RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Isnin, 14 Disember 2009

DULU MAHATHIR DITAKUTI, KINI........

'No' maaf Tun - Nazri

14 Dec 2009

KUALA KANGSAR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata beliau tidak akan memohon maaf kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berikutan beberapa kenyataan terbuka yang dibuatnya sebelum ini.

Katanya, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, juga tidak meminta beliau memohon maaf, sebaliknya menasihati beliau menghentikan polemik dengan Dr Mahathir.

'Tak. Perdana Menteri tak suruh pun,' jelasnya.

Datuk Seri Mohamed Nazri sebelum ini melabelkan Dr Mahathir sebagai bersikap perkauman hanya kerana Dr Mahathir mempertahankan modul asal Biro Tata Negara (BTN).

Kenyataannya itu mendapat reaksi pelbagai pihak termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang menyifatkannya sebagai agak melampau.

Pertemuan Datuk Seri Mohamed Nazri dengan Perdana Menteri sebelum mesyuarat Kabinet berlangsung kelmarin itu bertujuan menjelaskan kedudukan tentang tindakannya.

'Apa yang saya buat, biar saya seorang terluka. Saya tidak mahu Perdana Menteri terluka. Tuduhan ini menjejaskan Perdana Menteri.

'Apa yang berlaku, saya seorang. Jangan perbuatan saya melukakan orang lain.

'Ada cerita kononnya apakah saya ini disuruh oleh pihak atasan dan ada tohmahan dan tuduhan bahawa yang saya lakukan itu kerana Perdana Menteri suruh.

'Saya menafikan di sini itu tidak benar. Apa yang saya buat adalah berdasarkan pendirian saya sendiri,' kata Datuk Seri Mohamed Nazri.

Baru-baru ini, Datuk Seri Mohamed Nazri berkata kabinet bersetuju merombak kurikulum BTN supaya ia lebih sesuai untuk semua kaum sejajar dengan gagasan 1Malaysia.

Bagaimanapun, kenyataan beliau berbeza dengan yang disuarakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, yang menjelaskan bahawa modul BTN tidak perlu dirombak sebaliknya akan ditambah baik agar sesuai dengan situasi semasa.

Dr Mahathir dalam komennya mengenai isu itu pula mahu kerajaan tidak terperangkap dengan permainan politik pembangkang sehingga terpaksa merombak kurikulum BTN yang telah sekian lama dipraktikkan secara berkesan di negara ini.

Beliau mempertahankan modul BTN yang sudah lama diguna pakai kerana ia berkesan untuk rakyat Malaysia yang berbilang kaum. / Mingguan Malaysia, Berita Minggu/KLPost



Najib pun tak suruh minta maaf

MCA TAK SELESAI, MUHYIDDIN RANCANG YANG BARU PULA

Oleh: WFAUZDIN NS

MUHYIDDIN nampaknya semakin hilang arah dan pedoman. Semua yang dilakukannya tidak pernah berjaya dan beliau sebenarnya satu-satunya TPM yang tiada ketokohan langsung di dalam sejarah politik negara ini. Inilah kualiti pemimpin yang diangkat oleh Umno untuk dijadikan pemimpin mereka walaupun mereka sedar Muhyiddin sepanjang rekodnya sebagai MB Johor dan juga sebagai Menteri dan kini sebagai TPM tiada apa pun yang berjaya beliau lakukan untuk dikenang oleh rakyat jelata.

Memang sesuai beliau diregukan dengan Najib kerana Najib juga tiada kebolehan sebagai seorang PM melainkan Najib berjaya sedikit sebagai Menteri Pendidikan dan juga Menteri Pertahanan suatu ketika dahulu. Sebagai PM, Najib langsung tiada kredibiliti baik dari segi kepimpinan, wawasan jauh sekali dalam aspek moralnya. Justeru itu, kita tidak hairan negara kita sekarang tidak lagi disegani dan dihormati oleh jiran-jiran terdekat kita.

Muhyiddin pernah berjanji untuk menyelesaikan krisis di dalam MCA dalam tempoh seminggu. Sekarang sudah berapa minggu? Selesaikah masalah di dalam MCA? Bukan MCA yang tidak lagi selesai, bahkan MIC dan juga PPP masih kelam kabut Muhyiddin gagal menangani krisis di dalam parti komponennya sendiri dan MCA langsung tidak mempercayai kebolehan beliau untuk menyelesaikan krisis yang semakin rumit itu. Mudah kata, Muhyiddin gagal menunaikan janjinya.

Terbaru pula, Muhyiddin mengumumkan bahawa Umno akan melancarkan Program Raksasa `Umno Juara Rakyat' bagi memenangi hati pengundi Melayu. Mungkin beliau sudah merasa bosan dengan parti MCA dan MIC juga PPP yang tidak mahu mendengar pandangannya. Beliau cuba pula dengan program baru ini yang akan dilancarkan mulai bulan depan dan berterusan sehingga Pilihanraya Umum Ke 13. Program ini kononnya untuk menunjukkan kepada orang-orang Melayu betapa Umno ini adalah juara memperjuangkan nasib orang-orang Melayu dalam aspek ekonomi, pendidikan, sosial, belia dan sebagainya. Tidak tahu lah kita adakah agama juga akan diperjuangkan oleh Umno. Jika agama pun termasuk dalam perjuangan parti sekular yang bersemangat kebangsaan ini, nampak sangat lah besar temberangnya.

Apa pun kita lihat lah nanti program terbaru ini berjaya atau tidak. Paling kuat pun saya rasa program ini diwar-warkan begitu hebat melalui media balaci mereka untuk menunjukkan program ini berjaya. Kita bukan tidak tahu, tanpa wang melimpah dan tanpa media serta jentera kerajaan, Umno tidak mampu bergerak sedikit pun. Apa kebolehan Muhyiddin yang dapat kita lihat cuma satu iaitu beliau mampu bercakap tanpa menggunakan akal tidak seperti TPM yang terdahulu. Beliau bercakap tentang DS Anwar pengkhianat Melayu, kemudiannya bercakap Tok Guru Nik Aziz mengajar ajaran sesat. Itu lah kebolehan Muhyiddin.

Usahkan parti komponen Bn yang tidak menghormati beliau, menteri kabinetnya sendiri tidak lagi segan kepadanya. Jika tidak percaya tanya Nazri Aziz. Tidak hairan nanti dalam pemilihan Umno akan datang, Muhyiddin akan ditolak oleh ahli-ahli Umno. Masalahnya, siapa yang lebih cerdik dari beliau yang ada dalam Umno untuk menggantikannya? Mungkin Umno perlu melantik Ibrahim Ali atau Ezam kot./Kembali ke laman asal di sini.

PILIHANRAYA KECIL LAGI ?

Siap sedia untuk pilihanraya kecil di Batu…

Ahli Parlimen PKR kawasan Batu di Kuala Lumpur,Tian Chua berkata beliau tidak akan merayu seterusnya jika proses rayuannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mulai 29 Januari ini kalah.

Katanya kepada Agendadaily selepas satu forum dekat Kuala Lumpur Sabtu malam langkah ini adalah bagi memastikan satu pilihanraya kecil diadakan di kawasan itu.

“Saya tidak boleh fikirkan soal diri saya lagi tetapi untuk parti jika kalah dalam rayuan itu.Saya nak pastikan ada pilihanraya kecil di situ,”katanya.

Tian Chua menjangka jika beliau meneruskan proses rayuan ini boleh memakan masa dan melepasi tempoh had peraturan Suruhanjaya Pilihanraya dimana tidak perlu ada pilihanraya kecil jika seseorang wakil rakyat kosongkan kerusinya pada Mac 2011.

Beliau enggan mengulas harapannya dalam proses rayuan mulai 29 Januari itu.

Tian Chua bagaimanapun berkata beliau yakin PKR dapat menawan balik kawasan Batu sekiranya berdepan dengan calon BN-Gerakan di situ.

“Saya menduga berat sikit bagi kami jika calon UMNO bertanding di situ tetapi jika calon Gerakan kami pasti menang mudah,”katanya.

Pada 22 Okt lalu Tian Chua telah dikenakan hukuman penjara enam bulan dan denda RM3,000 kerana didapati bersalah gigit tangan konstabel Rosyaidi Anuar dalam pergelutan di jalan depan bangunan Parlimen pada 11 Disember 2007.

Berikutan keputusan itu beliau hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.Keputusan itu ditangguhkan sementara proses rayuannya selesai.-12/12/2009/Agendadaily

Ahad, 13 Disember 2009

ISU MASJID - KOR MING SUDAH JAWAB, KENAPA HARUN TAIB SUSAH HENDAK FAHAM?

Oleh: WFAUZDIN NS

ISU dana masjid yang ditimbulkan oleh MP Taiping dari DAP, Kor Ming benar-benar digunakan sebaik mungkin oleh musuh-musuh PR bagi menyerang PAS. Kononnya jelas DAP sebenarnya memusuhi Islam dan PAS wajib meninggalkan DAP. Mudah untuk difahami mengapa pemimpin-pemimpin Umno dan media balaci mereka memainkan isu tersebut. Benarkah apa yang diperkatakan oleh Kor Ming tersebut?

Semua sudah tahu bahawa Kor Ming beserta beberapa pemimpin PR dari PAS dan PKR telah pun membuat kenyataan akhbar di luar Parlimen baru-baru ini menafikan tuduhan tersebut. Berani kerana benar, maka Kor Ming akan mengambil tindakan ke atas akhbar yang melaporkan kenyataan yang diputarbelitkan itu. Maka, sepatutnya semua sudah faham terutamanya bagi pimpinan di dalam PR. Mereka perlu memahami isu tersebut bagi memudahkan mereka menerangkan kepada rakyat di peringkat akar umbi. Masalahnya, mengapa ada pemimpin yang masih lembab untuk mengetahui perkembangan isu tersebut? Sudahlah mereka lembab, mereka seolah-olah memberi `amaran' pula kepada sekutu mereka seolah-olah mereka percaya apa yang dilaporkan oleh media balaci ini. Cuba banya kenyataan pemimpin yang lembab itu di sini.

“Pakatan Rakyat akan tambah lagi (masjid) dan kita harap DAP tidak akan bercakap mengenai perkara yang boleh menunjukkan mereka anti Islam,” katanya. Harun, yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu, meminta pemimpin DAP tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang menampakkan DAP memusuhi Islam dalam usaha menjaga keharmonian negara. - Sinar. Inilah bunyinya kenyataan Ustaz Harun Taib seorang pemimpin kanan PAS di Terengganu. Jika kenyataan ini disalah lapor oleh akhbar berkenaan, terlebih dahulu saya mohon maaf, tetapi Ustaz Harun mestilah mengambil tindakan ke atas akhbar ini. Mungkin ada yang mengatakan saya terlalu menyokong DAP dalam isu ini, tetapi yang benar mesti disokong. Dr Hatta, Dr Lo'Lo dan juga beberapa pimpinan PAS juga turut berada bersama ketika Kor Ming mengadakan sidang akhbar tersebut dan mereka berdiri teguh dengan Kor Ming yang telah dianiayai itu. Adakah Dr Hatta dan Dr Lo'Lo serta yang lain itu lebih menyokong DAP dari PAS?

Kita tidak faham mengapa masih terdapat beberapa pimpinan di dalam PR yang masih terikut-ikut dengan tari media. Bagaimana mungkin mereka boleh berinteraksi dengan penyokong di peringkat akar umbi jika mereka sendiri pun lembab dan kurang cerdik? Harakahdaily juga telah menyiarkan cerita sebenar isu ini, masakan Ustaz Harun Taib tidak membaca Harakahdaiy atau beliau juga tidak percaya kepada laporan Harakahdaily. Adakah beliau lebih percaya kepada Utusan Meloya?

Sebab itu banyak kita dengar suara-suara mahukan perubahan di dalam pimpinan. Perubahan perlu dilakukan untuk mencari pemimpin yang benar-benar cerdik dan bijak mengharungi gelombang politik yang semakin mencabar ini. Kita tidak perlukan lagi pemimpin yang meletakkan dirinya `di bawah tempurung'./ Kembali ke laman asal di sini.

MILIK SIAPA KERETA MEWAH INI ?

IS AZALINA THE RICHEST WOMAN IN THE LAND OF 1MALAYSIA?

Dear Editor,

I don't think I want to provide any of my own comments here because the pictures below should be enough to tell a million tales in a million different languages. After all these photos were taken in the driveway of Azalina's own house.

Image Hosted by ImageShack.us

Let it be known that I am not the one who took the pictures I received them via email from people who want me to distribute them as widely as possible so that the whole of Malaysia knows something about this woman that they otherwise mightn't have.

I am aware that the cars in these images are from Azalina's personal collection. Porsche, Mercedes-Benz, SmartCar, Land Rover, (Toyota) Alphard are seen here in these images but I know there are even more cars although I do not know where she has kept them.

Image Hosted by ImageShack.us

I'm told that there are still others stored elsewhere as well. So the question is where on earth did Azalina get the money to buy not just one but so many such cars? I guess you don't have to be an expert to figure out how much they are all worth let alone those we have not seen because they are in storage. Go figure this one out.

Check out the registration numbers of some of the cars here such as WLV-3. When did Azalina become a federal minister? When did she become a minister of tourism? When was WLV-3 registered? Put these together and find out for yourself.

Image Hosted by ImageShack.us

Apparently Azalina has this to say in her defence:

"I did not rob the people of their money! I did not cheat my fellow Malays!"

Well if that's the case, where did she get the money? Is a federal minister this well paid? Does she carry any other day jobs? Can we check our income tax? Has she fully declared all her possessions?

Image Hosted by ImageShack.us

Azalina, we're not idiots. You might think so but that's only your typical BN-type arrogance. Wait till we get our claws on you. Wait till we retain the powers of the courts, the power of the police, the power of the law and the power to dump you and all your cronies in labour camps.

Azalina, we will get you. The people have made the promise.

You are a dead little duck.

TAX PAYER

Sumber: sabahkini.net/

http://nikhassanazmi.blogspot.com/2009/12/azalina-koleksi-kereta-mewahnya.html

Sabtu, 12 Disember 2009

MALAYSIA NEGARA `SUMPAHAN MINYAK' - KU LI

'
Dis 12, 09 1:45pm
Mantan menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan Malaysia sebagai negara 'sumpahan minyak' di mana kekayaan hasil buminya itu tidak digunakan untuk tujuan asal penubuhan Petronas, tetapi menjadi madat dan simbol kosong seperti Menara Petronas.

"Bila saya mengasaskan Petronas pada 1974, saya tidak menyangka bahawa suatu hari nanti, saya merasakan lebih baik kita tidak menemui kekayaan tersebut," katanya.

Beliau berkata, anugerah minyak itu yang sepatutnya digunakan untuk memacu peralihan negara kepada masyarakat yang lebih terpelajar dan berhati mulia, sebaliknya telah menjadi madat yang memberi kesenangan sementara dan simbol kosong seperti Menara Petronas.

Tengku Razaleigh - bekas naib presiden Umno yang hampir menewaskan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi jawatan presiden 20 tahun lalu - merupakan antara pengasas penubuhan Petronas pada tahun 70-an.

Menurutnya, Malaysia kini terjebak dalam perangkap pendapatan pertengahan, "tersangkut dalam pertumbuhan mudah dari pengeluaran tambah nilai yang rendah dan pemasangan komponen dan tidak mampu membuat lonjakan kepada ekonomi berintensifkan pengetahuan.

Katanya, tujuan awal penggunaan simpanan minyak Malaysia ialah untuk membantu negara melonjak daripada ekonomi yang berasaskan komoditi dan pemasangan kos rendah, kepada ekonomi yang lebih dipelbagaikan yang berasaskan kepada pekerjaan berpendapatan tinggi.

"Kita melihat simpanan minyak kita sebagai satu kurniaan kekayaan yang akan menghasilkan wang untuk tujuan pemodenan dan teknologi," katanya ketika berucap di sidang kemuncak ahli korporat muda Malaysia di Menara Integriti, Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun, katanya, berbilion-bilion ringgit hasil eksport minyak sejak tiga dekad yang lalu, telah dibazirkan oleh kerajaan.

Menurutnya, hasil minyak negara yang sepatutnya digunakan mengikut yang telah dirancangkan sewaktu penubuhan Petronas, telah menjadi dana yang dibelanjakan sesuka hati oleh sesiapa juga yang mentadbir negara, tanpa sebarang pertanggungjawaban.

Buku bertajuk "Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Time', yang dilancarkan baru-baru ini, menganggarkan kira-kira RM100 bilion telah dibazirkan dalam skandal kewangan sewaktu 22 tahun pentadbiran Dr Mahathir.

Pengarangnya, Barry Wain yang juga bekas editor Asian Wall Street Journal, menulis bahawa sebahagian besar skandal itu, termasuk percubaan kerajaan untuk memanipulasi harta timah antarabangsa dan pembabitan Bank Negara dalam pasaran matawang global, pada tahun 1980-an.

Bagaimanapun, ada sesetengah penganalisa yang menyebutkan jumlahnya lebih tinggi daripada itu.

Malahah Time memetik Daniel Lian - seorang pakar ekonomi dari Morgan Stanly di Singapura sebagai berkata, Malaysia mungkin telah kehilangan "sehingga AS$100 bilion" (RM340 juta) sewaktu pentadbiran Dr Mahathir.

Petronas menyumbangkan 40 peratus daripada bajet negara sejak bertahun-tahun lalu tetapi penggantungan terhadap perolehan hasil minyak semakin tidak dapat dipertahankan lagi.Kerajaan akan memperluaskan lagi asas cukai dengan memperkenalkan cukai perkhidmatan dan barangan (GST) di mana semua rakyat Malaysia dikehendaki membayar cukai tambahan di samping cukai pendapatan.

Tengku Razaleigh berkata, kekayaan minyak negara telah dibazirkan dan digunakan untuk menyelamatkan syarikat-syarikat yang gagal, membeli senjata, membina bandaraya secara besar-besaran di atas tapak ladang kelapa sawit.

Perolehan tersebut, katanya, tidak digunakan untuk membasmi kemiskinan di negeri-negeri yang miskin, tetapi disalurkan untuk tujuan politik dan golongan yang ada kaitan dengan politik.

Katanya, hasil minyak yang sepatutnya menjadi warisan kekayaan untuk semua rakyat Malaysia dan generasi akan datang, telah digunakan untuk menunjangi pemerintahan yang 'authoritarian, menghakis demokrasi berpelembagaan dan korup keseluruhan golongan elit politik dan perniagaan./Malaysiakini

ISU DANA MASJID - DEMO BANTAH KOR MENG TIADA SAMBUTAN

Mohd Sabri Said

BUTTERWORTH, 12 Dis: Kumpulan yang berhimpun membantah pertikaian Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Meng berhubung peruntukan dana pembinaan masjid di sini semalam tidak mendapat sambutan dan hanya dihadiri oleh 26 orang.

Mereka dipercayai mewakili tiga Pertubuhan Bukan Kerajaan dan sebuah parti politik bertindak membuat bantahan di hadapan Masjid Daerah Seberang Perai Utara di Teluk Air Tawar.

Mereka sebelum itu bertindak membut pengumuman dengan pembesar suara kepada jemaah yang hadir menunaikan fardhu Jumaat bagaimanapun ia masih gagal menarik penyertaan jemaah.

Tiga NGO itu ialah Pertubuhan Gabungan Suci Asli Malaysia (GSAM), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) dan Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) manakala parti politik yang dimasudkan ialah Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tasek Gelugor.

Apa yang ingin dibawa oleh pihak penganjur itu tidak mendapat perhatian jemaah yang dilihat tidak berminat menyertai bantahan tersebut kerana rata-rata mereka megetahui perkara sebenar berhubung isu tersebut.

Baru-baru ini timbul kontraversi apabila Nga Kor Meng berucap di parlimen berikutan kegagalankerajaan memberi dana kepada agama lain berbanding 611 buah masjid seluruh negara dalam tempoh tahun 2000 sehingga 2008.

Sehari selepas itu, Nga Kor Meng menafikan kenyataanya bermatlamat menimbulkan ketidak puasan hati masyarakat Islam sebaliknya sekadar merujuk kepada jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang mempertuntukan RM748.26 juta manakala kepada agama lain sekadar RM9 juta atau 1.2 peratus sahaja./Harakahdaily

Pengacara berpurdah diminati ramai


GAMBAR menunjukkan dua wanita memakai purdah muncul dalam satu program di Awtan TV baru-baru ini.

RIYADH - Sebuah stesen televisyen keagamaan di Arab Saudi membenarkan wanita menjadi pengacara tetapi mengenakan syarat iaitu mereka perlu memakai purdah, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang penyampai rancangan bual bicara pagi di stesen televisyen Awtan TV, Ola al-Barqi muncul dengan memakai purdah berwarna hitam yang menutup muka namun berjaya menarik minat ramai penonton.

"Kami tidak menampilkan diri sebagai seorang wanita yang cantik dan penuh dengan solekan di muka.

"Penonton kami menumpukan terhadap apa yang kami persembahkan kepada mereka iaitu idea dan topik perbincangan.

"Kami menerima panggilan daripada penonton di beberapa negara yang menggalakkan kami meneruskan penampilan kami," katanya.

Terdapat lebih 60 saluran keagamaan di Asia Barat tetapi kebanyakannya memaparkan pengacara tidak memakai tudung atau memakai gaun hitam.

Stesen itu turut membenarkan wanita menjadi wartawan penyiaran di luar studio.

"Kami turut membuat laporan dari tempat kejadian dengan memakai purdah dan ia tidak menyekat kami daripada membuat tugasan," kata Ola.

Juruteknik lelaki tidak memasuki studio semasa pengacara wanita itu bertugas mengendalikan program tersebut.

Ola yang juga menjadi hos rancangan kuiz tidak kecewa jika dia tidak dikenali oleh orang ramai di jalanan.

"Kami tidak perlukan kemasyhuran," katanya. - Agensi

JAWAPAN BODOH BUAT SOALAN BODOH DARI BERAHIM `RAJA KATAK'

Oleh: WFAUZDIN NS

SEKIRANYA anda merasakan anda seorang yang cerdik dan waras, anda mungkin merasa `diperbodohkan' oleh seorang YB yang suka buat kenyataan `bodoh' seperti di sini. Bagi menjawab semua kenyataan bodoh tersebut, biarlah saya yang bodoh serta setaraf dengan YB tersebut menjawabnya, mudah-mudahan saya dilihat lebih cerdik sedikit dari beliau. Saya tidak mahu orang sepintar Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub untuk menjawabnya kerana itu akan membuang banyak masa beliau daripada melayani `Raja Katak' yang `diberi makan' oleh PAS sebelum ini.

Isu bermula apabila Salahuddin Ayub mencabar Berahim Ali agar membuktikan PAS bersekongkol dengan DAP bagi memecah belahkan orang-orang Melayu. Maka, Raja Katak ini memberikan bukti bahawa bukankah PAS kini bersekutu dengan DAP di dalam Pakatan Rakyat? Itu adalah bukti atau hujah pertama dari Raja Katak. Ingin saya bertanya anda, bodoh atau tidak jawapan itu? Bersekutu dengan DAP itu tandanya memecah belahkan orang-orang Melayu? Sepatutnya Berahim terlebih dahulu memberikan bukti betapa semenjak DAP wujud di negara ini, orang-orang Melayu berpecah kerananya.

Hujah kedua beliau, Raja Katak ini mengatakan bahawa PAS membantu DAP menubuhkan kerajaan di Perak. Ini samalah juga dengan cerita Umno membantu Gerakan menubuhkan kerajaan di P.Pinang suatu ketika dahulu. Amat bodoh juga Raja Katak berhujah DAP menubuhkan kerajaan di Perak. Benar, DAP punyai kerusi yang lebih banyak dari PAS dan PKR di Perak, tetapi DAP taat dan patuh kepada arahan Istana untuk menyerahkan teraju pemerintahan dan MB Perak kepada PAS dan DAP bersedia berada di bawah MB dari PAS. Jika ingin mengatakan bahawa YB dari PAS Ir Nizar cuma boneka kepada DAP dan Melayu di Perak berpecah kerana DAP, Berahim mesti memberikan bukti dan hujah yang tepat bukan main cakap dari mulut beliau yang diketahui sememangnya busuk itu. Bukti bahawa orang-orang Melayu di Perak bersatu selepas Ir Nizar menjadi MB, sehingga kini majoriti rakyat Perak menuntut diadakan Pilihanraya di semua kerusi Dun di Perak. Masalahnya beranikah Umno menghadapi Pilihanraya? Mengapa Berahim tidak menuntut bersungguh-sungguh agar Dun Perak dibubarkan segera untuk membuktikan hujah-hujah beliau itu?

Raja Katak ini ingin berhujah tentang isu arak di Selangor pula. Kononnya PAS bersekongkol dengan DAP tentang isu penjualan arak ini. Jelas Ibrahim ini bukan YB yang mengambil tahu perkembangan di Selangor. Telah banyak PAS lakukan di Selangor jauh lebih baik dari Umno memerintah di Selangor. Cumanya, ingin kita bertanya dengan Raja Katak mengapa beliau bersekutu dan menyokong kerajaan pusat yang mengeluarkan lesen judi sekarang?

Beliau berhujah dengan amat bodoh sekali. Beliau berkata PAS berdiam diri apabila YB Kor Ming kononnya dikatakan menghina Islam apabila mempertikaikan dana masjid. Pertamanya, jelas YB Kor Ming tidak berkata demikian dan beliau bercadang untuk menyaman akhbar `berlidah iblis' itu. PAS tidak berdiam diri dan kenyataan pimpinan PAS dan PR telah dibuat, cuma raja katak ini tidak tahu kerana `berada di bawah tempurung'. Kenyataan media YB Kor Ming beserta seluruh pimpinan PR termasuk PAS di Parlimen telah dibuat untuk menafikan pembohongan media haprak itu. Cumanya, ketika itu raja katak tidor di Parlimen tidak tahu apa yang berlaku di situ.

“Kuman di atas tikar boleh nampak, kapal sebesar kapal selam KD Tunku Abdul Rahman pula tak nampak,” katanya. Ini kata-kata Berahim Ali. Jawapan saya mudah. Kata-kata itu adalah ditujukan kepada beliau sendiri. Terlalu banyak kemungkaran Umno terhadap bangsa Melayu, Islam dan negara ini tetapi Berahim tetap ingin bersekutu dengan parti seperti itu. Raja katak kini tiada hujah dan modal lagi untuk menyerang PAS, PKR atau pun DAP. Dahulu beliau menuduh DS Anwar pemecah belah orang-orang Melayu, kemudiannya dikatakan PAS pula terlibat dalam perpecahan orang-orang Melayu. Berahim Ali kini terlalu mabok untuk mencari idea bagaimana ingin `menjilat punggung' Umno semula.

Apa yang peliknya, raja katak ini seolah-olah begitu kuat `keMelayuannya' tetapi cuba tanya orang Melayu Di Pasir Mas sekarang, malu atau tidak dapat YB seperti Berahim ni? Kalau saya duduk di Pasir Mas, saya akan kata saya tidak tahu samada Berahim tu Melayu atau tidak kerana orang-orang Melayu selalunya cerdik bila berhujah./Kembali ke laman asal di sini.

HARAMKAN UTUSAN ..TANGKAP PENGARANG KE ISA


Oleh Roziyah Mahamad

KUALA LUMPUR, 11 Disember: Pihak berkuasa diminta mengambil tindakan segera mengharamkan akhbar Utusan Malaysia kerana memainkan sentimen perkauman dalam artikel dan berita yang disiarkannya. Utusan Malaysia dilihat telah memutarbelitkan fakta yang ada dan menggunakan isu itu untuk mencetuskan kemarahan dan permusuhan antara kaum-kaum di Malaysia.

Hal ini dijelaskan oleh Ketua Penerangan Pas Melaka, Sofi Wahab kepada Erapakatan.
Menurut beliau, Utusan sering memutarbelitkan dan menyiarkan berita yang bersifat ‘rasis’. Utusan contohnya telah memanipulasi kenyataan isu peruntukan pembinaan masjid dan rumah ibadat yang diutarakan oleh Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming di parlimen baru-baru ini.
“Nga bukannya mempersoalkan jumlah peruntukan untuk membina masjid tetapi beliau memohon supaya peruntukan bagi membina rumah ibadat lain ditingkatkan. Itu permintaannya bukannya beliau mempertikaikan mengapa peruntukan membina masjid terlalu banyak. Terpulang kepada kerajaan untuk menimbang permintaannya atau tidak,” jelas Sofi Wahab.

Utusan Malaysia dilihat sengaja memutarbelitkan isu ini supaya rakyat melihat DAP dan Pakatan Rakyat sebagai parti yang anti di Islam dan anti Melayu. Seperti biasa Utusan sengaja mencari peluang dan ruang untuk memburuk-burukkan imej PR di mata rakyat.

Bagi Beliau, isu-isu seperti ini dimain dan dibangkitkan Utusan Malaysia semata-mata demi kepentingan Barisan Nasional yang menjadi tuannya selama ini. “Sekali lagi saya tegaskan supaya pihak berkuasa mengharamkan Utusan Malaysia kerana sikap biadap mereka memainkan api perkauman dan isu agama yang sensitif.

Adalah diharapkan pihak berkuasa tidak berat sebelah dalam isu ini kerana jika Harakah, Suara Keadilan, Siasah atau media seumpamanya tersalah lapor atau didakwa memainkan isu sensitif sepantas kilat pihak berkuasa bertindak tetapi sebaliknya berdiam diri jika ianya dilakukan oleh media pengampu BN,” tegas beliau.

Utusan kini dilabelkan sebagai ‘rasis’ kerana sering memainkan isu perkauman dalam artikel siarannya. Terkini, tulisan Zaini Hassan yang menghina kaum India di Malaysia telah membangkitkan kemarahan kaum India./wlr.blogspot

TEKSI MACAM TANDAS ? NAZRI SEKALI LAGI BUAT HAL

'Nazri dituntut minta maaf'


AZMI (kiri) menyerahkan memorandum kepada Kamarudin menggesa Mohamed Nazri meletakkan jawatan di Cheras, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Letak jawatan portfolio teksi dan pengangkutan awam serta minta mohon maaf secara terbuka kepada pemandu teksi.

Demikian gesaan beberapa persatuan pemandu teksi kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz ekoran kenyataannya pada Isnin lalu yang melabelkan perkhidmatan teksi di negara ini lebih teruk daripada tandas.

Jurucakap persatuan-persatuan terlibat, Azmi Md. Yatim berkata, kenyataan celupar menteri itu tidak mencerminkan keadaan sebenar pemandu teksi dan ia tidak sepatutnya diucapkan oleh seorang yang dianggap sebagai bapa.

"Walaupun beliau kata hanya segelintir pemandu teksi sedemikian tetapi kenyataan itu tetap menghina," katanya pada sidang akhbar pada Perhimpunan Bantahan dan Penyerahan Memorandum di Bilik Gerakan UMNO Bahagian Cheras di sini semalam.

Turut bersama dalam majlis itu, Presiden Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi/Limosin dan Kereta Sewa Malaysia, Yusoff Lahir dan Pengerusi Persatuan Pemandu-pemandu Kereta Sewa Melaka-KLIA-Melaka, Jefri Ibrahim.

Azmi yang juga Pengerusi Persatuan Usahawan Pemilik Teksi Eksekutif Malaysia menjelaskan, keceluparan Mohamed Nazri itu mencerminkan beliau seorang yang angkuh dan bercakap secara semberono.

"Kenyataan itu juga dibuat secara membuta tuli, tidak telus dan prejudis serta mendiskriminasi para pemandu teksi di negara ini./Kosmo