SHAH ALAM 7 Ogos: Penemuan kesan seperti darah di tangga antara tingkat 14 ke tingkat 15 Plaza Masalam tempat terletaknya pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengejut koroner dan para pegawai Inkues kematian Teoh Beng Hock.
Mereka juga terkejut kerana terlihat kesan darah pada salah satu dinding bilik di tingkat 15 namun mereka tidak dibenarkan masuk ke bilik tersebut.
Perkara ini dilaporkan dikesan dalam lawatan koroner Inkues dan para pegawai yang terlibat dalam membantu Inkues itu.
Koroner Azmil Muntapha Abas dan pegawai inkues telah ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Plaza Masalam di Shah Alam hari ini dan lawatan ini telah menimbulkan lebih banyak persoalan mengenai kematian Teoh Beng Hock.
Peguam yang juga anggota Parlimen Segambut, Lim Lip Eng yang mewakili keluarga Teoh berkata, pada mulanya koroner dijadualkan melawatkan keseluruhan tingkat 14, tetapi para peguam meminta supaya dilihat sekali tingkat 15.
"Kami sedang menaiki anak tangga ke tingkat 15 melalui pintu belakang. Bila kami sampai ke tingkat 15, kami dapat ada kesan sepanjang dua kaki atas lantai anak tangga tersebut," kata Lim.
Apabila tiba di tingkat 15, mereka tidak dibenarkan melihat setiap bilik di situ.
Lim berkata, mereka ternampak lebih banyak kesan pada satu dinding bilik apabila mereka melihat menerusi kaca pintu.
"Ia nampak seperti darah. Saya tidak dapat katakan secara pasti. Sekali lagi, kami bertanya kepada pengarah dan pegawai penyiasat dan mereka kata mereka tidak tahu mengenainya dan tidak memasukkannya sebagai sebahagian daripada siasatan," kata Lim.
BUKIT MERTAJAM- DR Lee Boon Chye dalam satu masjlis penerangan baru-baru ini telah menjelaskan bahawa ada konspirasi kedua yang begitu menarik jika di kaji betul-betul dan pihak yang terlibat adalah sama iaitu peguam negara Gani patail dan juga Musa Hassan.beliau menjealskan demikian dalam satu sessi ceramah kelompok yang dihadiri 50 orang di kampung Cherok Tok Kun.
Menurut Dr Lee lagi, kes kedua ini juga adalah untuk sama ada menahan Anwar Ibrahim atas sebab beliau merupakan satu malapetaka besar bagi Bn jika tidak ditahan kerana pilihanraya yangke 13 didapati pihak Bn akan mengalami kekalahan.Maka kerana itu, salah satu cara ialah menahan beliau dengan satu konspirasi yang sama dahulu cuma jalan ceritanya di ubah.
Selain itu, jika didapati kes kedua ini gagal untuk menahan Anwar Ibrrahim, ia akan di jadikan sebagai satu batu loncatan untuk mengaibkan Anwar Ibrahim dimata masyarakat dunia, bahawa beliau adalah seorang peliwat.
Menurut Dr Lee lagi, Saiful sebenarnya tidak pernah diliwat kerana berdasarkan kepada hasil siasatan yang dibuat keatas bontot Saiful, didapati tiada kesan tusukan."Oleh kerana itu akta DNA di perkenalkan kerana DNA adalah berbeza dari cap jari kerana cap jari adalah tetap dan tidak boleh diubah,namun berneza dengan DNA,ianya boleh diambil dari sempel kulit,rambut, dan juga bulu dari badan".
Beliau menjelaskan demikian kerana menurut nya , jika dilihat dari pemeriksaan doktor, jika kesan tersebut didapati tidak berjaya membuktikan Saiful diliwat dan memang tiadanya berlaku kejadian liwat, akta DNA tadi boleh digunakan.
Beliau mula mendapat tempat setelah semua pegawai DSAI bertanding,cuma saiful membantu dari segi kerja dan diangkat sebagai pembantu khas.Dia kemudiannya di dakwa diliwat sebanyak 9 kali . Kali ke 9 iaitu pada tarikh 26 Jun 2008.
"Kita lihat pada tarikh 26 Jun 2008 beliau mendakwa diliwat,iaitu hari terakhir diliwat.Sebelum daripada itu ,pada mulanya Najib mengaku Saiful bertemu untuk meminta biasiswa ,namun akhirnya terpaksa mengaku berjumpa . 2 hari kemudiannya beliau menghadiri untuk diperiksa iaitu pada 28Hb Jun 2008 di Hospital PUSRAWI . Apabila di periksa oleh Doktor, didapati beliau tidak ada kesan diliwat , akhirnya beliau ke HKL maka kerana itu kita katakan bahawa Saiful tidak mandi dan Saiful tidak cebok(basuh bontot). Apabila laporan tersebut menyatakan bahawa beliau tidak di liwat, Saiful telah ke HKL dan di periksa oleh 3 orang Doktor dari berbagai sudut dan mengeluarkan kenyataan bahawa belau tidak diliwat.
Sebelum daripada itu, menurut Dr Lee lagi ada pihak atasan mengarahkan Musa Hassan iaitu pada tarikh 25Hb Jun dimana Rodwan telah berjumpa di hotel Concord bilik 619.
1. 26Hb Jun 2008- mengaku kali ke 9 diliwat.
2.25 Hb Jun berjumpa Rodwan di bilik 619 Hotel Concord
3. 28Hb mengaku diliwat dan mendapat pemeriksaan doktor di PUSRAWI dan HKL.$ doktor mengaku beliau tidak di liwat.
4. 28Hb Jun doktor lain mengaku ada kesan DNA.
5.Fakta nya Saiful tidak mandi dan berak selama 2 hari.kerana tu kesan DNA ada di bontot beliau.
"Peserta demonstrasi ini bukanlah anak yatim yang merempat sehingga hilang jati diri" dan "kezaliman wajib dilawan, orang bacul tidak masuk syurga" - demikian jawapan PAS terhadap dakwaan Menteri Penerangan Datuk Seri Dr Rais Yatim.
"Beliau merasa malu kerana penyokong Umno setiap kali hendak datang berhimpuan mesti dengan upah atau sekurang-kurangnya nasi bungkus," kata Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad.
"Beliau hendak menyamakan penentang ISA dengan penyokong Umno, yang memang seperti ayam daging. Kalau tidak diberi upah jangan harap untuk datang."
Menulis di blog peribadinya, Idris mengulas kenyataan Dr Rais seperti laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini yang memetik menteri itu sebagai berkata:
"Anak-anak muda yang mengambil bahagian ini secara sinis mengatakan mereka terima upah untuk berarak.
"(Pendedahan) ini agak mengejutkan pihak penganjur kerana mungkin tidak menyangka rahsia mereka akhirnya bocor juga."
Idris juga menyindir NGO yang pro-Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tetapi tidak bersedia berhimpun walaupun memberi ugutan untuk berbuat demikian, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).
"Kami rakyat yang berjiwa PERKASA bukan PEKASAM," katanya/Malaysiakini
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.
Pemimpin Umum PKR itu berang dengan laporan muka depan Utusan yang memetik Muhyiddin menuduh Anwar pengkhianat' kepada perjuangan Melayu dan menuduhnya memutarbelit fakta mengenai usaha martabatkan Melayu.
Muhyiddin membuat kenyataan tersebut ketika merasmikan mesyuarat Umno bahagian Sri gading di Johor semalam.
Berikutan itu, Anwar mahu timbalan perdana menteri menarik balik kenyataannya itu dan membuat permohonan maaf secara terbuka.
Dalam surat tuntutannya kepada Muhyiddin dan Utusan, Anwar juga menuntut gantirugi sebanyak RM100 juta daripada kedua-dua pihak berkenaan./Malaysiakini
PERMATANG Pasir kini sudah diratakan tanahnya untuk menyiapkan `pusara' Umno untuk kali yang ke berapa aku dah tak larat nak kira. Yang aku tahu `tanah kubur' masih merah lagi kat Manek Urai. Di situ terpacaknya `nisan' Umno. Kini, Permatang Pasir pulak. Seperti biasa, Umno tetap berkata `Kita yakin menang kerana rakyat sudah sedar '. Kalimah itulah sebenarnya yang menguburkan Umno di Kuala Terengganu dan Manek Urai.
Tidak seperti sebelumnya, kita tak dapat lihat lagi mana-mana pemimpin Umno di P.Pinang terutamanya di Permatang Pauh berebut nak jadi calon. Jika di Penanti, Umno hanya menjadi tukang sorak di luar gelanggang, di bumi P.Pinang ini juga kali ini adakah Umno masih berminat untuk jadi tukang sorak lagi? Yang pasti, Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh sudah menyatakan kurang seleranya beliau untuk tawarkan diri menjadi calon. Tidak seperti semasa PRK Parlimen Permatang Pauh dulu. Kenapa kali ini agak tawar semua pemimpin Umno untuk menjadi calon? Mungkin sudah merasa betapa azabnya berdepan dengan PR?
Sekiranya Umno memikirkan azabnya untuk berdepan dengan PR, kita cadangkan apa kata kalau Umno pujuk agar `Minah Ronggeng' bekas calon PRK Penanti baru-baru ini untuk bertanding semula? Tentu kali ini ada cerita baru dari `Minah Ronggeng' untuk kita perdengarkan kepada pengundi-pengundi di Permatang Pasir pula seperti cerita CD umpan rasuah dan jawatan TKM P.Pinang yang hangat sewaktu di dalam PRK Penanti yang lalu.
Oleh kerana baru-baru ini setelah Umno terkangkang di Manek Urai tetapi masih menganggap sokongan orang-orang Melayu masih kuat kepada Umno, kita yakin Umno akan masuk bertanding. Soalnya siapa calon Umno nanti? Yang pasti bukan peraih ikan. Agak lojik juga jika kita cadangkan agar `raja sesumpah' Ezam bertanding di sana. Bukankah Ezam terlalu kepingin bertandang di bumi Permatang Pauh? Lagi pun masa bila Umno nak bayar jasa-jasa Ezam ini? Begitu banyak telah Ezam korbankan untuk Umno melebihi banyaknya `kotak-kotak' yang selalu dipikul oleh Ezam tu. Amat wajar Ezam bertanding dan rakyat di Permatang Pauh pun sudah lama tidak mendengar raja sesumpah ini bersumpah. Di antara raja sesumpah `Pak Tonggeng' dengan `Minah Ronggeng' ini, aku rasa dua-dua sesuai untuk mewakili Umno./Kembali ke Laman Asal.
ZAHID HAMIDI Menteri Pertahanan kelihatannya sudah mula untuk menggunakan kuasanya di kementerian tersebut. Beliau dilaporkan berkata, beliau tidak teragak-agak untuk berjumpa DYMM YDP Agong untuk mengistiharkan dharurat sekiranya pihak GMI atau mana-mana pertubuhan terus melakukan aktiviti demontrasi seperti yang baru berlaku Sabtu lalu. Kenyataan beliau boleh diikuti di SINI.
Amat malang bagi negara kita mempunyai seorang menteri yang pendek akal seperti Zahid ini. Jelas kelihatan bahawa Zahid terlalu takut dengan kebangkitan rakyat menuntut keadilan. Dahulunya Zahid seorang reformis sewaktu mula-mula DS Anwar dipecat dan beliau dilihat begitu bersemangat mempertahankan DS Anwar. Namun, atas jasa Akta ISA beliau terus berubah. Akta ini mampu menjadikan seorang yang lemah iman dan tidak mempunyai kekuatan diri menjadi `penikus'. Akhirnya Zahid dilihat tunduk, lesu di hadapan kaca TV membaca skrip mengistiharkan tidak lagi menyokong DS Anwar yang terlalu banyak jasa kepadanya. Itulah Zahid Hamidi. Itulah harga Zahid Hamidi dan itulah tahap keberanian yang ada pada Zahid. Entah mengapa, Kementerian Pertahanan yang memelihara seluruh pahlawan dan perajurit negara ini memiliki menteri yang bersikap `penikus' .
Apa perlunya dharurat untuk menentang hak asasi berhimpun secara aman? Berlakukah huru hara jika perhimpunan ini tidak diganggu oleh mana-mana pihak? Jika semua perhimpunan mendatangkan huru-hara, maka sudah tentu negara ini telah lama hancur. Rakyat kita berdisiplin dan mereka tahu batas-batas dan adab untuk menyuarakan bantahan. Yang jahil tentang adab sopan ini bukan peserta perhimpunan, tetapi mereka yang dipertanggungjawabkan untuk mengawal keselamatan. Zahid Hamidi bukan tidak tahu perkara ini, tetapi beliau telah dibutakan mata dan hatinya kerana sedikit kuasa. Apakah sudah tiba masanya untuk tentera pula di ajak berdepan dengan rakyat selepas PDRM dilakukan sedemikian?
Zahid diingatkan jangan cuba lagakan tentera dengan rakyat. ATM masih suci dari semua kezaliman itu. Sudah tentu seluruh warga tentera yang majoritinya terdiri dari anak-anak orang miskin di kampong tidak tergamak menzalimi rakyat, meskipun menteri mereka tidak mempunyai hati perut. Andainya tentera perlu juga dilibatkan di dalam isu politik kerajaan sekarang, apakah Zahid rasa rakyat akan menjadi `penikus' seperti beliau? Jika Nazri Aziz berkata, "Selagi ada Langit dan bumi, ISA akan dipertahankan", Rakyat akan menjawab, "Selagi ada Allah yang berkuasa, Akta zalim ini WAJIB ditentang". /Kembali Ke Laman Asal.
Himpunan Anti ISA: Pengalaman Pertama Bersama Rakyat - Zaid Ibrahim
Oleh: amanlegend
"Luahan Zaid Ibrahim
Hari ini (1 Ogos 2009) buat kali pertama dalam sejarah hidup saya, saya menjadi mangsa bom gas pemedih mata. Pedih sungguh mata dan hati saya! Inilah pengalaman saya berhimpun dan berarak bersama dengan berpuluh ribu rakyat Malaysia di Kuala Lumpur. Ia benar-benar membuka mata saya di samping memberi banyak pengajaran.
Saya amat terkejut kerana tidak menyangka betapa kejamnya polis bertindak terhadap rakyat yang hanya berhimpun dan berjalan secara aman. Rakyat hanya mahu meluahkan perasaan tentang buruknya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang perlu dimansuhkan secepat mungkin. Rakyat kita tidak membawa senjata, mereka hanya membawa anak-anak untuk menyedarkan warga kecil betapa kejamnya ISA.Lelaki, perempuan, tua dan muda, pelbagai kaum, bermacam agama, semuanya berhimpun secara aman di ibu kota.
Hak untuk berhimpun secara aman adalah hak asasi rakyat. Tapi nampaknya hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ini sudah tidak ada guna lagi. Hak kita sudah hancur kerana polis yang bersenjata, yang berkuasa penuh, yang sombong dan angkuh, kini telah menentukan hak kita.Bila polis kata perhimpunanan itu haram, maka kita semua yang berhimpun atas dasar kebebasan dan hak yang telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, telah menjadi mangsa kekerasan polis. Ya, polis yang mengaku diri sahabat rakyat, kini menunjukkan belang sebenar mereka. Tak sangka, dengan sedikit kuasa itu, mereka sudah merasakan diri seperti Fira’un.
Saya sebagai warga Malaysia yang prihatin telah turut sama menyertai perhimpunan aman ini. Tapi saya bersama dua anak saya dan kawan-kawan lain tak tahu ke mana mahu dituju kerana polis telah tutup banyak jalan. Kami hanya mahu ke Istana Negara untuk menyaksikan penyerahan memorandum anti-ISA.Kami telah tersepit di sebatang jalan dekat Masjid Negara. Ramai yang berarak menghala ke Jalan Kuching ke arah Selangor Club, kami pun ikut sama. Niat kami hanyalah untuk bersama-sama orang ramai menunjukkan sokongan. Tetapi bila sampai sahaja di belakang Selangor Club, polis dengan ganasnya telah menyembur gas pemedih mata dan menggunakan pncutan air tekanan tinggi. Lintang-pukang orang berlari.
Saya pun tunggang-langgang lari.Polis kemudian meminta orang ramai bersurai. Tetapi ke mana nak bersurai kerana semua jalan sudah ditutup. Tak ada cara lain kecuali patah balik ke arah Masjid Negara. Saya pun bersedia untuk bersurai. Tapi bila sampai dekat dengan Masjid Negara, ada pula sekatan jalan polis. Di situlah saya lihat orang ramai angkat tangan supaya polis membenarkan mereka bersurai ke arah bagunan Dayabumi.Saya juga angkat tangan kerana kami memang nak bersurai. Ada dua orang wanita tua bersama saya yang merah serta berair mata mereka di samping terbatuk-batuk akibat bom gas pemedih mata.
Seorang peserta lelaki yang cacat anggota dengan crutches nya tidak dapat lari. Saya tak tahu apa nasib manusia berani ini. Kasihan saya melihat mereka semua.Rupa-rupanya polis sudah berniat jahat. Tanda angkat tangan tidak ada erti kepada mereka. Walau pun melihat ramai antara kami yang sudah mahu bersuara, polis terus melepaskan bom pemedih mata. Saya dapat lihat wajah-wajah polis berkenaan, kebanyakannya orang Melayu, yang penuh benci dan kesumat dendam.Maka terpaksa lagi kami berlari elakan diri. Tapi nak ke mana lagi? Di Jalan Kuching dekat Selangor Club pun polis sudah melemparkan bom pemedih mata. Bom dari canisters yang tidak ada jenama kata kawan saya. Bererti bom jenis buatan haram.
Dinegara kita apa pun boleh dilakukan Ramai orang termasuk saya terpaksa lari masuk ke dalam hutan kecil berhampiran Jalan Kuching dengan melompat pagar bangunan di situ.Mujur juga ada pengawal keselamatan di situ yang baik hati yang telah melepaskan kami keluar dari perkarangan bangunan tersebut. Semoga Allah membalas budi baiknya. Di sana barulah kami dapat keluar untuk bersurai. Masa itu mata kami semua sudah merah, suara parau dan seluar koyak akibat terpaksa melompat pagar.
Saya pun baru sedar bila sudah berumur begini lutut sudah tidak sekuat waktu muda dulu.Memang jelas hak dan kebesan kita semakin terhakis. Apa yang polis lakukan dengan cara mengepung orang ramai yang hanya mahu berhimpun secara aman dan membelasah mereka dengan semburan air dan bom pemedih mata adalah untuk menunjukan kepada rakyat bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak peduli dengan kehendak dan keperluan rakyat.Mereka mahu mengajar rakyat Malaysia bahawa era Pak Lah yang mahu mencuba membuka ruang kebebasan sudah tidak wujud lagi.
Ini era Najib yang tak mahu dengar dan tak terima pandangan rakyat.Bagi polis yang jelas bekerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional, mereka mahu rakyat takut kepada mereka. Mereka tidak mahu kita di Malaysia bebas seperti Indonesia dan Filipina yang memberi rakyat peluang bersuara dan berhimpun secara aman.Mereka mahu semua rakyat sedar bahawa Malaysia adalah Negara Polis seperti Myanmar. Sesiapa yang berhimpun dianggap bersalah kecuali mereka yang berhimpun untuk menyokong Najib dan pemimpin UMNO yang lain.
Inilah mesej 1Malaysia ciptaan Najib yang memberi amaran kepada rakyat bahawa kekerasan akan digunakan pada bila-bila masa sahaja demi mengekalkan kuasa.Tapi rakyat Malaysia termasuk saya juga ingin menyampaikan berita kepada Najib. Kita akan berkorban apa saja untuk menentang kekejaman dan kezaliman. Kita yakin kita di pihak yang benar kerana kita menentang salaha guna kuasa, penyelewengan dan rasuah. Kuasa rakyat akan menang juga suatu hari nanti di negara Malaysia yang tercinta ini, InsyaAllah./Tranungkite.net
Selangor teliti minuman keras hanya untuk orang bukan Islam
Harakahdaily Sat | Aug 01, 09 | 4:15:55 pm MYT
SHAH ALAM, 1 Ogos - Kerajaan negeri Selangor sedang meneliti untuk menguatkuasakan undang-undang bagi memastikan hanya pembeli dan penjual bukan Islam sahaja yang boleh membeli dan menjual minuman keras.
Menurut laporan Bernama, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata perbincangan mengenainya masih berjalan dan akan mengambil masa kira-kira empat bulan untuk disiapkan memandangkan pelbagai perkara yang perlu diteliti sebelum ia dapat dilaksanakan secara seragam di negeri itu.
"Kita perlu melihat banyak aspek dan mengkaji mengenai lesen terutamanya kepada kedai serbaneka dan pasar mini yang terbabit menjual minuman keras. Banyak prosedur yang perlu dibuat terlebih dahulu kerana ia membabitkan banyak pihak," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Falak Selangor 2009 Ke-5, di sini Sabtu.
Beliau berkata melalui syarat baru penjualan minuman keras itu, ia akan memastikan hanya penjual bukan Islam sahaja (termasuk juruwang) yang boleh melakukan urusniaga berkenaan.
Abdul Khalid berkata penelitian juga akan dibuat membabitkan penjualan minuman keras hanya boleh dibuat untuk mereka yang bukan beragama Islam yang mencapai had umur sahaja bagi memastikan tidak timbul masalah sosial.
Mengulas mengenai tindakan seorang exco kerajaan negeri yang mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memulangkan semula minuman keras yang dirampas dari sebuah kedai serbaneka di Seksyen 8 di sini kelmarin, beliau berkata perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat mingguan exco Rabu depan.
"Saya akan mendapatkan penjelasan dari exco terbabit berhubung hal berkenaan," katanya.
Mengenai dakwaan bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohamad Khir Toyo bahawa terdapat lebih 4,000 premis judi, hiburan dan urut kesihatan beroperasi secara haram sejak pakatan pembangkang memerintah negeri itu, Abdul Khalid berkata: "Saya tak tahulah kalau dibandingkan sebelum 2008 dan selepas 2008. Nantilah saya akan umumkan, tengok apa bezanya".
Beliau berkata dakwaan Mohamad Khir itu adalah tohmahan._
Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM20,000.
ADUN berkenaan dipercayai menerima wang suapan terbabit bagi membolehkan sebuah syarikat mendapat projek lanskap di Kuala Lumpur, lapor Bernama.
Difahamkan, semasa ditahan kira-kira pukul 9.30 pagi di Kijal, dekat Kemaman, Terengganu, SPRM telah menemui wang tunai RM5,000 pada Adun berkenaan.
Ketika ditahan, ADUN berkenaan berada bersama rakannya dan difahamkan beliau telah dibawa ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk siasatan lanjut.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull, ketika dihubungi, mengesahkan mengenai penahanan ADUN terbabit tetapi enggan mengulas lanjut./Malaysiakini
Blog ini mula dibuka secara resminya pada 19 Mei 2009. Pada 29 Ogos 2019, iaitu lebih kurang 9 tahun, blog ini telah pun dikunjungi sebanyak 9.6 Juta kali. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengunjung serta bloggers sahabat yang terus memberikan sokongan dan kerjasama kepada saya selama ini. Moga-moga perjuangan kita semua diberkati, InsyaAllah.