Langkah MB akhiri isu Khusrin hujung bulan ini
         Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengadakan pertemuan khas dengan ADUN dan ahli parlimen Selangor hari ini.
Ia  diadakan untuk memberi penjelasan mengenai cadangan untuk memanggil  sidang DUN bagi meminda perlembagaan negeri untuk mengembalikan kepada  negeri dan sultan, kuasa melantik setiausaha kerajaan negeri, pegawai  kewangan dan penasihat undang-undang.Perjumpaan tersebut dihadiri lebih 40 wakil rakyat Pakatan Selangor dari DAP, PAS dan PKR. Turut hadir ialah ADUN PSM Kota Damansara, Dr Nasir Hashim.
Bagaimanapun,  ketika ditemui selepas pertemuan dua jam itu, Abdul Khalid mengesahkan  tidak akan ada usul tidak percaya terhadap setiausaha kerajaan negeri,  Mohammed Khusrin Munawi, yang mula bertugas semalam, walaupun dibantah  Pakatan Rakyat.
"Sidang DUN akan diadakan pada minggu keempat bulan ini. Kita ada tiga minggu untuk menyediakan draf pindaan tersebut," kata Abdul Khalid kepada media.
Dalam pertemuan tersebut, Abdul Khalid memberi penjelasan mengenai urutan peristiwa berkaitan perlantikan kontroversi Khusrin, dan pertemuannya dengan Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam.
Abdul Khalid juga menjelaskan bahawa sementara pelantikan Khusrin adalah "mengikut undang-undang", tetapi kerajaan negeri berpendirian bahawa ianya "tidak sah" selagi beliau (Khusrin) tidak mengangkat sumpah kerahsiaan di hadapan menteri besar dan exco.
Menteri besar juga mencabar pihak-pihak yang mendakwa bahawa tindakan menghalang Khusrin mengangkat sumpah tersebut sebagai melanggar perlembagaan supaya membawa perkara itu ke mahkamah.

Sementara  itu, Speaker Datuk Teng Chang Khim (kiri), yang turut hadir, berkata  masih ada peluang baik bagi pindaan tersebut diluluskan walaupun Pakatan  Rakyat mempunyai kurang daripada dua pertiga wakil di DUN.
"ADUN BN-Kuang Abdul Shukor Idrus telah dilaporkan oleh Berita Harian sebagai berkata, jika wakil rakyat BN bersetuju dengan pindaan itu, mereka akan menyokong usul tersebut," katanya.
Beliau  juga juga menolak kenyataan timbalan pengerusi BN Selangor, Datuk Noh  Omar bahawa BN akan menolak usul tersebut kerana Noh "bukan ahli dewan  undangan negeri"./Malaysiakini

Tiada ulasan:
Catat Ulasan