Teresa Kok : Pemilihan Satim, Aneh Dan Diluar Jangkaan
07/01/2011       
SHAH  ALAM 7 JAN : Perlantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Serdang,  Datuk Satim Diman sebagai ketua pembangkang baru di Selangor adalah  sesuatu yang aneh dan diluar jangkaan.  
Demikian pandangan ADUN  Kinrara, Teresa Kok yang turut berasa hairan bagaimana pemimpin  Umno-Barisan Nasional meletakkan Satim bagi mengetuai pasukan  pembangkang, walhal kelibat ADUN itu jarang kelihatan  menjalankan tanggungjawab di Dewan mahupun di kawasan beliau.      
" Di Dewan pun saya juga sentiasa nampak dia tidak ada. Jadi kalau dia jadi Ketua Pembangkang sama ada dia boleh memainkan peranannya dengan berkesan kerana bagi saya dia memang seorang ahli politik yang malas," kata Teresa ketika dihubungi Tv Selangor hari ini.
Umno Selangor malam tadi  mengumumkan perlantikan Satim bagi menggantikan Datuk Seri Dr Mohd Khir  Toyo yang terpalit dengan kes rasuah. Satim sebelum ini merupakan setiausaha badan perhubungan negeri. Jawatannya itu kini digantikan oleh bekas Menteri Kerja Raya Datuk Mohd Zin Mohamed. 
Mengulas lanjut mengenai  karektor individu yang dipilih oleh Umno itu, menurut Teresa, beliau  tidak akan lupa tindakan ADUN itu yang terburu-buru melemparkan tuduhan  ke atasnya berhubung isu larangan azan. " Ini menunjukkan bahawa  beliau tidak menunjukkan keprihatinan beliau berhubung isu yang berlaku  di tempatnya dan beliau adalah seorang yang mudah melemparkan  tuduhan tanpa melakukan siasatan," tegas Teresa. 
Dalam kejadian pada 2008  itu, Satim katanya telah melemparkan tuduhan bahawa beliau telah  mengeluarkan larangan azan dilaungkan di sekitar Kota Damansara,  Sri Serdang dan Puchong. Malah Satim mengatakan  bahawa beliau telah menulis surat mengenai petisyen bantahan penduduk  yang tidak berpuas hati dan meminta pihak jawatankuasa masjid supaya  tidak menggunakan pembesar suara untuk melaungkan azan kepada Satim.  Katanya, beliau  dilemparkan dengan tuduhan yang tidak berasas sama sekali kerana tempat  yang dinyatakan adalah kawasan Satim sendiri, dan beliau tidak tahu  menahu apa yang berlaku di kawasan ADUN itu. 
" Ini menunjukkan bahawa  beliau tidak menunjukkan keprihatinan beliau berhubung isu yang berlaku  di tempatnya dan beliau adalah seorang yang mudah melemparkan  tuduhan tanpa melakukan siasatan.  " Saya rasa prestasi beliau akan lebih teruk dari Dr Khir Toyo," tambah Teresa lagi, mengulas sikap sambil lewa Satim./TVNews




Tiada ulasan:
Catat Ulasan