ingat tuan-tuan kenal kot siapa dia ni. Semua kenal. Ini merupakan lagu yang paling-paling dia sukalah (tayangan lagu Hindustan).

    BalasPadam
  4. bakal pemenang anugerah novel terbaik tahun 2015 untuk kategori fiksi dan fitnah dengan hadiah wang tunai rm2.6 bullion

    BalasPadam