RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 24 Julai 2010

SELANGOR - GENDANG DIPALU, AYUH PR SELANGOR !!

Oleh: WFAUZDIN NS

GENDANG telah dipalu oleh Umno Selangor. `Peperangan' antara Umno sekutu Apco dengan PR Selangor bakal bermula. Umno telah mula memasuki gelanggang dengan menampilkan raja sesumpah Senatak Ezam beserta Noh Omar. Khir Toyo tidak perlu ditampilkan kerana ini mungkin akan `memalukan' beliau nanti.

Soalnya, adakah PR Selangor akan melihat sahaja `Badut-Badut' upahan Najib ini? Umno kini tidak lagi percaya kepada media pencacai mereka untuk mempengaruhi rakyat Selangor. Semenjak 2008 lagi, media tersebut telah dicop sebagai `lidah syaitan' oleh majoriti rakyat Selangor. Isu kandang babi sehingga kepada isu kepala babi, isu azan di masjid, isu YB Elizebeth Wong, isu air dan banyak lagi isu yang dipanaskan oleh media pencacai cuma menjadi tontonan penglipur lara sahaja. Terkini, isu pasir dan sekali lagi isu ini memakan tuan.

Justeru itu, Umno Selangor terpaksa bergerak sendiri memasuki seluruh ceruk kampung untuk mencari-cari jika ada lagi rakyat yang bodoh-bodoh untuk dipermainkan. Sehubungan itu, PR Selangor seharusnya memantau perkembangan ini kerana kita simpati jika ada walau seorang jua pun rakyat Selangor yang tertipu dengan gerombolan raja sesumpah.

Perancangan dan strategi harus dilakukan segera. Ini merupakan tugas terbesar mungkin buat Ketua Penerangan Selangor iaitu Us Badrul Amin. Kita penuh yakin, beliau mampu menggerakkan jentera kerajaan bagi menangkis serangan dari Umno Selangor itu. Kita hadapi mereka dengan hujah dan fakta, meskipun mereka hanya menggunakan modal air liur basi mereka beserta sumpah-sumpahnya./wfauzdin.blogspot.com

EZAM, NOH BAKAL MEROBEK KISAH RAKUS KHIR TOYO

Noh, Ezam Gerakkan Kempen Rampas Selangor

Umno Selangor memulakan kempen untuk merampas negeri Selangor dari Pakatan Rakyat bermula dengan perhimpunan aman di Shah Alam malam semalam.

Hanya 200 orang menghadiri ceramah bagi mendengar ucapan dari Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar dan penyimpan kotak-kotak rahsia, Senator Ezam Mohd Noor.

Ceramah malam semalam bertujungan untuk menghebohkan dakwaan berlaku salahguna kuasa dan penyelewengan dalam industri perlombongan pasir di Selangor.

Noh Omar mendakwa Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) telah disalahguna untuk membiayai jentera Pakatan Rakyat menghadapi pilihanraya akan datang.

Noh Omar juga mendakwa KSSB mengamalkan kronisma, dakwaan yang dibidas keras oleh Kerajaan Negeri.

Kerajaan Negeri Selangor menyanggah dakwaan-dakwaan Noh Omar dan berkata permit perlombongan hanya boleh diperoleh melalui tender terbuka, seraya membawa kepada pulangan royalti yang jauh lebih memberangsangkan.

Keseluruhan jumlah royalti dan keuntungan sebelum cukai yang diraih kerajaan negeri dan KSSB telah meningkat sebanyak 86.1 peratus dari RM4.39 juta pada 2007 dibawah BN kepada RM8.17 juta pada 2008 dalam masa sesingkat 9 bulan dibawah Pakatan Rakyat.

Bahkan, keuntungan industri pasir Selangor terus meningkat kepada RM13.76 juta pada 2009. Bagi suku pertama 2010 sahaja, Kerajaan Negeri telah mengaut sebanyak RM15.3 juta.

Barisan Nasional tumpas di negeri terkaya di Malaysia ini dalam pilihanraya umum ke-12, 8 Mac 2008, dan melipat-gandakan usaha untuk merampas Selangor selepas berjaya menggulingkan kerajaan negeri di Perak./TVSelangor

JELAJAH PERTAMA KEMPEN SELAMATKAN SELANGOR - PULUHAN RIBU HADIR SAKSIKAN BADUT UMNO BERAKSI

Oleh: WFAUZDIN NS

HAMPIR 250,000 yang hadir, oopss...silap, 250 orang yang hadir di dalam kempen Selamatkan Selangor anjuran Umno Selangor di Shah Alam malam tadi. Begitulah sambutan hebat rakyat Selangor di dalam siri pertama jelajah raja sesumpah Senatak Ezam. Apa intipati ceramah juak-juak yang mahu merampas Selangor ini? Sila klik sini.

Seperti biasa nama DS Anwar tidak terlepas dari mulut raja sesumpah Ezam. DS Anwar tali barut Yahudi, malahan Senatak Ezam ini mengaku kununnya dapat layanan istimewa dari puak Yahudi suatu ketika dahulu. Ini bermaksud raja sesumpah dahulu pun `taik' Yahudi juga, patut pun sokong teramat sangat dengan APCO. Hujahnya Apco yang kasi makan rakyat Malaysia ini.

Di dalam keadaan Washington Post menulis betapa DS Anwar adalah anti Zionis Israel, raja sesumpah pula menyebut DS Anwar ejen Yahudi. Saling bercanggah, mana satu yang betul? Akhbar terkemuka di Amerika pun tidak mempercayai DS Anwar ejen Yahudi, raja sesumpah pula kata sebaliknya. Sudah dasar sesumpah, begitulah. Maka, ucapan DS Anwar semasa berada di dalam Umno dahulu dimainkan semula kerana sudah kehabisan modal. Jika boleh, raja sesumpah pun akan turut memainkan ucapan Khalifah Saidina Umar atau Sayyidina Hamzah sewaktu mereka belum memeluk Islam. Beliau tidak mainkan kah ucapan beliau yang menyebut `tunjukkan pada saya mereka yang masuk Umno itu ikhlas?" Jika beliau lupa, dalam blog saya ini sentiasa ada klip video ucapannya itu. Sila lihat.

Seperti biasa juga, raja sesumpah pun `menjual' nama Allah. `Demi Allah' katanya, beliau tidak dapat duit satu sen pun apabila keluar dari PKR. Mengapa terasa? Kita pun tahu, beliau diangkat jadi Senatak melalui pintu belakang ini adalah kerana apa. Biarkan beliau dengan sesumpahnya.

Kempen Selamatkan Selangor hanya dipenuhi dengan cerita basi oleh raja sesumpah. Beliau tidak sebut pun pasal Khir Toyo sewaktu doktor gigi ini menjadi MB Selangor. Pada hal sewaktu di dalam PKR, kesemua hal Khir Toyo ini di dalam poket beliau. Poket sudah bocorkah? Biasalah bila sudah berada di dalam `tong najis' yang sama. Pakat-pakat sama bau cukuplah.

Modal lain, permainkan tutur kata MB Selangor yang dikatakan gagap itu. Biarkan saja. Gagap-gagap Tan Sri Khalid pun, beliau menjadi MB Selangor yang dipilih rakyat. Pemimpin Umno yang tidak dipilih itu tidak gagap tapi rasuah. Gagap dengan kaki rasuah, mana lebih mulia di sisi Allah dan masyarakat? Faktanya ada, SPRM sudah bersihkan nama Tan Sri Khalid di dalam banyak isu tuduhan rasuah ke atasnya. Khir Toyo sudah bersihkan?

Tiba-tiba raja sesumpah tuduh pula Malaysiakini adalah ejen DS Anwar. Berapa banyak ejen DS Anwar daaa. Luar negeri, dalam negeri dan silap-silap raja sesumpah akan cakap Malaikat dalam kubur itu nanti juga adalah ejen DS Anwar. Lucu sungguh mamat kotak ni.

Saya cadangkan pula, oleh kerana raja sesumpah seronok mendengar kisah-kisah lampau DS Anwar, kita hidangkan pula kisah-kisah lampau sewaktu raja sesumpah memaki hamun Umno, Najib dan banyak lagi beserta dengan pengakuannya tidak akan masuk Umno itu. Klip video pengakuan raja sesumpah tidak akan masuk Umno ada juga saya letakkan pada blog saya.

Nampaknya, pusingan pertama kempen juak-juak yang menyokong Apco ini ibarat mesyuarat cawangan Umno sahaja dari segi sambutan yang hadir. Tandanya apa? Tandanya rakyat Selangor tidak sebodoh mereka untuk membandingkan mana yang lebih baik mentadbir Selangor. Umno sudah menjual, PR kena beli juga. Kita layan saja persembahan badut Umno Selangor ini sebagai penglipur lara rakyat Selangor. Apa macam? /wfauzdin.blogspot.com

JIKA UMNO MASIH `MENGADA-ADA', KAMI AKAN KELUAR - PEMUDA MCA

Pemuda MCA: Kami terpaksa turun kereta seandainya...

Jul 22, 2010

Kenyataan Naib Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi bahawa MCA dan Gerakan adalah penumpang Barisan Nasional amatlah menyedihkan. Ramai lagi pemimpin dalam UMNO yang mempunyai pemikiran ketinggalan zaman sehingga hari ini.

Ketua Pemuda MCA Bahagian Petaling Jaya Selatan, Sheah Kok Fah berkata, gagasan 1Malaysia oleh Perdana Menteri Najib Razak (gambar kanan) menuntut rakyat untuk mengikis konsep perkauman, menyumbang kepada negara tanpa mengira kaum, dan membawa Malaysia untuk meluncur di landasan ke arah negara maju.

Namun demikian, apa yang mengecewakan, ramai lagi pemimpin UMNO yang masih kekal dengan pemikiran kuno, mengagih mengikut kuota, malah melihat isu negara dari perspektif hegemoninya, iaitu UMNO adalah big brother, kata Sheah Kok Fah.

Beliau menambah, Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan sumber semula jadi. Tetapi, langkah kemajuan negara terbantut kerana dibelenggu dengan pelbagai sistem yang ketinggalan zaman. Lebih-lebih lagi, sesetengah negara seperti Singapura, China dan sebagainya telah jauh meninggalkan kita dalam tempoh 10 tahun kebelakangan.

Sheah Kok Fah berkata, logik Ahmad Zahid (gambar kiri) dan ramai lagi pemimpin UMNO yang menuntut agar kuota perkauman diaplikasikan dalam pelbagai perkara di Malaysia, merupakan sesuatu yang menongkah arus zaman.

"Gagasan 1Malaysia oleh Najib menaruh harapan agar perubahan berlaku. Tetapi sistem yang lama ini masih kekal, malah pemikiran yang kuno masih berlegar dalam minda pemimpin UMNO. Secara jujur, ekonomi Malaysia bagaikan kereta lembu yang lapuk, amat susah untuk berjalan jauh."

Sheah Kok Fah menegaskan bahawa MCA bukan penumpang, dan tidak pernah MCA tertinggal (atau tidak hadir) dalam pembangunan Malaysia.

"Seandainya pemimpin UMNO terus mengeluarkan kenyataan yang tidak elok ini, maka MCA terpaksa turun dari kereta kelak. UMNO pula akan susah untuk bersendirian."

"Kami harus sedar, dalam senario pada hari ini, mana-mana parti politik akan gagal untuk menang di kawasan pilihan raya hanya dengan sokongan satu kaum. MCA semestinya memerlukan sokongan undi Melayu, dan parti politik lain seperti PKR, DAP, PAS juga memerlukan undi Melayu. Keadaan yang sama untuk UMNO yang juga memerlukan sokongan undi Cina di banyak kawasan pilihan raya."

"Mungkin saya perlu berkata, mana-mana parti politik yang ingin memerintah, memerlukan sokongan undi orang Malaysia, sama ada undi Cina, undi Melayu atau undi India."

"Kalau kami (MCA) terus menerima layanan UMNO yang mengada-ada, mengapa tidak kita turun kereta?"

*Pandangan oleh Sheah Kok Fah selaku Ketua Pemuda MCA Bahagian Petaling Jaya Selatan, diterjemahkan dari teks asal dalam bahasa Cina./MerdekaReview

EZAM SESUMPAH KETUAI KEMPEN, KHIR TOYO MULAI GEMENTAR

Oleh: WFAUZDIN NS

SELAMAT berjuang buat Umno di Selangor. Kempen `Selamatkan Selangor' mula dilancarkan dengan raja sesumpah Senatak Ezam selaku `Badut'nya. Ini bermakna jawatan Senatak (Senator Katak) yang diberi melalui pintu belakang kepada raja sesumpah bukan percuma. Raja sesumpah perlu buktikan kebolehannya selaku `Badut' upahan Umno untuk menjatuhkan Kerajaan PR di Selangor.

Berita yang melaporkan perkembangan ini amat dinantikan kerana kita mahu melihat Senatak Ezam akan membawa bencana sekali lagi kepada Umno Selangor. Senatak upahan Najib ini dipilih mungkin kerana beliau dahulu anak didik DS Anwar, bukan kerana lain. Dari segi pengaruh jauh sekali kerana raja sesumpah tidak pernah dibuktikan berpengaruh selepas keluar dari PKR. Bahkan, semasa berada di dalam PKR pun beliau kecundang di dalam Pilihanraya di Parlimen Shah Alam. Sewaktu berada di dalam GERAK, raja sesumpah tidak berjaya di dalam objektifnya untuk menentang rasuah, bahkan beliau sendiri menyertai tim rasuah di dalam Umno.

Suara-suara menentang rasuah tidak lagi bermain di mulut raja sesumpah Ezam ini. Beliau banyak mengigau dan merapu dengan menyebut nama DS Anwar walau ke mana beliau berceramah. Mungkin kerana rindu dendam terhadap bekas bosnya itu. Peranan yang diberikan kepada raja sesumpah untuk mengetuai Kempen Selamatkan Selangor dilihat sebagai satu usaha untuk membogelkan Khir Toyo terutamanya. Raja sesumpah bukan tidak tahu pelbagai kemungkaran dan penyelewengan Khir Toyo sewaktu mentadbir Selangor. Kisah Khir Toyo ini selalu Ezam sesumpah dedahkan.

Perkembangan ini amat baik bagi PR Selangor untuk berdepan dengan juak-juak raja sesumpah. Apa yang raja sesumpah mahu canangkan nanti? Kesemuanya itu akan terpelanting ke muka Khir Toyo dan Umno Selangor. Justeru itu, PR Selangor terutamanya dari PKR Selangor bersedialah dengan segala senjata untuk berdepan dengan raja sesumpah. Tentukan peluru dari raja sesumpah akan menuju kembali kepada sasaran sebenar iaitu Khir Toyo.

Sebenarnya ini tugas berat buat raja sesumpah. Bukan mudah untuk mencari kepincangan jauh sekali penyelewengan di era Tan Sri Khalid. Mungkin ada satu dua perkara yang remeh akan dikutip oleh raja sesumpah. Manakala yang lainnya sudah pasti lagu lama yang basi akan dibawa oleh raja sesumpah. Isu ketuanan Melayu, asas bangsa, kedaulatan raja-raja Melayu dan juga isu perpaduan Melayu akan dicanang oleh Ezam sesumpah. Jika ada yang lain, mungkin sumpah keramat Senatak Ezam.

Sehubungan itu, marilah kita bersama-sama menyambut kedatangan juak-juak raja sesumpah ini ke setiap penjuru bumi Selangor. PR Selangor sudah pasti akan menyediakan kumpulan yang bersedia untuk menyambut kedatangan gerombolan murahan Umno ini. Gerombolan murahan yang diketuai oleh raja sesumpah, di samping Lokman Adam yang pernah bersumpah di Masjid menuduh Ezam memakan duit parti suatu ketika dahulu, dan juga Zahid Md Arip yang pernah mencarut menyebut `hak' ibunya sendiri apabila memaki Tuan Guru Nik Aziz. Inilah muka-muka yang akan memperhambakan diri kepada Najib.

Kita amat yakin bahawa PR Selangor secara gandingan mantap PKR, PAS dan DAP cukup bersedia untuk menyambut kehadiran mereka. Kita telah maklum apa yang akan dimainkan oleh mereka nanti, dan tentukan kesemuanya akan terpalit ke muka mereka semula. Yang pasti, Khir Toyo amat takut dengan perkembangan ini. /wfauzdin.blogspot.com

AKHBAR SINAR - JOM KITA PANTAU AKHBAR INI

Oleh: Mandor

AKHBAR Sinar Harian sememangnya telah jauh mengatasi populariti akhbar pencacai yang lain seperti Utusan Meloya dan Berita Hairan. Ini adalah kerana akhbar tersebut dilihat lebih seimbang di dalam penyampaian berita dan maklumat semasa khususnya berkaitan isu-isu politik. Rakyat mula yakin dengan akhbar ini dan ini merupakan satu perkembangan baik buat Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd.

Namun, semenjak syarikat dan pejabat Karangkraf Sdn Bhd ini dilawati oleh Najib, kita mulai Justify Fullmerasakan sedikit perubahan ke atas berita akhbar berkenaan. Bukannya perubahan yang semakin positif, tetapi dilihat setapak mundur ke belakang. Walaupun dilihat kurang ketara, tetapi bagi mereka yang setiap hari menatap akhbar ini mulai merasakannya. Adakah ini menandakan sesuatu arahan atau tekanan telah diberikan kepada akhbar tersebut?

Perkara ini juga turut disentuh oleh portal Pahang Daily. Kita harap akhbar yang semakin meningkat ini tidak terlalu merasa tinggi diri dan lupa diri. Kita masih memerhatikan akhbar ini dari masa ke semasa. Sekiranya akhbar ini ingin menjadikan Utusan Meloya atau Berita Hairan sebagai `idola' nya, kita akan menggerakkan usaha untuk memboikot akhbar berkenaan sepertimana yang telah kita lakukan terhadap beberapa akhbar dan media pencacai sebelum ini.

Saya menyeru kepada semua agar kita terus memerhatikan tingkah laku akhbar ini. Kita akan beri sokongan penuh sekiranya akhbar ini terus berlaku adil dan telus seperti dahulu. Sebaliknya, jika akhbar ini mahu cepat gulung tikar mereka boleh lakukan apa yang mereka mahukan.

AKHBAR SINAR - JOM KITA PANTAU AKHBAR INI

Oleh: Mandor

AKHBAR Sinar Harian sememangnya telah jauh mengatasi populariti akhbar pencacai yang lain seperti Utusan Meloya dan Berita Hairan. Ini adalah kerana akhbar tersebut dilihat lebih seimbang di dalam penyampaian berita dan maklumat semasa khususnya berkaitan isu-isu politik. Rakyat mula yakin dengan akhbar ini dan ini merupakan satu perkembangan baik buat Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd.

Namun, semenjak syarikat dan pejabat Karangkraf Sdn Bhd ini dilawati oleh Najib, kita mulamerasakan sedikit perubahan ke atas berita akhbar berkenaan. Bukannya perubahan yang semakin positif, tetapi dilihat setapak mundur ke belakang. Walaupun dilihat kurang ketara, tetapi bagi mereka yang setiap hari menatap akhbar ini mulai merasakannya. Adakah ini menandakan sesuatu arahan atau tekanan telah diberikan kepada akhbar tersebut?

Perkara ini juga turut disentuh oleh portal Pahang Daily. Kita harap akhbar yang semakin meningkat ini tidak terlalu merasa tinggi diri dan lupa diri. Kita masih memerhatikan akhbar ini dari masa ke semasa. Sekiranya akhbar ini ingin menjadikan Utusan Meloya atau Berita Hairan sebagai `idola' nya, kita akan menggerakkan usaha untuk memboikot akhbar berkenaan sepertimana yang telah kita lakukan terhadap beberapa akhbar dan media pencacai sebelum ini.

Saya menyeru kepada semua agar kita terus memerhatikan tingkah laku akhbar ini. Kita akan beri sokongan penuh sekiranya akhbar ini terus berlaku adil dan telus seperti dahulu. Sebaliknya, jika akhbar ini mahu cepat gulung tikar mereka boleh lakukan apa yang mereka mahukan.

SYARIKAT KRONI UMNO TINGGALKAN `TAHI' UNTUK DICUCI OLEH PR SELANGOR

Kontraktor Orang Umno, Pembinaan Kuarters MBSA Terbengkalai

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendedahkan kegagalan sebuah syarikat swasta dalam membina kuartes Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) selepas menerima tender runding terus daripada kerajaan Umno Barisan Nasional (BN).

Projek penswastaan pembinaan kuaters di Seksyen 20 Shah Alam adalah antara lambakan projek terbengkalai warisan pemerintahan kerajaan Umno-BN.

Laporan Ketua Audit Negara 2008 sebelum ini menyenarai projek berkenaan sebagai antara kelemahan kerajaan Selangor ketika masih diperintah Umno BN.

Sebuah syarikat swasta didakwa memperoleh projek tersebut secara rundingan terus dan menganggap syarikat berkenaan tidak layak kerana hanya mempunyai modal berbayar sepuluh ribu sahaja.

Syarikat ini juga didakwa mencagarkan dua lot tanah milik MBSA kepada bank dengan nilai RM18.85 juta, kononnya atas alasan untuk menampung kos projek.

“Lagi teruk dari itu bila dah sangkut mereka cagarkan tanah MBSA yang sepatutnya mereka tak dibenarkan cagar,” kata Khalid Samad.

Beliau kesal kerana pemilik majoriti syer syarikat itu adalah orang penting dalam Umno Selangor dan individu itu langsung tidak dikenakan tindakan walaupun kepincangan ini didedah dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Kehampaan berikutan kegagalan pembinaan kuarters ini turut dirasai pimpinan Pas Shah Alam.

“Telah pun tidak dapat melaksanakan projek ini dengan baik dan terpaksa meminta bantuan dari pihak majlis ketika itu iaitu pada 2005,” kata Timbalan Yang Dipertua Pas PAS Shah Alam, Azli Yusof./TVSelangor

KERANA KRONI UMNO, KERAJAAN PR SELANGOR MAHU DIGUGAT

'Kroni poket kosong, Umno S'gor tertekan'
Salhan K Ahmad
Jul 23, 10


Pemimpin Umno cuba menggugat kerajaan Selangor dengan menimbulkan isu kecurian pasir dan bekalan air di negeri itu kerana kepentingan kroni mereka kini terjejas, kata setiausaha publisiti DAP Tony Pua.

azlanUsaha untuk menggugat pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor itu dilakukan timbalan presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin, timbalan ketua perhubungan Umno negeri Datuk Noh Omar dan ketua pembangkang di DUN Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, katanya.

Tony berkata Muhyiddin, Noh dan Mohd Khir dengan jelas berang bagi pihak kroni Umno dalam percubaan untuk menggugat kerajaan negeri dan membalas dendam kerana dasar Pakatan Rakyat mendahulukan kebajikan rakyat.

NONE"Kesungguhan kerajaan negeri untuk mengurangkan pemberian kontrak dan rasuah, memaksimumkan hasil kerajaan dan memperbaiki kualiti perkhidmatan awam tanpa meningkatkan beban kewangan rakyat, telah menyakitkan poket kroni Umno di Selangor yang telah biasa dengan cara BN," kata Pua.

Ali Baba

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau menjelaskan, kemarahan itu timbul apabila Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) ditubuhkan bagi menguruskan pengeluaran permit perlombongan pasir di Selangor.

MelalNONEui kaedah tender terbuka, kaedah rundingan terus tidak lagi dilayan dan hanya pengusaha tulen sahaja yang boleh mendapatkan lesen tersebut.

"Oleh itu, (kaedah) lesen Ali Baba di bawah rejim terdahulu yang meraih keuntungan mudah dengan mendapatkan permit tersebut melalui naungan politik, kemudiannya kerja perlombongan itu disubkontrakkan (untuk keuntungan).

"Kelayakan sesuatu kontraktor yang masih menggunakan kaedah itu dengan mudah boleh dibatalkan, atau kontraktor lain akan menawarkan harga lebih baik, melalui sistem baru yang kompetitif dan telus," tambahnya.

PNONEua berkata, kejayaan sistem baru itu boleh dilihat melalui kutipan royalti dan keuntungan yang diraih oleh KSSB (sebelum cukai) yang meningan sebanyak 86.1 peratus dalam tempoh sembilan bulan selepas Pakatan Rakyat mengabil alih pentadbiran Selangor pada 2008.

Jumlah tersebut kemudiannya meningkat sebanyak 213 peratus pada 2009, berbanding kutipan yang hanya berjumlah RM4.39 juta pada 2007 di bawah pentadbiran BN.

Jelas Pua, motif yang ditunjukkan pemimpin Umno itu boleh dilihat dengan jelas memandangkan tiada pemimpin parti itu yang memarahi pentadbiran Datuk Abdul Ghani Othman di negeri Johor yang didakwa mempunyai kes perlombongan dan penyeludupan pasir haram "paling buruk."

Dari pasir ke air

"Tambahan pula, Tan Sri Muhyiddin Yassin sanggup memberi amaran keras kepada menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung pendiriannya mengekalkan tarif air dan meningkatkan kualiti air," kata Pua lagi

Menurutnya, perseteruan antara Khalid dan Muhyiddin adalah berhubung pertikaiannya dengan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), sebuah anak syarikat Puncak Niaga Holdings Bhd yang dikaitkan dengan Umno.

"(Rakyat) di negeri asal timbalan perdana menteri itu sendiri, terpaksa menanggung tarif air paling tinggi di negara ini akibat penswastaan air, sementara pada masa sama terpaksa menanggung kekurangan air serius di bandar utama seperti Kluang dan Batu Pahat sejak beberapa bulan lalu," katanya lagi./Malaysiakini

PEKUNG UMNO AKAN TERDEDAH DENGAN SENDIRINYA

'Selamatkan Selangor' buka pekung Umno
Salhan K Ahmad
Jul 23, 10

Tindakan Umno menggerakkan jenteranya dalam kempen ceramah untuk menerangkan isu kecurian pasir di Selangor hanya akan membuka pekung mereka sendiri, kata seorang wakil rakyat PKR Shuhaimi Shafiei.

ADUN Sri Muda itu berkata, tindakan seperti itu juga akan memburukkan lagi perbalahan di kalangan kem penyokong timbalan pengerusi Umno negeri Datuk Noh Omar dan ketua pembangkang Datuk Seri Khir Toyo.

Suhaimi (kiri) berkata demikian ketika ditanya mengenai kempen jelajah negeri, Gelombang Selamatkan Selangor Darul Ehsan (GSSDE) yang akan bermula malam ini sehingga 8 Ogos depan.

Sebanyak 19 ceramah diatur bagi setiap bahagian Umno di negeri itu, yang akan dimulakan di Shah Alam malam ini -- bagi menjelaskan mengenai 'pembohongan' yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat terhadap rakyat Selangor.

Noh dan Khir masing-masing telah menafikan wujudkan pertelingkahan di antara mereka, malah kedua-dua mereka juga akan menyertai kempen berkenaan akan turut disertai Khir.

Namun, menurut Shuhaimi kempen itu didakwa akan menonjolkan lagi pertembungan Noh-Khir.


"Umno boleh beri penerangan, itu memang tanggungjawab dia untuk tunjukkan siapa lebih jaguh di kalangan mereka.

"Pada saya, tindakan mereka buka cerita tentang pasir ini lebih kepada buka pekung sendiri. Lebih banyak mereka bercerita, lebih banyak lagi mereka akan dedahkan bahawa kecurian ini berleluasa akibat kecuaian pentadbiran BN terdahulu," kata Shuhaimi ketika dihubungi hari ini.

Jelasnya, serangan melalui kempen tersebut dilancarkan seolah-olah dengan menjadikan pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor sebagai sasaran, namun mangsa sebenar ialah Khir.

"Mereka nampak macam serang PKR tapi sebenarnya ini mendedahkan pekung (ketua pembangkang Datuk Seri) Khir Toyo sebab semuanya (aktiviti kecurian) ini berlaku di zaman Khir Toyo.

"Mereka sebanarnya hendak cari populariti sebab pergaduhan di antara Noh Omar dan Khir Toyo ini semua ketua bahagian Umno sudah tahu," katanya lagi.

Shuhami juga mendakwa, serangan tersebut juga dilancarkan memandangkan sumber pendapatan pemimpin Umno tersebut kini berkurangan akibat dari tindakan kerajaan negeri Selangor mengawal pengeluaran pasir.

"Mereka marah sekarang sebab sumber duit poket mereka sudah hilang. Apa yang kerajaan negeri buat ialah pengeluaran itu secara terkawal dan kesemua aktiviti melalui Kumpulan Semesta Sdn Bhd itu dapat kelulusan oleh Jabatan Alam Sekitar.

"Merek
a bayar hasil untuk 20,000 tan metrik tapi yang dia keluarkan adalah lebih daripada itu. Ini untuk duit poket dialah.

"Jadi sekarang mereka tidak boleh buat begitu lagi kerana kerajaan negeri buat pemantauan termasuk meletakkan CCTV (di kawasan perlombongan). Inilah yang beri tekanan kepada mereka. Jadi mereka marah sebab sudah tidak ada sumber duit poket lagi," katanya lagi.

Mengulas lanjut, Shuhaimi juga berkata rakyat Selangor telah mempunyai pendapat mereka sendiri dalam isu berkenaan.

"Mereka boleh buat ceramah hingga 20 minggu sekalipun, tapi rakyat sudah ada persepsi. Kalau mereka hendak serang, rakyat sudah tahu siapa yang sebenarnya mencuri dan merompak khazanah negeri," katanya./Malaysiakini

Jumaat, 23 Julai 2010

SELEPAS PKR, MUNGKIN TIBA GILIRAN PAS PULA MENTADBIR SELANGOR ?


Zulkifli Sulong


SHAH ALAM, 23 Julai: Umno Selangor kini berada dalam kebimbangan ekoran maklumat yang mengatakan sudah hampir pasti BN akan hilang enam kerusi Dun jika pilihan raya umum diadakan dalam suasana sekarang.

Enam Dun yang dikatakan termasuk dalam senarai itu adalah Seri Serdang di bawah Parlimen Puchong yang mana calon PAS hanya kalah 45 undi kepada calon Umno dalam pilihan raya umum lalu.

Dun lain adalah Sabak (majoriti 117), Taman Templer (613), Sungai Air Tawar (123), Paya Jaras (642) dan Morib (286).

Dalam pilihan raya lalu, PAS bertanding 24 kerusi Dun dan hanya menang lapan kerusi sahaja. Jika berjaya mendapat enam kerusi ini bermakna kerusi PAS akan menjadi 14.

Dalam pilihanraya lalu, PKR mendapat 15 manakala DAP 13. BN pula mendapat 20 kerusi.
(Gambar: Keputusan pilihan raya lalu di Selangor)

Menurut sumber yang rapat dengan Umno Selangor, kehilangan enam kerusi kepada PAS ini tidak boleh ditolak lagi ekoran perkembangan yang sangat baik dalam PAS di Selangor kini.

Ini kerana, ketika PAS berkembang dengan pesat di Selangor, pelbagai jenis masalah berlaku kepada Umno Selangor yang dipimpin sendiri oleh Presidennya, Datuk Seri Najib Razak.

Oleh kerana sibuk di peringkat pusat, timbalan beliau, Datuk Seri Noh Omar yang mengambilalih pentadbiran Umno negeri. Namun begitu, media melapor beliau mempunyai masalah besar dengan bekas MB Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo dan masing-masing berlumba mencari publisiti dalam isu pasir.

Di samping itu, Setiausaha Umno Negeri, Mohd Satim Diman dan Ketua Pemuda, Suhaimi Mohd Ghazali juga dikatakan bermasalah dan berura-ura mahu meletakkan jawatan. Bekas MB Selangor, Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib juga bermasalah.

Sumber juga berkata, punca perkembangan pesat dalam PAS di Selangor adalah ekoran pendemokrasian masjid dan surau yang dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor tahun lalu.

Melalui tindakan ini, semua masjid dan surau di Selangor melantik pimpinan baru jawatankuasa masing-masing melalui pengundian secara terbuka.


Ekoran tu, lebih 90 peratus masjid dan surau di Selangor dikuasai oleh pemimpin tempatan PAS atau pihak yang disokong oleh mereka.

Ekoran itu, pengaruh PAS dikembangkan dengan pesat melaui program kuliah agama yang diadakan saban waktu di surau dan masjid ini.

Kerana tidak cukup waktu malam, kuliah Dhuha pagi Ahad pula dilakukan mengambil pengalaman kuliah Jumaat di Rusila, Terengganu dan Dataran Ilmu di Kota Bharu.

Namun begitu, bekas Yang Dipertua PAS kawasan Subang, Haji Shukor Harun bimbang dengan sikap sesetengah pemimpin PAS sekarang yang tidak berapa fokus untuk mencapai kemenangan.

"Saya bimbang kalau-kalau isu kerjasama dengan Umno ini benar-benar berlaku dan melibatkan kepimpinan tertinggi PAS negeri. Ia akan menyukarkan PAS," katanya.

Ramai pihak melihat apa yang berlaku adalah permainan politik Umno untuk memerangkap PAS dalam situasi tersepit antara dua kepentingan.

"Jika PAS menolak kerjasama dengan Umno bererti PAS menolak perpaduan. Jika PAS menerima bermakna menikam rakan-rakan dan penyokongnya dalam Pakatan Rakyat," kata seorang penulis.

Seorang bekas profesor sains politik di Universiti Malaya ketika ditemui baru-baru ini pula memberitahu, sokongan masyarakat Cina terhadap Pakatan Rakyat kini meningkat hampir setiap hari.

"Faktor ini sangat besar mempengaruhi politik di Selangor kerana mereka ramai dan menjadi penentu di negeri ini," kata beliau.

Puncanya adalah kerana mereka melihat perkongsian kuasa dalam Pakatan lebih adil kerana semua parti setaraf manakala dalam BN pula Umno terlalu berkuasa dan yang lain hanya dipermainkan Umno sahaja./Harakahdaily