RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Khamis, 5 November 2015

TOK USIN UG CEROI SIRI 3 - NATANG MAMAT FRUST TAK JADI BERTUNANG

KESIHAN NATANG MAMAT

Patut la tok perati byk hari si Natang Mamat tak muncul2 sakat tok. Tok dengar khabar dia tengah frust bercinta dan demam teruk kat rumah. Jiran2 dia cerita, Natang kulit gelap ni ada hati kat anak dara guru tok.

Ceritanya, Natang mamat ni datang lah bersama keluarga dia ke rumah guru tok untuk meminang anak gadis guru tok kat Rusila. Rombongan meminang dijemput masuk dan wakil pihak keluarga natang mamat pun mula berbicara.


" Tuan Guru Syeikh Almarangi, adapun kami adalah dari keluarga Natang Mamat. Adapun tujuan kami ke istana tuan guru adalah untuk meminang anak gadis tuan guru bernama Siti Fastokimah tu.". Kata wakil keluarga Natang mamat sambil menunjukkan cincin belah rotan.

Guru tok tersandar di tepi dinding sambil melayan wassap. " Mu tahu ke anak gadis ambe mboh ke tak mboh kat natang yg gelap macam biji tasbih tu?" Tanya guru tok sambil menjeling2 kat Natang mamat yg leka main wassap juga.

Wakil keluarga Natang mamat menjawab, " Mereka saling suka menyukai. Kalau tuan tak percaya, cuba tanya Siti Fastokimah sendiri".

Guru tok tenang. " Gini lah. Walaupung mereka saling suka menyukai, Ambe punya keputusang adalah "Berkecuali".

Kami semua terperanjat. " Habis tu, guane tuan guru? Setuju atau tidak Natang Mamat dikahwinkan dengan anak gadis tuan guru?" Wakil kami minta kepastian.

" Mu pahang tak ambe kata? Ambe berkecuali.". Jerkah guru tok.

Rombongan kami pun tak mahu buat kecuh. Kami pulang ke rumah dgn rasa sedih. Natang mamat terus masuk bilik dan demam sampai sekarang.

Gitu le ceritanya yg tok dengar.
 

Rabu, 4 November 2015

DEBAT ISU 1MDB - JIKA TONY DAN ARUL DILARANG, GANTI SAJA NAJIB - RAFIZI

TONY Phua khabarnya tidak boleh berdebat dengan Arul dalam isu 1 MDB atas alasan Tony berada dlm PAC. Pakatan Harapan (PH) pun bercadang mahu mengganti Tony dengan tokoh lain, mungkin Rafizi Ramli agaknya.

Tiba-tiba diberitahu pula, Arul Kanda pun tidak boleh berdebat sebab dia salah seorang saksi dalam kes 1MDB. Habis tu, takkan nak letak Nik Abduh berdebat dgn Ustaz Mokhtar Senik?

Untuk lebih lojik, elok rasanya Najib berdebat dengan Rafizi. Amacam? Oopss...najib pun terlibat kan? Habis tu? Nak berdebat dgn rosmah? Tuan penasihat ada cadangan tak?

Isnin, 2 November 2015

CERITERA TOK USIN UG CEROI LAGI....

Tok bukanlah yg terbaik. Yg terbaik tu guru tok, dia tak pernah silap. Dulu dia bikin amanat dia utk mnyatakan kita tak perlu masuk yahudi kafir tetapi kita boleh jadi kafir bila kita menyokong perlembagaan penjajah. Dulu guru tok ajar kita, kita menentang amno bukan kerana dia Amno, tetapi kita menentang Amno kerana Amno mengekalkan perlembagaan kafir. Itu dulu.

Sekarang...

Guru tok tetap benar tiada yg tidak benar melainkan benar2 belaka.
Sekarang amanat guru tok tetap sama cuma ada 'modified' sikit kerana ada wahyu baru semenjak ketiadaan Almarhum tok guru Nik Aziz.

Amanat sekarang, kita tak perlu bersama Dap dan Amanah untuk menjadi kafir tetapi kita tetap Islam jika kita menyanjung Amno dan bekerjasama dengan mereka kerana Perlembagaan sekarang bukan lagi perlembagaan penjajah, perlembagaan sekarang adalah perlembagaan Madinah yakni Perlembagaan Islam. Kita menentang Dap dan Amanah bukan kerana dia Dap atau Amanah, tetapi kerana kita tak dapat menumpang kekayaan dengan mereka. Kita bersama Pkr bukan kerana Pkr itu menyokong Hudud, tetapi kita dapat menumpang jawatan Exco dan memegang jawatan dalam GLC di Selangor. Sesungguhnya, tiadalah kafir si Din Ayam itu kerana dia menjadi kaya raya di dalam Perangsang di Selangor.
 
Sumber:  FB Tok Usin UG Return

Jumaat, 30 Oktober 2015

TIDAK SALAH JIKA DAP PUN MAHU UJI PENGARUH DI KAWASAN PAS

SEBELUM ini kita diberitahu Pas mengugut akan bertanding di banyak Kerusi Dap untuk membuktikan bahawa parti itu boleh mendapatkan sokongan masyarakat kaum Cina.  Bahkan parti tersebut turut berhajat untuk bertanding di banyak Kerusi di Sabah dan Sarawak.  Itu hak parti tersebut, apatah lagi Pas masih belum berada di dalam Pakatan Harapan.

Apabila yang terkini Dap pula menyatakan bersedia untuk bertanding di 8 Kerusi Pas di Selangor, apakah itu pelik?  Kalau Pas terlebih dahulu bercita-cita untuk menguji pengaruhnya di kawasan Dap, tentulah adil jika Dap juga berhajat untuk menguji pengaruhnya di kawasan Pas.  Mengapa YB Dr Rani merasa gelisah?

Bijakkah masing-masing bersikap demikian?  Aku rasa tidak bijak sekiranya kita bercita-cita untuk berdepan dengan musuh yang satu iaitu Umno/Bn.  Kecuali jika kita merasa kita perlu bekerjasama dengan Umno/Bn untuk memberikan kemenangan mudah kepada rejim ini melalui perpecahan undi kita.  Sebab itulah betapa pentingnya wujud Pakatan Harapan yang mengharapkan semua parti yang tidak setuju dengan Umno/Bn itu bergabung dan berpakat.  Jika ini gagal difahami, maka tiada pilihan lain.

Seandainya Pas tidak bersedia untuk bersama PH, maka memang menjadi hak Pas untuk bertanding di mana-mana Kerusi, begitu juga dengan Dap.  Itu pilihan mereka.

KISAH MP - TOK USIN UG CEROI PUNYA CERITERA

 
ALAHAI TONTOWI....JATUH KEMALUANG GURU TOK CAMNI..

Tok dengar sidang Parlimen sebentar tadi. Lebih kurang jam 11.20 pagi, sampai kpd soalan no.7 kalau tak silap tentang Institusi kewangan asing (wakil Bintulu),

Maka MP Temerloh pun bangun mencelah untuk menunjukkan dia tak tidur dalam Parlimen. MP Temerloh timbulkan masalah dengan isu pekerja2 asing dan sumbernya beliau petik dari Bernama.

Speaker pun jawab, " YB...soalan tu tiada kaitan dengan Menteri...sekarang tajuk dia "Istitusi kewangan Asing". Ada beza "kewangan asing" dengan "pekerja asing".

MP Temerloh tiba2 bertukar hijau wajahnya tok tengok. Pastu pandang kiri kanan sambil sengeh2....

Tok rasa nak berguling ketawa...tapi bila terbayangkan siku dan lutut temerloh, tok tahan je la ketawa sampai terkentut2 tok dibuatnya. Patut le natang mamat selalu sebut dia tak percaya parti tok boleh mentadbir negara...usahkan nak jawab soalan, tanya soalan pun dah tak tau...

Bagi tok, takpe.....asalkan jgn angkat plakad.
 
Sumber:  FB Tok Usin UG Ceroi

Khamis, 29 Oktober 2015

PAKATAN HARAPAN MESTI WUJUD DI SEMUA NEGERI

TUBUHKAN segera Pakatan Harapan (PH) di setiap negeri samada negeri yang diperintah oleh Pembangkang atau tidak, kecuali Kelantan yang diperintah oleh Pas.  P.Pinang yang KM nya adalah dari Dap manakala Selangor yang MB nya adalah dari KEADILAN memang patut menjadi kerajaan Pakatan Harapan sekarang ini.

P.Pinang telah pun istihar negeri itu adalah Negeri PH.  KM P.Pinang tahu hasrat PH itu sendiri yang serius dengan objektif penubuhan PH.  Selangor masih bermain tarik tali dengan Pas, sedangkan di Kelantan kita pun tidak kisah atas nama apa kerajaan Kelantan kerana Kelantan di kuasai majoritinya oleh Pas.  Selangor memiliki 15 Adun Dap dan 13 Adun KEADILAN serta 2 Adun dari Amanah yang mewakili PH.  Pas memiliki 13 Adun sahaja. 1 Adun lagi adalah Bebas.  Ertinya, majoriti Adun Pembangkang PH di Selangor sudah cukup untuk menggambarkan Selangor dikuasai oleh PH.  Lojiknya, Selangor mesti diistiharkan sebagai Negeri PH.

Dikhabarkan telah pun keluar surat arahan dari KEADILAN Pusat kepada semua negeri termasuk Selangor mengarahkan Pengerusi MPN setiap negeri segera merealisasikan PH di negeri masing-masing.  Sehubungan itu, adalah menjadi kewajipan Pengerusi-Pengerusi MPN melaksanakan arahan tersebut yang mana telah diputuskan di dalam mesyuarat tertinggi KEADILAN Pusat.  KEADILAN mesti menunjukkan disiplin yang tinggi di dalam hal ini sekiranya mereka mahu ahli-ahli mereka juga berdisiplin terhadap parti.

Mewujudkan PH bukan bererti memusuhi Pas kerana PH masih berpegang kepada kenyataannya sebelum ini bahawa pintu sentiasa terbuka kepada Pas dan PSM samada ingin turut serta bersama PH atau tidak.  Terbaru, Pas telah nyatakan bersedia untuk bekerjasama dengan Umno/Bn.  Atas apa jua alasan sekalipun, ertinya Pas lebih awal buat keputusan untuk partinya.  Mengapa PH masih lagi terhegeh-hegeh untuk menentukan pendirian di setiap negeri?

Melihat kepada perkembangan mutakhir ini, amat penting sekali semua negeri mewujudkan PH secara resmi.  Tiada guna kita mengharapkan kepada parti lain untuk bersama kita sedangkan mereka tegas dan pantas telah membuat keputusan dengan siapa mereka lebih berselera.

Rabu, 21 Oktober 2015

ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH, SERIUSKAH?

MAHKAMAH Persekutuan hari ini menolak usul yang difailkan oleh Gerakan untuk mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang didakwa bercanggah dengan Perlembagaan tetapi telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Mac lalu.

Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zaharah Ibrahim menolak permohonan itu atas alasan bahawa ketiga-tiga pemohon gagal untuk mendedahkan bagaimana undang-undang itu memberi kesan kepada mereka dan membuktikan sama ada mereka memang adalah beragama Islam.  "Saya sudah meneliti afidavit para pemohon dan tidak mendapati dalam afidavit, satu kenyataan bahawa hak mereka secara spesifik terjejas atau akan terjejas oleh undang-undang yang dicabar.  "Oleh itu, usul itu ditolak dengan tiada perintah tentang kos," katanya.
Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana hukum Islam ini tidak dipermainkan hatta di mahkamah sekalipun.  RUU berkenaan pastinya akan dibawa oleh Hj Hadi, Presiden Pas di dalam sidang Parlimen yang sedang berlangsung sekarang kerana tiada lagi halangan seperti yang beliau perkatakan sebelum ini.  Samada Speaker menerimanya untuk memasukkan RUU tersebut sebagai perkara utama atau tidak, itulah risiko yang terpaksa dihadapi apabila kita mengharapkan pihak yang tidak pernah berhajat kepada undang-undang Islam.
Seandainya dibahaskan juga, tidak mudah pula untuk melaksanakannya kerana kita tahu pendirian Umno, MCA, Gerakan atau Bn keseluruhannya terhadap hukum ini.  Bagi PH tentunya kita tetap berpegang kepada pendirian asal iaitu perjuangan kita melangkau dari yang ingin diperjuangkan oleh Pas.  Bagi PH, Islam itu syumul dan kebajikan serta keadilan Islam itu mestilah dipraktikkan agar menampakkan bahawa Islam bukan hanya sekadar ugama menghukum.
Tiada jalan lain untuk melaksanakan perintah Allah di dalam konsep bernegara selain dari menjatuhkan rejim terlebih dahulu.  Tidak masuk akal langsung jika kita mengharapkan rejim zalim untuk membantu kita melaksanakan hukum Allah sedangkan rejim berkenaan berterusan melanggar hukum Allah.  Tidak sedikit pun menampakkan rejim yang ada ini menunjukkan sikap ingin berubah. 
Tumpuan sekarang mestilah kepada usaha untuk menjatuhkan rejim melalui sistem yang sah di negara ini.  Rakyat sedang menderita untuk hidup di negara ini dengan berbagai masalah yang dihadapi.  Ekonomi semakin hancur, rakyat semakin susah dengan kos sara hidup yang tinggi.  Wajib kita ambil-alih kerajaan yang menyusahkan seperti ini.  Menang di Putrajaya dengan nawaitu untuk melakukan kebaikan serta melaksanakan kebajikan kepada rakyat, itulah kemenangan yang Allah redhai.  Kita mahu menang dengan redha Allah. 

Isnin, 19 Oktober 2015

JELAJAH PAKATAN HARAPAN MENERUSKAN HARAPAN RAKYAT


TERUS mara.  Itulah Pakatan Harapan (PH) terdiri dari KEADILAN, Dap dan Amanah, satu gabungan Pembangkang yang tidak pernah undur dari perjuangan menentang rejim.  Bersama Amanah, satu parti yang baru diwujudkan bagi mengambil tempat Pas yang masih belum bersedia untuk bersama gerakan ini.

Meskipun PH akan meneruskan kemaraan, namun Pas dan mana-mana parti yang ingin bersama merasai pahit maung perjuangan ini akan tetap dinantikan.  Hidup mesti diteruskan.  Jelajah PH telah pun bermula di Johor baru-baru ini.  Sambutannya amat menggalakkan.  PH bukan mensasarkan satu-satu golongan kaum atau agama sahaja.  PH adalah parti yang didokong oleh semua rakyat Malaysia yang mahu menamatkan rejim yang memerintah sekarang.  Amat malang sekali jika ada mana-mana pihak yang tidak mahu melibatkan diri bersama gerakan ini atau memilih jalan mudah, selesa atau memikirkan kepentingan masing-masing semata.

Awal November ini, Jelajah PH akan sampai ke bumi Tok Gajah, Pahang.  Lokasi pilihan PH di Pahang adalah di Temerloh.  Tarikh dan lokasi sebenar akan dimaklumkan kemudian.  Di dalam sejarah Jelajah Merdeka Rakyat sebelum PRU13 yang lalu, sambutan rakyat di Pahang kepada Pakatan Rakyat (PR) waktu itu tidak mengecewakan.  Apakah kali ini PH akan terus diyakini oleh rakyat Pahang bagi meneruskan perjuangan mereka?

WAKIL AMANAH PATUT DIBERI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB DI NEGERI

APABILA tertubuhnya Pakatan Harapan (PH) di peringkat Pusat hasil perbincangan Meja Bulat yang lalu, maka mahu tidak mahu ianya mestilah direalisasikan di semua peringkat.  Merealisasikan PH bukan membawa maksud 'membuang' Pas kerana keputusan PH setakat hari ini adalah PH masih terbuka untuk menerima Pas dan PSM atau mana-mana pihak yang ingin bersama PH.


Merealisasikan PH adalah membawa kesemua yang berada di dalam PH berganding bahu di setiap negeri.  Langkah pertama telah pun bermula di mana program Jelajah PH kini sedang bergerak dari satu negeri ke satu negeri.  Tentunya belum mencukupi, PH haruslah direalisasikan melalui pentadbiran di negeri-negeri yang kita kuasai seperti di Selangor dan P.Pinang.

Seperti yang disebutkan awal tadi, bukan bererti PH membuang kesemua penglibatan Pas di semua negeri berkenaan.  Wakil Pas boleh terus berada bersama selagi PH masih membuka pintu atau Pas masih belum berani buat keputusan untuk keluar dari bekerjasama.

Apa yang perlu dilakukan sekarang adalah melibatkan wakil Amanah, salah satu parti utama yang berada di dalam PH untuk berganding bahu di bawah kerajaan negeri yang kita kuasai.  Tentulah tidak adil jika Amanah tidak diberi tanggungjawab bersama mengurus dan mentadbir negeri.  Di Selangor, terdapat dua Adun dari Amanah yang boleh diambil untuk diberi tugas dan tanggungjawab bersama.  Wakil dari parti tersebut juga haruslah diserap ke dalam mana-mana syarikat GLC di Selangor dan juga dilantik di dalam Ahli Majlis.  Begitu juga hendaknya di P.Pinang yang dikatakan telah mula mengorak langkah tersebut.

Menyerapkan wakil Amanah tanpa menolak wakil Pas adalah salah satu kaedah terbaik bagi menunjukkan keadilan di dalam PH.  Semoga cara ini dapat direalisasikan secepat mungkin.

Rabu, 14 Oktober 2015

KEADILAN PERLU JAUHKAN DIRI DARI PERKASA, ELAKKAN DIRI DARI MENJADI BODOH

PERKASA hakikatnya telah lama ditolak oleh rakyat, bukan sahaja dari kaum Melayu tetapi ditolak secara total oleh bukan Melayu.  Bila sebut Perkasa, terbayang kepada mereka 'rasis' yang terlampau.  Ini yang dirasai oleh kaum bukan Melayu, terutamanya kaum Cina.

Bagi kaum Melayu pula, jika mereka rasa mereka sayang sangat kepada Melayu, Perkasa bukan tempatnya.  Mereka ada Umno. Sejarah Umno dulunya tidak menjadi musuh kepada mana-mana kaum.  Sekarang ini kaum bukan Melayu tidak lagi yakin dengan Umno bukan kerana kaum Melayu tetapi Umno mentadbir negara selaku tunjang Kerajaan Bn sekarang mentadbir dengan secara amat tidak telus.  Sikap Umno yang memelihara kroni itu menjadi puncanya.

KEADILAN sudah lama menjauhkan diri dari Perkasa.  Kita melihat Perkasa hanya sebagai ejen Umno untuk menjatuhkan KEADILAN terutamanya kerana Umno paling takut dengan KEADILAN berbanding parti Pembangkang yang lain.  Sebab itu tidak mustahil apa jua program KEADILAN terutamanya program ceramah yang dihadiri oleh DS Anwar Ibrahim malahan oleh anaknya Nurul Izzah pun sering cuba diganggu oleh Perkasa.  Begitu juga program Pas, contohnya program Mat Sabu di Rembau dulu cuba digempur oleh puak-puak ini.  

Usah bicara tentang perangai Presiden Perkasa, Ibrahim Ali.  Almarhum Tok Guru Nik Aziz pernah bersangka baik kepada raja katak ini dengan meletakkan beliau sebagai calon Parlimen Pasir Mas dengan menggunakan logo Pas.  Apabila beliau menang saja, Ibrahim Ali lupa segala-galanya.  Beliau rasa beliau dipilih oleh pengundi di Pasir Mas atas kehebatan dirinya.  Ibrahim Ali dicop pengkhianat oleh Almarhum Tok Guru.  Bahkan, sehingga Almarhum Tok Guru baru saja disemadikan, Ibrahim Ali terus merendah-rendahkan keperibadian Almarhum.  Statusnya di dalam FB yang menghina Almarhum Tok Guru selepas kematiannya mendapat cemuhan dari orang ramai sehingga memaksa beliau membuang status tersebut.  Sehingga kini Ibrahim tidak pernah memohon maaf kepada waris Almarhum Tok Guru.  Itulah Ibrahim Ali.

Sehubungan itu, KEADILAN seharusnya menjauhkan diri dari Perkasa.  Kata-kata fitnah jijik Ibrahim Ali terhadap DS Anwar Ibrahim masih kita ingat.  Beliau mengeji DS Anwar Ibrahim bahkan beliau orang paling kuat berdoa dan bersyukur apabila DS Anwar dipenjarakan semula.  Seandainya KEADILAN lupa akan semua ini dan cuba untuk berpeluk mesra dengan Perkasa, itulah sejarah KEADILAN yang paling bodoh. 


Isnin, 12 Oktober 2015

PAS DAN PSM DITAWAR UNTUK SERTAI RAKYAT MARHAEN MELAWAN REJIM

MPP KEADILAN telah pun bermesyuarat petang semalam dengan mengekalkan 'Status Quo' yang diputuskan oleh Pakatan Harapan (PH) iaitu gabungan PH terdiri dari KEADILAN, Dap dan Amanah di samping masih terbuka untuk Pas dan PSM menyertai gabungan ini.

Bezanya, di dalam rundingan Meja Bulat baru-baru ini nama PSM seolah-olah tidak disebut secara khusus, tetapi MPP petang semalam menyebutnya secara khusus iaitu mempelawa Pas dan PSM bersama.  Itu keputusan MPP petang semalam.  Sebelum ini, PH pun tidak menyekat Pas dan mana-mana parti politik untuk menyertai PH asalkan sanggup terima terma yang dipersetujui bersama di dalam PH.  

Parti yang dikatakan paling 'bermusuh' dengan Pas iaitu Dap dan kemudiannya Amanah yang dianggap pengkhianat oleh Pas, masing-masing berfikiran terbuka untuk menerima kehadiran Pas di dalam PH.  Malangnya, sehingga kini Pas belum menunjukkan minat untuk bersama PH.  Pas lebih berminat untuk bekerjasama dengan KEADILAN, itu pun di dalam konteks Selangor yang nampaknya lebih jelas.  Kita sedia maklum, Selangor di bawah Azmin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN yang mempunyai hak untuk membentuk kabinet Kerajaan Negeri Selangor sudah tentulah banyak memberi keuntungan kepada Pas sekiranya Pas kekal bekerjasama dengan kerajaan negeri yang ada sekarang.

Keputusan MPP petang semalam menunjukkan bahawa usaha-usaha yang dibawa oleh Kak Wan selaku Presiden KEADILAN dan disokong kuat oleh Rafizi selaku SUA KEADILAN dan Saifuddin Nasution untuk mengekalkan PH sebagai pengganti Pakatan Rakyat (PR) telah berjaya.  Khabar-khabar angin yang menyebut PH akan dibantutkan perjalanannya melalui mesyuarat MPP petang semalam ternyata tidak benar.  Jika ada pun sekelumit idea untuk berbuat demikian, pastinya akan ditolak majoriti di dalam MPP kerana masing-masing faham betapa pentingnya PH itu wujud sekarang ini.

Aku telah menulis sebelum ini tentang kekhuatiran terhentinya PH sekiranya ada yang mahu korbankan PH hanya kerana Pas.  Ternyata kekhuatiran aku tersasar.  Apakah kita boleh berpuashati dengan keputusan MPP semalam?  Jika tanya aku, aku merasa lega kerana PH terus dipertahankan, Kak Wan terus dapat sokongan dan tiada yang 'terkorban' hanya kerana pertahankan PH.  Itu yang utama yang pada aku amat berjaya.  Jika puak-puak yang ingin melihat PH gagal, ternyata mereka kecewa semalam.

KEADILAN telah 'upgrade' semula pelawaan kepada Pas dan PSM.  Ertinya, tiada lagi tuduhan yang boleh menyatakan mengapa Pas dan PSM tidak dijemput.  Sekarang, bola di kaki Pas dan PSM.  Aku rasa PH tetap berlapang dada jika akhirnya Pas menyedari bahawa terlalu banyak masa terbuang untuk bersengketa sesama sendiri berbanding dengan melawan rejim.  Pas harus terima hakikat bahawa ada agenda yang lebih aula berbanding agenda lain, iaitu jatuhkan rejim dan bina satu kerajaan yang lebih baik dari yang ada.