RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 5 Februari 2011

JIKA MAHU BERDEBAT BERDUA SAHAJA, BAIK PERGI SEMBANG KEDAI KOPI



Oleh: WFAUZDIN NS

CABARAN debat yang disuarakan oleh Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteren Umno Kelantan, Mohd Noor Deris kepada Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat telah bersambut. Bahkan, Tuan Guru Nik Aziz juga bersedia untuk berdialog dengan sesiapa sahaja termasuk pihak Majlis Fatwa.

Mohd Noor Deris menyuarakan rasa gembira kerana Tuan Guru Nik Aziz menyahut cabarannya itu. Namun, terdapat syarat yang pelik dan melucukan dari beliau. Katanya, " Saya akan hantar surat dalam beberapa hari lagi untuk mengadakan debat dengan Nik Aziz. Saya mahukan debat itu diadakan hanya antara saya dan dia saja tiada pihak lain di tempat awam. Kini cabaran saya sudah disahut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini (Rujuk sini).

Mengapa debat tersebut diadakan di antara beliau dengan Tuan Guru Nik Aziz sahaja? Dan, tidak secara terbuka untuk dipertontonkan hujah kedua-dua pihak agar kita semua boleh menilainya dengan baik? Bukankah Mohd Noor Deris mengemukakan cabaran debat itu secara terbuka melalui media TV dan akhbar? Sekarang mengapa perlu disembunyikan?

Jika sekadar berdua, itu bukan berdebat namanya. Mohd Noor boleh membuat temujanji dengan Tuan Guru Nik Aziz atau datang terus ke rumah MB Kelantan itu untuk berjumpa, berbual atau berbincang berdua. Bukankah lebih mudah? Tetapi mengapa perlu keluar kenyataan akhbar di hadapan media menunjukkan kununnya beliau hebat untuk berdebat dengan Tuan Guru Nik Aziz, tetapi akhirnya minta berdebat berdua sahaja. Melucukan dan memalukan ulamak seperti ini.

Saya jangkakan pihak media seperti TV tidak keberatan untuk menyiarkan secara langsung debat ini nanti sebagaimana pihak media menyiarkan secara meluas cabaran debat oleh Ulamak Umno tersebut. Sekiranya Najib dan Muhyiddin telah menunjukkan sikap pengecutnya untuk berdebat dengan DS Anwar, mungkin Mohd Noor boleh mengembalikan maruah Umno yang dipandang sebagai selalu takut untuk berdebat itu. Sewajarnya yang lebih `aula' dan layak untuk berdebat dengan Tuan Guru Nik Aziz adalah orang seperti Jamil Khir, Menteri yang menjaga Hal Ehwal Agama Islam di Jabatan Perdana Menteri atau sekurang-kurangnya pihak JAKIM.

Namun, hajat sudah disuarakan oleh Mohd Noor. Orang menjual, kita membeli. Itulah agaknya sebab mengapa Tuan Guru Nik Aziz menerima cabaran debat tersebut. Pada pendapat saya, jika mahu berdebat di antara mereka berdua sahaja, baik tidak perlu diadakan debat kerana ternyata ianya tidak ikhlas./wfauzdin.blogspot.com

DEBAT ULAMAK UMNO - TUAN GURU NIK AZIZ MENJADI KENYATAAN ?

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA Ulamak veteren Umno dari Kelantan, Mohd Noor mencabar Tuan Guru Nik Aziz untuk berdebat dengannya berkaitan kenyataan Mursyidul Am PAS itu bahawa sesiapa yang tidak menyokong PAS adalah golongan Jahiliyyah dan Malaysia bukan Negara Islam, saya merasakan cabaran itu lebih kepada bersifat emosi dan peribadi orang tua tersebut.

Sebelum ini orang tua berkenaan pernah `menyerang' Tuan Guru Nik Aziz di dalam rumah yang dikunjungi oleh Tuan Guru Nik Aziz sewaktu kempen PRK Dun Galas tanpa beradab sama sekali dan tidak menghormati tuan rumah yang mereka berdua adalah tetamunya. Orang tua seperti ini sepatutnya bukan lawan buat Tuan Guru Nik Aziz kerana dari awal lagi beliau telah menunjukkan sikap kebudak-budakan dan tidak langsung menunjukkan ciri-ciri seorang ilmuan apatah lagi alim ulamak.

Namun, sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar Sinar hari ini, Tuan Guru Nik Aziz bersedia malah mengalu-alukan debat di antara beliau dengan orang tua berkenaan. Meskipun diketahui orang tua berkenaan bukan pemimpin utama atau berpengaruh di dalam Umno yang boleh menentukan dasar parti dan negara, namun sebagai menghormati cabaran dari beliau, maka Tuan Guru Nik Aziz bersedia untuk berdepan dengannya. Sepatutnya yang lebih berwibawa dan sesuai untuk berdebat dengan Tuan Guru Nik Aziz adalah PM atau wakilnya seperti Mej Jen (B) Jamil Khir dan juga wakil dari JAKIM.

Persoalannya, apakah debat tersebut akan direstui oleh Umno? Apakah pihak media kerajaan seperti TV sanggup menyiarkan secara langsung debat berkenaan? Sukar untuk saya meyakini bahawa Umno mempunyai kekuatan untuk berbuat demikian. Walau apa pun, kita menanti perkembangan seterusnya. Biarpun dikatakan orang tua Umno ini telah menghantar memorandum kepada Majlis Fatwa dan juga membuat laporan Polis terhadap kenyataan Tuan Guru Nik Aziz itu, kita yakin ianya tidak akan memberi kesan sedikit pun. Majlis Fatwa lebih-lebih lagi pihak Polis tidak boleh menipu atau memutarbelitkan apa yang terkandung di dalam Al-Quran.

Tuan Guru Nik Aziz berhujah berpandukan Al-Quran. Orang tua ini berhujah berpandukan akal dan emosi. Mana mungkin akal manusia boleh mengatasi ilmu Allah? Semua ini akan dibuktikan nanti jika debat ini berjaya diadakan. Sekarang kita tunggu apa pula jawapan pihak yang mencabar Tuan Guru Nik Aziz. Apa pula helah mereka kali ini agar debat tersebut tidak dapat diadakan. Jangan mengikut cara Najib yang penakut berdebat itu sudahlah. /wfauzdin.blogspot.com

Khamis, 3 Februari 2011

APAKAH NIK AZIZ `PELACUR AGAMA' ?

Oleh: WFAUZDIN NS

NAMPAKNYA serangan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz terhadap Umno ternyata berkesan. Apa yang diperkatakan oleh Tuan Guru Nik Aziz bahawa sesiapa yang tidak menyokong PAS sewaktu PAS bertanding menentang Umno di PRK Dun Tenang baru-baru ini adalah golongan Jahiliyyah membuatkan pemimpin Umno `sesak nafas'.

Maka, bermacam ulasan keluar untuk mengharamkan apa yang diperkatakan oleh Tuan Guru Nik Aziz walaupun Tuan Guru Nik Aziz berhujah berlandaskan Al-Quran. Umno pula berhujah berlandaskan akal yang cetek lagi jahil. Apabila politik mahu diasingkan dengan ugama, maka sudah tentu pendapat Tuan Guru Nik Aziz tidak boleh diterima oleh Umno.

Memetik kenyataan Timbalan Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Omar Saleh, " Nik Aziz terlalu banyak menggunakan agama untuk kepentingan politik beliau. ‘‘Saya ingin bertanya kepada beliau, apakah status nenek moyang saya dan mereka yang tidak mengundi Pas sebelum Pas diwujudkan. Adakah mereka ini kafir seperti ‘fatwa’ yang dikeluarkan Pas?

Kenyataan di atas membuktikan betapa jahilnya beliau. Pernahkah PAS mengeluarkan fatwa bahawa ahli-ahli Umno kafir? Pemimpin PAS hanya pernah menyebut bahawa barangsiapa yang menolak hukum Islam termasuk hukum hudud yang diwajibkan oleh Allah, maka rosak akidahnya. Jika Umno terasa termasuk di dalam golongan yang menentang hukum Allah, maka fikirlah sendiri apa hukumnya.

Bagi menjawab soalan Omar Salleh itu yang mahu status nenek moyangnya yang tidak mengundi PAS sebelum PAS diwujudkan, adakah mereka kafir atau tidak, itu salah satu soalan orang yang masih Jahiliyyah. Beliau perlu tahu, semasa hidup nenek moyangnya sehingga mati, adakah nenek moyangnya beramal dengan perintah Allah dan tidak pernah menentang hukum Allah? Seandainya nenek moyang beliau pernah menentang hukum Allah dan tidak bertaubat sehingga mati, adakah matinya boleh dikatakan mati di dalam beriman? Omar Salleh jawab sendiri soalan beliau itu.

Islam bukan dibawa oleh PAS. Islam agama di sisi Allah dan dibawa oleh Nabi. PAS sebagai wadah politik ingin memperjuangkan hukum Allah ini. Samada PAS wujud atau tidak, kita sebagai umat Islam mesti menegakkan hukum Allah dengan apa cara sekali pun. Kita patut bersyukur kerana PAS wujud di negara ini sebagai wadah politik yang ingin melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah. Bayangkan jika Umno, MCA, Gerakan, MIC atau DAP sahaja yang wujud di negara ini, siapakah yang boleh diharapkan untuk memperjuangkan Islam? Umno? Setelah lebih 50 tahun Umno memegang kuasa, mana lebih banyak Umno lakukan samada yang makruf atau yang mungkar?

Umno melakukan yang Makruf secara berpilih-pilih seperti membina masjid, Bank Islam, Universiti Islam, Tabung Haji, Takaful dan beberapa lagi program Islam, tetapi Umno tidak melaksanakan Nahi Mungkar. Umno menolak terus perundangan Islam. Umno tidak mencegah kemungkaran sebaliknya banyak menganjurkan kemungkaran. Menolak perlaksanaan Hukum Hudud, tetapi menerima baik Akta zalim ISA. Sudahlah tidak mahu melaksanakan hukum Allah ini, Umno menyekat dengan kuasa yang mereka ada untuk menentang pihak lain yang ingin melaksanakannya.

PAS bukan agama, tetapi PAS membawa ajaran agama Islam itu sendiri. Jika ada satu pihak yang memperjuangkan Islam, dan satu lagi memperjuangkan bangsa semata-mata, mana satukah yang kita pilih? Jika kita tidak memilih perjuangan Islam, maka memang tepat jika kita digelar golongan Jahiliyyah. Hanya Jahiliyyah yang tidak mahu bersama Islam./wfauzdin.blogspot.com

MELAYU AJAK MINUM BIR, CINA AJAK MINUM TEH TARIK, MANA SATU MAHU IKUT?

Oleh: WFAUZDIN NS

TERTARIK hati saya dengan ucapan MP Shah Alam dari PAS, YB Khalid Samad di dalam ceramahnya di Petaling Jaya malam semalam. Beliau memberi jaminan bahawa PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno kerana Umno di dalam rekodnya dipenuhi dengan amalan jahat seperti rasuah, kezaliman dan berbagai lagi unsur yang menyalahi agama.

“Umno ajak PAS kerjasama kerana kedua-duanya parti Melayu macam orang Melayu Islam yang ajak kita pergi pub untuk minum bir.

orange book forum klscah 250111 khalid samad"Tapi ada pula orang bukan Melayu bukan Islam ajak kita pergi kedai mamak minum teh tarik," katanya.

Khalid mendakwa, perbandingan itu dibuat berdasarkan realiti terhadap tindakan Umno sepanjang pentadbiran selama 53 tahun di Malaysa, termasuk rasuah dan salah guna kuasa.

"Jadi kita patut ikut Umno atau ikut orang yang ajak kita minum teh tarik?," soalnya yang disambut dengan jawapan "teh tarik" oleh kira-kira 1,000 yang hadir di ceramah berkenaan (Malaysiakini)

Inilah contoh pemimpin yang bijak menilai kawan dan lawan. PAS bertuah kerana memiliki tokoh seperti YB Khalid Samad yang berpewatakan bukan `Ulamak atau Ustaz' tetapi mempunyai komitmen yang tinggi di dalam memperjuangkan Islam. PAS tidak perlu kepada pemimpin yang bersikap seperti Umno yang tahu menyebut `perpaduan Melayu' sahaja.

YB Khalid Samad sentiasa mengamalkan pendekatan `Ud' u Ila Sabiili Robbika Bil Hikmah'. Beliau berani menjejakkan kakinya ke Kilang Carlsberg terbesar di Shah Alam hanya kerana berunding dengan tuan punya syarikat tersebut. Beliau tahu, lesen kilang Arak terbesar di situ bukan dikeluarkan oleh Kerajaan PR Selangor, bahkan kilang ini tersergam di situ bertahun lamanya sebelum Selangor diambil alih oleh PR. Arak dan kilang terbesar di situ didirikan kerana mendapat kelulusan dari Kerajaan Pusat.

Kerajaan PR Selangor juga amat sensitif dengan nasib pekerja-pekerja Islam yang terpaksa mencari makan di premis jualan arak. Justeru itu, Kerajaan Negeri menubuhkan tabung khas berjumlah RM 10 juta untuk memberi kemudahan berbentuk modal atau bantuan lain bagi pekerja-pekerja tersebut mencari kerjaya lain yang halal bagi mereka.

Adakah langkah seumpama ini pernah dilakukan oleh mana-mana negeri yang diperintah oleh Umno? Justeru itu, tepatlah seperti yang dikatakan oleh YB Khalid bahawa PAS melakukan pendekatan yang bijak apabila bersama PKR dan DAP di dalam memperjuangkan Islam. /wfauzdin.blogspot.com

ORANG TUA NYANYUK CABAR NIK AZIZ DEBAT ?




Oleh: WFAUZDIN NS

SI TUA Mat Noor Deris adalah ulamak veteren Umno yang mencabar Tuan Guru Nik Aziz untuk berdebat berkenaan sesiapa yang tidak mengundi PAS adalah golongan Jahiliyyah. Sila lihat video di atas, begitulah lagaknya `ulamak veteren' Umno tersebut walaupun ketika itu berada di rumah orang yang dikunjungi oleh Tuan Guru Nik Aziz sewaktu kempen Pilihanraya Kecil Dun Galas. Memalukan, tiada adab dan moral. Mungkin kerana terlalu nyanyuk dia menjadi `gila' apabila melihat Tuan Guru Nik Aziz.

Orang tua ini dulunya ahli PAS dan sewaktu di dalam PAS, dikatakan beliau sering mengkafirkan orang-orang Umno. Allah Maha Besar, akhirnya orang tua ini menghumbankan dirinya kepada Umno. Apa yang dia perolehi apabila berada di dalam lubang Umno? Sekadar menjadi pencacai dan pak yek upahan.

Orang tua ini mendakwa Tuan Guru Nik Aziz melakukan fitnah kerana mengatakan Malaysia bukan Negara Islam. Melucukan, kerana di dalam parti komponen Bn sendiri mengakui bahawa Malaysia bukan Negara Islam. Tidak percaya, cuba tanya pemimpin MCA, Gerakan atau MIC. Kalau sudah parti-parti komponen Bn sendiri mengaku Malaysia bukan Negara Islam, maka fitnahkah Tuan Guru Nik Aziz? Mereka mengaku Malaysia negara sekular. Sekular bukan Islam, jadi Malaysia bukan Negara Islam.

Si tua nyanyuk ini juga minta Majlis Fatwa mengambil tindakan terhadap kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yang menyebut sesiapa yang tidak mengundi PAS adalah terdiri dari golongan Jahiliyyah. Apakah Jahilliyyah? Jahilliyyah termasuk golongan Nasionalis yang memperjuangkan suku kaum melebihi Islam itu sendiri. Umno adalah parti Kebangsaan dan memperjuangkan Nasionalis. Dasar Umno bukan Islam yakni Al-Quran dan Hadith.

Apabila Tuan Guru menyebut sesiapa yang tidak menyokong PAS di dalam konteks pilihanraya kecil di Tenang baru-baru ini adalah golongan Jahilliyyah memang tepat. Di Tenang, Umno menentang PAS. Umno parti Nasionalis menentang PAS sebuah parti yang dasarnya Islam. Maka, apabila pertembungan Nasionalis dengan Islam, siapakah golongan Jahiliyyah? Mengundi Umno atau PAS dianggap Jahiliyyah?

Justeru itu, usahlah si tua ini ingin memesongkan akidah umat Islam dengan menyebut menyokong Umno bukan Jahiliyyah. Bahkan, si tua ini pun terdiri dari salah seorang Jahiliyyah dan memang wajar beliau keluar dari PAS.

Tentang debat yang beliau mencabar Tuan Guru Nik Aziz, saya merasakan itu hanya gimik orang tua nyanyuk ini. Beliau tahu, Umno tidak akan bersetuju untuk mengadakan debat terbuka di antara beliau dengan Tuan Guru Nik Aziz kerana ini akan menjatuhkan air muka Umno. Cara beliau berdepan dengan Tuan Guru Nik Aziz di dalam video di atas sudah cukup untuk menunjukkan `standard' nya. Kita bimbang penyakit `gila babi'nya akan menyerang sewaktu berdebat nanti.

Dunia mungkin akan kiamat jika RTM atau TV 3 sanggup siarkan debat secara langsung di antara orang tua ini dengan Tuan Guru Nik Aziz. /wfauzdin.blogspot.com

SIRI JELAJAH ANWAR BUAT MUHYIDDIN GELABAH ?

Oleh: WFAUZDIN NS

MUHYIDDIN mula terasa gelabah apabila DS Anwar kini melancarkan `Jelajah Malaysia' sebagai kempen PKR untuk menerangkan segala isu semasa. TPM menyebut bahawa suatu hari nanti DS Anwar akan keseorangan di dalam PKR kerana beberapa tokoh PKR telah pun keluar dari parti berkenaan.

Apa yang Muhyiddin lupa, semenjak beberapa tokoh yang `lapar' itu keluar dari PKR, semakin ramai muka baru menyertai parti ini. Proses pembersihan di dalam PKR ternyata berhasil, mereka yang menyertai PKR hanya untuk mencari makan dan gilakan jawatan tidak boleh lama berada di dalam PKR. Parti ini bukan eksklusif untuk pejuang-pejuang reformasi era 98 sahaja tetapi ianya terbuka kepada semua yang cintakan keadilan.

Rakyat melihat sendiri tokoh-tokoh yang keluar dari PKR semuanya tidak menjadi apa, kecuali Senatak Ezam sesumpah yang dilantik sebagai Senator atas jasanya menghentam Anwar bukan kerana jasanya memperjuangkan isu rasuah RM 500 Juta kapal selam. Manakala yang lain sekadar menjadi pencacai Umno yang sekali sekala muncul di kaca TV untuk menghentam DS Anwar. Muka-muka seperti Zahid Md Arip, Ruslan Kassim, Zahrain dan beberapa lagi pencacai hanya menjadi `pak yek' kepada Umno.

Memang wajar Muhyiddin risau dengan kebangkitan DS Anwar sekarang. Ini adalah kerana terlalu banyak rahsia penyelewengan kerajaan Bn dan Umno yang didedahkan kepada rakyat sepanjang jelajah DS Anwar. Siri jelajah Ketua Umum PKR ini terbukti mendapat sokongan hebat dari rakyat jelata dan sekaligus kenyataan Muhyiddin bahawa DS Anwar akan keseorangan adalah satu kenyataan untuk `menyedapkan' hati beliau sahaja.

Penolakan debat yang dicadangkan oleh DS Anwar oleh Najib ternyata satu pukulan hebat kepada Umno. Biar rakyat tahu bahawa Umno sebuah parti yang berlambangkan keris telanjang tetapi pemimpinnya seorang yang pengecut./wfauzdin.blogspot.com

`BN' ADALAH `BINI NAJIB' MENJADI BAHAN LAWAK JENAKA

BN Adalah Bini Najib? -Datuk Seri Anwar Ibrahim


KL 2 Feb 11: "...Mereka mengatakan bahawa BN adalah kerajaan Bini Najib," kata ketua umum PKR, Datuk Seri Anwari Ibrahim, dalam ucapannya yang mencetuskan gelak ketawa para hadirin. Walaupun ianya adalah ceramah PKR, tetapi jelajah pertama pucuk pimpinan parti itu menyaksikan isteri perdana menteri, Datuk Seri Rosmah Mansor mendapat tepukan paling banyak, atau mungkin ejekan bersopan, dari ribuan penyokong pembangkang malam tadi.

Begitu kehebatan Rosmah Mansur, pernah disebut-sebut sebagai PM wanita yang pertama di Malaysia. Nama Rosmah sering meniti di bibir lapan pemimpin Pakatan yang berucap dalam ceramah parti di Petaling Jaya, walaupun sebahagian besarnya menghentam beliau, ketika mereka mengambil giliran membidas cara perbelanjaannya, dengan disambut gelak ketawa para hadirin. Kebanyakan mereka menyindir Rosmah yang mengakui sebagai 'wanita pertama' Malaysia walaupun ia tidak sedemikian di segi protokol dan konvensyennya.

Mereka mengatakan bahawa BN adalah kerajaan Bini Najib, kata ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam ucapannya yang mencetuskan gelak ketawa para hadirin. Teriakan beruk, kedengaran di kalangan penyokong dalam reaksi mereka ketika Anwar menyentuh abjad program seperti ETP dan NKRA, menyamakannya dengan K-E-R-A. Turut berucap ialah ahli parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad; ahli parlimen DAP Puchong, Gobind Singh Deo; ahli parlimen PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad; timbalan speaker DUN Selangor, Haniza Talha; ahli parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian, ahli parlimen Batu, Tian Chua .

Gambar Rosmah turut ditayangkan pada skrin di pentas (seperti gambar di atas) setiapkali mereka membuat komen mengenai dirinya. Namun, Rosmah bukan satu-satunya personaliti yang disentuh penceramah malam tadi. Turut menjadi sasaran ialah pengerusi PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang juga ahli parlimen Pasir Mas. /Tranungkite

Rabu, 2 Februari 2011

PENIPU BESAR - GOBALA KATA PKR ANTI INDIA, ZUL KULIM KATA PKR ANTI MELAYU

Oleh: WFAUZDIN NS

GOBALA menjadi `katak hitam' melompat keluar dari PKR, manakala Zul Kulim `firaun besar' pula di`tendang' keluar dari PKR. Gobala kata PKR pinggirkan kaum India, manakala Zul Kulim pula kata PKR pingirkan kaum Melayu. Mana satu betul? Jawapannya, kedua-duanya tidak boleh pakai langsung.

PKR telah menjawab secara fakta angka dan peratusan keahlian PKR, berbanding dengan `dua ekor' MP yang tidak berani mengosongkan kerusinya itu. Ini fakta yang dikeluarkan oleh PKR, jauh sekali apa yang didakwa oleh Gobala tentang keahlian kaum India di dalam PKR. PKR hari ini memperbetulkan laporan sebuah portal berita yang menyebut 40 peratus ahli parti itu adalah kaum India serta kenyataan ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan bahawa 90 peratus pimpinan PKR adalah Melayu. Dalam kenyataan hari ini, pengarah komunikasinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, daripada 371,612 ahli PKR, 45 peratus adalah Melayu, Cina 11 peratus, India 23 peratus, Bumiputera Sabah, Sarawak dan lain-lain pula sebanyak 21 peratus. Manakala Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR bagi sesi 2010-2013 terdiri daripada Melayu 62 peratus, Cina 20 peratus, India 12 peratus dan Bumiputera Sabah, Sarawak serta lain-lain 4 peratus (Malaysiakini).

Jelas kepada kita, kedua-dua MP yang saban masa menyalak terhadap PKR gagal menunjukkan kewibawaan mereka sebagai Ahli Parlimen. Mereka gagal buktikan sebarang salah laku dan ketidak adilan terhadap mereka. PKR telah mengadili Gobala dan memberinya peluang untuk bela diri, namun Gobala telah menetapkan niatnya lebih awal untuk menjadi `katak hitam'. Zul Kulim pula, telah dibawa untuk pengadilan namun mencari alasan lain untuk menolak peluang membela diri kerana niat awalnya sudah ada. Jelas, PKR tidak menzalimi mereka tetapi kerana sikap mereka yang sememangnya ego, sombong dan merasa hebat akhirnya menjadi pencacai murahan.

Adakah PKR sudah bersih sekarang? Jawapannya tidak, masih ada saki baki yang mencari masa yang sesuai untuk `mencari makan' di luar. PKR harus memantau mereka ini dan bertindak lebih awal sekiranya terbukti mereka menjalankan kerja berunsur sabotaj kepada parti./wfauzdin.blogspot.com

MAHATHIR PECAH BELAHKAN MELAYU, HINA NABI ?

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 1 Feb: Dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan kewujudan PAS membawa perpecahan orang Melayu tertolak.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad mempersoalkan bukankah kewujudan Umno yang direstu oleh penjajah Inggeris.

Malah, katanya ketika Umno ditubuhkan pada 11 Mei 1946, sudah ada parti Melayu yang pertama, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945.

Malah, tambahnya ketika semua parti di Tanah Melayu diharamkan oleh penjajah Inggeris pada tahun 1948, yang dibenarkan hidup hanya Umno.

Menurutnya, bukankah itu bukti kewujudan Umno untuk memecah belah perpaduan Melayu dan menjadi alat penjajah untuk melawan sesama sendiri.

“Kenapa hendak salahkan PAS dan Tuan Guru Nik Aziz apabila lahirnya Parti Semangat 46.

“Bukankah Tun merupakan orang yang bertanggungjawab di atas perpecahan di dalam Umno, sehingga lahir team A dan team B?” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Begitu juga, tambah beliau lahirnya Parti Keadilan Rakyat kerana kebangkitan ahli Umno yang tidak puas hati dengan cara Mahathir memimpin parti pada waktu itu dan melakukan kezaliman terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Apakah Islam nasionalis yang difahamkan oleh Tun menepati dengan kehendak Islam?” tanya beliau lagi.

Tambahnya, tindakan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memperlekehkan hukum salam mungkin adalah anutan Islam nasionalis.

Menurutnya, mungkin Soi Lek belajar daripada Tun yang pernah mengatakan bahawa nabi simpan janggut kerana tidak ada pisau cukur.

Beliau juga, katanya melihat bagaimana isteri pemimpin Umno berpeluk dengan Salman Khan.

“Jadi tidak hairanlah Soi Lek memperlekehkan hukum salam dalam Islam. Siapa gurunya?” ujarnya lagi./Harakahdaily

PAHANG DAILY TARIK CERITA SAIFUL SAKIT, TENTANG DILIWAT BAGAIMANA?

Oleh: WFAUZDIN NS

TAHNIAH dan syabas kepada Pahang Daily yang berani serta berjiwa besar memohon maaf kerana menyiarkan cerita sakit yang dialami oleh Saiful Bukhari. Ini membuktikan media pembangkang berani mengaku silap dan tindakan ini patut diikuti oleh media mereka terutamanya Utusan dan TV 3.

Permohonan maaf oleh Pahang Daily hanya merujuk kepada cerita kununnya Saiful menghadapi penyakit dan samasekali tidak melibatkan cerita fitnah liwat ke atas DS Anwar. Tentunya Saiful merasa lapang dada di atas pengakuan mohon maaf tersebut. Baca di sini.

Saya juga percaya bahawa apa yang diperkatakan oleh Pahang Daily di dalam permohonan maafnya itu bahawa Saiful tidak berpenyakit seperti yang diperkatakan. Saiful hanya boleh merasa bertuah kerana tuduhan bahawa beliau mendapat sakit adalah satu tuduhan palsu, tetapi bukan cerita bahawa beliau diliwat itu. Tuduhan liwat ke atas DS Anwar tetap tidak diyakini majoriti rakyat dengan berbagai kisah dan perjalanan cerita yang tidak masuk akal.

Perjalanan perbicaraan kes liwat juga dilihat aneh sekali. Sekarang, kita tumpukan kepada sejauh mana mereka boleh mensabitkan tuduhan ke atas DS Anwar di dalam mahkamah sivil setelah kes qazaf di mahkamah Syariah dihalang. Apakah episod dahulu bakal berulang?/wfauzdin.blogspot.com

Selasa, 1 Februari 2011

LEBIH BAIK AKU CIUM ANJING DARIPADA CIUM TANGAN ORANG TUA NYANYUK NI !!

Oleh: WFAUZDIN NS

ORANG tuan nyanyuk mana tah cakap ada pulak Islam Nik Aziz. Kalau dia cakap ada Islam Nik Aziz, dia tu ada tak Islamnya? Langsung takde kot.

Kalau orang kata si tua nyanyuk ni memang takde Islam, aku mungkin percaya pasal orang tuan nyanyuk ni pernah cakap Nabi bela janggut pasal zaman Nabi takde Pisau Cukur. Orang tua nyanyuk ni juga ada cakap kalau laksanaklan hudud, umat Islam tak boleh maju pasal ramai yang kena potong tangan. Weyy...orang tua, yang kena potong tangan tu orang seperti engkau la yang pencuri hak rakyat. Dah la tua, bodoh la pulak.

Bayangkan punyalah bangangnya orang tua ni tuduh Nik Aziz punca umat Islam berpecah. Dia cerita pasal tubuhnya Parti Melayu Semangat 46 dulu buat orang Melayu dan Islam berpecah. Weyy...si tua, wujud parti S46 tu dulu angkara siapa? Nik Aziz kah? Bukan ke angkara engkau yang menipu masa bertanding pemilihan dulu menyebabkan parti S46 ini wujud? Terlebih nyanyuk sampai lupa apa yang dia buat, ini dah semakin hampir ke lubang kubur.

Wujud pula KeADILan, bertambah pecah lagi orang Melayu Islam. Kenapa KeADILan ini wujud? Bukankah tangan kotor si tua ini yang mencipta fitnah ke atas tokoh yang bakal menjatuhkannya dari takhta? Engkau lupa juga ke, wahai si tua?

Pelik apanya kalau orang kata si tua ini takde agama, kerana dialah yang menghalang perlaksanaan hukum hudud di Kelantan. Siap buat surat amaran lagi ugut Kerajaan Negeri Kelantan jangan laksanakan hudud. Kisah ini Blogger PapaGOMOL tak tahu pasal dia Bloger bodoh teramat sangat. Seorang Blogger yang selalu ketinggalan bas tapi dapat upah juga walaupun bodoh.

Senang cerita camni la aku nasihatkan pada si tua haprak ni. Berani tak dia berdebat dengan Nik Aziz atas tajuk yang dia cipta sendiri iaitu `Islam Nik Aziz'? Kirim salam beb kalau dia berani. Aku berani potong jari kalau orang tua hidung besar ni berani berdebat. Sebab tu, anak-anak muridnya sekarang mewarisi sifat dayus dan baculnya itu. Sebut je debat, semua pakat menyorok bawah ketiak bini masing-masing.

Aku teringat ceramah seorang bekas pemimpin KeADILan yang kini telah menjadi `katak kekenyangan' dari Melaka. Semasa dia ni dalam KeADILan, dia pernah cakap kalau si tua ni mati, dia orang pertama nak kencing atas kuburnya. Sekarang, orang yang bercakap tu pulak kena kencing kat orang tua ni. Padan muka. Harap nama je cucu tokoh pemimpin.

Selepas ni, tak tau lah berapa ramai nak kencing atas kubur orang tua ni nanti. Silap-silap kena ambik nombor beratur dulu nak kencing. Mungkin korang kata aku tulis agak kasar sangat. Pada aku ini kira paling beradab lah untuk menulis tentang orang tua yang tak pernah insaf nak mati tu. Orang yang hina Ulamak, hina Islam, hina Nabi korang nak cium tangan dia? Kalau ada yang tergamak nak cium pun, mungkin geng-geng songkok hitam yang tinggi macam KLCC tu je. Pada aku, baik aku cium anjing, pastu aku samak lagi baik. /wfauzdin.blogspot.com