RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 21 Jun 2016

PEMBANGKANG MESTI BERSATU ADALAH ISYARAT DARI PRK SG BESAR DAN K.KANGSAR

TERLEBIH dahulu aku ucap tahniah kepada calon Amanah yang diberi tanggungjawab untuk mewakili Pakatan Harapan (PH) di dalam PRK Sg Besar dan K.Kangsar baru-baru ini.  PH menyedari bahawa meletakkan calon dari Amanah bukan sedikit risiko yang mesti dihadapi memandangkan dari segi usia teramat jauh berbanding dengan lawan dari Umno/Bn dan juga Pas.

Alhamdulillah, PH menjanjikan kepada Amanah bahawa PH akan bersama Amanah memikul tanggungjawab ini bersama.  PH mahu lihat apakah calon Amanah yg masih mentah tidak sampai pun setahun ini boleh berikan saingan kepada calon mewakili Bn dan Pas.  Semua tahu, kedua parti iaitu Bn dan Pas begitu selesa mengunakan media terutamanya Utusan dan TV3 suku siang malam mempropagandakan keburukan Amanah dan tentunya dikaitkan dengan Dap, musuh ketat Umno/Bn juga Pas.  Amanah hanya berkuat dengan sokongan media alternatif seperti blog, FaceBook , wassap dan seumpamanya.

Keputusan yang diperolehi jelas bahawa Amanah telah berikan saingan hebat kepada kedua-dua parti berkenaan meskipun akhirnya seperti yang dijangka sekuat mana pun Amanah atau Pas, selagi kedua-dua parti ini berhadapan dengan Umno/Bn, maka selemah mana pun Umno/Bn mereka akan muncul sebagai pemenang.  Amanah dan PH sedar betapa perlunya Pembangkang bersatu.  Samada Pas sedar atau tidak kita tidak tahu, namun melalui kenyataan PJ Pas Selangor, YB Ir Iskandar bahawa Pas tidak boleh bersendirian untuk menghadapi PRU14 nanti.  Mungkin Iskandar sedar, di kawasannya sahaja beliau hanya menang melalui PR, itu pun dengan mendapat majoriti yang terlalu tipis dan jelas undi dari bukan ahli Pas telah membantu kemenangannya.  Begitu juga, terdapat calon dari Keadilan yang menang atas sokongan Pas atau Dap.  Sebab itu Pakatan Rakyat itu amat disayangi oleh DS Anwar Ibrahim dan Almarhum Tok Guru Nik Aziz.  PR juga amat ditakuti oleh Umno/Bn kerana PR telah mengecewakan Umno/Bn selama dua penggal untuk menguasai 2/3 majoriti di Parlimen.

Apabila kita belajar dari keputusan PRK Sg Besar dan K.Kangsar, maka kita tahu betapa pentingnya semangat seperti PR dulu dihidupkan kembali.  Sewaktu penubuhan PH dulu, berulangkali Keadilan melalui Presidennya DS Wan Azizah menghantar surat resmi dan bertemu muka dengan pimpinan Pas untuk bersama di dalam PH.  Terlalu banyak syarat yang Pas tetapkan di antaranya Pas tidak mahu hubungan dengan Amanah dan Dap.  Bagaimana PH boleh wujud sebagai pembangkang yang kuat tanpa Amanah dan Dap?  Tentulah tidak masuk akal syarat-syarat yang diletakkan oleh Pas.  Maka, Pas terasing dari PH.

Apabila PRK Sg Besar dan K.Kangsar diumumkan, sekali lagi Keadilan cuba untuk membawa Pas berbincang agar PRK kali ini tidak melibatkan pertandingan 3 penjuru.  Ada tawaran agar PRK kali ini diwakili oleh PH satu Kerusi dan Pas satu Kerusi samada di Sg Besar atau K.Kangsar.  Pujukan kepada Pas ini tidak dibantah pun oleh Amanah atau Dap.  Mereka setia menanti keputusan dari Pas samada mahu jadikan PRK kali ini pertandingan hanya satu lawan satu.  Malangnya, Pas menolak tawaran ini.  Aku yakin, sekiranya Pas berada di dalam PH, pastinya PH bersedia untuk memberikan dua Kerusi ini kepada Pas bukan kerana itu kawasan tradisi mereka tetapi atas sebab Pas adalah calon di situ sewaktu PRU13 yang lalu meskipun tewas.

Pujukan untuk Pas bersama juga berlaku di Kelantan.  Amanah Kelantan berkali mencadangkan agar Pas dan Amanah bersama untuk mempertahankan Kelantan dari dirampas oleh Umno/Bn.  Malangnya, Nik Amar secara emosi menjawab bahawa Pas rela terlepas Kelantan daripada mengadakan hubungan dengan Amanah.  Amanah adalah pengkhianat, kata Pas.  Malah, jika dilihat dari banyak kenyataan pimpinan Pas dan tingkah laku mereka, Amanah dilihat oleh Pas lebih 'jahat' dari Umno/Bn.

Apakah ada harapan lagi untuk kita bersama dan berpakat?  Aku tentunya mengharapkan agar Pembangkang dapat bersama.  Hujah seorang AJK Pas Pusat yang juga Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat, Ustaz Mohtar Senik bahawa mengapa mesti mahu berunding dan bergabung setelah macam-macam diperkatakan kepada Pas, bagi aku hujah itu amat negatif dan tidak menunjukkan kepada keikhlasan untuk berdamai.  Apakah Ustaz Mokhtar merasakan hanya Pas sahaja yang menjadi bahan kecaman?  Apakah ahli-ahli Pas tidak pernah mengecam Amanah atau Dap juga Keadilan?  Ustaz Mokhtar Senik juga patut semak semula status-statusnya di dalam FB, apakah tiada kecaman dari beliau kepada Amanah, Dap atau Keadilan?  Jika semua ini mahu kita ungkit, nampaknya tiada penyelesaian yang akan berlaku.  

Tidak mustahil penyatuan boleh berlaku asal saja ada keikhlasan dan melupakan salah silap masing-masing.  Islam yang didakwa oleh Pas sebagai prinsipnya tidak akan tercemar jika berada bersama PH.  Ini dibuktikan sewaktu bersama PR.  Yang menjadi perbezaan hanyalah pendekatan kita di dalam satu-satu isu yang melibatkan Islam.  Aku rasa, Islam yang dibawa oleh Pas itu lebih merbahaya dan berisiko sekiranya Pas mengambil pendekatan untuk lebih lunak dan berhemah dengan Umno/Bn.  Banyak terbukti selama ini bahawa Umno/Bn tidak pernah setuju dengan dasar Pas.  

Kalau Dap dikatakan tidak setuju dengan Hudud, tetapi Dap menyokong banyak perkara yang menjadi dasar Pas terutamanya yang dituntut oleh Islam.  Jika sepuluh perkara dituntut oleh Islam, Dap mungkin tidak setuju dengan satu perkara, iaitu Hudud, apakah kita tidak boleh bersama di dalam sembilan perkara yang lain yang mana ianya juga satu tuntutan Islam?  Melawan GST, menentang perjanjian TPPA, menentang rasuah, menentang skandal 1MDB, membongkar wang di dalam akaun PM sebanyak RM 2.6 Bilion, penyalagunaan wang tabung haji, KWAP. LTAT dan sebagainya, bukankah itu menjadi kewajipan kita sebagai umat Islam untuk menentang kemungkaran tersebut?  Itu belum lagi dikira meningkatkan taraf hidup rakyat, ekonomi, pendidikan, pertahanan, masalah sosial, pembangunan dan sebagainya, ini semua kewajipan yang dituntut oleh Islam.  Semua ini diperjuangkan juga oleh Dap dan Keadilan.  

Seandainya kita berlapang dada dan mengakui bahawa rejim Umno/Bn ini harus dijatuhkan dari Putrajaya, maka tidak mustahil kita mampu bersatu semula.  Ini bukan soal siapa perlukan siapa.  Ini bukan soal siapa harus mengalah.  Ini soal rakyat.  Ini kemahuan rakyat yang telah mereka terjemahkan melalui PRN Sarawak dan PRK baru-baru ini.  Terimalah hakikat bahawa Umno/Bn memang mahu perpecahan sesama Pembangkang akan berterusan sehingga PRU14 akan datang agar mereka mampu dapat kembali 2/3 majoriti di dalam Parlimen.  Waktu itu kita akan melakukan satu dosa besar terhadap anak cucu dan warisan kita akan datang akibat keegoan kita.

 

23 ulasan:

  1. Nk bsatu ngan sape???pas?? Nt berulang balik bertindih kerusi. Gaduh2 pasal hudud...dr gabung ngan pas baik xyah gabung..merosakkan lg ph yg mmg sedia ada pun xbsatu.kukuhkan dulu ph

    BalasPadam
  2. Cukup2 la membuat seruan agar bersatu.. kamu pembangkang dah bersatu, habis nak ajak sapa lagi? PIS dah bersatu dengan umno dan pimpinan PIS sedang bergembira sekarang ekoran sahabat mereka menang besar kedua-dua prk.

    BalasPadam
  3. Biar berabad lamanya parti PAS atau pun PIS kalah dalam PRU dan PRK namun yang penting adalah keredhaan Allah SWT. Biar tidak menang namun yang penting Tuang Presideng PAS/PIS tetap Tuang Guru Hj Abdul Hadi Awang yang juga merangkap Tuang Penasihat WA SAPU BILLION... ha ha ha ha

    BalasPadam
  4. Lupakan bergabung dgn pas. Kita tumpukan isu menyedarkan pengundi muda.
    Pakatan harapan perlu tampil dgn imej hebat, bersih dan sefahaman.

    BalasPadam
  5. kau orang caci kutuk fitnah PAS sampai kalah mulut kapir DAPigs, ada hati nak minta bersatu!

    ..taubat nasuha dulu sebelum korang teringin nak ajak PAS balik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pas caci maki pan 24jam smpi Warna oren pun dicaci apa cter plak dol?tuding salahkan org tp salah sendiri lg byk apa cter dol?

      Padam
  6. Kite bg peluang kpd pis utk bersatu dlm masa sebulan. Lepas tu kita ph putuskan terus hubungan dgn pis ni.Dlm krjn selangor ph pastikan semua jwtan ditarik balik dn hnya tinggal org pis yg menyokong ph sja. Ph mulakan secara agrasif mendekati rkyt dgn strategi yg berkesan. Jgn tunggu lg pis ni. Hanya buang masa ph sja. Jgn sampai dh saat akhir bru nk bergerak. Pimpinan pis skrg dh mkn dedak dh x blih bt pa dah.

    BalasPadam
  7. masalahnya bro ph dah tuduh pas pro umno..confirm amanah vs pas..sebab kononnya xnak bg umno menang free sebab pas sekutu umno,,apa ke bangang main persepsi begitu..klu amanah vs pas vs umno boleh menang ke lwn umno??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa yg xsekutu umno nya bro. Cuba tgk prk lepas. Pas ada kutuk umno x? Xda pun kan tp kutuk pan berdentam dentum.pas sendiri akui nk berbaik dgn umno tp bermusuh dgn pan dan dap.apa kehal nye tu pas ni pembangkang ke atau dh jd umno? Cuba tgk kata2 pas siap nk jadi penasihat umno lg pastu bjanji xkan kutuk umno.hairan bin ajaib pas ni

      Padam
    2. PAN=DAP,Dap senang dengan menjadikan Islam parti berideologi akal beracuan DAP,dah tahu kawasan itu kawasan tradisi Pas kenapa ambil nak tunjuk bahawa PAN bukan Parti nyamuk sedangkan undi Pas solid undi Amanah bergantung kepada DAP dan sewaktu dengannya cuba Amanah sendirian lawan Pas,berani ke kerana Amanah sedar tak ada kekekuatan akar umbi.Dulu Pas berbaik dengan DAP dituduh Pas sebagai kuda tunggangan DAP dan bila Pas berpisah dengan DAP dituduh pula nak berganbung dengan UMNO.Berganbung dengan berkerjasama serupake;seperti sebelum ini Pas pernah berkerjasama dgn DAP.

      Padam
  8. Tanpa nama 10:49
    Dentum dentam kutuk Amanah tu krn Pis dah jd orang suruhan umno, dn umno dah duduk goyang kaki krn Pis dan ambil alik kerja umno
    Pis tkkan tau krn otak mereka tk sampai ke situ utk memikirkan hal-hal sebegini krn mereka tak cerdik!

    BalasPadam
  9. saya penyokong pas. x bersetuju untuk bersatu. biarlah masing2 dengan haluanyer sendiri....terima kasih......

    BalasPadam
    Balasan
    1. yer...selamat hilang kelantan...adios...

      Padam
  10. Aku kenal parti Amanah baru bulan lepas. Terus isi borang jd ahli kerana ada aura . Dah istihar keluar Pas pun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ingat kau masuk amanah ph boleh tawan putrajaya...

      Padam
    2. Ingat kau masuk amanah ph boleh tawan putrajaya...

      Padam
    3. Insyaallah blh tawan putrajaya.nape?

      Padam
  11. Boleh tak sape2 tolong bg aku cdgn nak join pan ke pkr. Apa beza dua pati ni dari segi halatujunye..

    BalasPadam
  12. Bila aku baca dan tengok sume komen2 diatas..sume 'hampeh' dan 'mangkuk ayun' punye komen! Masing2 lagsung x tau matlamat dan halatuju hidup dan berpolitik. Lebihbaik duduk diam kan bagus!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko xsuka blh blah.kahkahkah.

      Padam
  13. Jika PH menang pru14 nanti, agaknya kerusi siapa yg lebih banyak antara DAP, PKR, PAN? . Siapa kena tunduk kpd siapa? Ada sesiapa nampak kemungkinan beberapa kerusi BN (selain UMNO) yang menang kelak akan menyeberang joint PH utk mencukupkan mejoriti 2/3 di parlimen nanti? Apa pindaan akan berlaku keatas Perlembagaan Malaysia kelak?

    BalasPadam